sekadar perkongsian di malam jumaat

2
Sekadar perkongsian di malam Jumaat, malam penghulu hari bagi umat Islam. Hati kita sering resah dan gundah gelana yang sering membuatkan diri kita kadang-kadang murung dan sedih. Apakah sebenarnya yang membuatkan hati kita gelisah? Mungkin kita akan memberi alasan banyak kerja belum siap, rakan-rakan kacau kita, duit perbelanjaan tidak cukup dan macam-macam lagi alasan yang akan membuatkan kita terus-berterusan ditimpa masalah. Sampai ada pepatah "sudah jatuh ditimpa tangga", kalau diikutkan peribahasa ini memang malang betul la orang yang jatuh itu. Sudahlah sakit sebab jatuh lepas tu kena timpa tangga pula. Kalau tangga ringan tak apa la juga. Kalau berat? Tak ke nahas orang tu. Bukan niat nak bahas mengenai peribahasa itu tapi nak bahas sedikit pesanan ulama yang tersohor di muka bumi Allah ini iaitu pesanan Imam Ghazali. Imam Ghazali telah menggariskan tiga perkara untuk mendapat semula ketenangan hati. 1. Membaca Al-Quran 2. Perbanyakkan ibadah solat 3. Tafakkur mengingati mati. Di sini kita dapat melihat ketiga-tiga perkara ini sebenarnya perkara yang buatkan kita taqarrub(dekatkan) diri dengan Allah SWT. Di sini kita boleh lihat yang sebenarnya kekayaan dunia, kecantikan isteri dan kedudukan yang mulia di dunia ini tidak akan menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan semestinya tidak jamin kebahagiaan di akhirat kelak. Kita tidak layak untuk mendabik dada dan mengatakan segala kejayaan ini adalah hasil usaha aku semata-mata kerana di sebalik usaha kita ada kurniaan rezeki tuhan yang telah menciptakan kita. Jika kita berjaya kita perlu bersyukur atas nikmat yang dikurniakan dan jika kita menempah kegagalan juga kita sepatutnya tidak berpatah hati kerana kita yakin segala yang berlaku itu ada hikmahnya. Kita perlu ingat yang Allah SWT tidak menilai hasil yang kita dapat sebaliknya usaha yang kita telah lakukan seperti ibadah membaca Al-Quran. Sesiapa yang lancar baca Al-Quran itu akan mendapat satu pahala dan orang yang tidak lancar baca Al-Quran akan mendapat dua kali pahala. Tapi jangan pula jadikan ini sebagai hujah sampai gigi dah nak luruh pun cakap dapat dua pahala. Ni dah masuk kes bodoh sombong sebab dah tahu tapi masih tak nak belajar. Kesimpulan yang boleh kita ambil dari sini adalah kita haruslah berusaha mendekatkan diri dengan Allah kerana kunci kebahagiaan adalah hanyalah Allah yang berkuasa untuk memberi kita

Upload: siti-zainah-ismail

Post on 25-Dec-2015

234 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

tazkirah

TRANSCRIPT

Page 1: Sekadar Perkongsian Di Malam Jumaat

Sekadar perkongsian di malam Jumaat, malam penghulu hari bagi umat Islam. Hati kita sering resah dan gundah gelana yang sering membuatkan diri kita kadang-kadang murung dan sedih. Apakah sebenarnya yang membuatkan hati kita gelisah? Mungkin kita akan memberi alasan banyak kerja belum siap, rakan-rakan kacau kita, duit perbelanjaan tidak cukup dan macam-macam lagi alasan yang akan membuatkan kita terus-berterusan ditimpa masalah. Sampai ada pepatah "sudah jatuh ditimpa tangga", kalau diikutkan peribahasa ini memang malang betul la orang yang jatuh itu. Sudahlah sakit sebab jatuh lepas tu kena timpa tangga pula. Kalau tangga ringan tak apa la juga. Kalau berat? Tak ke nahas orang tu. Bukan niat nak bahas mengenai peribahasa itu tapi nak bahas sedikit pesanan ulama yang tersohor di muka bumi Allah ini iaitu pesanan Imam Ghazali.

 Imam Ghazali telah menggariskan tiga perkara untuk mendapat semula ketenangan hati.

1. Membaca Al-Quran2. Perbanyakkan ibadah solat3. Tafakkur mengingati mati.

Di sini kita dapat melihat ketiga-tiga perkara ini sebenarnya perkara yang buatkan kita taqarrub(dekatkan) diri dengan Allah SWT. Di sini kita boleh lihat yang sebenarnya kekayaan dunia, kecantikan isteri dan kedudukan yang mulia di dunia ini tidak akan menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan semestinya tidak jamin kebahagiaan di akhirat kelak. Kita tidak layak untuk mendabik dada dan mengatakan segala kejayaan ini adalah hasil usaha aku semata-mata kerana di sebalik usaha kita ada kurniaan rezeki tuhan yang telah menciptakan kita. Jika kita berjaya kita perlu bersyukur atas nikmat yang dikurniakan dan jika kita menempah kegagalan juga kita sepatutnya tidak berpatah hati kerana kita yakin segala yang berlaku itu ada hikmahnya. Kita perlu ingat yang Allah SWT tidak menilai hasil yang kita dapat sebaliknya usaha yang kita telah lakukan seperti ibadah membaca Al-Quran. Sesiapa yang lancar baca Al-Quran itu akan mendapat satu pahala dan orang yang tidak lancar baca Al-Quran akan mendapat dua kali pahala. Tapi jangan pula jadikan ini sebagai hujah sampai gigi dah nak luruh pun cakap dapat dua pahala. Ni dah masuk kes bodoh sombong sebab dah tahu tapi masih tak nak belajar. 

Kesimpulan yang boleh kita ambil dari sini adalah kita haruslah berusaha mendekatkan diri dengan Allah kerana kunci kebahagiaan adalah hanyalah Allah yang berkuasa untuk memberi kita kebahagiaan. Semoga kita semua mendapat keredhaan dan kasih sayang Allah SWT.