sejarah tingkatan 6 bawah smk semerah 2009 golongan hamba

3
KUMPULAN 2- mohamad aimi,azizi,amira nadia,raihana 22/7/09 Golongan hamba menduduki hierarki yang paling rendah dalam susun lapis sosial masyarakat melayu tradisional. Institusi hamba juga penting dalam masyarakat melayu tradisional. Institusi hamba juga penting dalam masyarakat melayu tradisional kerana keperluan dan kepentingan social serta ekonomi masyarakat melayu. Hamba berperanan untuk menyediakan tenaga kerja manusia bagi menjalankan pelbagai kerja sama ada ringan atau berat. Hamba dapat meningkatkan taraf individu yang menjadi pemilik mereka. Golongan hamba merupakan golongan diperintah dan dapat dibahagikan kepada 3 golongan iaitu hamba raja, hamba biasa, dan hamba berhutang. Hamba berhutang merupakan orang biasa yang menjadi hamba kerana gagal membayar hutang kepada pemiutang dalam tempoh masa yang ditetapkan. Orang yang melakukan kesalahan Berjaya ditangkap tetapi tidak dapat memulangkan barang yang dicuri atau tidak dapatmemulangkan barang yang dicuri atau tidak mampu membayar denda juga akan menjadi hamba berhutang. Selain itu, hamba, isteri, dan anak-anak mereka terpaksa tinggal bersama dengan pemiutang sehingga hutang selesai dibayar atau tamat tempoh masa berkhidmat seperti yang telah dipersetujui. Tarafnya sebagai hamba akan lupus apabila hutang itu selesai dibayar atau tamat tempoh masa berkhidmat yang dijanjikan dengan pemiutang tamat. Hamba berhutang mengerjakan segala suruhan tuan mereka termasuklah bercucuk tanam, melombong, kerja domestic dan lain-lain. Golongan Aristokratlah yang paling banyak sekali mempunyai hamba. Hamba yang berhutang boleh dijual kepada orang lain oleh tuannya.hamba berhutang juga dapat dibahagikan kepada beberapa kategori seperti orang berhutang, anak emas, hamba waris dan hamba bayar. Orang berhutang ialah orang yang terikat dengan hutang yang dibebaskan setelah hutangnya selesai. Anak emas pula orang yang menjadi hamba melalui perkahwinan. Hamba waris adalah anak isteri hamba yang berhutang dan hamba bayar ialah abdi yang diserahkan oleh tuannya kepada orang lain sebagai membayar hutangnya. Hamba biasa pula merupakan golongan orang suruhan khas atau terdiri daripada keturunan hamba. Kebiasaannya hamba diperolehi melalui pembelian atau berlaku pertukaran tuan. Justeru, golongan hamba akan menjadi hak tuannya seumur hidup. Hamba biasa terbahagi kepada 3 jenis iaitu hamba abdi yang bertugas melakukan kerja berat, hamba yangdibeli dan biduanda iaitu orang dimiliki oleh raja. Hamba abdi pula dapat dibahagikan kepada hamba tawanan iaitu tawanan perang, hamba diranggah iaitu hamba yang terdiri daripada orang bukan Islam yang diculik dan dijual oleh peniaga hamba abdi.

Upload: hackstudent

Post on 12-Jun-2015

716 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: sejarah tingkatan 6 bawah smk semerah 2009 golongan hamba

KUMPULAN 2- mohamad aimi,azizi,amira nadia,raihana 22/7/09

Golongan hamba menduduki hierarki yang paling rendah dalam susun lapis sosial masyarakat melayu tradisional. Institusi hamba juga penting dalam masyarakat melayu tradisional. Institusi hamba juga penting dalam masyarakat melayu tradisional kerana keperluan dan kepentingan social serta ekonomi masyarakat melayu. Hamba berperanan untuk menyediakan tenaga kerja manusia bagi menjalankan pelbagai kerja sama ada ringan atau berat. Hamba dapat meningkatkan taraf individu yang menjadi pemilik mereka. Golongan hamba merupakan golongan diperintah dan dapat dibahagikan kepada 3 golongan iaitu hamba raja, hamba biasa, dan hamba berhutang.

Hamba berhutang merupakan orang biasa yang menjadi hamba kerana gagal membayar hutang kepada pemiutang dalam tempoh masa yang ditetapkan. Orang yang melakukan kesalahan Berjaya ditangkap tetapi tidak dapat memulangkan barang yang dicuri atau tidak dapatmemulangkan barang yang dicuri atau tidak mampu membayar denda juga akan menjadi hamba berhutang. Selain itu, hamba, isteri, dan anak-anak mereka terpaksa tinggal bersama dengan pemiutang sehingga hutang selesai dibayar atau tamat tempoh masa berkhidmat seperti yang telah dipersetujui. Tarafnya sebagai hamba akan lupus apabila hutang itu selesai dibayar atau tamat tempoh masa berkhidmat yang dijanjikan dengan pemiutang tamat. Hamba berhutang mengerjakan segala suruhan tuan mereka termasuklah bercucuk tanam, melombong, kerja domestic dan lain-lain. Golongan Aristokratlah yang paling banyak sekali mempunyai hamba. Hamba yang berhutang boleh dijual kepada orang lain oleh tuannya.hamba berhutang juga dapat dibahagikan kepada beberapa kategori seperti orang berhutang, anak emas, hamba waris dan hamba bayar. Orang berhutang ialah orang yang terikat dengan hutang yang dibebaskan setelah hutangnya selesai. Anak emas pula orang yang menjadi hamba melalui perkahwinan. Hamba waris adalah anak isteri hamba yang berhutang dan hamba bayar ialah abdi yang diserahkan oleh tuannya kepada orang lain sebagai membayar hutangnya.

Hamba biasa pula merupakan golongan orang suruhan khas atau terdiri daripada keturunan hamba. Kebiasaannya hamba diperolehi melalui pembelian atau berlaku pertukaran tuan. Justeru, golongan hamba akan menjadi hak tuannya seumur hidup. Hamba biasa terbahagi kepada 3 jenis iaitu hamba abdi yang bertugas melakukan kerja berat, hamba yangdibeli dan biduanda iaitu orang dimiliki oleh raja. Hamba abdi pula dapat dibahagikan kepada hamba tawanan iaitu tawanan perang, hamba diranggah iaitu hamba yang terdiri daripada orang bukan Islam yang diculik dan dijual oleh peniaga hamba abdi. Manakala hamba Habsyi pula merupakan hamba yang diimport dari Afrika,hamba hulur iaitu pesalah yang menyerahkan diri kepada pemerintah . hamba serah pula merupakan hamba yang menyerah diri akibat kesukaran hidup. Akhir sekali, anak hamba/ keluarga hambaterdiri daripada isteri,anak-anak kepada hamba abdi.

Golongan hamba raja sebenarnya terdiri daripada orang merdeka yang melakukan kesalahan jenayah tetapi Berjaya ditangkap dan kemudiannya diampunkan oleh raja. Dalam kalangan golongan hamba, taraf hamba raja lebih tinggi berbanding dengan hamba-hamba lain. Hamba raja pula mendapat sedikit keistimewaan iaitu mereka mendapat perlindungan daripada pemerintah. Contohnya sesiapa yang membunuh hamba raja akan menerima hukuman yang berat. Selain itu, hamba raja juga dikenali sebagai budak rajin dan digelar biduanda. Keturunan hamba raja secara automatik akan menjadi hambaraja disebabkan oleh factor turun-temurun. Mereka akan dilepaskan setelah mendapat keizinan,kerelaan dan bidi bicara raja. Mereka juga terdiri daripada kalangan mereka yang menyerah diri kepada raja setelah melakukan kesalahan berat. Dengan menjadi hamba raja,individu dapat mengelakkan diri daripada menerima hukuman. Kebiasaannya hamba raja terdiri daripada tawanan perang dan banduan.

Page 2: sejarah tingkatan 6 bawah smk semerah 2009 golongan hamba

Kedatangan British telah merombak system perhambaan di Tanah Melayu telah memberi kesan terhadap system ini. Bagi masyarakat Melayu, perhambaan ialah suatu institusi sosial tetapi bagi British sistem perhambaan bertentangan dengan nilai kemanusiaan Barat dan diangap satu sistem yang membezakan manusia dan membiarkanmanusia hidup dengan menempuh penderitaan. British beranggapan juga harus menegakkan dan mengekalkan undang-undang british yang bertentangan dengan adat dan undang-undang masyarakat Melayu. Tindakan J.W.W. Birch sebagai residen di Perak yang member perlindungan kepada hamba tebusan terutama kaum wanita dianggap orang Melayu sebagai perampas harta mereka. Penglibatan Birch ini telah menyebabkan kepada pembunuhan Birch pada 2 november 1875. Pada tahun 1884, pengistiharan rasmi penghargaan institusi perhambaan dilakukan di Tanah Melayu.

Kesimpulannya, jelaslah bahawa hamba terbahagi kepada 3 iaitu hamba biasa,berhutang dan hamba raja. Perhambaan juga tidaklah seperti yang J.W.W. beranggapan bahawa sistem perhambaan ini telah membezakan manusia dan menyebabkan kesengsaraan. Hamba memainkan peranan bagi mewujudkan hubungan timbal balas kepada pemerintah. Golongan pemerintah pula memerintah dan memberi perlindungan kepada golongan yang diperintah. Namun keadaan ini berubah apabila sistem ini dihapuskan setelah kuasa barat datang menjajah negara kita yang memberi perhatian kepada golongan bangsawan sahaja.

Sumber: Teks STMP Longman 2009