sekolah berprestasi tinggi

8
SBT ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa. Definisi SBT Menyerlah Dalam Semua Aspek Pendidikan Mempunyai Etos, Watak, Identiti Yang Tersendiri Dan Unik Mampu Berdaya Saing Di Persada Antarabangsa Mempunyai Tradisi Budaya Kerja Yang Sangat Tinggi Dan Cemerlang Dengan Modal Insan Nasional Yang Berkembang Secara Holistik dan Berterusan

Upload: fahmi-haikal

Post on 20-Jul-2016

28 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

sekolah berprestasi tinggi.

TRANSCRIPT

Page 1: sekolah berprestasi tinggi

SBT ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti yang

tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini

mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal

insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu

berdaya saing di persada antarabangsa.

Definisi SBT

Menyerlah Dalam Semua Aspek

Pendidikan

Mempunyai Etos, Watak, Identiti Yang Tersendiri Dan Unik

Mampu Berdaya Saing Di Persada

Antarabangsa

Mempunyai Tradisi Budaya Kerja Yang Sangat Tinggi Dan Cemerlang Dengan Modal Insan Nasional Yang Berkembang Secara Holistik dan Berterusan

Page 2: sekolah berprestasi tinggi

Antara prasyarat untuk diiktiraf sebagai sekolah berprestasi tinggi adalah

pencapaian akademik yang menunjukkan trend menaik bermula dengan Take Off

Value (TOV) sekurang-kurangnya 80% dalam peperiksaan awam (UPSR dan SPM),

Pencapaian Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) atau instrumen yang

setaraf dengannya sekurang-kurangnya 90% dalam semua dimensi, menerima

pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dan berjaya

melahirkan personaliti-personaliti unggul (towering personalities) yang menerajui

kepimpinan negara, negeri, organisasi dan komuniti.

PRASYARAT SBT

Melahirkan personaliti-

personaliti unggul (towering

personalities)

Take Off Value (TOV) sekurang-kurangnya 80%

Pencapaian Standard Kualiti

Pendidikan Malaysia (SKPM)

sekurang-kurangnya 90%

Pencapaian Standard Kualiti

Pendidikan Malaysia (SKPM)

sekurang-kurangnya 90%

Menerima pelbagai anugerah

di peringkat kebangsaan dan

antarabangsa

Page 3: sekolah berprestasi tinggi

Senarai kumpulan pertama SBT meliputi 14 sekolah menengah dan enam

sekolah rendah Antara sekolah menengah yang terpilih termasuk empat sekolah

harian, iaitu SM Kebangsaan (P) Sri Aman, Petaling Jaya; SMK Sultanah Asma, Alor

Setar; SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dan SMK (P) St George, Pulau Pinang.

“Tahun ini kita sasarkan 20 sekolah mengikut sub Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) kementerian, manakala 30 pada tahun depan dan 50 lagi pada 2012,” Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Disamping itu, sekolah berprestasi tingggi juga haruslah menjadi penanda

aras dan contoh bagi sekolah-sekolah lain, wujud permuafakatan yang jitu antara

sekolah dengan masyarakat yang memberi impak kepada keberkesanan dan

kecemerlangan pendidikan di sekolah, mempunyai jaringan yang aktif dengan

sekolah-sekolah sama ada di dalam negeri atau di peringkat antarabangsa melalui

pelbagai bentuk program dan membina jaringan dengan institusi pendidikan tinggi di

dalam dan luar Negara. Bagi memastikan sekolah berprestasi tinggi di Malaysia

mampu bersaing di poeringkat antarabangsa, kurikulum telah diberi nafas baru dan

penggunaan teknologi dalam pendidikan diperkenalkan. Impak yang amat jelas

dapat dirasai oleh tiga pihak utama program ini iaitu,pemimpin, guru dan semestinya

murid itu sendiri.namun, bagi memenuhi skop perbincangan,hanya dua elemen yang

akan dihurai iaitu impak kepada guru dan impak kepada murid.

PRASYARAT SBT

Take Off Value (TOV) sekurang-kurangnya 80%

Menjadi penanda aras dan contoh

bagi sekolah-sekolah lain

Mempunyai jaringan yang aktif dengan

sekolah dalam dan luar negara

Wujud permuafakatan yang jitu antara sekolah dengan

masyarakat

Page 4: sekolah berprestasi tinggi

“20 sekolah berkenaan dipilih daripada 10,000 sekolah di seluruh negara berdasarkan kriteria tertentu termasuk menunjukkan pencapaian cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.”Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Elemen yang pertamanya, impak kepada guru sebagai golongan peneraju dalam program ini. Seandainya program SBT ini benar – benar mampu mencapai matlamatnya iaitu 10% murid SBT layak diterima ke Institusi Pendidikan Terkemuka Antarabangsan dan 50% dari guru-guru SBT adalah guru pakar dan guru cemerlang. Seandainya hasrat ini tercapai maka guru yang mengajar disana mampu diiktiraf sebagai guru yang benar – benar berkesan. Disamping itu, guru – guru ini mempunyai kuasa autonomi untuk Pengurusan Berasaskan Sekolah.

“Autonomi itu antara lain memberi kelonggaran memanjangkan waktu persekolahan, menamatkan tempoh persekolahan pelajar cemerlang setahun lebih awal, mengagihkan kewangan mengikut keperluan serta mengambil kakitangan berdasarkan pencapaian dan bukan kekananan.”Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Sebagai imbuhan mereka bakal menerima ganjaran dalam bentuk bonus.

Keutamaan SBT

50% dari guru-guru SBT adalah guru pakar dan guru

cemerlang.

10% murid SBT layak diterima ke Institusi

Pendidikan Terkemuka

Antarabangsan

Page 5: sekolah berprestasi tinggi

Impak kepada murid

Peluang ke universiti

terkemuka

Terkecuali mengikuti

subjek tertentu di universiti

Pembahagian mengikut

kemahiran dan kebolehan

Mampu berkomunikasi secara efektif

Memasuki IPTA tanapa

berdasarkan umur

Mampu bersaing di peringkat

antarabangsa

Page 6: sekolah berprestasi tinggi

Seterusnya, impak kepada murid sebagai perintis. Selain dari berpeluang

untuk menjejakkan kaki ke universiti terkemuka seluruh dunia, murid akan

dikecualikan daripada mengikuti beberapa subjek tertentu semasa di peringkat

ijazah di institusi pengajian tinggi. Bagi memudahkan lagi pengajaran dan

pembelajaran, murid – murid akan dibahagikan mengikut kebolehan atau

kemampuan tanpa berdasarkan umur. Murid juga berkemahiran dalam pengurusan

diri, bekerja dalam kumpulan, berkomunikasi secara efektif dan berkebolehan

bersaing di arena antarabangsa.

Impak – impak yang lainnya ialah murid dapat memasuki IPTA tanpa berdasarkan umur dan murid mampu menjadi pesaing di peringkat dunia dalam mana – mana bidang yang mereka ceburi yakni mampu menaikkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Disamping itu, murid akan menerima P&P daripada guru-guru pakar dan cemerlang berasaskan data empirikal dan semestinya murid akan terdedah kepada teknologi terkini dalam pendidikan untuk membolehkan mereka dapat belajar di persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dalam mewujudkan sekolah berkesan

Impak kepada murid

Menerima P&P

dari guru pakar

Terdedah kepada

teknologi terkini

Belajar di persekitaran yang

sempurna