sejarah sukan di malaysia dan perkembangan sukan

10
1.0 SEJARAH SUKAN DI MALAYSIA Sebelum kedatangan pengaruh pendidikan barat, sistem pendidikan Malaysia merupakan sistem yang tidak formal seperti kelas agama dan Al- Quran, kelas kesenian dan pertukangan. Sistem ini tidak memberatkan ciri- ciri pendidikan secara formal. Oleh itu, pelajaran Malaysia tidak ada langsung pendidikan jasmani. Sistem pendidikan yang formal diperkenalkan di Negara kita selepas kedatangan Inggeris di negeri-negeri Selat. Sekolah yang pertama didirikan di Tanah Melayu ialah Penang Free School yang ditubuhkan pada tahun 1816. Sekolah itu ialah di bawah pentadbiran Inggeris. Pada masa itu, Pendidikan jasmani tidak dijalankan lagi. Sehingga tahun-tahun 1920-an masih belum ada sistem dan sukatan pelajaran yang formal walaupun mata pelajaran Pendidikan Jasmani mula diajar secara tidak formal. Keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan kawat dan permainan yang membawa pengaruh penjajahan Inggeris. Pada tahun 1924 kerajaan baru melantik seorang pengusaha pendidikan jasmani untuk negeri-negeri Selat. Sungguhpun begitu, sukatan pelajaran pendidikan jasmani belum tersusun. Guru-guru yang tidak pernah menerima latihan pendidikan jasmani telah ditugaskan mengajar pelajaran itu. Tahun- tahun 1930_an pihak kerajaan barulah berusaha merancang pendidikan jasmani masuk dalam pelajaran sekolah. Sukatan pelajaran itu merupakan asas untuk pelajaran pendidikan jasmani di Malaysia. Ia berdasarkan kepada sukatan pelajaran latihan fizikal bagi sekalah-sekolah Inggeris di England yang telah diperkenalkan dalam tahun 1933. Siri buku-buku Jefferson, How To Teach Physical Training dijadikan asas sukatan pelajaran pendidikan jasmani Malaysia. J.W.Jefferson yang dilantik sebagai penguasa pendidikan jasmani dalam tahun 1932, beliau telah melancarkan rancangan latihan guru pendidikan jasmani ke seluruh Negara. Kursus-kursus dalam perkhidmatan jasmani telah diadakan di seluruh Negara. Tahun 1946 sehingga 1948, pejabat pendidikan negara telah melaporkan satu sukatan yang formal untuk sekolah-sekolah rendah dan menengah. Sukatan ini diterbitkan oleh Maktab perguruan Sultan Idris, (MPSI), Tanjung Malim (Universiti Pendidikan Sultan Idris kini). Sistem latihan guru pendidikan jasmani dilancarkan secara berperingkat-peringkat.

Upload: amirrudin-ismail

Post on 21-Dec-2015

900 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

secara ringkas tentang perkembangan sejarah sukan di malaysia

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Sukan Di Malaysia dan perkembangan sukan

1.0 SEJARAH SUKAN DI MALAYSIA

Sebelum kedatangan pengaruh pendidikan barat, sistem pendidikan Malaysia

merupakan sistem yang tidak formal seperti kelas agama dan Al-Quran, kelas kesenian

dan pertukangan. Sistem ini tidak memberatkan ciri-ciri pendidikan secara formal. Oleh

itu, pelajaran Malaysia tidak ada langsung pendidikan jasmani.

Sistem pendidikan yang formal diperkenalkan di Negara kita selepas kedatangan

Inggeris di negeri-negeri Selat. Sekolah yang pertama didirikan di Tanah Melayu ialah

Penang Free School yang ditubuhkan pada tahun 1816. Sekolah itu ialah di bawah

pentadbiran Inggeris. Pada masa itu, Pendidikan jasmani tidak dijalankan lagi.

Sehingga tahun-tahun 1920-an masih belum ada sistem dan sukatan pelajaran

yang formal walaupun mata pelajaran Pendidikan Jasmani mula diajar secara tidak

formal. Keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan kawat dan permainan yang

membawa pengaruh penjajahan Inggeris. Pada tahun 1924 kerajaan baru melantik

seorang pengusaha pendidikan jasmani untuk negeri-negeri Selat. Sungguhpun begitu,

sukatan pelajaran pendidikan jasmani belum tersusun. Guru-guru yang tidak pernah

menerima latihan pendidikan jasmani telah ditugaskan mengajar pelajaran itu. Tahun-

tahun 1930_an pihak kerajaan barulah berusaha merancang pendidikan jasmani masuk

dalam pelajaran sekolah. Sukatan pelajaran itu merupakan asas untuk pelajaran

pendidikan jasmani di Malaysia. Ia berdasarkan kepada sukatan pelajaran latihan fizikal

bagi sekalah-sekolah Inggeris di England yang telah diperkenalkan dalam tahun 1933.

Siri buku-buku Jefferson, “How To Teach Physical Training” dijadikan asas sukatan

pelajaran pendidikan jasmani Malaysia. J.W.Jefferson yang dilantik sebagai penguasa

pendidikan jasmani dalam tahun 1932, beliau telah melancarkan rancangan latihan

guru pendidikan jasmani ke seluruh Negara. Kursus-kursus dalam perkhidmatan

jasmani telah diadakan di seluruh Negara. Tahun 1946 sehingga 1948, pejabat

pendidikan negara telah melaporkan satu sukatan yang formal untuk sekolah-sekolah

rendah dan menengah. Sukatan ini diterbitkan oleh Maktab perguruan Sultan Idris,

(MPSI), Tanjung Malim (Universiti Pendidikan Sultan Idris kini). Sistem latihan guru

pendidikan jasmani dilancarkan secara berperingkat-peringkat.

Page 2: Sejarah Sukan Di Malaysia dan perkembangan sukan

Penubuhan persekutuan Tanah Melayu menunjukkan pengaruh penjajahan

Inggeris dalam perkembangan pendidikan jasmani. Gimnastik, sukan dan rentak rama

merupakan bahagian program-program yang terdapat di sekolah-sekolah rendah,

sementara itu, di sekolah-sekolah menengah, Inggeris memajukan satu program yang

serupa yang terdapat di negara-negara Asia di bawah penjajahan British Komanwel.

Bola sepak, bola keranjang, berenang dan tenis adalah popular tetapi permainan

badminton paling popular di seluruh Negara.

Tidak dinafikan,sukan bermula popular di Negara selepas kemerdekaan. Atlet-

atlet tempatan telah dihantar ke luar Negara untuk menyertai pelbagai pertandingan

sukan seperti Sukan Asia, Sukan Komanwel dan sebagainya. Mereka juga memenangi

banyak pingat dan menyerlahkan nama negara ke antarabangsa.

2.0 SOSIALISASI DAN SUKAN – DEFINISI PROSES SOSIALISASI

Dalam konteks budaya, sukan dianggap sebagai satu wadah sosialisasi.

Sosialisasi merupakan proses di mana anggota masyarakat saling berkomunikasi dan

berinteraksi di antara satu sama lain serta menentukan peranan yang mesti dimainkan

oleh setiap anggota masyarakat untuk menjadi ahli masyarakat tersebut.

Secara tradisinya, penyertaan dalam sukan untuk kaum lelaki dan wanita sudah

lama terbentuk. Kita boleh lihat bagaimana pembahagian serta jenis-jenis sukan

mengikut jantina terbentuk dalam masyarakat kita. Bagaimanapun, bagi wanita yang

melibatkan diri dalam sukan secara aktif, mereka sebenarnya telah melangkah batas

norma yang telah ditetapkan oleh masyarakat, khususnya dalam sukan yang kompetitif.

Menurut Eccles dan Harold (1991), terdapat tiga cara individu dipengaruhi untuk

menyertai sukan dan aktiviti fizikal iaitu faktor sosialisasi,situasi dan persekitaran dan

faktor peribadi. Faktor sosialisasi merujuk kepada proses interaksi antara individu.

Dalam konteks sukan, pengaruh sosialisasi individu yang signifikan dalam kehidupan

Page 3: Sejarah Sukan Di Malaysia dan perkembangan sukan

seseorang kanak-kanak lelaki atau perempuan mempengaruhi penglibatan mereka

dalam sukan (Greendorfer, 1992). Antaranya dorongan kedua ibu bapa serta pengaruh

saudara tua (abang atau adik) turut mempengaruhi penglibatan dalam sukan (Eccles &

Harold, 1991) ; Greendorfer, 1992).

3.0 SOSIALISASI DALAM SUKAN

Sosialisasi ke dalam sukan berlaku apabila seseorang individu tersebut

mengambil keputusan untuk melibatkan diri dalam sukan tersebut. Antara agen-agen

sosialisasi yang mempengaruhi sosiaisasi ke dalam sukan ialah keluarga, masyarakat,

institusi pendidikan, rakan sebaya dan media massa. Agen-agen sosialisasi ini akan

mempengaruhi sikap, nilai dan kemahiran individu tersebut.

Sosialisasi ke dalam sukan berlaku apabila individu yang melibatkan diri dalam

sukan tersebut menerima norma-norma yang terdapat dalam sesuatu sukan yang ingin

diceburi. Sikap seperti tidak menghisap rokok, menghormati orang lain dan ketua, rajin

berlatih, taat kepada perintah tuhan dan menunjukkan teladan yang baik akan dapat

diterapkan ke dalam diri seseorang individu setelah melibatkan diri dalam sesuatu

institusi sukan. Konsep ini merupakan suatu peraturan yang harus diterima oleh individu

yang ingin melibatkan diri dalam sesuatu institusi sukan.

Selain itu, seseorang individu juga akan melakukan anjakan budaya yang harus

ada setelah melibatkan diri dalam sukan. Sebagai contoh, personaliti individu

seseorang individu akan berubah sekiranya melibatkan diri dalam sukan golf seperti

kemas dalam berpakaian, lebih tenang dalam melakukan sesuatu perkara, pertuturan

yang teratur dan sopan, juga disiplin yang tinggi seharian selaras dengan norma-norma

yang harus ada pada seorang pemain golf. Perwatakan sedemikian bukan sahaja

berlaku di dalam institusi sukan berkenaan, malahan akan berterusan sekiranya tidak

lagi melibatkan diri dalam sesuatu acara sukan berkenaan.

Page 4: Sejarah Sukan Di Malaysia dan perkembangan sukan

Bukan itu sahaja, seseorang juga akan bersosialisasi ke dalam sukan dengan

menjadi sebahagian daripada keperluan institusi sukan tertentu. Seseorang individu

yang ingin bermain bola sepak akan cenderung untuk memantapkan lagi kemahiran

yang harus ada padanya selaras dengan kemahiran atau teknik yang diperlukan dalam

permainan tersebut. Individu akan cuba untuk menjadi atlet yang berkemahiran tinggi

agar dapat diterima sebagai salah seorang ahli dalam institusi berkenaan.

Selain itu, sosialisasi ke dalam sukan juga berlaku apabila wujudnya interaksi

yang erat antara ahli dalam institusi sukan tersebut seperti interaksi antara atlet dengan

atlet, atlet dengan jurulatih, malahan antara atlet dengan pentadbir sesuatu organisasi

sukan berkenaan. Interaksi berkisar dalam permasalahan personaliti, prestasi atlet dan

jurulatih malahan berkaitan dengan kebajikan mereka sendiri yang mempunyai kaitan

dengan pentadbiran institusi sukan.

Seseorang yang mengambil keputusan untuk melibatkan diri ke dalam sesuatu

jenis sukan tersebut akan mendapat ganjaran yang setimpal dengan kemahiran mereka

dan berpeluang melawat ke tempat-tempat yang mereka tidak pernah lawati. Oleh itu,

seseorang individu yang ingin mendapatkan kepercayaan daripada institusi sukan agar

terpilih menjadi pemain, akan cenderung untuk berusaha dengan lebih gigih mengasah

kemahiran yang sedia ada. Setelah terpilih, individu tersebut akan menjadi pemain

kepada sesuatu pasukan tersebut dan mereka akan melawat ke tempat lain dalam

melengkapkan takwim pertandingan.

Page 5: Sejarah Sukan Di Malaysia dan perkembangan sukan

4.0 SOSIALISASI MELALUI SUKAN

Proses sosialisasi yang kedua adalah proses sosialisasi melalui sukan. Faktor

utama proses sosialisasi melalui sukan ialah sukan sebagai alat mensosialisasikan

individu terbabit. Elemen-elemen yang terdapat dalam peraturan sukan seperti sikap

bekerjasama, berdisiplin, saling menghormati di antara individu serta mematuhi

undang-undang dan peraturan dapat membantu untuk pembentukan sifat peribadi

individu itu sendiri. Melalui sukan sikap individu dapat di bentuk dengan menunjukkan

sikap yang baik, nilai-nilai murni, tingkah laku yang terpuji dan kepimpinan individu

terserlah. Melalui sukan juga perwatakan individu boleh berubah misalnya, jika dahulu

seorang individu itu pendiam maka dengan mengikuti aktiviti sukan individu tersebut

bertukar menjadi orang yang agresif. Tindakan agresif ini dapat dilihat dalam sukan

ragbi dan gusti.

Di samping itu, proses sosialisasi melalui sukan ialah sukan sebagai alat untuk

mengintegrasikan atlit-atlit atau ahli-ahli. Dalam pasukan tersebut akan terbentuk sikap

saling membantu dan sentiasa memastikan pasukan menang dalam pertandingan

sukan dengan mengamalkan sikap saling membantu. Sikap ini akan mewujudkan

perpaduan di kalangan ahli-ahli pasukan.

Selain itu, proses sosialisasi melalui sukan ialah sukan tersebut berunsurkan

motivasi kejayaan. Pasukan atau individu akan berusaha bersungguh-sungguh untuk

mencapai kemenangan dalam pertandingan. Motivasi yang diterima sama ada

berbentuk motivasi intrinsik atau pun motivasi ekstrinsik. Melalui motivasi dalam aktiviti

sukan tersebut individu atau kumpulan pasukan akan bersama-sama untuk

mengharumkan nama negara dan keluarga. Semangat ini didapati berkesan untuk

mendorong atlet mencapai kejayaan dalam sesuatu pertandingan. Misalnya dalam

sukan badminton dan skuasy.

Seterusnya, proses sosialisasi melalui sukan juga ialah sukan sebagai alat

pertahanan diri. Individu akan bersukan adalah untuk mempertahankan diri sama ada

Page 6: Sejarah Sukan Di Malaysia dan perkembangan sukan

untuk mempertahan diri sendiri atau organisasi atau pun disebabkan faktor lain.

Dengan mempelajari kemahiran yang terdapat melalui sukan tersebut maka individu

tersebut berasa lebih selamat. Misalnya individu boleh mempelajari seni

mempertahankan diri dalam sukan seperti karate do, taekwando, menembak dan

memanah.

5.0 BERHENTI ATAU UBAH HALUAN DALAM SUKAN

Menurut Mohd Jafius Bahari, faktor interpersonal juga akan mempegaruhi

penglibatan seseorang pelajar dalam aktiviti sukan. Sebagai contoh, Alan ingin main

badminton tetapi semua rakannya ingin bermain bola sepak. Maka, dia akan mengalami

kesulitan mencari rakan yang ingin bermain badminton dengannya dan seterusnya

akan menyebabkan dia jarang mengikuti aktiviti sukan. Faktor interpersonal yang lain

termasuklah tekanan kebimbangan budaya, sikap keagamaan , serta kemampuan dan

kemahiran diri yang dimiliki.

Pelajar yang selalu didenda oleh guru akan berasa takut terhadap guru sukan

tersebut menyebabkan mereka berhenti untuk belajar dan berpretasi baik semasa p&p.

Dendaan yang tidak bersesuaian apabila dikenakan kepada pelajar akan menyebabkan

gangguan emosi yang akan menjejaskan kecergasannya. Pelajar yang selalu didenda

akan bertindak agresif dan cenderung melakukan keganasan dan vandalisme

Gejala pelajar tidak memakai pakaian sukan semasa pengajaran dan

pembelajaran PJK sering berlaku. Segelintir pelajar lupa, tidak suka atau sengaja tidak

berpakaian sukan semasa menghadiri kelas pjk. Penekanan peraturan dan pengawalan

pakaian yang longgar semasa Pendidikan jasmani menyebabkan pelajar tidak peduli

akan akibatnya. Kesediaan untuk melibatkan diri dalam sukan

Page 7: Sejarah Sukan Di Malaysia dan perkembangan sukan

Malina (1988) menjelaskan bahawa kesediaan sebenarnya merujuk kepada satu

tahap di mana seseorang individu sudah bersedia dari segi kematangan serta

kemahiran yang membolehkan mereka berjaya dalam aktiviti yang diceburi.

Terdapat persamaan di antara tumbesaran kanak-kanak, kematangan serta

tugasan atau tuntutan aktiviti berkenaan. Jadi dapat kita rumuskan , kayu ukur bagi

tahap kesediaan ini berdasarkan kemampuan minimum kanak-kanak dalam

melaksanakan kemahiran yang diperlukan dalam aktiviti tersebut.

Terdapat tiga faktor utama yang telah dikenal pasti sebagai faktor utama yang

menentukan tahap kesediaan penyertaan kanak-kanak dalam sukan. Yang pertama

kematangan, pembelajaran dan motivasi, kesemua faktor ini berkait rapat di antara satu

sama lain.

Kematangan merupakan faktor terpenting yang menentukan bila sesuatu

kemahiran boleh didedahkan kepada kanak. Interaksi pengaruh-pengaruh tersebut

membantu dalam menentukan pencapaian perkembangan ke satu tahap yang

maksimum (Bee 1995; Rohani 2001). Kematangan merujuk kepada proses

perkembangan yang dikawal oleh faktor intrinsik, terutamanya gen, iaitu bahan kimia

terkandung dalam nukleus setiap sel.

Pembelajaran pula menurut Moh. Surya (1997) : “belajar dapat diartikan sebagai

suatu proses yang dilakukan oleh individu untuk memperoleh perubahan perilaku baru

secara keseluruhan, sebagai hasil dari pengalaman individu itu sendiri dalam

berinteraksi dengan lingkungannya”. Witherington (1952) : “belajar merupakan

perubahan dalam kepribadian yang dimanifestasikan sebagai pola-pola respons yang

baru berbentuk keterampilan, sikap, kebiasaan, pengetahuan dan kecakapan”.

Motivasi pula didefinisikan sabagai arah merujuk kepada tindakan individu sama

ada untuk menghampiri atau menjauhi sesuatu situasi, Sage(1977). Wann (1977)

sebagai proses kebangkitan dalam diri individu yang membantu dalam usaha mengarah

Page 8: Sejarah Sukan Di Malaysia dan perkembangan sukan

serta mengekalkan kelakuan yang diingini. Terdapat dua jenis motivasi iaitu motivasi

intrinsik dan ekstrinsik.

Kanak-kanak melibatkan diri dengan aktiviti sukan kerana perbagai sebab serta

untuk memenuhi perlbagai keperluan. Bagaimana pun, penglibatan mereka dalam

aktiviti sukan tidak kekal lama kerana motif mereka sering berubah. Inilah di antara

punca yang menyebabkan keciciran dalam sukan. Kadar keciciran kanak-kanak dalam

aktiviti sukan di Amerika Syarikat di antara umur 10-17 tahun telah meningkat sebanyak

80%(Roberts,1993). Ini kerana kehendak mereka yang sentiasa berubah-ubah itu tidak

dapat dipenuhi. Berdasarkan kajian, terdapat tiga faktor utama yang menyebabkan

keciciran dalam aktiviti sukan iaitu perbandingan komparatif, persepsi tentang

kekurangan kemampuan dan tahap intrinsik yang rendah serta stress pertandingan

(Anshel,1997).

Perbandingan komparatif bermaksud membandingkan diri dari segi kemampuan

motor dengan orang lain, dan ini sering dilakukan oleh kanak-kanak pada peringkat usia

7 hingaa 12 tahun (Scanlan,1988) – oleh kerana kekurangan pengalaman serta

kurangnya penglibatan dalam aktiviti sukan pada usia yang muda, kanak-kanak ini

terpaksa menggunakan perbandingan komparatif sebagai kayu ukur status kemahiran

motor mereka. Sebagai perbandingan, jika kemahiran yang ingin dilakukan boleh

dilakukan oleh ramai kanak-kanak yang lain, maka tahap kemahiran motor individu

tersebut bolehlah dianggap sebagai sama dengan orang lain. bagaimanapun, jika

kemahiran yang ingin dilakukan hanya boleh dilakukan oleh beberapa orang kanak-

kanak yang lain, maka tahap kemahiran motor individu ini boleh dianggap

tinggi.Perbandingan boleh dilakukan dengan pelbagai cara, oleh sesiapa pun dan

dalam perbagai situasi. Dalam konteks sukan, yang biasanya dimainkan dalam

keadaan terbuka, maklum balas dari penonton, jurulatih, ibu bapa serta rakan-rakan

terbabit. Maklum balas yang diberikan sama ada secara verbal atau bukan lisan

memberikan kesan yang positif dan juga negatif kepada kanak-kanak tersebut. Input

yang diberikan secara lisan seperti kata-kata semangat dan pujian merupakan

Page 9: Sejarah Sukan Di Malaysia dan perkembangan sukan

rangsangan positif, manakala ejekan, celaan serta komen yang pedas merupakan

rangsangan yang negatif, begitu juga maklum balas lisan ini dapat dilihat dan yang

didengarinya. Kesan inilah yang menyebabkan mereka ingin meneruskan penglibatan

atau menarik diri dari sukan. Justeru itu, tanggungjawab kita yang terlibat secara

langsung dengan kanak-kanak ini memastikan mereka merasai kesan “kejayaan” ketika

melibatkan diri serta memenuhi keperluan lain seperti motivasi, pengiktirafan atau

persepsi kemampuan diri yang positif.

Persepsi tentang kekurangan kemampuan diri juga merupakan salah satu sebab

kanak-kanak menarik diri dari aktiviti sukan- Ini adalah kerana mereka menjustifikasikan

kegagalan kepada kekurangan dari segi kemampuan diri mereka. Justeru itu, apalah

gunanya meneruskan penglibatan dalam aktiviti tersebut jika mereka sudah tahu

bahawa mereka tidak mempunyai kemampuan untuk berjaya dalam aktiviti tersebut.

Jika dilihat dari peringkat awal penglibatan kanak-kanak dalam sukan sekitar usia 6

hingga 10 tahun, faktor kejayaan dikaitkan dengan kemampuan menamatkan atau

melaksanakan tugasan tersebut dengan sempurna. Contohnya, kemampuan

menamatkan larian 50 meter dianggap sebagai satu kejayaan. Bagaimanapun, semakin

usia meningkat, kayu ukur kejayaan dinilai berdasarkan perbandingan dan pengiktirafan

sosial. Justeru itu pengiktirafan dari individu yang signifikan seperti ibu bapa, jurulatih

serta rakan sepasukan menjadi pemangkin kepada tindakan untuk meneruskan atau

menarik diri dari sukan. Dengan penambahan pengalaman, kanak-kanak ini mendapati

bahawa pengiktirafan dari jurulatih adalah penting kerana peluang untuk bermain hanya

akan ditentukan oleh jurulatih, kanak-kanak tersebut terpaksa “berusaha” dengan lebih

gigih lagi. Akhirnya, usaha menjadi kriteria kejayaan kepada kanak-kanak ini tidak

mempunyai kemampuan untuk berjaya dan ini mungkin menyebabkan mereka menarik

diri dari sukan. Tahap motivasi yang rendah- kita sudah sedia maklum bahawa motif

utama penglibatan dalam aktiviti sukan bagi kanak-kanak kerana keseronokan.

Keseronokan ini sebenarnya bersifat intrinsik kerana tiada ganjaran yang boleh

diberikan kerana keseronokan melakukan sesuatu, melainkan rasa puas dan

kegembiraan yang terbayang di akhir sesuatu aktiviti. Ganjaran serta sesuatu yang

berbentuk luaran tidak diperlukan oleh kanak-kanak tersebut. Bagaimanapun ada

Page 10: Sejarah Sukan Di Malaysia dan perkembangan sukan

individu tertentu (orang dewasa) yang merasakan bahawa kanak-kanak ini

memerlukan ganjaran(piala atau wang) untuk terus melibatkan diri dalam aktiviti

tersebut. Kesannya aktiviti sukan atau permainan sudah hilang keseronokannya kerana

terpaksa bersaing untuk berebut ganjaran. Bagi mendapatkan ganjaran, mereka

terpaksa berlatih bersungguh-sungguh sehingga aktiviti sukan atau permainan ini

dianggap sebagai satu pekerjaan yang perlu dilakukan untuk mendapatkan ganjaran.

Akhirnya, keseronokan hilang dan mereka tidak berminat lagi untuk meneruskan aktiviti

tersebut. Stres pertandingan- Bagaimanapun, sebelum kita memulakan perbincangan

cuba anda jawab soalan ini “Jika sukan kompetitif dianggap satu permainan,

mengapakah ramai atlet muda (kanak-kanak) yang terlibat merasa tertekan apabila

melibatkan diri dalam “permainan” tersebut?”

Keadaan ini berlaku kerana kanak-kanak ini diletakkan dalam keadaan yang

tertekan iaitu mereka mesti menang. Kesannya, mereka akan mula memikirkan

(persepsi) tentang apakah yang akan diterima jika gagal melaksanakan tanggungjawab

ini (bertanding). Kesimpulannya stres pertandingan menghilangkan keseronokan kanak-

kanak untuk melibatkan diri dengan aktiviti sukan dan jalan keluar yang paling sesuai

dengan menarik dari sukan.