sekapur a - ministry of health

8
1 BULETIN KUALITI & INOVASI Bil : 1/2013 Tujuan buletin ini diadakan untuk menyalurkan maklumat kepada seluruh warga kesihatan di Negeri Kelantan mengenai perlaksanaan projek kualiti inisiatif yang telah dilaksanakan, memberi maklumat mengenai program kesihatan seperti Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan Program Gantian Methadone serta melaporkan berita atau aktiviti JKNK yang telah dijalankan dalam tempoh 3 bulan yang lalu. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih juga saya rakamkan kepada seluruh warga JKNK yang telah menyumbangkan idea bernas dan konstruktif didalam memastikan agar segala aspek perkhidmatan yang telah, sedang dan akan disumbangkan kepada seluruh rakyat adalah yang terbaik dan cemerlang pada setiap masa. Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada seluruh warga kerja di JKNK, yang telah berjaya mendokumentasikan semua aktiviti dan majlis penting bulanan mereka. Saya juga berasa bangga melihat pelbagai pendekatan inovatif dan kreatif yang diamalkan oleh Assalamualaikum w.b.t. Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia. Marilah kita bersama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke-hadrat Allah SWT, kerana dengan izin dan limpah kurnia- Nya, diatas kejayaan menerbitkan Buletin Kualiti JKNK, edisi pertama 2013. Sekapur EDARAN PERCUMA SIDANG PENGARANG PENAUNG Dato’ Dr Hj. Ahmad Razin B. Dato’ Hj. Ahmad Mahir PENASIHAT Dr Wan Mansor Hamzah KETUA SIDANG PENGARANG Dr Hasbullah Ab Rahman TIMBALAN KETUA SIDANG PENGARANG Dr Muhammad Farid Hamat @ Ahmad SIDANG PENGARANG Dr. Hazura Mat Zubir (Kesihatan Awam) Dr Norhana Mohd Fadzil (Perubatan) Dr Kamariah Seman (Pergigian) Pn. Suhaida Suhaimi (Pengurusan) Mohamad Khalib Omar (UPK) Raja Muhammad Redha Raja Alias (FSQ) Azura Musa (Farmasi) Sebarang pertanyaan atau komen, hantarkan ke : [email protected] Pameran Produk MeSTI 8th Kelantan Health Conference (KHC) 2013 Karnival Sukan Farmasi 2013 Konvensyen Inovasi & Kreativiti Farmasi [KIKF] 2013 Kembara Merdeka Prostar Kelantan 2013 warga kesihatan di negeri ini bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan. Saya berkeyakinan penuh seiring dengan slogan ‘KAMI SEDIA MEMBANTU’, serta penerapan nilai-nilai budaya korporat dalam segala usaha murni dan inisiatif ke arah memperkasakan imej Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) di mata rakyat akan berjaya dilaksanakan. Selaras dengan itu, maka marilah kita semua menanam azam dan tekad yang jitu didalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam selaras dengan wadah “merakyatkan perkhidmatan awam” dan seterusnya menjadikan jabatan ini sebagai sebuah jabatan yang unggul dan syumul. Sekian, terima kasih. 3 4 1 1 2 3 4 2

Upload: others

Post on 03-Oct-2021

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sekapur A - Ministry of Health

1

BULE

TINKUALITI&INOVASI

Bil : 1/2013

Tujuan buletin ini diadakan untuk menyalurkan maklumat kepada seluruh warga kesihatan di Negeri Kelantan mengenai perlaksanaan projek kualiti inisiatif yang telah dilaksanakan, memberi maklumat mengenai program kesihatan seperti Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan Program Gantian Methadone serta melaporkan berita atau aktiviti JKNK yang telah dijalankan dalam tempoh 3 bulan yang lalu.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih juga saya rakamkan kepada seluruh warga JKNK yang telah menyumbangkan idea bernas dan konstruktif didalam memastikan agar segala aspek perkhidmatan yang telah, sedang dan akan disumbangkan kepada seluruh rakyat adalah yang terbaik dan cemerlang pada setiap masa.

Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada seluruh warga kerja di JKNK, yang telah berjaya mendokumentasikan semua aktiviti dan majlis penting bulanan mereka. Saya juga berasa bangga melihat pelbagai pendekatan inovatif dan kreatif yang diamalkan oleh

Assalamualaikum w.b.t.

Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia.

Marilah kita bersama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke-hadrat Allah SWT, kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, diatas kejayaan menerbitkan Buletin Kualiti JKNK, edisi pertama 2013.

Sekapur

EDARAN PERCUMA

SIDANG PENGARANGPENAUNG

Dato’ Dr Hj. Ahmad Razin B. Dato’ Hj. Ahmad Mahir

PENASIHATDr Wan Mansor Hamzah

KETUA SIDANG PENGARANG Dr Hasbullah Ab Rahman

TIMBALAN KETUA SIDANG

PENGARANGDr Muhammad Farid Hamat @ Ahmad

SIDANG PENGARANG Dr. Hazura Mat Zubir (Kesihatan Awam)

Dr Norhana Mohd Fadzil (Perubatan)Dr Kamariah Seman (Pergigian)

Pn. Suhaida Suhaimi (Pengurusan)Mohamad Khalib Omar (UPK)

Raja Muhammad Redha Raja Alias (FSQ)Azura Musa (Farmasi)

Sebarang pertanyaan atau komen, hantarkan ke :[email protected]

Pameran Produk MeSTI 8th Kelantan Health Conference (KHC) 2013

Karnival Sukan Farmasi 2013

Konvensyen Inovasi & Kreativiti Farmasi [KIKF] 2013

Kembara Merdeka Prostar Kelantan 2013

warga kesihatan di negeri ini bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan.

Saya berkeyakinan penuh seiring dengan slogan ‘KAMI SEDIA MEMBANTU’, serta penerapan nilai-nilai budaya korporat dalam segala usaha murni dan inisiatif ke arah memperkasakan imej Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) di mata rakyat akan berjaya dilaksanakan.

Selaras dengan itu, maka marilah kita semua menanam azam dan tekad yang jitu didalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam selaras dengan wadah “merakyatkan perkhidmatan awam” dan seterusnya menjadikan jabatan ini sebagai sebuah jabatan yang unggul dan syumul.

Sekian, terima kasih.

3 4

1

1

2

3

4

2

Page 2: Sekapur A - Ministry of Health

2

Hydrotherapy Di Pantai Sri Tujuh

Artikel Kualiti - Kesihatan Awam

PENGENALAN

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau Community Based Rehabilitation (CBR) Klinik Kesihatan Wakaf Bharu ditubuhkan pada tahun 1994 oleh satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Ibubapa Kanak-Kanak Kurang Upaya (PIBKU) Jajahan Tumpat dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat. Pada mulanya beroperasi di Pejabat Penggawa, Wakaf Bharu dan klien dirujuk daripada hospital berdekatan (HRPZII, HUSM, Hospital Tumpat dan lain-lain), klinik berhampiran (Klinik Kesihatan Wakaf Bharu, Klinik Kesihatan Bachok, Tumpat dan lain-lain) serta datang sendiri (walk-in). Bermula Januari 2000, pusat ini berpindah ke bangunan baru yang dibina di dalam kawasan Klinik Kesihatan Wakaf Bharu hasil sumbangan NGO dan individu.

AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Pelatih yang berdaftar berjumlah 32 orang (10 lelaki, 14 perempuan), iaitu 24 orang menjalankan aktiviti di PDK dan 8 orang terlantar yang memerlukan aktiviti lawatan rumah.

Sehingga kini pekerja adalah seramai 4 orang iaitu 3 orang petugas dan seorang penyelia, kesemuanya adalah dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mereka mengendalikan program pemulihan OKU mengikut Modul Latihan yang disediakan.

Dari segi rawatan ianya diketuai oleh Pakar Perubatan Keluarga dan dibantu oleh Pegawai Perubatan, Pegawai Jurupulih Carakerja, Jurupulih Fisioterapi dan anggota

BIL MASALAH BILANGAN

1 DOWN SYNDROME 8

3 CEREBRAL PALSY 8

4 DELAYED DEVELOPMENTAL 3

5 HEARING PROBLEM 1

6 MOTOR PROBLEM 2

7 HOME VISIT 8

JUMLAH 32

2 DOWN SYNDROME ANDDELAYED SPEECH

2

PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK)KLINIK KESIHATAN WAKAF BHARU

MASALAH YANG DIRAWAT

paramedik yang lain. Latihan pemulihan dan fisioterapi dijalankan empat kali seminggu selama 6 jam sehari. Lawatan rumah pula dijalankan 1 kali seminggu. Lawatan jurupulih carakerja setiap hari Ahad, manakala lawatan fisioterapi setiap hari Rabu.

Page 3: Sekapur A - Ministry of Health

3

Artikel Kualiti - Kesihatan Awam

KESIMPULAN

Program PDK di KK Wakaf Bharu telah menjangkaui 19 tahun, memberikan perkhidmatan yang sangat bermakna kepada masyarakat terutamanya kanak-kanak kurang upaya dan ibu bapa mereka. Kanak-kanak ini kebanyakannya telah boleh menguruskan diri mereka sendiri atau kurang bergantung kepada ahli keluarga. Kesungguhan petugas samada dari klinik sendiri atau Jabatan Kebajikan Masyarakat telah banyak membantu kejayaan pusat ini.

ANTARA AKTIVITI YANG DIJALANKAN DI PDK 2013

Aktiviti ‘Brisk Walk’ 1000 Langkah

Aktiviti Komuniti - BBQ

Pemulihan Sensori ‘Sensory Integration Therapy’

Terapi Pasir ‘Sand Theraphy’

‘Passive Movement Exercise’

Renungan Pagi Kesihatan

‘Neurodevelopment Therapy’ Bersama Ibu

Page 4: Sekapur A - Ministry of Health

4

BeritaKarnival Sukan Farmasi 2013Bahagian Perkhidmatan Farmasi JKNK, HUSM dan Persatuan Farmasi Malaysia Cawangan Kelantan [MPS-KAC] telah bekerjasama mengadakan Karnival Sukan Farmasi pada 5-6 Julai 2013 bertempat di Kompleks Sukan HUSM. Ianya telah dihadiri oleh 350 peserta yang terdiri daripada anggota farmasi di semua PTJ Kerajaan, HUSM dan farmasi swasta seluruh Kelantan. Lapan kontinjen yang terdiri daripada HUSM, Farmasi Swasta dan 6 dari gabungan PTJ Kerajaan yang telah beradu tenaga dalam 5 acara sukan yang dipertandingkan iaitu futsal, badminton, bola jaring, bola tampar dan ping pong.

HUSM muncul juara keseluruhan dalam Karnival Sukan Farmasi pada kali ini dengan membawa balik piala pusingan. Hadiah-hadiah yang disediakan adalah berbentuk medal dan hamper.

Suasana karnival sukan farmasi 2013 anjuran bersama bahagian perkhidmatan farmasi JKNK, Jabatan Farmasi HUSM dan Persatuan Farmasi

Malaysia – Cawangan Kelantan [MPS-KAC] pada 5-6 julai 2013 di Kompleks Sukan HUSM.

Bahagian Perkhidmatan Farmasi JKNK telah menyertai Konvensyen Inovasi & Kreativiti Farmasi [KIKF] 2013 yang dianjurkan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM pada 10-13 Jun 2013 bertempat di Hotel Royale Bintang, Seremban. Tema KIKF pada tahun ini ialah Cetusan Inovasi Berterusan Inspirasi Farmasi Berwawasan. Kategori yang dipertandingkan adalah Inovasi, KIK, QA Oral dan QA Poster. Daripada 7 penyertaan yang dihantar, Farmasi telah merangkul 5 kemenangan. Projek ‘Locker4u’ telah memenangi Tempat Ke 3 Kategori Inovasi, manakala Projek ‘Meningkatkan Kepatuhan Ubat di Kalangan Pesakit Hipertensi di

PENGIKTIRAFAN SKIM PENSIJILAN GMPJABATAN DIETETIKdan SAJIAN HOSPITAL

Peserta Projek ‘Locker4u’ oleh HRPZ II bergambar dengan hadiah dan Piala

Pusingan yang dimenangi.

Konvensyen Inovasi & Kreativiti Farmasi [KIKF] 2013

HRPZ II’ memenangi Naib Johan Kategori QA Lisan. Cawangan Penguatkuasa Farmasi, Kelantan pula telah diumumkan Johan untuk kedua-dua anugerah iaitu Anugerah Aktiviti Pencegahan & Kesedaran Pengguna Penguatkuasa Farmasi dan Anugerah Audit Dalaman Penguatkuasa Farmasi dan Bahagian Perkhidmatan Farmasi JKNK telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Konvensyen pada kali ini.

industri kecil sederhana tempatan di negeri Kelantan.

Melalui pendekatan seperti ini, secara tidak langsung industri-industri makanan di negeri Kelantan akan berminat untuk mendapatkan pensijilan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia seperti HACCP, GMP dan MeSTI. Objektif Program Jaminan Keselamatan Makanan kepada industri-industri makanan dapat dicapai dan meningkatkan lagi taraf dan kualiti produk makanan di Negeri Kelantan.

Pensijilan GMP merupakan salah satu sasaran Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia dalam usaha untuk memastikan tempat penyediaan makanan kepada pesakit dan kakitangan di hospital adalah selamat, sihat dan bersih. Pensijilan GMP melibatkan beberapa elemen yang

perlu dipatuhiPada tahun ini, sebanyak 6 buah hospital telah menerima Pengiktirafan Skim Pensijilan GMP di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Pengiktirafan yang terbaru telah diterima oleh Hospital Tumpat, Jeli dan Pasir Puteh pada 28 Julai 2013.

PAMERAN PRODUK MeSTI 8th KELANTAN HEALTH CONFERENCE (KHC) 2013Pada 05 dan 06 Jun 2013 Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan telah menjalankan promosi memperkenalkan dan memasarkan produk MeSTI. Produk-produk ini adalah hasil keluaran

Page 5: Sekapur A - Ministry of Health

5

OPERASI Pemeriksaan PREMIS BERSIH Dan SUCIPremis bersih adalah tanggungjawab pengusaha dan pengendali premis tersebut supaya makanan dan minuman yang disediakan kepada orang ramai adalah bersih dan selamat. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan bersama Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan PKD telah merencanakan pelbagai aktiviti untuk memastikan premis

makanan adalah bersih, suci dan selamat untuk penyediaan makanan.Sepanjang Jun dan Julai, 5 Operasi Pemeriksaan Premis Bersih dan Suci telah dijalankan. Sebanyak 259 buah premis telah diperiksa di kesemua jajahan di negeri Kelantan ini. Manakala 26 buah premis makanan telah diarahkan untuk tutup sementara di bawah seksyen 11, Akta Makanan 1983 untuk kerja-kerja penambahbaikan dari aspek kebersihan dan keselamatan premis termasuk kehadiran makhluk perosak.

Operasi bersepadu ini telah dijalankan bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Pihak media juga telah dijemput bersama dalam operasi ini bagi tujuan promosi dan makluman kepada pengusaha premis untuk lebih prihatin dan bertanggungjawab kepada pengguna dalam menyediakan makanan dan minuman.

Berita

Satu majlis pelancaran Kembara Merdeka PROSTAR Kelantan 2013 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Hj. Ahmad Razin bin Dato’ Hj. Ahmad Mahir, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan pada 29 Ogos 2013 bertempat di perkarangan Wisma Persekutuan Kota Bharu, Kelantan. Kembara Merdeka PROSTAR ini bermula pada 29 Ogos sehingga 31 Ogos 2013 bersempena dengan sambutan kemerdekaan negara yang ke-56. Kembara Merdeka

KEMBARA MERDEKAPROSTAR KELANTAN 2013

PROSTAR ini bermula di Kota Bharu dan siri jelajah diteruskan ke seluruh daerah di negeri Kelantan.

Tujuan utama program ini dilaksanakan ialah untuk memperkasakan remaja melalui peningkatan tahap pengetahuan tingkahlaku remaja ke arah amalan cara hidup sihat.

SeminarPENDIDIKAN FATWA KESIHATAN 2013Peringkat NEGERI KELANTANSeminar Pendidikan Fatwa Kesihatan 2013 peringkat Negeri Kelantan telah diadakan dengan jayanya pada 25 Ogos 2013 bertempat di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, Kota Bharu, Kelantan. Seminar ini telah dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah kelolaan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Objektif utama seminar ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan peserta mengenai amalan cara hidup sihat dan kesihatan di samping menerangkan kepada peserta tentang penetapan fatwa bagi permasalahan kesihatan semasa. Selain itu, seminar ini menjadi agen dalam memberi kesedaran kepada masyarakat setempat mengenai fatwa yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia mengenai isu-isu sains dan perubatan serta larangan merokok di tempat-tempat awam seperti masjid, sekolah dan surau.

Tiga isu utama dibincangkan dalam seminar ini iaitu pengguguran, pelalian dan rokok oleh ahli-ahli panel yang dijemput khas.

Majlis perasmian seminar ini telah disempurnakan oleh Sahibus Samahah Dato’ Hj. Muhamad Shukri bin Muhammad, Mufti Kerajaan Negeri Kelantan. Kehadiran peserta seramai 500 orang yang terdiri daripada pelbagai agensi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dan agensi-agensi luar serta orang awam menyemarakkan lagi seminar ini.

Page 6: Sekapur A - Ministry of Health

6

Pergigian, Farmasi, dan Vektor. Promosi ini bermula jam 9.00 pagi sehingga 2.00 petang.

Aktiviti yang dijalankan adalah pameran kesihatan pergigian dengan tema bulan Jun 2013 adalah Masalah Kesihatan Pergigian dan Pencegahan. Sambutan amat menggalakkan di mana ia dihadiri oleh 141 orang.

Berita

Program LAWATAN Sambil BELAJARProgram Lawatan Sambil Belajar seramai 23 orang anggota Pergigian Bahagian Samarahan, Sarawak Ke Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Kelantan pada 27.6.2013 (Hari Khamis).

Lawatan tersebut adalah lawatan sambil belajar di mana mereka ingin mendapat maklumat berkaitan aktiviti promosi perkhidmatan pergigian yang dilaksanakan di Negeri Kelantan,

Lawatan dimulakan dengan Taklimat Perkhidmatan Pergigian Negeri Kelantan oleh KPPK (1) di Pejabat TPKN(G) Kelantan, diikuti dengan Lawatan Ke Klinik Pergigian Pasir Mas, Klinik Pergigian Sekolah dan Klinik Pergigian Rantau Panjang.

Promosi Kesihatan Pergigian di Pasar Besar Siti Khadijah. Promosi Kesihatan ini telah diadakan secara bulanan dan ia melibatkan Bahagian Kesihatan Awam,

Majlis Anugerah PERKHIDMATANCEMERLANG 2013

Majlis Penyerahan Ambulans JKNK

Majlis Penyerahan Kenderaan JKNK

7 Julai, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 telah diadakan di Dewan Kebudayaan & Kesenian Negeri. Seramai 903 orang kakitangan menerima anugerah pada majlis yang dirasmikan oleh YBhg. Datuk Farida Mohd, Ketua Setiausaha KKM.

29 Julai 2013, Majlis Penyerahan Ambulan JKNK telah diadakan di Perdana Resort Kota Bharu dan telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Makhtar Bin Mustapha, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan bersama YBhg. Dato’ Dr. Hj. Ahmad Razin Bin Dato’ Hj. Ahmad Mahir, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan.

Majlis Penyerahan Kenderaan JKNK yang diadakan pada 7 Julai 2013, telah disempurnakan dengan jayanya oleh YBhg. Datuk Farida Mohd Ali, Ketua Setiausaha KKM di Dewan Kebudayaan & Kesenian Negeri. Sebanyak 123 unit Exora telah diserahkan.

19-20 Jun 2013 Johan Zon Timur Yang Diadakan Di Hospital Sultanah Nur

Zahirah, Kuala Terengganu

Program COMBI Cara Hidup Sihat Peringkat HKK Pada 22 Jun 2013

Bertempat Di Kuaters Kakitangan HKK

Page 7: Sekapur A - Ministry of Health

7

“Multi_link schoolformat (Multi_G School atau‘MGS’)PENDAHULUAN:Multi_link school format (MGS) adalah program perisian maklumat yang dibangunkan untuk memudahkan Jururawat dan Pembantu Pembedahan Pergigian dalam membuat laporan perkhidmatan pergigian sekolah dengan lebih cepat dan sistematik. MGS ini adalah hasil pengubahsuaian format asal reten dengan menggunakan Software Microsoft Excell.

MASALAH SEBELUM INOVASIData setiap murid sekolah direkodkan dalam borang PG 307 (Pendaftaran, Kenyataan Permulaan Dan Akhir Rawatan Pergigian Incremental Kanak-Kanak PraSekolah/Tadika/Murid Sekolah Rendah/Menengah/Kanak-Kanak Istimewa), dikumpulkan mengikut kelas dan sekolah, kemudian dimasukkan ke dalam borang PG 201 (Kenyataan Permulaan Dan Akhir Rawatan Pergigian Incremental Murid PraSekolah/Sekolah Rendah/Menengah/Kanak -Kanak Istimewa).

Format ‘MGS’

Software Microsoft Excell digunakan dalam mengubahsuai format asal reten dengan memasukkan formula untuk menghubungkait antara satu reten dengan reten lain. Format

Selepas itu, maklumat setiap sekolah akan dicantumkan ke dalam borang PG203 (Laporan bulanan untuk Tadika/ sekolah rendah / kanak-kanak istimewa) dan PG 204 (Laporan bulanan untuk Sekolah Menengah/Kanak-kanak istimewa) mengikut klinik. Seterusnya ia akan dicantumkan di peringkat daerah sebelum di hantar ke Pusat Infomatik Kesihatan (PIK) sebelum 10hb setiap bulan berikutnya selepas semakan oleh Pegawai Pergigian Daerah. Semua reten sekolah tersebut dikira secara manual, menggunakan banyak borang dan kertas, memerlukan ramai anggota, kesilapan sering berlaku serta mengambil masa yang lama untuk disiapkan.

PENERANGAN PROJEK INOVASI

ini memerlukan pengisian satu borang reten sahaja (PG307) manakala 7 reten lain (PG201, PG201_KKI, PG203_eR, PG203_KKI, PG203_Pra, Appendix 2 dan 3) akan dijana sendiri melalui ‘autolink’.

KEADAAN SELEPAS INOVASIReten sekolah dapat disiapkan dengan cepat, serta tiada/ kurang kesilapan kerana pengiraan data secara ‘autosum’dan kesilapan dapat dikesan dengan keluarnya warna pada petak. Anggaran 70% masa dapat dijimatkan (penjimatan dari 1 minggu ke 2 hari), tidak melibatkan ramai anggota (dari 3 anggota ke 1 orang) untuk mengira reten serta penggunaan kertas yang minima.

Pengisian data hanya di ruangan yang dibenarkan

sahaja mengikut kelas.Petak berwarna kuning tidak boleh

diisi dan ada ‘protection’

Kesilapan dikesan dengan perubahan warna

pada cell

Jumlah dikira secara outomatik

Penambahbaikan data lain yang diperlukan

tetapi tiada dalam borang asal

Arahan untuk pengguna format MGS

Keterangan semakan kesilapan

Artikel Kualiti - Pergigian

Page 8: Sekapur A - Ministry of Health

8

PEKELILING

SENARAI PANDUAN AMALAN KLINIKAL YANG TELAH DITERBITKAN

TAHUN 2002 1. Control and management of Tuberculosis

TAHUN 2003 1. Adult Vaccination 2. Antibiotic prophylaxis against wound infection for oral 3. Management of Anterior crossbite against mixed dentition 4. Management of cervical cancer 5. Management of jaundice in healthy newborns 6. Management of Non Variceal Upper Gastrointestinal bleeding 7. Management of postnatal corticosteroid for the prevention of chronic lung disease in preterm infants 8. Management of sorethroat 9. Management of venous thromboembolism 10. Treatment of periodontal abscess 11. Treatment of tobacco use and dependence

TAHUN 2004 1. Childhood Immunisation 2. Diabetic Nephropathy 3. Diagnosis and Management Chronic Myeloproliferative Disorders 4. Management of Dengue Fever in Children 5. Management of Diabetic Foot 6. Management of Menorrhagia 7. Management of Obesity 8. Management of the Palatally Ectopic Canine 9. Rational Antibiotic Utilisation in Selected Paediatric Condition

TAHUN 2005 1. Management of Chronic Periodontitis 2. Management of Unerupted and Impacted Third Molar Tooth 3. Management of Unilateral Condylar Fracture of Mandible 4. Management Severe Early Childhood Caries 5. Retinopathy of Prematurity 6. Withholding and Withdrawing of Life Support in Children

TAHUN 2006 1. Management of Immune Thrombocytopenic Purpura 2. Management of Ischaemic Stroke 3. Management of Post-Operative Infectious Endophthalmitis 4. Management of Unerupted Maxillary Incisor

TAHUN 2007 1. Management of Acute ST Segment Elevation Myocardial Infarction (STEMI) 2. Management of Acute Variceal Bleeding 3. Management of Heart Failure 4. Management of Major Depressive Disorder

TAHUN 2008 1. Management of Attention Deficit Hyperactive Disorder in Children and adolecents 2. Management of Gout 3. Management of HIV Infection in Children 4. Management of HIV Infection in Pregnant Women 5. Management of Hypertension (3rd edition) 6. Management of Primary Open Angle Glaucoma 7. Prevention of Cardiovascular Disease in Women 2008

TAHUN 2009 1. Management of COPD (Second Edition) 2. Management of Dementia (2nd Edition) 3. Management of Percutaneous Coronory Intervention (PCI) 4. Management of Schizophrenia in Adults 5. Management of Transfusion Dependent Thalassaemia 6. Management of Type 2 Diabetes Mellitus (4th Edition)

TAHUN 2010 1. Hormone Therapy during Menopause in Malaysian Women 2. Management of Avulsed Permanent Anterior Teeth in Children 3. Management of cancer pain 4. Management of Dengue Infection in Adults (Revised 2nd Edition) 5. The use of Growth Hormone in Children and Adults 6. Management of Breast Cancer ( 2nd edition)

TAHUN 2011 1. Management of chronic kidney disease in adults 2. Screening of diabetic retinopathy 3. CPG UA/NSTEMI 4. Management of Dyslipedemia 5. Management of Pulmonary Arterial Hypertension (PAH)

TAHUN 2012 1. CPG Management of Acne

TAHUN 2013 1. CPG- Management of Tuberculosis (3rd Edition)