sejarah sekolah warna

5

Click here to load reader

Upload: mohamad-haizar

Post on 27-Sep-2015

232 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Sejarah

TRANSCRIPT

  • SEJARAH SEKOLAH

    Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari telah dibina pada tahun 1956 oleh Jawatankuasa Penaja yang diketuai oleh Tuan Haji Mohd Amin bin Salikin. Sekolah ini dinamakan Sekolah Rakyat dan telah dirasmikan pembukaannya oleh Pegawai Daerah Johor Bahru ketika itu iaitu En. Talib b. Andak pada 1 Januari 1956.

    Bangunan pertama yang didirikan merupakan sebuah sekolah yang dibina secara bergotong-royong. Pada tahun 1957, Jabatan Pelajaran Negeri telah menaikkan taraf sekolah ini kepada Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan.

    Keluasan tanah sekolah ini meliputi 8 ekar 3 rod 37 pol. Bangunan sekolah pertama yang dibina secara gotong-royong pada tahun 1956 telah diketuai oleh Encik Mohd Amin bin Salikin yang merupakan Ketua Kampung di Kampung Melayu.

  • Perkembangan pendidikan di sekolah ini sungguh pesat dan menarik banyak perhatian daripada golongan pendidik, pemimpin dan juga penduduk setempat. Pada 31 Oktober 1965 iaitu kira-kira 8 tahun selepas dinaiktarafkan, sekolah ini telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu iaitu Encik Mohd Khir bin Johari. Sempena majlis perasmian yang bersejarah itu, Sekolah Kampung Melayu telah diubah namanya kepada Sekolah Mohd Khir Johari.

    Hari berganti hari dan masa berlalu begitu pantas. Pada tahun-tahun berikutnya, beberapa buah bangunan tambahan telah dibina untuk menampung pertambahan murid yang semakin pesat. Dari sebuah sekolah kecil yang hanya menampung 53 orang murid pada awal penubuhannya kini telah mencapai 1500 orang. Pernah suatu ketika jumlah murid mencapai 2100 orang. Pertambahan ini juga menyebabkan pihak sekolah mewujudkan sesi pagi dan petang sejak 1963 lagi.

  • Berikut ialah senarai nama pengasas Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari: 01. En. Mohd Amin b. Salikin 02. En. Abdul Rahim b. Ahmad 03. En. Mohd Don b. Abdul Rahman 04. Tn. Hj. Nordin b. Ishak 05. En. Hussein b. Hj. Musa 06. En. Salleh b. Kemin 07. En. Siraj b. Kemin 08. Tn. Syed Abdul Rahman b. Othman 09. En. Mahad b. Mohamad 10. En. Sarni b. Hassan 11. En. Haris b. Dimin 12. En. Buruk b. Mohd Sikh 13. En. Mustapha b. Abu Bakar 14. En. Mulani b. Hassan

  • Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi yang telah melimpahkan rahmat, taufik dan hidayah kepada seluruh

    warga SK Mohd Khir Johari.

    Menerusi gelombang 1 PPPM (2013-2015) fokus utama untuk memberi sokongan bagi peningkatan

    kemahiran utama guru dan meningkatkan kerjasama serta penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor

    swasta terhadap usaha mencapai Visi menjadikan Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.

    Justeru sekolah sebagai institusi pelaksana dan guru sebagai warga kerjanya harus bertanggungjawab

    penuh dan komited untuk melaksanakannya mengikut garis panduan.

    Amanah dan tanggungjawab yang digalas di bahu kita tidak pernah menemui noktahnya. Justeru kita perlu bersama-sama

    menggembleng tenaga untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab organisasi dengan lebih baik melalui program-program

    pendidikan sekolah 2015 yang telah dirancang secara sistematik, bermatlamat dan berkesan agar SKMKJ mampu Melestarikan

    Sistem Pendidikan Yang berkualiti untuk membangun Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

    Semoga seluruh warga SKMKJ mendapat keberkatan daripada Allah SWT dan beroleh kejayaan. Amin.

    Abdul Rahim b Mahdon