sekolah integrasi

12
SEKOLAH INTEGRASI Disediakan oleh: Muhammad Faris B Hashim Vincent Andam Muhamad Haziq B Othman Muhamad Asyraf B Yunus

Upload: vince-here

Post on 26-Jun-2015

2.310 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sekolah Integrasi

SEKOLAH INTEGRASI

Disediakan oleh:

Muhammad Faris B Hashim

Vincent Andam

Muhamad Haziq B Othman

Muhamad Asyraf B Yunus

Page 2: Sekolah Integrasi

PENGENALAN

Definisi mengenai integrasi adalah suatu keadaan di mana kelompok-kelompok etnik menerima dan bersikap kompromi terhadap kebudayaan majoriti masyarakat, namun masih tetap mempertahankan kebudayaan mereka masing-masing. Integrasi mempunyai 2 pengertian, iaitu :

i. Pengendalian terhadap masalah dan kepelbagaian kaum dalam suatu sistem sosial tertentu

ii. Membuat suatu keseluruhan dan menyatukan unsur-unsur tertentu

Page 3: Sekolah Integrasi

Manakala menurut Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007, integerasi bermaksud penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum menjadi satu kesatuan, penyatuan.

Integrasi juga dirujuk kepada proses penyatuan masyarakat berbilang kaum, daerah dan wilayah tempat tinggal, budaya, adat resam, cara hidup, latar belakang, kepercayaan dan pegangan agama yang berlainan untuk menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai murni masyarakat sejagat demi mencapai tujuan dan kepentingan bersama secara adil dan saksama.

Page 4: Sekolah Integrasi

KONSEP SEKOLAH INTEGRASI

Program sekolah-sekolah berjiran ini menekankan penglibatan dan kerjasama sekolah-sekolah berkenaan, dalam:

Penggabungan kegiatan-kegiatan ko-kurikulum (yang mana sesuai)

Penggunaan bersama kemudahan dan peralatan sekolah

Perkongsian dan penggembelingan tenaga, pengalaman dan kepakaran yang ada.

Page 5: Sekolah Integrasi

KRITERIA-KRITERIA SEKOLAH INTEGRASI

Tiap-tiap satu sampel sekolah percubaan program ini terdiri daripada sebuah sekolah dari aliran SK/SRK, sebuah dari SRJK(C) dan sebuah dari SRJK(T).

Model satu adalah terdiri daripada ketiga-tiga buah sekolah yang berada dalam satu kawasan yang sama.

Model II terdiri daripada sekolah-sekolah yang berhampiran antara satu sama lain dalam satu kawasan (yang membolehkan program ini dilaksanakan.)

Page 6: Sekolah Integrasi

STRATEGI PERLAKSANAAN SEKOLAH INTEGRASI Peringkat Penyebaran

i. Penyampaian konsep/maklumat mengenai program ini kepada masyarakat umum.

ii. Penyampaian dan penerimaan konsep/maklumat program ini kepada/oleh Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Sekolah-Sekolah, PIBG, Jemaah Pengurus Sekolah, Ibu Bapa dan masyarakat setempat sekolah-sekolah berkenaan.

iii. Menyediakan bengkel/seminar untuk guru besar sekolah-sekolah yang terlibat.

Page 7: Sekolah Integrasi

Peringkat Sekolah :

Dalam melaksana program percubaan ini, Guru Besar sebagai pengurus dan pemimpin di peringkat sekolah adalah dikehendaki:

i. Merancang dan melaksanakan;

ii. Mengurus, menyelia dan menilai;

iii. Memberi bimbingan dan galakan kepada guru-guru dan murid-murid;

iv. Menunjukkan contoh dan teladan;

v. Memudahcara pelaksanaan;

vi. Membuat perhubungan bagi mendapatkan kerjasama dan bantuan daripada PIBG, Jemaah Pengurus Sekolah , dan ahli-ahli masyarakat setempat.

Page 8: Sekolah Integrasi

OBJEKTIF PENUBUHAN SEKOLAH INTEGRASI

Peningkatan penyertaan murid-murid dan guru-guru dari ketiga-tiga buah sekolah dalam kegiatan-kegiatan ko-kurikulum secara bersama.

Peningkatan pergaulan, kesefahaman, bekerjasama, tolong menolong dan toleransi di antara sekolah-sekolah berkenaan secara sedar dan terancang.

Penggunaan kemudahan dan peralatan ketiga-tiga sekolah secara bersama dengan maksima.

Page 9: Sekolah Integrasi

MATLAMAT PENUBUHAN SEKOLAH INTEGRASI

Salah satu matlamat pendidikan negara ialah perpaduan. Sekolah sebagai salah satu agen bagi menyatupadukan murid-murid, boleh memainkan peranan yang lebih berkesan, jika program kegiatan pendidikan dijalankan bersama antara tiga aliran sekolah iaitu SK/SRK, SRJK(C) dan SRJK(T).

Program ini juga akan dapat memberi peluang kepada sekolah-sekolah berkenaan itu berkongsi mengguna dan mengadakan kemudahan dan peralatan. Dengan cara demikian, murid-murid dari sekolah/sekolah-sekolah berkenaan akan dapat menikmati kemudahan yang tidak terdapat di sekolahnya sendiri di samping menikmati kemudahan bersama.

Page 10: Sekolah Integrasi

CABARAN INTEGRASI MELALUI DASAR PENDIDIKAN Salah satu cabaran utama untuk mencapai

perpaduan kaum ini ialah aspek dalaman iaitu perbezaan bahasa, kebudayaan, kepercayaan dan keturunan yang mempengaruhi sikap dan nilai sesuatu kaum.

Cabaran kedua ialah pola kedudukan kaum yang berbeza-beza juga menjadi salah satu cabaran untuk mencapai perpaduan dan integriti kaum.

Pola kedudukan kaum adalah berasaskan sumber ekonomi ini berpunca pada zaman penjajahan iaitu dasar British yang mengamalkan sistem pecah dan perintah (divide and rule).

Page 11: Sekolah Integrasi

Cabaran ketiga ialah menyediakan guru yang merupakan agen kerajaan untuk menyampaikan dan melaksanakan dasar pendidikan kepada murid dan masyarakat.

Sebagai guru,kita perlu memikirkan sesuatu idea atau strategi dimana pengintegrasian kaum dapat diwujudkan dalam setiap proses p&p.

Page 12: Sekolah Integrasi

RUMUSANSekolah merupakan unit yang terpenting dalam sistem pendidikan kita bagi mewujudkan integrasi  di antara masyarakat. Kegagalan proses integrasi di sekolah, khasnya di peringkat rendah  akan menyebabkan juga gagalnya proses integrasi  peringkat menengah dan seterusnya universiti. Ini seterusnya akan menghasilkan masyarakat Malaysia bukan saja berlainan etnik tetapi tidak bersatupadu dan berlainan kefahaman. Oleh itu integrasi amat penting supaya masyarakat dapat hidup bersatupadu, harmonis dan berjiwa Malaysia.