sejarah tngkatan 5 bab 7

8
Bab 7 : Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia 1.a. Jelaskan Konsep Keluhuran Perlembagaan i. Prinsip Rukun Negara yang ketiga ii. Maksud : ketinggian perlembagaan atau undang-Undang. iii. Kuasa Perlembagaan Malaysia adalah mengatasi kuasa Yang di-Pertuan Agong, Parlimen Jemaah Menteri Mahkamah iv. Parlimen memperoleh kuasa daripada perlembagaan v. Yang dipertuan Agong tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia. vi. Semua undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia adalah tidah sah. vii. Undang-Undang negeri mestilah selaras dengan Perlembagaan Malaysia. viii. Jika bertentangan, ia adalah terbatal sendirinya ix. Mahkamah diperuntukan kuasa untuk membatalkan akta yang diluluskan di luar bidang kuasa Parlimen atau bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia. x. Mahkamah juga berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang bagi menjamin keluhuran dan ketinggian Perlembagaan Malaysia. b. Nyatakan sebab-sebab dan cara-cara pindaan perlembagaan dibuat di negara kita Sebab-Sebab / Tujuan Pindaan i. Melindungi kepentingan rakyat ii. Menjaga keselamatan Negara iii. Melicinkan urusan pentadbiran negara supaya sentiasa relevan dan sesuai dgn keperluan semasa iv. Menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah v. Kandungan dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati. vi. Mengelakkan pekara sensitif dipersoalkan secara terbuka Pemerintahan beraja Agama Islam Kedudukan Bahasa Melayu Hak istimewa orang Melayu vii. Pindaan Akta Hasutan 1970 yang telah diluluskan oleh Parlimen utk mengehadkan seseorang individu daripada bercakap sewenang- wenangnya sehingga menyentuh pekara yang sensitif yang boleh menimbulkan perbalahan kaum. bertujuan memelihara keselamatan, kententeraman dan keharmonian masyarakat Cara-cara Pindaan Kaedah Pindaan Perkara Pindaan Kaedah Pertama Persetujuan majoriti lebih 2/3 Dewan Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-raja Tugas dan kuasa majlis Raja-raja Melayu Kewarganegaraan Keutamaan Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong , Raja-raja dan Yang Dipertua Negeri Keistimewaan orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak Perubahan sempadan negeri Kaedah Kedua Persetujuan majoriti lebih 2/3 Dewan Parlimen dan kelulusan Anggota & kuasa Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak Hak & kuasa Kerajaan negeri tentang

Upload: zhang-ewe

Post on 21-Jun-2015

3.268 views

Category:

Education


4 download

DESCRIPTION

Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Melaysia

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Tngkatan 5 Bab 7

Bab 7 : Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia

1.a. Jelaskan Konsep Keluhuran Perlembagaan

i. Prinsip Rukun Negara yang ketiga ii. Maksud : ketinggian perlembagaan atau undang-Undang.

iii. Kuasa Perlembagaan Malaysia adalah mengatasi kuasa Yang di-Pertuan Agong, Parlimen Jemaah Menteri Mahkamah

iv. Parlimen memperoleh kuasa daripada perlembagaan v. Yang dipertuan Agong tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia.

vi. Semua undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia adalah tidah sah. vii. Undang-Undang negeri mestilah selaras dengan Perlembagaan Malaysia.

viii. Jika bertentangan, ia adalah terbatal sendirinyaix. Mahkamah diperuntukan kuasa untuk membatalkan akta yang diluluskan di luar bidang

kuasa Parlimen atau bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia. x. Mahkamah juga berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang bagi menjamin

keluhuran dan ketinggian Perlembagaan Malaysia.

b. Nyatakan sebab-sebab dan cara-cara pindaan perlembagaan dibuat di negara kita

Sebab-Sebab / Tujuan Pindaan

i. Melindungi kepentingan rakyat ii. Menjaga keselamatan Negara

iii. Melicinkan urusan pentadbiran negara supaya sentiasa relevan dan sesuai dgn keperluan semasa

iv. Menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah v. Kandungan dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati.

vi. Mengelakkan pekara sensitif dipersoalkan secara terbuka Pemerintahan beraja Agama Islam Kedudukan Bahasa Melayu Hak istimewa orang Melayu

vii. Pindaan Akta Hasutan 1970 yang telah diluluskan oleh Parlimen utk mengehadkan seseorang individu daripada bercakap sewenang-wenangnya sehingga

menyentuh pekara yang sensitif yang boleh menimbulkan perbalahan kaum. bertujuan memelihara keselamatan, kententeraman dan keharmonian masyarakat

Cara-cara Pindaan

Kaedah Pindaan Perkara PindaanKaedah PertamaPersetujuan majoriti lebih 2/3 Dewan Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-raja

Tugas dan kuasa majlis Raja-raja Melayu Kewarganegaraan Keutamaan Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri

Agong , Raja-raja dan Yang Dipertua Negeri Keistimewaan orang Melayu dan bumiputera di

Sabah dan Sarawak Perubahan sempadan negeri

Page 2: Sejarah Tngkatan 5 Bab 7

Kaedah KeduaPersetujuan majoriti lebih 2/3 Dewan Parlimen dan kelulusan Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Sabah

Anggota & kuasa Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak

Hak & kuasa Kerajaan negeri tentang menahan kemasukan orang yang bukan dari Sarawak dan Sabah (Akta Imigresen 1961)

Perkara perundagan/pemerintahan kuasa negeri, agama, bahasa dan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak

Kaedah Ketiga Persetujuan lebih suara 2/3 Dewan Parlimen

Perkara yang tidak disebut dalam mana-mana tiga kaedah pindaan.

Kaedah KeempatPersetujuan lebih suara Dewan Parlimen

Pindaan Jadual 2,6 dan 7, Bahagian III tentang kewarganegaraa, bentuk sumpah, ikrar, pemilihan dan persaraan ahli Dewan Negara serta persempadan pilihan raya. Pindaan Perkara 74 dan 76 dalam perlembagaanPerkara 74 – Senarai Persekutuan atau Senarai BersamaPerkara 76 – Parlimen membuat undang-undang dlm Senarai Negeri yg melibatkan pelaksanaan persetiaan, perjanjian @ konvensyen antara persekutuan dgn negara negara lain.

2a. Apakah yang dimaksudkan dengan kerajaan demokrasi berparlimen

Demokrasi berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri di dalam sistem pemerintahan negara.

Raja-raja Melayu pula adalah menjadi lambang taat setia rakyat. Melalui sistem ini rakyat berpeluang untuk membentuk kerajaan dengan bebas memilih

perwakilan melalui pilihan raya. Rakyat berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan melalui pilihanraya Sistem ini berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil.

b. Huraikan proses meluluskan undang-undang di Parlimen

1. Cadangan undang-undang oleh Kementerian. 2. Penggubalan rang undang-undang oleh Jabatan Peguam Negara3. Bacaan Pertama di Dewan Rakyat ( pembacaan tajuk rang undang-undang shj )4. Bacaan Kedua di Dewan Rakyat dan rang undang-undang dibahaskan5. Perbincangan secara terperinci pada peringkat Jawatankuasa di D.R.6. Pembacaan ketiga di DR. Dibahas sebelum diluluskan dan dikemukakan di Dewan Negara7. Pembentangan di Dewan Negara. Bacaan Pertama / Kedua / Perbincangan/ Bacaan Ketiga 8. Penyerahan

Rang Undang-Undang yang diluluskan oleh Dewan Negara di bawa kepada DYMM Yang diPertuan Agong untuk diperkenankan dan diturunkan cap Mohor Negara

9. Pewartaan @ pemberitahuan undang-undang ini dalam warta kerajaan

Page 3: Sejarah Tngkatan 5 Bab 7

3a. Perihalkan tentang Dewan Negara dan Dewan Rakyat

Dewan Negara ( senat )

Dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan M’sia Mengandungi 69 orang ahli

26 org ahli dipilih drpd 13 buah negeri oleh Dewan Undangan Negeri ( DUN ) drpd bukan kalangan DUN

2 org dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong utk mewakili Wilayah Persekutuan KL dan Labuan

40 org dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong terdiri daripada orang yang berjasa & cemerlang dlm bidang profesional

Keahlian dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong Salah satu ahli DN ialah Senator yang mewakili setiap negeri dan dilantik tanpa melalui

pilihan raya Senator memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun dan mestilah berumur sekurang-

kurangnya 30 thn Senator setaraf dengan ahli Parlimen dan boleh dilantik menjadi Jemaah Menteri Ahli DN terdiri drpd individu yg memberikan sumbangan cemerlang dlm

o Perkhidmatan awamo Bidang profesionalo Bidang perniagaan / perusahaan /pertanian/ kesenian / kebajikan

@ individu yg mewakili kumpulan minoriti sprt Orang Asli

Dewan Rakyat

ahli DR dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya umum. mengandungi 219 orang ahli yang mewakili semua kawasan pilihan raya di seluruh negara. Tempoh jawatan ialah 5 tahun Tugas utama : menggubal dan meluluskan undang-undang pd peringkat DR

b. Huraikan bidang kuasa yang dipertuan Agong mengikut system pemerintahan raja berperlembagaan

F1 Yang diPertuan Agong adalah sebagai ketua Negara yang mengetuai tiga badan kerajaan iaitu :

H1a Badan Perundangan ( Legislatif )

H1b Badan Pemerintah ( Eksekutif )

H1c Badan Kehakiman ( Judisari )

F2 Yang diPertuanAgong merupakan satu daripada tiga unsur Parlimen

H2a mempunyai kuasa memanggil dan membubarkan Parlimen.

F3 Merupakan Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata,

H3a berkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh mahkamah Tentera.

Page 4: Sejarah Tngkatan 5 Bab 7

F4 Baginda juga bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu.

F5 Baginda boleh menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keistimewaaan, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan raja-raja Melayu.

F6 Yang diPertuan Agong juga merupakan ketua agama islam bagi negeri-negeri baginda sendiri

H6a dan negeri yang tidak mempunyai raja seperti Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah.

F7 Mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik perdana menteri

H7a dan melantik serta melucutkan jawatan Jemaah Menteri danTimbalan Menteri

setelah mendapat nasihat Perdana Menteri.

F8 Undang-undang darurat juga boleh diisytiharkan di bawah undang-undang X jika mendapati keselamatan Negara terancam.

F9 Baginda juga berkuasa melantik Pengerusi dan tiga orang ahli Suruhanjaya Pilihanraya,

H9a ahli Perkhidmatan Kehakiman,

H9b serta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

F10 Yang diPertuan Agong juga bertanggungjawab melantik Peguam Negara dan seorang Ketua Audit Negara bagi Persekutuan.

F11 Baginda juga mempunyai kuasa yang tertinggi untuk mentauliahkan duta-duta Negara.

4a. Jelaskan bidang kuasa badan berkanun atau dikenali badan separuh kerajaan

F1 Badan berkanun ini adalah sebuah badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tertentu dan juga mempunyai peruntukan kewangan sendiri.

F2 Ia biasanya ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada menteri berkenaan.

F3 Tugas dan tanggungjawab besar Badan Berkanun ialah untuk mempercepatkan pentadbiran

H3a dan program pembangunan di bawah rancangan lima tahun kerajaan

b. Apakah kuasa badan Kehakiman ( Judisari )

F1 Badan kehakiman adalah suatu badan yang mempunyai kuasa mendengar serta menentukan pekara sivil dan jenayah.

F2 Pekara sivil tersebut adalah berkaitan dengan saman yang memerlukan affidavit ( keterangan bertulis dengan mengangkat sumpah yang disaksikan oleh seorang peguam )

F3 Pekara yang berkaitan dengan jenayah pula ialah yang melibatkan kanun keseksaan.

Page 5: Sejarah Tngkatan 5 Bab 7

F Badan Kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan badan pelaksana.

F5 Badan Kehakiman juga berkuasa mentafsir perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.

F6 Sistem mahkamah telah diwujudkan oleh Perlembagaan Malaysia untuk melaksanaka tugas kehakiman di Negara ini.

c. Apakah bidang kuasa mahkamah yang diwujudkan oleh Perlembagaan Malaysia untuk menjalankan tugas kehakiman di negara ini

1 Mentafsir undang-undang,

F2 Mentafsir Perlembagaan Negara,

F3 Mengisytiharkan undang-undang Bertulis kerajaan Pusat dan negeri

F4 Mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang.

F5 Mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk meminda undang-undang kerana

F6 pekara tersebut merupakan kuasa badan perundangan dan Parlimen.

F7 Sistem Mahkamah di Malaysia disusun mengikut hieraki piramid.

F8 Mahkamah Atasan terletak di bahagian atas iaitu terdiri daripada Mahkamah Agung dan Mahkamah Tinggi.

F9 Mahkamah rendah pula adalah terletak di bahagian bawah yang terdiri daripada sesyen,majistret

5a Huraikan peranan pihak-pihak yang terlibat sesuatu pilihanraya di negara ini

Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR ) bertanggungjawab berkaitan dengan sistem pilihanraya di Malaysia.

Keanggotaan adalah dilantik oleh Yang diPertuan Agong selepas berunding dengan majlis Raja-Raja Melayu.

F3 Ia bagi menjamin proses pilihanraya yang adil

H3a dan bebas tanpa tekanan parti pemerintah atau pembangkang.

F4 Fungsi utama SPR ialah Menjalankan pendaftaran pemilih

H4a Mengendalikan pilihan raya umum atau kecil

H4b Menentukan sempadan- sempadan pilihanraya

F5 Pilihanraya Umum diadakan untuk memilih ahli Dewan rakyat dan ahli Dewan Undangan negeri secara serentak di seluruh Semenanjung Malaysia.

2. Senarai berikut menerangkan unsur penting dalam pilihan raya.

Calon Pengundi Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR )

Page 6: Sejarah Tngkatan 5 Bab 7

I ) Nyatakan peranan SPR.

Menentukan sempadan pilihan raya Menjalankan pendaftaran pemilih Menjalankan pilihan raya umum atau pilihan raya kecil Menjalankan pilihan raya dengan efektif, adil dan saksama

II ) Berikan syarat-syarat untuk menjadi calon dalam pilihan raya.

Warganegara Malaysia Berumur 21 tahun Bermastautin di Malaysia Sempurna akal Bukan orang yang muflis Tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam Tidak disabitkan dengan kesalahan mahkamah.

Hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen @ ahli Dewan Undangan Negeri jika dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan @ didenda tidak kurang daripada RM 2000 dan belum mendapat pengampunan.

Calon bertanding atas nama parti atau sebagai calon bebas Mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon Calon dibenarkan berkempen dalam tempoh yang ditetapkan iaitu antara 7 hingga 15 hari

III ) Apakah syarat yang membolehkan anda untuk menjadi pengundi dalam pilihan raya.

Mendaftar nama dalam Senarai Daftar Pemillih Warganegara Malaysia Berumur 21 tahun Bermastautin dan atau bermastautin di Malaysia Tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri Mengundi dalam sebuah kawasan pilihan raya sahaja Pasukan keselamatan, pelajar dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara boleh

mengundi melalui pos.

IV ) Nyatakan proses pilihan raya di negara kita.

Penetapan tarikh penamaan calon dan pengundian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Penamaan calon Penyediaan manifesto oleh parti yang bertanding Pelancaran kempen pilihan raya Pengumuman tempat pengundian dan tempat pengiraan undi oleh SPR Pemberian kertas undi kepada pengundi di tempat pengundian Pembuangan undi. Pengundi memangkah calon pilihannya pada kertas undi dan

memasukkan kertas dalam peti undi Pengiraan undi Pengumuman keputusan pilihan raya oleh Pegawai Pilihan Raya

Jelaskan proses pilihanraya yang dijalankan di Malaysia

F1 Pilihanraya Umum diadakan untuk memilih ahli Dewan rakyat dan ahli Dewan Undangan negeri secara serentak di seluruh Semenanjung Malaysia.

Page 7: Sejarah Tngkatan 5 Bab 7

F2 Di Sabah dan Sarawak,Pilihanraya umum bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri diadakan secara berasingan.

F3 Pilihanraya kecil akan diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-mana

Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

F4 Ia mungkin disebabkan oleh hal-hal seperti kematian,

H4a perletakan jawatan

H4b dan perlucutan jawatan.

F5 Pilihanraya ini mesti diadakan dalam tempoh 60 hari di semenanjung Malaysia H5a 90 hari di Sabah dan Sarawak selepas kekesongan tersebut.

F6 Semua warganegara Malaysia adalah bebas untuk memilih dan menggotai mana- mana Parti Politik yang mereka suka.

F7 Mereka juga boleh menjadi calon bebas untuk bertanding dalam pilihanraya.

F8 Seseorang warganegara Malaysia akan hilang kelayakannya sebagai ahli Parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri

H8a jika dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang RM2000 dan belum mendapat pengampunan.

F9 Calon-calon di dalam pilihanraya boleh bertanding atas nama parti atau nama individu sebagai calon bebas.

F10 Mereka harus mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon.

F11 Seseorang pengundi hanya boleh mengundi dalam sesebuah kawasan pilihanraya sahaja.

F12 Undi Pos akan dilaksanakan bagi anggota Keselamatan,

H12a pelajar luar Negara dengan syarat mereka mendaftar sebagai pengundi.

F13 Di dalam sesuatu pilihanraya, calon boleh mengadakan kempen antara tujuh hingga limabelas hari sahaja.

6a. Apakah yang dimaksudkan dengan Negara Persekutuan

F1 Negara Persekutuan merupakan gabungan beberapa buah negeri untuk kepentingan bersama.

F2 Ia merujuk kepada pembahagian kuasa antara kerajaan Pusat dan Kerajaan negeri.

F3 Ia menjalankan kuasanya berdasarkan kuasa yang tedapat dalam Perlembagaan Malaysia.

b. Jelaskan tentang kuasa eksekutif kerajaan negeri

F1 Kerajaan Negeri juga mempunyai kuasa eksekutif berdasarkan Perlembagaan Malaysia.

Page 8: Sejarah Tngkatan 5 Bab 7

F2 Kuasa eksekutif tersebut terletak ditangan Sultan atau Yang Dipertua Negeri.

F3 Menteri Besar atau ketua Menteri dilantik oleh Raja atau Yang diPertua Negeri

H3a daripada kalangan ahli Dewan Undangan Negeri ( DUN ) yang mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan tersebut.

F4 Pentadbiran pada peringkat negeri pula adalah terletak pada Perlembagaan Negeri seperti yang terdapat di dalam Perlembagaan negara

F5 Mereka ini bertanggungjawab di dalam menjalankan pemerintahan dasar pentadbiran Negara di Peringkat negeri.

6 Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri ( EXCO ) di Semennjung Malaysia,

H6a Majlis Tertinggi di Sabah dan Sarawak dan

H6b Kabinet di Sabah

c. Nyatakan bidang kuasa kerajaan Persekutuan dalam konteks Malaysia sebagai sebuah Negara Persekutuan.

F1 Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa yang luas berdasarkan peruntukan kuasa yang terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan.

F2 Semua aspek yang berkaitan dengan perkhidmatan ekonomi, sosial, keselamatan dan pendidikan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan Pusat.

F3 Kuasa pentadbiran tersebut telah diletakkan dibawah Badan Pelaksana

F4 Ia menjalankan menjalankan kuasa eksekutif mengikut perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada.

F5 Yang diPertuan Agong adalah mempunyai kuasa eksekutif bagi kerajaan Persekutuan mengikut Perlembagaan Malaysia.

F6 Badan yang menjalankan kuasa eksekutif ialah Kabinet atau Jemaah Menteri yang menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Yang diPertuan Agong.

F7 Perdana Menteri adalah mengetuai barisan Jemaah menteri daripada kalangan ahli Dewan Rakyat.