sejarah-wau-

28

Click here to load reader

Upload: anis

Post on 06-Jun-2015

1.221 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

untuk kerja khusus sejarah..wau..2008..

TRANSCRIPT

Page 1: SeJaRaH-wau-

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Allah Yang Maha

Esa kerana telah memberi saya kudrat yang baik dan petunjuk untuk menyiapkan projek

ini dengan sempurna dan baik.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru pembimbing saya yang

juga guru Sejarah saya, Puan Mazidah Abdul Kadir yang telah banyak memberi

bimbingan serta tunjuk ajar kepada saya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekumpulan saya

iaitu Nadhirah, Mastura, Atiah, Nik dan Fathin yang telah bekerjasama dengan saya

untuk menyiapkan projek ini. Tidak lupa juga jutaan terima kasih buat ibubapa saya iaitu

Encik Mohd Zainal Abidin dan Puan Norhasidah kerana telah memberi dorongan dan

sokongan moral kepada saya

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada orang sumber,

Encik Mohd Zainal Abidin yang sudi memberi kerjasama dan memberi maklumat yamg

amat diperlukan.

Page 2: SeJaRaH-wau-

KAEDAH KAJIAN

Semasa menjalankan kerja kursus Sejarah 2 ½ ini, saya telah menggunakan

beberapa kaedah dalam proses mendapatkan maklumat. Antaranya ialah kaedah

penyelidikan di perpustakaan, kaedah lawatan dan pemerhatian, kaedah temuramah dan

kaedah melayari internet.

Saya menggunakan kaedah penyelidikan di perpustakaan. Saya bersama beberapa

orang rakan telah berkunjung ke Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan, Kota

Bharu. Kami mengumpulkan buku-buku ilmiah, akhbar, dan jurnal. Maklumat yang ada

telah dicatat. Kami juga membuat salinan fotostat halaman-halaman penting untuk kajian

ini.

Saya bersama rakan-rakan sekumpulan juga, telah mengadakan lawatan ke

Gelenaggang Seni, Kelantan. Kami membuat pemerhatian tentang demonstari membuat

wau dan peralatan yang digunakan.

Kaedah ketiga yang saya jalankan ialah menemuramah orang sumber. Kami

mengenal pasti orang sumber untuk ditemuramah, dia menceritakan tentang cara-cara

membuat wau, cara bermain dan peralatan yang digunakan semasa membuat wau.

Saya juga telah meneroka laman web untuk mencari maklumat berkaitan dengan

permainan tradisional wau. Saya dapat mengumpulkan beberapa maklumat melalui

internet. Saya memuat turunkan maklumat tersebut untuk dijadikan bahan kajian.

Page 3: SeJaRaH-wau-

OBJEKTIF KAJIAN

Melalui kajian ini, saya dapat mengetahuai secara lebih mendalam tentang

permainan tradisional masyarakat negara kita iaitu wau. Selain daripada itu, saya

mendapat pengalaman yang luas tentang cara-cara membuat kajian ilmiah. Untuk

menyiapkan kerja khusus ini, saya perlu mengumpul dan memperbanyak baha sejarah.

Secara tidak langsung, saya lebih faham akan kerja seorang penyelidik sejarah.

Disamping itu, saya dapat mengetahui tujuan permainan wau dan alat-alat yang

digunakan untuk membuat wau.

Akhirnya, kajian ini bertujuan untuk mengetahui dengan lebih mendalam

keunikan permainan wau sebagai permainan tradisional masyarakat kita.

Page 4: SeJaRaH-wau-

Nama Permainan

Wau. Teraju Tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai

layang-layang di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Sebagai Permainan

masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Sejak zaman-berzaman

sekitar kurun kelima belas, wau telah dimainkan oleh orang Melayu. Mereka telah

mempercayai ada kaitan di antara semangat angin dan langit.

Latar Belakang

Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh

serta asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang

di Malaysia berasal dari Negara China. Ini kerana reka bentuk serta karektor mempunyai

persamaan dengan layang-layang tradisional dari Negara China. Layang-Layang pada

masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi layang-layang di

Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur kebudayaan dari Negara China. Selain wau,

nama lain adalah layang-layang. Perkataan “wau” dikatakan berasal dari perkataan

Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah

menggunakan perkataan tersebut.

Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di

Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini

dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja

Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja, dan tidak

pula disebut bermain wau.

Page 5: SeJaRaH-wau-

Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada

busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada

busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.

Wau Bulan juga boleh didapati daripada :-

I) Seni Pertukangan : Filigree

Seni pertukangan perak adalah salah satu cabang kesenian orang-orang Melayu yang

amat terkenal di negeri Kelantan. Kemahiran pertukangan logam orang-orang dipercayai

telah wujud sejak zaman-berzaman, hasil pengaruh tamadun Hindu dan Islam yang

memang terkenal dengan pertukangan barangan logam seperti emas dan tembaga. Bagi

masyarakat yang telah mengenali seni pertukangan perak filigree atau turut dikenali

dengan dawai pintal, mengakui bahawa seni perak filigree mempunyai keindahannya

yang tersendiri. Keindahan yang dimaksudkan ini bukan sekadar kehalusan ragam hiasan

pada penciptaan suatu motif yang terselindung di sebaliknya menghikut daya imiginasi

jiwa pencipta itu sendiri.

Kebanyakan barangan filigree memaparkan peralatan perhiasan diri yang menjadi

kegemaran kaum wanita. Pelbagai motif terdapat dalam pertukangan filigree ini

antaranya motif bunga-bungaan dan motif wau.

2)Tarian Siti Wau Bulan

Asal-usul tarian ini adalah dari Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Tarian ini

menggambarkan wau bulan yang sedang diterbangkan dengan penuh keriangan yang juga

merupakan salah satu acara tradisi semasa musim menuai padi. Tarian ini ditarikan oleh

penari lelaki dan perempuan dengan diiringi alat muzik tradisional seperti gendang dan

seruling

Page 6: SeJaRaH-wau-

3)Dikir Barat

Selain daripada permainan wau, wau juga turut dinyanyikan dalam Dikir Barat.

Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat

Melayu di Kelantan. Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung-kampung

dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang

diketuai oleh seorang Tukang Karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil

berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang

kuat dan lantang. Antara lagu Dikir Barat yang terkenal ialah :-

1. Karut Selampit

2. Karut Menora

3. Karut Jenaka Mak Yong

4. Karut Wau Bulan

Contoh Lirik Lagu Wau Bulan Dalam Dikir Barat

In Formal Malay (Translation in Brackets)

Eh Wau Bulan 2X

(“Wau Bulan” is a specially shaped kite)

Wau Bulan teraju tiga

(“Teraju Tiga” describes the 3 strings attached to the body of the kite, joined to a single

string for flying)

Ini malam sama-sama

(Tonight, all of us together)

Sama-sama bersuka-ria

(Together, we all have a good time)

Page 7: SeJaRaH-wau-

Negeri yang Mempopularkan Permainan ini

Secara menyeluruh, Wau banyak dimainkan di negeri-negeri Pantai Timur seperti

Kelantan dan Terengganu, juga dengan negeri-negeri Utara iaitu Kedah dan Perlis. Di

negeri Kedah kebanyakan layang-layang atau wau dimainkan selepas menuai padi

selepas penat lelah mereka menjalankan tugas sebagai petani. Di samping itu, kawasan

sawah yang lapang sesuai untuk bermain permaian ini iaitu wau.

Kaum yang Terlibat

Permainan ini banyak diterbangkan atau dimain oleh kaum melayu. Majorotinya,

kaum melayu dari utara mahupun pantai timur yang mempopularkan permainan ini. Di

samping itu, kaum-kaum lain juga terlibat dalam menerbangkan wau ini. Sebagai contoh,

kaum cina dan kaum india.

Mitos Permainan Wau

Permainan wau dikaitkan dengan mitos ‘Semangat Padi’ yang berasal dari utara

Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Kedah.

Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri di negeri tersebut yang bekerja sebagai

petani di sebuah kaki bukit dengan menanam padi huma. Ketika mereka sedang

menanam padi, mereka terjumpa seorang bayi perempuan lalu dipeliharanya bayi tersebut

sehinggalah dewasa. Oleh kerana suaminya ingin mengucapkan syukur dan terlalu

menyayangi anak gadisnya itu maka beliau selalu membawakan makanan ke tempat anak

gadisnya bermain iaitu di baluh padi.

Page 8: SeJaRaH-wau-

Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan sang isteri merasa sangat cemburu.

Disebabkan perasaan cemburunya itu dia telah menyiksa anak gadisnya sehingga

melarikan diri mengikut arah mata angin barat. Akibatnya, pada tahun itu juga padi yang

telah dikerjakan tidak menjadi. Menurut Tok Nujum yang ditemui menyatakan bahawa

anak gadis mereka sebenarnya adalah ‘Semangat Padi’ dan menasihatkan petani tersebut

sebagai tanda meminta maaf mereka dikehendaki membuat sebuah lembaga yang

menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan tali jerami.

Tujuan Dimainkan

Wau bukan sahaja menjadi permainan pada masa lapang tetapi turut berperanan

sebagai pengerat hubungan antara penduduk setempat. Permainan wau menguji

kemahiran kecekapan individu dalam menerbangkannya.

Alat-Alat yang Digunakan

Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut

buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas

pada rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang

belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan

benang mengikut bentuk serta jenisnya. Rangka yang telah disiapkan akan ditampal

dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama

menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan

bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk.

Page 9: SeJaRaH-wau-

Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan.Di bahagian

kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi dengan

rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul akan

diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung

apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau mengkuang yang

telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali

teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi

mengimbangi wau - Teraju Tiga.

Bahagian Perincian Wau

Terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau tradisional iaitu terdiri daripada kepala

wau, busur atau dengung, sayap wau, torek atau bahagian pinggang dan ekor wau.

Bahagian Utama Wau

Teknik Pembuatan Wau Tradisional

Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah buluh, kulit

rotan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian untuk

menghasilkan sebuah wau.

Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama untuk

menghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan bahan

mentah, kemahiran kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang aerodinamik. Bagi

memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai kualiti, bahan mentah seperti buluh

terutamanya perlu dipilih dengan lebih teliti.

Page 10: SeJaRaH-wau-

Oleh itu terdapat beberapa petua serta pantang-larang yang terlibat semasa ingin

menebang dan menyimpan buluh tersebut.

Petua dan Pantang Larang Pemilihan Buluh

Mencari dan Menebang Buluh

1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam semak

atau dusun.

2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun.

3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut mempunyai

banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak.

4. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana mempunyai

semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua.

5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluh seperti di

waktu tengahari.

6. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih bayangnya.

7. Sebelum menebang buluh, digalakkan membaca doa dan selawat terlebih dahulu

8. Adalah lebih baik buluh yang sudah ditebang dipotong di situ juga.

9. Petua orang tua-tua di Kelantan pula semasa membawa balik buluh yang sudah

ditebang, akan meninggalkan pesan kepada Sang Bubuk iaitu, “Wahai Sang Bubuk, hak

aku tinggal ini adalah hak mu, hak aku wat kelik ni ialah hak aku, mu tok sah ikut akulah,

mu make hok sini”.

Page 11: SeJaRaH-wau-

Penyimpanan Buluh

Buluh akan disimpan dahulu sekurang-kurangnya setahun sebelum diraut menjadi rangka

wau. Biasanya tempat penyimpanan mestilah tinggi untuk mengelakkan buluh daripada

dilangkah manusia.

Antara petua-petua yang digunapakai untuk memastikan buluh tersebut tahan dan kuat

ialah :-

1. Buluh disimpan di dalam paya atau direndam di dalam selut.

2. Buluh ditanam di dalam pasir dan dinyalakan unggun api di atasnya selama satu jam.

3. Menyalai kepingan buluh pada bara api.

Meraut Buluh

Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan seperti

ruas dan kulit. Selain itu tujuannya adalah untuk memberi keseimbangan pada bentuk dan

berat bahagian sayap wau. Pisau khas digunakan untuk meraut dan mestilah benar-benar

tajam bagi memastikan kerja-kerja tersebut dapat dijalankan dengan mudah dan

mengelakkan daripada kesilapan.

Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti :-

1. Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan kadar lembut dan

sederhana keras.

2. Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5 sentimeter dan

semakin halus di hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi kelapa.

Page 12: SeJaRaH-wau-

3. Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut sehingga 0.5

sentimeter

4. Raut bilah-bilah buluh untuk bahagian pinggang dan bulatan berbentuk bulan. Rautan

di bahagian tersebut adalah lebih nipis dan bersaiz kecil 0.5 sentimeter untuk

memudahkan ia dibentuk.

Selepas semua buluh diraut, proses seterusnya ialah semua bilah tersebut akan digosok

pula dengan kertas pasir.

Membuat Bingkai

Bingkai wau terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu tulang belakang, tulang

rentas sayap, rangka sayap dan rangka ekor. Buluh yang sudah diraut akan dipotong

mengikut ukuran wau yang dikehendaki iaitu dua keping buluh untuk sayap, satu keping

untuk tulang belakang dan dua keping lagi untuk rangka ekor. Kepingan buluh yang

hendak dibuat sayap perlulah diseimbangkan dengan menandakan di tengah-tengah

kepingan buluh.

Proses Mengikat Rangka Bingkai Wau

1.Tulang belakang wau diukur kepada 3 bahagian dan kemudiannya ditanda 3 bahagian

tersebut.

2. Bahagian sayap wau akan diikat terlebih dahulu

3. Sayap yang sudah diikat akan diikat pula pada tulang belakang

4. Ikat di bahagian atas dan bawah ekor pada tulang belakang. Pastikan bahagian tersebut

seimbang di kedua-kedua belah.

Page 13: SeJaRaH-wau-

5. Cantumkan hujung bahagian ekor kemudian tautkan pada hujung bahagian sayap

6. Untuk bahagian pinggang terutamanya jenis wau bulan, kepingan buluh ditaut

membentuk separa bulatan pada bahagian sayap dan ekor wau. Seterunya kepingan buluh

yang diraut lebih nipis dibentuk menjadi bulatan untuk diikat di tengah pinggang wau.

Saiznya ditentukan dengan mengikut nisbah iaitu bersamaan dengan keluasan kepala

wau.

7. Proses terakhir ialah membuat kepala wau iaitu dengan mengikat separuh daripada

kepala wau dengan sayap dengan jarak 2 inci dari tulang belakang.

Proses Memasang Tanah Wau

Setelah bingkai wau siap, satu lapisan asas yang dipanggil ‘tanah’ akan dipasang pada

wau. Tujuannya supaya wau tersebut tahan lasak kerana sifat utama kertas tersebut lebih

kenyal dan tidak ditembusi angin. Pemasangan melibatkan beberapa langkah :-

1. Ukur kertas dengan saiz bingkai.

2. Kemudian kertas ditanda dengan pensil dan perlu dilebihkan dua sentimeter dari

rangka bingkai.

3. Potong kertas wau tersebut dan lebihan tadi dipotong dalam bentuk ‘V’.

4. Lekatkan kertas pada bingkai dengan menggunakan gam kanji.

Page 14: SeJaRaH-wau-

Mengukur, Melukis dan Menyobek Corak

Ukiran lukisan pada badan wau adalah antara elemen utama yang menjadikan wau

tersebut unik dan istimewa. Antara langkah-langkah yang terlibat :

1. Lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk bahagian ekor.

2. Mulakan melukis dari bahagian dada sehingga ke hujung sayap dengan mengosongkan

satu ruang kosong untuk ruang tapak kijang, bagi bahagian ekor pula, corak yang hendak

dilukis mestilah sama dengan corak di bahagian sayap.

3. Corak perlu dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini menjadi corak asas

bagi wau.

4. Corak akan ditampal pada kertas warna lain, biasanya warna emas dengan menyapu

gam di belakang kertas corak. Gam perlu dicampur dengan air terlebih dahulu untuk

elakkan daripada berkedut. Kertas bercorak akan diletakkan di atas kain lembap. Kertas

berwarna diletakkan perlahan-lahan ke atas kertas corak dan kemudiannya diratakan

dengan menggunakan seterika panas di atas kain lembap tadi.

5. Potong semula corak yang hendak disobek dan tampal sekali lagi dengan kertas

berlainan warna sehingga siap sepenuhnya.

6. Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan hanya menyapu gam kanji pada

bahagian tepinya sahaja.

Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan menyapu gam menggunakan berus

lukisan. Bagi wau hiasan akan ditampal kertas hiasan di belakang wau untuk menutup

kecacatan iaitu kerangka buluh dan tulang rentas sayap wau. Berlainan pula dengan wau

yang hendak diterbangkan mestilah menggunakan kertas yang tidak menyerap air. Selain

Page 15: SeJaRaH-wau-

itu, belakang wau tersebut tidak ditampal kertas hiasan dan ukiran sobek hanya

mempunyai tiga atau empat lapis sahaja berbanding dengan wau hiasan yang mempunyai

sehingga lapan warna.

Proses Membuat Serta Memasang Jambul atau Rambu

Jambul atau rambu dipasang dengan dililitkan pada rangka ekor atau sayap wau.

Diperbuat daripada kertas ‘crepe’ yang dipotong dengan gunting secara memanjang

untuk membentuk rambu

Proses Membuat Serta Memasang Belalai

Menggunakan bahan yang sama dengan jambul tetapi dipasang pada kepala wau

Proses Membuat Serta Memasang Busur

Fungsi utama busur ialah untuk mengeluarkan bunyi semasa wau diterbangkan. Terdiri

daripada empat komponen iaitu ‘bok’, daun ibus, inas dan buluh penyepit.

1. Potong kepingan buluh dengan ukuran separuh daripada panjang sayap wau.

2. Raut kepingan tersebut, belah daun ibus yang sudah dikeringkan ikut kesesuaian bunyi

yang dikehendaki.

4. Untuk membuat inas, buluh cina sesuai digunakan dan dipotong sepanjang dua

sentimeter dan ditebuk di bahagian tengahnya sebesar saiz busur.

5. Setelah ketiga-tiga komponen dicantumkan, lekatkan busur tersebut pada kepala wau

dengan menggunakan buluh penyepit dan kemudiannya diikat menggunakan benang

nilon.

Page 16: SeJaRaH-wau-

Cara Bermain

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan

memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila

angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan

menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan

menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.

Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat

Melayu tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh

masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang

telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang

dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan

layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan

perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.

Page 17: SeJaRaH-wau-

Rumusan

Wau tradisional mempunyai keunikannya yang tersendiri. Warisan tradisional ini

haruslah dikekalkan kerana ia adalah identiti budaya bangsa Melayu dan juga sebuah

negara. Kini permainan wau mulai popular di kalangan masyarakat bandar dan tidak lagi

terhad di luar bandar sahaja. Bukan itu sahaja, permainan wau ini juga telah dimodenkan

dan mula memasuki peringkat antarabangsa. Selain wau, layang-layang juga amat

diminati sebagai salah satu aktiviti pada waktu terluang.

1)Selepas menjalankan kajian ini, saya rasa amat bersyukur sebagai seorang warganegara

Malaysia kerana keunikan dan kepelbagaian budaya dan adat resam yang terdapat di

negara yang tercinta ini.Saya juga rasa sangat bertuah kerana dapat mengenali dengan

lebih mendalam tentang permainan tradisional Negara kita.

Bak kata perpatah melayu, tak kenal maka tak cinta. Selepas kajian ini, saya lebih

memahami permainan ini. Saya akan cuba untuk mengamalkan tradisi dan budaya

bangsa yang begitu unik dan indah.

Jika semua rakyat masyarakat kita dapat mengenali dan memahami permainan tradisional

sesuatu kaum dengan mendalam, maka akan timbul semangat bersefahaman dan hormat-

hormati antara kaum. Persefahaman yang timbul ini bukan sahaja dapat mengelakkan

sebarang perselisihan faham yang mungkin berlaku antara kaum malah dapat

menjalinkan semangat muhibah atau semangat masyarakat antara kaum.

Page 18: SeJaRaH-wau-

Semangat muhibah yang wujud ini mungkin membolehkan perpaduan rakyat

Malaysia yang berbilang kaum ini terus berkekalan.Rakyat Malaysia

yang bersatu-padu ini juga dapat berganding bahu dalam semua aspek untuk

membangunkan negara yang tercinta sehinggakan semua rakyat berbangga sebagai rakyat

Malaysia.

2)Umum mangetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang berjaya

memupuk semangat perpaduan di hati rakyatnya yang berbilang kaum. Namun itu bukan

sesuatu perkara yang mudah untuk dilakukan dalam jangka masa yang terdekat. Oleh itu,

usaha untuk memupuknya telah dimulakan sejak negara belum merdeka lagi. Setelah

melebihi separuh abad, usaha itu kini boleh dilihat jelas hasilnya. Tetapi kita masih perlu

melakukan sesuatu untuk memastikan perpaduan ini berterusan.

Antara langkah-langkahnya ialah kita perlu menjaga dan mempertahankan maruah

bangsa dan negara. Tanggungjawab ini perlu dipikul oleh semua kaum yang menetap di

negara ini. Dalam masa yang sama, perpaduan akan wujud jika tanggungjawab

dijalankan dengan penuh rasa hormat dan bekerjasama.

Selain itu, kita perlu peka terhadap isu-isu semasa tentang dunia terutamanya yang

berkaitan dengan bangsa dan negara. Itu menunjukkan rasa prihatin kita terhadapnya,

maka masyarakat akan moncontohi kita dan menunjukkan rasa bersemangat untuk setia

kepada kepada negara.

Page 19: SeJaRaH-wau-

Dalam masa yang sama, perpaduan akan wujud jika kita sentiasa bekerjasama dan

tolong- menolong antara satu sama lain. Ia akan bersemangat kekitaan pada diri bangsa

Malaysia.

Semua kaum juga perlu mematuhi peraturan dan undang-undang negara untuk hidup

aman dan damai dalam masyarakat luar kerana tahap disiplin kita yang tinggi.