sejarah perkembangan ptv

10
Zulfadli & Kamaruzaman SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DI MALAYSIA Perkembangan sistem pendidikan di Malaysia telah wujud sekian lama iaitu sebelum kedatangan penjajah lagi. Perkembangan ini telah merentasi masa sejak zaman berzaman hingga ke hari ini. Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) merupakan salah satu cabang dalam pendidikan di Malaysia. Teknikal bermaksud pelaksanaan sesuatu kerja yang mengkhusus kepada sesuatu pengetahuan. Vokasional pula menurut Kamus Dewan ialah bidang yang berkaitan dengan aspek praktik sesuatu pendidikan. PTV menyumbang kepada pembangunan negara dalam sektor ekonomi, sosial dan juga kestabilan negara. Perkembangan PTV bermula daripada revolusi perindustrian Perancis pada awal tahun 1800an. Ketika itu kajian dilakukan dan ciptaan baru dihasilkan demi memenuhi keperluan peperangan seperti penciptaan senjata serta lokomotif. Seterusnya ia berkembang ke seluruh dunia daripada negara-negara Eropah dan terus ke negara-negara timur yang dibawa oleh penjajah. PTV kini memainkan peranan penting dalam menyediakan tenaga kerja mahir dan separa mahir untuk membangunkan negara dalam sektor-sektor perindustrian tidak mengira asas sama ada pertanian,laut dan hasil bumi. Perkembangan PTV di Malaysia tidak terhad kepada peranan Kementerian Pelajaran sahaja. Penggubalan dasar kurikulum turut dibuat dan usaha untuk penambahbaikan dilaksanakan oleh mereka di luar kementerian. Sebagai contoh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) bertanggungjawab mengendalikan program-program kemahiran sehingga ke hari ini. Badan organisasi bukan kerajaan atau NGO seperti kilang mempunyai institusi latihan tersendiri untuk melatih para pekerjanya yang tidak berpengalaman. Kementerian berkaitan juga menubuhkan university-universiti awam yang menawarkan kursus-kursus peringkat lebih tinggi dalam bidang kejuruteraan.

Upload: ladlady

Post on 15-Jun-2015

3.607 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

sedikit sebanyak tentang ptv di malaysia..oleh..zulfadli dan kamaruzamanRBT

TRANSCRIPT

Zulfadli & Kamaruzaman

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

DI MALAYSIA

Perkembangan sistem pendidikan di Malaysia telah wujud sekian lama

iaitu sebelum kedatangan penjajah lagi. Perkembangan ini telah merentasi masa

sejak zaman berzaman hingga ke hari ini. Pendidikan Teknik dan Vokasional

(PTV) merupakan salah satu cabang dalam pendidikan di Malaysia. Teknikal

bermaksud pelaksanaan sesuatu kerja yang mengkhusus kepada sesuatu

pengetahuan. Vokasional pula menurut Kamus Dewan ialah bidang yang

berkaitan dengan aspek praktik sesuatu pendidikan. PTV menyumbang kepada

pembangunan negara dalam sektor ekonomi, sosial dan juga kestabilan negara.

Perkembangan PTV bermula daripada revolusi perindustrian Perancis pada

awal tahun 1800an. Ketika itu kajian dilakukan dan ciptaan baru dihasilkan demi

memenuhi keperluan peperangan seperti penciptaan senjata serta lokomotif.

Seterusnya ia berkembang ke seluruh dunia daripada negara-negara Eropah dan

terus ke negara-negara timur yang dibawa oleh penjajah. PTV kini memainkan

peranan penting dalam menyediakan tenaga kerja mahir dan separa mahir untuk

membangunkan negara dalam sektor-sektor perindustrian tidak mengira asas

sama ada pertanian,laut dan hasil bumi.

Perkembangan PTV di Malaysia tidak terhad kepada peranan Kementerian

Pelajaran sahaja. Penggubalan dasar kurikulum turut dibuat dan usaha untuk

penambahbaikan dilaksanakan oleh mereka di luar kementerian. Sebagai contoh

Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) bertanggungjawab mengendalikan

program-program kemahiran sehingga ke hari ini. Badan organisasi bukan

kerajaan atau NGO seperti kilang mempunyai institusi latihan tersendiri untuk

melatih para pekerjanya yang tidak berpengalaman. Kementerian berkaitan juga

menubuhkan university-universiti awam yang menawarkan kursus-kursus

peringkat lebih tinggi dalam bidang kejuruteraan.

Zulfadli & Kamaruzaman

KRONOGRAFI SEJARAH PERKEMBANGAN PTV

Selepas pendidikan ditahap rendah dan menengah, kerajaan British memperkenalkan PTV sejak awal abad ke-20

1905

1946

1923

1918

1926

1931

1900

- pembukaan Sekolah Teknik Treacher di Kuala Lumpur untuk beri

latihan kepada pembantu teknik di JKR, Juru ukur, KTM

- pembentukan suruhanjaya Pendidikan Teknik dan Industri untuk mengkaji keperluan pelajaran Vokasional dan Teknik di negeri-negeri Melayu

- penubuhan Pusat Latihan Pertanian

- penubuhan Sekolah Teknik

- penubuhan Sekolah Pertanian di Serdang untuk melatih pegawai- pegawai pertanian.

- Sekolah Pertanian dinaik taraf menjadi Kolej Pertanian - bertukar menjadi Universiti Putra Malaysia yang kekal sehingga sekarang

- Permulaan kegiatan kemahiran kraftangan melayu di Kuala Lumpur - Orang melayu yang mahir dalam seni ( anyam, sulam & ukir ) diambil jadi tenaga pengajar si sekolah melayu di Kuala Lumpur

1941

- Sekolah Teknik ditukar status kepada Maktab Teknik

1972 - Maktab Teknik dinaik taraf kepada Universiti Teknologi Malaysia

- Kolej Pertanian dinaik taraf kepada Universiti Pertanian Malaysia

Zulfadli & Kamaruzaman

SEJARAH PERKEMBANGAN PTV SEBELUM PENJAJAHAN INGGERIS

Sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu, sistem pendidikan

masyarakat Melayu adalah terhad kepada membaca kitab suci al-Quran,

mempelajarinya dengan imam di surau dan juga ulama di pondok sebagai kelas

pembelajaran mereka. Aktiviti-aktiviti pula terhad kepada mengenal abjad-abjad

Arab,menghafaz doa dan mendalami prinsip Islam. Pendidikan tradisi ini

merupakan tidak formal. Pada masa yang lain, murid akan menolong gurunya

menguruskan hal-hal rumah dan bekerja di kebun dan sawah. Melalui kerja-kerja

itu, murid-murid secara tidak langsung belajar kemahiran-kemahiran yang

dikehendaki supaya dapat menjalankan kerja dalam kehidupan seharian mereka.

Kemahiran tidak perlu dikuasai untuk mencari nafkah seharian, masyarakat

Melayu ketika itu bekerja sebagai petani dan nelayan yang diwarisi daripada

keluarga masing-masing.

SEJARAH PERKEMBANGAN PTV SEMASA PENJAJAHAN INGGERIS

Sistem pendidikan tradisi orang Melayu berubah setelah kedatangan

Inggeris pada pertengahan kurun ke 19. Penjajah telah memperkenalkan sistem

Pendidikan Vernakular Melayu pada tahun 1786 hingga 1941 bersama-sama

pembentukan Pendidikan Vernakular Cina dan India. Selain daripada niat untuk

merebut kekayaaan hasil bumi kita, penjajah juga memperkenalkan sistem

pendidikan kerana ingin memberikan pendidikan kepada rakyat di bawah

pemerintahan mereka.

Sebagai usaha pertama, pada tahun 1856, Blundell dengan kerjasama

DYMM Temenggong Johor telah menubuhkan dua buah sekolah vernakular

Melayu di Singapura. Sekolah Melayu juga ditubuhkan di Pulau Pinang dan

Melaka tetapi tidak mendapat sambutan kerana tidak mengajar matapelajaran

agama Islam.

Zulfadli & Kamaruzaman

Mulai awal kurun ke 20 mata pelajaran seperti perkebunan dan anyaman

ditambah dalam kurikulum pendidikan. Perubahan dari 3M kepada anyaman dan

perkebunan adalah mengikut rancangan Laporan Winsdent 1917. Namun tahun

persekolahan terhad sehingga darjah 4 sahaja. Hanya segolongan kecil sahaja

yang berjaya memasuki Maktab Perguruan atau Malay Special Class di mana

mereka boleh melanjutkan pelajaran ke sekolah inggeris.

Sebelum Laporan Winsdent, pada 6 Februari 1816, Rev. R.S.Hutchings

telah membuka Penang Free School di mana PTV turut ditawarkan. Tujuan

kurikulum Hutchings adalah untuk memberi peluang kepada kanak-kanak

mempelajari tentang pekerjaan yang berguna seperti tukang kayu, tukang besi,

tukang kasut, tukang jahit, penjilidan buku dan sebagainya.

Sebelum Perang Dunia ke-2, sistem Sekolah Vernakular Melayu dan Tamil

hanya setakat peringkat sekolah rendah sahaja. Namun pembelajaran berkaitan

PTV boleh dilanjutkan di Maktab Perguruan, Sekolah Vokasional,Kolej Perubatan

dan Sekolah Teknik dengan syarat pelajar lulus peperiksaan Sijil Cambridge

Seberang Laut yang mula diperkenalkan pada tahun 1891.

PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL ERA PENJAJAHAN

Pada tahun 1918, mengikut cadangan Jawatankuasa Lemon, Sekolah

Teknik telah didirikan di Kuala Lumpur. Antara mata pelajaran yang diajar ialah

Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik dan Kejuruteraan Awam serta

Ilmu Ukur. Winsdent (1916) juga mencadangkan sekolah vokasional

diperkenalkan dengan pengantaraan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu bagi

murid-murid yang telah lulus darjah 5 di sekolah Inggeris dan sekolah Melayu.

Setelah 100 tahun negara di bawah jajahan Kolonial, jumlah institusi

teknikal dan vokasional sangat terhad bilangannya. Sekolah Teknik Treacher di

Kuala Lumpur pada 1906 yang dikelolakan oleh Jabatan Kerja Raya yang

menyediakan juruteknik yang diperlukan oleh Keretapi Tanah Melayu, Jabatan

Kerja Raya dan Jabatan Ukur sehinggalah Perang Dunia ke 2. Messrs Coales,

Zulfadli & Kamaruzaman

Watson dan Worley juga menubuhkan sekolah teknik bagi melatih juru ukur

untuk jabatan kerajaan dan firma swasta.

Penubuhan sekolah teknik ini hanyalah terhad kepada sebilangan kecil

penuntut yang berpendidikan Inggeris demi melahirkan pegawai-pegawai

rendah teknik untuk memenuhi keperluan jabatan awam dan swasta. Sementara

penubuhan Sekolah Pertukangan bagi murid-murid Melayu bertujuan untuk

mengeluarkan pekerja peringkat bawahan.

SEKOLAH PERTUKANGAN ERA PENJAJAHAN

Pada 1918, jawatankuasa mengenai Pelajaran Teknik dan Perindustrian di

Negeri-negeri Melayu Bersekutu mencadangkan supaya sebuah sekolah

pertukangan dengan pengantar Bahasa Melayu ditubuhkan. Tujuannya untuk

menjadikan budak Melayu sebagai mekanik di Jabatan Keretapi dan sebagai guru

tukang kayu di sekolah Vernakular Melayu.

Pada 1926, sekolah pertukangan yang pertama dibina di Kuala Lumpur

dengan jangka masa latihan selama 3 tahun. Kebanyakan murid lulusan sekolah

pertukangan tidak dapat melihat kebaikannya untuk masa hadapan. Namun,

sekolah pertukangan ini berjaya melahirkan pekerja peringkat bawahan untuk

jabatan awam.

SEKOLAH PERTANIAN

Serentak dengan penubuhan sekolah pertukangan,sekolah pertanian

dibina di Serdang pada tahun 1931. Sekolah ini dikelola oleh jabatan pertanian

bertujuan untuk melatih pelajar sebagai pegawai rendah pertanian.

Pada 1941, sebuah maktab teknik dibina dan selepas perang dunia ke 2, sebuah

maktab pertanian pula dibina. Bagaimanapun penempatan sekolah-sekolah

Zulfadli & Kamaruzaman

tersebut tertumpu di sekitar kawasan pantai barat semenanjungyang banyak

mengandungi kepentingan kepada penjajah.

SEJARAH PERKEMBANGAN PTV SELEPAS MERDEKA

Selepas Negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, kerajaan telah

merangka beberapa rancangan pembangunan untuk memenuhi aspirasi rakyat,

meningkatakan taraf sosial dan ekonomi masyarakat yang kekurangan

kemahiran di dalam bidang kejuruteraan, pertanian dan perdagangan bagi

melaksanakan projek pembangunan. Pakar-pakar teknik dan pekerja mahir

merupakan nadi pembangunan negara.

Sebagai strategi jangka panjang, pihak kerajaan terpaksa meminjam

pakar-pakar dari luar dan dibayar untuk memberi latihan kepada rakyat.

Kerajaan berharap latihan yang diterima akan membentuk rakyat yang kompeten

sehingga membolehkan negara berdikari.

Institusi pendidikan PTV

semasa penjajahan Inggeris

Maktab

Perguruan

Sekolah Pertanian

Sekolah Teknik Sekolah

Vokasional Kolej

Perubatan

Sekolah

Vernakular

Sekolah

Pertukangan

Zulfadli & Kamaruzaman

Laporan Razak 1956, telah mencadangkan Pendidikan Teknik dikelolakan

pada tiga peringkat iaitu :

Tujuannya adalah untuk melahirkan pakar-pakar teknik, tenaga mahir dan

separuh mahir melalui sistem pendidikan formal dibawah pengurusan

Kementerian Pendidkan. Tujuan utama Laporan Razak ialah untuk mewujudkan

sistem pendidikan ke arah perpaduan nasional.

Dasar Pelajaran Teknikal yang telah dirancang oleh Jawatankuasa Razak

mewujudkan landasan ke arah perkembangan sistem Pelajaran Teknik dan

Vokalsional. Hanya terdapat 3 buah Junior Trade School di antara tahun 1957-

1965 di Semenanjung Tanah Melayu iaitu sebuah Tecnichal Institute dan sebuah

Maktab Teknik di Cheras. !3 Rural Trade School serta beberapa buah Sekolah

Lanjutan dan Sekolah-sekolah Pertukangan. Sekolah-sekolah ini dikendalikan

dibawah Rancangan Colombo yang memberikan sumbangan buku teks dan

peralatan bengkel. Tenaga pengajar pula daripada Australia, New Zealand, dan

Canada.

Sekolah

Teknik

Maktab Teknik

Sekolah-sekolah

Pertukangan

Zulfadli & Kamaruzaman

Sekolah Lanjutan

Sekolah Pertukangan dibubarkan pada tahun 1960an dan Sekolah

Pelajaran Lanjutan diperkenalkan. Ianya bertujuan menyediakan tempat bagi

pelajar yang gagal dalam peperiksaan Malayan Secondry School Entrance

Examination.

Menurut Penyata Jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran 1960 :

’Sekolah Lanjutan memberi peluang kepada kanak-kanak menyambungkan

pelajaran selama 3 tahun dengan memberatkan pelajaran perusahaan, khasnya

murid-murid yang tidak lulus masuk ke sekolah-sekolah menengah, termasuk

Rural Trade School dan ingin menyambung pelajarannya selepas kursus enam

tahun di sekolah rendah’.

Sekolah Lanjutan kurang berjaya dan sistem pelajaran Sekolah Lanjutan

dirombak kepada Sistem Komprenhensif pada tahun 1965.

Sistem Pelajaran Aneka Jurusan (Komprenhensif)

Pada tahun 1965, Bahagian Teknik dan Vokalsional mengubahsuai Sistem

Pelajaran Teknik dan Vokalsional di peringkat Sekolah Menengah Rendah yang

dikenali sebagai Sistem Komprenhensif.

Empat mata pelajaran diperkenalkan iaitu Seni Perusahaan, Sains

Pertanian, Perdagangan dan Sains Rumah Tangga sekali gus memansuhkan

Sekolah Pertukangan Kayu. Dalam mata pelajaran elektif ini diadakan latihan

amali dan teori mengikut kehendak kursus.

Zulfadli & Kamaruzaman

Perkembangan Sekolah Menengah Vokalsional

Pada tahun 1968, wujudnya Sekolah Menengah Vokalsional. Ianya

bertujuan menyalurkan murid-murid lepasan sekolah ”aneka jurusan”di tingkatan

4 dan 5. Penubuhannya adalah untuk memberi latihan dan kemahiran kepada

murid-murid. Empat bidang kursus vokalsional yang ditawarkan ialah

Pertukangan, Perdagangan, Pertanian dan Sains Rumah Tangga.

Selepas 2 tahun, murid-murid akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran

Vokalsional Malaysia(SPVM). pada tahun 1969, seramai 1329 penuntut kumpulan

pertama daripada Sekolah Menengah Vokalsional telah menduduki peperiksaan

SPVM. Diantara tahun 1969-1974 kerajaan telah menubuhkan Sekolah Jenis

Vokasional secara beransur-ansur mengikut Rancangan Lima Tahun Dasar

Ekonomi Baru di setiap negeri seluruh negara. Jumlah keseluruhannya ialah 18

buah Sekolah Vokasional, dimana 13 daripadanya adalah Sekolah Pertukangan.

Bidang mata pelajaran vokasional yang ditawarkan adalah sepeti berikut :

1. Kursus Pertukangan

2. Kursus Pertanian

3. Kursus Perdagangan

4. Kursus Sains Rumah Tangga

Perkembangan Sekolah Menegah Teknik

Sekolah Menegah Teknik mempunyai pertalian dengan Treacher Technical

Institute(1906) yang ditubuhkan oleh pihak Klonial di bawah Jabatan Pelajaran

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1956, Treacher Training Institute

yang terlebih dahulu dinaik taraf kepada Tecnichal Institute dan bertukar kepada

Sekolah Menengah Teknik pada tahun 1962.

Zulfadli & Kamaruzaman

Tujuan Sekolah Menegah Teknik adalah untuk memberi pelajaran am

yang lebih cenderung kepada aliran teknik sebagai asas kepada murid-murid

untuk melanjutkan pelajaran tinggi di bidang teknikal.

Tiga kursus utama yang ditawarkan adalah Kejuruteraan Awam,

Kejuruteraan Mekanikal dan Pertanian. Ilmu Perdagangan pula diperkenalkan

untuk memberi peluang kepada pelajar perempuan sepertimana yang

dicadangkan dalam Rancangan Malaysia Kedua. Dalam kursus Mekanikal dan

Bangunan, murid-murid diberi latihan amali di bengkel yang berkaitan serta

teori-teorinya.

RUMUSAN

Perkembangan PTV kini pesat selaras dengan keperluan negara dalam

menjana ekonomi khususnya dalam bidang perindustrian yang kini menjadi

pencorak utama ekonomi negara. Bidang industri yang memainkan peranan

penting merangkumi industri pengeluaran, automobil, petroleum, pembuatan

dan komunikasi.

Selaras dengan itu, kerajaan telah mengembangkan PTV diperingkat

sekolah Rendah Menengah dan Institusi Pendidikan Tinggi. Hasrat kerajaan

adalah untuk melahirkan rakyat yang berilmu, bertanggungjawab dan

berkeupayaan menyumbang kepada pembangunan negara sepertimana yang

tersurat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.