pelancaran ‘impian 500’ · pokok getah dari mula menanam hingga ke peringkat pengeluaran hasil....

28
SUARA PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH Globalisasi NET Peneraju Kemajuan Pekebun Kecil BIL. 1/2007 ISSN 0128/0112 PERCUMA “Produktiviti pekebun kecil dapat ditingkatkan dengan mengekalkan 500 pokok yang dapat ditoreh bagi setiap hektar dan menoreh sekurang-kurangnya 15 hari sebulan. Dengan keluasan 2.5 hektar, pendapatan pekebun kecil mampu mencecah RM3,600 sebulan,” demikian kata YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Projek Impian 500 Peringkat Kebangsaan di Kampung Ria, Raub, Pahang pada 16 Januari 2007 yang lalu. Pelancaran “Impian 500” bertujuan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan pekebun kecil supaya menguruskan kebun masing-masing mengikut amalan pertanian yang baik serta mengamalkan teknologi yang telah disyorkan oleh RISDA. Setiap hektar kebun getah ditanam dengan sekurang-kurangnya 500 pokok getah dan mengekalkan sehingga menoreh. “Pendapatan yang saya sebut itu bukan satu khayalan tetapi adalah suatu realiti jika pekebun kecil sanggup menggunakan tulang empat kerat dan mengeluarkan titik peluh sendiri di samping pengamalan teknologi yang disyorkan,” kata Timbalan Perdana Menteri. “Sasaran RM3,600 mungkin terlalu tinggi tetapi memadai bagi kerajaan jika para pekebun kecil mampu memperoleh pendapatan minimum RM2,000 sebulan,” ujar beliau. Timbalan Perdana Menteri menyatakan bahawa majlis seperti ini adalah unik kerana bukan setakat meraikan pekebun kecil dalam program tanam semula, malah memberi penghormatan dan galakan kepada mereka supaya mengekalkan bilangan pokok getah dari mula menanam hingga ke peringkat pengeluaran hasil. Timbalan Perdana Menteri menambah, “Kerajaan bersedia membantu golongan luar bandar keluar daripada garis kemiskinan dengan menyediakan pelbagai program dan strategi bagi meningkatkan pendapatan mereka.” Bagaimanapun menurut beliau untuk mencapai matlamat yang disasarkan, pekebun kecil dan petani hendaklah bekerja bersungguh-sungguh bagi menikmati pendapatan lebih baik. Menurut beliau, RISDA merupakan salah satu agensi kerajaan bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang telah dipertanggungjawabkan untuk membasmi kemiskinan tegar dalam kalangan pekebun kecil menjelang 2010. Sehingga kini RISDA telah mengeluarkan seramai 832 daripada 2,392 orang pekebun kecil yang tergolong dalam kelompok miskin tegar. Beliau menasihatkan para pekebun kecil supaya mengambil peluang dan memanfaatkan program-program yang telah disediakan oleh kerajaan untuk memajukan diri, keluarga dan negara. Turut hadir dalam majlis tersebut YAB Datuk Seri Adnan Yaacob (Menteri Besar Pahang), YB Dato’ Seri Abdul Aziz Shamsuddin (Menteri KKLW), YB Dato’ Zainal Abidin Osman (Timbalan Menteri KKLW), YB Senator Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib (Pengerusi RISDA). PELANCARAN IMPIAN 500 Oleh: Razali Abdullah

Upload: others

Post on 06-Jan-2020

41 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PELANCARAN ‘IMPIAN 500’ · pokok getah dari mula menanam hingga ke peringkat pengeluaran hasil. Timbalan Perdana Menteri menambah, “Kerajaan bersedia membantu golongan luar

SUARA

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

GlobalisasiNETPeneraju Kemajuan Pekebun Kecil

BIL. 1/2007 ISSN 0128/0112 PERCUMA

“Produktiviti pekebun kecil dapat ditingkatkan dengan mengekalkan 500 pokok yang dapat ditoreh bagi setiap hektar dan menoreh sekurang-kurangnya 15 hari sebulan. Dengan keluasan 2.5 hektar, pendapatan pekebun kecil mampu mencecah RM3,600 sebulan,” demikian kata YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Projek Impian 500 Peringkat Kebangsaan di Kampung Ria, Raub, Pahang pada 16 Januari 2007 yang lalu.

Pelancaran “Impian 500” bertujuan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan pekebun kecil supaya menguruskan kebun masing-masing mengikut amalan pertanian yang baik serta mengamalkan teknologi yang telah disyorkan oleh RISDA. Setiap hektar kebun getah ditanam dengan sekurang-kurangnya 500 pokok getah dan mengekalkan sehingga menoreh.

“Pendapatan yang saya sebut itu bukan satu khayalan tetapi adalah suatu realiti jika pekebun kecil sanggup menggunakan tulang empat kerat dan mengeluarkan titik peluh sendiri di samping pengamalan teknologi yang disyorkan,” kata Timbalan Perdana Menteri. “Sasaran RM3,600 mungkin terlalu tinggi tetapi memadai bagi kerajaan jika para pekebun kecil mampu memperoleh pendapatan minimum RM2,000 sebulan,” ujar beliau.

Timbalan Perdana Menteri menyatakan bahawa majlis seperti ini adalah unik kerana bukan setakat meraikan pekebun kecil dalam program tanam semula, malah memberi penghormatan dan galakan kepada mereka supaya mengekalkan bilangan

pokok getah dari mula menanam hingga ke peringkat pengeluaran hasil.

Timbalan Perdana Menteri menambah, “Kerajaan bersedia membantu golongan luar bandar keluar daripada garis kemiskinan dengan menyediakan pelbagai program dan strategi bagi meningkatkan pendapatan mereka.”

Bagaimanapun menurut beliau untuk mencapai matlamat yang disasarkan, pekebun kecil dan petani hendaklah bekerja bersungguh-sungguh bagi menikmati pendapatan lebih baik. Menurut beliau, RISDA merupakan salah satu agensi kerajaan bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang telah dipertanggungjawabkan untuk membasmi kemiskinan tegar dalam kalangan pekebun kecil menjelang 2010. Sehingga kini RISDA telah mengeluarkan seramai 832 daripada 2,392 orang pekebun kecil yang tergolong dalam kelompok miskin tegar.

Beliau menasihatkan para pekebun kecil supaya mengambil peluang dan memanfaatkan program-program yang telah disediakan oleh kerajaan untuk memajukan diri, keluarga dan negara.

Turut hadir dalam majlis tersebut YAB Datuk Seri Adnan Yaacob (Menteri Besar Pahang), YB Dato’ Seri Abdul Aziz Shamsuddin (Menteri KKLW), YB Dato’ Zainal Abidin Osman (Timbalan Menteri KKLW), YB Senator Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib (Pengerusi RISDA).

PELANCARAN ‘IMPIAN 500’Oleh: Razali Abdullah

Page 2: PELANCARAN ‘IMPIAN 500’ · pokok getah dari mula menanam hingga ke peringkat pengeluaran hasil. Timbalan Perdana Menteri menambah, “Kerajaan bersedia membantu golongan luar

PENAUNGDato’ Mohammad Izat HasanAli Nordin Wahiduddin

PENASIHATHj. Omar Paimin

KETUA PENGARANGHj. Nik Nabil Nik Mansor

PENOLONG KETUAPENGARANGAzizah Mohamad

SIDANG PENGARANGHjh. Rodiah SelamatHjh. Azizah SaidAhmad Zaini Abd. RahmanNoor Aslinda MarzukiNasri Rahmat

PENTADBIRANZa’aziah Abd Aziz

PEMBACA PRUFHjh. Robiyah Hj. IsmailSiti Fairus Ayeop

SUMBANGAN ARTIKELAhli PENYINAR & Individu

PENGEDARAN / PENYELARASANBahagian Pengembangan &Kesejahteraan RakyatIbu Pejabat RISDA

REKABENTUK & PERCETAKAN OLEH:Misas Advertising Sdn BhdNo. 30, Jalan 423B Taman Danau Kota53300 Kuala LumpurTel: 03-4024 2004Email: [email protected]

http://www.risda.gov.my

PengarangSidang

2 3

1. Pelancaran ’Impian 500’ 2. Rencana Pengarang3. Penubuhan Kelab 2000 4. Ramah Mesra Pengerusi RISDA Dengan

Pelajar Kolej RISDA Melaka5. ”Sejauh manakah sumbangan kita kepada

pekebun kecil?’’6. Program Modal Insan Memupuk Jati Diri7. Penyakit Akar Pokok Getah8. Amalan Pembajaan Menggunakan

Abu Tandan9. E-Cutter : Pemangkas Rantai Bergalas10. Pajak Gadai Ar-Rahnu : Perniagaan Teras

KPK KBBT BHD11. PPG Beri Manfaat Kepada Pekebun Kecil12. TSB Kg.Balun, Slim River : Produktiviti

Setanding Estet13. Projek Integrasi Getah Salak14. Berita Bergambar15. Berita Bergambar

16. IKS Bantu Basmi Kemiskinan17. Majlis Penyampaian Sijil Kursus

Jurukecantikan 18. Pertanian Suatu Perniagaan19. Dulu Tentera Kini Pekebun Kecil Jaya20. Telur Pindang Makanan Tradisional

Kemegahan Negeri Johor21. Tepung Pisang Goreng Rangup GPHR22. Sedapnya Coklat Kak Siti Ropeah!23. Bantuan AET Keluarkan Pn.Norseha

Daripada Miskin Tegar24. PWPK Kuala Tembeling Jadikan Daun Getah

Daun Duit25. Bengkel Karipap Mini Tingkatkan

Pendapatan Pekebun Kecil26. Kursus Asas Perniagaan Pemangkin

Usahawan PWPK27. Sekali Merangkuh Dayung...28. Keringat Ditabur,Bakti Dituai

Rencana Pengarang

KANDUNGAN

Peristiwa

Assalamualaikum Wrt. Wbrt.

Slogan back-to-basic telah diberi penekanan sepenuhnya oleh pihak Pengurusan RISDA di semua peringkat. Empat perkara utama akan dijadikan landasan dalam apa juga program atau aktiviti yang dijalankan oleh RISDA. Pertama, RISDA akan memberi tumpuan kepada kumpulan sasar iaitu pekebun kecil pemilik pengusaha. Kedua, tanaman getah sebagai tanaman utama. Ketiga, program tanam semula menjadi asas kepada program-program pembangunan RISDA dan akhirnya ialah untuk mempertingkat dan memperbaiki lagi sistem penyampaian atau delivery system kepada pekebun kecil selaku pelanggan utama RISDA.

Pencapaian produktiviti getah oleh pekebun kecil ke tahap 2,000 kg/ha/tahun sepertimana yang dihasratkan oleh pihak Kerajaan bukanlah satu perkara yang mustahil dan sukar untuk dicapai. Malahan ada juga pekebun kecil yang telah mencapai ke tahap 2,300 kg/ha/tahun. Ketika ini juga sudah ramai pekebun kecil yang telah mencapai penghasilan tersebut.

Kejayaan mereka mencapai penghasilan yang tinggi sebenarnya banyak bergantung kepada beberapa faktor seperti bilangan pokok getah yang ditoreh, bilangan hari menoreh setiap bulan dan kuantiti getah yang dihasilkan bagi setiap pokok pada setiap kali torehan (GTT). ‘Impian 500‘ yang telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri pada 16 Januari 2007 tempoh hari perlu dijadikan sebagai dasar kepada semua pekebun kecil yang akan menyertai program tanam semula getah ke getah mulai tahun 2007. Untuk mencapai bilangan sebanyak 500 pokok boleh ditoreh bagi setiap hektar, pekebun kecil disyorkan supaya pada peringkat awal penanaman menanam sekurang-kurangnya 550 pokok sehektar dengan menggunakan jarak tanaman sama ada 6m x 3m (20’ x 10’) bagi kawasan tanah rata atau sederhana beralun dan 7.25m x 2.25m (24’ x 7’) untuk kawasan berbukit atau lain-lain jarak yang telah disyorkan.

Usaha pendampingan oleh Pembantu Pertanian Kawasan RISDA (PPR) juga akan dilipat gandakan. Pekebun kecil akan diberi tunjukajar, khidmat nasihat, bimbingan dan sebagainya. Setiap pekebun kecil selaku pemilik pengusaha akan didampingi oleh PPR kawasan sekurang-kurangnya lima kali setahun. Dengan cara ini diharap pekebun kecil akan dapat keluar daripada kelompok miskin tegar dan miskin kepada tahap yang lebih baik. Mereka juga tidak akan ketinggalan mengikuti program-program yang dilaksanakan oleh RISDA. Bilangan pekebun kecil yang berjaya dalam bidang keusahawanan yang berasaskan pertanian juga akan dapat ditingkatkan. Dengan cara ini bilangan pekebun kecil yang berjaya meningkatkan pendapatan akan terus meningkat. Pekebun kecil akan terus dibimbing secara berterusan mengenai amalan agronomi dan teknolgi yang telah diperkenalkan dalam usaha untuk meningkatkan produktiviti perladangan. Mereka akan tinggal di luar bandar dalam suasana yang sejahtera.

Page 3: PELANCARAN ‘IMPIAN 500’ · pokok getah dari mula menanam hingga ke peringkat pengeluaran hasil. Timbalan Perdana Menteri menambah, “Kerajaan bersedia membantu golongan luar

2 3

melakukan pemantauan terhadap pekebun kecil yang menjadi ahli Kelab 2000 secara berterusan bagi memastikan mereka dapat mengekalkan hasil seperti ditetapkan. Pemantauan ini bertujuan mengenalpasti peserta yang berjaya untuk dijadikan contoh kepada peserta lain dalam kelab ini,” ujar beliau lagi.

YB Dato’ Seri Abdul Aziz juga mengesyorkan supaya diadakan pertandingan pengurusan kebun terbaik dalam kalangan ahli-ahli kelab seterusnya memilih ahli kelab terbaik. “Selain daripada itu ahli kelab juga boleh menjadi penasihat atau penceramah kepada pekebun kecil yang lain dan mereka juga perlu diberi keutamaan untuk mendapat bahan serta maklumat teknologi terkini dan bantuan melalui program RISDA, “ tambah beliau.

”Saya percaya dengan penghasilan melebihi 2000 kg sehektar setahun tidak mustahil pendapatan pekebun kecil mencecah RM2,500 sebulan. Ini akan menimbulkan minat anak-anak pekebun kecil sebagai generasi kedua untuk mewarisi dan mengusahakan kebun getah,” sambung beliau.

Dalam majlis tersebut, YB Dato’ Seri Abdul Aziz menyampaikan sijil keahlian Kelab 2000 kepada wakil-wakil negeri yang hadir. Majlis yang penuh makna ini telah berlangsung pada 22 Januari 2007 yang lalu yang turut dihadiri YB Senator Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib (Pengerusi RISDA) dan YBhg. Dato’ Mohammad Izat Hasan (Ketua Pengarah RISDA).

“Penubuhan Kelab 2000 merupakan usaha RISDA memberi pengiktirafan kepada pekebun kecil yang telah berjaya memperoleh produktiviti getah melebihi 2,000 kilogram sehektar setahun,” demikian kata YB Dato’ Seri Abdul Aziz Shamsuddin, Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) ketika berucap merasmikan penubuhan Kelab 2000 Peringkat Kebangsaan di Kampung Jenud, Raub, Pahang.

“Sekiranya ada kesedaran, bimbingan dan motivasi yang cukup, saya yakin pekebun kecil getah kita juga akan berjaya seperti mana pekebun kecil di luar negara,” tambah beliau.

Menurut Menteri KKLW, dengan menjadi ahli Kelab 2000, setiap peserta berpeluang mengikuti kursus dan menyertai lawatan ke luar negara bagi melihat kejayaan pekebun kecil di negara yang akan dilawati. Ahli Kelab 2000 juga akan diberi pendedahan mengenai kaedah penanaman padat, pengurusan kebun yang cekap seperti penjagaan peringkat awal penanaman, kualiti benih, penyenggaraan kebun yang efektif, pembajaan mengikut jadual, kawalan penyakit, penggunaan teknologi terkini dan sistem torehan yang betul,” jelas beliau.

Beliau memaklumkan, pada masa ini terdapat 685 orang pekebun kecil telah menyertai Kelab 2000 dan 187 daripadanya adalah dari Negeri Pahang. “RISDA melalui pegawai luarnya di lapangan akan sentiasa mendampingi dan bertanggungjawab

Peristiwa

PENUBUHAN KELAB 2000 Pengiktirafan Kepada Pekebun Kecil

Oleh: Haji Fikri Ghani

YB Dato’ Seri Abd Aziz Shamsuddin(dua dari kiri) melepaskan belon tanda Pelancaran Kelab 2000

Page 4: PELANCARAN ‘IMPIAN 500’ · pokok getah dari mula menanam hingga ke peringkat pengeluaran hasil. Timbalan Perdana Menteri menambah, “Kerajaan bersedia membantu golongan luar

PeristiwaPeristiwa

“Sejarah membuktikan kecemerlangan pembelajaran ialah dengan mengintegrasikan aspek ilmu pengetahuan, kemahiran, kerohanian, kesihatan fizikal dan berjiwa besar untuk membina tamadun sesebuah bangsa,” kata YB. Senator Tan Sri Muhamad Mohd. Taib, Pengerusi RISDA ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Pelajar Kolej RISDA Melaka pada 6 Februari 2007 yang lalu.

“Faktor kecemerlangan amat penting khususnya bagi para pelajar dalam menempoh era wawasan 2020 yang penuh cabaran. Lantaran itu faktor drive sebagai penggerak dan loncatan kepada para pelajar untuk meningkatkan sahsiah diri, berusaha dengan gigih, berkeyakinan boleh dan mampu bersaing serta seiring dengan pelajar di IPTA dan IPTS yang lain,” tegur beliau.

Tambah beliau lagi, “Para pelajar sebagai generasi kedua pekebun kecil perlu menginsafi untuk menggarap usaha supaya dapat membela keluarga dan masyarakat luar bandar. Perlu juga diingatkan agar pelajar-pelajar tidak mudah lupa terhadap pengorbanan ibubapa serta guru yang mendorong untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran.”

Majlis ini turut dihadiri oleh Pengerusi Kolej RISDA YBhg Dato’ Azian Osman, Ahli Lembaga Pengurus Haji Omar Paimin dan Hj. Ahmad Mansor Hj. Hashim, Pengurus Besar Dr. Hjh. Faridah Hanam Mohd. Rashid, Pengurus Kolej Melaka En. Ahmad Zainal Abdullah dan pelajar-pelajar Kolej RISDA Melaka.

Semasa ucapan aluan Pengurus Kolej Melaka En. Ahmad Zainal Abdullah telah menyorot di awal operasi pada November 1999

Kolej RISDA bermula dengan satu kursus pengajian melibatkan lapan orang pelajar sahaja. Sehingga kini telah ada tujuh bidang pengajian dengan jumlah pelajar seramai 700 orang. Dalam tempoh ini Kolej RISDA Melaka telah melahirkan seramai 340 graduan diploma dan 460 penerima sijil dalam pelbagai bidang.

“Ramai dalam kalangan pelajar mendapat keputusan cemerlang telah meneruskan pembelajaran ke peringkat Ijazah. Malahan terdapat pelajar yang menerima Anugerah Dekan bagi program kerjasama dengan Universiti Putra Malaysia. Walaupun Kolej RISDA sebagai laluan pendidikan kedua setelah tidak memperoleh tempat di IPTA, namun mereka mampu meraih kejayaan ini. Kebanggaan kolej amat dirasakan kerana masih mampu melahirkan graduan yang berwibawa di samping mengekalkan nilai-nilai murni,” tambah beliau lagi.

4 5

PeristiwaPeristiwa

Ramah Mesra Pengerusi RISDADengan Pelajar Kolej RISDA Melaka

Oleh: Suhaimi Abu Bakar

YB Senator Tan Sri Mohamad Mohd Taib, Pengerusi RISDA disambut dengan persembahan silat

YB Senator Tan Sri Mohamad Mohd Taib bersalaman dengan pelajar

Page 5: PELANCARAN ‘IMPIAN 500’ · pokok getah dari mula menanam hingga ke peringkat pengeluaran hasil. Timbalan Perdana Menteri menambah, “Kerajaan bersedia membantu golongan luar

PeristiwaPeristiwa

Itulah antara persoalan-persoalan yang perlu ditanya oleh semua warga RISDA pada diri masing-masing tanpa mengira jawatan yang disandang. Dengan sentiasa memikirkan persoalan tersebut kita dapat memperbaiki dan mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan kita kepada pekebun kecil bagi memartabatkan kehidupan mereka. Soalan-soalan tersebut telah dikemukakan oleh YBhg. Dato’Mohammad Izat Hasan, Ketua Pengarah RISDA dalam Perhimpunan Bulanan RISDA pada 8 Januari 2007 di Ibu Pejabat RISDA untuk renungan bersama.

Selain menekankan RISDA akan kembali memberi tumpuan kepada tugas yang asas atau back to basic, YBhg. Dato’ Mohammad Izat juga menyentuh mengenai basic target group, basic crop, basic function, basic delivery system dan beyond basic. Pekebun kecil getah merupakan kumpulan sasar yang utama bagi RISDA. Tanaman yang diberi keutamaan ialah getah manakala program tanam semula merupakan fungsi utama sejak dari awal penubuhannya. Selain daripada peranan yang dinyatakan RISDA perlu mempunyai sistem penyampaian yang berkesan. Tumpuan RISDA tidak terhad kepada peranan asal semata-mata tetapi menjangkau jauh lebih daripada tugas asal yang dinyatakan.

Ketua Pengarah berkata RISDA perlu mewujudkan pakar dalam sesuatu bidang. Contohnya dalam bidang baja supaya boleh dijadikan tempat rujukan dan pegawai yang terpilih hendaklah bersedia mengikuti kursus berkaitan.

YBhg. Dato’ Mohammad Izat memaklumkan bahawa 95% daripada jumlah pengeluaran getah negara merupakan sumbangan sektor pekebun kecil. Sumbangan mereka tidak boleh dipandang sepi dan beliau berharap harga komoditi ini akan terus meningkat demi memastikan kesejahteraan kehidupan mereka.

Ujar beliau “Sekiranya kita gagal memartabatkan kehidupan mereka, maknanya kita telah gagal melaksanakan amanah yang diberi. Selain itu, RISDA diamanah untuk mengekalkan keluasan tanaman getah 800,000 hektar pada satu-satu masa.” Beliau mahu setiap pegawai sama ada kakitangan bawahan mahupun atasan memberi komitmen yang serius dalam melaksanakan tugas masing-masing.

“RISDA merupakan satu-satunya agensi badan berkanun bertanggungjawab kepada pembangunan pekebun kecil. RISDA bertindak sebagai payung kepada 316,000 orang pekebun kecil di seluruh pelusuk tanah air. Tahun 2007 merupakan tahun kedua pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) semoga peratus miskin tegar dalam kalangan pekebun kecil menjurus kepada sifar menjelang tahun 2010,” tambah beliau.

YBhg. Dato’ Mohammad Izat berharap Amanat Pengurusan 2007 yang dibentangkan pada 26 Disember 2006 di Kuantan akan dijadikan panduan dalam melaksanakan program pembangunan sepanjang tahun 2007 selain meneliti dan menilai pencapaiannya berdasarkan amanat tersebut.

4 5

PeristiwaPeristiwa

“SEJAUH MANAKAH SUMBANGAN KITA KEPADA PEKEBUN KECIL?

Adakah mereka berpuas hati dengan perkhidmatan yang kita beri? Mampukah kita menyelesaikan masalah mereka?”

- YBhg. Dato’ Mohammad Izat Hasan Oleh: Hajah Robiyah Ismail

YBhg. Dato’ Mohammad Izat Hasan - Ketua Pengarah RISDA

Page 6: PELANCARAN ‘IMPIAN 500’ · pokok getah dari mula menanam hingga ke peringkat pengeluaran hasil. Timbalan Perdana Menteri menambah, “Kerajaan bersedia membantu golongan luar

TeknologiPeristiwa

‘’Pegawai dan kakitangan RISDA di semua peringkat sama ada golongan profesional atau sokongan serta institusi pekebun kecil seperti Perkumpulan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) mempunyai agenda yang sama seperti yang telah diatur oleh kerajaan. Agenda tersebut dilaksanakan melalui Program Modal Insan bagi memberi kefahaman, pengetahuan dan ilmu ke arah memupuk serta menerapkan jati diri dalam kalangan mereka.‘’Demikian ditegaskan oleh En. Ali Nordin Wahiduddin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) RISDA semasa berucap merasmikan penutupan Bengkel Pengurusan PWPK Negeri Terengganu Tahun 2007 di Marang, Terengganu pada 6 Februari 2007 yang lalu.

Menurut beliau lagi, ‘’ Kita perlu mengambil contoh rakyat Negara Jepun yang mempunyai jati diri yang terpuji dalam menjalani kehidupan seharian. Melalui pembentukan jati diri dapat melahirkan anak-anak bangsa yang berdaya maju pada masa akan datang. ‘’

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) turut memberi penekanan pelaksanaan program modal insan bagi melahirkan rakyat Malaysia minda kelas pertama dan bebas daripada belenggu kemiskinan. Justeru itu RISDA Negeri Terengganu telah menganjurkan Bengkel PWPK bagi memberi peluang kepada pekebun kecil wanita dan anak-anak perempuan mereka menimba pelbagai ilmu.

Bengkel Pengurusan PWPK Negeri Terengganu telah diadakan pada 4 hingga 6 Februari 2007 di Hotel Seri Malaysia, Marang melibatkan 130 orang ahli. Antara pengisian Bengkel PWPK ini ialah ceramah motivasi bertajuk Berbekal Untuk Akhirat, Peluang

Pembiayaan Yang Disediakan oleh Yayasan Pembangunan Usahawan Negeri Terengganu, dan Menjadi Usahawan Berjaya. Tn.Haji.Omar Paimin, Pengarah Bahagian Pengembangan dan Kesejahteraan Rakyat, turut membentangkan kertas kerja bertajuk Arah Hala PWPK Negeri Terengganu. Semua Pembantu Pertanian RISDA (wanita) selaku penyelia PWPK dan peserta yang hadir telah berbincang membentuk Pelan Tindakan PWPK sehingga tahun 2010.

Setakat akhir tahun 2006 Negeri Terengganu mempunyai 40 buah PWPK dengan keahlian seramai 534 orang. Daripada jumlah tersebut seramai 50 orang telah mencapai pendapatan tidak kurang daripada RM500 sebulan daripada projek yang diusahakan. PWPK juga telah melahirkan beberapa orang usahawan yang mempunyai perusahaan yang mantap dan berdaya maju. Antaranya Pn. Noraini Mohd Nor, pengusaha manisan kerek (PWPK Tok Kah, Dungun), Pn. Khadijah Yusof, pengusaha kerepek pisang (PWPK Kg. Teris, Hulu Terengganu), Pn.Esah Mat Amin, pengusaha makanan berproses (PWPK Langkap Setiu). Selain daripada perusahaan makanan terdapat juga usahawan dalam bidang kraftangan. Pn Samariah Salleh merupakan pengusaha kraftangan daun getah dan jahitan (PWPK Kg.Bekob, Besut) dan Pn.Rohani Ibrahim yang telah berjaya menubuhkan syarikat DNI Collection yang mengusahakan jahitan T-shirt, dari PWPK Gemuroh, Tepoh Kuala Terengganu. Rata-rata usahawan muda ini telah memperoleh pendapatan bulanan melebihi RM2000 sebulan.

Diharapkan melalui program ini, akan dapat membangunkan minda serta sikap ahli PWPK supaya lebih bersemangat untuk meningkatkan ilmu, kemahiran dan seterusnya meningkatkan pendapatan keluarga mereka. Disamping itu dapat mewujudkan rantaian pemasaran serta jalinan mesra antara ahli-ahli PWPK. Bengkel ini juga merangka dan berkongsi pengalaman strategi ke arah pengwujudan usahawan berjaya seperti yang ditekankan dalam Amanat Pengurusan RISDA 2007.

Program Modal Insan Memupuk

Jati DiriOleh : Sayed Dol Islam Syed Ali

6 7Berbincang merangka Pelan Tindakan PWPK Sesi dialog bagi memperoleh keterangan lanjut

En Ali Nordin Wahiduddin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta bengkel

Page 7: PELANCARAN ‘IMPIAN 500’ · pokok getah dari mula menanam hingga ke peringkat pengeluaran hasil. Timbalan Perdana Menteri menambah, “Kerajaan bersedia membantu golongan luar

TeknologiPeristiwa

PENYAKIT AKAR POKOK

GETAH

6 7

Pendahuluan

Di negara kita terdapat tiga jenis penyakit akar yang utama iaitu penyakit akar putih, akar merah dan akar perang. Penyakit akar yang disebabkan oleh kulat merupakan penyakit yang paling berbahaya terhadap tanaman getah. Ia berjangkit dari pokok ke pokok melalui sentuhan akar. Jika tidak dikawal kesemua pokok dalam satu-satu kawasan itu boleh dijangkiti. Penyakit akar boleh juga berjangkit dari benih kulatnya, iaitu spora. Spora yang berasal daripada ibu kulat boleh diterbangkan oleh angin dan tumbuh pada bahagian pokok yang terluka dan tunggul yang terdedah. Penyakit akar kebiasaannya menyerang akar sisi dan kemudian menjalar ke pangkal akar pokok dan menyebabkan pokok mati.

Tanda Serangan Penyakit Akar:

• Daun pokok yang dijangkiti oleh penyakit akar akan bertukar warna menjadi kekuningan

• Daun akan menjadi keras dan melengkung ke bawah• Pada permulaanya, tanda ini hanya melibatkan satu atau

dua dahan sahaja, tetapi akhirnya akan melibatkan seluruh pokok

• Daun akhirnya gugur dan pokok akan mati• Pokok yang dijangkati penyakit akar mungkin berbunga

dan berbuah di luar musim

Penyakit Akar Utama

Terdapat tiga jenis penyakit akar yang utama iaitu:• Penyakit akar putih (Rigidoporus lignosus)• Penyakit akar merah (Ganoderma philippii)• Penyakit akar perang (Phellinius noxious)

Pengurusan Penyakit Akar:

Pembersihan Kawasan Ladang Yang Betul

• Pembersihan kawasan dengan menggunakan jentera untuk menumbangkan pokok, menggorek tunggul dan akar-akar sebelum dibuang untuk dibakar atau dikumpulkan di satu tempat

• Buang pokok dan akar berpenyakit untuk mengurangkan punca penyakit semasa pembersihan ladang

• Tunggul pokok getah tua hendaklah diracun supaya cepat reput. Racun seperti Garlon dengan kekuatan 10% hendaklah disapu di sekeliling tunggul

Merawat Dengan Belerang

• Rawatan dengan belerang disyor untuk kawasan dijangkiti penyakit akar yang akan ditanam semula

• Gunakan serbuk belerang pada kadar 120 gram selubang• Bubuh belerang dalam lubang tanaman serta tabur sedikit

pada tanah sebelum mengambus kembali tanah ke dalam lubang tanaman

Menanam Kekacang Penutup Bumi

• Kekacang penutup bumi jenis menjalar akan mengurangkan kejadian penyakit akar kerana ianya mempercepatkan pereputan akar yang berpenyakit.

Merawat Dengan Menggunakan Racun Kulat

• Kesan pokok yang diserang penyakit dengan menjalankan pemeriksaan daun setiap tiga bulan

• Tentukan jenis penyakit akar dengan mengorek sedikit tanah di pangkal pokok dan mengesan kewujudan miselium kulat

• Merawat penyakit akar putih dengan menyiram racun kulat di sekeliling pangkal pokok yang dijangkiti

• Merawat penyakit akar merah atau perang dengan kaedah menyapu racun kulat

Penutup

Penyakit akar perlu dicegah dan dirawat sebelm merebak. Jangkitannya menyebabkan pokok mati dan mengurangkan bilangan pokok seterusnya menjejaskan produktiviti kawasan yang diserang.

Petikan brosur Bahagian Pengembangan dan

Kesejahteraan Rakyat, RISDA

Page 8: PELANCARAN ‘IMPIAN 500’ · pokok getah dari mula menanam hingga ke peringkat pengeluaran hasil. Timbalan Perdana Menteri menambah, “Kerajaan bersedia membantu golongan luar

kerana ia lebih menyeluruh dan dapat dilakukan dalam tempoh yang berpatutan.

Semasa membaja menggunakan abu tandan, langkah-langkah keselamatan perlu dititikberatkan supaya abu tandan tidak terkena pada permukaan kulit dan mengelakkan gangguan pernafasan.

Penggunaan abu tandan memberi beberapa kebaikan. Keasidan tanah boleh dikurangkan kerana ia boleh meningkatkan aktiviti mikrobiologi tanah dan mengurangkan unsur nitrogen daripada tanah berasid. Abu tandan sesuai digunakan bagi menggantikan baja kimia dengan kandungan nutrien yang sama kerana nutrien dari sumber organik adalah lebih baik untuk pertumbuhan pokok.

Penggunaan abu tandan dapat menjimatkan kos baja sehingga 70% dan ia juga merupakan salah satu amalan pertanian yang baik (GAP).

Selaras dengan Dasar Amalan Pertanian yang baik serta mesra alam, amalan pembajaan menggunakan baja organik seperti abu tandan adalah digalakkan kerana dapat mengembalikan nutrien kepada tanah dan mengawal keseimbangan ekologi alam sekitar.

8 9

InovasiTeknologi

Abu tandan merupakan bahan alternatif yang boleh digunakan bagi menggantikan baja kimia. Ia digunakan di kawasan yang mempunyai kemasaman (keasidan) tanah yang tinggi. Abu tandan bersifat alkali yang tinggi iaitu pada paras pH12 dan amat sesuai digunakan di kawasan tanah gambut, asid sulfat dan berpaya.

Sebagai contoh, di Ladang RISDA Bera sebanyak 30% daripada kawasannya merupakan kawasan rendah dan air mudah bertakung. Keadaan ini menyebabkan berlakunya ‘pengikatan nitrogen’ (nitrogen fixation) dan mengakibatkan kemasaman tanah meningkat.

Bagi mengurangkan kemasaman tanah, abu tandan ditabur bagi menggantikan baja kimia Muriate of Potash (MOP). Sebelum abu tandan ditabur, parit perlu digali di kawasan yang bermasalah. Teknik pembajaan yang dilakukan adalah secara tabur terus (manual) atau menggunakan jentera penyembur (spreader). Pembajaan dengan jentera adalah lebih cepat tetapi terhad kepada kawasan antara lorong tanaman manakala pembajaan secara manual mengambil masa yang lama. Pembajaan akan lebih berkesan dengan menggabungkan kedua-dua kaedah

Amalan Pembajaan Menggunakan

‘Abu Tandan’ Oleh : Che Norizan Che Aziz

Abu tandan merupakan bahan alternatif yang boleh digunakan

bagi menggantikan baja kimia

Page 9: PELANCARAN ‘IMPIAN 500’ · pokok getah dari mula menanam hingga ke peringkat pengeluaran hasil. Timbalan Perdana Menteri menambah, “Kerajaan bersedia membantu golongan luar

Pemangkasan dahan bagi pokok getah remaja dan pelepah sawit merupakan antara beberapa amalan agronomi yang perlu dilakukan dengan cermat. Pemangkasan dahan pokok getah sama ada cantasan terkawal atau cantasan pembetulan mempengaruhi pertumbuhan pokok peringkat muda bagi memperoleh pendahanan pokok yang seimbang, batang yang lurus serta ketinggian batang yang mencukupi untuk kerja penorehan.

Kebiasaannya peralatan yang digunakan untuk mencantas dahan pokok getah ialah gunting (scateurs) bagi dahan yang kecil dan rendah manakala dahan yang besar menggunakan gergaji.

Cantasan bagi pokok getah perlu dilakukan berhati-hati bagi mengelakkan pokok cedera. Mencantas dengan gunting atau gergaji ada ketikanya sukar dan meletihkan. Bagi pokok yang tinggi mungkin memerlukan tangga.

Bagi tanaman sawit matang mencantas pelepah dilakukan dengan menggunakan mata pahat. Galah digunakan untuk mencantas pelepah yang tinggi.

Memikirkan kepayahan yang terpaksa ditanggung oleh pekebun kecil bagi kerja memangkas dahan pokok getah atau pelepah sawit, En Mohd Zakri Hussin daripada Pejabat RISDA Negeri Kelantan, tampil memperkenalkan sebuah penemuan baru iaitu mesin pemangkas.

Mesin yang diberi nama E-Cutter atau ‘Pemangkas Rantai Bergalas’ yang telah dicipta pada tahun 2005 mendapat perhatian daripada pelbagai pihak termasuk Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

E-Cutter diilhamkan daripada fungsi pisau mesin rumput (bush-cutter) dan gergaji (chain saw). E-Cutter boleh digunakan dalam berbagai kegunaan termasuk memangkas dahan pokok. Penggunaanya adalah lebih ekonomik pada ketinggian pokok melebihi tiga meter. Alat sokongan seperti tangga atau galah tidak diperlukan semasa melakukan kerja-kerja memangkas. Selain itu, E-Cutter amat sesuai digunakan untuk memangkas pelepah dan mengait tandan sawit bagi pokok berumur antara 3 hingga 10 tahun. Ternyata kerjanya lebih cepat dan ringan berbanding menggunakan mata pahat atau galah panjang.

Selain senang dibawa, E-Cutter mudah dikendalikan bagi melakukan kerja di ladang. Ia hanya perlu digalas seperti mesin rumput. Rekacipta ini adalah praktikal dan boleh dimanfaatkan sepenuhnya bagi meringankan bebanan kerja dalam usia yang semakin lanjut.

Untuk keterangan lanjut, perekacipta E-Cutter boleh dihubungi melalui talian: 09-7484077 (Pej. RISDA Negeri Kelantan)atau 019-9685559

E-Cutter – Pemangkas Rantai Bergalas

Oleh : Mohd Zakri Husin

8 9

InovasiTeknologi

Mencantas dahan menggunakan E-Cutter

E-Cutter memudahkan kerja mencantas pelepah sawit

Tangga digunakan bagi memudahkan kerja memotong dahan yang tinggi

Page 10: PELANCARAN ‘IMPIAN 500’ · pokok getah dari mula menanam hingga ke peringkat pengeluaran hasil. Timbalan Perdana Menteri menambah, “Kerajaan bersedia membantu golongan luar

PAJAK GADAI AR-RAHNU Perniagaan Teras KPK KBBT BHD.

Oleh: Mohd Zakri Hussin

Keteguhan sesebuah koperasi memerlukan kekuatan asas yang mantap. Aktiviti perniagaan yang produktif

dan praktikal dapat mempertingkatkan imej dan keutuhan organisasi serta setiap syer yang dilaburkan anggota memberi keuntungan kepada pelabur.

Sejumlah 59 buah Koperasi Pekebun Kecil Getah RISDA ( KPK ) seluruh negara mempunyai kelebihan tertentu dalam mengurus aktiviti perniagaan mereka, lebih-lebih lagi perniagaan teras yang menjadi sumber utama pendapatan kepada KPK.

Kebanyakan aktiviti teras yang dijalankan oleh KPK adalah berasaskan pertanian seperti pengurusan kebun tanam semula, pembelian getah dan sawit serta jualan input pertanian. Koperasi Pekebun Kecil Kota Bharu, Bachok, Tumpat Bhd. (KBBT) memilih perniagaan pajak gadai secara Islam atau Ar-Rahnu sebagai aktiviti teras mereka. Kedai pajak gadai tersebut beroperasi di Pekan Ketereh, Kota Bharu, merupakan projek yang berpotensi untuk berkembang dan terbukti telah meyakinkan pemajak-pemajak emas di sekitar jajahan malah di Negeri Kelantan.

Pemajak tidak perlu bimbang dengan sistem Ar-Rahnu kerana konsep yang diketengahkan berlandaskan prinsip syariah. Penggadaian dengan cara mengambil upah simpan selama enam bulan sudah memadai dan tidak membebankan pemajak yang berurusan. Berbanding dengan pajakan cara konvensional rata-rata pemajak menggunakan kadar upah simpan yang tinggi dan lebih menguntungkan perniagaan mereka.

Berikut ialah jadual nilai marhun berbanding kadar upah simpan sebulan sistem Pajak Gadai Ar-Rahnu :

NILAI MARHUN KADAR UPAH SIMPAN SEBULAN AR-RAHNU

RM100 – RM400

RM401 – RM2000

RM2001 – RM10,000

RM0.60

RM0.85

RM0.95

Melalui kedai Pajak Gadai Ar-Rahnu risiko pengurusan adalah sifar kerana segala pinjaman disandarkan kepada barangan gadaian emas tulen sahaja. Peminjam tidak mengalami kerugian jika berlaku lelongan. Ini kerana lebihan wang daripada barang yang dilelong akan dipulangkan kepada pemajak setelah ditolak caj pengurusan Ar-Rahnu.

Menurut Pengurus Besar KPK KBBT, Tn Hj. Zakaria Mohd Kassim, Ar-Rahnu mula beroperasi pada 2 Februari 2002 dengan modal berbayar RM300,000. Selepas beroperasi selama tujuh hari kedai pajak gadai ini terpaksa ditutup disebabkan kehabisan modal. Memandangkan bilangan pelanggan melebihi jangkaan, pengurusan KPK telah membuat pinjaman melalui Tabong Sosio-Ekonomi Pekebun Kecil berjumlah RM200,000 dan pelaburan khas anggota Ar-Rahnu seramai 144 orang. Sehingga Mei 2006 jumlah pelaburan terkumpul mencecah RM1,104,690.82. Pembahagian keuntungan seperti diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga 70% adalah kepada pelabur Al-Mudharabah dan 30% kepada KBBT.

Pada tahun 2005 kadar upah simpan yang dikumpulkan mencecah RM162,690.10 dan daripada keuntungan tersebut KPK ini telah mengeluarkan dividen berjumlah RM78,235.34 kepada pelabur.

Memandangkan keberkesanan dan permintaan tinggi terhadap pajak gadai berkonsep Islam seperti ini, pihak pengurusan KPK bercadang untuk membuka satu lagi cawangan di luar jajahan dalam jangka masa terdekat.

Kepada mereka yang berminat dan untuk keterangan lanjut KBBT boleh dihubungi di alamat :

Koperasi Pekebun Getah Kota Bharu, Bachok, TumpatLot PT 185, Pekan Ketereh16450 Ketereh, KelantanTel : 09-7886832

10 11

EkonomiKoperasi

YBhg. Dato’ Mohammad Izat ketika melawat KBBT Bhd

Page 11: PELANCARAN ‘IMPIAN 500’ · pokok getah dari mula menanam hingga ke peringkat pengeluaran hasil. Timbalan Perdana Menteri menambah, “Kerajaan bersedia membantu golongan luar

Langkah RISDA Kelantan Tengah (Tanah Merah) membina Pusat Pengumpulan Getah (PPG) memberi banyak kemudahan dan kebaikan kepada ramai pekebun kecil dalam kawasan berkenaan. Ini terbukti apabila dalam tahun 2006 lima PPG yang telah beroperasi iaitu di Kampung Kuala Tiga, Lubok Bonggor, Pulai Chondong, Air Kayan dan Pangkal Meleret telah berjaya mengumpulkan 1.2 juta kilogram getah buku dengan nilai RM4.2 juta.

Pusat pengumpulan yang paling menonjol ialah PPG Kuala Tiga, yang pada tahun 2006 telah dapat mengumpul lebih 400 ribu kilogram getah buku dengan nilai RM1.6 juta. Keseluruhan PPG telah melantik Koperasi Pekebun Kecil (KPK) sebagai pembeli iaitu KPK Tanah Merah Bhd. (KOPKEJAT) serta KPK Machang.

Dalam tahun 2006 RISDA Kelantan Tengah telah membina enam lagi PPG yang melibatkan dua jajahan iaitu Machang dan Tanah Merah. Pembinaan ini telah menelan belanja sebanyak RM36,000. Dengan terlaksananya aktiviti pengumpulan getah di Pusat Pengumpulan Getah ini harga getah dapat dikawal dan sebagai pembeli KPK pula telah dapat menjalankan tanggungjawab sosialnya kepada ahli.

Mengikut kata Pengerusi PPG Kampung Kuala Tiga En. Husin Loman atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Su, “Kini pelesen luar tidak lagi boleh meletakkan harga yang sewenang-wenangnya sebaliknya mereka terpaksa saling bersaing menawarkan harga tinggi untuk mendapat getah buku.” Bagi pekebun kecil tempatan pula rata-rata mereka mengucap syukur kepada Allah kerana penat lelah mengerjakan kebun getah telah memberi pulangan yang lumayan. Pendapatan tersebut dapat meringankan beban mereka lebih-lebih lagi dewasa ini semua harga barang keperluan melambung naik.

Bagi pengurusan RISDA Kelantan Tengah, dengan pelaksanaan PPG ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan bilangan pekebun kecil kategori miskin tegar dan miskin. Sasaran pembasmian miskin tegar kepada sifar dan miskin kepada 0.5% dalam kawasan RISDA Kelantan Tengah ini mungkin dapat dicapai lebih awal dari matlamat sebelum

tahun 2010.

10 11

EkonomiKoperasi

PPG BERI MANFAAT KEPADA PEKEBUN KECIL

Oleh: Md. Rushdi Setapa

Pusat Pengumpulan Getah

Getah dijemur bagi memperoleh harga yang lebih menarik

Page 12: PELANCARAN ‘IMPIAN 500’ · pokok getah dari mula menanam hingga ke peringkat pengeluaran hasil. Timbalan Perdana Menteri menambah, “Kerajaan bersedia membantu golongan luar

Pada tahun 1992 seramai 44 orang pekebun kecil dari Kampung Balun, Slim River, Perak telah bermuafakat untuk menggantikan pokok getah tua yang tidak produktif dengan benih getah berpenghasilan tinggi.

Melalui majlis penerangan dan bimbingan yang dijalankan oleh pegawai luar RISDA Daerah Batang Padang/Hilir Perak, mereka telah bersetuju untuk memajukan kebun milik mereka dengan jumlah keluasan 82.155 hektar untuk dibangunkan secara Tanam Semula Berkelompok (TSB).

Pembangunan tanam semula secara kelompok memberi banyak faedah kepada peserta, antaranya kos pembangunan seunit dapat dikurangkan di samping memberi peluang pekerjaan kepada peserta dan penduduk kampong.

Tuan Hj. Rahim Johan, Ketua Kampung, Kampung Balun telah dilantik sebagai Pengerusi TSB dan En. Mohd Sharif Shamsudin selaku Setiausaha TSB Kampung Balun. Selain daripada Pengerusi dan Setiausaha, ahli jawatankuasa juga dilantik dalam kalangan peserta TSB.

Pengurusan RISDA Daerah Batang Padang/Hilir Perak sentiasa menganjurkan kursus dari masa ke masa bagi menyalurkan maklumat mengenai teknologi dan penemuan terkini serta maklumat-maklumat lain berkaitan industri getah.

AJK TSB memainkan peranan aktif dari segi pemilihan pemborong bagi kerja-kerja pembangunan utama mereka menguruskan sendiri kerja penyenggaraan kebun, penorehan dan pemasaran hasil. Walaupun kini telah berusia 15 tahun TSB Kampung Balun masih dapat mengekalkan institusinya.

Setelah mengambil kira semua kos penyenggaraan kebun serta input pertanian AJK TSB telah menetapkan kongsi untung pada nisbah 60% untuk tabung TSB dan 40% kepada peserta. Agihan 60% keuntungan kepada tabung TSB adalah untuk menampung kos penyenggaraan, pengurusan serta membayar gaji pekerja.

Kini TSB Kampung Balun mempunyai 32 orang penoreh mahir yang merupakan bekas penoreh estet dan peserta TSB serta

lapan orang pemandu kenderaan seperti lori, van, pacuan empat roda dan traktor.

Penoreh dibayar upah mengikut Malaysian Agriculture Producers Association (MAPA) dan National Union Plantation Workers (NUPW). Di samping itu mereka memperoleh caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan SOCSO.

TSB Kampung Balun telah memilih sistem tanaman padat iaitu 536 pokok sehektar, mengamalkan sistem torehan S/2d/2 dan menghasilkan getah buku. Getah dijual setiap hari dan purata kandungan getah kering yang diperoleh ialah 52%. Jumlah hasil bagi tahun 2006 ialah 196,601.6 kilogram kering dengan purata produktiviti 2393 kilogram sehektar setahun.

Selain mengamalkan tanaman padat TSB Kampung Balun turut mengamalkan teknologi rangsangan menggunakan etefon dan membaja mengikut yang disyorkan.

Kini TSB Kampung Balun mempunyai dua buah lori muatan satu tan bagi mengangkut getah buku, sebuah van dan kenderaan pacuan empat roda bagi mengangkut pekerja dan sebuah traktor untuk kegunaan kerja ladang.

Sebagai pengiktirafan, Pengurusan RISDA Negeri Perak telah memilih TSB ini bagi menerima anugerah Pengurusan dan Penghasilan TSB Terbaik bagi Negeri Perak sempena Hari Kualiti RISDA Negeri Perak pada akhir tahun 2006.

Lawatan kerja YBhg. Dato’ Mohammad Izat Hasan, selaku Ketua Pengarah RISDA pada November 2006 turut memberi semangat dan perangsang kepada AJK TSB untuk meningkatkan prestasi supaya lebih cemerlang.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada AJK TSB ini kerana telah menguruskan ladang dengan jayanya dan mampu menyaingi produktiviti sektor estet. Bagi mereka yang berminat untuk berkongsi pengalaman boleh menghubungi Encik Mohd. Sharif melalui talian 017-5200754.

TSB Kg. Balun, Slim River- Produktiviti Setanding Estet

Oleh: Nadarajah M. Vaithilingam

12 13

EkonomiEkonomi

Tn Hj Ahmad Sapawi Abu Pegawai RISDA Daerah Batang Padang/Hilir Perak (paling kiri) bersama AJK TSB dan En Meor

Zamnis, Pengarah RISDA Negeri Perak (paling kanan)Traktor milik TSB untuk menjalankan kerja ladang

Page 13: PELANCARAN ‘IMPIAN 500’ · pokok getah dari mula menanam hingga ke peringkat pengeluaran hasil. Timbalan Perdana Menteri menambah, “Kerajaan bersedia membantu golongan luar

Projek menanam pokok getah dengan menyelang selikan tanaman lain atau dikenali secara integrasi tidak lagi asing kepada pekebun kecil. Usaha bagi menambah pendapatan ini telah lama dihebahkan oleh RISDA kepada pekebun kecil. Menyedari faedah bakal diperoleh daripada projek tanaman integrasi ramai pekebun kecil menyambut baik saranan agensi tersebut.

Turun naik harga getah di pasaran global yang memberi kesan kepada pendapatan pekebun kecil dijadikan iktibar oleh pekebun kecil Kg. Durian Hijau, Jerantut untuk memulakan projek integrasi getah dengan tanaman salak. Lebih meyakinkan setelah En. Sahidi Nong Saman 46 tahun dan isterinya Pn. Zaitun Abdul Hamid, 38 tahun, mengunjungi pameran tanaman anjuran Jabatan Pertanian.

Setelah mendapat kata sepakat, En. Sahidi mengambil keputusan untuk menanam salak berselang seli dengan getah atas tanah seluas 5.14 hektar. Beliau memilih tanaman salak setelah mendapat nasihat daripada Jabatan Pertanian tentang sifatnya yang mudah diurus.

Antara lainnya, ketinggian pokok antara satu hingga satu setengah meter tidak mengganggu tumbesaran pokok getah. Selain itu, pokok salak juga ‘tidak manja’ atau dalam erti kata lain tidak memerlukan penjagaan rapi. Ianya jenis pokok lasak dan tidak mudah kena serangan penyakit. Namun seperti pokok lain, pokok salak perlu dibaja mengikut jadual bagi memperoleh hasil yang menggalakkan.

Musim pengeluaran buah yang utama bagi tanaman salak ialah dua kali setahun namun ia sentiasa berbuah sepanjang tahun tetapi dalam kuantiti yang sederhana. Sejak ditanam sembilan tahun lalu, 2000 pokok salak yang ditanam telah mengeluarkan hasil purata antara 30 hingga 40 kilogram sepokok.

Pada peringkat awal, En. Sahidi dan isteri menghadapi sedikit masalah untuk membuang duri daripada buah salak. Hasil kreativiti, beliau berjaya mencipta alat khas membuang duri salak sebelum dijual dan masalah tersebut telah dapat diatasi.

Pasangan ini tidak menghadapi masalah pasaran. Pelanggan datang sendiri mendapatkannya dirumah dengan harga antara RM5 hingga RM7 sekilogram mengikut gred buah. Lebih 50 Kilogram sehari diperlukan oleh pasangan ini bagi memenuhi permintaan pelanggan. Pengalaman menanam salak menambah bidang kemahiran mereka yang kini berkemampuan melakukan pendebungaan yang merupakan proses penting bagi menentukan penghasilan buah salak yang tinggi.

Di samping buah salak, mereka juga menjual benih salak dengan harga RM1.50 hingga RM2.50 sepokok. Pendek kata, berkat ketabahan, ketekunan dan sentiasa mendengar nasihat daripada agensi kerajaan yang berkaitan tanaman salak telah memberi pulangan lumayan kepada En. Sahidi sekeluarga.

Untuk keterangan lanjut beliau boleh dihubungi melalui talian 09-4680120

12 13

EkonomiEkonomi

PROJEK INTEGRASI GETAH SALAK

Makmurkan Kehidupan Pekebun Kecil Jerantut

Oleh:Sulaiman Chik

Buah salak segar

En Sahidi bersama keluarga

Alat untuk membuang duri pada buah salak

Page 14: PELANCARAN ‘IMPIAN 500’ · pokok getah dari mula menanam hingga ke peringkat pengeluaran hasil. Timbalan Perdana Menteri menambah, “Kerajaan bersedia membantu golongan luar

14 15

Berita BergambarBerita Bergambar

YAB Dato’ Seri Najib melawat gerai pameran sempena Pelancaran Impian 500

Tetamu yang hadir semasa Majlis Pelancaran Kelab 2000 YB Dato’ Seri Abd Aziz Shamsuddin menikmati buah pitaya di gerai pameran semasa Pelancaran Kelab 2000

Dari kiri: YBhg. Dato’ Ramli Mohd Kassim (Tim. Ketua Pengarah Pengurusan) YBhg. Dato’ Mohammad Izat Hasan (Ketua Pengarah

RISDA) dan En. Ali Nordin Wahiduddin (Tim. Ketua Pengarah Pembangunan) ketika Mesyuarat Pelaksanaan & Pengesanan

Bil.2/2007 di Sungai Petani, Kedah

YBhg. Dato’ Mohammad Izat (lima dari kiri) melakukan lawatan kerja ke Rancangan Tanam Semula Berkelompok Bukit Kuang, Sg. Petani

Page 15: PELANCARAN ‘IMPIAN 500’ · pokok getah dari mula menanam hingga ke peringkat pengeluaran hasil. Timbalan Perdana Menteri menambah, “Kerajaan bersedia membantu golongan luar

14 15

Berita BergambarBerita Bergambar

YB Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib Pengerusi RISDA dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Pelajar Kolej RISDA Melaka

YB Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib menyampaikan replika kunci tanda penyerahan Dewan RPK Kg. Pengkalan, Bukit Kechik

Simpor, Sg. Petani, Kedah

YAB Dato’ Seri Abd Aziz Shamsuddin, Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyampaikan Sijil Keahlian Kelab 2000 kepada salah seorang peserta

Pengerusi Bersama Mesyuarat Interaktif RISDA - LGM:En. Ali Nordin Wahiduddin (kiri) dan Dr. Mohd. Akhbar Md. Said

(Timbalan Ketua Pengarah Penyelidikan dan Inovasi LGM)

Sebahagian daripada pekebun kecil yang menghadiri Majlis Pelancaran Kelab 2000 yang diadakan di Kg. Jenud, Raub Pahang

Page 16: PELANCARAN ‘IMPIAN 500’ · pokok getah dari mula menanam hingga ke peringkat pengeluaran hasil. Timbalan Perdana Menteri menambah, “Kerajaan bersedia membantu golongan luar

“Sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dijangka terus menjadi salah satu tonggak utama pembangunan negara pada masa kini. Peranannya sebagai pendokong pertumbuhan ekonomi perlu diberi perhatian, termasuk membantu syarikat tempatan, khususnya bumiputera bagi mempelbagaikan produk dan pasaran.

Jus te ru , da l am Rancangan Ma lay s i a Kesemb i l an (RMKe-9), pertumbuhan IKS terutama di luar bandar akan terus dipertingkatkan terutama yang membabitkan usahawan bumiputera dalam pelbagai bidang dan seterusnya dapat membantu mereka keluar daripada garis kemiskinan,” demikian dinyatakan oleh YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Hj. Mohd. Ali Rustam dalam Majlis Pelancaran Karnival Desa Ria Negeri Melaka. Teks ucapan beliau telah disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Ismail Saleh.

Karnival tersebut telah dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan RISDA Negeri Melaka telah dilantik sebagai tuan rumah.

Menurut beliau lagi, Kerajaan Negeri Melaka sememangnya komited untuk membasmi kemiskinan terutama miskin tegar dengan merancang pelbagai program pembangunan bagi mencapai sasaran kemiskinan sifar menjelang Melaka menjadi negeri maju pada tahun 2010.

Sejajar dengan itu, dalam agenda pembangunan Negeri Melaka tahun hadapan, kerajaan negeri akan terus memberi

tumpuan kepada kumpulan sasar yang telah dikenal pasti bagi mengeluarkan mereka daripada kelompok kemiskinan.

Ujar beliau, kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha yang telah dijalankan oleh KKLW bersama agensi seperti RISDA dan agensi-agensi lain di bawahnya untuk melahirkan lebih ramai usahawan dan seterusnya dapat membasmi kemiskinan terutama di kalangan masyarakat luar bandar.

Selain itu, beliau berharap RISDA dan agensi-agensi lain yang berkaitan dapat membantu usahawan IKS dengan meningkatkan kesedaran mereka terhadap kepentingan maklumat dalam bidang yang diceburi sama ada dari segi pemasaran, khidmat nasihat profesional dan pengurusan.

Di samping itu, dalam konteks persaingan global aspek kualiti yang konsisten, penawaran yang berterusan dan kos pengeluaran yang rendah merupakan faktor yang penting menentukan kejayaan sesebuah perniagaan. Daya saing dan daya tahan pengusaha bergantung kepada kreativiti dan inisiatif dalam mencipta peluang yang lebih baik untuk merebut pasaran.

“Para usahawan perlulah komited dan bersungguh-sungguh dalam usaha untuk menjayakan diri mereka dalam bidang yang diceburi. apa yang penting pastikan produk yang dihasilkan adalah berkualiti dan dapat menarik minat pelanggan” tambah

beliau lagi.

16 17

PeristiwaPeristiwa

IKS Bantu Basmi KemiskinanOleh Azhari Abd. Aziz

Datuk Wira Ismail Saleh memukul gong bagi merasmikan Majlis Pelancaran Karnival Desa Ria Negeri Melaka

Datuk Wira Ismail Saleh melawat gerai jualan

Page 17: PELANCARAN ‘IMPIAN 500’ · pokok getah dari mula menanam hingga ke peringkat pengeluaran hasil. Timbalan Perdana Menteri menambah, “Kerajaan bersedia membantu golongan luar

“Kejayaan usahawan amat bergantung kepada kepuasan pelanggan yang berkait rapat dengan pengetahuan, kemahiran serta di olah dengan kreativiti masing-masing,” Kata En. Zainal Abd. Rahim yang mewakili Timbalan Ketua Pengarah RISDA (Pembangunan) ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Sijil Kursus Juru Kecantikan pada 6 Februari 2007 yang lalu

“Juru kecantikan merupakan bidang berpotensi di pasaran tenaga kerja sejajar dengan kepentingan unsur-unsur kecantikan yang telah menambat kesedaran dalam kalangan wanita masa kini,” kata beliau lagi.

“Walaupun peserta telah menamatkan kursus, namun mereka perlu menjalinkan interaksi yang berkaitan, semangat untuk perkongsian idea dan inovasi ke arah peningkatan kemahiran juru kecantikan,” tegas beliau.

“Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah menyediakan kursus kemahiran sebagai langkah untuk meningkatkan aktiviti ekonomi kepada generasi kedua pekebun kecil. Peluang ini merupakan usaha kerajaan untuk menjadikan miskin sifar dalam kalangan penduduk luar bandar,” tambah beliau lagi.

Majlis ini dihadiri seramai 24 orang anak-anak pekebun kecil yang telah menamatkan kursus Jurukecantikan yang

Majlis Penyampaian Sijil Kursus Jurukecantikan

Oleh : Suhaimi Abu Bakar

telah dianjurkan oleh Kolej RISDA. Perbelanjaan kursus yang melibatkan kemudahan tempat tinggal, elaun, yuran kursus dan peralatan asas juru kecantikan dibiayai sepenuhnya oleh RISDA. Kursus ini berjalan selama tiga bulan.

Pengurus Besar Kolej RISDA, Dr. Hjh Faridah Hanam Mohd Rashid telah turut hadir dalam majlis tersebut.

16 17

PeristiwaPeristiwa

En. Zainal Abd Rahim menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta kursus

Peserta kursus bergambar kenangan

Page 18: PELANCARAN ‘IMPIAN 500’ · pokok getah dari mula menanam hingga ke peringkat pengeluaran hasil. Timbalan Perdana Menteri menambah, “Kerajaan bersedia membantu golongan luar

Tn. Hj. Bawandi Nandar menyertai Angkatan Tentera Malaysia pada usia 18 tahun. Setelah hampir 15 tahun berkhidmat, beliau meninggalkan karier tentera dan menceburi bidang pertanian secara sepenuh masa. Kini beliau memperoleh pendapatan daripada projek pertanian sekitar RM 5,000 sebulan.

Falsafah ‘Pertanian adalah perniagaan‘ telah lama bertapak di hati Hj. Bawandi. Berusia 51 tahun, mempunyai seorang isteri dan lima orang anak, kini beliau merupakan seorang penternak ikan yang berjaya. Dua belas kolam ikan yang dimilikinya meraih pulangan purata RM3,000 sebulan. Ikan tilipia, tongsan dan puyu antara ikan yang dipelihara. Kolam ikan yang merupakan lombong terbiar terletak tidak jauh dari rumah beliau iaitu di Kg. Sg. Kurung, Simpang 4, Kampar, Perak.

Kejayaan yang dinikmati adalah hasil daripada kerjasama antara agensi kerajaan. Sebagai contoh RISDA telah memperuntukkan RM20,000 bawah program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) bagi memantapkan lagi pengurusan projek akuakultur yang diusahakan. En.Roslin Abd Rahman, Pembantu Pertanian RISDA kawasan Chenderiang sentiasa membimbing beliau dalam urusan penyelenggaraan dan pemasaran.

Tn. Hj. Bawandi selaku Ketua Kampung Kg. Sg. Kurung, bergiat aktif dalam aktiviti sosial, sentiasa memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada masyarakat di kawasan sekitar khususnya dalam bidang pertanian. Beliau juga merupakan salah seorang Ahli Lembaga Koperasi Pekebun Kecil Daerah Batang Padang dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) kerap mengikuti kursus anjuran RISDA, LPP, Jabatan Haiwan dan Jabatan Pertanian.

Selain projek akuakultur beliau mengusahakan projek ternakan kambing dan lembu sebagai aktiviti utama disamping

mengusahakan tanaman sawit seluas empat hektar. Beliau mempunyai kambing baka Jamnapari dan Katjang sebanyak 90 ekor dan 12 ekor lembu.

Kebelakangan ini beliau sangat sibuk menerima kunjungan tetamu dan pelawat dari agensi lain, tidak ketinggalan pekebun kecil dari luar Daerah Kampar, untuk melihat lebih dekat pengurusan projek integrasi akuakultur, ternakan kambing, lembu serta tanaman sawit yang diusahakan oleh Tn. Hj. Bawandi.

PERTANIAN SUATU

PERNIAGAANOleh: Nadarajan M.Vaithilingam

Projek ternakan kambing dan akuakultur memberi pulangan yang menggalakan

Tn. Hj Bawandi (paling kiri) menerangkan sesuatu kepada pelawat yang berkunjung

Rumput napier dicincang untuk dijadikan makanan lembu

18 19

Jejak JayaJejak Jaya

Page 19: PELANCARAN ‘IMPIAN 500’ · pokok getah dari mula menanam hingga ke peringkat pengeluaran hasil. Timbalan Perdana Menteri menambah, “Kerajaan bersedia membantu golongan luar

Keperluan daging lembu di negara ini memberi potensi terbaik kepada industri ternakan lembu secara komersial dan sistematik. Senario tersebut telah merangsang seorang pesara Tentera Laut Diraja Malaysia untuk menceburi bidang ternakan lembu pedaging kerana optimis dapat meraih pulangan yang lumayan.

Beliau yang dimaksudkan oleh En. Berahim Mat Isa yang kini merupakan seorang pekebun kecil dan penternak lembu yang berjaya di Kampung Jelutong Indah, Sungai Pelek, Sepang, Selangor.

Kalau dulu ombak samudera menjadi dunia kehidupannya, lautan nan biru adalah teman sejati, camar senja menjadi saksi pengorbanan dan jasa bakti yang ditaburkan selama 15 tahun demi kedaulatan negara, kini beliau bermesra dengan haiwan ternakan yang montel-montel belaka.

Sebaik sahaja meninggalkan dunia angkatan tentera beliau tidak menoleh ke belakang sebaliknya terus melangkah dengan penuh yakin memulakan projek ternakan lembu pedaging. Berbekalkan semangat yang kental dan minat yang mendalam pada tahun 1996 beliau memulakan usaha dengan modal permulaan RM42,000.

Wang tersebut digunakan sepenuhnya untuk membeli 30 ekor lembu induk dan seekor lembu jantan selain kos penyediaan tapak ternakan, membina kandang beserta ban, menyenggara prasarana dan padang ragut.

Selain menjadi penternak En. Berahim juga merupakan pekebun kecil yang mengusahakan kebun getah seluas

0.6070 hektar. Pada tahun 2004 beliau telah menerima bantuan Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) daripada RISDA berjumlah RM20,000. Bantuan tersebut telah digunakan untuk menambah populasi haiwan ternakan beliau. Kini En. Berahim memiliki lebih 100 ekor lembu. Lembu diternak secara separa bebas iaitu dilepaskan di ladang sawit berhampiran pada siang hari dan dikurung di kandang pada waktu malam.

Bagi menguruskan ternakan, beliau dibantu oleh empat orang pekerja. Berkat kesabaran serta daya usaha yang tinggi kini beliau mampu meraih pendapatan RM3000 sebulan.

Melalui syarikat milik beliau ‘Farmer Enterprise’ pemasaran hasil ternakan dapat

dibuat lebih meluas. Pembeli bukan sahaja pelanggan tetap yang telah mengenali beliau malah individu yang berhajatkan lembu untuk majlis keraian seperti Hari Raya Puasa, kurban, aqiqah serta pengusaha-pengusaha kilang berasaskan daging.

Walaupun telah 11 tahun berkecimpung dalam bidang ini namun En. Berahim tidak jemu-jemu untuk terus menimba ilmu dengan menghadiri kursus, bimbingan dan khidmat nasihat daripada agensi kerajaan seperti RISDA, Jabatan Haiwan, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan agensi-agensi lain yang berkaitan.

En. Berahim telah beberapa kali menerima anugerah antaranya Usahawan Jaya Bekas Tentera dan Projek Ekonomi Tambahan Berjaya sempena Hari Kualiti RISDA Selangor 2006. Adalah diharapkan kejayaan beliau boleh dicontohi oleh seluruh warga desa dan pesara-pesara awam yang lain agar dapat memenuhi inspirasi kerajaan yang mahukan setiap keluarga menikmati kehidupan yang sejahtera dan selesa.

Untuk sebarang tempahan En. Berahim boleh dihubungi melalui talian 019-6964807

18 19

Jejak JayaJejak Jaya

DULU TENTERA KINI PEKEBUN KECIL JAYA

Oleh : Salamah Kosnin

En. Berahim menerima Anugerah Usahawan Jaya Bekas Tentera daripada Timbalan Perdana Menteri

En. Berahim bersama haiwan ternakan beliau

Page 20: PELANCARAN ‘IMPIAN 500’ · pokok getah dari mula menanam hingga ke peringkat pengeluaran hasil. Timbalan Perdana Menteri menambah, “Kerajaan bersedia membantu golongan luar

20 21

Jejak JayaJejak Jaya

Telur pindang merupakan salah satu makanan yang popular dan istimewa bagi penduduk Negeri Johor khususnya Daerah Muar. Telur ayam terpilih sahaja digunakan untuk membuat telur pindang kerana rasanya lebih enak. Pada masa dahulu telur pindang hanya boleh didapati dalam majlis tertentu sahaja tetapi kini mudah diperoleh kerana pembuatannya telah dikomersialkan.

Untuk menghasilkan telur pindang, telur ayam perlu direbus bersama 23 jenis herba secara berterusan selama empat hari dengan api yang perlahan. Telur pindang yang juga dikenali sebagai telur herba tahan disimpan selama tiga minggu hingga sebulan dalam suhu sederhana sejuk. Di samping rasanya yang amat enak ia merupakan makanan yang berkhasiat dan boleh meningkatkan kesihatan badan. Menurut kepercayaan orang tua-tua telur pindang boleh memberi tenaga kerana campuran ramuan yang direbus meresap ke dalam telur.

Puan Bahriah Palil dan suami mula mengusahakan projek telur pindang secara komersial pada tahun 2001 dengan modal sendiri di Kampung Parit Keroma, Jalan Dato’ Haji Kusai, Muar. Bagi mengekalkan kualiti supaya telur tahan lama, hanya

telur gred B dan C sahaja dipilih untuk dijadikan telur pindang. Antara herba yang digunakan untuk menghasilkannya ialah serai wangi, bunga kantan, daun

jambu, daun senduduk, lengkuas, kulit kayu manis, halia, daun limau purut, daun pandan wangi serta rempah ratus yang lain. Puan Bahriah memperoleh bekalan

herba tempatan daripada kebun yang diusahakan oleh suami beliau.

Berdasarkan usaha dan komitmen yang tinggi yang telah beliau tunjukkan, Pejabat RISDA Daerah Muar telah menyalurkan bantuan sebanyak RM5,500 pada Mei 2006 bawah program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) . Peruntukan tersebut telah digunakan bagi membeli kelubung untuk dijadikan kolam tempat membasuh telur, pam air serta membuat sedikit ubah suai bengkel.

Secara purata Puan Bahriah mampu menghasil dan memasarkan telur pindang sekitar 20,000 hingga 30,000 biji sebulan. Telur pindang dijual dengan harga borong RM0.60 sebiji kepada pemborong tetap selain menerima tempahan daripada individu. Ketika ini perusahaan beliau semakin berkembang dengan permintaan yang amat memberangsangkan terutama ketika kenduri musim cuti persekolahan. Kini pasaran telur pindang Puan Bahriah telah melangkau ke Negeri Sembilan, Melaka, Kuala Lumpur, Perak dan Kelantan. Beliau memperoleh pendapatan melebihi RM15,000 sebulan daripada perusahaan telor pindang.

Pasangan ini amat bersyukur dan berterima kasih atas bantuan dan khidmat nasihat daripada RISDA dan agensi-agensi lain sehingga menjayakan projek perusahaan mereka. Mereka berhasrat untuk memperluaskannya dan memperkenalkan makanan tradisional Negeri Johor ini menembusi pasaran pusat membeli belah, hotel serta dieksport ke luar negara. Puan Bahriah boleh dihubungi melalui talian 06-9813104 .

Telur Pindang Makanan Tradisional Kemegahan Negeri JohorOleh: Shamsudin Said

Telur direbus bersama beberapa jenis herba selama empat hari secara berterusan bagi menghasilkan telur pindang yang enak

Telur pindang yang telah siap tersedia

Page 21: PELANCARAN ‘IMPIAN 500’ · pokok getah dari mula menanam hingga ke peringkat pengeluaran hasil. Timbalan Perdana Menteri menambah, “Kerajaan bersedia membantu golongan luar

Hanya dengan sekaki payung pasar tani dan sebuah meja kecil Pn.Musliha Abd Rahman, 30 tahun bersama suaminya En, Abd Ghapar Abdullah, 40 tahun, memulakan perniagaan dengan menjual cendol dan rojak buah. Lokasi perniagaan mereka adalah di satu persimpangan jalan di Pekan Sungai Rambai. Mereka menambahkan lagi produk dengan menjual pisang goreng.

Pn.Musliha menggoreng pisang dengan menggunakan tepung gandum dan mencampurkan beberapa ramuan tambahan agar sadur yang digunakan tahan lama dan sentiasa rangup walaupun telah sejuk. Penjualan pisang goreng mereka meningkat dari hari ke hari sehingga tidak dapat memenuhi permintaan. Akhirnya pasangan suami isteri ini mendapat idea untuk mengusahakan tepung sadur resepi mereka di samping menjual pisang goreng.

Sembilan tahun telah berlalu, kini mereka tidak lagi berniaga di bawah payung, sebaliknya telah mempunyai sebuah gerai yang selesa untuk pelanggan melabuhkan punggung sambil menikmati pisang goreng yang rangup. Rahsianya ialah para pelanggan gemar dengan kerangupan tepungnya yang kini tersedia dijual di gerai mereka. Tepung rangup yang dihasilkan iaitu Tepung Pisang Goreng Rangup GPHR dijual degan harga RM2.50 sekilogram. Selain daripada pisang, tepung GPHR boleh digunakan untuk menggoreng ayam dan makanan laut. Tepung GPHR bermaksud Goreng Pisang Harith Rangup mengambil sempena nama salah seorang anak mereka bernama Harith.

Melihat usaha beliau yang bersungguh-sungguh, Pn. Musliha, ahli Perkumpulan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) Merlimau telah menerima bantuan Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) daripada RISDA Negeri Melaka sebanyak RM5000. Bantuan tersebut digunakan untuk membina sebuah bengkel memproses tepung

GPHR manakala modal pusingan sebanyak RM4000 untuk membeli peralatan adalah hasil daripada simpanan mereka sendiri. Sebagai ahli PWPK Pn.Musliha sering mendapat khidmat nasihat daripada Pn.Syam Hj Adam, Pembantu Pertanian RISDA dari stesen Merlimau yang merupakan penyelia PWPK kawasan berkenaan.

Kini, Pn.Musliha dan suami mampu mengeluarkan Tepung GPHR antara tujuh hingga sembilan tan sebulan. Setakat ini GPHR dijual kepada pengusaha-pengusaha pisang goreng di seluruh Bandar Melaka dan Muar, selain menerima permintaan menggalakkan dari Johor Bahru, Negeri Sembilan dan sekitar Lembah Klang. Pendapatan kasar pasangan ini mencapai RM3000 sebulan.

Mereka sering menerima undangan daripada RISDA untuk mengadakan pameran dan jualan peringkat Negeri Melaka bagi memperluaskan jaringan pasaran produk mereka. Kini produk tersebut mendapat perhatian daripada Kerajaan Negeri dan bernaung bawah Syarikat Pemasaran Melaka untuk dipasarkan di Bazar Melaka yang beroperasi 24 jam sehari. Pn. Musliha pernah mendapat tawaran daripada sebuah syarikat tepung rangup di ibu negara untuk bekerjasama memasarkan produk beliau, namun pelawaan tersebut beliau tolak apabila syarikat berkenaan tidak membenarkan Pn. Musliha memasarkan tepung rangup menggunakan jenama beliau.

Kini, gerai beliau yang terletak di tengah Pekan Sungai Rambai yang terkenal dengan pisang goreng rangup sering menjadi tumpuan pelancong luar terutamanya dari Singapura singgah untuk menikmati pisang goreng serta membeli tepung rangup istimewa sebagai ole-ole dari Melaka.

Pn. Musliha boleh dihubungi melalui talian 013-4211244

Tepung Pisang Goreng Rangup GPHROleh : Azhari Abd Aziz

20 21

Jejak JayaJejak Jaya

Penjualan pisang goreng dan Tepung Pisang Goreng Rangup GPHR memberi pendapatan yang menggalakkan kepada pasangan Pn. Musliha- En. Abd Ghapar

Page 22: PELANCARAN ‘IMPIAN 500’ · pokok getah dari mula menanam hingga ke peringkat pengeluaran hasil. Timbalan Perdana Menteri menambah, “Kerajaan bersedia membantu golongan luar

Sebut sahaja coklat, apa yang terbayang dalam fikiran kita ialah jenama-jenama seperti Van Houten, Cadbury, Kandos, Nestle, Kit Kat dan macam-macam lagi yang terdapat di pasaran. Kebanyakan produk tersebut dihasilkan oleh syarikat-syarikat besar atau diimport dari negara luar. Jarang sekali kita dengar industri kecil atau individu yang berminat untuk menceburi bidang ini. Namun kehadiran Kak Siti Ropeah menceburi industri makanan paling digemari kanak-kanak ini mengubah senario dan persepsi kita.

Puan Siti Ropeah Hambali boleh dikatakan individu ulung di negara ini yang mampu menghasilkan coklat yang kualitinya setanding dengan produk yang dihasilkan oleh pengeluar-pengeluar coklat yang terkenal.

Dengan bantuan Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) bernilai RM10,000 berupa alat-alat kelengkapan yang diperlukan seperti peti sejuk, meja penerap dan alat penyukat suhu, beliau memulakan langkah dengan menyewa premis, di Taman Desa Raya, Hulu Langat.

Melihat secara dekat proses membuat coklat, tidaklah sukar tetapi memerlukan ketelitian dan kesabaran.

Kak Siti Ropeah 56 tahun, mempunyai keyakinan yang tinggi untuk merialisasikan impiannya setelah menimba ilmu dan tunjuk ajar daripada Lembaga Koko Malaysia, sebuah agensi kerajaan yang terlibat secara langsung dalam industri koko

di negara ini. Beliau juga menimba pengalaman dengan melawat kilang coklat di luar negara menggunakan perbelanjaan sendiri.

Kini setelah hampir setahun beroperasi Kak Siti Ropeah mampu menarik nafas lega. Coklat pelbagai bentuk dihasilkan untuk memenuhi citarasa peminat-peminat coklat di pasaran tempatan. Meskipun bukan mudah untuk mencari ruang namun bagi Kak Siti “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, jangan takut untuk maju ke depan.”

RISDA juga memberi sokongan dengan mempromosikan jenama “Coklat La Riss“. Langkah ini dapat membantu pengusaha meningkatkan pengeluaran dan pasaran. Selain jenama La Riss Puan Siti Ropeah juga menggunakan jenama lain.

Meskipun pulangan yang diperoleh masih belum memuaskan iaitu sekitar RM2,500 sebulan, namun beliau optimis sambutan daripada orang ramai yang amat menggalakkan, mendorong beliau untuk meluaskan lagi pasaran produk yang dihasilkan.

Untuk tempahan Puan Siti Ropiah boleh dihubungi melalui alamat dan talian seperti berikut :

No 69 Jalan Cempaka 3, 03-90217955Taman Desa Raya, 013-253953743100 Hulu Langat 0193369040Selangor

22 23

Jejak JayaJejak Jaya

Sedapnya Coklat Kak Siti Ropeah!Bantuan AET realisasikan impian menjadi usahawan

Oleh : Salamah Kosnin

Pn. Siti Ropeah (kiri) mempromosikan produk yang beliau hasilkan

Page 23: PELANCARAN ‘IMPIAN 500’ · pokok getah dari mula menanam hingga ke peringkat pengeluaran hasil. Timbalan Perdana Menteri menambah, “Kerajaan bersedia membantu golongan luar

Pn. Norseha Hassan, 39 tahun dari Kampung Kerila Temangan merupakan pekebun kecil yang tersenarai dalam kelompok miskin tegar dalam bancian RISDA pada tahun 2002.

Beliau mempunyai lima orang anak yang masih kecil. Anak yang sulong baru melangkah ke sekolah menengah. Pendapatan daripada kebun getah pemberian orang tua beliau tidak dapat menampung perbelanjaan harian keluarga.

Pada tahun 2004 RISDA Tanah Merah telah meluluskan bantuan Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) berjumlah RM23,806. Bantuan tesebut digunakan untuk membina sebuah bangunan atau bengkel projek, mesin pengadun tepung, peti sejuk beku dan peralatan memasak.

Pn. Norseha mengusahakan makanan sejuk beku seperti karipap mini, karipap pusing, karipap besar, sardin gulung, murtabak mini, roti canai segera, donut dan kuih bom. Makanan sejuk beku yang dihasilkan mempunyai rasa yang istimewa dan ia merupakan resipi keluarga turun temurun. Dengan adanya peralatan yang moden Pn. Norseha berupaya menambah kuantiti di samping meningkatkan kualiti makanan segara yang dihasilkan.

Pn. Norseha tidak menghadapi masalah pemasaran kerana mempunyai pelanggan tetap. Selain daripada jualan secara borong makanan segera juga dipasarkan secara runcit. Beliau

berniaga di dua tempat pasar tani iaitu pada hari Isnin dan Jumaat. Produk yang dipasarkan menggunakan jenama ‘Seha Kuih Segera’.

Bagi menampung permintaan yang bertambah Pn. Norseha mendapatkan perkhidmatan beberapa orang pembantu. Rezeki yang melimpah tidak saja dinikmati oleh beliau sekeluarga malah dapat dipanjangkan kepada pembantu beliau. Mereka dibayar upah mengikut masa bekerja atau mengikut kuantiti produk yang dihasilkan. Pembantu memulakan kerja setelah siap menoreh getah dan menyelesaikan kerja sebagai suri rumah.

Pn. Norseha merupakan ahli Perkumpulan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) Kampung Kerela dan juga Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Bagi memantapkan lagi perusahaan yang dijalankan, RISDA menghantar beliau mengikuti kursus berbentuk motivasi, pengurusan perniagaan dan makanan sejuk beku. Kini Pn. Norseha memperoleh pendapatan kasar sekitar RM2500 hingga RM3000 sebulan daripada makanan segera yang dihasilkan.

‘Usaha tangga kejayaan’ itulah kata-kata hikmat yang sentiasa terpahat di hati Pn. Norseha yang boleh dikategorikan sebagai seorang usahawan yang berjaya. Kepada mereka yang ingin berkongsi pengalaman Pn. Norseha boleh dihubungi melalui talian 013-9918298.

BANTUAN AET KELUARKAN

PN. NORSEHA DARIPADA

MISKIN TEGAROleh : Ahmad Shabri Hassan

Pn. Norseha bersama produk yang dihasilkan

22 23

Jejak JayaJejak Jaya

Page 24: PELANCARAN ‘IMPIAN 500’ · pokok getah dari mula menanam hingga ke peringkat pengeluaran hasil. Timbalan Perdana Menteri menambah, “Kerajaan bersedia membantu golongan luar

Berbekalkan pengalaman lebih 10 tahun dalam kerja-kerja membuat bunga daripada daun getah, Puan Wan Rossanainy Wan Adnan, 51 tahun, kini masih meneruskan usaha-usahanya dan beliau kini memimpin anak buahnya menjalankan aktiviti tersebut secara komersial.

Sesuai dengan jawatan disandang sebagai Pengerusi Perkumpulan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) Kuala Tembeling Jerantut, Pahang, kerja tersebut dilakukan dan mendapat kerjasama ahli.

Segalanya bermula dengan bantuan RISDA sebanyak RM 10,000 bawah Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET). Peruntukan tersebut menampung kos bengkel utama pusat jualan dan pameran bunga daripada daun getah yang diproses sendiri oleh ahli-ahli PWPK Kuala Tembeling. Menghampiri bangunan tersebut, sesiapa saja pasti terasa dialu-alukan dengan papan tandanya Welcome to Hevea Collection of Rubber Leaf Handycrafts, Gift and sourvenirs.

Selain sebagai sumber pendapatan sampingan, projek tersebut merupakan aktiviti bagi memanfaatkan masa lapang yang terluang setelah selesai melaksanakan tanggungjawab sebagai suri rumah dan penoreh getah. Antara produk selain bunga hiasan ialah bunga telor, penanda buku dan rantai kunci. Setiap ahli yang aktif, mendapat antara RM200 hingga RM300 sebulan.

Puan Rossnainy dibantu oleh Puan Rogayah Saad selaku Timbalan Pengerusi untuk memimpin 10 orang ahli aktif melakukan kerja-kerja mengikut keperluan. Setiap dua minggu mereka akan berkumpul di bengkel berbincang mengenai tempahan, corak baru, pembahagian tugas dan sebagainya yang berkaitan.

Pada hari-hari biasa bermula jam 9 pagi hingga 6 petang dua orang ditugaskan secara bergilir-gilir untuk mengendalikan urusan jualan dan tempaha. Bermula dengan kerja mencari daun getah, merendam, membersih dan menggred sehinggalah

pembungkusan daun getah untuk proses berikutnya, semua dilaksanakan secara gotong-royong.

PWPK Kuala Tembeling juga menjual daun getah berproses sebagai produk tambahan. Pasaran bunga daun getah tidak setakat di Negeri Pahang tetapi menembusi sehingga ke Kuala Lumpur, melaka, Cameron Highlands dan beberapa buah negeri lain di Semenanjung Malaysia.

Bertindak sebagai Pengurus Pemasaran, Puan Jamaliah Abdullah boleh dihubungi di talian 09-2664640 bagi permintaan daun getah berproses dan bunga getah hasil keluaran Perkumpulan Wanita Pekebun Kecil Kampung Kuala Tembeling.

PWPK KUALA TEMBELING JADIKAN DAUN GETAH DAUN DUIT

Oleh: Sulaiman Chik

Bunga daun getah disusun dalam kotak sebelum dihantar kepada pembeli

Bengkel PWPK Kuala Tembeling Jerantut, PahangSebahagian daripada produk yang dihasilkan

24 25

EkonomiEkonomi

Page 25: PELANCARAN ‘IMPIAN 500’ · pokok getah dari mula menanam hingga ke peringkat pengeluaran hasil. Timbalan Perdana Menteri menambah, “Kerajaan bersedia membantu golongan luar

Projek Karipap Mini Kg. Panggas diusahakan secara berkumpulan dianggotai oleh empat orang peserta. Projek ini diketuai oleh Pn. Salmah Mohd Johari yang dahulunya memulakan projek ini secara kecil-kecilan pada tahun 2003.

Lokasi projek terletak lebih kurang 37km dari Bandar Kangar, beralamat di No 908, Kg Panggas Kecil, 02500 Chuping, Perlis. Menerusi Program Peningkatan Pendapatan (PPP) bawah peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) RISDA telah mengenal pasti peserta yang tergolong dalam kelompok miskin dan miskin tegar.

Projek ini turut dianggotai oleh Pn. Kamariah Seman, En. Suboh Abu dan Pn. Nah Hamzah diusahakan secara kelompok membolehkan menerima bantuan sebanyak RM39,800. Melalui peruntukan tersebut mereka dapat mendirikan sebuah bengkel untuk menjalankan projek, membeli mesin pembancuh tepung serta peralatan dan perkakas yang lain.

Peserta mendapat tunjuk ajar dan bimbingan daripada Pembantu Pertanian RISDA di samping mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan oleh RISDA, KKLW dan agensi-agensi lain di Negeri Perlis. Dengan adanya bantuan yang disalurkan menerusi RISDA mereka dapat menjalankan perusahaan dengan lebih sempurna serta dapat menambah pendapatan keluarga.Purata pendapatan secara kelompok yang mereka peroleh sebualan sekitar RM1600 hingga RM1800 sebulan. Angka tersebut menunjukkan ada potensi untuk berkembang memandangkan projek tersebut baru dimulakan secara terancang pada Ogos 2006.

Selain daripada mengusahakan karipap mini, keluarga peserta turut melakukan kerja lain seperti mengambil upah mengasuh anak-anak jiran bagi membantu menampung perbelanjaan keluarga. Pendapatan daripada projek karipap mini, sedikit sebanyak dapat membantu untuk mengeluarkan mereka daripada kelompok miskin tegar.

Encik Raduan Mat Diah, Pengarah RISDA Negeri Perlis semasa berucap dalam majlis perasmian dan penyerahan bengkel berkenaan berharap semoga projek ini diusahakan dengan lebih giat dan peserta dinasihatkan supaya mengutamakan kaedah berkelompok dalam melaksanakan aktiviti ekonomi.

“Hanya dengan kaedah ini produktiviti dan kualiti dapat dipertingkatkan. RISDA Negeri Perlis akan terus memberi galakan, dorongan, bimbingan serta pemantauan dan susulan dengan penuh komited bagi memastikan program ini mencapai kejayaan. Semoga taraf kehidupan yang dilalui pekebun kecil akan bertambah baik dan sejahtera pada masa hadapan,” demikian Pengarah RISDA Negeri Perlis mengakhiri ucapan beliau.

Bengkel Karipap Mini Tingkatkan Pendapatan Pekebun Kecil

Oleh : Nor Asmah Abu Bakar

24 25

EkonomiEkonomi

Memotong reben sebagai tanda perasmian dan penyerahan bengkel

Bengkel tempat jalankan projek karipap mini

Karipap mini yang sedia untuk dibungkus

Page 26: PELANCARAN ‘IMPIAN 500’ · pokok getah dari mula menanam hingga ke peringkat pengeluaran hasil. Timbalan Perdana Menteri menambah, “Kerajaan bersedia membantu golongan luar

Selama tiga hari dua malam usahawan Perkumpulan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) seluruh Negeri Sembilan telah berkampung di RISDA Training Centre (RISTEC), Port Dickson bagi mengikuti Kursus Asas Perniagaan.

Objektif kursus adalah untuk melahirkan ahli perniagaan yang berpengetahuan, mahir, kompeten dan dapat mengekalkan daya saing. Kursus tersebut telah dihadiri oleh 30 orang usahawan PWPK terdiri daripada pengusaha makanan ringan, jahitan, pembekal makanan dan penternak itik telur. Peserta kursus berusia sekitar 40 hingga 50 tahun dan memberi tumpuan yang tinggi sepanjang kursus berjalan dari pagi hingga ke malam.

Peserta kursus telah diberi pendedahan mengenai aspek pemasaran, kejurujualan dan simpanan rekod kewangan dalam perniagaan. Kursus berkenaan menyentuh lima modul merangkumi tajuk dorongan dan kepimpinan, pengurusan perniagaan, pemasaran perniagaan, pengurusan kewangan dan rancangan perniagaan.

Selain daripada ceramah peserta kursus dikehendaki membuat latihan berkumpulan bagi memahirkan diri dengan tajuk-tajuk modul yang dibentangkan. Pada keseluruhannya peserta menyuarakan kursus yang diikuti amat berkesan dan terdapat kelainan jika dibandingkan dengan kursus-kursus sebelumnya yang mereka pernah hadiri.

Pn. Siti Fatimah Janin, 34 tahun salah seorang peserta berasa amat berpuas hati dengan kursus yang diikuti. Beliau berazam untuk memperbaiki rekod perniagaan supaya lebih kemas dan teratur seperti yang dipelajari sepanjang tempoh kursus berjalan.

Pn. Siti Fatimah merupakan seorang pengusaha kuih sepit di Daerah Rembau yang boleh dikategorikan sebagai usahawan yang berdaya maju. Kuih sepit yang beliau hasilkan dengan bentuk yang ringkas telah dapat memasuki pasaran JUSCO. Kuih sepit telah dipilih sebagai produk Daerah Rembau.

Adalah diharapkan setelah tamat kursus, peserta akan mengenal potensi diri dan sifat-sifat seorang usahawan serta dapat meningkatkan pengetahuan dan kebolehan mengenai pengurusan dan pentadbiran perniagaan. Dengan adanya kursus seperti ini sasaran RISDA untuk melahirkan usahawan sebanyak 5% daripada ahli PWPK akan dapat dicapai.

Penutupan kursus telah dilakukan oleh Cik Norliza Sukor mewakili Pengarah RISDA Negeri Sembilan.

26 27

RenunganKursus

KURSUS ASAS PERNIAGAAN PEMANGKIN USAHAWAN PWPK

Oleh : Abd. Aziz Majid

Peserta kursus bergambar kenangan

Pembentangan oleh peserta kursusLatihan dalam kumpulan menambah kefahaman mengenai tajuk yang dibincangkan

Page 27: PELANCARAN ‘IMPIAN 500’ · pokok getah dari mula menanam hingga ke peringkat pengeluaran hasil. Timbalan Perdana Menteri menambah, “Kerajaan bersedia membantu golongan luar

Konon ceritanya pada zaman Hang Tuah dahulu Puteri Gunung Ledang meminta supaya diwujudkan jambatan emas dari Gunung Ledang ke istana Sultan sebagai tanda kasih Sultan yang tidak berbelah bagi terhadapnya, janji diturut, kasih diikut.

Walaupun menurut sahibul hikayah projek mega itu dipersetujui untuk dilaksanakan oleh Sultan, namun tiada penemuan sejarah yang menunjukkan wujudnya peninggalan tersebut.

Kalau ia dianggap sebagai satu perlambangan, pastilah masyarakat hari ini dapat merasai kehebatan hikayat lama yang penuh dengan perlambangan dan iktibar selain kekayaan bahasa.

Ditinjau dari sudut perhubungan, jambatan memanglah perkara utama yang semestinya ada sebagai lambang perhubungan antara dua pihak.

la jadi begitu mahal dan bernilai bila ia sangat sukar untuk melaksanakannya. Oleh itu sesuailah dikatakan sebagai jambatan emas.

Komunikasi yang merupakan proses seumur hidup yang dilalui oleh manusia adalah satu kemestian yang tidak mungkin disangkal oleh sesiapapun. Hatta ia terus juga berlaku walaupun di kalangan mereka yang tidak berdaya untuk bertutur (OKU). Lantaran komunikasi bukan hanya melalui pertuturan, ia juga berlaku tanpa bertutur.

• Tepuklah dada anda dan tanya diri sendiri apakah anda bersedia untuk berkomunikasi?

• Mampukah anda berkomunikasi bersama orang yang menjadi pasangan anda?

SEKALI MERANGKUH DAYUNG...

Misi Gunung Ledang: Pengikat Kasih Suami Isteri

Misi yang mengajak anda membina Jambatan Emas

• Adakah anda cukup terbuka untuk menerima pandangan lain?

• Pastikah anda sedia mencairkan ego anda untuk saling memberi dan menerima dalam melakukan proses komunikasi?

• Apakah anggapan anda tentang pasangan anda berkomunikasi itu?

Kalau seseorang itu sanggup menyediakan dirinya untuk proses komunikasi yang merupakan non-stop dan tiada noktah, pastilah ia seorang yang berkemampuan mendirikan jambatan emas yang menghubungkannya dengan isteri dan anak-anak, malah seisi keluarga yang lain.

Satu usaha berani yang pastinya dapat menjayakan misi Gunung Ledangnya.

Adapun sebaliknya kalau seseorang itu masih terlalu silau untuk keluar dari tempurung kelapanya (kepalanya?), apa lagi dalam usaha membuat satu langkah besar demi menyiapkan sebuah jambatan emas, nampaknya misi Gunung Ledangnya akan kecundang.

Mereka yang takut silau, berlindunglah di sebalik sebelulang kulit, dan teruskan wataknya sebagai arjuna (wira) wayang kulit.

Ustaz Abdul Wahab Abd. Jalil [email protected] Kanan Bahagian Pembangunan Modul, YADIM

26 27

RenunganKursus

Page 28: PELANCARAN ‘IMPIAN 500’ · pokok getah dari mula menanam hingga ke peringkat pengeluaran hasil. Timbalan Perdana Menteri menambah, “Kerajaan bersedia membantu golongan luar

Masa telah merubah segalaAnjakan paradigma menuju majuDalam usaha mengembleng tenagaKian hari kian berjayaKian hari kian cemerlangKian hari kian gemilangKian hari kian terbilang

Warga pekebun kecilInsan terlatih bersedia mindaMenimba ilmuMencipta inovasiKe arah menjadi pekebun makmurBersatu dengan kemahiran yang berterusan

Tatkala keringat ditaburBakti kian dituai masaPekebun berdaya saingBingkas bergerak di ruang kerjayaMengorak langkah kerja sebagai ibadahDalam norma-norma kehidupanBuat generasi yang mendatangMenghala jati diri berpaduDalam azam iktikad nan satu

Kini, kepadatan 500, produktiviti 2000Menjadi wawasan dalam diriBiarpun kepayahan memanjat situasiAsalkan niat tetap di hatiPastikan impian menjadi realitiBiar ‘gah’ di mata pertiwiPekebun makmur warisan terperi yang pastiBukan hanya omongan mimpi

Nukilan : Khairul Bariah Mat Arup

Keringat Ditabur, Bakti Dituai