sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini

4
SEJAUH MANA BOLEH BERAMAL DENGAN ZIKIR SUFI INI Oleh: Muhammad Hanief Awang Yahya Di antara zikir yang diamalkan secara meluas di kalangan masyarakat kita, terutamanya dalam majlis tahlil arwah ialah; له م ال علد ما وسعه س عد ف ن و حه م ل ل ك ي ف له ال ول س مد! ر ح م له ال لا له ا ا لاTiada tuhan melainkan Allah, Muhammad pesuruh Allah, pada setiap pandangan dan nafas sebanyak mana yang diliputi oleh ilmu Allah. Sebenarnya, zikir ini tidak diriwayatkan secara yang sahih dalam mana-mana kitab hadis yang mu’tabar. Walaupun ia mengandungi makna yang baik namun sesiapapun tidak boleh mendakwa ia lebih utama daripada apa yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu له ال لا ل! ه ا الا. Apatah lagi untuk diamalkan secara berterusan pada setiap masa dan tempat untuk mendapatkan kelebihan dan pahala yang khusus. Sebagai seorang muslim yang cintakan Allah dan Rasul-Nya, apa yang perlu diberikan keutamaan ialah berzikir dengan zikir yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. seperti yang diriwayatkan imam-imam hadis. Sebagai contoh, zikir dengan kalimah tayyibah له ال لا ه ا ل! الا, walaupun ringkas, ia mempunyai keberkatan dan kepastian kerana ia diriwayatkan secara sahih dan dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai yang paling utama. ُ ولُ قَ ن اَ مُ هْ نَ عُ َ 2 اَ يِ ضَ رِ َ 2 اِ دْ 6 بَ عَ 8 نْ 6 بَ رِ 6 ب اَ 6 جُ تْ عِ مَ س الَ قٍ D اشَ رِ خ8 نْ 6 ب هَ حْ لَ ط8 ن عِ رْ كِ 2 الدُ لَ ضْ فَ P اُ ولُ قَ نَ مَ 2 لَ سَ وِ هْ يَ لَ عُ َ 2 ي اَ 2 لَ صِ َ 2 اَ ولُ سَ رُ تْ عِ مَ سِ َ 2 ِ ُ دْ مَ حْ ل اِ اءَ عُ 2 الدُ لَ ضْ فَ P اَ وُ َ 2 ا اَ 2 لِ اَ هَ لِ ا اَ ل

Upload: rr-darulkautsar

Post on 18-Feb-2017

127 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini

SEJAUH MANA BOLEH BERAMAL DENGAN ZIKIR SUFI INI

Oleh: Muhammad Hanief Awang Yahya 

 Di antara zikir yang diamalkan secara meluas di kalangan masyarakat kita, terutamanya dalam majlis tahlil arwah ialah; 

الله علم وسعه ما عدد ونفس لمحة كل في الله رسول محمد الله إال إله ال

Tiada tuhan melainkan Allah, Muhammad pesuruh Allah, pada setiap pandangan dan nafas sebanyak mana yang diliputi oleh ilmu Allah. Sebenarnya, zikir ini tidak diriwayatkan secara yang sahih dalam mana-mana kitab hadis yang mu’tabar. Walaupun ia mengandungi makna yang baik namun sesiapapun tidak boleh mendakwa ia lebih utama daripada apa yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu  الله إال إله .ال Apatah lagi untuk diamalkan secara berterusan pada setiap masa dan tempat untuk mendapatkan kelebihan dan pahala yang khusus. Sebagai seorang muslim yang cintakan Allah dan Rasul-Nya, apa yang perlu diberikan keutamaan ialah berzikir dengan zikir yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. seperti yang diriwayatkan imam-imam hadis. Sebagai contoh, zikir dengan kalimah tayyibah  الله إال إله ,ال walaupun ringkas, ia mempunyai keberkatan dan kepastian kerana ia diriwayatkan secara sahih dan dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai yang paling utama. 

يقول عنهما ه الل رضي ه الل عبد بن جابر سمعت قال خراش بن طلحة ه  عن الل صلى ه الل رسول سمعت

ه لل الحمد الدعاء وأفضل ه الل إال إله ال الذكر أفضل يقول م وسل عليه

Daripada Talhah bin Khirash katanya, saya mendengar Jabir bin ‘Abdullah berkata, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Zikir yang paling utama ialah  ه الل إال إله  dan doa yang paling utama ialah ال ه لل ,al-Tirmizi, Ibn Majah)”. الحمدal-Nasa`i, Ibn Hibban) Adapun lafaz  الله رسول .ia bukanlah lafaz zikir yang perlu diulang-ulangkan محمدApa yang betul berkait dengan Rasulullah s.a.w. ialah berselawat kepadanya. 

تسليما موا وسل عليه صلوا آمنوا ذين ال ها أي يا بي الن على يصلون ومالئكته ه الل إن

Page 2: sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini

Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab: 6) Rasulullah s.a.w. bersabda: 

علي أكثرهم القيامة يوم بي اس الن أولى قال م وسل عليه ه الل صلى ه الل رسول أن مسعود بن ه الل عبد عن

صالة

Daripada Ibn Mas’ud bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang yang paling dekat denganku pada hari Qiyamat ialah mereka yang paling banyak berselawat kepadaku.” (al-Tirmizi) Asal Usul Zikir Ini 

الله علم وسعه ما عدد ونفس لمحة كل في الله رسول محمد الله إال إله ال

Shaykh ‘Abdul Rahman bin ‘Abdul Khaliq menyebutkan dalam kitabnya al-Fikr al-Sufi Fi Dau`i al-Kitab Wa al-Sunnah, hal. 284, bahawa Muhammad bin Salih al-Ja’fari yang merupakan seorang imam di Masjid al-Azhar sejak sekian lama, telah menyebutkan dalam kitabnya, Miftah Kunuz al-Samawat Wa al-Ard. Beliau menulis: Sidi Ahmad telah berkumpul dengan Rasulullah s.a.w. dalam rupanya dan bersamanya Khadir a.s.  Rasulullah s.a.w. menyuruh Khadir a.s. mengajarkan kepada saya zikir-zikir Tarikat Shaziliyyah lalu Khadir mengajarkan kepada saya di hadapan baginda. Kemudian baginda bersabda kepada Khadir: “Wahai Khadir ajarkanlah kepadanya sesuatu yang merangkumi sekalian zikir-zikir, selawat-selawat, istighfar dan yang paling utama pahala dan bilangannya. Beliau bertanya: “Apa dia wahai Rasulullah? Lalu baginda menjawab: 

“ الله علم وسعه ما عدد ونفس لمحة كل في الله رسول محمد الله إال إله ال

Khadir a.s. mengucapkannya dan akupun mengucapkannya dan Rasulullah s.a.w. mengulang-ulangkannya sebanyak tiga kali. 

Page 3: sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini

Kemudian beliau berkata: “Hendaklah kamu mengucapkan; 

العظيمية الصالة آخرة إلى العظيم الله وجه بنور أسألك إني اللهم

Ya Allah, aku memohon dari Engkau dengan Cahaya Wajah Engkau yang agungHinggalah akhir selawat yang agung. Kemudian baginda s.a.w. bersabda kepadanya: “Ucapkanlah;

واإلكرام الجالل ذو الذنوب غفار القيوم الحي هو إال إله ال الذي الله استغفر

Saya memohon ampun dari Allah yang tiada tuhan melainkan Dia yang maha hidup maha mentadbir, sangat mengampunkan dosa-dosa yang memiliki keagungan dan kemuliaan. Sehingga akhir istighfar utama. Maka sayapun mengucapkannya selepas mereka berdua dan saya memperolehi cahaya dan kekuatan Muhammadiyyah dan dikurniakan penglihatan ketuhanan. Kemudian baginda s.a.w. bersabda: “Wahai Ahmad! Aku telah berikan kepada kamu kunci-kunci langit dan bumi dan ia zikir yang khusus, selawat yang agung, istighfar yang utama. Sekali mengucapkannya dikira menyamai dunia dan akhirat dan seisi-isinya dengan berkali-kali ganda. (Miftah Kunuz al-Samawat Wa al-Ard al-Makhzunah, hal. 8-9) Ini menunjukkan bahawa zikir ini diperolehi dengan cara yang luar biasa yang tidak pernah dilalui oleh imam-imam hadis yang meriwayatkan hadis melalui perantaraan para perawi. Bahkan ahli sufi ini mendakwa bahawa dia menerima secara langsung daripada Rasulullah s.a.w. Jika begitu, sungguh istimewa kedudukannya di sisi Rasulullah s.a.w. sehinggakan ulama hadis yang seluruh hidup mereka didedikasikan untuk mengumpulkan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tidak pernah mendakwa berjumpa dan mempelajari hadis secara langsung daripada baginda sepertinya. Sebenarnya, mendakwa berjumpa dan belajar daripada Rasulullah s.a.w. adalah mendustakan atas nama baginda dan ini menyebabkan ramai dari kalangan umat Islam terjebak dalam kesesatan dan kedunguan. Demikian juga, dakwaan yang dikemukakan oleh sesetengah ahli sufi bahawa mereka melihat dan bertemu

Page 4: sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini

dengan Khadir a.s. kerana mereka telah memperolehi penglihatan ketuhanan yang kononnya dapat menerobosi alam ghaib