sejarah spm - kertas 3(tamadun awal manusia).pdf

9
Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab, iaitu daripada mudun dan madain. Satu lagi perkataan Arab yang mempunyai kaitan dengan perkattan tamadun ialah madana yang mempunyai dua maksud, iaitu tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar.Perkataan daripada bahasa Inggeris yang mempunyai persamaan makna dengan tamadun ialah civilization yang berasal daripada bahasa Greek, iaitu civitas yang bermaksud bandar. Tamadun juga boleh di- ertikan sebagai peradaban. Setiap masyarakat di dunia mempunyai definisi mereka yang tersendiri tentang konsep tamadun.Bagi masyarakat Barat,tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah terutaman- ya dalam hal-hal kebudayaan seperti penulisan,undang-undang,kesenian dan pembandaran. Menurut pandangan beberapa sarjana Barat, misalnya,Gordon Childe,pencapaian lahiriah mer- upakan kayu ukur kemajuan tamadun dalam dalam sesebuah masyarakat. Darcy Riberio dan R.A Buchanan pula menolak unsur rohaniah sebaliknya hanya menekankan kepentingan dan pembangunan lahiriah dalam proses perkembangan tamadun. Menurut Islam, tamadun mestilah merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah. Oleh itu, Islam menekankan pembangunan lahiriah dan rohaniah.Kedua-dua unsur ini penting untuk mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat.Mengikut pandangn Syed Naquib al-Attas, tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sese- buah masyarakat.Pandangan sarjana Islam ini turut disokong oleh sarjana Barat seperti Richard Sullivan yang mengakui bahawa unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun. Secara umumnya, konsep tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian berbentuk la- hiriah seperti kesenian dan pembinaan kota semata-mata tetapi juga mestilah diiringi dengan pencapaian dalam aspek rohaniah,tatasusila dan moral. 1 Sejarah,Sumber Inspirasi Utama

Upload: soa-firdaus

Post on 26-Oct-2015

1.110 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

A Better ver.

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah SPM - kertas 3(Tamadun Awal Manusia).pdf

Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab, iaitu daripada mudun dan madain.Satu lagi perkataan Arab yang mempunyai kaitan dengan perkattan tamadun ialah madana yang mempunyai dua maksud, iaitu tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar.Perkataan daripada bahasa Inggeris yang mempunyai persamaan makna dengan tamadun ialah civilization yang berasal daripada bahasa Greek, iaitu civitas yang bermaksud bandar. Tamadun juga boleh di-ertikan sebagai peradaban. Setiap masyarakat di dunia mempunyai definisi mereka yang tersendiri tentang konsep tamadun.Bagi masyarakat Barat,tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah terutaman-ya dalam hal-hal kebudayaan seperti penulisan,undang-undang,kesenian dan pembandaran.Menurut pandangan beberapa sarjana Barat, misalnya,Gordon Childe,pencapaian lahiriah mer-upakan kayu ukur kemajuan tamadun dalam dalam sesebuah masyarakat. Darcy Riberio dan R.A Buchanan pula menolak unsur rohaniah sebaliknya hanya menekankan kepentingan dan pembangunan lahiriah dalam proses perkembangan tamadun. Menurut Islam, tamadun mestilah merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah. Oleh itu, Islam menekankan pembangunan lahiriah dan rohaniah.Kedua-dua unsur ini penting untuk mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat.Mengikut pandangn Syed Naquib al-Attas, tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sese-buah masyarakat.Pandangan sarjana Islam ini turut disokong oleh sarjana Barat seperti Richard Sullivan yang mengakui bahawa unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun. Secara umumnya, konsep tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian berbentuk la-hiriah seperti kesenian dan pembinaan kota semata-mata tetapi juga mestilah diiringi dengan pencapaian dalam aspek rohaniah,tatasusila dan moral.

1

Sejarah,Sumber Inspirasi Utama

Page 2: Sejarah SPM - kertas 3(Tamadun Awal Manusia).pdf

Usaha manusia untuk menyesuaikan kehidupan mereka dengan alam sekeliling telah menjadikan manusia lebih kreatif dan inovatif.Kreativiti dan inovasi manusia bergantung kepada pencapaian pemikiran dan kekuatan rohaniah mereka.Oleh itu, proses pembentukan tamadun merupakan manifestasi kepada pencapaian manusia dalam kedua-dua aspek ini. Kewujudan petempatan kekal merupakan salah satu ciri utama kemunculan tamadun.Kehidupan secara menetap membawa kepada corak hidup yang lebih sistematik.Kawasan yang dipilih untuk petempatan tetap amat penting untuk memastikan kelangsungan bekalan makanan.Hasil inovasi manusia kemudiannya melahirkan kemajuan dalam pertanian, iaitu dari segi penanaman dan penyimpanan makanan serta penternakan binatang.Contohnya ialah pen-ciptaan peralatan baru seperti cangkul dan penggunaan teknologi seperti sistem pengairan yang baik.Perkembangan ini telah meningkatkan pengeluaran dan membawa kepada lebihan pengeluaran.Lebihan ini telah dapat menampung pertambahan jumlah penduduk disebabkan adanya bekalan makanan yang berterusan. Peningkatan jumlah penduduk membawa kepada sebuah kehidupan berorganisasi yang merangkumi aspek sosial,ekonomi dan politik.Kehidupan secara berorganisasi ini mampu men-gatur cara hidup manusia untuk memastikan kestabilan dan kemakmuran kehidupan mereka.Pada peringkat awal, organisasi sosial atau masyrakat yang wujud adalah pada tahap yang pal-ing ringkas, iaitu sistem keluarga.Pertambahan penduduk dan kepelbagaian aktiviti ekonomi telah membawa kepada proses pembahagian masyarakt yang lebih kompleks.Sistem sosial atau sistem masyarakat tamadun awal selalunya berbentuk piramid dan bersusun lapis.Lapisan paling atas merupakan golongan bangsawan yang menerajui pemerintahan yang diketuai oleh raja.Lapisan kedua ialah golongan pembesar yang terdiri daripada golongan yang menguasai upacara dan hal ehwal agama,individu yang dihormati oleh masyarakat seperti ketua keluarga atau ketua kelompok,kumpulan pentadbir dan ilmuwan, serta kumpulan yang mempunyai kepa-karan dalam kesenian.Kemudian diikuti oleh golongan rakyat biasa yang merupakan jumlah yang paling ramai.Kumpulan ini merupakan tunjang kepada aktiviti ekonomi,terutamanya dalam bidang pertanian dan perdagangan.Lapisan terakhir ialah golongan hamba yang kehidupannya bergantung kepada lapisan-lapisan diatasnya. Bagi mengendalikan masyarakat yang lebih besar sistem pemerintahan mula dibentuk untuk menjalankan pentadbiran.Seseorang pemimpin ataupun raja selalunya menggunakan un-sur magis dan mendakwa dirinya sebagai wakil tuhan demi mendapatkan pengiktirafan sebagai ketua pemerintah.Kewujudan sistem pemerintahan membawa kepada kelahiran sistem perun-dangan yang menjadi panudan kepada masyarakat demi menjaga keamanan dan kemakmuran sesebuah tamadun. Pembentukan organisasi sosial dan politik membawa kepada kepada pengkhusu-san pekerjaan dalam tamadun awal.Peningkatan dalam produktiviti manusia menyebabkan pengkhususan pekerjaan menjadi lebih penting.Keadaan ini boleh menghasilkan kemakmu-ran dan kestabilan politik yang secara langsung akan membawa pula kepada peningkatan dan perkembangan ekonomi.Barangan atau produk dihasilkan oleh kumpulan tertentu melalui pengkhususan dan kepakaran kumpulan tersebut.Ini kemudiannya akan menghasilkan pertu-karan barangan yang juga dikenali sebagai sistem barter.Aktiviti ini merupakan titik permulaan bagi aktiviti ekonomi yang dikenali sebagai perdagangan.Aktiviti pertukaran barang dan perd-agangan membolehkan berlakunya pertukaran ilmu pengetahuan,teknologi dan budaya antara sesebuah masyarakat dengan masyarakat yang lain.Kedinamikan aktiviti ekonomi sangat pent-ing bukan sahaja dalam proses pertumbuhan dan perkembangan sesebuah tamadun tetapi juga hubungannya dengan tamadun luar. Agama dan kepercayaan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan tama-dun.Ini adalah kerana kedua-duanya amat berkait rapat dengan pengiktirafan terhadap golon-gan pemerintah,pembahagian sosial masyrakat,perkembangan ilmu pengetahuan,kesenian dan pembinaan dalam proses pembentukan tamadun awal.Proses kemunculan tamadun bermu-la apabila manusia mencuba untuk memahami dan menyesuaikan kehidupannya dengan alam

2

Page 3: Sejarah SPM - kertas 3(Tamadun Awal Manusia).pdf

sekeliling.Dalam sesetengah masyarakat,alam sekitar seperti pokok,batu,matahari,dan laut dipercayai mempunyai semangat dan harus dihormati demi menjaga keamanan dan kemak-muran hidup.Manusia pada peringkat awal proses pembentukan tamadun percaya bahawa ter-dapat kuasa ghaib yang menguasai alam sekeliling.Kepercayaan ini dikenali sebagai animisme.Secara evolusi kepercayaan ini bertukar menjadi agama.Agama tamadun awal ini dikenali se-bagai politeisme yang bermakna penyembahan terhadap lebih daripada satu tuhan. Penciptaan bahasa dan sistem tulisan adalah sebahagian daripada perkembangan ilmu pengetahuan dalam proses pembentukan tamadun yang hasilnya dapat dilihat sehingga hari ini.Antara bahasa tertua termasuklah Yunani dan Sanskrit manakala contoh sistem tulisan awal ialah hieroglif,cuneiform dan ideogram.Bahasa dan tulisan memainkan peranan yang sangat pent-ing dalam penyebaran ilmu pengetahuan dan perhubungan di dalam sesebuah masyarakat dan juga antara sesebuah masyarakat dengan masyarakat yang lain.Penghasilan sistem tulisan amat penting untuk tujuan urusan pentadbiran seperti penyimpanan rekod,penulisan undang-un-dang dan hal-hal keagamaan.Bahasa dan tulisan merupakan instrumen paling penting untuk menyampaikan,memperkembangkan serta mencatatkan idea dan pemikiran manusia. Proses pembentukan tamadun manusia pula bermula apabila wujud hubungan,iaitu penyesuaian antara manusia dengan alam sekelilingnya.Manusia akan memilih kawasan yang memudahkan mereka menjalani kehidupan harian.Lembah sungai selalunya dipilih sebagai lo-kasi petempatan kekal disebabkan oleh kesuburan tanah di sekitarnya untuk tujuan pertanian.Selain itu,pemilihan lokasi ini juga adalah disebabkan adanya kemudahan untuk mendapatkan bekalan air,makanan serta kemudahan pengangkutan dan perhubungan.Faktor-faktor ini men-jelaskan kepada kita mengapa keseluruhan tamadun awal manusia terbentuk di kawasan lem-bah sungai.Contohnya,tamadun Mesopotamia di lembah Sungai Euphrates(3500 S.M),tamadun Mesir Purba di Lembah Sungai Nil(3100 S.M),tamadun Indus di Lembah Sungai Indus (2500 S.M) dan tamadun Hwang Ho di Lembah Sungai Hwang Ho(1800 S.M).

2

Page 4: Sejarah SPM - kertas 3(Tamadun Awal Manusia).pdf

Antara sumbangan tamadun awal manusia kepada manusia sejagat dari segi perundan-gan,ilmu pengetahuan dan senibina jelas dapat dilihat dalam tamadun Mesopotamia.Daripa-da aspek perundangan,Kod Undang-Undang Hammurabi telah banyak menyumbang kepada perundangan dunia masa kini.Kod Undang-Undang Hammurabi ini digubal semasa Raja Ham-murabi memerintah kerajaan Babylon.Undang-undang ini berteraskan hak rakyat terhadap keadilan.Mengikut kod ini,hukuman dan denda mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut susun lapis masyarakat.Kod ini mengandungi kira-kira 282 undang-undang yang dipahat pada tembok serta tiang besar,oleh itu rakyat dapat membaca undnag-undang tersebut.Kod Undang-Undang Hammurabi telah menjadi dasar perundangan dalam tamadun Mesopotamia. Selain itu,daripada aspek ilmu pengetahuan,Tamadun Mesoptamia telah menyumbang kepada perkembangan ilmu astronomi.Pecerapan terhadap pergerakan bulan,bintang dan ma-tahari telah membawa kepada perkembangan ilmu matematik seperti sistem mengira perpulu-han,menambah,menolak,mendarab,membahagi dan punca gandaan dua yang kemudiannnya membawa kepada perkembangan ilmu geometri.Penguasaan dalam bidang astronomi juga telah membolehkan penggunaan jalan laut dan penciptaan kalender yng berasaskan sistem solar yang mengandungi dua bleas bulan dalam satu tahun. Di samping itu, dalam aspek senibina, Tamadun Mesopatamia telah memperkenalkan kepada dunia cara membuat batu bata daripada tanah liat.Dalam seni bina,mereka telah men-cipta arca dan tiang batu.Contoh arca tersebut ialah patung Raja Gudea.Arca dan tiang batu dapat dilihat dalam seni bina Zigurat.

3

Page 5: Sejarah SPM - kertas 3(Tamadun Awal Manusia).pdf

Sumbangan tamadun awal manusia banyak memberi manfaat dan inspirasi kepada pengukuhan peradaban Negara Malaysia sebagaimana generasi masa kini memanfaatkan pel-bagai aspek tamadun awal dalam kehidupan mereka.Antara aspek tamadun awal yang diman-faatkan adalah dari segi politik,ekonomi dan sosial. Berdasarkan aspek politik melalui tamadun Mesir purba kita dapat melihat Firaun men-jadi ketua kerajaan kepada tamadun tersebut dan hal ini telah diaplikasikan di Malaysia apa-bila Perdan Menteri menjadi ketua kerajaan rasmi bagi peradaban Malaysia di mana aspek ini memberi manfaat kepada Negara Malaysia. Selain itu,berdasarkan aspek ekonomi,melalui tamadun Hwang Ho kita dapat melihat pertanian menjadi antara sumber ekonomi kepada tamadun tersebut dan hal ini telah di-aplikasikan di Malaysia apabila industri penanama padi yang merupakan sebahagian daripa-da sektor pertanian telah menjadi salah satu sumber ekonomi utama di Negara Malaysia. Di samping itu,berdasarkan aspek sosial pula,melalui tamadun Mesir Purba kita dapat melihat senibina dalam dalam tamadun tersebut seperti Piramid giza telah memberi inspirasi kepada peradaban Negara Malaysia untuk membina pencakar-pencakar langit yang tinggi dan kukuh seperti Menara Berkembar Petronas.

4

Page 6: Sejarah SPM - kertas 3(Tamadun Awal Manusia).pdf

Tika kita mengimbas kembali sejarah negara ini, kita merasai pengalaman pahit, seper-ti penjajahan, peperangan, pergaduhan antara kaum dan pelbagai lagi.Akan tetapi, kita dapat menangani perkara tersebut bersama-sama melalui kesatuan antara sesebuah kaum dengan kaum yang lain. Kerajaan telah meletakkan kestabilan politik sebagai asas kepada pembangunan sese-buah negara, dengan kestabilan politik rakyat hidup aman dan telah mengambil iktibar daripa-da bencana-bencana tersebut serta telah bangkit untuk mencapai sesuatu kejayaan yang boleh dibanggakan oleh generasi akan datang. Negara juga mengalami kemajuan ekonomi seperti kemajuan dari segi pasaran domes-tik dan juga pasaran antarabangsa.Perindustrian negara juga berkembang dan telah menarik banyak pelabur-pelabur dari negara asing untuk melabur di negara kita sekaligus hubungan antarabangsa negara berkembang seterusnya mendapat sanjungan negara luar. Dari segi perpaduan sosial pula, Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Tan SriNajib bin Abdul Razak telah memperkenalkan prinsip 1 Malaysia sebagai medium asas per-paduan semua kaum di Malaysia.Perpaduan kaum dapat dipupuk dengan tiada lagi salah faham yang boleh menjejaskan hubungan antara kaum. Malaysia juga telah membina banyak mercu tanda seperti Menara Berkembar Petronas atau dikenali sebagai Kuala Lumpur City Centre (KLCC) yang menjadi simbol bahaw rakyat negara Malaysia mampu bangkit walaupun baru sahaja 56 tahun merdeka.

5

Page 7: Sejarah SPM - kertas 3(Tamadun Awal Manusia).pdf

Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bertamadun yang terkemuka di dunia pada abad 21.Malaysia merupakan sebuah nega-ra yang berkembang pesat untuk menjadi sebuah negara yang terkemuka di dunia pada abad 21.Oleh itu,negara ini perlu menghadapi dan menangani cabaran masa hadapan bagi menca-pai pengukuhan peradaban Negara Malaysia yang gemilang. Antara cabarannya ialah mentaliti masyarakat yang rendah tahapnya seperti memper-cayai sesuatu maklumat tanpa usul periksa yang terperinci.Oleh hal yang demikian itu,negara perlu mentransformasi pendidikan dalam mempertikatkan daya pemikiran masyarakat untuk menangani masalah ini. Malaysia juga menghadapi cabaran gejala sosial di kalangan generasi muda seperti vandelisme,penyalahgunaan dadah dan sebagainya.Pihak kerajaan perlulah mengambil tin-dakan yang sewajarnya dengan penerapan nilai-nilai moral dan sivik dalam setiap individu di setiap lapisan masyarakat.Melalui langkah ini, generasi muda akan mula sedar seterusnya menghindarkan diri mereka daripada terjebak dengan gejala sosial yang semakin berleluasa ini. Cabaran yang seterusnya ialah masalah kewangan di kalangan rakyat seperti ketidak-mampuan dalam menyara kehidupan yang sewajarnya dinikmati oleh setiap rakyat.Oleh hal yang demikian itu, pihak kerajaan telah memberikan pelbagai inisiatif sebagai medium bagi mengatasi masalah ini.Antaranya ialah, dengan menyalurkan bantuan rakyat seperti BR1M, KR1M dan PR1MA. Tidak ketinggalan juga perkara yg semakin hangat diperkatakan iaitu rasuah.Gejala rasuah merupakan antara cabaran yang paling besar bagi negara Malaysia.Oleh yang de-mikian itu, gejala ini perlu ditangani dengan langkah-langkah yang konkrit bagi mengelakkan masalah ini terus berleluasa.Antara langkah-langkahnya adalah seperti mengadakan kemp-en-kempen yang menerangkan kepada masyarakat tentang keburukan rasuah dan menahan pesalah-pesalah yang terlibat. Di samping itu, remaja pada hari ini sangat mudah terpengaruh melalui apa yang diton-ton oleh mereka di kaca televisyen mereka.Oleh hal yang demikian itu, pihak media perlulah menayangkan paparan-paparan yang mempunyai nilai-nilai murni dan bermoral bagi ton-tonan setiap lapisan masyarakat agar menjadi pedoman bagi mereka untuk menjadi rakyat yang berjasa dan menjadi modal insan kepada negara.

6

Page 8: Sejarah SPM - kertas 3(Tamadun Awal Manusia).pdf

Tamadun awal manusia telah memberi banyak nilai positif kepada generasi masa kini dalam mengukuhkan sesebuah peradaban.Malaysia telah mengorak langkah dalam mengha-yati nilai-nilai daripada tamadun awal manusia demi mengukuhkan peradaban Negara Malay-sia yang gemilang ini Antara nilai positif yang boleh dihayati adalah seperti, nilai inovatif. Nilai ini telah telah membolehkan penciptaan cangkul dan sabit dari tamadun awal Hwang Ho yang digunakan untuk kegunaan pertanian.Masyarakat dalam peradaban Negara Malaysia ini telah berusaha mengamalkan nilai ini dengan memanfaatkan ciptaan cangkul tersebut sebagai asas pencipta-an traktor ‘backhoe’. Seterusnya, nilai kreatif yang diamalkan oleh masyarakat Tamadun Hwang Ho melalui memanfaatkan sungai dengan membina terusan untuk kegunaan pertanian boleh dihayati.Penghayatan nilai ini dalam peradaban Negara Malaysia jelas dapat dilihan melalui pembinaan empangan dan terusan yang lebih sistematik dan berteknologi tinggi untuk kegunaan pertani-an. Selain itu,nilai sifat keterbukaan masyarakat Tamadun Indus dalam bekerjasama dengan tamadun lain demi kemaslahatan bersama juga boleh dihayati.Peradaban Negara Malaysia menghayati nilai ini dengan bersikap terbuka membenarkan para pelabur asing dari pelbagai peradaban untuk melabur di Malaysia demi membangunkan ekonomi negara. Di samping itu,nilai bersikap optimis masyarakat Tamadun Mesir Purba yang berusa-ha memajukan ekonomi mereka meskipun hidup di kawasan padang pasir yang kekurangan sumber dihayati oleh peradaban Negara Malaysia.Masyarakt Malaysia bersikap optimis dalam membangunkan Negara Malaysia meskipun baru mengecapi kemerdakaan selama 5 dekad. Akhir sekali,nilai cintakan ilmu daripada Tamadun Mesopotami ,telah berjaya mengem-bangkan ilmu astronomi dan ilmu perubatan.Nilai ini dihayati oleh peradaban Negara Malay-sia dengan membina bangunan-bangunan untuk pendidikan dan memberi biasiswaseperti PTPTN kepada para penuntut ilmu.

7

Page 9: Sejarah SPM - kertas 3(Tamadun Awal Manusia).pdf

Setiap tamadun berkembang daripada perkampungan prasejarah akhir iaitu daripada perkampungan itu lahirlah Bandar dan juga kota. Pelbagai kegiatan ekonomi telah membawa kepada pengkhususan kerja dan juga keperluan infrastruktur seperti jalan dan kawalan un-dang-undang. Setiap tamadun awal adalah unik dan istimewa,contohnya tamadun Mesopotamia telah memperlihatkan usaha manusia untuk hidup lebih aman melalui pengenalan undang-undang Hamurabbi. Tamadun mesir purba pula dengan keunikan seni binanya dan tamadun Indus dengan kajaiban system perancangan bandarnya. Tamadun Hwang Ho pula, kecekalan para pemerintah dan masyarakatnya mengawal aliran hwang ho agar tidak memudaratkan kegiatan pertanian mereka. Masyarakat dan pemerintah mereka juga tidak melarikan diri atau berpin-dah daripada bahaya banjir yang melanda mereka,sebaliknya mereka telah membina sistem pengairan bagi mengelakkan bahaya tersebut. Setiap perkara mempunyai hikmah dan faedahnya. Hikmah dan faedah itu akan hanya dapat dihasilkan sekiranya manusia bersikap cekal dan bertindak secara inovatif. Sifat-sifat ini amat diperlukan untuk membina tamadaun yang hebat pada masa kini. Seluruh masyarakat dalam peradaban Negara Malaysia ini wajar mengambil iktibar dan inspirasi daripada tamadun-tamadun awal untuk menjadi rakyat yang seimbang dari segala aspek demi keutuhan peradaban Negara Malaysia ini.

8