sejarah zaman bahasa melayu purba

11
Zaman Bahasa Melayu Purba Bahasa Melayu Purba ialah bahasa Mela yu yang wuju d pada zaman prasejarah.Bahasa ini dikatakan sedemikian kerana tidak ada sejarah bertulis pada masa itu. Manakala menurut Asmah Haji Omar, Bahasa Melayu Purba dipercayai dituturkan oleh kelompok Melayu Deutro. Mereka menggunakan bahasa ini dalam bentuk lisan. Oleh itu Bahasa Melayu Purba tidak wujud dalam bentuk tulisan. Zaman Bahasa Melayu Kuno Menurut Abdul Rashid dan Amat Juhari Moain, (2006 : 27), bahasa Melayu Kuno bermula pada abad ke-4 Masihi. Bahasa Melayu Kuno dikatakan bermula pada abad ke-4 Masihi kerana terdapat beberapa bukti yang telah ditemui di Dong Yen Chau di Teluk Tourane Vietnam yang diperkirakan bertarikh pada abad ke-4 Masihi. Bahan bukti yang ditemui ialah sebuah prasasti. Berdasarkan maklumat daripada wikipedia bahasa Melayu, bahasa Melayu Kun o wuj ud setelah me ner ima pen gar uh dar ipada India.  Bahasa Mel ayu Kuno mencapai kegemilanganny a dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya sebagai lingu a franca dan baha sa penta dbira n. Mereka yang bertu tur bahasa Melayu Kuno merangkumi Semenanjung Tanah Melayu , Kepulauan Riau dan Sumatera. Bahasa Melayu Kuno diterima ramai kerana terdapat beberapa ciri yan g boleh diterima oleh orang ramai. Antaranya ial ah bersif at sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Bahasa Melayu Kuno juga dikatakan tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat. Sehubungan itu, bahasa Melayu Konu  juga mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding bahasa Jawa. Terdapat juga teori yang mengkatakan bahawa berlakunya perkembangan bahasa Melayu iaitu bahasa Melayu Purba menjadi bahasa Melayu Kuno adalah melalui aktiviti perdagangan.Buktinya ialah pada abad pertama, barulah pedagang dari India belayar ke timur menuju Tiongkok dan pedagang Tiongkok pula belayar ke barat menuju India. Pelayaran dua hala ini mengharuskan mereka melalui Selat Melaka. Lama-kelamaan pelabuhan yang ada di Kepulauan Melayu ini bukan sahaja sebagai tempat persinggahan tetapi menjadi tempat perdagangan pedagang India dan Tiongkok seperti yang telah dirintis lebih awal oleh pedagang Arab. 1

Upload: fadhlah-senifoto

Post on 06-Apr-2018

259 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Zaman Bahasa Melayu Purba

8/3/2019 Sejarah Zaman Bahasa Melayu Purba

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-zaman-bahasa-melayu-purba 1/11

Zaman Bahasa Melayu Purba

Bahasa Melayu Purba ialah bahasa Melayu yang wujud pada zaman

prasejarah.Bahasa ini dikatakan sedemikian kerana tidak ada sejarah bertulis pada

masa itu. Manakala menurut Asmah Haji Omar, Bahasa Melayu Purba dipercayai

dituturkan oleh kelompok Melayu Deutro. Mereka menggunakan bahasa ini dalam

bentuk lisan. Oleh itu Bahasa Melayu Purba tidak wujud dalam bentuk tulisan.

Zaman Bahasa Melayu Kuno

Menurut Abdul Rashid dan Amat Juhari Moain, (2006 : 27), bahasa Melayu Kuno

bermula pada abad ke-4 Masihi. Bahasa Melayu Kuno dikatakan bermula pada abad

ke-4 Masihi kerana terdapat beberapa bukti yang telah ditemui di Dong Yen Chau di

Teluk Tourane Vietnam yang diperkirakan bertarikh pada abad ke-4 Masihi. Bahan

bukti yang ditemui ialah sebuah prasasti.

Berdasarkan maklumat daripada wikipedia bahasa Melayu, bahasa Melayu

Kuno wujud setelah menerima pengaruh daripada India.  Bahasa Melayu Kuno

mencapai kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan 

Sriwijaya sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Mereka yang bertutur 

bahasa Melayu Kuno merangkumi Semenanjung Tanah Melayu , Kepulauan Riau

dan Sumatera. Bahasa Melayu Kuno diterima ramai kerana terdapat beberapa ciri

yang boleh diterima oleh orang ramai. Antaranya ialah bersifat sederhana dan

mudah menerima pengaruh luar. Bahasa Melayu Kuno juga dikatakan tidak terikat

kepada perbezaan susun lapis masyarakat. Sehubungan itu, bahasa Melayu Konu

 juga mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding bahasa Jawa.

Terdapat juga teori yang mengkatakan bahawa berlakunya perkembangan

bahasa Melayu iaitu bahasa Melayu Purba menjadi bahasa Melayu Kuno adalah

melalui aktiviti perdagangan.Buktinya ialah pada abad pertama, barulah pedagang

dari India belayar ke timur menuju Tiongkok dan pedagang Tiongkok pula belayar ke

barat menuju India. Pelayaran dua hala ini mengharuskan mereka melalui Selat

Melaka. Lama-kelamaan pelabuhan yang ada di Kepulauan Melayu ini bukan sahaja

sebagai tempat persinggahan tetapi menjadi tempat perdagangan pedagang India

dan Tiongkok seperti yang telah dirintis lebih awal oleh pedagang Arab.

1

Page 2: Sejarah Zaman Bahasa Melayu Purba

8/3/2019 Sejarah Zaman Bahasa Melayu Purba

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-zaman-bahasa-melayu-purba 2/11

Di samping itu juga para mubaligh terutama mubaligh India turut datang ke

Kepulauan Melayu ini untuk menyebarkan agama Hindu. Kedatangan para

pedagang dan penyebar agama ini mengakibatkan bahasa Melayu Purba mendapat

pengaruh baru. Bahasa Melayu Purba ini kemudian dinamai sebagai bahasa Melayu

Kuno.

Pengaruh Bahasa Sanskrit dan Hindu dalam Bahasa Melayu Kuno.

Bahasa Melayu Kuno banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Ini adalah

kerana kebanyakan masyarakat Melayu ketika itu beragama Hindu dan Bahasa

Sanskrit telah menjadi bahasa bangsawan dan mempunyai hierarki yang tinggi.

Selain itu, sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan juga antarapenyebab bahasa asing seperti sanskrit diterima. Ini boleh dibuktikan daripada

pengaruh tulisan atau aksara Pallava dan Devanagari yang datang dari India, kata-

kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit, rangkai-rangkai kata pinjaman daripada

bahasa Sanskrit, dan fonem-fonem Sanskrit.

Kesan daripada bahasa sanskrit ini menyebabkan penambahan kosa kata

Bahasa Melayu Kuno. Contoh contoh perkataan yang diambil daripada Bahasa

Sanskrit adalah seperti syukasyitta, athava, karana, tatakala dan sebagainya.

Bahasa Melayu Kuno tidak mempunyai pengaruh Parsi atau Arab.

Penggunaan Bahasa Melayu Kuno

Berdasarkan bahan bukti sejarah yang ditemui, terdapat beberapa batu bersurat

yang menggunakan bahasa Melayu Kuno.  Batu bersurat telah ditemui di sekitar 

Sumatera dan Jawa yang memperlihatkan penggunaan Bahasa Melayu kuno pada

abad ke-7. Tulisan yang digunakan ialah aksara (alphabet ) Pallawa iaitu sejenis

tulisan yang berasal dari selatan India. Antara batu bersurat tersebut ialah batu 

bersurat Kedukan Bukit di Palembang, bertarikh 605 Tahun Saka, bersamaan

dengan 683 Masihi. Tulisan yang terdapat pada Batu Bersurat ini menggunakan

huruf Palava.

2

Page 3: Sejarah Zaman Bahasa Melayu Purba

8/3/2019 Sejarah Zaman Bahasa Melayu Purba

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-zaman-bahasa-melayu-purba 3/11

Batu Bersurat Talang Tuwo, bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan dengan

684 M dan batu, Jawa Tengah yang bertarikh 832 Masihi ditulis dalam huruf 

Nagiri.Ringkasnya, penemuan batu bersurat ini membuktikan bahawa bahasa

Melayu Kuno wujud dan digunakan oleh masyarakat.

Ciri-Ciri Bahasa Melayu Kuno

Bahasa Melayu Kuno mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Beberapa kajian telah

dijalankan pada bahan bukti iaitu batu bersurat. Tulisan yang terdapat pada batu

bersurat tersebut telah dikaji dari aspek bahasanya.

Berdasarkan kajian tersebut, bahasa Melayu jelas memperlihatkan pengaruh

bahasa Sanskrit, terutama dari segi kata-kata pinjaman. Hal ini terjadi kerana pada

waktu itu bahasa Melayu tidak mempunyai kata-kata yang sesuai untuk

memperkatakan perkara-perkara dan konsep-konsep baru yang dibawa dari

kebudayaan asing. Oleh itu bahasa Melayu terpaksa meminjam daripada bahasa

masyarakat yang membawa konsep-konsep baru itu. Contoh contoh perkataan yang

diambil daripada bahasa Sanskrit adalah seperti syukasyitta, athava, karana,

tatakala dan sebagainya.

Bahasa Melayu itu kebanyakannya ditulis oleh raja. Oleh itu dapat dibuat

kesimpulan bahawa bahasa Melayu kuno telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa

untuk urusan pemerintahan di istana.Bahasa Melayu kuno juga telah tersebar luas

dan berfungsi sebagai lingua franca.Selain itu bahasa Melayu kuno juga bersifat

kosmopolitan, keranan menerima pengaruh dari luar terutama pengaruh bahasa

Sanskrit.

Definisi Bahasa Melayu Klasik

Terdapat beberapa definisi yang telah diutarakan oleh pengkaji bahasa .Antaranya

ialah Asmah Hj.Omar (1985:33), “bahasa abad ketiga belas dan ketujuh belas itu

dinamakan bahasa Melayu Klasik”. Menurut Ismail Hussein (1984:24), pembahagian

yang dibuat oleh adalah atas pertimbangan sejarah perkembangan bahasa Melayu.

Hal ini dapat dibahagikan mengikut zaman politik Srivijaya, Majapahit, Melaka, dan

sebagainya, pengaruh kebudayaan seperti Hindu, Islam, dan Barat atau mengikut

3

Page 4: Sejarah Zaman Bahasa Melayu Purba

8/3/2019 Sejarah Zaman Bahasa Melayu Purba

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-zaman-bahasa-melayu-purba 4/11

zaman tulisan yang digunakan seperti tulisan Melayu Kuno yang diambil dari India,

tulisan Arab, dan akhir sekali tulisan Latin. Contohnya pada zaman politik Srivijaya,

masyarakatnya yang beragama Hindu dan Buddha, menggunakan tulisan yang

dibawa dari India, sasteranya dipenuhi oleh cerita-cerita sastera India dan bahasa

Melayunya, dengan pinjaman kata-kata Sanskrit.”

Sejarah Bahasa Melayu Klasik

Zaitul Azma (2007) telah mengatakan bahawa perkembangan bahasa Melayu Klasik

mempunyai perkaitan dengan perkembangan karya sastera.  Perkembangan

kesusasteraan memberikan gambaran tentang sejarah silam sesuatu bangsa dari

segi kebudayaan,dan keperibadian bangsa . Dalam masa yang sama bahasa Melayu Klasik digunakan oleh pengarang

untuk tujuan menghasilkan sesebuah karya dalam bidang kesusasteraan,

ketatanegaraan, kebudayaan, kemasyarakatan dan keagamaan. Seiring dengan

kemunculan bahasa Melayu Klasik, pengaruh Hindu dilihat mula hilang sedikit demi

sedikit sehinggalah ke abad ke-15. Bahasa Melayu Klasik mula berkembang pada

abad ke -13 dan ke -14. Buktinya ialah penemuan beberapa buah prasasti. Ketika itu

  juga bahasa Melayu Klasik telah digunakan sebagai lingua –franca iaitu zaman

kerajaan Melayu Melaka. Penggunaan bahasa Melayu Klasik ini jelas dalam aktiviit

perdagangan dan penyebaran agama Islam.

Bukti tentang penyebaran agama islam menggunakan bahasa Melayu Klasik

adalah penghasilan kitab-kitab agama. Antara kitab yang dihasilkan ialah Furu’ Al-

Masa’il oleh Syed Muhammad Daud Al-Fatani,dan Sabil Al-Muhtadin oleh SyedMuhammad Arsyad Al-Banjari .Kandungan kitab-kitab ini adalah mengenai agama

seperti al- Hadith, feqah, tafsir al-quran, tasawuf, di samping sejarah, hikayat, hal

ehwal haiwan, perdukunan, perubatan Melayu, bintang dua belas, pentadbiran dan

pemerintahan, falsafah dan pengembaraan. Secara ringkasnya bahasa Melayu

Klasik meluas dalam kalangan orang bukan Melayu dari kelompok Asia, juga dalam

kelompok orang Eropah dan Asia Barat yang datang ke Asia Tenggara.

Permulaan Zaman Bahasa Melayu Klasik

4

Page 5: Sejarah Zaman Bahasa Melayu Purba

8/3/2019 Sejarah Zaman Bahasa Melayu Purba

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-zaman-bahasa-melayu-purba 5/11

Pada abad ke -13 pengaruh agama Islam menjadi makin dominan di Nusantara.

Perkembangan agama Islam membawa bersama-samanya bahasa Arab. Zaman ini

memperlihatkan kemasukan perkataan Arab dan tulisan Jawi yang menggunakan

huruf-huruf Arab. Secara ringkasnya evolusi tahap kedua berlaku kepada bahasa

Melayu. Bahasa Melayu berkembang dengan pesat melalui peminjaman perkataan

Arab dan Parsi. Di samping itu, bahasa Melayu juga mula berkembang dengan

bahasa-bahasa dari Barat seperti Portugis, Inggeris, dan Belanda.

Menurut Ismail Hussein (1984:25), bahasa Melayu Klasik bermula sekitar 

abad ke-13 dan ke-14. Tetapi beliau menyebutnya sebagai zaman peralihan di

seluruh kepulauan Melayu dengan kedatangan agama Islam. Bukti konkrit tentang

bertapaknya Islam di Nusantara dari sudut sejarah diperoleh pada tahun 1292 M

sewaktu Marco Polo melawat Sumatera Utara dan catatannya tentang pengislaman

Pasai. Pada zaman peralihan dalam abad ke-13 dan ke-14 telah dijumpai beberapa

prasasti dalam bahasa Melayu yang ditulis menggunakan huruf India tetapi

bahasanya sudah terdapat pengaruh bahasa Arab. Di sini bermulanya bahasa

Melayu klasik.

Dalam masa yang sama bahasa Melayu Klasik boleh ditandai dengan

kemunculan dan keagungan kerajaan Melayu Melaka. Bahasa Melayu menjadi

medium dalam pemerintahan, perhubungan, perdagangan, dan penyebaran agama

Islam. Ketika itu juga bahasa Melayu mendapat tulisan baru, iaitu tulisan Jawi, iaitu

dengan meminjam dan menyesuaikan abjad bahasa Arab. Sebelumnya, pada tahap

bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu menggunakan dua jenis tulisan, iaitu tulisan

rencong dan lampung yang tidak terpengaruh oleh tulisan dari India walaupun

bahasa Sanskrit sudah bertapak di Nusantara.Tulisan yang disesuaikan dengan

tulisan Pallava dan Nagiri seperti yang terdapat pada batu-batu bersurat antara abad

ke-7 hingga abad ke-14.

Perkembangan Bahasa Melayu Klasik 

Kedatangan pengaruh agama Islam dan bahasa Arab,telah menyebabkan bahasa

Melayu melangkah setapak lagi dengan satu lagi tulisan, iaitu tulisan Jawi. Bahasa

Melayu Klasik mula pada abad ke-16 sampai pula pengaruh dari Barat dengan

kedatangan penjajah dari Eropah seperti Portugis, Belanda, dan Inggeris. Sekali lagi

5

Page 6: Sejarah Zaman Bahasa Melayu Purba

8/3/2019 Sejarah Zaman Bahasa Melayu Purba

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-zaman-bahasa-melayu-purba 6/11

bahasa Melayu bertembung dengan bahasa dan kebudayaan yang baru yang turut

mempengaruhi bahasa Melayu.

Amat Juhari Moain (1992:1062) tulisan rumi mula digunakan dengan

penggunaan yang pertama dalam bahasa Melayu oleh David Barbosa pada tahun

1516 Masihi setelah Melaka ditawan oleh Portugis, kemudian pada tahun 1521

Masihi seorang pengembara Itali, Antonio Pigfafetta membuat catatan perkataan

Melayu dalam tulisan rumi dengan padanannya dalam bahasa Itali.

Dengan senario itu, bahasa Melayu Klasik mencakup zaman antara abad ke-

14 hingga abad ke-19, dengan abad ke-12 dan ke-13 sebagai zaman peralihan

antara tahap bahasa Melayu Kuno dengan tahap bahasa Melayu klasik. BahasaMelayu klasik dapat disimpulkan sebagai bahasa yang digunakan dalam

kesusasteraan, pemerintahan dan undang-undang, agama, sejarah, perdagangan,

dan perhubungan iaitu budaya dan kemasyarakatan.

Ringkasnya kosa kata daripada bahasa Arab banyak digunakan. Penggunaan

bahasa Melayu dapat dilihat dalam beberapa buah karya seperti Hikayat Raja-raja

Pasai, Misa Melayu, Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Negeri Johor dan

banyak lagi karya yang ditulis dalam tulisan Jawi.

Zaman Kegemilangan Bahasa Melayu Klasik

Berdasarkan bahan yang di akses, didapati ada tiga zaman kegemilangan bahasa

Melayu Klasik. Antaranya ialah zaman kerajaan Melaka, Acheh dan zaman kerajaan

Johor–Riau. Ketika zaman tersebut terdapat beberapa orang tokoh penulis. Buktinya

ialah pada zaman kerajaan Acheh. Antara tokoh penulis yang penting ialah Hamzah

Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-

Singkel.

Ciri-Ciri Bahasa Melayu Klasik

Dari Wikipedia bahasa Melayu Klasik, telah menyatakan beberapa ciri-ciri bahasa

Melayu Klasik. Namun demikian cirri-ciri yang dinyatakan adalah lebih mencirikan

bahasa Melayu Klasik dari aspek perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan

tulisan. Antara ciri –ciri tersebut ialah ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit.

6

Page 7: Sejarah Zaman Bahasa Melayu Purba

8/3/2019 Sejarah Zaman Bahasa Melayu Purba

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-zaman-bahasa-melayu-purba 7/11

Ayat yang digunakan kebanyakkannya ialah ayat pasif dan songsang.Ketika itu juga

banyak menggunakan laras bahasa istana.

Manakala terdapat perbezaan dalam mengklasifikasi ciri-ciri bahasa Melayu

Klasik. Umumnya bahasa Melayu klasik boleh dibahagikan kepada kepada

beberapa aspek, iaitu aspek sistem tulisan, kosa kata dan tatabahasa. Zaitul Azama

mengatakan bahawa dalam bahasa Melayu Klasik terdapat penggunaan kata

pangkal ayat yang agak klise atau usang. Penggunaan kata pangkal ayat ini agak

meluas. Contoh kata pangkal adalah seperti "syahadan", "maka", "alkisah", "hatta",

"arakian", "kata sahibul hikayat", "maka, tatkala" dan "adapun. Kata-kata seperti itu

bukan sahaja digunakan untuk memulakan sesuatu perenggan, malah digunakan

 juga pada awal ayat-ayat dalam perenggan. Penulisan dalam bahasa Melayu moden

tidak memperlihatkan penggunaan kata pangkal ayat yang sedemikian.

Manakala dari aspek struktur ayat pula, bahasa Melayu Klasik agak berbeza

dengan bahasa Melayu Kuno kerana struktur ayatnya panjang-panjang, berulang-

ulang dan berbelit-belit.Terdapat juga gabungan beberapa ayat tunggal yang

dicantumkan dengan menggunakan kata-kata hubung yang tertentu, terutamanya

"dan" dan "atau" ataupun dengan menggunakan tanda koma dan tanda koma bertitik

sahaja. Contoh ayat bahasa Melayu Klasik seperti ayat berikut “Maka apabila

dibawalah akan mereka itu ke penghadapan Tajul Muluk, demi terpandang akan

anak si peladang itu, mesralah ke dalam hatinya, diberinya wang yang tiada

berhisab banyaknya serta disuruh perbela akan dia baik-baik”.

Dalam bahasa Melayu Klasik juga, terdapat perubahan dari aspek bentuk

ayat yang digunakan. Bentuk ayat yang lebih lumrah digunakan, ialah bentuk ayat

pasif, iaitu bentuk ayat yang lebih mengutamakan objek pelaku atau subjek. Sebagai

contoh, “Hatta datanglah kepada suatu hari maka Hamzah dan Umar Umayyah

dibawanya oleh Khoja Abdul Mutalib kepada mualim ……” 

Selain itu, dalam bahasa Melayu Klasik juga banyak menggunakan partikel

“pun”dan “lah”.Contoh perkataan yang digandingkan dengan partikel ialah seperti

“adapun, bertitahlah,dan berebutlah”. Manakala contoh penggunaan partikel dalam

ayat pula ialah seperti berikut ““Maka Bendahara pun hairanlah kalam raja seperti 

dikhatankan orang rupanya” dalam Sejarah Melayu.

7

Page 8: Sejarah Zaman Bahasa Melayu Purba

8/3/2019 Sejarah Zaman Bahasa Melayu Purba

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-zaman-bahasa-melayu-purba 8/11

Sehubungan itu terdapat pengaruh daripada beberapa bahasa lain dalam

bahasa Melayu Klasik kerana di kepulauan Melayu ketika itu bahasa Arab dan

Sanskrit bertapak kukuh lantaran aktiviti perdagangan dan penyebaran agama

islam.Contoh penggunaan bahasa Arab ialah “  Allah Taala, makhdum, mualim

daulat, wallahualam, takzim. Bagi bahasa Sanskrit pula ialah “dosa,pahala,dan

raja” . Bahasa Melayu Klasik juga menerima fonem Arab seperti ‘kh’, ‘dz’, dan ‘sy’.

Contoh perkataan seperti “khamis, zakat, syarat”.

Bahasa Melayu klasik lebih bersifat "bahasa istana". Ini amat ketara dari segi

penggunaan perkataan dan sistem panggilannya. Contohnya ialah ‘sembah, beta,

titah, berangkat, dan gering.” Penggunaan ini adalah disebabkan kebanyakan hasil

penulisan bahasa Melayu klasik adalah dalam bentuk karya sastera, yang

menceritakan kisah dan peristiwa yang dialami oleh kalangan raja di istana.

Bahasa melayu Klasik juga lebih banyak menggunakan kiasan dan

perbandingan serta penggunaan laras bahasa puisi, seperti pantun, syair, seloka

dan gurindam dalam karya prosa. Buktinya ialah terdapat banyak dalam hikayat-

hikayat Melayu lama. Mungkin disebabkan oleh sifat sastera Melayu klasik itu

sendiri, yang pada asalnya dalam bentuk lisan dan penggunaan unsur-unsur 

tersebut dikatakan dapat menghidupkan suasana penceritaan.

Zaman Bahasa Melayu Pramoden

Menurut Amat Juhari dan Abdul Rashid Melebek (2006: 32), bahasa Melayu

Pramoden bermula pada abad ke -19. Buktinya ialah kedatangan pendatang luar ke

Asia Tenggara untuk menguasai Asia Tenggara.Pendatang bangsa barat ini bukan

sahaja menguasai ekonomi, tetapi politik. Bagi mengukuhkan kedudukan di tanahMelayu, mereka telah mengkaji bahasa dan budaya pribumi. Hasil kajian ini telah

mewujudkan pusat-pusat pengajian tentang bahasa, sastera dan budaya pribumi

terutama Melayu. Manuskrip-manuskrip Melayu dan bahan-bahan tinggalan

sejarah,budaya dan sastera Melayu telah dikumpulkan di perpustakaan-

perpustakaan barat ini. Dalam masa yang sama,perkataan-perkataan daripada

bahasa barat seperti Inggeris dan Belanda mula meresap ke dalam bahasa Melayu.

Proses ini berlaku secara sedikit demi sedikit. Kesan penyerapan bahasa ini telah

mengakibatkan kegiatan penulisan Melayu mula menggusur dari istana-istana raja

8

Page 9: Sejarah Zaman Bahasa Melayu Purba

8/3/2019 Sejarah Zaman Bahasa Melayu Purba

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-zaman-bahasa-melayu-purba 9/11

seperti dalam zaman bahasa melayu Klasik ke dalam masyarakat umum.Dengan

kata lain, kegiatan penulisan dalam bahasa Melayu sudah mula memasyarakat dan

merakyat.

Zaman bahasa Melayu Pramoden ini juga, terdapat banyak hasil penulisan

seperti buku “Sejarah Melayu, Taj al- Salatin, Hikayat Abdullah dan lain-lain.Selain

itu, zaman ini turut mencetak banyak kitab –kitab agama di Asia Tenggara. Abdul

Rashid Melebek (2006: 33) juga mengatakan bahawa berlakunya beberapa

peristiwa pada abad ke -19. Antaranya ialah pertembungan budaya Melayu dengan

Barat, perkembangan teknologi cetak ,serta perkembangan perhubungan yang lebih

mudah telah menjadikan bahasa Melayu terdedah kepada pengaruh Barat.Oleh

yang demikian,perkembangan ini bagaikan wahana yang menyebabkan bahasa

Melayu diresapi oleh unsur-unsur Barat sehingga berlaku beberapa perubahan pada

bahasa Melayu.

Zaman Bahasa Melayu Moden

Berdasarkan laman web wikipedia dan tutor, telah menyatakan bahawa zaman

bahasa Melayu Moden telah mula pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan

penjajah Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Hasil karangan Munsyi 

Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.Sebelum

penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi

sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di

pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar 

menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.  Namun

semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152

telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Buktinya ialah dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan

bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Selain itu, dalam Laporan Razak

1956 juga telah mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem

pendidikan negara.

Manakala menurut Amat Juhari (2006 : 34 ) bahasa Melayu berubah sedikit

demi sedikit untuk menuju ke bentuk yang baharu iaitu bahasa Melayu

9

Page 10: Sejarah Zaman Bahasa Melayu Purba

8/3/2019 Sejarah Zaman Bahasa Melayu Purba

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-zaman-bahasa-melayu-purba 10/11

Moden.Peluang ini cerah apabila mencecah ke abad ke-20. Buktinya ialah negeri-

negeri dan kesultanan melayu tetap menggunakan bahasa Melayu dalam urusan

pemerintahan negerinya terutamanya yang berkaitan dengan adat istiadat Melayu

dan agama Islam. Ketika itu juga sekolah-sekolah Melayu juga dibuka dengan lebih

banyak lagi sama ada dalam pemerintahan Inggeris mahupun yang dalam

pemerintahan Belanda.

Sehubungan itu, dari aspek media perkembangan bahasa Melayu pula,

seperti syarikat percetakan telah banyak didirikan. Maka banyak buku,majalah,

  jurnal dan akhbar berbahasa Melayu yang dicetak di tanah jajahan Inggeris dan

Belanda di Asia Tenggara. Situasi ini telah menyebabkan bahasa Melayu secara

langsung menjadi bahasa perantaraan di Asia Tenggara.

Pada tahun 1957, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan dan

salah satu bahasa rasmi negara Malaya Merdeka. Manakala pada tahun 1967,

bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi tunggal bagi negara Malaysia.Bagi

meningkatkan penggunaan bahasa Melayu banyak akhbar, buku, majalah dan jurnal

berbahasa Melayu diterbitkan sama ada di Malaysia, Indonesia dan Singapura

terutamanya selepas Perang Dunai Kedua.

Lantaran itu, pelbagai usaha telah dijalankan bagi memajukan bahasa serta

menigkatkan kemampuannya dalam menghadapi zaman moden. Antara langkah

yang dijalankan untuk memodenkan bahasa Melayu ialah perancangan korpus

bahasa Melayu.Perancangan korpus ini telah diterajui oleh Pakatan Belajar –

Mengajar Pengetahuan Bahasa. Mereka memulakan perancangan korpus bahasa

iaitu dengan menyusun panduan ejaan,kamus,tatabahasa ,tanda-tanda

bacaan,surat kiriman,dan peristilahan.

Sejurus selepas itu muncullah badan perancangan daripada persatuan dan

lembaga yang dikelolakan oleh kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dengan adanya usaha-usaha ini maka dapat diatur dan dibakukan sistem ejaan,

peristilahan, tatabahasa, perkamusan, sebutan, laras dan lain –lain yang berkaitan

dengan bahasa Melayu. Bagi mengukuhkan usaha-usaha ini maka berbagai-bagai

kongres dan seminar tentang bahasa dan sastera Melayu telah diadakan, contohnya

10

Page 11: Sejarah Zaman Bahasa Melayu Purba

8/3/2019 Sejarah Zaman Bahasa Melayu Purba

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-zaman-bahasa-melayu-purba 11/11

ialah Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu dimulai pada tahun 1952 hingga

1984, iaitu Kongres yang keempat.

Kesimpulannya, dengan adanya kegiatan-kegiatan seumpama di atas ini,

maka bahasa Melayu terus melonjak naik kemampuannya sehingga menjadi bahasa

moden yang digunakan sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi, dan

tulisan ilmiah.

11