rekrutmen mahasiswa berprestasi dan statistik mahasiswa

14
Fakulti Kejuruteraan Elektrik

Upload: buinhan

Post on 04-Feb-2017

244 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rekrutmen Mahasiswa Berprestasi dan Statistik Mahasiswa

Fakulti Kejuruteraan Elektrik

Page 2: Rekrutmen Mahasiswa Berprestasi dan Statistik Mahasiswa

Rekrutmen Mahasiswa Berprestasidan Statistik Mahasiswa

Peningkatan peratus mahasiswapascaijazah yang begitu menonjol iaitu

sebanyak 46 peratus atau seramai 10,888orang daripada keseluruhan enrolmen

dalam tahun 2011 adalah selarasdengan matlamat universiti untuk menjadi

salah sebuah universiti yang memberipenumpuan terhadap pengajian

pascaijazah dan penyelidikan.

Page 3: Rekrutmen Mahasiswa Berprestasi dan Statistik Mahasiswa

Bagi menyokong usaha utuk mendapat calon yang baik

dan cemerlang di peringkat tempatan mahupun

antarabangsa, selain strategi promosi yang telah

dipergiatkan, kempen penerbitan iklan telah dilakukan

secara agresif. Selain iklan program, iklan korporat

telah giat dilakukan pada tahun 2011 sebagai satu

strategi promosi untuk menjana kebolehpercayaan,

meningkatkan reputasi dalam kalangan industri, dan

penyerlahan penjenamaan yang bermatlamat

untuk membina citra dan imej yang meyakinkan.

Pengiklanan korporat juga telah dilakukan termasuklah

di Lapangan Terbang KLIA dan pengiklanan di dalam

majalah-majalah yang mendapat liputan dan jangkauan

antarabangsa seperti Invest Malaysia 2011, Terbitan

Focus International, The Report Malaysia 2010 - Siri

Terbitan Oxford Business Group dan Reader's Digest

selain pengiklanan ucapan tahniah dan penghargaan

dalam akhbar-akhbar tempatan. Bagi tujuan strategi

kelangsungan (viability), kebolehlihatan (visibility), danseterusnya pengukuhan rakaman imej UTM di dalam

minda audien, iklan korporat UTM telah diterbitkan

di dalam majalah syarikat penerbangan, iaitu Going

Places MAS sebanyak empat kali dan Travel 3Sixty,

Air Asia sebanyak tiga kali. Artikel mengenai UTM juga

diterbitkan dalam QS Showcase-Asia 2011 di mana

UTM merupakan satu-satunya Institusi Pengajian

Tinggi Malaysia yang telah diberikan liputan di dalam

terbitan tersebut.

UTM juga telah terlibat dalam menguruskan sebanyak

42 pameran pendidikan dalam negara, 21 kunjungan

dan pameran di sekolah-sekolah, 15 roadshow

ke pusat-pusat matrikulasi di seluruh negara dan

menerima 29 lawatan dari sekolah/maktab/kolej

sepanjang tahun 2011. Di peringkat antarabangsa

pula, sejumlah 31 lawatan impak dan pameran luar

negara telah diadakan sepanjang tahun 2011.

UTM juga telah menganjurkan beberapa program khas

bagi tujuan mempromosikan UTM secara keseluruhan

seperti dalam jadual berikut:

Rekrutmen Mahasiswa Ber prestasi

Rekrutmen Mahasiswa Berprestasi

Program Tarikh Lokasi

UTMost Imagination/ 23-28 Mac 2011 UTM Johor BahruJom Masuk UTM

Hari Terbuka Pascasiswazah 14-15 Mei 2011 UTM Kuala Lumpur

Selangkah ke Universiti 29 Sept. 2011 UTM Johor Bahru

Hari Terbuka Pascasiswazah 18-19 Nov. 2011 UTM Kuala Lumpur

28

Program khas mempromosikan UTM.

Page 4: Rekrutmen Mahasiswa Berprestasi dan Statistik Mahasiswa

Rekrutmen Mahasiswa Ber prestasi

Selain itu, UTM turut membuat publisiti melalui media

cetak dan juga media elektronik dengan memberi

penekanan kepada aktiviti dan kejayaan UTM. Pada

tahun 2011, sebanyak 88 jemputan media dikeluarkan

bagi membuat liputan aktiviti dan program universiti

manakala sembilan sidang media telah diadakan.

Sepanjang tahun 2011, sebanyak 521 berita dan artikel

berkaitan UTM telah disiarkan dalam tujuh akhbar utama

seperti berikut:

Jumlah berita dan artikel berkaitanUTM disiarkan dalam tujuh akhbar utama.

Berita Harian 141

Sinar Harian 122

Utusan Malaysia 121

Harian Metro 53

New Straits Times 40

The Star 29

Kosmo 15

Akhbar Jumlah Berita/Artikel

Jumlah berita/artikel berkaitan UTM di dalam akhbar mengikutbulan bagi tahun 2011.

Januari 43

Februari 52

Mac 76

April 55

Mei 28

Jun 32

Julai 44

Ogos 24

September 109

Oktober 33

November 9

Disember 16

Akhbar Jumlah Berita/Artikel

29

Page 5: Rekrutmen Mahasiswa Berprestasi dan Statistik Mahasiswa

Statistik Mahasiswa

Dari segi profil mahasiswa, strategi differentiation and

high quality undergraduate telah dilaksanakan dengan

jayanya. Program Perdana Ijazah Sarjana Muda mendapat

sambutan hangat calon lepasan matrikulasi dan STPM.

Purata kelayakan masuk ke program ijazah sarjana

muda telah ditingkatkan kepada 3.47 pada sesi

kemasukan 2011/2012.

Peningkatan peratus mahasiswa pascasiswazah yang

begitu menonjol dan transformatif juga adalah selaras

dengan matlamat universiti untuk menjadi sebuah

universiti yang memberi penumpuan kepada pengajian

siswazah (graduate-focused university) dan penyelidikan

(research university).

UTM juga menonjol dalam kalangan universiti tempatan

dari segi enrolmen mahasiswa pascasiswazah dalam

bidang teknologi dan kejuruteraan. Ini menunjukkan

betapa signifikan peranan UTM dalam konteks

penjanaan modal insan, pembangunan Modal Baru

Ekonomi (MBE) ekonomi berasaskan inovasi dan

kreativiti.

Peningkatan juga ketara dengan kehadiran 4,435

mahasiswa antarabangsa dan kedudukan ini

menempatkan UTM sebagai universiti awam

tertinggi dari segi jumlah dan peratus mahasiswa

antarabangsa pada tahun 2011.

Perkembangan positif dari segi jumlah kemasukan

mahasiswa antarabangsa ke UTM secara tidak langsung

menggambarkan keyakinan dan pengiktirafan

masyarakat antarabangsa terhadap kualiti program

yang ditawarkan di sini.

Pascasiswazah

Jadual di sebelah menunjukkan analisis pengambilan

mahasiswa mengikut taraf warga negara bagi tahun

2011. Seramai 2,264 orang mahasiswa baru telah

mendaftar bagi sesi pengajian 2011/2012. Daripada

jumlah tersebut, bilangan mahasiswa peringkat sarjana

yang mendaftar mengatasi bilangan mahasiswa

peringkat kedoktoran iaitu 1,633 orang, (72.13 peratus)

manakala seramai 631 (27.87 peratus) mahasiswa baru

mendaftar bagi pengajian peringkat kedoktoran.

Daripada 631 orang mahasiswa kedoktoran tersebut,

seramai 236 orang (37.4 peratus) adalah mahasiswa

antarabangsa manakala 395 orang (63.6 peratus) adalah

mahasiswa tempatan. Daripada 1,633 orang mahasiswa

sarjana, 546 orang (33.44 peratus) adalah mahasiswa

antarabangsa manakala 1,087 orang (66.56 peratus)

adalah mahasiswa tempatan.

Statistik Mahasiswa

30

Page 6: Rekrutmen Mahasiswa Berprestasi dan Statistik Mahasiswa

Statistik Mahasiswa

Pengambilan mahasiswa mengikut peringkat pengajiandan mengikut taraf warganegara (antarabangsa-tempatan).

Kategori Sarjana PhD Jumlah

Bidang

Kejuruteraan

Sains & Teknologi

Sains Sosial

Jumlah

Tempatan Antarabangsa

Sarjana

394

354

339

1,087

Ph.D

203

123

69

395

Jumlah

598

477

408

1,482

Sarjana

201

249

96

546

Ph.D

95

83

58

236

Jumlah

296

332

154

782

595

603

435

1,633

Pengambilan mahasiswa mengikut bidang.

298

206

127

631

893 (39.44%)

809 (35.73%)

562 (24.82%)

2,264

JumlahKeseluruhan

JumlahSarjana

JumlahPh.D

31

Pada pengambilan tahun 2011 dapat dirumuskanbahawa pengambilan mahasiswa tempatan mengatasimahasiswa antarabangsa dengan peratus mahasiswatempatan sebanyak 65.46 peratus berbandingantarabangsa sebanyak 34.54 peratus.

Berdasarkan jadual di bawah, bidang Kejuruteraanmempunyai peratus pengambilan mahasiswa palingtinggi iaitu sebanyak 39.44 peratus berbandingdengan bidang lain tetapi peratusnya tidak jauhberbeza jika berbanding dengan bidang lain iaitu

35.73 peratus untuk Sains dan Teknologi dan 24.78peratus untuk Sains Sosial. Pengambilan mahasiswatempatan dalam bidang Kejuruteraan mencatatpengambilan mahasiswa tertinggi iaitu 394 orangbagi sarjana dan 203 orang bagi Ph.D.

Manakala bagi mahasiswa antarabangsa,pengambilan tertinggi bagi sarjana adalah dalambidang Sains & Teknologi iaitu sebanyak 249 orangdan bagi Ph.D adalah bidang Kejuruteraan iaituseramai 95 orang.

Page 7: Rekrutmen Mahasiswa Berprestasi dan Statistik Mahasiswa

Statistik Mahasiswa

Bilangan mahasiswa tempatan seramai 7,166 orang mahasiswa (74.56 peratus) adalah lebih ramai berbandingmahasiswa antarabangsa iaitu seramai 3,722 orang mahasiswa (34.18 peratus). Rajah di bawah menunjukkanenrolmen mahasiswa pascasiswazah mengikut peringkat pengajian dan taraf kewarganegaraan.

Enrolmen mahasiswa pascasiswazah mengikut peringkat pengajian dan taraf warganegara.

74.56%

65.82%

5.44% 56.58%

34.18%

43.42%

68.41%

31.59%

1088812000

10000

8000

6000

4000

2000

0

SarjanaPH.DJumlah

5,3431,8237,166

2,1061,6163,722

7,4493,439

10,888

Tempatan Antarabangsa Jumlah

32

Enrolmen mahasiswa mengikut peringkat pengajian tahun 2011.

7,449(68.41%)

3,439(31.59%)

SarjanaPhD

Enrolmen mahasiswa pasca siswazah UTM sentiasa meningkat daripada tahun ke tahun. Pada tahun 2011, UTM

mempunyai seramai 10,888 mahasiswa iaitu 3,439 (31.59 peratus) mahasiswa peringkat kedoktoran dan 7,449

(68.41 peratus) mahasiswa peringkat sarjana. Rajah di bawah menunjukkan enrolmen mahasiswa mengikut

peringkat pengajian.

Page 8: Rekrutmen Mahasiswa Berprestasi dan Statistik Mahasiswa

Statistik Mahasiswa

Rajah berikut menunjukkan komposisi mahasiswa mengikut

bidang pengajian di mana seramai 3,848 orang mahasiswa

(35.34 peratus) terdiri daripada mahasiswa bidang kejuruteraan,

3,837 orang mahasiswa (35.24 peratus) dari bidang Sains dan

Teknologi manakala seramai 3,203 orang mahasiswa (29.42

peratus) terdiri daripada bidang Sains Sosial.

21%/1,576

63%/4,655

16%/1,218

Kerja Kursus

Kerja Kursus& Penyelidikan

Penyelidikan

Enrolmen Sarjana berdasarkan mod program.

Enrolmen berdasarkan bidang.

4000

3500

3000

2500

2000

1500

1000

500

0

SarjanaPHDJumlah

2,5961,2523,848

2,4841,3533,837

2,369 834

3,203

Kejuruteraan Sains& Teknologi

64.74%

35.24%

73.96%

29.42%

Sains Sosial

35.16%

26.04%

Jum

lah 67.46%

32.54%

35.34%

33

Mahasiswa kerja kursus merupakan

kumpulan komposisi utama mahasiswa

sarjana iaitu seramai 4,655 orang

mahasiswa (63 peratus). Selebihnya, iaitu

seramai 1,576 orang mahasiswa (21

peratus) terdiri daripada mahasiswa

penyelidikan manakala seramai 1,218

orang mahasiswa (16 peratus) mengikuti

pengajian secara mod campuran.

Bagi peringkat kedoktoran, bidang sains dan

teknologi mempunyai bilangan mahasiswa

tertinggi iaitu seramai 35.16 peratus manakala

bagi peringkat sarjana, bidang kejuruteraan

merupakan bidang yang mempunyai bilangan

tertinggi, iaitu sebanyak 34.85 peratus.

Page 9: Rekrutmen Mahasiswa Berprestasi dan Statistik Mahasiswa

Rajah berikut pula menunjukkan pecahan enrolmen

mahasiswa berdasarkan bidang mengikut taraf warga

negara. Dalam kalangan mahasiswa tempatan, bilangan

mahasiswa yang mengikuti bidang kejuruteraan adalah

lebih ramai 2,424 orang iaitu 33.83% daripada

keseluruhan mahasiswa tempatan berbanding bidang

sains dan teknologi 2,331 dan sains sosial 2,411.

Majoriti mahasiswa antarabangsa mengikuti pengajian

dalam bidang pengajian sains dan teknologi iaitu seramai

1,506 (38.26%) manakala seramai 1,424 mahasiswa

mengikuti bidang kejuruteraan. Seramai 792 mahasiswa

pula mengikuti pengajian dalam bidang Sains Sosial.

Enrolmen tempatan dan antarabangsa berdasarkan bidang.

4000

3500

3000

2500

2000

1500

1000

500

0

TempatanAntarabangsaJumlah

2,4241,4243,848

2,3311,5063,837

2,411 792

3,203

KejuruteraanSains

& Teknologi

35.34%

Sains Sosial

Jum

lah

37.01%

62.99% 60.75%

35.24%

39.25%

75.27%

29.42%

24.73%

34

Page 10: Rekrutmen Mahasiswa Berprestasi dan Statistik Mahasiswa

Statistik Mahasiswa

Enrolmen mahasiswa pra-siswazah bagi program Sarjana

Muda bagi sesi akademik 2011/2012 adalah seramai

12,955 orang. Rajah di bawah menunjukkan

perbandingan jumlah enrolmen mahasiswa pra-

siswazah bagi tahun 2009, 2010 dan 2011.

Perbandingan jumlah enrolmen mahasiswapra-siswazah tahun 2009-2011.

Mahasiswa

14500

14000

13500

13000

12500

12000

20102009 2011

14,245

13,841

12,955

Tahun

Universiti giat mempromosikan program pra-siswazahuntuk pengambilan mahasiswa luar negara.

Ini merupakan sebahagian usaha ke arah memantapkan

program pengantarabangsaan seperti mana digariskan

dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara.

Pra-Siswazah (Sepenuh Masa)

Mahasiswa luar negara bagi programSarjana Muda sesi akademik 2011/2012.

35

Page 11: Rekrutmen Mahasiswa Berprestasi dan Statistik Mahasiswa

36

Bagi sesi akademik 2011/2012 enrolmen mahasiswa

antarabangsa seramai 713 orang dari 38 buah negara

telah mengikuti pengajian di peringkat Sarjana Muda.

Peningkatan mahasiswa antarabangsa telah

memberi ruang kepada mahasiswa tempatan

mendapat pelbagai manfaat terutamanya daripada segi

komunikasi, jaringan dan pendedahan kepadapelbagai latar budaya. Rajah di bawah menunjukkanpen ingkatan jumlah enro lmen mahas i swaantarabangsa dari sesi akademik 2003/2004 sehingga

2011/2012.

Enrolmen mahasiswa antarabangsa mengikut sesi akademik.

800

700

600

500

400

300

200

100

0

Page 12: Rekrutmen Mahasiswa Berprestasi dan Statistik Mahasiswa

Enrolmen Mahasiswa Program Kerjasama

Universiti telah menjalin kerjasama dengan beberapa pihak, antaranya Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM),

Universiti Pertahanan Negara Malaysia (UPNM) dan Kolej Tentera Udara (KTU). Jumlah enrolmen di bawah

Program Kerjasama bagi tahun 2009 hingga 2011 adalah seperti di dalam rajah di bawah.

37

250

200

150

100

50

0

224

103100

36

79

Tahun2009 2010 2011

Enrolmen mahasiswa program kerjasama tahun 2009-2011.

UTM-UPNM UTM-KTU UTM-TLDM

32 9 331

Bil. Mahasiswa

Page 13: Rekrutmen Mahasiswa Berprestasi dan Statistik Mahasiswa

Untuk memastikan UTM menyumbang kepada pengajian

sepanjang hayat sebagaimana teras PSPTN dan dalam

melaksanakan kerangka Akademia Baru UTMSPACE, sebagai

sebuah entiti Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) milik

penuh UTM, telah menumpukan kepada pembangunan

program pembelajaran sepanjang hayat.

Enrolmen mahasiswa program pengajian separuh masa dari tahun 1996-2011.

80007000600050004000300020001000

01996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011

2890

4,751

6,370 6,543 6,743

4,164 4,307

5,366

4,295 4,4285,146

4,5465,135

4,8396,344

7,010

Tahun

Bila

ngan

Mah

asis

wa

Program pengajian UTMSPACE

800

700

600

400

200

0

856

685601 590 588

Tahun2007 2008 2009 2010 2011

Selain program pengajian separuh masa UTMSPACE turut

bertanggungjawab mengendalikan program eksekutif

Program Eksekutif

Enrolmen mahasiswa program Eksekutif tahun 2007-2011.

38

dan rajah di bawah menunjukkan statistik enrolmen

program eksekutif tahun 2007-2011.

UTMSPACE telah berjaya meningkatkan jumlah

enrolmen mahasiswa program pengajian separuh

masa kepada 7,010 orang mahasiswa pada tahun

2011 dan rajah di bawah menunjukkan

peningkatan enrolmen tersebut dari tahun

1996-2011.

Page 14: Rekrutmen Mahasiswa Berprestasi dan Statistik Mahasiswa

Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM Kampus UTM JohorBahru.