sejarah qasidah

9
SEJARAH QASIDAH Burdah (Imam al-Bushiri) tentang “Sayyidul Muddah” iaitu Penghulu para pemuji Rasulullah saw dan juga puisi cintanya “Burdah”. Beliau ialah Imam al-Bushiri. Nama penuhnya Muhammad bin Said bin Hamad al-Shonhaji al-Bushiri. Lahir di Bahtim, Mesir pada 608H (1212M). Beliau wafat di Iskandariyah Mesir pada 696H (1296M). Berikut dipetik tulisan Ustaz Fahmi Zamzam al-Nadawi: “Adalah disebutkan dalam sejarah bahawa Imam al-Bushiri pengarang qasidah Burdah ini telah ditimpa penyakit lumpuh sebelah badan. Bermacam-macam usaha telahpun dilakukan dalam membuat rawatan, namun penyakit lumpuh itu tetap juga tidak sembuh. Akhirnya para doktor yang mengubatinya sudah berputus asa dari kesembuhannya. Maka dalam keadaan badan yang sangat teruk ini timbullah satu ilham di hati beliau untuk mengarang sebuah qasidah puji-pujian terhadap Rasulullah saw. Rupanya badan yang lemah longlai ini masih lagi memiliki hati yang sangat cergas dan ingatan yang sangat tajam dan keazaman yang kuat.

Upload: siti-hajar

Post on 02-Jan-2016

248 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Qasidah

TRANSCRIPT

Page 1: SEJARAH QASIDAH

SEJARAH QASIDAH

Burdah (Imam al-Bushiri)

tentang “Sayyidul Muddah” iaitu Penghulu para pemuji Rasulullah saw dan juga puisi

cintanya “Burdah”.

Beliau ialah Imam al-Bushiri.

Nama penuhnya Muhammad bin Said bin Hamad al-Shonhaji al-Bushiri.

Lahir di Bahtim, Mesir pada 608H (1212M).

Beliau wafat di Iskandariyah Mesir pada 696H (1296M).

Berikut dipetik tulisan Ustaz Fahmi Zamzam al-Nadawi:

“Adalah disebutkan dalam sejarah bahawa Imam al-Bushiri pengarang qasidah Burdah

ini telah ditimpa penyakit lumpuh sebelah badan. Bermacam-macam usaha telahpun

dilakukan dalam membuat rawatan, namun penyakit lumpuh itu tetap juga tidak

sembuh. Akhirnya para doktor yang mengubatinya sudah berputus asa dari

kesembuhannya.

Maka dalam keadaan badan yang sangat teruk ini timbullah satu ilham di hati beliau

untuk mengarang sebuah qasidah puji-pujian terhadap Rasulullah saw. Rupanya badan

yang lemah longlai ini masih lagi memiliki hati yang sangat cergas dan ingatan yang

sangat tajam dan keazaman yang kuat.

Maka dengan hati yang dipenuhi dengan kasih sayang dan kerinduan terhadap

Baginda, Imam al-Bushiri melakarkan qasidahnya. Satu bait demi satu bait, satu

rangkap demi satu rangkap sehingga qasidah dapatlah diselesaikan dengan jumlah bait

syair sebanyak 161 bait.

Apa yang dirasakan dalam jiwa beliau semasa menggoreskan penanya ialah semoga

Page 2: SEJARAH QASIDAH

dengan berkat memuji Baginda saw, penyakitnya akan disembuhkan oleh Allah swt.

Maka sebaik sahaja beliau selesai dari qasidahnya terus beliau tertidur dan beliau

bermimpi melihat Rasulullah saw dalam tidurnya.

Baginda datang menziarahi beliau yang sedang sakit, lalu Baginda menyapukan

tangannya yang mulia itu di atas badan Imam al-Bushiri yang sedang sakit itu dan

setelah itu Baginda menyelimuti badan Imam al-Bushiri dengan sehelai selendang

(Burdah).

Sebaik sahaja badan Imam al-Bushiri selesai diselimuti oleh Rasulullah saw lantas

beliau terjaga dari tidurnya dan beliau mendapati bahawa penyakit lumpuhnya telah

hilang.

Badan beliau sihat seakan-akan tidak pernah ditimpa penyakit lumpuh itu. Dan oleh

kerana kesembuhan badan beliau adalah menerusi keberkatan “Burdah” atau

selendang yang telah diselimutkan oleh Rasulullah saw ke badan beliau, maka Imam

al-Bushiri menamakan qasidah yang baru sahaja diselesaikannya itu dengan “Burdah”

ertinya selendang.

Menurut riwayat lain ada menyebutkan bahawa Imam al-Bushiri mendapati “Burdah”

atau selendang tersebut ada di atas badannya apabila beliau terjaga dari tidurnya.”

Kita tidak boleh beriktiqad Qasidah Burdah yang menyembuhkan penyakit, tapi dengan

memuji-muji Baginda saw, menyebut akhlak-akhlak Baginda yang terpuji, pasakkan

rasa cinta yang mendalam terhadap Baginda. Dengan barakah Baginda saw Kekasih

Allah, maka insya Allah akan disembuhkan segala macam penyakit.

Amalan Burdah - Luahan Cinta kepada Nabi SAW

http://burdah.wordpress.com/2008/07/

Page 3: SEJARAH QASIDAH

BURDOH ialah bait-bait syair indah yang memuji Rasulullah SAW dan perjuangan

Baginda, keluarga dan para sahabat. Ia adalah terjemahan perasaan cinta dan kasih

sayang yang mendalam terhadap Rasulullah SAW.

Menurut sejarah, ianya dikarang oleh Imam al-Bushiri atau nama penuhnya Muhammad

bin Said bin Hamad bin As-Shonhaji al-Bushiri. Lahir di Bahtim, Mesir pada 608H

(1212M) dan meninggal di Iskandariyah, Mesir pada 696H (1296M).

Beliau digelar “Sayyidul Muddah” ertinya Penghulu para pemuji Rasulullah SAW. Bait-

bait Burdoh yang dikarangnya (sebanyak 161 bait) begitu indah dan menggunakan

gaya bahasa yang menarik, mampu menyentuh jiwa dan mengalirkan air mata orang

yang membacanya. Lebih utama, kecintaan kepada Rasulullah SAW semakin

mendalam, seiring dengan semangat untuk mengikut sunnah dan perjuangan Baginda

SAW.

Semuanya bermula apabila Imam al-Bushiri ditimpa penyakit lumpuh sebelah badan.

Berbagai cara rawatan diusahakan namun penyakit lumpuhnya tidak juga sembuh.

Para doktor yang merawatnya pun telah berputus asa untuk mengubatinya.

Maka dalam keadaan keuzuran itu, datanglah ilham dalam hatinya untuk mengarang

sebuah qasidah puji-pujian terhadap Rasulullah SAW. Rupanya badan yang lemah

longlai itu masih lagi memiliki hati yang sangat cergas dan ingatan yang sangat tajam

dan keazaman yang kuat.

Maka dengan hati yang dipenuhi kasih sayang dan kecintaan kepada Baginda SAW, al-

Imam melakarkan satu demi satu qasidahnya. Satu bait demi satu bait, satu rangkap

demi satu rangkap sehingga qasidah diselesaikan dengan jumlah 161 bait. Beliau

berharap dengan berkat memuji Baginda, penyakitnya akan disembuhkan Allah SWT.

Diriwayatkan selepas selesai menulis, beliau tertidur dan bermimpi berjumpa Rasulullah

SAW. Baginda datang menziarahi beliau yang sedang sakit, lalu Baginda menyapu

tangannya yang mulia itu di atas badan Imam al-Bushiri dan menyelimutkannya dengan

sehelai selendang (burdoh).

Page 4: SEJARAH QASIDAH

Sebaik terjaga, didapati penyakit lumpuhnya sembuh. Badan beliau seolah-olah tidak

pernah ditimpa penyakit lumpuh. Maka bersabit dengan peristiwa ini beliau menamakan

qasidah dikarangnya “Burdoh”. Ada juga riwayat lain yang menyebutkan bahawa Imam

al-Bushiri mendapati “Burdoh” atau selendang tersebut ada di atas badannya apabila

beliau terjaga dari tidurnya.

Amalan ini masyhur suatu ketika dulu namun kini ia makin dilupakan. Ada pula

sesetengah pihak menganggapnya bida’ah sedangkan ianya satu amalan mulia

berdasarkan nas-nas yang sahih.

Para ulama sepakat bahawa puji-pujian ke atas Rasulullah SAW adalah amalan terpuji,

asalkan ia tidak melampaui batas seperti orang Kristian memuji Nabi Isa a.s sehingga

menyatakannya sebagai Tuhan.

Allah SWT juga telah memuji Baginda, firman-Nya: “Sesungguhnya engkau (wahai

Muhammad) berada di atas akhlak yang sangat agung.” (al-Qalam: 4)

Maka Burdoh adalah satu kaedah memuji Rasulullah SAW bagi menanam kecintaan

dan semangat untuk mencontohi Baginda dalam semua aspek kehidupan.

http://www.scribd.com/doc/4808017/SYAIR … AM-BUSHIRI

Al-Imam Busyiri Rahmatullah mempunyai banyak kumpulan syair yang dicetak,

diantaranya yang sangat terkenal Qasidah Burdah. Banyak pengarang terkenal

mengarang syair-syair yang mengikuti jejak beliau dan banyak ulama menulis

penjelasan dan uraian Qasidah Burdah tersebut.

Burdah tersebut terdiri dari sepuluh pasal. Dibagian pasal yang pertama syairnya berisi

tentang kecintaan kepada Rasulullah SAW yang dimulai kalimat syairnya:

Amintadzakkurijii raanimmbidzii salami…. Sampai kalimat Innittahamtu nashii

Page 5: SEJARAH QASIDAH

hasysyaibi…..

Pasal yang kedua tentang peringatan dari godaan hawa nafsu yang dimulai kalimatnya

syairnya:

Faainna ammaratii bissuimaatta’adzot…. Sampai kalimat Walatazawwadtu

qoblalmautinaa filatann…..

Pasal yang ketiga tentang pujian-pujian kepada Nabi Muhammad SAW yang dimulai

kalimat syairnya:

Dzollamtu sunnataman ahyaadzdzolamaila…. Sampai kalimat Laatibaya’dilu

turbandhomma a’dzumahu…..

Pasal yang keempat tentang kelahiran Rasulullah SAW yang dimulai kalimat syairnya:

Abaana mauliduhu ‘antiibi’unshurihi…. Sampai kalimat Nabzaambihi ba’da’tasbiihim

bibatnihima…..

Pasal yang kelima tentang mu’jizat Rasulullah SAW yang dimulai kalimat syairnya:

Jaatlida’watihil Asyjaaru saajidatan…. Sampai kalimat Bi’aridhin jaadaau

khiltalbibatnihimaa…..

Pasal yang keenam tentang kemuliyaan kitab suci Al-Qur’an dan pujian atasnya yang

dimulai kalimat syairnya:

Da’niwawasfiyaaa yaatillahu dzoharot…. Sampai kalimat Qadtunkirul aynudhow

asysyamsiminramadin…..

Pasal yang ketujuh tentang isra’nya (dijalankan Rasulullah SAW) dan mi’rajnya

Page 6: SEJARAH QASIDAH

Rasulullah SAW yang dimulai kalimat syairnya:

Yaakhoiromay yammamal ‘afuunasaahatahu….. Sampai kalimat Lammada ’Allahhuda

‘iinalithoatihi…..

Pasal yang kedelapan tentang beberapa kejadian peperangan Nabi Muhammad SAW

yang dimulai kalimat syairnya:

Raa’at qulubul’idaa anbaa’ubi’tsatihi…. Sampai kalimat kafakabil’ilmi filummiyyi

mu’jizatan…..

Pasal yang kesembilan tentang mushonnaf bertawwasul dengan kemuliayaan qasidah-

qasidah yang disusun kepada Rasulullah SAW yang dimulai kalimat syairnya:

Khodamtuhu bimadihin astaqilubuhi…. Sampai kalimat walamyurid zahratad

dunyallatiqtathafat…..

Pasal yang kesepuluh tentang munajat dan menghadapkan segala hajat yang dimulai

kalimat syairnya:

Yaa akromalkholqima liimanaluzubihii….. sampai akhir.

Qasidah Burdah terdiri dari seratus enam puluh bait, hampir menjadi qasidah yang

paling penting dalam pujian kepada Rasulullah SAW. Sebab itu para ulama di seluruh

dunia Islam menyambutnya dengan haramah, sehingga Al-‘Allamah Ibnu Khuldun

pernah menghadiahkan burdah tersebut kepada Timur Lanak. Pangeran ‘Abdul Qadar

Al-Jazairi menulis dibenderanya satu bait burdah disaat berperang melawan Perancis.

Ini bacaannya baitnya:

Wamantakun birasulillahi nusratuhu intalqahul usdufi ajamihaatajimi

Page 7: SEJARAH QASIDAH

Artinya: Barangsiapa dengan Rasulullah pertolongonnya jika bertemu dengan harimau

di hutan tidak akan menerkamnya.

Hal ini menunjukan bahwa kaum muslimin di berbagai lapisan menerima qasidah

burdah tersebut. Disaksikan adanya majlis-majlis khusus untuk pembacaan burdah dan

penjelasan bait-baitnya yang diadakan disebagian besar negara-negara Islam Arab dan

Ajam, bahkan disemua negara-negara di dunia sampai ke Amerika.

Di Hadramaut dan banyak daerah Yaman diadakan pembacaan qasidah burdah pada

waktu Subuh hari Jum’at atau Ashar hari Selasa. Dan ulama Al-Azhar di kota Mesir

banyak mengkhususkan hari Kamis untuk pembacaan burdah dan mengadakan kajian

serta penjelasan burdah, dan sampai hari ini masih diadakan pembacaan burdah di

masjid-masjid besar di kota Mesir seperti Masjid Al-Husein, Masjid As-Sayyidatu Zainab

dan lain-lain. Di negara Syam majlis-majlis qasidah burdah juga diadakan di rumah dan

di masjid-masjid yang dihadiri ulama-ulama besar.

Adapun di Maroko (Magrib) luar biasa di adakan majlis-majlis besar untuk pembacaan

qasidah burdah dengan lagu-lagu yang merdu dan indah yang ditentukan secara

kelompok setiap pasal lagu khusus. Juga di India, Pakistan dan lainnya.