modul nota_sejarah ting 4_bab 1_kemunculn tamadun awal manusia

30
BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 1.1: ZAMAN PRASEJARAH (m/s 2) Zaman prasejarah ialah zaman manusia masih belum mengenali sistem tulisan. Kajian terhadap Zaman Prasejarah dan budayanya dijalankan oleh ahli arkeologi. Arkeologi ialah kajian terhadap tinggalan artifak, ekofak feature masyarakat lampau secara sistematik melalui proses cari gali. Artifak ialah barang yang dicipta oleh manusia seperti kapak, pisau pinggan mangkuk. Feature ialah tinggalan seperti struktur bangunan dan lubang sampah yang tidak dapat diubah. Ekofak ialah tinggalan seperti sis makanan, tulang dan tumbuh-tumbuhan. Empat tahap utama dalam Zaman Prasejarah ialah Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam. Zaman Logam terbahagi kepada dua iaitu Zaman Gangsa dan Zaman Besi. A. Zaman Paleolitik dan Zaman Mesolitik (m/s 2) Pada Zaman Paleolitik dan Zaman Mesolitik, manusia hidup secara nomad iaitu berpindah-randah. Mereka tinggal samada di kawasan tepi tasik tepi sungai ataupun di dalam gua. Mereka hidup dalam kelompok keluarga atau secara berkumpulan. Di Malaysia, antara petempatan awal Zaman Paleolitik di tepi kawasan tasik termasuklah di Lenggong, Kota Tampan (Perak) dan Tingkayu (Sabah) sementara petempatan awal di gua adalah di Gua niah (Sarawak). B. Zaman Neolitik (m/s 2-3) Pada Zaman Neolitik, manusia mula hidup menetap dalam kelompok yang besar iaitu masyarakat. Mereka menyara diri dengan bercucuk tanam dan menternak binatang. Zaman Neolitik memperlihatkan ciri baru dalam kehidupan, misalnya penciptaan alatan batu yang telah dilicinkan serta mempunyai pelbagai fungsi dan juga bahan tembikar. Kehidupan masyarakat telah mewujudkan pembahagian tugas atau pengkhususan kerja kerana mereka mempunyai banyak masa untuk menghasilkan artifak yang lebih baik. Kehidupan menetap dan keupayaan menghasilkan makanan melebihi keperluan telah melahirkan sistem pertukaran barang yang dikenali sebagai sistem barter. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ PN. SALINI OTHMAN – SEJARAH TINGKATAN 4 1

Upload: salini-othman

Post on 22-Jul-2015

82 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1.1: ZAMAN PRASEJARAH (m/s 2) Zaman prasejarah ialah zaman manusia masih belum mengenali sistem tulisan. Kajian terhadap Zaman Prasejarah dan budayanya dijalankan oleh ahli arkeologi. Arkeologi ialah kajian terhadap tinggalan artifak, ekofak dan feature masyarakat lampau secara sistematik melalui proses cari gali. Artifak ialah barang yang dicipta oleh manusia seperti kapak, pisau dan pinggan mangkuk. Feature ialah tinggalan seperti struktur bangunan dan lubang sampah yang tidak dapat diubah. Ekofak ialah tinggalan seperti sisa makanan, tulang dan tumbuh-tumbuhan. Empat tahap utama dalam Zaman Prasejarah ialah Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam. Zaman Logam terbahagi kepada dua iaitu Zaman Gangsa dan Zaman Besi. A. Zaman Paleolitik dan Zaman Mesolitik (m/s 2) Pada Zaman Paleolitik dan Zaman Mesolitik, manusia hidup secara nomad iaitu berpindah-randah. Mereka tinggal samada di kawasan tepi tasik, tepi sungai ataupun di dalam gua. Mereka hidup dalam kelompok keluarga atau secara berkumpulan. Di Malaysia, antara petempatan awal Zaman Paleolitik di tepi kawasan tasik termasuklah di Lenggong, Kota Tampan (Perak) dan Tingkayu (Sabah) sementara petempatan awal di gua adalah di Gua niah (Sarawak).B. Zaman Neolitik (m/s 2-3)

Pada Zaman Neolitik, manusia mula hidup menetap dalam kelompok yang besar iaitu masyarakat. Mereka menyara diri dengan bercucuk tanam dan menternak binatang. Zaman Neolitik memperlihatkan ciri baru dalam kehidupan, misalnya penciptaan alatan batu yang telah dilicinkan serta mempunyai pelbagai fungsi dan juga bahan tembikar. Kehidupan masyarakat telah mewujudkan pembahagian tugas atau pengkhususan kerja kerana mereka mempunyai banyak masa untuk menghasilkan artifak yang lebih baik. Kehidupan menetap dan keupayaan menghasilkan makanan melebihi keperluan telah melahirkan sistem pertukaran barang yang dikenali sebagai sistem barter.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PN. SALINI OTHMAN SEJARAH TINGKATAN 4 1

BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selain sistem barter, pertukaran barang dagangan juga melibatkan cengkerang siput gerus atau cowrie sebagai nilai tukaran dagangan. Kejayaan mencipta dan menghasilkan bahan daripada bahan logam telah melahirkan Zaman Logam. C. Zaman Logam (m/s 3) Penggunaan alat daripada logam khususnya besi telah menyebabkan manusia pada zaman ini berjaya mencipta perahu dan rumah. Dengan adanya perahu, manusia dapat meneroka lautan dan meningkatkan kegiatan perdagangan maritim. Kegiatan perdagangan bermula di kalangan masyarakat pesisir di kawasan yang berdekatan dan kemudian berkembang ke masyarakat yang jauh. Pada zaman ini, di sesetengah kawasan telah muncul petempatan dan kota pertahanan. Petempatan besar ini kemudiannya telah berkembang menjadi bandar atau kota contohnya dua bandar purba iaitu Jericho di Jordan (8000 S.M) dan Catal Huyuk di Turki (6500 S.M). Di Malaysia, Zaman Logam termasuk Zaman Gangsa dan Zaman Besi muncul sekitar tahun 500 S.M 500 S.M. Gangsa dihasilkan melalui campuran tembaga dan tanah. Di Eropah Utara, gangsa mula digunakan sekitar tahun 2300 700 S.M. Di Tanah Besar Asia tenggara, Zaman Logam muncul pada sekitar tahun 1000 1500 S.M. Ini terbukti dengan penemuan artifak gendang gangsa yang dihasilkan di Dongson, Vietnam Utara. Pada Zaman logam, manusia telah mengetahui cara mengebumikan mayat dengan iringan bekal seperti tembikar, makanan, alatan besi dan sebagainya. ***************************************************************************** 1.2: MAKNA TAMADUN (m/s 4-5) A. Pengertian Dalam Bahasa Arab Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab iaitu daripada perkataan Mudun, Madain dan Madana yang mempunyai dua maksud iaitu, tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar.B. Pengertian Dalam Bahasa Inggeris

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PN. SALINI OTHMAN SEJARAH TINGKATAN 4 2

BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Perkataan Bahasa Inggeris yang mempunyai persamaan makna dengan tamadun ialah Civilization yang berasal daripada bahasa Greek iaitu Civitas yang bermaksud bandar. Tamadun juga boleh diertikan sebagai peradaban. Bagi masyarakat Barat, tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah terutamanya dalam hal kebudayaan seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan pembandaran.

C. Pendapat Sarjana Barat

Mengikut Gordon Childe, pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan tamadun dalam sesebuah masyarakat. Darcy Riberio dan R.A Buchanan pula menolak unsur rohaniah sebaliknya hanya menekankan kepentingan dan pembangunan lahiriah dalam proses perkembangan tamadun. D. Pendapat Sarjana Islam Menurut Islam, tamadun mestilah merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah. Islam menekankan pembangunan lahiriah dan rohaniah. Kedua-dua unsur ini amat penting bagi mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat. Mengikut pandangan Syed Naquib Al-Attas, tamadun ialah pencapaian tahap susila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat. Ini disokong oleh Sarjana barat seperti Richard Sullivan yang mengakui bahawa unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun. Konsep tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian berbentuk lahiriah seperti kesenian dan pembinaan kota semata-mata tetapi juga mestilah diiringi dengan pencapaian dalam aspek rohaniah, tatasusila dan moral. E. Ibn Khaldun (1332 1406 M) Nama sebenarnya ialah Abd. Al-Rahman Ibn Muhammad. Dilahirkan di Tunisia. Beliau merupakan pemikir yang unggul, sejarawan dan ahli sosiologi Islam. Ibn Khaldun menganggap bahawa kehidupan bandar ialah kehidupan bertamadun. Kehidupan bandar terbentuk apabila lahir semangat assabiah atau kekitaan. Hasilnya wujud semangat bekerjasama dan saling membantu.~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PN. SALINI OTHMAN SEJARAH TINGKATAN 4 3

BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dalam karya ulungnya iaitu Muqaddimah, beliau telah menggunakan istilah Umran yang bermakna tanah yang didiami secara tetap, berkembang dan maju dan istilah hadarah yang bermakna hidup di bandar. Hadarah yang dimaksudkan oleh Ibn Khaldun ialah kehidupan di bandar yang penuh dengan tatasusila, kesopanan dan moral yang tinggi. Karya beliau ini telah menjadi rujukan Sarjana Barat dalam bidang sosiologi, antropologi dan sejarah. ***************************************************************************** 1.3: CIRI-CIRI TAMADUN AWAL MANUSIA (m/s 5-8) Proses pembentukan tamadun merupakan manifestasi kepada pencapaian manusia dalam aspek kreativiti dan inovasi. Ciri-ciri tamadun ialah: A. Petempatan kekal B. Kehidupan berorganisasi C. Sistem pemerintahan D. Pengkhususan pekerjaan E. Agama dan kepercayaan F. Bahasa dan sistem tulisanA. Petempatan Kekal

Petempatan kekal merupakan ciri penting dalam proses pembentukan tamadun. Kehidupan secara menetap membawa kepada corak hidup yang lebih sistematik. Kawasan yang dipilih untuk petempatan amat penting untuk memastikan kelangsungan bekalan makanan. Inovasi manusia melahirkan kemajuan dalam pertanian iaitu dari segi penanaman dan penyimpanan makanan serta penternakan binatang contohnya penciptaan peralatan baru seperti cangkul dan penggunaan teknologi seperti pengairan yang baik. Perkembangan ini membawa kepada lebihan pengeluaran. Lebihan ini telah dapat menampung pertambahan jumlah penduduk disebabkan adanya bekalan makanan yang berterusan.B. Kehidupan Berorganisasi

Kehidupan berorganisasi merangkumi aspek sosial, ekonomi dan politik serta mampu mengatur cara hidup manusia untuk memastikan kestabilan dan kemakmuran kehidupan mereka. Peringkat awal organisasi sosial yang~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PN. SALINI OTHMAN SEJARAH TINGKATAN 4 4

BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

wujud adalah sistem keluarga. Sistem sosial masyarakat tamadun awal berbentuk piramid dan bersusun lapis.1 2 3 4 1. Golongan bangsawan yang menerajui pemerintahan yang

diketuai oleh raja. 2. Golongan pembesar seperti: i. Golongan yang menguasai upacara dan hal ehwal agama. ii. Individu yang dihormati masyarakat seperti ketua keluarga ataupun ketua kelompok. iii. Kumpulan pentadbir dan ilmuan. iv. Kumpulan yang mempunyai kepakaran dalam kesenian 3. Golongan rakyat biasa yang merupakan jumlah paling ramai dan merupakan tunjang kepada ekonomi terutamanya pertanian dan perdagangan. 4. Golongan hamba yang kehidupannya bergantung kepada lapisan-lapisan di atasnya. C. Sistem Pemerintahan Sistem pemerintahan mula dibentuk untuk menjalankan pentadbiran. Seseorang pemimpin / raja selalunya menggunakan unsur magis dan mendakwa dirinya sebagai wakil tuhan demi mendapatkan pengiktirafan sebagai ketua pemerintahan. Sistem pemerintahan membawa kepada kelahiran sistem perundangan yang menjadi panduan kepada masyarakat demi menjaga keamanan dan kemakmuran tamadun.D. Pengkhususan Pekerjaan

Pembentukan organisasi sosial dan politik membawa kepada pengkhususan pekerjaan. Peningkatan dalam produktiviti manusia menyebabkan pengkhususan pekerjaan menjadi lebih penting. Barangan atau produk dihasilkan oleh kumpulan tertentu melalui pengkhususan dan kepakaran kumpulan tersebut.~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PN. SALINI OTHMAN SEJARAH TINGKATAN 4 5

BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ini kemudiannya membawa kepada pertukaran barangan yang dikenali sebagai sistem barter dan menjadi titik permulaan bagi aktiviti ekonomi yang dikenali sebagai perdagangan. Aktiviti pertukaran barang dan perdagangan membolehkan berlakunya pertukaran ilmu pengetahuan, teknologi dan budaya antara sesebuah masyarakat dengan masyarakat yang lain.E. Agama dan Kepercayaan

Agama dan kepercayaan berkait rapat dengan: i. Pengiktirafan terhadap golongan pemerintah. ii. Pembahagian sosial masyarakat. iii. Perkembangan ilmu pengetahuan. iv. Kesenian v. Pembinaan Proses kemunculan tamadun bermula apabila manusia mencuba untuk memahami dan menyesuaikan kehidupan dengan alam sekeliling. Dalam sesetengah masyarakat, alam sekitar seperti pokok, batu, matahari dan laut dipercayai mempunyai semangat dan harus dihormati demi menjaga keamanan dan kemakmuran hidup. Manusia pada peringkat awal proses pembentukan tamadun mempercayai animisme iaitu percaya bahawa terdapat kuasa ghaib yang menguasai alam sekeliling. Secara evolusi, kepercayaan ini bertukar menjadi agama. Agama tamadun awal dikenali sebagai politisme yang bermakna penyembahan terhadap lebih dari satu tuhan. F. Bahasa Dan Sistem Tulisan Penciptaan bahasa dan sistem tulisan adalah sebahagian daripada perkembangan ilmu pengetahuan dalam proses pembentukan tamadun. Contoh bahasa tertua ialah Yunani dan Sanskrit manakala contoh sistem tulisan awal ialah Hieroglif, Cuneiform dan Ideogram. Antara peranan bahasa dan sistem tulisan: i. Penting dalam penyebaran ilmu pengetahuan dan perhubungan di dalam sesebuah masyarakat dan juga antara sesebuah masyarakat dengan masyarakat yang lain. Penting untuk tujuan urusan pentadbiran seperti penyimpanan rekod, penulisan undang-undang dan hal-hal keagamaan. Merupakan instrumen paling penting untuk menyampaikan, memperkembangkan serta mencatat idea dan pemikiran manusia.

ii.iii.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PN. SALINI OTHMAN SEJARAH TINGKATAN 4 6

BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

***************************************************************************** 1.4: PROSES PEMBENTUKAN TAMADUN (m/s 8-9) Proses pembentukan tamadun manusia bermula apabila wujud hubungan iaitu penyesuaian antara manusia dengan alam sekelilingnya. Manusia akan memilih kawasan yang memudahkan mereka menjalankan kehidupan harian. Lembah sungai selalunya dipilih sebagai lokasi petempatan kekal disebabkan adanya kemudahan untuk mendapatkan bekalan air, makanan serta kemudahan pengangkutan. Tamadun awal manusia yang terbentuk di kawasan Lembah Sungai ialah: i. ii. iii. iv. Tamadun Mesopotamia (3500 S.M) di Lembah Sungai Eupharates. Tamadun Mesir purba (3100 S.M) di Lembah Sungai Nil. Tamadun Indus (2500 S.M) di Lembah Sungai Indus. Tamadun Hwang Ho (1800 S.M) di Lembah Sungai Hwang Ho / Sungai Kuning

*****************************************************************************

1.5: TAMADUN MESOPOTAMIA (m/s 10-16)A. Lokasi Tamadun Mesopotamia (m/s 10)

Tamadun terawal di dunia dikenali sebagai Mesopotamia. Perkataan Mesopotamia berasal daripada Bahasa Yunani yang bermakna tanah di antara dua sungai. Tamadun Mesopotamia ini terletak di antara Sungai Tigris dan Sungai Euphrates yang mengalir dari kawasan pergunungan di Turki ke tanah Lembah dan pamah di Iraq hinggalah ke Teluk Parsi. Kawasan ini dikelilingi oleh Pergunungan Zagros di bahagian Timur Laut, dataran tinggi Arab di Barat baya dan Teluk Parsi di bahagian Selatan.B. Tempoh Masa Tamadun Mesopotamia (m/s 10)

Tamadun ini berkembang daripada petempatan awal Zaman Neolitik antara tahun 7000-5000 S.M. Sekitar tahun 3500 S.M, Mesopotamia telah berkembang menjadi pusat tamadun awal. Kerajaan terawal ialah kerajaan Sumeria yang bermula pada tahun 3500 S.M dan kerajaan yang terakhir ialah Chaldea yang jatuh pada tahun 539 S.M.~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PN. SALINI OTHMAN SEJARAH TINGKATAN 4 7

BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tamadun Mesopotamia dapat dibahagikan kepada tujuh zaman pemerintahan iaitu: i. Kerajaan Sumeria 3500 2340 S.M ii. Kerajaan Akkad 2371 2006 S.M iii. Kerajaan Ur 2113 2006 S.M iv. Kerajaan Babylon Awal atau Lama 2000 1530 S.M v. Kerajaan Kassites 1530 1100 S.M vi. Kerajaan Assyria 1100 626 S.M vii. Kerajaan Chaldea 626 539 S.M Selepas kejatuhan kerajaan Chaldea, Parsi menguasai wilayah Mesopotamia hingga membawa kepada keruntuhan kerajaan yang diasaskan oleh orang Mesopotamia.C. Proses Pembentukan Tamadun Mesopotamia (m/s 11)

Pembentukan tamadun Mesopotamia dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: Mesopotam ia Bahagian Selatan bandar Baghdad Babylon Akkad (utara) Sumeria (selatan) Assyria

Bahagian Utara bandar Baghdad

Perkataan Sumeria berasal daripada nama kuno yang merujuk kepada wilayah di Selatan Iraq iaitu Sumer. Pada peringkat awal, kawasan ini didiami oleh tiga kumpulan etnik iaitu: i. Orang Sumeria ii. Orang Semitik iii. Orang yang tidak diketahui asal-usul keturunannya tetapi bilangan mereka ini adalah kecil. Pertumbuhan tamadun di Mesopotamia bermula di wilayah selatan iaitu Sumer. Orang Sumeria bukanlah peneroka awal kerana sebelumnya , kebudayaan Neolitik telah lama wujud dan berkembang di wilayah ini. Orang Sumeria telah berhijrah ke wilayah ini dan membina petempatan serta menjalankan aktiviti pertanian melalui kerja menebus guna tanah dengan membina sistem pengairan yang membolehkan mereka mengawal pengaliran air sungai.~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PN. SALINI OTHMAN SEJARAH TINGKATAN 4 8

BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aktiviti ini telah membawa kepada penghasilan makanan yang mampu menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah. Perkampungan yang terbentuk berkembang secara evolusi kepada bandar dan seterusnya kepada beberapa buah negara kota seperti Kish, Nippur, Lagash, Uruk, Ur, Eridu, Assur dan Mari. Kesemua negara kota ini terletak di sepanjang sungai dan terusan.D. Ciri-ciri Tamadun Mesopotamia (m/s 11-14)

i.

Negara Kota Tamadun Mesopotamia

Biasanya keluasan sesebuah negara kota lebih kurang 1000 batu persegi. Contohnya keluasan kota Lagash adalah 1800 batu persegi dan penduduknya berjumlah antara 30000 -35000 orang. Setiap negara kota ini merupakan sebuah kerajaan yang berdaulat yang mempunyai unit politiknya yang tersendiri. Negara-negara kota ini hanya akan bersatu tenaga untuk berperang dan menentang musuh. Setiap negara kota itu terbahagi kepada kawasan utama iaitu pusat kota, tembok kota, luar kota dan pelabuhan. Setiap negara kota ini juga mempunyai kubu pertahanan dengan pelbagai bentuk pintu gerbang yang menjadi lambang kekayaan sesebuah kota. Di dalam kota pula terdapat istana, rumah ibadat, rumah kedai dan pasar dengan kebanyakan jalannya berkeadaan lurus dan lebar. Pusat sesebuah kota ialah rumah ibadat yang menjadi tumpuan anggota masyarakat pada masa itu. Setiap kota juga mempunyai unit politik dan agama yang tersendiri. Kewujudan sungai serta kawasan tanah pamah telah memudahkan pengangkutan dengan kapal, pedati dan keldai. Melalui jalan laut, bandar atau negara kota ini mudah dihubungi oleh wilayah sekitarnya. Antara jalan penghubung utama termasuklah jalan yang menghubungkan Sumeria dan kota Mari yang digunakan oleh pedagang dari luar Mesopotamia. Taman Tergantung Babylon merupakan salah satu daripada tujuh ciptaan manusia yang menakjubkan dan dibina pada zaman Raja Nebuchadnezzar iaitu raja Chaldea . Dalam taman tersebut terdapat pelbagai jenis pokok dan pokok bunga yang ditanam pada binaan bertingkat di bukit berteres yang menampakkan seolah-olah tanaman tersebut tergantung. ii. Organisasi Sosial Tamadun Mesopotamia

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PN. SALINI OTHMAN SEJARAH TINGKATAN 4 9

BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Organisasi sosial yang wujud dalam tamadun Mesopotamia telah menjadikan kehidupan masyarakat negara kota lebih teratur. Masyarakat terbahagi kepada dua golongan: Golongan Pemerintah Golongan Rakyat iii.

{ {

Raja Ketua pendeta, ketua tentera, orang bangsawan Rakyat bebas ( petani, artisan dan pedagang) Hamba (tawanan perang)

Sistem Pemerintahan Tamadun Mesopotamia

Raja merupakan pemerintah. Sistem pemerintahan beraja di Mesopotamia berbentuk Teokrasi. Teokrasi ialah pemerintahan oleh tuhan atau wakil tuhan yang berasaskan hukum agama dan sifat ketuhanan. Di bawah sistem ini, raja dianggap sebagai tuhan atau wakil tuhan tetapi masyarakat Mesopotamia tidak menyembah raja mereka sebagai tuhan kecuali semasa pemerintahan Raja Naramsin (2291 2555 S.M) di Akkad. Raja Naramsim telah memaksa penduduk Akkad menyembahnya sebagai tuhan. Ini adalah disebabkan beliau menganggap dirinya terlalu agung kerana berjaya menguasai wilayah yang luas sehingga menggelarkan dirinya sebagai Raja Empat Penjuru Alam. Dalam pemerintahan tamadun Mesopotamia, Raja Mesopotamia juga bertindak sebagai ketua agama dan beliau berkuasa melantik ahli keluarga diraja untuk memegang jawatan di Zigurat serta menentukan bentuk pentadbirannya. Zigurat berfungsi sebagai pusat ibadat, pusat perdagangan serta pusat penyimpanan khazanah negara. Raja Mesopotamia juga amat berkuasa dalam soal tanah, cukai, hasil pertanian dan perniagaan. Beliau dibantu oleh para pegawai yang kebanyakannya terdiri daripada golongan bangsawan dan yang mempunyai ikatan dengan keluarga diraja. iv. Pengkhususan Pekerjaan Tamadun Mesopotamia

Pengkhususan pekerjaan di Mesopotamia berlaku apabila wujudnya lebihan hasil pertanian. Ini menyebabkan terdapat anggota masyarakat yang meninggalkan pekerjaan sebagai petani untuk menjadi peniaga, pedagang dan artisan.~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PN. SALINI OTHMAN SEJARAH TINGKATAN 4 10

BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kegiatan perdagangan berlaku bukan hanya dengan wilayah di sekitar Mesopotamia tetapi juga dengan kawasan di Lembah Indus. Kegiatan perdagangan amat penting bagi Mesopotamia kerana mereka tidak menghasilkan banyak bahan mentah. Oleh itu, barangan seperti logam, kayukayan, emas dan perak dibawa masuk untuk ditukar dengan hasil pertanian yang dikeluarkan oleh kawasan Mesopotamia. Terdapat juga penguasaha atau pembuat tekstil, barang tembikar dan alat keperluan harian. Terdapat juga yang menjadi tukang rumah kerana pertambahan penduduk telah menimbulkan keperluan rumah kediaman yang lebih banyak. Terdapat juga sebilangan anggota masyarakat yang berkhidmat sebagai tentera untuk mempertahankan negara kota daripada serangan musuh. v. Sistem Tulisan Tamadun Mesopotamia

Perkembangan ilmu pengetahuan telah membawa kepada kewujudan sistem tulisan yang bermula dalam bentuk tulisan bergambar. Kemudiannya berkembang kepada tulisan berbentuk simbol yang ditulis pada tanah liat kerana pada masa tersebut bahan untuk membuat kertas belum wujud di Mesopotamia. Tulisan pada tanah liat ini berbentuk pepaku dan dikenali sebagai cuneiform. Tulisan cuneiform ini dibentuk menggunakan sejenis pen daripada rumput buluh yang ditekan pada tanah liat basah. Kepingan tanah liat ini dijemur hingga keras.E. Sumbangan Tamadun Mesopotamia (m/s 14-16)

Kod UndangUndang Hammurab i

Kod Undang-Undang Hammurabi digubal semasa Raja Hammurabi memerintah kerajaan Babylon. Raja Hammurabi memerintah dari tahun 1792 1750 S.M. Beliau berasal daripada keturunan Amorite. Beliau membina banyak negara kota. Pusat pemerintahannya di Babylon. Beliau telah menakluk Akkad dan menjadi raja seluruh Mesopotamia. Ciri-ciri Kod Undang-Undang Hammurabi ialah: 1. Undang undang ini berteraskan hak rakyat terhadap keadilan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PN. SALINI OTHMAN SEJARAH TINGKATAN 4 11

BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

2. Hukuman dan denda setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut susun lapis masyarakat. Contohnya: Sekiranya seseorang bangsawan mematahkan tulang seseorang bangsawan yang lain, tulangnya akan dipatahkan. Sekiranya seseorang bangsawan mencederakan mata seseorang rakyat biasa atau mematahkan tulangnya, maka bangsawan ini didenda satu wang perak. Mengandungi kira-kira 282 undang-undang yang dipahat pada tembok serta tiang besar agar rakyat dapat membaca undang-undang tersebut.3.

Kepentingan Kod Undang-Undang Hammurabi ialah: 1. Telah menjadi dasar perundangan dalam Tamadun Mesopotamia. 2. Telah berjaya mengelakkan wujudnya permasalahan dikalangan masyarakat pelbagai kaum dan juga dikalangan susun lapis masyarakat itu sendiri. 3. Telah dapat mewujudkan perpaduan dan pengukuhan sistem organisasi dalam kehidupan masyarakat tersebut. 4. Telah membantu peradaban Mesopotamia bertahan untuk jangka masa panjang.

Sistem Tulisan

Kewujudan sistem tulisan telah membawa kepada sistem pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan jurutulis. Kehadiran jurutulis ini membolehkan urusan pentadbiran dan perniagaan dicatat supaya dapat direkodkan. Dalam perdagangan, kesemua urusan jual belinya disertakan dengan resit, nota dan surat kredit.

Epik Gilgamesh

Epik Gilgamesh merupakan hasil kesusasteraan tertua di dunia. Epik ini mengandungi falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia. Epik Gilgamesh mengisahkan tentang kepahlawanan tokoh bernama Gilgamesh yang dikatakan memiliki sifat dua pertiga tuhan, satu pertiga manusia, wajah

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PN. SALINI OTHMAN SEJARAH TINGKATAN 4 12

BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

yang tampan dan susuk badan yang sasa. Beliau dikatakan memiliki kekuatan dan keberanian. Gilgamesh telah memerintah serta memberikan perlindungan kepada kehidupan di kota Uruk. Epik ini juga menceritakan tentang pemerintahan, percintaan, kehidupan yang kekal abadi dan kesaktian.

Perkemban Pencerapan terhadap pergerakan bulan, bintang dan gan Ilmu matahari telah membawa kepada perkembangan ilmu matematik Astronomi seperti mengira perpuluhan, menambah, menolak, mendarab, membahagi dan puca ganda dua yang kemudiannya membawa kepada perkembangan ilmu geometri. Penguasaan dalam bidang astronomi juga telah membolehkan mereka menggunakan jalan laut, dan mencipta kalendar yang berasaskan sistem solar yang mengandungi 12 bulan dalam satu tahun.

Perkemban Semasa pemerintahan kerajaan Assyria, perkembangan ilmu gan Ilmu pengetahuan mendapat perhatian khusus kerana kerajaan ini Perubatan mementingkan kesihatan anggota tenteranya. Sebanyak 500 jenis ubat-ubatan termasuk herba dan ramuan perubatan telah dikatalogkan dan disampelkan pengunaannya. Cara mengubat penyakit dengan menggunakan ubat-ubatan juga telah dicatatkan sebagai panduan pengamal perubatan.

Penciptaan Roda

Penciptaan roda digunakan dalam menghasilkan kereta kuda samada untuk tujuan peperangan atau kegunaan pada masa aman. Penciptaan roda membolehkan orang Mesopotamia mencipta kincir air untuk mengalirkan air ke kawasan tandus dan meningkatkan hasil pertanian di samping mengawal banjir.

Penciptaan Orang Sumeria telah menggunakan kapal layar serta Alat pengangkutan beroda sejak tahun 3000 S.M. Oleh itu, mereka Pengangku mampu menguasai jalan darat serta jalan laut sehingga mereka tan dapat berhubung dengan wilayah di India serta wilayah di kawasan laut Mediterranean.~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PN. SALINI OTHMAN SEJARAH TINGKATAN 4 13

BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Senibina

Tamadun Mesopotamia memperkenalkan kepada dunia cara membuat batu-bata daripada tanah liat. Mereka juga mencipta arca dan tiang batu. Contoh arca tersebut ialah patung Raja Gudea. Arca dan patung batu dapat dilihat dalam senibina Zigurat.

Kepimpina n Berwibawa Tamadun Mesopota mia

Kepimpinan Raja Sargon telah mewujudkan kerajaan Akkad iaitu empayar pertama di dunia. Raja Sargon berjaya menakluk dan menyatukan wilayah-wilayah kerajaan Sumeria di selatan Mesopotamia. Beliau merupakan perintis kepada pembentukan sebuah empayar yang kemudiannya menjadi ikutan pemerintah seterusnya seperti Firaun Tutmose III pada zaman Mesir purba. Mesopotamia bukan sahaja menyumbang kepada pembentukan sebuah sistem pemerintahan tetapi juga pembentukan sebuah masyarakat yang lebih berestetika.

***************************************************************************** 1.6: TAMADUN MESIR PURBA (m/s 17-22)A. Lokasi Tamadun Mesir Purba (m/s 17)

Tamadun Mesir Purba adalah anugerah daripada Sungai Nil yang mengalir dari bahagian utara Mesir ke Laut Mediteranean. Di tebing sungai inilah lahirnya Tamadun Mesir Purba. Sungai Nil berpunca daripada dua anak sungai, iaitu Sungai Nil Biru yang bermula dari tanah tinggi di Ethiopia dan Sungai Nil Putih yang bermula dari Tasik Victoria di Uganda. Limpahan air Sungai Nil ke tanah yang gersang serta berpadang pasir telah berjaya menukarkan bentuk muka bumi Mesir kepada sebuah tanah dataran yang subur untuk pertanian dan petempatan manusia.B. Tempoh Masa Tamadun Mesir Purba (m/s 18)

Tamadun Mesir Purba berkembang daripada petempatan awal pada Zaman neolitik, iaitu antara tahun 10000 S.M 5000 S.M. Pada tahun 3500 S.M, wilayah dipersekitaran telah berkembang menjadi pusat tamadun awal. Tamadun Mesir Purba dapat dibahagikan kepada 4 iaitu:~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PN. SALINI OTHMAN SEJARAH TINGKATAN 4 14

BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

i. ii. iii. iv.

Zaman Zaman Zaman Zaman

Awal Pertengahan Empayar Kejatuhan

3100 2040 1570 1085

2200 S.M 1785 S.M 1085 S.M 322 S.M

Tempoh peralihan antara keruntuhan sesebuah kerajaan dengan penubuhan kerajaan baru adalah lama. Selepas melalui masa kegemilangannya pada Zaman Empayar, tamadun Mesir Purba telah mengalami Zaman kejatuhannya apabila pemerintahannya dikuasai oleh orang asing seperti Libya (1100 947 S.M), Kush (730 670 S.M), Assyria (663 609 S.M), Parsi (525 S.M), Yunani (332 30 S.M) dan akhirnya Rom pada tahun 30 S.M

C. Proses Pembentukan Tamadun Mesir Purba (m/s 18)

Manusia yang mendiami Lembah Sungai Nil telah pun mencapai tahptahap kebudayaan gangsa pada Zaman Logam sejak tahun 5000 S.M. Penggunaan alat logam membolehkan mereka membina sistem perparitan dan pengairan yang baik untuk pertanian. Daya cipta ini membolehkan manusia yang mendiami lembah ini membina peralatan kawalan air dan terusan untuk meninggikan lagi nilai kesuburan tanah. Ini dilakukan untuk mendirikan petempatan tetap berteraskan pertanian. Petempatan tetap di sepanjang Lembah Sungai Nil ini berkembang menjadi perkampungan. Gabungan kampung-kampung telah mewujudkan beberapa buah bandar yang kemudiannya bergabung dan membentuk sebuah nome atau daerah. Kesemua nome kemudiannya disatukan dengan salah sebuah bandar menjadi pusat pentadbiran. Contoh bandar ialah Thinis, Memphis dan Thebes.D. Ciri-ciri Tamadun Mesir Purba (m/s 18-21) i. Perkembangan Bandar Tamadun Mesir Purba

Apabila Firaun Menes (3200 S.M) berjaya menyatukan kesemua nome ini menjadi sebuah kerajaan, beliau telah mengasaskan pusat pentadbirannya di bandar Thinis yang terletak di bahagian tengah Sungai Nil. Selepas itu, pusat pentadbiran ini telah berpindah ke bandar Memphis yang~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PN. SALINI OTHMAN SEJARAH TINGKATAN 4 15

BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

hampir dengan delta Sungai Nil. Pada kemuncak Zaman Pertengahan, pusat pentadbiran ini telah berpindah ke bandar Thebes. Selain itu, terdapat beberapa bandar penting yang lain seperti Heliopolis, Fayoum dan Abydos. Kehidupan dibandar merupakan salah satu ciri yang sangat penting dalam tamadun Mesir kerana di sinilah tempat kediaman firaun, pusat pemerintahan dan pentadbiran dan juga pelabuhan penting bagi tamadun ini. Selain itu, bandar juga merupakan pusat keagamaan dan pusat tumpuan penduduk.ii. Kehidupan Berorganisasi Tamadun Mesir Purba

Kehidupan berorganisasi dalam masyarakat Mesir Purba diketuai oleh firaun yang merupakan raja yang berkuasa mutlak serta dianggap suci. Jawatan firaun (raja Mesir) diwarisi secara turun-temurun. Pada zaman kerajaan lama, firaun dianggap sebagai jelmaan Tuhan Horus. Tetapi semasa pemerintahan dinasti ketiga dan keempat, firaun digelar sebagai Raja Matahari kerana dipercayai bahawa firaun ialah anak Tuhan Matahari, iaitu Amon-re. Firaun juga merupakan ketua pendeta, pemilik tanah, ketua hakim dan ketua pahlawan.

Firaun Pembesar, Bangsawan, Rahib, Jurutulis dan Tuan Tanah Rakyat bebas ( petani, pedagang dan artisan) Hambaiii. Sistem Pemerintahan Tamadun Mesir Purba

Sistem pemerintahan Tamadun Mesir Purba diterajui oleh raja, iaitu firaun. Perkatan firaun berasal daripada perkataan Yunani, iaitu pharaoh yang bererti rumah yang agung. Istilah rumah yang agung bermakna pihak ataupun kuasa yang mengenakan pembayaran cukai terhadap tanah dan harta. Rumah yang agung ini merujuk kepada istana dan raja yang memerintah iaitu firaun. Firaun dibantu oleh golongan bangsawan untuk menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan, mengurus dan mengagihkan penghasilan makanan di dalam negara. Golongan bangsawan merupakan pembesar yang~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PN. SALINI OTHMAN SEJARAH TINGKATAN 4 16

BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

terdiri daripada pegawai, penasihat dan juga gabenor yang mentadbir wilayah yang ditakluki. Para rahib dipertanggungjawabkan untuk mentadbir hal keagamaan. Urusan pentadbiran juga turut dibantu oleh jurutulis yang terdiri daripada orang awam yang telah dilantik untuk menulis segala rekod kerajaan. Tamadun Mesir Purba juga mengiktiraf wanita sebagai pemimpin. Pada Zaman Empayar, seorang wanita telah dilantik menjadi firaun iaitu Firaun Hatshepsut (1501 1479 S.M). Era pemerintahannya penuh dengan pembaharuan seperti pembinaan terusan dan penukaran padanag pasir kepada tanah pertanian yang subur. Keupayaan beliau membawa perubahan ini telah meletakkan beliau setanding dengan pencapaian firaun yang lain. Ini menunjukkan bahawa wanita dalam tamadun Mesir Purba mampu memerintah dan memiliki status yang tinggi.iv. Pengkhususan Pekerjaan Tamadun Mesir Purba

Perkembangan aktiviti ekonomi turut mempengaruhi perkembangan tamadun awal Mesir Purba. Dengan wujudnya pengkhususan kerja seperti penenunan dan pembuatan barang tembikar dan juga peralatan, Mesir Purba telah berkembang maju. Eksport utama Mesir Purba ialah tekstil dan kertas. Antara aktiviti ekonomi lain yang dijalankan termasuklah perlombongan emas di kawasan Nubia.

Pengangkutan di air memainkan peranan penting dalam tamadun Mesir Purba. Sungai Nil yang lebar dan dalam telah membolehkan kapalkapal menyusurinya dan berlabuh di pelabuhan-pelabuhan seperti Thebes, Memphis, Fayoum dan Heliopolis. Sistem pemerintahan yang terancang telah berjaya menarik pedagang-pedagang dari Laut Mediterranean dan Laut Merah untuk singgah di pelabuhan Mesir Purba.v. Agama Dan Kepercayaan Tamadun Mesir Purba

Orang Mesir Purba percaya kepada konsep politisme. Politisme ialah kepercayaan kepada banyak tuhan. Setiap tuhan orang Mesir Purba selalu dikaitkan dengan unsur alam seperti Re ( Tuhan Matahari), Ra-Atum (Tuhan Langit) dan Amun (Tuhan Angin). Orang Mesir Purba juga percaya kepada kehidupan selepas mati. Oleh itu, mayat perlu disimpan dan dijaga dengan teliti. Makam mayat juga mesti dipenuhi dengan peralatan serta keperluan kehidupan selepas mati. Mayat~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PN. SALINI OTHMAN SEJARAH TINGKATAN 4 17

BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

tersebut diiringi barangan serta kelengkapan harian yang akan ditanam bersama-sama dengannya. Solekan mayat, alatan kebesaran dan jumlah barang yang dikebumikan di dalam makam menunjukkan kedudukan atau status mayat tersebut. Pada tahun 1922 seluruh dunia telah gempar apabila sebuah makam diraja yang amat masyur iaitu Makam Tutankhamun II ditemui oleh pengkaji Mesir Purba, Howard Carter. Penemuan ini berlaku setelah 30 tahun usaha menggali cari di lembah yang dikenali sebagai Lembah Raja di Thebes dijalankan. Mayat Tutankhamun ini diselaputi emas yang beratnya lebih kurang 11 kilogram. Turut ditemui ialah koleksi artifak Mesir Purba yang mengagumkan.vi. Sistem Tulisan Tamadun Mesir Purba

Tamadun Mesir Purba juga telah mempunyai sistem tulisan yang dikenali sebgai Hieroglif. Sistem tulisan tamadun Mesir Purba ini berasaskan kombinasi gambar dan simbol yang berdasarkan bunyi. Sistem tulisan sangat penting dalam proses perkembangan tamadun Mesir Purba terutamanya untuk tujuan mencatatkan rekod aktiviti pertanian dan juga pengutipan cukai. Tulisan juga memainkan peranan penting dalam tamadun Mesir Purba untuk tujuan keagamaan dan amalan ritual kepercayaan.E. Sumbangan Tamadun Mesir Purba (m/s 21-22)

Senibina

Sumbangan utama tamadun Mesir Purba adalah dalam senibina iaitu piramid. Pembinaan piramid bermula daripada ilham Imhotep, iaitu saintis, ahli fizik, arkitek dan penasihat penting kepada Firaun Djoser (3150 S.M). Beliau telah memperkenalkan teknik pembinaan bangunan dengan menggunakan batu-bata. Beliau juga merupakan pengamal ilmu perubatan dan pengarang buku sains dan sastera. Pembinaan piramid menggambarkan kreativiti masyarakat Mesir Purba dalam bidang pembinaan. Jasa Imhotep yang paling besar ialah pembinaan piramid Sakkara. Pramid Sakkara ini merupakan piramid tertua dan binaan batu yang pertama di dunia. Piramid ini dibina unutk Firaun Djoser, iaitu firaun kedua pada dinasti ketiga.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PN. SALINI OTHMAN SEJARAH TINGKATAN 4 18

BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Penciptaan Kertas

Orang Mesir Purba mencipta kertas daripada pokok papyrus yang banyak hidup di Lembah Sungai Nil. Penciptaan kertas telah memudahkan penyimpanan dan meninggalkan kebergantungan pada kepingan batu-bata untuk menyimpan segala khazanah bangsa. Tinggalan tamdun Mesir Purba kepada dunia kini adalah dalam bentuk rekod yang tertulis dan terpahat dalam sistem tulisannya iaitu Hieroglif. Keagungan tamadun Mesir Purba dapat dibaca daripada tulisan yang terpahat dengan begitu cantik, halus dan penuh seni pada makam dan batu.

Perkemban Hieroglif ialah tulisan awal Mesir dan merupakan tulisan ganSistem bergambar. Tulisan ini berkembang ke tulisan Hieratik, tulisan Tulisan berangkai. Pada tahun 700 S.M, tulisan hieratik ini berkembang ke tulisan Demotik.

Perkemban Kerajaan Mesir Purba telah mewujudkan sistem pendidikan gan untuk kanak-kanak daripada keluarga atasan. Mereka diberikan Pendidikan pendidikan sejak dari umur yang rendah. Institusi pendidikan ini diuruskan oleh rumah ibadat dan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan. Penekanan terhadap pendidikan bertujuan untuk melahirkan para pegawai kerajaan terutamanya jurutulis yang sempurna dan terlatih. Ilmu geometri, matematik dan sains diajar bagi melahirkan golongan terlatih yang boleh menguruskan hal ehwal pertanian, pengawalan air Sungai Nil serta pembinaan bangunan dan piramid.

Perkemban Mesir Purba yang maju dalam ilmu perubatannya telah gan Ilmu melahirkan pengamal perubatan. Mereka ini mendapat status Perubatan yang tinggi dalam masyarakat Mesir Purba dan berkhidmat untuk firaun dan juga masyarakat. Kemajuan bidang perubatan terutamanya proses memumiakan mayat berkait rapat dengan kepercayaan orang Mesir Purba. Tahap keilmuan dan kemahiran terutamnya dalam bidang fizik, kimia, perubatan dan penbedahan memberikan sumbangan besar kepada perkembangan ilmu hingga ke hari ini.~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PN. SALINI OTHMAN SEJARAH TINGKATAN 4 19

BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Perkemban gan Ilmu Matematik dan Astronomi

Keagungan tamadun Mesir Purba jelas bergantung pada pengawalan aliran air Sungai Nil yang menjadi nadi kepada tamadun Mesir Purba. Perkembangan ilmu matematik seperti algebra, geometri dan astronomi telah digunakan sepenuhnya dalam usaha orang Mesir Purba mengawal banjir Sungai Nil yang berlaku sekali setahun. Pemerintah Mesir Purba telah berjaya mencipta sistem pengairan yang telah menukarkan kawasan padang pasir menjadi kawasan tanah pertanian. Semasa pemerintahan Firaun Senuusret III, beliau telah membina sebuah tembok pengairan sepanjang 123 kilometer bagi menebus guna kawasan padang pasir dan membina terusan untuk mengirkan tanah seluas 10000 hektar.

Penciptaan Kalendar

Pengetahuan dalam bidang astronomi dan matematik membolehkan orang Mesir Purba memperkenalkan sistem kalendar 365 hari berdasarkan 12 bulan dalam setahun.

***************************************************************************** 1.7: TAMADUN INDUS (m/s 23-28)A. Lokasi Tamadun Indus (m/s 23)

Tamadun Indus ialah tamadun terawal di India. Tamadun ini terletak di Lembah Indus yang disaliri Sungai Indus. Sungai ini berpunca dari Pergunungan Himalaya dan mengalir ke laut Arab. Tamadun Indus ini juga dikenali sebagai tamadun Harappa bersempena dengan nama bandar utama dalam tamadun ini. Tamadun Indus terletak di bahagian barat laut India. Kawasan ini dikelilingi oleh Banjaran Makran, Pergunungan Baluchistan, Punjab dan Rajasthan di bahagian timur serta Kathiawar dan Gujerat di bahagian tenggara.B. Tempoh Masa Tamadun Indus (m/s 23)

Tamadun ini muncul sekitar tahun 2500 S.M dan mula merosot pada tahun 1800 S.M. Antara pendapat yang dikemukakan ialah tamadun Indus mengalami kehancuran kerana serangan orang Aryan serta bencana alam seperti banjir, kemarau dan gempa bumi.~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PN. SALINI OTHMAN SEJARAH TINGKATAN 4 20

BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ C. Proses Pembentukan Tamadun Indus (m/s24)

Penduduk di bahagian barat laut India mengamalkan kehidupan secara nomad, iaitu berpindah randah dan menyara diri dengan memburu dan mengumpul makanan. Penduduk ini kemudian telah membentuk petempatan kekal di sepanjang Sungai Indus. Petempatan kekal wujud disebabkan oleh Sungai Indus yang bukan saja menyediakan sumber air tetapi juga telah dapat menyuburkan tanah. Kepandaian penduduk di kawasan ini menyesuaikan diri dengan alam sekitar telah meningkatkan penghasilan pertanian yang membawa kepada pertambahan jumlah penduduk. Faktor-faktor ini telah menyumbang kepada perkembangan bandar. Dua bandar utama yang terbentuk di Lembah Indus ialah Mohenjo-Daro dan Harappa. Manakala Lothal dan Sutkagen Dor merupakan bandar pelabuhan yang penting.D. Ciri-ciri Tamadun Indus (m/s 24-26) i. Pembentukan Bandar Terancang Tamadun Indus

Petempatan kekal yang wujud di Lembah Indus telah membawa kepada pembentukan bandar terancang. Bandarnya terbahagi kepada dua bahagian dan dikelilingi tembok. Bahagian utama merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan yang menempatkan bangunan pentadbiran, tempat mandi awam yang digunakan untuk upacara ritual dan pembersihan dan tempat penyimpanan hasil pertanian. Bahagian kedua bandar ialah kawasan perumahan. Bandar-bandar dalam tamadun ini dirancang dengan sebegitu rapi terutama dari sudut susun aturnya yang sistematik. Perancangan bandarnya dibantu oleh kemajuan ilmu geometri dan pembinaan serta sumbangan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba. Bandar-bandar disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat dengan setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus dan bersambung antara satu sama lain. Setiap bandar mempunyai sistem kumbahan yang terancang. Selain jalan raya, bandar-bandar ini juga dihubungkan dengan sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan. Rumah-rumah di bandar ini mempunyai bilik mandi dan tandas. Air dan kumbahan dari rumah disalir keluar melalui paip ke longkang yang mengalir di bawah jalan. Longkang ini tidak ditutup terus untuk membolehkan kerja~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PN. SALINI OTHMAN SEJARAH TINGKATAN 4 21

BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

pembersihan dilakukan jika tersumbat. Bahan buangan ini kemudian dihantar ke pusat pembuangan di luar bandar.

ii. Kehidupan Berorganisasi Tamadun Indus

Jumpaan arkeologi membayangkan masyarakat di Lembah Indus terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan atasan dan golongan bawahan. Golongan atasan terdiri daripada pendeta dan pedagang. Kelas atasan utama ialah pendeta. Walaupun wujud dalam bilangan yang kecil, namun para pendeta ini mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar dalam mengawal aktiviti masyarakat terutamanya yang melibatkan kegiatan keagamaan. Atas dasar keagamaan inilah, golongan bawahan memberikan ketaatan kepada golongan pendeta. Oleh sebab tiada bukti kewujudan raja maka, sejarawan berpendapat bahawa tampuk pemerintahan dipegang oleh pendeta. Golongan bawahan pula terdiri daripada petani dan buruh. Golongan petani menjalankan aktiviti pertanian dan menyalurkan sebahagian daripada hasil tersebut kepada pihak berkuasa. Golongan buruh menjalankan kerja perburuhan seperti menjaga kebersihan bandar, membina tembok di benteng dan membina terusan.iii. Sistem Pemerintahan Tamadun Indus

Pemerintah adalah dari kalangan pendeta. iv. Pengkhususan Pekerjaan Tamadun Indus Masyarakat di Lembah Indus mempunyai pengkhususan pekerjaan yang jelas terutamnya dalam bidang ekonomi. Masyarakat ini telah menjalankan pelbagaai kegiatan ekonomi seperti perdagangan, pertanian, pertukangan dan pembuatan. Aktiviti perdagangan secara khusus membabitkan perdagangan luar termasuklah dengan Mesopotamia. Hubungan dagang antara kedua-dua tamadun dapat dibuktikan melalui penemuan cap mohor buatan masyarakat Lembah Indus di Mesopotamia. Cap mohor dibuat daripada batu lembut yang diukir dan dipanaskan. Cap ini berbentuk empat segi bujur. Cap mohor ini dikatakan sebagai lambang pengenalan diri seseorang atau sekumpulan pedagang.~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PN. SALINI OTHMAN SEJARAH TINGKATAN 4 22

BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Antara hasil perdagangan yang penting termasuklah emas, gading gajah, manik dan hasil pertanian. Petani pula menjalankan aktiviti bercucuk tanam terutamanya bagi tanaman makanan seperti barli, kacang dan sebagainya, selain menjadi petani dan pedagang, ada ahli masyarakat yang secara khusus menjadi artisan. Mereka ini terlibat dalam pembinaan dan penghasilan barangan logam dan barangan tembikar.

v. Agama Dan Kepercayaan Tamadun Indus Masyarakat Tamadun Indus mempunyai satu amalan agama berdasarkan penemuan patung dan ukiran yang mempunyai unsur keagamaan. Antara yang paling penting termasuklah penemuan sebuah patung yang dirujuk sebagai patung proto-siva. Patung proto-siva menunjukkan seseorang duduk bersila dengan stail yoga dan terdapat tiga tanduk di kepalanya yang melambangkan Dewa Brahma, Vishnu dan Siva. Kewujudan patung proto-siva ini menjadi sangat penting terutamanya dari sudut perkaitannya dengan agama Hindu kemudiannya. Selain itu, masyarakat dalam tamadun ini juga percaya kepada Tuhan Ibu. Kepercayaan terhadap Tuhan Ibu dibuktikan dengan penemuan patung wanita. Tuhan Ibu disembah oleh masyarakat Lembah Indus bagi melambangkan kesuburan. Perkara ini dipercayai telah diwarisi daripada kebudayaan yang lebih awal kerana kepercayaan terhadap Tuhan Ibu ini turut berlaku dalam masyarakat yang mendiami Mesopotamia, Asia Kecil, Syria dan Palestin. vi. Sistem Tulisan Tamadun Indus Sistem tulisan masyarakat tamadun Indus berbentuk Piktograf.E. Sumbangan Tamadun Indus (m/s 27)

Bandar Terancang

Tamadun ini sangat dikenali kerana perancangan bandarnya. Keupayaan untuk mewujudkan sebuah bandar terancang seperti Mohenjo-daro dan Harappa bukanlah perkara yang mudah sebaliknya hal ini memerlukan gabungan kepakaran sama ada dari sudut letak bandarnya mahupun dari sudut pengisiannya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PN. SALINI OTHMAN SEJARAH TINGKATAN 4 23

BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Oleh yang demikian, pemahaman tentang ilmu geometri, kesenian dan matematik sangat diperlukan. Kemampuan masyarakat Lembah Indus mencapai kecemerlangan dalam perancangan bandar berkait rapat dengan kemajuan dalam bidang geometri dan pembinaan.pemahaman geometri hasil daripada pertembungan tamadun Indus dengan tamadun Mesir Purba telah membolehkan perancangan bandar disusun berasaskan bentuk segi empat yang diikuti oleh jalan raya yang lurus. Kecemerlangan perancangan bandar dalam tamadun Indus merupakan gabungan daripada pelbagai pengetahuan dan pencapaian termasuklah geometri, matematik serta teknologi pembakaran batu bata. Teknologi pembakara n batubata Di samping itu, masyarakat Lembah Indus telah berusaha meningkatkan mutu bahan binaan. Masyarakat Indus tidak hanya bergantung pada panas matahari untuk membuat batu bata daripada tanah liat. Sebaliknya batu bata itu dihasilkan melalui pembakaran dengan suhu yang tinggi.

Sifat keterbuka an

Tamadun Indus memperlihatkan bahawa sesebuah masyarakat itu tidak akan mampu mencapai kecemerlangan tanpa membuat hubungan serta bertukar pandangan dengan pihak lain. Hubungan dengan tamadun Mesopotamia serta tamadun Mesir Purba telah membolehkan kedua-dua belah pihak memperoleh manfaatnya samada dalam bentuk pertukaran teknologi atau seumpamanya. Walau bagaimanapun, segala pengaruh dari luar itu disesuaikan dengan keadaan dan suasana tempatan. Sumber-sumber Mesopotamia ada menyatrakan nama bandar sepeti Makan dan Meluhha. Bandar Makan dikenal pasti sebagai Makran sementara Meluhha berkemungkinan merujuk kepada Mohenjo-daro. Sumber ini secara langsung memaparkan wujudnya hubungn antara kedua-dua tamadun. Tamadun Indus telah menunjukkan kepada masyarakat dunia moden hari ini beberapa aspek yang sangat penting dalam proses pembinaan sesebuah tamadun termasuk keamanan. Tamadun Indus mengajar kita bahawa kedamaian dan keamanan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PN. SALINI OTHMAN SEJARAH TINGKATAN 4 24

BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ialah tunjang kepada kekuatan sesebuah bangsa untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan. ***************************************************************************** 1.8: TAMADUN HWANG HO (m/s 28-33)A. Lokasi Tamadun Hwang Ho (m/s 28)

Tamadun ini muncul daripada kesuburan tanah yang terdapat di Hwang Ho atau Sungai Kuning. Hwang Ho merupakan sungai kedua terpanjang di China (5464 km) dan terletak di bahagian utara negara China. Sungai ini mengalir dari kawasan tanah tinggi di sebelah barat ke Teluk Bo Hai di sebelah timur. Bantuk fizikalnya yang bergunung-ganang dan berpadang pasir menyebabkan tamadun ini bersifat setempat.B. Tempoh Masa Tamadun Hwang Ho (m/s 29)

Kemunculan tamadun ini dapat dikesan daripada jumpaan tengkorak Homo Sapien yang dikenali sebagai Peking Man yang dikatakan hidup sekitar tahun 400,000 S.M. Jumpaan ini membuktikan adanya kehidupan Zaman Paleolitik. Zaman Neolitik pula muncul pada sekitar tahun 5000 S.M. Pada era inilah munculnya aktiviti pertanian dan pertanian. Dinasti beraja pertama di China diasaskan oleh Dinasti Hsia yang bermula pada sekitar tahun 2205-1766 S.M. Namun, belum ada bukti sejarah yang mengesahkan kewujudan Dinasti Hsia ini sebagaimana Dinasti Shang yang telah dapat dibuktikan kewujudannya melalui jumpaan arkeologi yang menandakan permulaannya pada sekitar tahun 1766-1050 S.M. Pada penghujung pemerintahan Dinasti Shang muncul kebangkitan hamba kerana kezaliman pemerintahan Raja Shang. Ini telah mendorong suku Chou yang mendiami Lembah Sungai Wei di bahagian barat mengambil kesempatan untuk menyingkirkan dan menggantikan pemerintahan Shang dengan pemerintahan Dinasti Chou dari tahun 1050-256 S.M.C. Proses Pembentukan Tamadun Hwang Ho (m/s 29)

Peranan Hwang Ho yang telah menyuburkan kawasan sekitarnya telah menarik penduduk nomad untuk tinggal menetap dan membina petempatan awal di kawasan tersebut. Tapak Banpo yang berdekatan bandar Sian moden merupakan petempatan awal penduduk Hwang Ho . Penduduk kawasan ini menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan binatang selain mengumpul~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PN. SALINI OTHMAN SEJARAH TINGKATAN 4 25

BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

hasil hutan dan memburu. Perkembangan petempatan awal ini telah melahirkan beberapa buah bandar di Lembah Hwang Ho. Salah sebuah bandar awal tamadun Hwang Ho ialah Anyang. Bandar ini merupakan pusat kerajaan Dinasti Shang. Pembentukan Dinasti Shang telah membawa banyak lagi kemajuan khususnya dalam usaha perluasan wilayah dan penyebaran budaya ke kawasan sekitar Lembah Hwang Ho. Semasa Dinasti Chou, tamadun ini tersebar hingga ke bahagian selatan Sungai Yangtze.D. Ciri-ciri Tamadun Hwang Ho (m/s 29-32) i. Negara Kota Tamadun Hwang Ho

Petempatan awal yang berasaskan pertanian membawa kepada kemunculan bandar-bandar . Anyang merupakan salah satu contoh negara kota dalam tamadun Hwang Ho. Anyang terletak di kawasan tanah tinggi di Sungai Huan. Di bandar ini terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran. Ketua pemerintah, iaitu raja, golongan pembesar dan golongan agama juga tinggal di kawasan bandar. Bandar Anyang dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pencerobohan musuh dan dikelilingi oleh perkampungan yang didiami masyarakat petani.

ii. Kehidupan Berorganisasi Tamadun Hwang Ho

Susun lapis dalam organisasi sosial masyarakat Shang memperlihatkan golongan raja dan pembesar menduduki lapisan paling atas yang diterajui oleh raja sedangkan lapisan bawahan iaitu golongan petani yang membentuk sebahagian besar penduduk mendiami kawasan di luar bandar iaitu di sekeliling negara kota ini. Dalam lapisan ini terdapat juga golongan artisan yang menguasai teknologi gangsa. Gangsa telah digunakan bagi menghasilkan senjata, perisai dan hiasan pada kereta kuda yang digunakan oleh tentera serta peralatan untuk upacara keagamaan. Hanya golongan bangsawan sahaja yang mampu memiliki tentera dan senjata gangsa ini, maka mereka menggunakan keistimewaan ini untuk menundukkan golongan bawahan. Golongan paling bawah dalam masyarakat Shang ialah hamba. Perhambaan merupakan satu ciri utama dalam Dinasti Shang.iii. Pengkhususan Pekerjaan Tamadun Hwang Ho ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PN. SALINI OTHMAN SEJARAH TINGKATAN 4 26

BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sistem organisasi sosial yang wujud telah membawa kepada pengkhususan pekerjaan. Golongan pembesar mempunyai tentera masingmasing. Terdapat dua kumpulan tentera iaitu tentera yang menggunakan kereta kuda dan tentera berjalan kaki. Golongan petani pula sebagai tonggak ekonomi dan pentadbiran berperanan memenuhi keperluan golongan atasan. Golongan inilah yang telah membentuk kumpulan artisan. Golongan artisan ini telah merekacipta pelbagai barangan tembaga seperti bekas minuman dan makanan, senjata dan barangan tembikar. Golongan hamba pula berfungsi sebagai tentera paksaan selain digunakan untuk membantu kerja-kerja perburuhan dan untuk tujuan korban dalam upacara penyembahan.iv. Sistem Pemerintahan Tamadun Hwang Ho

Sistem pemerintahan Dinasti Shang berbentuk pemerintahan beraja dan pengganti raja selalunya dilantik daripada kalangan saudara lelaki yang lebih muda atau anak lelaki raja. Raja-raja Shang mempunyai kewibawaan politik, ekonomi, sosial dan agama.raja-raja ini berkuasa secara langsung di kawasan pusat pentadbiran. Masyarakat tamadun ini percaya yang kuasa raja merupakan mandat dari tuhan dan raja-raja Shang tidak perlu mendapatkan pengesahan politik kerana meraka adalah daripada keturunan pemerintah agama. Masyarakat Hwang Ho percaya bahawa jika raja memerintah dengan adil, kerajaan dan rakyat akan menikmati kemakmuran dan kesejahteraan hidup kerana pemerintahan itu direstui tuhan. Mereka percaya pemerintah Shang telah kehilangan mandat itu kerana mereka berlaku zalim. Dalam urusan pentadbiran, raja dibantu oleh golongan bangsawan. Golongan bangsawan ini dipertanggungjawabkan untuk mentadbir wilayahnya. Oleh itu, golongan bangasawan ini berhak mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri dalam hal seperti pungutan cukai, pertahanan dan undang-undang. Sistem yang sama telah diasimilasikan oleh Dinasti Chou apabila mereka mengambil alih pemerintahan Shang. Raja Chou contohnya dibantu pula oleh ketua menteri dan enam badan yang menguruskan soal pertanian, tentera, kerja awam, upacara agama, hal ehwal monarki dan undang-undang. Pentadbiran pada peringkat wilayah dikendalikan oleh pembesar-pembesar feudal.~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PN. SALINI OTHMAN SEJARAH TINGKATAN 4 27

BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Raja-raja Dinasti Chou membahagikan pemilikan tanah mereka kepada wilayah-wilayah dan melantik pembesar tempatan di setiap wilayah ini. Rajaraja Dinasti Chou mengikat pembesar tempatan melalui ikrar taat setia kepada pemerintah Chou, disamping memberikan hadiah seperti kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang. Mereka juga diminta melindungi raja dan memberikan bantuan tentera pada masa perang. Pembesar tempatan juga diberikan hak untuk bertindak sebagai ketua agama untuk menjalankan upacara pengorbanan.v. Agama Dan Kepercayaan Tamadun Hwang Ho

Dari segi agama dan kepercayaan, masyarakat tamadun Hwang Ho mengamalkan banyak kepercayaan termasuk animisme dan politisme. Masyarakat Shang mengamalkan penyembahan roh nenek moyang. ShangTi merupakan dewa tertinggi di syurga dan merujuk kepada nenek moyang pemerintah Shang. Orang China kuno mempercayai satu kuasa agung yang dikenali sebagai Tien. Konsep Tien sukar dijelaskan, tetapi Tien boleh dimaksudkan sebagai suatu makhluk unggul atau kuasa tertinggi alam semesta. Tien kadang-kadang dirujuk sebagai syurga. Pemikiran ini seterusnya mempengaruhi konsep Yin dan Yang. Selain itu, mereka juga meyembah tuhan syurga (Shang-Ti) dan tuhan bumi (Tu) disamping penyembahan terhadap sungai, bukit dan gunung. Upacara penyembahan melibatkan permainan muzik, tarian dan upacara korban. Upacara penyembahan ini akan diketuai oleh golongan bomoh. Satu lagi keunikan tamadun ini ialah jumpaan tulang binatang dan kulit kura-kura di Anyang. Tulang yang ditemui ini dikenali sebagai tulang oracle. Fungsi tulang oracle adalah untuk meramalkan sesuatu keadaan. Golongan bomoh yang terlibat dalam upacara penilikan ini akan meletakkan tulang ini di atas unggun api sehingga timbul rekahan dan rekahan ini ditafsir dan disabitkan dengan sesuatu kejadian.

vi. Sistem Tulisan Tamadun Hwang Ho

Amalan penilikan tulang oracle membawa kepada kemunculan sistem tulisan awal di China. Rekahan-rekahan pada tulang ini menimbulkan idea masyarakat tempatan untuk mencipta tulisan. Tulisan China ini bernemtuk ideogram, iaitu tulisan berbentuk simbol. Tulisan ini kebanyakannya~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PN. SALINI OTHMAN SEJARAH TINGKATAN 4 28

BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

mempunyai gambar seperti kanak-kanak, bulan, matahari dan sungai. Namun yang demikian tulisan ini mula berubah kepada bentuk yang lebih kompleks seperti yang terdapat pada hari ini.E. Sumbangan Tamadun Hwang Ho (m/s 32-33)

Dari Aspek Politik Sistem Pemerinta hn Monarki Tamadun Hwang Ho amat mempengaruhi sistem pemerintahan Chinakuno. Sistem pemerintahan monarki telah diteruskan hingga ke zaman Dinasti Ching. Hanya sedikit perubahan dilakukan terutama gelaran raja ditukar kepada maharaja. Konsep anak syurga dan mandat dari syurga yang dikaitkan dengan raja (maharaja) dan amalan putaran dinasti diteruskan oleh dinasti-dinasti di China hingga abad ke-20.

Konsep Anak Syurga Dan Mandat Dari Syurga

Dari Aspek Ekonomi Pembinaan Sistem Pengairan Salah satu aspeknya ialah pembinaan sistem pengairan. Sejak zaman awal dinasti China terutama zaman Shang, pemimpin mereka amat prihatin terhadap pembangunan pertanian. Oleh itu, terusan-terusan dibina untuk mengairkan kawasanpertanian selain mengelakkan berlakunya banjir. Sistem pengairan ini telah diteruskan pada zaman Chin oleh Shih Huang Te ke kawasan barat daya China. Sebuah terusan telah dibina di Szechwan untuk mengairkan kawasan pertanian di wilayah tersebut.

Kemajuan Teknologi

Selain itu, pembangunan dalam sektor pertanian ini juga membawa kepada kemajuan dalam teknologi pembajakan serta penciptaan cangkul dan sabit. Pada zaman ini juga petani mula menggunakan batas untuk tujuan penanaman. Perubahan juga berlaku secara evolusi apabila petani China mula menggantikan alat pertanian yang dibuta daripada kayu dengan yang dibuat daripada besi.

Dari Aspek Sosial Sistem Sistem tulisan berkembang secar evolusi dan masih

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PN. SALINI OTHMAN SEJARAH TINGKATAN 4 29

BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tulisan

digunakan oleh orang China sehingga hari ini. Penggunaan tulisan ini adalah meluas dan digunakan dalam bidang penulisan dan percetakan. Tulisan ini diajar di sekolah-sekolah di China. Malahan tulisan ini terus berkembang dengan penggunaannya oleh orang Korea dan Jepun.

Pemujaan Roh Nenek Moyang

Unsur pemujaan yang telah dijalankan sejak zaman Shang ini telah diteruskan mengikut kesesuaian masa. Misalnya unsur korban manusia tidak lagi diamalkan dan digantikan dengan unsur makanan, duit kerta dan barangan perhiasan.

Konsep Yin Dan Yang

Orang China percaya bahawa alam semesta dan kejadiannya terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapi iaituYin dan Yang. Yin ialah kuasa pasif manakala Yang ialah kuasa aktif.

Konsep Feng Hsui

Falsafah Taoisme yang berlandaskan falsafah alam semesta yang merujuk pada ubungan antara manusia dengan alam sekitar terutamatentang bagaimana manusia boleh hidup secara harmoni dengan alam sekitar.

Pengenala n Sistem Kalendar

Semasa pemerintahan shang, sistem kalendar telah diperkenalkan iaitu terdapat 30 hari dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun. Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim menanam dan musim menuai. Amalan menggunakan kalendar ini diteruskan untuk menjalankan aktiviti harian seperti uapacara perkahwinan, perburuan ataupun pengebumian.

Falsafah Perang Sun Tzu

Satu lagi sumbangan penting tamadun ini yang cuba digunakan sehingga hari ini, iaitu pengamalan falsafah perang Sun Tzu. Karyanya, The Art Of War yang membicarakan selokbelok perang dan bagaimana menangani musuh telah diulang cetak ke dalam pelbagai bahasa. Pada hari ini, falsafah tersebut diaplikasikan pula sebagai taktik dalam urusan perniagaan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PN. SALINI OTHMAN SEJARAH TINGKATAN 4 30