sejarah: tingkatan 1: bab 1: sejarah dan kita

6
BAB 1 : SEJARAH DAN KITA 1. Pengertian Sejarah Istilah sejarah berasal daripada perkataan Arab iaitu ‘syajaratun’ yang bermaksud pohon atau pokok, salasilah, riwayat, keturunan dan asal usul. Ibn Khaldun : Menceritakan tentang masyarakat manusia atau peradaban manusia, perubahan-perubahan yang berlaku. Herodotus : Penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab- sebab mereka melakukannya. (Bapa sejarah dunia) Mohd Yusof Ibrahim : Catatan atau rekod mengenai sesuatu peristiwa pada masa lalu. Pengertian umum : Sejarah adalah penyelidikan terhadap perkara yang telah berlalu. 2. Ciri-ciri Sejarah Membantu pelajar membentuk gambaran peristiwa masa lalu berdasarkan ciri- ciri sejarah. Ciri-ciri sejarah: a) Fakta yang tepat dan benar i. Fakta Sejarah: Peristiwa, tempat, tokoh dan tarikh yang dapat dibuktikan kebenarannya. ii. Fakta sejarah tidak boleh direka atau ditokok tambah. iii. Fakta sejarah perlu dipertanggungjawabkan. iv. Contoh: Pengisytiharan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan.

Upload: faziha

Post on 16-Jun-2015

1.922 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: sejarah: tingkatan 1: bab 1: sejarah dan kita

BAB 1 : SEJARAH DAN KITA

1. Pengertian Sejarah

Istilah sejarah berasal daripada perkataan Arab iaitu ‘syajaratun’ yang bermaksud pohon atau pokok, salasilah, riwayat, keturunan dan asal usul.

Ibn Khaldun : Menceritakan tentang masyarakat manusia atau peradaban manusia, perubahan-perubahan yang berlaku.

Herodotus : Penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya. (Bapa sejarah dunia)

Mohd Yusof Ibrahim : Catatan atau rekod mengenai sesuatu peristiwa pada masa lalu.

Pengertian umum : Sejarah adalah penyelidikan terhadap perkara yang telah berlalu.

2. Ciri-ciri Sejarah

Membantu pelajar membentuk gambaran peristiwa masa lalu berdasarkan ciri- ciri sejarah.

Ciri-ciri sejarah:

a) Fakta yang tepat dan benar

i. Fakta Sejarah: Peristiwa, tempat, tokoh dan tarikh yang dapat dibuktikan kebenarannya.

ii. Fakta sejarah tidak boleh direka atau ditokok tambah.

iii. Fakta sejarah perlu dipertanggungjawabkan.

iv. Contoh: Pengisytiharan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan.

b) Penting dan bermakna

i. Peristiwa bersejarah bermakna kerana peristiwa ini penting dan memberi kesan kepada pelajar, keluarga, masyarakat dan negara.

Page 2: sejarah: tingkatan 1: bab 1: sejarah dan kita

ii. Bagi pelajar, tarikh kelahiran, tarikh mula sekolah, dan tarikh menerima kad pengenalan adalah di antara peristiwa yang bermakna pada mereka.

iii. Hari Kemerdekaan 31 Ogos 1957 merupakan contoh peristiwa amat bermakna untuk negara kerana tarikh tersebut adalah simbol tamatnya era penjajahan di negara kita dan lambang kemerdekaan.

c) Sebab dan akibat

i. Untuk mengetahui sebab dan akibat sesuatu peristiwa, pelajar akan menemui persoalan apa, siapa, bila, di mana, mengapa, dan bagaimana sesuatu peristiwa berlaku.

ii. Melalui persoalan ini, dapat membuktikan kesahihan fakta melalui pelbagai sumber.

iii.iv. Contoh: Kewujudan masyarakat berbilang kaum di negara kita.

Sebelum kedatangan British, bangsa Melayu ialah bangsa terbesar di Tanah Melayu. Kedatangan British telah membantu masuk ramai pekerja dari China dan India ke Tanah Melayu. Kesan dari kemasukan pekerja inilah yang akhirnya membentuk masyarakat berbilang kaum di negara ini. Kesannya ialah wujud pelbagai ciri, budaya dan amalan mengikut kaum.

v. Sebab dan akibat sesuatu peristiwa mendorong semangat ingin tahu pelajar tentang mengapa dan bagaimana peristiwa itu berlaku dan kesannya pada negara.

3. Sumber Sejarah

Sumber pertama (Sumber primer)

1. Bahan dalam bentuk kertas, fosil, artifak dan lisan.2. Sumber ini belum diolah atau dicetak. 3. Sumber ini bersifat asli dan belum ditafsirkan.4. Contoh: fail rasmi jabatan, surat peribadi, diari, manuskrip yang belum

dicetak, dan batu bersurat.

Sumber kedua (Sumber sekunder)

1. Bahan yang dikaji melalui pembacaan bahan bertulis.2. Sumber yang telah diolah.3. Apabila bahan-bahan sumber pertama dikaji, ditafsir, dan dihuraikan oleh

sejarawan dan pengkaji sejarah maka hasil penulisan mereka disebut sebagai sumber kedua.

4. Contoh: buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, akhbar, risalah dan laporan tahunan jabatan.

Page 3: sejarah: tingkatan 1: bab 1: sejarah dan kita

4 Kaedah Pengkajian Sejarah

a) Kaedah lisan

1. Maklumat sejarah didapati terus daripada responden melalui ucapan, penceritaan, pengkisahan, temubual dan temuramah.

2. Berkait rapat dengan tradisi sastera rakyat seperti mitos, lagenda dan puisi.3. Ahli sejarah akan memilih, mentafsir, dan membandingkan fakta bagi

mendapatkan kebenaran.4. Kelemahan : wujudnya unsur tokok tambah dan dicampuradukkan unsur

dongeng, mitos, dan lagenda.5. Perkembangan ilmu sains dan teknologi turut mempengaruhi kaedah

mendapatkan sumber sejarah, didapati apabila peralatan seperti televisyen, Internet, radio dan pita rakaman digunakan (kaedah pandang dengar).

b) Kaedah bertulis.

1. Mendapatkan sumber daripada catatan yang ditulis, dilakar dan dipahat pada batu, dinding gua, kulit kayu, daun kayu, logam, gading dan kertas.

2. Catatan ini dapat membantu mengetahui maklumat tentang sesuatu perkara, peristiwa, personaliti, kejadian, perundangan, dan adat resam.

c) Kaedah arkeologi.

1. Cara mendapatkan sumber berdasarkan kajian saintifik.2. Bidang arkeologi terdiri daripada angkasa lepas, laut dalam dan cari gali.3. Ahli arkeologi mendapatkan sumber daripada bahan tinggalan sejarah

melalui proses cari gali.4. Melalui kaedah ini ketepatan usia bahan-bahan sejarah seperti fosil, binaan

daripada batu, peralatan daripada logam, tembikar dan kulit siput disahihkan melalui kajian saintifik seperti pentarikhan radio karbon.

5. Hasil kajian itu membantu sejarawan membuat tafsiran dan pentarikhan tentang budaya masyarakat lampau.

Nota kaki: Pentarikhan radio karbon disebut juga pentarikhan radio aktif. Kaedah pentarikhan radio karbon atau pentarikhan karbon 14 iaitu menentukan umur sesuatu objek atau benda dengan menganggarkan kandungan isotop-isotop radio aktifnya. Radio aktif karbon 14 yang terhasil dalam atmosfera melalui tindakan sinaran kosmik dan terserap ke dalam tisu hidup, digunakan untuk menganggarkan umur spesimen-spesimen arkeologi yang dijumpai.

5. Pentafsiran Sejarah

1. Tafsiran sejarah boleh menjadikan sesuatu peristiwa itu bermakna atau sebaliknya.

Page 4: sejarah: tingkatan 1: bab 1: sejarah dan kita

2. Ahli atau pengkaji sejarah berusaha mencari jawapan atau menerangkan tentang sebab-musabab berlaku sesuatu kejadian.

3. Untuk tafsiran sejarah yang betul dan tepat memerlukan penyelidikan.4. Tafsiran sesuatu peristiwa sejarah yang sama mungkin berbeza antara ahli

sejarah.5. Contohnya ada yang berpendapat peristiwa pembunuhan J.W.W. Birch

residen Inggeris di Perak adalah kerana beliau memperkenalkan sistem percukaian barat.

6. Sementara itu ada pengkaji lain mengatakan bahawa pembunuhan itu berlaku kerana beliau mengambil alih kuasa pembesar dan sultan Perak.

7. Tafsiran sejarah menjadi berbeza kerana seorang pengkaji kekurangan fakta dan kurang memahami budaya.

8. Sejarawan barat menyatakan bahawa kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu adalah kerana faktor kemanusiaan iaitu untuk mententeramkan kacau-bilau dan perang saudara.

9. Sebaliknya ada pengkaji yang menyatakan kedatangan Inggeris kerana ingin membolot kekayaan yang terdapat di Tanah Melayu.

10.Begitu juga dengan perjuangan Dato’ Bahaman, Mat Kilau, Mat Salleh, dan Dato’ Maharajalela yang menentang British telah ditafsirkan sebagai pemberontak oleh pengkaji barat.

11.oleh itu pengkaji sejarah perlu jujur dan bertanggungjawab dalam menyelidik, menilai dan membuat tafsiran tentang sesuatu peristiwa sejarah agar masyarakat mendapat maklumat yang tepat dan benar.

6 Kepentingan Sejarah

a) Tujuan Mempelajari Sejarah

1. Mengetahui tentang sebab-musabab sesuatu peristiwa itu berlaku, bila, mengapa, bagaimana dan apakah kesan kejadian tersebut kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Contoh: Bagaimana negara kita memperoleh kemerdekaan pada tahun 1957.

2. Membantu memahami situasi dan mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah. Contoh : Peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 menyebabkan kita menghargai perpaduan kaum di negara kita.

b) Faedah Mempelajari Sejarah

1. Menjadi panduan dan memberi iktibar pada masa ini dan akan datang.

Page 5: sejarah: tingkatan 1: bab 1: sejarah dan kita

2. Memberi pengajaran dan panduan kepada kita memperbaiki kesalahan yang dilakukan.

3. Menjadi perangsang kepada kita untuk terus berjaya. Contoh: Keagungan Kerajaan Melayu Melaka menjadi kebanggaan negara dan boleh dijadikan perangsang untuk mencapai kemajuan.

4. Tanpa sejarah mungkin kita lupa bahawa kita sememangnya telah mengalami zaman keagungan dahulu dan perkara itu boleh diulangi dengan kegigihan dan kesungguhan.

5. Sejarah membantu kita mengetahui tentang jati diri dan identiti sesuatu kaum. Setiap warganegara perlu memahami dan menghayati sejarah supaya mereka akan berasa bangga sebagai warganegara dan bertanggungjawab untuk mempertahankan negara.

6. Sejarah boleh memupuk semangat patriotisme iaitu semangat cintakan tanah air.

Rumusan:

1. Sejarah dapat dijadikan pengajaran dan panduan pada masa hadapan.2. Melalui sejarah semangat patriotisme dapat dipupuk oleh generasi masa kini.3. Sejarah dapat membantu kita untuk menghargai perjuangan tokoh masa lalu

dan seterusnya menghargai kemerdekaan dan kedaulatan negara.