tarikh tempat anjuran tema - ifolio - authentication · quran dan juga bacaan selawat qasidah...

15
TEMASYA HIGHLANDERS 21, 22, 23 MAC 2014 KERTAS KERJA TEMASYA HIGHLANDERS 14 KOLEJ IBRAHIM YAAKUB TARIKH 21, 22, 23 MAC 2014 TEMPAT KOLEJ IBRAHIM YAAKUB UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA ANJURAN MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR TIMBALAN KETUA EKSEKUTIF KOLEJ IBRAHIM YAAKUB UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TEMA KASIH AMAL HIGHLANDERS

Upload: trinhcong

Post on 07-Mar-2019

266 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TARIKH TEMPAT ANJURAN TEMA - iFolio - Authentication · Quran dan juga bacaan selawat Qasidah bersama anak-anak yatim dan ... Pemenang perlu berusaha untuk menghabiskan makanan yang

TEMASYA HIGHLANDERS

21, 22, 23 MAC 2014

KERTAS KERJA

TEMASYA HIGHLANDERS ‟14

KOLEJ IBRAHIM YAAKUB

TARIKH

21, 22, 23 MAC 2014

TEMPAT

KOLEJ IBRAHIM YAAKUB

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ANJURAN

MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR

TIMBALAN KETUA EKSEKUTIF

KOLEJ IBRAHIM YAAKUB

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TEMA

KASIH AMAL HIGHLANDERS

Page 2: TARIKH TEMPAT ANJURAN TEMA - iFolio - Authentication · Quran dan juga bacaan selawat Qasidah bersama anak-anak yatim dan ... Pemenang perlu berusaha untuk menghabiskan makanan yang

TEMASYA HIGHLANDERS

21, 22, 23 MAC 2014

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

KERTAS KERJA

TEMASYA HIGHLANDERS 14

KOLEJ IBRAHIM YAAKUB

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini disediakan bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan

serta bantuan kewangan daripada Kolej Ibrahim Yaakub dan Jabatan Perkhidmatan

Pelajar untuk mengadakan Temasya Highlanders 2014 yang merupakan tradisi sekian

lama Kolej Ibrahim Yaakub bagi meraikan seluruh warga kolej ini dalam satu

program anjuran kolej dan MEP.

2.0 PENGENALAN

2.1 Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) yang dahulunya dikenali dengan nama

JAKSA merupakan sebuah organisasi induk di setiap kolej kediaman yang

telah ditubuhkan khas untuk menjaga kebajikan warga kolej. Selain itu,

organisasi ini juga telah diamanahkan untuk merangka dan sekaligus

melaksanakan program-program di kolej kediaman.

2.2 Temasya Highlanders ini merupakan hasil buah fikiran MEP untuk

menjayakan satu program berbentuk hari keluarga. Di samping itu, program

ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim serta memberi

kesedaran kepada warga Kolej Ibrahim Yaakub supaya lebih menghargai kolej

ini dan rasa bertanggungjawab untuk terus memajukan dan mengharumkan

nama kolej. Selain hanya menjadikan kolej ini sebagai tempat penginapan.

2.3 Program ini juga turut menyelitkan kepimpinan, agar ahli jawatankuasa

pelaksana program ini, bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga

dapat menyumbangkan idea-idea kreatif dan inovatif di samping mengasah

bakat mereka dalam mengendalikan sesebuah program. Seterusnya melahirkan

modal insan yang mempunyai pelbagai kemahiran bagi menghadapi

persaingan dalam bidang pekerjaan selepas bergraduasi.

3.0 MISI

Memperbaharui dan memupuk kembali semangat kekeluargaan dan rasa bertanggujawab

dalam diri mahasiswa/i di UKM, khususnya di Kolej Ibrahim Yaakub sepanjang berada di

sini tanpa mengabaikan rasa prihatin terhadap masyarakat di luar kampus. Membina

semangat perpaduan dan integrasi yang utuh dalam kalangan mahasiswa/i menerusi

konsep yang dianjurkan oleh program.

4.0 MATLAMAT

Untuk menjadi mahasiswa yang aktif, progresif dan berinovasi yang:

Page 3: TARIKH TEMPAT ANJURAN TEMA - iFolio - Authentication · Quran dan juga bacaan selawat Qasidah bersama anak-anak yatim dan ... Pemenang perlu berusaha untuk menghabiskan makanan yang

TEMASYA HIGHLANDERS

21, 22, 23 MAC 2014

4.1 Membina warga kolej yang mempunyai hubungan yang erat dan bersatu padu

antara satu sama lain walaupun berlainan agama, bangsa dan fahaman di Kolej

Ibrahim Yaakub.

4.2 Mengeratkan siratulrrahim antara pelajar-pelajar kolej dengan pihak

pengurusan kolej.33333333333333333333333jn

4.3 Melahirkan pemimpin-pemimpin muda dalam kalangan mahasiswa/i yang

berkebolehan dan berkaliber dalam kemahiran berorganisasi serta

memantapkan kecemerlangan dalam kemajuan pendidikan.

4.4 Membentuk akhlak dan sahsiah yang bermoral dan berwawasan berteraskan

nilai-nilai murni yang berpaksikan Rukun Negara.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Memupuk budaya berfikiran kreatif dalam kalangan pelajar Kolej Ibrahim

Yaakub.

5.2 Memberi peluang kepada para pelajar untuk menambah pengalaman dalam

menguruskan program.

5.3 Memberi peluang kepada para pelajar untuk menunjukkan bakat terpendam

dalam bidang kepimpinan.

6.0 TEMA

”Kasih Amal Highlanders”.

7.0 ANJURAN

Majlis Eksekutif Pelajar,

Kolej Ibrahim Yaakub, Universiti Kebangsaan Malaysia.

8.0 TARIKH

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:

Tarikh : 21, 22, 23 Mac2014

Hari : Jumaat, Sabtu dan Ahad

Masa : 3 petang-12 tengah malam, 8.30 pagi-12 tengah malam, 9 pagi-12 tengah

malam

9.0 TEMPAT PROGRAM

Tempat program yang dicadangkan ialah di Kolej Ibrahim Yaakub Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Page 4: TARIKH TEMPAT ANJURAN TEMA - iFolio - Authentication · Quran dan juga bacaan selawat Qasidah bersama anak-anak yatim dan ... Pemenang perlu berusaha untuk menghabiskan makanan yang

TEMASYA HIGHLANDERS

21, 22, 23 MAC 2014

10.0 PUBLISITI/SASARAN

10.1 Poster

Poster akan ditampal di sekitar Kolej Ibrahim Yaakub pada papan kenyataan yang

dibenarkan.

Poster bersaiz A3 pelbagai warna akan digunakan.

Poster yang disediakan mengandungi informasi mengenai aktiviti yang disediakan

bagi menarik pengunjung untuk menyertai seterusnya memeriahkan program ini.

10.2 Banner

Banner akan digantungkan selepas mendapatkan kelulusan daripada Unit

Keselamatan.

Banner akan digantung pada tempat yang dibenarkan sahaja.

10.3 Jaringan Internet

Program ini juga akan dipromosikan melalui laman-laman sosial seperti laman blog

Kolej, Facebook dan Twitter.

Di Laman Twitter, kami akan mencipta HASHTAG #TH2014 bagi menarik golongan

mahasiswa UKM dan muda mudi untuk berkunjung ke Program ini.

Di Laman Facebook, kami akan mencipta satu page yang diberi nama TEMASYA

HIGHLANDERs ‟14 bagi mempromosikan program ini dimata umum.

10.3 Digital Board UKM

Program dipromosikan melalui papan digital board yang terdapat pada pintu masuk

UKM setelah permohonan diluluskan oleh pihak UKM.

11.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

Ahli Jawatankuasa seramai : 50 orang

Sasaran : 2000 pengunjung

12.0 CADANGAN PERASMI

i. Perasmian Pembukaan/ Penutup

1) Prof.Madya Dato’ Dr. Mohd Rizal bin Mohd Yaakop

Pengetua Kolej Ibrahim Yaakub,

Univesiti Kebangsaan Malaysia

13.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A

Page 5: TARIKH TEMPAT ANJURAN TEMA - iFolio - Authentication · Quran dan juga bacaan selawat Qasidah bersama anak-anak yatim dan ... Pemenang perlu berusaha untuk menghabiskan makanan yang

TEMASYA HIGHLANDERS

21, 22, 23 MAC 2014

14.0 ATUCARA MAJLIS

Rujuk Lampiran B

15.0 PERINCIAN PROGRAM

KONSERT AMAL WOW HIGHLANDERS BERSAMA LET’S ROCK MALAYSIA

UNTUK MEMBANTU PESAKIT KANSER.

Melalui konsert ini, program akan menjemput beberapa artis seperti Aizat, Kumpulan Tona

Warna, Fauziah Latif dan beberapa pelajar Universiti yang berbakat untuk melakukan

persembahan pada malam tersebut secara amal untuk membantu pesakit-pesakit kanser bagi

menyara kehidupan mereka. Konsert ini akan diadakan pada malam penutup program. Pihak

program akan menjemput beberapa VIP bagi merasmikan malam penutup Temasya

Highlanders ini. Program ini sekali gus merapatkan hubungan antara warga KIY dan

masyarakat luar dalam keadaan yang santai.

REWANG TH

Rewang TH ini merupakan satu program yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara

warga KIY khususnya. Melalui program ini, AJK bersama warga KIY akan bergotong

royong dalam menyediakan makanan sebelum dijamu kepada semua hadirin yang hadir pada

majlis Tarannum Al-Quran yang diadakan pada sebelah malamnya. Dalam masa yang sama,

pihak kami mengambil kesempatan untuk menguar-uarkan aktiviti yang terkandung dalam

program Temasya Highlanders ini. Kami akan mengedarkan flyers dan membuat beberapa

pengumuman untuk menjemput para hadirin menyertai pertandingan-pertandingan yang

disediakan selama berlangsungnya Temasya Highlanders ini.

KIY BERSELAWAT BERSAMA ANAK-ANAK YATIM/ MISKIN DAN WARGA

UKM

Kami selaku pihak program bercadang untuk mengadakan majlis pertandingan Tarannum Al-

Quran dan juga bacaan selawat Qasidah bersama anak-anak yatim dan golongan anak-anak

fakir miskin kerana objektif kami tidak hanya tertumpu kepada warga Kolej Ibrahim Yaakub

dan warga UKM tetapi juga kepada masyarakat luar. Hal ini demikian kerana kami ingin

menabur bakti kepada masyarakat luar yang tidak berpeluang untuk menikmati kehidupan

yang sempurna dek kerana kehilangan ahli keluarga dan kedaifan hidup. Melalui program ini,

kami dapat mendekatkan diri kami dengan golongan ini agar kami dapat membantu dari segi

bantuan kewangan atau barangan, rohani dan jasmani mereka. Program ini juga menyediakan

sumbangan barangan kelengkapan sekolah seperti bag ,pakaian sekolah dan kasut sekolah

kepada anak-anak ini agar permulaan sesi persekolahan mereka lebih ceria.

CERAMAH ILMU OLEH PENCERAMAH BEBAS

Perkongsian ilmu dilihat salah satu medium yang membolehkan semua pihak mempelajari

ilmu baru daripada progam ini. Program akan menjemput penceramah bebas yang terkenal

bersama beberapa Imam Muda seperti Imam Muda Asyraf dan Imam Muda Najdi untuk

Page 6: TARIKH TEMPAT ANJURAN TEMA - iFolio - Authentication · Quran dan juga bacaan selawat Qasidah bersama anak-anak yatim dan ... Pemenang perlu berusaha untuk menghabiskan makanan yang

TEMASYA HIGHLANDERS

21, 22, 23 MAC 2014

membincangkan topik-topik yang bermanfaat. Program ini bertujuan untuk mendedahkan

penonton dan pengujung yang rata-ratanya pelajar UKM bahawa ilmu tidak semestinya

dituntut dalam kuliah semata-mata. Topik yang akan dikupas adalah topik yang sangat dekat

dengan permasalahan yang sering dihadapi oleh remaja khususnya yang bergelar mahasiswa.

SI CILIK BERAKSI

Aktiviti ini menjemput peserta daripada tadika-tadika sekitar Bangi dalam aktiviti seperti

mewarna, bercerita dan pakaian beragam. Hadiah akan diberikan bagi menghargai pemenang

yang berbakat sekali gus membantu mereka mencungkil bakat serta berasa yakin akan

kemampuan diri mereka. Akiviti ini juga mendedahkan pihak urus setia program mempelajari

cara untuk menguruskan komuniti dalam pelbagai peringkat umur dan mewujudkan

komunikasi dengan masyarakat luar.

PAMERAN SUPERBIKES BERSAMA FAUZIAH LATIF

Progaram akan menjemput penyanyi terkenal, Fauziah Latif bersama kumpulan motor

berkuasa tinggi untuk mengadakan pameran bagi membolehkan pengunjung mendekati

penyanyi tersebut yang dalam masa yang sama mempromosikan jualan tiket Persembahan

Amal Highlanders. Persembahan Amal Highlanders merupakan malam penutup Temasya

Highlanders yang diadakan bagi mengumpulkan sumbangan untuk pesakit kanser di

Malaysia. Kunjungan beliau bukan hanya untuk mempamerkan motor berkuasa tinggi tetapi

untuk tujuan amal.

LIGHTNING EATER

Pertandingan ini merupakan salah satu aktiviti untuk mencapai keseronokan kepada peserta

untuk menarik minat mereka terhadap program ini. Pemenang perlu berusaha untuk

menghabiskan makanan yang disediakan dalam masa yang singkat. Makanan ini akan

disediakan oleh pihak program bagi menjadikan pertandingan ini adil. Program ini

melibatkan 10 peserta iaitu daripada mahasiswa UKM dan tetamu jemputan daripada Ladies

Bikers.

BILIK BERHANTU TH.. Mohon Jangan Menjerit

Membawa Anda Mengalami Keseraman Tahap Ekstrem

Bilik berhantu ini akan membawa anda mengalami keseraman tahap ekstrem yang berbeza

daripada rumah hantu sebelum ini, khas buat para pengunjung yang menginginkan tahap

keberanian mereka dicabar. Di dalam rumah ini, akan disediakan suasana yang membawa

ketakutan berdasarkan cerita- cerita seram yang benar. Bilik Berhantu TH berbeza dengan

rumah hantu yang telah direka oleh program sebelum ini kerana mengambil beberapa

trademark cerita hantu seperti Zombie Kampung Pisang, Pontianak Harum Sundal Malam,

The Ring dan The Eyes untuk dijadikan sumber inspirasi untuk membawa pengunjung

merasai ketakutan. Malahan membantu pengunjung menambah kepercayaan kepada Tuhan

dengan pengalaman yang disediakan ini.

Page 7: TARIKH TEMPAT ANJURAN TEMA - iFolio - Authentication · Quran dan juga bacaan selawat Qasidah bersama anak-anak yatim dan ... Pemenang perlu berusaha untuk menghabiskan makanan yang

TEMASYA HIGHLANDERS

21, 22, 23 MAC 2014

JAGUH FUTSAL

Futsal merupakan salah satu pertandingan yang digemari oleh remaja masa kini. Futsal

mampu menjadi medium untuk memupuk semangat kesukanan dalam kalangan mahasiswa

UKM. Aktiviti ini bukan hanya tertumpu pada satu kolej sahaja tetapi melibatkan semua

kolej. Kolej Ibrahim Yaakub menjadi pengantara untuk mengumpulkan para pemain bagi

mencari jaguh di antara pemain futsal kolej yang hebat. Sekali gus melahirkan mahasiswa

yang hebat bukan sahaja dalam pelajaran tetapi juga dalam sukan. Selaras dengan pemintaan

negara yang mahu melahirkan modal insan yang aktif dalam akademik dan aktiviti-aktiviti

luar yang mampu meningkatkan nilai dalam individu tersebut.

SENAMROBIK BERSAMA MILO

Bagi melahirkan mahasiswa yang terbaik bukan sahaja dari segi mental tetapi juga dari segi

fizikal, program ini menyediakan satu slot yang dipanggil senamrobik bersama MILO.

Minuman MILO membekalkan tenaga kepada peserta-peserta slot ini dan minuman akan

diberikan secara percuma bagi membekalkan tenaga kepada peserta. Hal ini sekali gus

melahirkan mahasiswa yang aktif mental dan fizikal.

RAJA DOTA (‘DOTA’ BUKAN SEKADAR HOBI)

Program ini menyediakan pertandingan merebut gelaran Raja Dota untuk warga lelaki UKM

dan pengunjung luar. Program ini dijangka mendapat sambutan ramai kerana golongan ini

akan berminat untuk menguji keupayaan mereka. Hal ini sekali gus mengiktiraf bakat mereka

dengan hadiah yang disediakan oleh pihak kami.

MASTERCHEF

Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat peserta dalam bidang masakan dengan

memberikan bahan-bahan tertentu yang telah disediakan. Tema masakan yang diberikan ialah

bebas dan para peserta harus menyiapkan hidangan mengikut kreativiti masing-masing

dalam masa 1 jam sebelum dinilai oleh juri professional.

GERAI JUALAN

Gerai jualan ini memberi peluang kepada para peniaga untuk menjual barangan mereka.

Bukan sahaja terbuka kepada peniaga dari luar tetapi juga terbuka kepada usahawan muda

Kolej Ibrahim Yaakub yang mempunyai perniagaan sendiri. Pihak kami akan menjemput lori

minuman Milo dan KFC ke program kami untuk menjadikan program ini lebih meriah dan

mampu menarik pengunjung.

Page 8: TARIKH TEMPAT ANJURAN TEMA - iFolio - Authentication · Quran dan juga bacaan selawat Qasidah bersama anak-anak yatim dan ... Pemenang perlu berusaha untuk menghabiskan makanan yang

TEMASYA HIGHLANDERS

21, 22, 23 MAC 2014

SAYA BANGGA MENJADI ANAK NEGERI…

Peserta yang ingin menyertai perlulah menghantar gambar yang menunjukkan bahawa

mereka bangga menjadi mana-mana anak negeri di Malaysia ke laman Facebook Temasya

Highlanders yang akan disediakan oleh pihak urus setia. Pemenang akan ditentukan

berdasarkan ‘like’ yang diperoleh daripada pengunjung laman Facebook. Peserta diberi

kebebasan untuk mempromosikan gambar mereka megikut kreativiti individu. Mereka juga

bebas untuk menterjemahkan idea sebagai seorang anak jati negeri.

16.0 BELANJAWAN………………………………………………………………….........

Rujuk Lampiran C

17.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan berkaitan, sila

hubungi :

Pejabat MEP

Paras 1, Bangunan Pusat Kemudahan

Kolej Ibrahim Yaakub

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 Bangi

Selangor Darul Ehsan.

(u/p : Rosafiza Binti Zakaria : 017-6774917)

Tel : 03-8921 5271

Faks : 03-8921 5268

E-mel :[email protected]

18.0 SYOR PENUTUP

1. Semoga program ini akan dapat berjalan dengan jayanya serta mencapai matlamat dan

objektif yang telah digariskan.

2. Segala kerjasama dan sumbangan daripada pihak Pusat Perkembangan Pelajar kami

dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Page 9: TARIKH TEMPAT ANJURAN TEMA - iFolio - Authentication · Quran dan juga bacaan selawat Qasidah bersama anak-anak yatim dan ... Pemenang perlu berusaha untuk menghabiskan makanan yang

TEMASYA HIGHLANDERS

21, 22, 23 MAC 2014

Disediakan oleh

ROSAFIZA BINTI ZAKARIA (A 140424) Ketua pengarah Temasya Highlanders 14

Timbalan Majlis Eksekutif Kolej Ibrahim Yaakub

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Disahkan oleh

EN. HUSSAIN YUSRI BIN ZAWAWI

Felo Penasihat,

Kolej Ibrahim Yaakub

Universiti Kebangsaan Malaysia

LAMPIRAN A

Page 10: TARIKH TEMPAT ANJURAN TEMA - iFolio - Authentication · Quran dan juga bacaan selawat Qasidah bersama anak-anak yatim dan ... Pemenang perlu berusaha untuk menghabiskan makanan yang

TEMASYA HIGHLANDERS

21, 22, 23 MAC 2014

STRUKTUR ORGANISASI

TEMASYA HIGHLANDERS ’14

Penaung

Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Bin Ghazali

Naib Canselor, UKM

Pengerusi

Y.Bhg. Prof. Datin Noor Aziah Binti Hj Mohd Awal

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM

Penyelaras

Tuan Haji Musa Zainal Abidin Othman

Timbalan Pendaftar Jabatan Perkhidmatan Pelajar, UKM

Penasihat

Prof. Madya Dr. Dato Mohd Rizal Mohd Yaakop

Pengetua Kolej Ibrahim Yaakub, UKM

Felo Kanan

En. Hussain Yusri Bin Zawawi

Felo Kanan Kolej Ibrahim Yaakub, UKM

Ketua Pengarah

Rosafiza Binti Zakaria FSSK/2 A140424

0176774917

Timbalan Pengarah I

Muhamad Aizat Bin Fakri FUU/2 A140681

Timbalan Pengarah II

Abdul Muez Bin Mohd Saman FTSM/2 A142061

Timbalan Pengarah III

Muhamad Fikri Bin Herman FEP/1 A143271

Setiausaha Nur Azlinna Binti Ramli FTSM/1 A146216

Setiausaha 2

Winnie Kariza Binti Bakri FSSK/1 A139855

Bendahari

Nur Khalida Bt Mohamad FSSK/1 A145176

Bendahari 2

Siti Nur Syamimi Binti Mohamad Samingan FSSK/2 A140991

Page 11: TARIKH TEMPAT ANJURAN TEMA - iFolio - Authentication · Quran dan juga bacaan selawat Qasidah bersama anak-anak yatim dan ... Pemenang perlu berusaha untuk menghabiskan makanan yang

TEMASYA HIGHLANDERS

21, 22, 23 MAC 2014

Pengarah Program : Amirul Bin Abdul Rahman A141503

Timb. Pengarah program : Anna Fira Bt Ahmad Fizal A145750

Pengarah Protokol : Wan Quraisyah Bt.Wan Ismail A143431

Timb. Pengarah Protokol : Hanan Bt. Abdul Rahman A145093

Pengarah Pemasaran : Puteri Nur Assilah Sabella Bt. Zaidi A143138

Timb. PengarahPemasaran : Nur Fatehah Bte Sukur A143856

Pengarah Publisiti : Jhassmeen Nureen Anak Ngeng A145579

Timb. Publisiti : Muhammad Al-Hafiz Bin Mohd Saharuddin A144326

Pengarah Dekorasi : Nurul Syaza Bt Yusoff A145256

Timb. Dekorasi : Ummi Aqilah binti Omiza A145734013

Pengarah Teknikal : Syahrul Syafiin Bin Sulaiman A 145927

Timb. Pengarah Teknikal : Mohd Ridhwan Bin Abdul Manan A142163

Pengarah Cenderamata : Nur Aisyah Fatimah Binti Azmal A145020

Timb. Pengarah Cenderamata : Dhia Thuraya Binti Hapiz A145041

Pengarah Keselamatan : Atif Syamimi Bin Othman A144319

Timb. Keselamatan : Muhd Hussin B. Hassan

Pengarah Tugas-Tugas Khas : Mohd Safwan Akmal B. Kamal Baharin A145393

Timb. Pengarah Tugas-Tugas Khas: Mohd Hasrol Bin Osnin A145232

Pengarah Jamuan : Nur Safura Fajeera Binti Juman A143291

Timbalan Jamuan : Aida Shazlyn Bt Zainukamarol Zari A143402

Pengarah Logistik : Rozaini Bin A Rozi A145272

Timb. Pengarah Logistik : Nashriq Bin Bahari

Pengarah Konsert

Persembahan Amal Highlanders : Fifi Susanti Binti Sjafri A143905

Page 12: TARIKH TEMPAT ANJURAN TEMA - iFolio - Authentication · Quran dan juga bacaan selawat Qasidah bersama anak-anak yatim dan ... Pemenang perlu berusaha untuk menghabiskan makanan yang

TEMASYA HIGHLANDERS

21, 22, 23 MAC 2014

NAMA NO MATRIK NO TELEFON JAWATAN

MUHAMMAD FAHMI BIN TALIB 0162636752 Program

FAHURROHMAN A145492 0176866339 Pemasaran

MUHAMMAD RIDZUAN BIN

GHAZALI

A138935 Tugas-TugasKhas

AHMAD FARIDUL AMRI BIN AHMAD A138308 Logistik

MUHAMMAD BIN MOHD DRUS A 143320 Logistik

MOHD RIDHWAN BIN SHARIF A142345 Logistik

FATIN NABILAH BINTI NAIM JEMALI A146085 0174528116 Program

SITI MURNI BINTI ABDUL HALIM A146042 0145099670 Program

NUR SABIHAH BINTI NAWI A145233 0136152840 Program

NURSYAFIQAH BINTI ZAINI A145592 0196606765 Jamuan

NOOR FAZIERA IBRAHIM A144202 01139133774 Program

WAN NUR ATHIRAH BINTI W. ABD

MUHAIMI

A145616 0199499702 Jamuan

UMAI SARAH BT YUSOF A143147 0145363609 Protokol

MURNI ANAK ENTRI A143902 0198479373 Publisiti

NUR FATIN BINTI SAID A145191 0127668284 Jamuan

BUSYRO NATASYA BINTI MOHAMAD

SYUIB

A145212 01121779271 Protokol

MAISARAH BT. JAMALUDDIN A145398 0124357403 Protokol

NUR ADDILAH BT AZIZ A146193 0192564167 Protocol

FARA AYUNI BINTI MAT LAZIB A143095 0135195985 Program

UMI NURFAZILIAH BINTI MOHD

HUSSAIN

A143133 0177883761 Program

NUR ATHIRAH BINTI NOR AZAM A145950 0194460726 Publisiti

NORFAHANIM BINTI EMBONG A145877 0145460334 Pemasaran

NOR SURAYA BINTI AZIZ A145755 0174581660 cenderamata

NOORSYAHIRAH BINTI AHMAD A145925 0195673005 cenderamata

NURUL ATIQAH NOR AZMAN A145343 0123888748 cenderamata

NUR FARAH HANIM KAMARUDDIN A144784 0175454580 Cenderamata

NUR SHAMIMIE NADZWIN BT.

HASNAN

A146163 0175081994 Cenderamata

NOR ATIKAH BT ZAINAL ABIDIN A143325 0133187612 Pemasaran

FATEN NADIAH BTE MESLAN A146242 0173122519 program

MAHIRAH BINTI ZORKEFLEE A144194 0134112194 Publisiti

DHIA THURAYA BINTI HAPIZ A145041 0179891288 cenderamata

MUHAMMAD AL-HAFIZ BIN MOHD

SAHARUDDIN

A144326 013-7535876 Publisiti

NURUL HUDA BINTI MOHD FARITH A146914 0137031065 Publisiti

NUR AISYAH BT. MOHD HAZBIR A146922 01124020450 jamuan

NOR FATIHAH BT MOHD HAYATI A146918 01129311396 program

NOR HAZIAH BINTI ZAINUDDIN A145053 01114970123 Program

NUR AMALINA BT. ABD. HALIM A143154 0148476367 program

NUR HIDAYAH BINTI HASSAN A146825 0134460025 program

SHERRY MICHELLE AK BUMPOH A143463 Publisiti

ANIS AMIRAH BINTI ZAINAL ABIDIN A145983 Cenderamata

NURUL NADIAH BT MOHAMD SALEH A143299 0132932314 Logistik

Page 13: TARIKH TEMPAT ANJURAN TEMA - iFolio - Authentication · Quran dan juga bacaan selawat Qasidah bersama anak-anak yatim dan ... Pemenang perlu berusaha untuk menghabiskan makanan yang

TEMASYA HIGHLANDERS

21, 22, 23 MAC 2014

LAMPIRAN B

ATURCARA PROGRAM

TARIKH DAN MASA PERKARA TEMPAT

21 MAC 2014

( Jumaat)

3.00 petang - 6.30 petang

7.00 petang - 8.00malam

8.00 malam - 10.30 malam

22 Mac 2014

8.30 pagi - 9.00 pagi

9.00 pagi - 10.00 pagi

10.00 pagi - 11.00 pagi

11.00 pagi - 12.00 tengahari

12.00 tengahari - 1.00

petang

3.00 petang - 4.00 petang

9.00 malam - 11.00 malam

23 Mac 2014

(Ahad)

8.30 pagi - 9.30 pagi

8.00 malam - 11.00 malam

Rewang TH (Persediaan bubur lambuk)

Solat maghrib berjemaah/makan malam

Pertandingan Taranum Al-quran dan persembahan

Qasidah dari KUIS dan selawat bersama anak-anak

yatim

Program “Si Cilik Beraksi”

Pertandingan berwarna

Pertandingan Pakaian beragam

Pertandingan bercerita

Lightning Eater

Pertandingan Masterchef Kolej Ibrahim Yaakub

(KIY)

Pameran bikers

Ceramah ilmu oleh penceramah bebas bertemakan

„Kahwin pada usia muda‟.

Pertandingan Makeover bersama artis

Malam penutup dan Persembahan Amal

HIGHLANDERS bersama Yayasan Kanser

Malaysia untuk membantu pesakit kanser serta

persembahan bunga api.

Belakang Surau

KIY

Surau KIY

Dataran K13D

Dataran K13D

Dataran K13D

Dataran KI3D

Foyer

Dataran K13D

Dataran K13D

DECTAR

Page 14: TARIKH TEMPAT ANJURAN TEMA - iFolio - Authentication · Quran dan juga bacaan selawat Qasidah bersama anak-anak yatim dan ... Pemenang perlu berusaha untuk menghabiskan makanan yang

TEMASYA HIGHLANDERS

21, 22, 23 MAC 2014

LAMPIRAN C

BELANJAWAN

Anggaran Pendapatan

BIL PERKARA RM JUMLAH

(RM)

1. Sumbangan

Sumbangan JPPEL

Sumbangan Kolej Ibrahim Yaakub

Sumbangan Alumni

Sumbangan Kementerian/Badan Koporat

RM 3000.00

RM 4000.00

RM 1400.00

RM 45960.00

RM 3000.00

RM 4000.00

RM 1400.00

RM 45960.00

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN RM 54360.00

Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA UNIT RM

1. Program

Bayaran Penceramah Bebas

Bayaran Moderator

Bayaran Pakar atau Pengacara Majlis

Bilik Berhantu TH

Program Masterchef

Program make over

Program Lightning Eater

Persembahan bunga Api

Majlis Tarannum Al-Quran

Program Si cilik Beraksi

Konsert Amal Kesedaran Kanser bersama Yayasan

Kanser Malaysia

RM 2000.00

RM 1000.00

RM 500.00

RM 500.00

RM 700.00

RM 700.00

RM 150.00

RM 100.00

RM 1000.00

RM 2000.00

RM35000.00

2. Publisiti

- Banner (RM 100 x 4)

-Bunting ( RM 8 x 5)

- Poster (RM 8 x 25)

- Flyers (RM 1 x 50)

4

5

25

50

RM 400.00

RM 40.00

RM 200.00

RM 50.00

Page 15: TARIKH TEMPAT ANJURAN TEMA - iFolio - Authentication · Quran dan juga bacaan selawat Qasidah bersama anak-anak yatim dan ... Pemenang perlu berusaha untuk menghabiskan makanan yang

TEMASYA HIGHLANDERS

21, 22, 23 MAC 2014

3. Cenderamata

- Hadiah Perasmi

- VIP (RM 50 x 5)

- Hamper Besar (RM 20 x 20)

- Hamper Sederhana ( RM 10 x 25)

- Medal ( RM15 x 24)

1

5

20

25

24

RM 100.00

RM 500.00

RM 200.00

RM 250.00

RM 360.00

4. Jamuan

Rewang TH

- Tetamu VIP (RM 10 x 15)

- Tetamu (terdiri daripada warga KIY dan AJK)

( RM6 x 500 )

-Air Mineral

15

500

RM3000.00

RM 150.00

RM 3000.00

RM 70.00

5. Teknikal

- Walkie talkie (RM30 x 8 x 2hari) + RM300

(Security Deposit)

- PA System

8

2

RM 780.00

RM 150.00

6. Peralatan

Kertas

AlatTulis

RM 60.00

RM100.00

8. GimikPerasmian RM 300.00

9. Pehubungan

Kenderaan Sewa untuk membawa kanak-kanak dan

pelajar sekolah ketempat program bagi program Si

Cilik Beraksi

Bas (2 Buah)

RM 1000.00

JUMLAH RM 54360.00