topik 1 9 x bahasa melayu: dan pendekatan · dalam topik 8, kita telah membicarakan tentang...

34
PENGENALAN Dalam topik 8, kita telah membicarakan tentang perkamusan bahasa Melayu. Bidang perkamusan mempunyai hubungan yang rapat dengan penterjemahan kerana kedua-dua bidang tersebut melibatkan kata atau kosa kata dalam sesuatu bahasa. Kamus (rujuk Rajah 9.1) merupakan keperluan utama bagi seorang penterjemah. Di samping itu, kerja penterjemahan juga penting dalam pembinaan kamus atau daftar kata yang melibatkan dwibahasa atau multi- bahasa. Seorang penterjemah yang baik perlulah menguasai kedua-dua bahasa sumber dan bahasa sasaran. Dalam tajuk ini, anda akan diperkenalkan tentang sejarah penterjemahan di Malaysia dan perkembangannya sehingga kini. Anda juga akan mendapat penjelasan ringkas tentang konsep, definisi, teori dan pendekatan dalam penterjemahan. T T o o p p i i k k 9 9 Perterjemahan Bahasa Melayu: Sejarah, Teori, dan Pendekatan HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membincangkan perkembangan penterjemahan di Malaysia; 2. Mentakrif konsep penterjemahan; 3. Menghurai teori dan pendekatan dalam penterjemahan; dan 4. Mengaplikasikan teori penterjemahan bahasa Melayu.

Upload: others

Post on 23-Sep-2020

17 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Topik 1 9 X Bahasa Melayu: dan Pendekatan · Dalam topik 8, kita telah membicarakan tentang perkamusan bahasa Melayu. Bidang perkamusan mempunyai hubungan yang rapat dengan penterjemahan

PENGENALAN

Dalam topik 8, kita telah membicarakan tentang perkamusan bahasa Melayu. Bidang perkamusan mempunyai hubungan yang rapat dengan penterjemahan kerana kedua-dua bidang tersebut melibatkan kata atau kosa kata dalam sesuatu bahasa. Kamus (rujuk Rajah 9.1) merupakan keperluan utama bagi seorang penterjemah. Di samping itu, kerja penterjemahan juga penting dalam pembinaan kamus atau daftar kata yang melibatkan dwibahasa atau multi- bahasa. Seorang penterjemah yang baik perlulah menguasai kedua-dua bahasa sumber dan bahasa sasaran. Dalam tajuk ini, anda akan diperkenalkan tentang sejarah penterjemahan di Malaysia dan perkembangannya sehingga kini. Anda juga akan mendapat penjelasan ringkas tentang konsep, definisi, teori dan pendekatan dalam penterjemahan.

TTooppiikk 99 PerterjemahanBahasa Melayu: Sejarah, Teori, dan Pendekatan

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Membincangkan perkembangan penterjemahan di Malaysia;

2. Mentakrif konsep penterjemahan;

3. Menghurai teori dan pendekatan dalam penterjemahan; dan

4. Mengaplikasikan teori penterjemahan bahasa Melayu.

Page 2: Topik 1 9 X Bahasa Melayu: dan Pendekatan · Dalam topik 8, kita telah membicarakan tentang perkamusan bahasa Melayu. Bidang perkamusan mempunyai hubungan yang rapat dengan penterjemahan

TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN 178

Rajah 9.1 : Dua buah buku yang menjadi pedoman bagi penterjemah. (SSumber: http://images.google.com.my/images. Dicapai pada 17 November 2007)

SEJARAH PENTERJEMAHAN DI MALAYSIA

9.1.1 Bilakah Bermulanya Kegiatan Penterjemahan?

Sebenarnya kajian tentang sejarah penterjemahan di Malaysia kurang mendapat perhatian kerana kurangnya minat terhadap bidang ini. Dari segi sejarah, kegiatan penterjemahan telah dilakukan sejak zaman kegemilangan Melaka lagi. Keperluan pada peringkat awal bermula dengan kedatangan kuasa asing ke alam Melayu.

Pada zaman kemasukan agama Hindu, Buddha dan Islam, mereka telah menterjemahkan kitab-kitab Mahabratha dan Ramayana serta Al-Quran ke dalam bahasa Melayu walaupun hanya secara lisan. Bagaimanakah komunikasi antara dua manusia yang berlainan bahasa dan budaya dapat dilakukan? Inilah yang dihadapi apabila berlakunya pertembungan antara penduduk pribumi dengan penjajah dari Barat pada awal abad ke-20. Keperluan untuk berkomunikasi menyebabkan pegawai Inggeris yang bertugas di Tanah Melayu mula menggunakan buku terbitan berbentuk terjemahan sebagai panduan bagi mereka menguasai bahasa Melayu demi kepentingan pentadbiran.

Kenalkah anda kepada dua tokoh ini, iaitu R.O. Winstedt dan W.G. Shellabear? Kegiatan perkamusan oleh R.O. Winstedt (Rajah 9.2) dan W.G. Shellabear memberi sumbangan yang besar kepada mereka yang ingin belajar bahasa Melayu. J.W. McHugh pula menerbitkan Notes for Students of the Malay Language No.1 : Words and Phrases Related to Political Organisations and Procedures at Meetings (Government Press, 1948).

9.1

Rajah 9.2 : R.O. Winstedt (1928-1931) Sumber: http://images.google.com.my/images?http:// images.google.com.my/images? Dicapai pada 17 November 2007.

Page 3: Topik 1 9 X Bahasa Melayu: dan Pendekatan · Dalam topik 8, kita telah membicarakan tentang perkamusan bahasa Melayu. Bidang perkamusan mempunyai hubungan yang rapat dengan penterjemahan

TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN

179

Buku ini mengandungi istilah Inggeris-Melayu yang dapat dijadikan panduan kepada penterjemah. A Guide to English Malay Translation (Longman, Green & Co. 1956) merupakan karya terawal yang dihasilkan oleh C.C.Brown bagi penterjemah. Buku ini terbahagi kepada dua, iaitu The Method Of Translation dan Specimen Translations.

9.1.2 Siapakah Yang Terlibat Dalam Kegiatan Penterjemahan?

(a) SSebelum Merdeka Apakah badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam penterjemahan? Anda akan dapati bahawa sejarah penterjemahan buku di Malaysia lebih tertumpu kepada terbitan buku-buku agama (tauhid, usuludin, fekah dan tasauf). Anak watan Tanah Melayu yang menjalankan kerja penterjemahan muncul pada awal tahun 1930-an, iaitu Sheikh Idris al-Marbawi. Kemunculan terbitan „Al-Islam‰ dan „Seruan Al-Azhar‰merupakan ruang karya terjemahan Arab-Melayu yang merangkumi pengetahuan am dan novel. Antara karya yang terkenal ialah „Asyik dan MaÊsyuk‰ oleh Sheikh al-Hadi dan cerita-cerita Rokambul yang disiarkan dalam akhbar „Saudara‰ pada awal 1930-an.

Bagaimanakah suasana penterjemahan pada peringkat awal? Menurut Kasim Ahmad (1991), dalam sejarah penterjemahan bahasa Melayu, banyak cerita dari India dan Semenanjung Arab telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Contohnya Hikayat Seri Rama, Hikayat Sang Boma dan Hikayat Si Miskin dari India, manakala Hikayat Iskandar Zulkarnain, Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Bayan Budiman dari Arab. Beliau menggunakan istilah saduran termasuklah juga kitab agama yang dihasilkan oleh Hamzah Fansuri, Shamsuddin al-Raniri, Sheikh Abdul Samad al-Pelembangi dan Sheikh Muhamad Arshd a-Banjari. Antaranya ialah Hidayatul Salikin, Bulughul Muram, dan Minhajul Abidin.

Kegiatan penterjemahan bermula dengan rasminya selepas penubuhan Pejabat Karang Mengarang Sultan Idris (SITC), Tanjung Malim, Perak. Menurut Norizah Ardi (2000), pada tahun 1924 , O.T. Dusseck telah memohon kebenaran untuk menubuhkan „Badan Menterjemah‰ yang ditukar nama menjadi PPejabat Karang Mengarang (PKM). PKM melaksanakan tugas awalnya, iaitu menulis, menterjemah dan menyunting buku pelajaran dan novel serta menyelenggarakan percetakan karya terjemahan. PKM telah menjalankan pelbagai aktiviti.

Page 4: Topik 1 9 X Bahasa Melayu: dan Pendekatan · Dalam topik 8, kita telah membicarakan tentang perkamusan bahasa Melayu. Bidang perkamusan mempunyai hubungan yang rapat dengan penterjemahan

TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN 180

Antaranya ialah melatih penterjemah dan menggalakkan kegiatan-kegiatan lain yang berkait dengan penterjemahan seperti penganjuran kursus penyuntingan, seminar dan persidangan peringkat kebangsaan serta antarabangsa. Badan ini juga menterjemahkan perkara yang diperlukan oleh kerajaan. Kebanyakan penterjemah baharu ini berkelulusan SeniorCambridge dan berminat dalam bidang penterjemahan.

Rajah: 9.3 : Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) (1924) Sumber : http://images.google.com.my/images? Dicapai pada 17 November 2007

Kegiatan penterjemahan amat diperlukan kerana penerbitan buku-buku teks untuk tujuan pengajaran bagi pelajar maktab tersebut. Antara kejayaan penerbitan PKM yang terkenal ialah The Malay School Series dan The Home Library Series.

Sehingga tahun 1936, PKM telah menghasilkan 32 buku teks terbahagi kepada lima kelompok, iaitu buku teks sekolah, buku teks sejarah, buku teks matematik, geometri dan congak, buku teks ilmu alam, dan buku teks kesihatan dan latihan tubuh. Usaha yang signifikan ialah penerbitan cerita 1001 Malam daripada naskhah Inggeris yang diusahakan oleh Allayarham DatoÊ Onn Jaafar semasa beliau memimpin „Lembaga Melayu‰ pada awal 1930-an.

Di sinilah juga lahir seorang tokoh ulung dan pejuang bahasa Melayu, iaitu Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali sebagai ZaÊba. Apakah pula peranan ZaÊba dalam memantapkan kegiatan penterjemahan pada masa itu? ZaÊba dihantar ke Maktab Perguruan Sultan Idris pada tahun 1924. Beliau diakui sebagai salah seorang ahli bahasa yang memainkan peranan besar dalam bidang penterjemahan bahasa Melayu ketika beliau bertugas di Pejabat Karang Mengarang di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.

Rajah 9.4 : Zainal Abidin Ahmad (ZaÊba) Sumber : http://images.google.com.my/images? Dicapai pada 17 November 2007

Page 5: Topik 1 9 X Bahasa Melayu: dan Pendekatan · Dalam topik 8, kita telah membicarakan tentang perkamusan bahasa Melayu. Bidang perkamusan mempunyai hubungan yang rapat dengan penterjemahan

TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN

181

ZaÊba (rujuk Rajah 9.4) telah menyentuh tentang kepentingan bidang terjemahan dalam memajukan bahasa Melayu dan mengingatkan bakal penterjemah tentang kepentingan menjaga bentuk dan jalan bahasa awal yang diterjemah (ZaÊba :1957 dipetik daripada Belham: 2002). Anak Raja dengan Anak Papa (rujuk Rajah 9.5) merupakan buku umum yang pertama dalam bahasa Melayu yang telah diterjemahkan oleh ZaÊba daripada buku bahasa Inggeris The Prince and The Pauper pada tahun 1958.Kebanyakannya ialah karya prosa drama Shakespeare oleh ZaÊba, dan juga kisah pengembaraan seperti Lions of Uganda, Treasure Island, dan Robin Hood. Karya Sherlock Holmes juga turut diterjemahkan.

Rajah 9.5 : Novel versi bahasa Inggeris yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu Sumber: http://images.google.com.my/images? Dicapai pada 17 November 2007

(b) SSelepas Merdeka Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 22 Jun 1956 di Johor Bahru dan kemudian berpindah ke Kuala Lumpur pada tahun 1957 turut membantu perkembangan kegiatan penterjemahan. PKM telah dipindahkan ke DBP dan diletakkan di bawah Jabatan Pelajaran. Kerja penterjemahan terus diambil alih oleh DBP. Selepas kemerdekaan, DBP telah menerbitkan majalah bulanan Dewan Bahasa dan banyak penulis menyumbang idea mereka dalam wahana ini. Salah seorang daripadanya ialah ZaÊba.

Page 6: Topik 1 9 X Bahasa Melayu: dan Pendekatan · Dalam topik 8, kita telah membicarakan tentang perkamusan bahasa Melayu. Bidang perkamusan mempunyai hubungan yang rapat dengan penterjemahan

TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN 182

Walau bagaimanapun, usaha penterjemahan Inggeris-Melayu terbantut sewaktu penjajahan Jepun pada tahun 1940-an. Hanya dalam tahun 1960-an Oxford University Press menterjemahkan Siri Sastera Timur dan Barat yang dikelolakan oleh Allahyarham Asraf H.Wahab. Sebuah makalah bertajuk „Panduan Menterjemah‰ yang ditulis oleh Suffian Sahuri diterbitkan dalam majalah Dewan Bahasa dari Jun 1962 hingga Februari 1964 merupakan panduan yang digunakan oleh penterjemah pada waktu itu.

Dewan Bahasa dan Pustaka (rujuk Rajah: 9.6) memainkan peranan yang agak penting dalam kegiatan penterjemahan di Malaysia. Pada peringkat awal bahagian yang mengkhusus kepada kegiatan penterjemahan tidak lagi wujud tetapi diletakkan di bawah Bahagian Buku Pelajaran. Pada peringkat permulaan, tanggungjawab bahagian ini ialah menterjemahkan buku-buku pelajaran untuk kegunaan sekolah-sekolah rendah, menengah dan peringkat tinggi dalam pelbagai bidang pelajaran, seperti Ilmu Hisab, Ilmu Alam, Sejarah dan sebagainya. Selain itu, DBP juga menyemak dan menterjemah borang serta surat-surat rasmi yang diperlukan sesetengah kementerian dan jabatan kerajaan.

Dari tahun 1958-1960, DBP berjaya mengeluarkan 33 buah buku terjemahan (Sharifah Haji Malek, 1995). Tahun 1960-an ini memperlihatkan kegiatan penterjemahan yang agak aktif. Buku pengajian tinggi yang pertama bertajuk Sejarah India (The History of India) olehC.H.Philips diterbitkan pada tahun 1966. Kajian tentang penterjemahan telah dilakukan oleh Abdullah Sanusi Ahmad dalam latihan ilmiahnya yang berjudul „Peranan Pejabat Karang Mengarang‰pada tahun 1966 dan juga kajian oleh Nasrudin Bahari yang berjudul „Cerpen Terjemahan Di Dalam Majalah Mastika 1946-1959‰ yang diterbitkan dalam Bahasa (No.7,Universiti Malaya, Singapura).

Rajah 9.6 : Dewan Bahasa dan PustakaSumber : http://images.google.com.my/images Dicapai pada 17 November 2007

Page 7: Topik 1 9 X Bahasa Melayu: dan Pendekatan · Dalam topik 8, kita telah membicarakan tentang perkamusan bahasa Melayu. Bidang perkamusan mempunyai hubungan yang rapat dengan penterjemahan

TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN

183

Dewan Bahasa dan Pustaka pula dalam usaha untuk memperbanyak karya terjemahan melancarkan „Peraduan Menterjemah Novel‰ pada tahun 1978. Sejak tahun 1980-an, bidang penterjemahan telah menjadi satu disiplin akademik yang semakin berkembang maju. Beberapa karya tentang terjemahan telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu misalnya, Masalah Teori Terjemahan (1991) (penulis asal ialah Georges Mounin) diterjemahkan oleh Azizah Haji Ahmad dan karya Peter Newmark Pendekatan Terjemahan (1992) diterjemahkan oleh Zainab Ahmad dan Zaiton Abdul Rahman.

Bagaimanakah pula dengan peranan yang dimainkan oleh Universiti Malaya dalam usaha memantapkan kegiatan penterjemahan di Malaysia? Menurut Belham (2002), pada tahun 1975, Universiti Malaya yang didorong oleh keyakinan bahawa Malaysia memerlukan banyak tenaga penterjemah yang terlatih mula menawarkan kursus terjemahan pada peringkat diploma. Universiti Malaya juga telah menganjurkan seminar penterjemahan pada tahun 1978 di Pusat Bahasa.

Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) ditubuhkan pada 8 April 1978 dan didaftarkan sebagai sebuah persatuan pada 4 Oktober 1979. Kegiatan penterjemahan dijalankan secara kolektif dan memperkukuh kerjasama antara para penterjemah. Keahlian PPM terdiri daripada pelbagai kaum dan latar akademik yang berbeza.

Pada tahun 1983, bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi. Kesannya, permintaan terhadap buku-buku terjemahan amat tinggi. Akibat gesaan daripada Majlis Tindakan Negara, Bahagian Penterjemahan diwujudkan kembali pada 1 Mac 1986. Usaha penterjemahan dipertingkat untuk memenuhi keperluan yang mendesak. Selain menjalankan kerja penterjemahan, bahagian ini juga mengendalikan kursus terjemahan secara usaha sama dengan Persatuan Penterjemah Malaysia.

Biro Khidmat Terjemahan pula ditubuhkan pada Jun 1985 untuk mengendalikan kegiatan terjemahan bagi mereka yang memerlukan khidmat terjemahan. Perkhidmatan yang disediakan dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Melayu, Perancis, Arab, Jepun dan Mandarin. Biro ini telah membuat kerja-kerja terjemahan untuk industri seperti badan kerajaan, sekor swasta dan penerbit antarabangsa. Biro ini ditubuhkan dengan matlamat untuk memberi perkhidmatan terjemahan bagi pelbagai bentuk teks, termasuk buku, laporan, skrip, dokumen, ucapan, perjanjian, surat, iklan, poster, sijil dan sebagainya. Biro ini juga membantu pemindahan ilmu melalui terjemahan dan interpretasi. Melalui khidmat

Page 8: Topik 1 9 X Bahasa Melayu: dan Pendekatan · Dalam topik 8, kita telah membicarakan tentang perkamusan bahasa Melayu. Bidang perkamusan mempunyai hubungan yang rapat dengan penterjemahan

TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN 184

Biro Terjemahan, PPM mendapatkan peluang penterjemahan untuk anggotanya. Jelasnya, sejarah perkembangan penterjemahan bermula dengan PKM, dan diteruskan oleh DBP dan dibantu oleh Persatuan Penterjemah Malaysia dan Biro Khidmat Terjemahan (Sharifah Haji Malek,1995) .

Akhirnya, penubuhan IInstitut Terjemahan Negara Malaysia Berhad(ITNMB) (rujuk Rajah 9:7) telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 28 April 1993 telah menyediakan prasarana bagi pengembangan kerja penterjemahan di Malaysia. ITNMB ditubuhkan secara rasmi pada 14 September 1993. ITNMB mengambil alih kerja-kerja terjemahan daripada Bahagian Penterjemahan, Dewan Bahasa dan Pustaka secara rasmi dan menjadi badan tunggal di Malaysia yang merancang, melaksana, mengurus dan menyelaras hal ehwal terjemahan, kejurubahasaan dan pemindahan maklumat berbilang bangsa di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. ITNMB diberikan dua peranan, iaitu pertama, sebagai sebuah badan korporat yang dilambangkan dengan perkataan Berhad di hujung namanya; dan kedua, sebagai sebuah badan sosial seperti yang dilambangkan dengan perkataan institut pada awal namanya. Strategi awal ITNMB adalah untuk memenuhi keperluan pendidikan, ekonomi, perdagangan, perindustrian, diplomatik, kesukanan dan pelancongan.

Rajah 9.7 : ITNMB Sumber: http://images.google.com.my/images Dicapai pada 17 November 2007

Perihalkan peranan Bahagian Penterjemahan di Dewan Bahasa dan Pustaka dalam perkembangan penterjemahan di Malaysia.

AKTIVITI 9.1

Page 9: Topik 1 9 X Bahasa Melayu: dan Pendekatan · Dalam topik 8, kita telah membicarakan tentang perkamusan bahasa Melayu. Bidang perkamusan mempunyai hubungan yang rapat dengan penterjemahan

TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN

185

KONSEP DAN DEFINISI

9.2.1 Apakah Yang Anda Faham Tentang Istilah Terjemah Dan Penterjemahan?

Tahukah anda bahawa istilah ini merupakan kata pinjaman? Kata ini berasal daripada perkataan Âal-tarjamahÊ daripada bahasa proto-semitik (al-Arab) yang bermaksud mentafsirkan perkataan lisan atau tulisan dengan menggunakan perkataan dalam bahasa lain. Perkataan ÂtarjamahÊ itu sendiri mempunyai dua pengertian, iaitu pertama, menterjemahkan teks atau buku daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain, manakala yang kedua bermaksud autobiografi.

Bagi ÂtarjamahÊ yang pertama, makna ini mempunyai hubungan rapat dengan pentafsiran dan penghuraian yang boleh ditemui dalam buku-buku sejarah, falsafah dan sains yang diterjemahkan oleh penterjemah bahasa Arab daripada bahasa lain. Kadangkala terjemahan yang dilakukan tidaklah begitu tepat. Malahan terjemahan itu bersifat satu ulasan pandangan penulis asal atau lebih tepat lagi merupakan hasil terjemahan bebas.

„Tarjamah‰ dari segi autobiografi pula merupakan pengertian bagi konsep baharu. Menurut Harun Al-Rasyid Yusuf (1991), kemungkinan perkataan ÂtarjamahÊ datang ke dunia Arab dari zaman pra-Islam dalam kelompok bahasa Akadia. Istilah ini sering digunakan dalam tulisan Arab tradisional dan Arab moden.

Apakah yang dimaksudkan dengan penterjemahan? Penterjemahan merupakan proses memindahkan sesuatu daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran. Tujuan utama penterjemahan adalah untuk menghubungkan anggota dalam masyarakat dwibahasa atau multibahasa.

Kamus Dewan (1986:1247) mendefinisikan terjemahan sebagai „...pindahan dari suatu bahasa ke suatu bahasa yang lain, alihan bahasa, salinan ...‰. Penterjemahan merupakan perbuatan memindahkan sesuatu isi atau teks ke dalam bahasa lain atau menukarkan bahasa teks tersebut.

Menurut Ramli Salleh (1986), konsep penterjemahan boleh dibahagikan kepada dua, iaitu konsep lama dan konsep baharu. Konsep lama penterjemahan mengkehendaki penterjemah memberikan perhatian kepada bentuk apabila penterjemah mengekalkan unsur-unsur stilistik seperti rima rentak, permainan kata, struktur tatabahasa yang luar biasa, dan lain-lain supaya menyerupai teks asli. Konsep baharu pula mementingkan respons pembaca terjemahan, iaitu reaksi yang sama dengan reaksi pembaca teks asal. Prinsip-prinsip penterjemahan telah bertambah bebas dengan pengertian bahawa pemahaman dan emosi daripada pembaca itu diutamakan.

9.2

Page 10: Topik 1 9 X Bahasa Melayu: dan Pendekatan · Dalam topik 8, kita telah membicarakan tentang perkamusan bahasa Melayu. Bidang perkamusan mempunyai hubungan yang rapat dengan penterjemahan

TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN 186

9.2.2 Siapakah Dia Penterjemah?

Penterjemah ialah seseorang yang menterjemah dokumen bertulis daripada satu bahasa ke dalam bahasa lain.

Penterjemah juga membaca dan menulis bahan bahasa khusus atau bahasa umum di samping mematuhi peraturan bahasa , makna, struktur ayat, tatabahasa, tanda baca, dan sebagainya.

Penterjemah kebiasaannya mengkhusus dalam bidang tertentu misalnya pemasaran, kewangan, teknologi dan sebagainya.

Penterjemah kebiasaannya menterjemah bahan ke dalam bahasa ibundanya.

9.2.3 Konsep dan Definisi Penterjemahan (Translation)

Penulis Definisi

J.C. Catford (1965) „Penggantian bahan tekstual dalam satu bahasa (bahasa sumber) daripada bahan tekstual yang serupa dalam bahasa yang lain (bahasa sasaran)‰.

Ian F. Finlay (1971) „Terjemahan boleh didefinisikan sebagai satu persembahan teks dalam bahasa yang berlainan daripada tulisan asalnya‰.

Dostert (1979) „Cabang sains gunaan bahasa yang khususnya berkaitan dengan permasalahan atau fakta pemindahan makna dari satu set simbol .. ke satu set simbol yang lain...‰

Newmark (1981) Penterjemahan merupakan satu kesenian yang terangkum usaha menggantikan mesej dan/atau pernyataan bertulis dalam sesuatu bahasa dengan mesej dan/atau pernyataan yang sama dalam bahasa lain.

G.Van Slype (1983) Dari segi tradisional, penterjemahan dilihat sebagai proses penggantian teks bertulis dalam bahasa sumber dengan bahasa sasaran dan mengambil kira persamaan makna semaksimum mungkin. Dari segi pandangan moden pula, penterjemahan membawa maksud proses pemindahan mesej yang dilahirkan dalam bahasa sasaran. Hal ini juga mengambil kira pemaksimuman persamaan dari segi kandungan mesej, ekspresif, konotatif, metalinguistik, fatik, dan puitis.

Page 11: Topik 1 9 X Bahasa Melayu: dan Pendekatan · Dalam topik 8, kita telah membicarakan tentang perkamusan bahasa Melayu. Bidang perkamusan mempunyai hubungan yang rapat dengan penterjemahan

TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN

187

9.2.4 Perkara-Perkara Asas dalam Penterjemahan

Apakah anda berminat untuk menjadi seorang penterjemah? Pernahkah anda terfikir syarat-syarat yang diperlukan untuk memenuhi kriteria seorang penterjemah? Menurut Ainon Muhammad (1994), terdapat beberapa pra-syarat untuk menjadi penterjemah:

Pertama, mmengetahui bahasa sumber dengan baik yakni kecekapan dalam bahasa pertama (bahasa sumber). Anda hendaklah menguasai bahasa sumber atau bahasa teks yang hendak diterjemahkannya, bukan setakat mengetahui makna perkataan-perkataannya malah tahu selok-belok penggunaan dan ciri-ciri tertentu bahasa tersebut. Di samping itu, anda juga perlu mengetahui ekspresi idiomatik dalam bahasa sumber. Jika penterjemah tidak dapat menguasai teks sumber dengan baik, kemungkinan berlakunya salah terjemah dan menyebabkan berlakunya ketaksaan dari makna.

Contoh Salah Betul

IÊve to go for good. IÊve got a letter telling me.

Saya akan pulang. Saya baru menerima surat yang meminta saya harus pergi.

Saya terpaksa pulang. Saya telah menerima surat yang meminta saya pulang.

Apakah kesilapan yang tertera dalam terjemahan di atas? Kelihatan bahawa kata akan dipadankan dengan kata sendi for merupakan padanan yang salah untuk menerangkan ayat. Kata sendi for menunjukkan tempoh masa. Oleh itu, for good membawa bermaksud pelaku akan pergi untuk selama-lamanya. Kata kerja got bermaksud kata kerja yang digunakan untuk menceritakan perbuatan yang lampau. Kata baru menunjukkan perbuatan kini dan bukan lampau. Oleh itu, unsur nahu dapat menunjukkan padanan perkataan yang digunakan tidak sesuai atau tidak tepat dari segi terjemahannya.

Kedua, anda perlu mmengetahui bahasa sasaran/bahasa penerima dengan baik yakni kecekapan dalam bahasa kedua (bahasa sasaran). Sebagai penterjemah, anda hendaklah juga dapat menguasai bahasa sasarannya dengan baik. Malah ada yang berpendapat seharusnya lebih baik daripada bahasa sumbernya sebab ini boleh memastikan yang cara pernyataannya tidak berbau terjemahan.

Page 12: Topik 1 9 X Bahasa Melayu: dan Pendekatan · Dalam topik 8, kita telah membicarakan tentang perkamusan bahasa Melayu. Bidang perkamusan mempunyai hubungan yang rapat dengan penterjemahan

TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN 188

Contoh Salah Betul

I donÊt know. I feel dead. Everything in the past is gone

Entahlah. Saya merasakan seakan-akan mati. Semuanya telah hilang.

Entahlah. Saya merasakan seakan-akan mati. Semuanya telah tiada lagi.

Apakah kesilapan yang dapat anda kesan daripada contoh di atas? Kata kerja hilang dipadankan dengan gone. Kata gone menunjukkan semuanya tiada lagi. Kenyataan ini diperkukuhkan dengan ayat yang sebelumnya, manakala hilang diterjemahkan secara literal. Dalam konteks bahasa Melayu, kata ini membawa pengertian bahawa sesuatu yang hilang boleh dijumpa semula. Lebih sesuai kata ini dipadankan dengan : Semuanya tiada lagi.

Ketiga, anda pperlu mengetahui subjek yang hendak diterjemahkannya, iaitu pengetahuan tentang bidang. Individu yang mengetahui dua bahasa belum mencukupi untuk menjadi penterjemah yang baik. Penterjemah hendaklah seelok-eloknya mengetahui bidang yang hendak diterjemahkannya sekurang-kurangnya pada peringkat asas. Anda juga mestilah sekurang-kurangnya mengetahui laras yang digunakan dalam bidang tersebut. Namun hakikat perlu anda sedari bahawa kelayakan ini lazimnya sukar diperolehi, lebih-lebih lagi dalam bidang yang terlalu khusus.

Contoh Salah Betul

Touching your heart. Menyentuh jantung anda.

Menyentuh jiwa anda.

Where money lives. Di mana wang hidup. Wang anda cergas sentiasa.

Dua contoh di atas merupakan iklan dan pastinya laras bahasa yang digunakan ialah laras bahasa iklan. Apakah kesilapan yang nyata dalam laras iklan tersebut? Untuk menjadi penterjemah yang baik, anda perlu mempunyai pengetahuan dalam bidang iklan supaya terjemahan yang dihasilkan sesuai dan tepat. Pemilihan kata antara jantung atau jiwa bergantung kepada kemahiran penterjemah mentafsir teks asal dan keperluan untuk khalayak. Sama juga halnya dengan kata hidup dan cergas sentiasa. Terjemahan iklan mestilah memaparkan idea asal kerana iklan merupakan alat komunikasi yang membawa mesej kepada penggunanya. Seseorang yang tidak biasa dengan laras iklan pasti akan melakukan kesalahan dalam menterjemah iklan tersebut.

Page 13: Topik 1 9 X Bahasa Melayu: dan Pendekatan · Dalam topik 8, kita telah membicarakan tentang perkamusan bahasa Melayu. Bidang perkamusan mempunyai hubungan yang rapat dengan penterjemahan

TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN

189

Keempat, anda perlu mmengetahui teori dan proses terjemahan. Pengetahuan tentang teori dan proses terjemahan akan memperlengkap lagi seseorang untuk menghasilkan terjemahan yang baik. Penterjemah perlulah mengetahui prinsip-prinsip terjemahan bagi menghasilkan terjemahan yang bermutu.

Contoh Formal Dinamik

With the Maybank esteem card. A card that entitles you to enjoy a range of benefits.

Dengan Maybank Esteem Kad. Kad yang menyediakan anda pelbagai kemudahan yang menguntungkan.

Kad Maybank Esteem menyediakan pelbagai kemudahan yang menguntungkan anda.

Apakah pendekatan yang digunakan dalam penterjemahan di atas? Jelas sekali, teks sumber diterjemahkan melalui dua pendekatan, iaitu formal dan dinamik. Seorang penterjemah yang mempunyai pengetahuan tentang teori dan pendekatan dalam penterjemahan dalam membezakan kedua-dua kaedah, dan memilih yang paling sesuai untuk teks tersebut dengan mengambil kira khalayak yang akan membacanya.

Kelima, anda perlu mmengetahui latar belakang budaya bahasa sumber dan bahasa sasaran. Pengetahuan umum tentang subjek lain yang tidak berkaitan secara langsung dengan tajuk terjemahan. Anda perlulah mengetahui budaya kedua-dua bahasa untuk memastikan ketepatan sesuatu hasil terjemahan. Ini kerana norma atau nilai budaya sesuatu bangsa itu berbeza antara satu dengan yang lain.

Contoh Salah Betul

„Several summers ago⁄‰

„Ketika musim bunga dua tiga tahun lalu⁄‰

„Ketika musim panas dua tiga tahun lalu⁄‰

Apakah kaitan pengetahuan budaya dengan terjemahan di atas? Dalam ayat di atas, terjemahannya tidak tepat kerana penterjemah merujuk kepada musim bunga sedangkan yang dimaksudkan oleh penulis asal ialah musim panas. Kebolehan mengesan persamaan atau perbezaan antara dua budaya merupakan kelebihan bagi seorang penterjemah. Ini akan melatih penterjemah agar peka terhadap persekitaran dan berhati-hati dalam pemilihan kata yang sesuai dalam menterjemah sesuatu teks sumber.

Page 14: Topik 1 9 X Bahasa Melayu: dan Pendekatan · Dalam topik 8, kita telah membicarakan tentang perkamusan bahasa Melayu. Bidang perkamusan mempunyai hubungan yang rapat dengan penterjemahan

TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN 190

TEORI TERJEMAHAN

9.3.1 Apakah Yang Anda Faham Tentang Teori Terjemahan?

Teori ialah kenyataan tentang prinsip umum, berasaskan hujahan yang munasabah dan disokong oleh bukti, yang bertujuan untuk menjelaskan sesuatu fakta, peristiwa atau fenomena. Tahukah anda, bahawa teori sebenarnya menjawab soalan „mengapa‰? Apakah ciri-ciri utama bagi sesuatu teori? Terdapat empat ciri utama, iaitu:

Empirisisme (mestilah diuji)

Determinisme (mestilah boleh diramal)

Kehematan (mestilah mudah)

Keumuman (mestilah tuntas)

9.3

Apakah perbezaan antara penterjemah dengan penginterpretasi?

AKTIVITI 9.2

(a) Huraikan konsep terjemahan, penterjemah, dan penterjemahan.

(b) Jelaskan lima perkara asas yang diperlukan bagi seorang penterjemah.

SEMAK KENDIRI 9.1

Page 15: Topik 1 9 X Bahasa Melayu: dan Pendekatan · Dalam topik 8, kita telah membicarakan tentang perkamusan bahasa Melayu. Bidang perkamusan mempunyai hubungan yang rapat dengan penterjemahan

TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN

191

Ciri tersebut boleh diringkaskan seperti rajah rajah 9.8 di bawah:

Rajah 9.8: Ciri-Ciri Utama Sebuah Teori

Apakah syarat dan keutamaan bagi sebuah teori terjemahan?

Pertama, ttujuan teks, iaitu penterjemah perlulah setia kepada penulis teks asal dan menyedari tujuan asal teks tersebut ditulis.

Kedua, ttujuan menterjemah, iaitu penterjemah perlu memastikan bahawa kekuatan perasaan dan pujukan dalam teks asal memberikan kesan yang sama kepada pembaca seperti kepada pembaca teks asal.

Ketiga, ppembaca dan latar teks, iaitu penterjemah perlu mengkaji pembaca atau khalayaknya, tahap pendidikan pembaca, latar sosial pembaca, dan sebagainya.

Keempat, mmutu karya dan pertanggungjawaban teks. Penterjemah mestilah menganggap setiap perbezaan pada makna yang ditulis oleh penulis mempunyai makna tersendiri lebih diutamakan.

Apakah yang dapat anda rumuskan tentang teori terjemahan?

Teori terjemahan ialah cabang ilmu linguistik yang menghuraikan aspek-aspek bahasa, kebudayaan dan komunikasi yang berperanan dalam amalan terjemahan.

Teori penterjemahan merupakan satu kaedah yang mendasari kerja-kerja penterjemahan.

Teori ini menjadi panduan kepada penterjemah supaya mematuhi peraturan serta mengelakkan mereka melakukan kesilapan dalam penterjemahan.

Page 16: Topik 1 9 X Bahasa Melayu: dan Pendekatan · Dalam topik 8, kita telah membicarakan tentang perkamusan bahasa Melayu. Bidang perkamusan mempunyai hubungan yang rapat dengan penterjemahan

TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN 192

9.3.2 Perkembangan Teori Terjemahan

George Steiner dalam bukunya After Babel (1975) membahagikan penulisan tentang amalan dan sejarah penterjemahan kepada empat tempoh, iaitu:

Tempoh pertama bermula dengan kenyataan Cicero dan Horace tentang terjemahan hinggalah kepada penerbitan Tytler tentang prinsip penterjemahan pada tahun 1791. Ciri yang utama bagi tempoh ini ialah Âtumpuan empirikal langsungÊ yakni kenyataan dan teori penterjemahan berakar umbi daripada kerja penterjemahan amali. Pada zaman Rom, penterjemahan Âkata-demi-kataÊ merupakan pendekatan yang digunakan. Penggantian setiap kata dalam bahasa sumber (Yunani) ke dalam bahasa sasaran (Latin) dilakukan oleh komuniti pada zaman tersebut.

Tempoh kedua bergerak sehingga penerbitan Larbaud pada tahun 1946 yang mencirikan penyelidikan hermeneutik dan teori dengan perkembangan perbendaharaan kata dan pendekatan penterjemahan. Isu terjemahan literal dan terjemahan bebas sudah dibicarakan seribu tahun yang lalu.

Tempoh ketiga bermula dengan penerbitan tentang penterjemahan mesin dalam tahun 1940-an yang dicirikan dengan linguistik struktural dan teori komunikasi yang dibawa masuk ke dalam penterjemahan.

Tempoh keempat dikatakan wujud bersama-sama dengan yang ketiga bermula pada tahun 1960-an dan dicirikan oleh pengakasan kepada hemeneutik, melibatkan persoalan metafizikal ke dalam penterjemahan dan interpretasi. Pendek kata, unsur ini membuka dunia penterjemahan kepada disiplin luar seperti filologi, kajian bandingan, statistik leksikal, etnografi dan sebagainya. Walaupun pembahagian Steiner menarik dari satu perspektif tetapi ianya menggambarkan kesukaran mengkaji penterjemahan secara diakronik kerana tempoh pertama merangkumi jarak hampir 1,700 tahun manakala tempoh dua yang akhir merangkumi hanya 30 tahun sahaja.

Etienne Dolet (1509-1546) telah menerbitkan prinsip-prinsip penterjemahan pada tahun 1540 (Abdullah Hassan:2000). Antara kandungannya ialah:

Penterjemah hendaklah benar-benar memahami isi dan hasrat penulis teks sumber.

Penterjemah mestilah juga menguasai dengan baik bahasa sumber dan bahasa penerima terjemahan itu.

Seterusnya, penterjemah tidak boleh menterjemah perkataan demi perkataan oleh sebab perbuatan itu akan merosakkan makna asal dan membinasakan keindahan teks sumber.

Page 17: Topik 1 9 X Bahasa Melayu: dan Pendekatan · Dalam topik 8, kita telah membicarakan tentang perkamusan bahasa Melayu. Bidang perkamusan mempunyai hubungan yang rapat dengan penterjemahan

TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN

193

Penterjemah hendaklah menggunakan bentuk-bentuk bahasa yang biasa digunakan dalam bahasa penerima.

Penterjemah mestilah mencipta semula kesan keseluruhan teks sumber yang betul melalui pemilihan dan susunan perkataan yang dibuatnya (Abdullah Hasan, 2000).

Abraham Cowley (1656) muncul pada kurun ke-17 dan ke-18 membawa aliran terjemahan sastera yang radikal di Eropah (Abdullah Hassan:2000).

Terjemahan dilakukan tanpa kongkongan asalkan sahaja dirasakan terjemahan itu dapat mengekalkan semangat karya asal yakni makna yang terkandung dalam teks sumber.

Penterjemah boleh membuang atau menambah mengikut perkiraannya sendiri.

Penterjemah mestilah memastikan sekurang-kurangnya terjemahan itu terasa tulen serta mudah dan bersahaja.

Cowley mengkritik penterjemah yang menterjemah karya puisi berdasarkan Âkata-demi-kataÊ. Beliau mengatakan kaedah tersebut akan menghilangkan keindahan yang terdapat dalam karya puisi atau prosa.

Dryden (1697) pula memberikan tiga jenis terjemahan, (Rainer:1992) iaitu: Metafrasa (metaphrase), terjemahan perkataan demi perkataan dan baris demi baris.

Parafrasa (paraphrase), iaitu terjemahan yang setia mengikuti karya asal, tetapi yang diikuti ialah maknanya, bukan perkataannya.

Tiruan (imitation), iaitu menterjemah secara bebas, bukan setakat mengubah perkataan dan makna, tetapi kedua-duanya sekali bila dirasakan perlu dilakukan demi semangat teks tersebut.

George Campbell (1789) menulis buku tentang sejarah dan teori terjemahan. Menurut beliau, tiga prinsip terjemahan yang baik, (Abdullah Hassan : 2000) iaitu :

Mengekalkan makna yang terkandung dalam teks sumber.

Mengekalkan semangat dan sifat-sifat teks sumber dengan menggunakan keistimewaan bahasa penerima.

Memastikan sekurang-kurangnya terjemahan itu terasa tulen serta mudah dan bersahaja perubahannya.

Page 18: Topik 1 9 X Bahasa Melayu: dan Pendekatan · Dalam topik 8, kita telah membicarakan tentang perkamusan bahasa Melayu. Bidang perkamusan mempunyai hubungan yang rapat dengan penterjemahan

TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN 194

Alexander Fraser Tytler (1790) menerbitkan buku The Principles of Translation. Tiga prinsip terjemahan yang dikemukakan oleh beliau, iaitu :

Sesuatu terjemahan itu hendaklah mengekalkan semua makna yang terkandung dalam teks sumber.

Stail dan gaya karangan terjemahan itu mestilah sama sifatnya dengan stail dan gaya teks sumber.

Kesan terjemahan itu mestilah dapat dirasakan seperti karangan tulen sahaja.

Tytler mengemukakan teknik yang agak moden dan dapat dipertanggungjawabkan. Sebarang tambahan boleh dibuat sekiranya hal itu mempunyai hubungan yang penting dengan makna asal atau dapat menjelaskan lagi hal yang dibicarakan. Pengurangan perkataan perlu dilakukan jika perkataan-perkataan itu tidak berfungsi dan hal itu tidak mencacatkan makna asal. Beliau juga menekankan bahawa penulis mesti membuat keputusan sendiri tentang kekaburan teks asal dan memilih makna yang secocok dengan konteks terdekat. Beliau berpandangan bahawa menjadi satu kesalahan penterjemah mengekalkan kekaburan atau keragaman dalam teks asal dan memberikan lebih daripada satu makna. Kesimpulan, Dryden membuka zaman terjemahan yang terlalu bebas manakala Tytler mengakhiri zaman tersebut.

Eugene Nida (1964) pula mengemukakan enam aspek penting dalam teori terjemahan, iaitu penyalinan semula maklumat, persamaan bukan keserupaan, persamaan sejadi/bersahaja (formal), persamaan terdekat (dinamik), keutamaan makna, dan kepentingan gaya. Secara ringkas dapat menghuraikan pendekatan Nida seperti Rajah 9.9 di bawah :

Rajah 9.9 : Pendekatan Nida (1964)

Page 19: Topik 1 9 X Bahasa Melayu: dan Pendekatan · Dalam topik 8, kita telah membicarakan tentang perkamusan bahasa Melayu. Bidang perkamusan mempunyai hubungan yang rapat dengan penterjemahan

TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN

195

Pertama, dalam penyalinan semula maklumat,, tugas utama penterjemah ialah menyalin semula maklumat yang terkandung dalam teks asal ke dalam bahasa penerima. Penterjemah tidak boleh lari daripada hakikat ini tetapi tidak dapat dinafikan dalam proses penyalinan semula, maklumat tersebut akan berlaku sedikit penyesuaian semula pada tatabahasa dan pilihan kata. Implikasinya ialah bagi mengekalkan makna, gaya bahasa terpaksa dikorbankan.

Kedua, persamaan bukan keserupaan.. Penterjemah mestilah berusaha untuk mencari persamaan bukan keserupaan atau identiti teks tersebut. Oleh itu tugas penterjemah ialah menyalin semula maklumat bukan menyalin bentuk bagaimana maklumat itu diungkapkan.

Ketiga, persamaan sejadi/bersahaja (formal). Terjemahan ini merupakan usaha untuk mengekalkan bentuk bahasa sumber sedapat mungkin walaupun ekspresi tersebut tidak begitu natural sebagaimana bahasa sumber. Terjemahan yang baik ialah terjemahan yang tidak dirasakan teks terjemahan apabila dibaca teks tersebut, malah kita seperti membaca teks asal yakni kesinambungan pembaca tidak terganggu. Terjemahan ini hampir sama dengan terjemahan kata demi kata. Terjemahan mestilah dilakukan dengan menggunakan ciri-ciri bahasa Melayu (bahasa sasaran). Implikasinya ialah teks sastera Inggeris tidak mungkin boleh diterjemahkan dengan menggunakan bahasa Melayu klasik tetapi menggunakan bahasa Melayu moden supaya teks tersebut seolah-olah baru ditulis. Perkara utama di sini ialah terjemahan tidak boleh bersifat terjemahan kebudayaan tetapi terjemahan bahasa semata-mata.

Keempat, persamaan terdekat (dinamik). Ini kerana tidak ada dua bahasa yang menyerupai satu sama lain sama ada pada makna antara dua perkataan dalam bahasa itu atau pada cara bagaimana perkataan-perkataan dalam bahasa itu disusun mengikut peraturan nahunya. Tidak ada persamaan mutlak antara bahasa-bahasa.

Kelima, keutamaan makna. Makna mestilah diberikan prioriti kerana kandungan mesej itu yang mesti disampaikan oleh penterjemah. Hal ini bermakna penterjemah perlu melakukan perubahan yang radikal supaya maklumat yang disampaikan dapat dikekalkan dalam bahasa penerima.

Keenam, kepentingan gaya. Walapun gaya merupakan aspek kedua penting berbanding dengan kandungan tetapi unsur ini juga tetap penting dalam penterjemahan. Gaya yang baik akan memberikan kesan kepada sesuatu teks khususnya dalam penterjemahan puisi yang seharusnya tidak berbentuk prosa atau penjelasan. Bentuknya kekal. Sama juga halnya dengan pantun.

Page 20: Topik 1 9 X Bahasa Melayu: dan Pendekatan · Dalam topik 8, kita telah membicarakan tentang perkamusan bahasa Melayu. Bidang perkamusan mempunyai hubungan yang rapat dengan penterjemahan

TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN 196

PENDEKATAN LANGSUNG DALAM PENTERJEMAHAN

Apakah yang anda faham tentang pendekatan langsung? TTerjemahan langsung bermaksud pendekatan yang sedaya mungkin setia pada teks sumber dari segi makna, nahu (sintaksis dan morfologi), gaya serta kesan terhadap pembaca asal. Penterjemah cuba mencari kesempurnaan dan kemiripan teks asal sebaik mungkin. Lazimnya pendekatan ini sangat sesuai dalam wacana sastera, perundangan, agama dan teks kudus seperti al-Quran dan Injil. Abdullah Hasan (2000) mengatakan bagi penterjemahan lama, mereka sangat mengutamakan bentuk teks asal. Cara ini menyebabkan banyak kesilapan pada terjemahan yang mereka hasilkan. Terjemahan langsung dibantu oleh tanggapan petunjuk komunikasi (notion of communication clue). Petunjuk komunikasi bermaksud potensi untuk menyampaikan interpretasi yang dikehendaki daripada bahasa sumber berasaskan persekitaran kognitif asal.

Apakah ciri-ciri bagi pendekatan langsung? Ciri-ciri penterjemahan langsung adalah seperti yang berikut:

Penterjemah harus bebas daripada konteks pendengar sasaran tetapi mereka mesti bergantung pada konteks bahasa sumber.

Pendengar sasaran mesti membiasakan diri dengan konteks bahasa sumber.

Andaian yang disampaikan mestilah bersifat interpretif yang mempunyai kemiripan maksimum antara bahasa sumber dan bahasa sasaran.

Penterjemah menumpukan perhatian kepada bentuk teks yang diterjemahkan dan mengekalkan unsur-unsur stilistik seperti rima, rentak, permainan kata karya bahasa supaya menyerupai teks asal.

Pendekatan yang dinyatakan di atas dapat dibahagikan kepada kelompok di bawah:

Semantik

Formal

9.4

Berdasarkan buku tulisan George Mounin (1991) bertajuk Masalah Teori Terjemahan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, bincangkan masalah-masalah yang terdapat dalam teori terjemahan.

AKTIVITI 9.3

Page 21: Topik 1 9 X Bahasa Melayu: dan Pendekatan · Dalam topik 8, kita telah membicarakan tentang perkamusan bahasa Melayu. Bidang perkamusan mempunyai hubungan yang rapat dengan penterjemahan

TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN

197

Relevans

Harfiah

Literal

Pendekatan tidak langsung dapat diringkas berdasarkan Rajah 9.10 di bawah:

Rajah 9.10 : Pendekatan Tidak Langsung

9.4.1 Semantik

Aliran ini dominan pada kurun ke-15 hingga kurun ke-19 kerana kegiatan terjemahan karya agung seperti teks sastera dan teks agama begitu aktif pada masa itu. Apakah yang dimaksudkan dengan pendekatan semantik? Terjemahan semantik atau makna menghuraikan makna konteks yang terdapat dalam teks asal setepatnya, setakat yang dibenarkan oleh struktur dan sintaksis bahasa sasaran (Newmark, 1992: 61).

Siapakah tokoh yang mengkaji pendekatan ini? Newmark (1981) mengatakan terjemahan semantik lebih rendah mutunya daripada teks asal. Terjemahannya sukar difahami kerana struktur nahunya masih lagi terpengaruh dengan nahu bahasa sumber teks. Terjemahan jenis ini juga seolah-olah cuba mencipta semula setepat-tepatnya nada dan sifat khusus teks asal. Apakah ciri-ciri penting bagi sebuah pendekatan semantik? Apabila anda menggunakan pendekatan ini, perkataan asal tidak disentuh langsung malah makna perkataan itu mesti diterjemahkan ke dalam bahasa sasaran.

Terjemahan semantik hanya berkisar dalam budaya bahasa asal yakni mengekalkan unsur budaya dalam teks sumber.

Page 22: Topik 1 9 X Bahasa Melayu: dan Pendekatan · Dalam topik 8, kita telah membicarakan tentang perkamusan bahasa Melayu. Bidang perkamusan mempunyai hubungan yang rapat dengan penterjemahan

TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN 198

Terjemahan semantik hanya menolong pembaca memahami konotasi yang melibatkan utusan dan mesej penting dalam teks asal.

Aliran ini menegaskan bahawa makna perkataan yang mengungkapkan mesej sebenar teks asal lebih penting daripada isi dan bentuk sesuatu teks. Selain itu, penterjemah juga cuba mengekalkan ideolek penulis yakni bentuk ungkapan khusus bagi penulis asal lebih utama daripada semangat bahasa sasaran.

Terjemahan semantik pada asasnya ditujukan khas kepada penulis teks asal dengan harapan penulis tersebut dapat memahami karyanya dalam bentuk terjemahan dan seterusnya dapat menilai karya tersebut (Newmark, 1981).

Penekanan terjemahan semantik terhadap makna yang terkandung dalam setiap perkataan memperlihatkan kesesuaian kaedah ini bagi wacana politik, saintifik, teknikal, teks keagamaan atau kitab suci atau ungkapan peribadi. Bagi karya sastera klasik pula, kaedah ini akan mengekalkan zaman dan budaya asalnya, selain slanga, dan dialek.

Newmark (1981) berpandangan terjemahan ini bersifat halus, lebih menyeluruh serta kurang menggunakan kata pinjaman kerana unsur budaya diterjemahkan secara langsung. Penterjemah aliran ini juga tidak dibenarkan sama sekali mentafsir, mengadaptasi atau mengubah suai isi dan makna teks asal. Apakah peranan pembaca dalam pendekatan terjemahan semantik? Pembacalah berperanan sebagai pentafsir yang membuat tafsiran bagi apa-apa frasa mengikut keperluan mereka.

9.4.2 Formal

Pendekatan formal diklasifikasikan sebagai jjenis terjemahan langsung kerana kesetiaan dengan teks sumber. Pendekatan formal bbertujuan menghasilkan terjemahan berkualiti dalam bentuk struktur nahu dan mesej teks asal. Cuma bahasa yang membezakan teks asal dan teks terjemahan. Siapakah tokoh yang mempelopori pendekatan ini? Pendekatan formal ialah aliran terjemahan yang diperkenalkan oleh Eugene A. Nida (1964). Kaedah ini berlawanan dengan terjemahan dinamik. Istilah ÂformalÊ berantonim dengan istilah ÂdinamikÊ.

Apakah ciri-ciri penting bagi pendekatan formal?

Pendekatan formal amat menekankan bentuk formal (bentuk asal) dan isi kandungan teks yakni bentuk dan struktur asal tidak boleh diubah.

Pendekatan ini juga boleh digolongkan sebagai terjemahan langsung yang setia kepada teks sumber.

Page 23: Topik 1 9 X Bahasa Melayu: dan Pendekatan · Dalam topik 8, kita telah membicarakan tentang perkamusan bahasa Melayu. Bidang perkamusan mempunyai hubungan yang rapat dengan penterjemahan

TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN

199

Pendekatan ini bertujuan untuk menghasilkan terjemahan berkualiti dalam bentuk struktur nahu dan mesej teks asal. Unsur yang membezakan teks asal dengan teks terjemahan ialah bahasa.

Dalam kaedah ini, penterjemah tidak dibenarkan mengubah suai atau mengadaptasi teks asal khususnya unsur budaya asal. Unsur budaya mestilah dikekalkan selain unsur bentuk dan struktur wacana asal yakni pemenggalan perenggan, tanda bacaan, koma dan noktah.

Pendekatan ini bagaimana pun membenarkan penterjemah membuat nota kaki sebagai keterangan tambahan bagi memudahkan pembaca sasaran. Inilah yang dilakukan dalam terjemahan kitab Injil. Hal ini perlu kerana banyak unsur budaya, adat resam dan unsur geografi telah dikekalkan.

Siapakah yang sering menggunakan pendekatan ini? Pendekatan formal amat sesuai untuk latihan amali seseorang penterjemah muda yang baru berkecimpung dalam dunia terjemahan. Terjemahan formal tidak mempunyai nilai guna yang tinggi untuk pembaca bahasa penerima kerana ciri-ciri khusus pada bahasa sumber hanya bermakna dalam konteks bahasa itu sahaja. Apabila ciri-ciri itu dipindahkan ke bahasa penerima, ciri-ciri itu tidak bermakna lagi kerana tidak sesuai untuk pembaca.

9.4.3 Relevans

Siapakah yang memperkenalkan pendekatan ini? Teori relevans ini mula diperkenalkan oleh Sperber dan Wilson (1986) yang dikatakan bersumber daripada ilmu kognitif. Namun begitu teori relevans sebenarnya telah dikembangkan oleh anak didik Sperber, iaitu Gutt (1992) yang menggolongkan teori ini dalam pendekatan langsung. Apakah yang ditekankan dalam pendekatan ini? Teori relevans dalam penterjemahan menitikberatkan budaya, makna, dan kesan sebenar teks sumber. Kemiripan serupa dipentingkan yang berbeza dengan pendekatan terjemahan bebas yang menterjemah sehingga ke peringkat mentafsir. Teori relevans menekankan bentuk komunikasi yang dapat difahami oleh penutur dan pendengar. Penutur (penulis teks) seharusnya menjamin apa yang dibualkan benar-benar relevan dan mudah difahami oleh pendengar (pembaca kedua dari segi penterjemah). Perbualan itu mestilah mencapai kerelevanan yang optimal (Nor Hashimah, 1992).

Apakah ciri-ciri dalam pendekatan relevans?

Dalam teori relevans, terjemahan langsung dianggap sebagai petikan kata-kata secara langsung. Oleh itu, aktiviti penterjemahan dikategorikan sebagai penggunaan bahasa secara interpretif.

Page 24: Topik 1 9 X Bahasa Melayu: dan Pendekatan · Dalam topik 8, kita telah membicarakan tentang perkamusan bahasa Melayu. Bidang perkamusan mempunyai hubungan yang rapat dengan penterjemahan

TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN 200

Petikan kata-kata secara langsung bermakna satu contoh ujaran komunikasi yang dilafazkan atau ditulis bagi mengatakan kesamaan terhampir dengan keaslian maksud teks asal (Sperber dan Wilson, 227 dipetik daripada Fauzi Jumingan, 2003). Antara keistimewaan petikan langsung ialah kesamaannya dan ketepatannya dengan teks asal dari segi bentuk leksikal dan struktur ayat.

Kesetiaan dengan teks sumber (untuk penterjemahan) bukan setakat pada apa yang dimaksudkan (makna) tetapi merangkumi juga cara bagaimana(stilistik) maksud makna itu dipersembahkan. Dalam penterjemahan langsung, segala ciri linguistik teks sumber dikekalkan. Dengan itu, khalayak penterjemah mampu menstruktur semula makna teks sumber berdasarkan makna yang dimaksudkan oleh penulis asal. Ini disebabkan teks sumber mempunyai andaian kontekstual tersendiri yang perlu dikekalkan. Oleh itu, konteks teks sumber juga dikekalkan dalam penterjemahan.

Apakah bidang yang sesuai bagi pendekatan relevans? Penerapan teori relevans amat sesuai digunakan dalam penterjemahan teknikal khususnya penggunaan konsep pinjam terjemah yang lazim digunakan dalam penggubalan istilah teknikal, budaya dan konsep yang tidak mempunyai padanan dalam bahasa sasaran (teks terjemahan).

9.4.4 Harfiah

Apakah yang anda faham tentang pendekatan harfiah? TTerjemahan harfiah ialah penterjemahan kata demi kata. Terjemahan harfiah bermaksud ppenterjemah menterjemahkan perkataan teks sumber satu demi satu tanpa satu kata pun ditinggalkan. Istilah ini mula diperkenalkan pada abad pertama sebelum masihi oleh penulis Roman, iaitu Cicero dan Horace. Sehingga kurun ke-19, terjemahan harfiah merupakan latihan amali yang berbau filologi bersumberkan pembaharu budaya yang cuba menyelamatkan kesusasteraan. Terjemahan di sini dibuat setepat mungkin berdasarkan makna sebenar teks. Terdapat pandangan yang mengatakan bahawa aliran ini sama dengan literal. Walau bagaimanapun, harfiah merupakan terjemahan yang paling setia dengan teks berbanding literal. Hal ini disebabkan kesepadanan satu lawan satu dalam teks sumber dibandingkan dengan teks sasaran tanpa mengira perbezaan kedua-dua bentuk.

Apakah ciri-ciri pendekatan harfiah?

Dalam linguistik, istilah harfiah dinamakan terjemahan struktur nahu (Catford,1965:2).

Terjemahan ini melibatkan proses menterjemah sistem nahu kedua-dua bahasa seperti pemilihan morfem yang sesuai. Kaedah ini sesuai digunakan

Page 25: Topik 1 9 X Bahasa Melayu: dan Pendekatan · Dalam topik 8, kita telah membicarakan tentang perkamusan bahasa Melayu. Bidang perkamusan mempunyai hubungan yang rapat dengan penterjemahan

TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN

201

dalam kajian mengenai sistem nahu sesuatu bahasa asing beroperasi bagi individu yang mempunyai pengetahuan bahasa asing yang terhad.

Catford juga mengkelaskan terjemahan ini sebagai terjemahan menyeluruh kerana terjemahan ini melibatkan morfem, kata, frasa, klausa, dan ayat. Lazimnya terjemahan ini melibatkan dua bahasa serumpun seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis. Namun begitu konsep ini kurang sesuai bagi dua bahasa yang berbeza sistem nahunya.

9.4.4 Literal

Apakah perbezaan antara pendekatan harfiah dengan pendekatan literal? Terjemahan literal dimaksudkan sebagai pendekatan yang setia pada teks sumber dengan menumpukan kepada salah satu struktur atau bentuk nahu bahasa teks asal sahaja. Terjemahan ini masih memelihara kemurnian nahu bahasa sumber tetapi pada masa yang sama menjaga kegramatisan nahu bahasa sasaran. Ciri ini membezakannya dengan aliran terjemahan harfiah yang patuh dan setia sepenuhnya dengan nahu bahasa sumber.

Apakah ciri-ciri pendekatan literal?

Terjemahan literal masih bersifat relatif dan telus kerana terjemahan jenis ini masih lagi menghormati konsep kebebasan menterjemah pada hierarki nahu tertentu.

Terjemahan literal diklasifikasikan sebagai terjemahan langsung kerana pendekatan ini masih mengekalkan bentuk dan struktur nahu bahasa sumber meskipun tidak semuanya.

Kesetiaan pendekatan ini lebih kepada unsur nahu dan bukan unsur budaya.

Dari segi strategi penterjemahan, terjemahan literal dianggap jelas dan jujur khususnya dalam penterjemahan teks teknikal. Malah dalam penterjemahan moden khususnya teks bukan sastera, banyak penterjemah menggunakan pendekatan literal kerana pendekatan ini sehampir mungkin sama dengan keaslian dan ketulenan teks asal.

Pendekatan ini mengekalkan salah satu bentuk teks asal seperti morfem atau fonetik.

Terjemahan literal merupakan salah satu strategi dalam menterjemahkan karya puisi yang dilakukan oleh Lefevere (1975). Walau bagaimanapun, bagi terjemahan puisi, terjemahan menyeluruh untuk semua bentuk nahu seperti terjemahan harfiah tidak digalakkan.

Page 26: Topik 1 9 X Bahasa Melayu: dan Pendekatan · Dalam topik 8, kita telah membicarakan tentang perkamusan bahasa Melayu. Bidang perkamusan mempunyai hubungan yang rapat dengan penterjemahan

TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN 202

(a) Huraikan empat jenis pendekatan langsung dalam penterjemahan.

(b) Bincangkan klasifikasi yang diputuskan oleh Nida dalam teori penterjemahan yang dikemukakannya.

PENDEKATAN TIDAK LANGSUNG DALAM PENTERJEMAHAN

Terjemahan tidak langsung merupakan pendekatan yang kurang setia dengan teks asal. Pendekatan ini membenarkan penterjemah mengadaptasi, mengubah suai, menokok tambah, dan membuang unsur-unsur morfologi, sintaksis, semantik, stilistik dan bentuk wacana asal. Pendekatan ini menekankan pembaca sasaran sebagai khalayak utama bagi sebuah karya terjemahan. Pendekatan ini juga menekankan keselesaan pembaca sesebuah karya terjemahan tidak menghadapi sebarang kesukaran semasa membaca teks terjemahan. Penterjemah adakalanya mentafsir bagi pihak pembaca. Pendekatan ini sesuai bagi karya ilmiah, akhbar dan bacaan umum. Pendekatan yang dinyatakan di atas dapat dibahagikan kepada kelompok di bawah:

Komunikatif

Dinamik

Bebas

Idiomatik

Pendekatan tidak langsung dapat diringkas berdasarkan Rajah 9.11 di bawah:

9.5

AKTIVITI 9.4

Pilih satu teks terjemahan kreatif dan bincangkan pendekatan yang telah digunakan oleh penterjemah tersebut.

SEMAK KENDIRI 9.2

Page 27: Topik 1 9 X Bahasa Melayu: dan Pendekatan · Dalam topik 8, kita telah membicarakan tentang perkamusan bahasa Melayu. Bidang perkamusan mempunyai hubungan yang rapat dengan penterjemahan

TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN

203

Rajah 9.11: Pendekatan Tidak Langsung

9.5.1 Komunikatif

Apakah yang dimaksudkan dengan komunikatif? Komunikatif bermaksud penterjemah akan mmenghasilkan terjemahan yang mempunyai kesan pada pembacanya yang sehampir mungkin seperti kesan yang terdapat pada pembaca teks asal. Terjemahan merupakan satu bentuk komunikasi yang merujuk kepada hubungan antara penulis sumber dengan pembaca sasaran melalui penterjemah sebagai perantara. Penterjemahan komunikatif lebih banyak menumpukan kepada pembaca kedua, yang sudah pasti mengharapkan pembacaan yang lancar tanpa kesamaran dan sebanyak mungkin pemindahan unsur asing ke dalam budaya dan juga bahasanya.

9.5.2 Dinamik

Apakah yang dimaksudkan dengan dinamik? Terjemahan dinamik bermaksud bahawa mesej teks asal yang hendak disampaikan ke dalam teks sasaran sama dari segi kesan pembacaan. Teori dinamik Nida ini menggunakan tiga kata kunci: persamaan, terdekat dan bersahaja. Pendekatan dinamik memerlukan tiga proses penting, iaitu proses analisis, proses pemindahan mesej dan proses menstruktur semula nahu bahasa sasaran. Terjemahan dinamik tidak mengandungi unsur-unsur import unsur asing yakni tidak berbau terjemahan sebaliknya seperti ditulis dalam bahasa penerima. Bagi terjemahan dinamik,

yang serupa bukanlah jumlah perkataan tetapi jumlah idea, yakni jumlah maklumat perlu sama tidak ada maklumat yang tertinggal atau ditokok tambah.

Menurut Nida, pendekatan dinamik sesuai diterapkan dalam penterjemahan Injil kerana bahasa asal teks Injil sukar difahami oleh masyarakat Kristian moden pada masa kini. Selain itu, pendekatan ini sesuai diterapkan dalam

Page 28: Topik 1 9 X Bahasa Melayu: dan Pendekatan · Dalam topik 8, kita telah membicarakan tentang perkamusan bahasa Melayu. Bidang perkamusan mempunyai hubungan yang rapat dengan penterjemahan

TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN 204

penterjemahan kreatif seperti cerpen dan novel. Istilah pendekatan dinamik menghasilkan empat pedoman yang perlu menjadi pegangan penterjemah, iaitu:

Keselarasan konteks pembaca sasaran lebih diutamakan daripada cara sesuatu maklumat dikemukakan atau keselarasan perkataan demi perkataan. Dua perkataan yang yang sama mungkin berlainan ertinya dalam konteks tertentu. Terjemahan mestilah menepati konteks.

Persamaan dinamik hendaklah diutamakan daripada keselarasan formal. Penerimaan pembaca yang ditekankan supaya pembaca teks asal dan teks terjemahan mengalami kefahaman, perasaan dan tindakan yang sama.

Bentuk-bentuk bahasa yang didengar hendaklah diutamakan lebih dahulu daripada bentuk bertulis. Dalam kes tertentu apabila teks itu akan lebih banyak didengar daripada dibaca sendiri dalam hati.

Keperluan pembaca sasaran hendaklah lebih diutamakan daripada bentuk bahasa. Ini akan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pembaca teks terjemahan.

9.5.3 Bebas

Apakah yang dimaksudkan dengan bebas? TTerjemahan bebas menumpukan kepada teks sasaran agar teksnya kelihatan bersahaja, sejadi, dan memudahkan pembaca kedua. Perkataan dalam teks asal kurang diberikan perhatian. Kaedah ini juga dikenali sebagai sense for sense translation (terjemahan secara makrifat) serta berlawanan dengan istilah terjemahan literal dan terjemahan harfiah (kata demi kata).

Secara linguistiknya, terjemahan bebas bermaksud pengadaptasian atau penyesuaian pada peringkat tertinggi dalam sistem nahu kedua-dua bahasa yang terlibat. Dengan kata lain, penterjemah hanya mengambil isi dan maklumat penting sahaja dalam teks sumber tetapi mengubah, mengadaptasi, membuang, dan membetulkan segala bentuk dan struktur nahu teks asal. Apakah ciri-ciri pendekatan ini?

Terjemahan bebas lebih berorientasikan teks sasaran berbanding terjemahan literal yang juga mementingkan teks sasaran tetapi dalam ruang lingkup yang cukup terbatas.

Dalam terjemahan bebas, pesanan, amanat dan mesej amat diberikan perhatian. Bentuk bahasa asal kurang ditumpukan. Oleh itu, penterjemah sedaya upaya menyampaikan maklumat dengan segala kemampuan dan kreativiti yang ada.

Page 29: Topik 1 9 X Bahasa Melayu: dan Pendekatan · Dalam topik 8, kita telah membicarakan tentang perkamusan bahasa Melayu. Bidang perkamusan mempunyai hubungan yang rapat dengan penterjemahan

TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN

205

Anda akan mendapati bakat penterjemah amat penting untuk menghasilkan terjemahan yang mengandungi gagasan dan pengalaman penulis asalnya dengan penambahan gagasan dan pengalaman penterjemah sendiri. Karya ini akan menjadi lebih menarik kerana penterjemah akan menitikberatkan segala peraturan kebahasaan teks sumber di samping mengutamakan pesanan dan amanat asal yang harus disampaikan.

Walau bagaimanapun, terdapat juga penterjemah bebas yang terlalu bebas dalam penterjemahannya sehingga menyimpang jauh daripada tugas sebenar penterjemahan. Hal ini seharusnya ditangani dengan lebih berhati-hati sekiranya penterjemah ingin berbuat demikian.

9.5.4 Idiomatik

Idiom ialah bentuk ungkapan yang unik yang terdapat dalam sesuatu bahasa. Kemampuan seseorang untuk menterjemah bentuk-bentuk idiom daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain sangat bergantung kepada penguasaan bahasa sumbernya. Penterjemah dapat menterjemahkan idiom-idiom itu sekiranya dia memang mengetahui maknanya.

Apakah yang dimaksudkan dengan pendekatan idiomatik? Pendekatan ini bermakna penterjemah akan menterjemahkan makna teks asal semurni mungkin tetapi dalam acuan bahasa teks sasaran seasal mungkin. Dengan perkataan lain, mesej teks sumber diterjemah setepat mungkin tetapi dalam bahasa sasaran kelihatan terjemahan itu bersahaja dan tidak berbau terjemahan. Pengetahuan mengenai makna perkataan-perkataan tertentu dalam bahasa itu atau hukum tatabahasanya tidak dapat membantu dia mengetahui sama sesuatu bentuk itu mesti ditafsirkan sebagai idiom atau tidak, lebih-lebih lagi jika idiom itu bukan daripada jenis perumpamaan. Perumpamaan ialah idiom yang mudah dicamkan walaupun maknanya tidak mudah ditafsirkan.

Apakah ciri-ciri pendekatan ini?

Terjemahan ini tidak menepati makna sepenuhnya. Penterjemah bebas memilih, sama ada menggunakan cara semantik, komunikasi atau kedua-dua sekali untuk mencapai persamaan terdekat. Hal ini bergantung kepada personaliti penterjemah dan nilai estetik.

Tidak ada sistem yang tepat untuk menterjemah idiom, peribahasa, metafrasa dan kata nama. Sekiranya terdapat yang sepadan dalam bahasa Melayu, penterjemah harus menggunakannya.

Mesej teks sasaran dapat dibaca oleh pembaca sasaran sama seperti dalam teks asal. Hal ini dapat dicapai bukan setakat penstrukturan semula dan

Page 30: Topik 1 9 X Bahasa Melayu: dan Pendekatan · Dalam topik 8, kita telah membicarakan tentang perkamusan bahasa Melayu. Bidang perkamusan mempunyai hubungan yang rapat dengan penterjemahan

TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN 206

pengadaptasian struktur tetapi juga dengan menyatakan secara tersurat apa yang diniatkan oleh penulis asal.

Sekiranya terdapat perkara yang kabur, taksa dan makna mengelirukan, penterjemah perlu menjelaskan dalam teks terjemahan secara eksplisit (tersurat).

Sejarah penterjemahan buku di Malaysia lebih tertumpu kepada terbitan buku-buku agama (tauhid, usuludin, fekah, dan tasauf).

PKM, DBP, UM, PPM, UM, ITNM merupakan badan kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam penterjemahan.

ZaÊba merupakan tokoh yang banyak membantu pemantapan kegiatan penterjemahan melalui PKM.

Konsep dan definisi istilah terjemah, penterjemah dan penterjemahan.

Lima perkara asas bagi keperluan seorang penterjemah:

Mengetahui bahasa sumber dengan baik

Mengetahui bahasa sasaran dengan baik

Mengetahui subjek yang hendak diterjemahkan

(a) Huraikan konsep komunikatif dalam penterjemahan.

(b) Bezakan pendekatan bebas dengan pendekatan dinamik dalam penterjemahan.

SEMAK KENDIRI 9.3

AKTIVITI 9.5

Pilih satu filem yang mempunyai sari kata dalam bahasa Melayu dan analisis teks tersebut berdasarkan teori dan pendekatan dalam penterjemahan.

Page 31: Topik 1 9 X Bahasa Melayu: dan Pendekatan · Dalam topik 8, kita telah membicarakan tentang perkamusan bahasa Melayu. Bidang perkamusan mempunyai hubungan yang rapat dengan penterjemahan

TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN

207

Mengetahui teori dan proses terjemahan

Mengetahui latar belakang budaya dan bahasa sumber dan bahasa sasaran

Teori terjemahan ialah cabang ilmu linguistik yang menghuraikan aspek-aspek bahasa, kebudayaan dan komunikasi yang berperanan dalam amalan terjemahan.

Etienne Dolet (1509-1546), Dryden (1697) George Campbell (1789), Alexander Fraser Tytler (1790) dan George Steiner (1975) merupakan antara beberapa tokoh yang membicarakan tentang teori penterjemahan.

Eugene Nida (1964) pula mengemukakan enam aspek penting dalam teori terjemahan, iaitu:

Penyalinan semula maklumat

Persamaan bukan keserupaan

Persamaan sejadi/bersahaja (formal)

Persamaan terdekat (dinamik)

Keutamaan makna

Kepentingan gaya

Terjemahan langsung bermaksud pendekatan yang sedaya mungkin setia pada teks sumber dari segi makna, nahu (sintaksis dan morfologi), gaya serta kesan terhadap pembaca asal. Penterjemahan langsung dibahagikan kepada kelompok semantik, formal, relevans, harfiah dan literal.

Terjemahan tidak langsung merupakan pendekatan yang kurang setia dengan teks asal.

Pendekatan tidak langsung dapat dibahagikan kepada kelompok komunikatif, dinamik, bebas dan idiomatik.

Page 32: Topik 1 9 X Bahasa Melayu: dan Pendekatan · Dalam topik 8, kita telah membicarakan tentang perkamusan bahasa Melayu. Bidang perkamusan mempunyai hubungan yang rapat dengan penterjemahan

TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN 208

Bahasa sasaran

Bebas

Dinamik

Formal

Harfiah

Idiomatik

Komunikatif

Literal

Penterjemah

Penterjemahan

Relevans

Semantik

Teori terjemahan

Terjemah

Abdullah Hassan dan Ainon Muhamad. (2000). Teknik dan teori terjemahan. Kuala Lumpur: Persatuan Penterjemah Malaysia.

Abdullah Sanusi Ahamad (1966). Peranan pejabat karang mengarang.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ainon Muhamad (1980). Pengantar Terjemahan. Kuala Lumpur : Penerbitan Adabi.

Belham K. (2002). ‰Sejarah Awal Penerbitan Terjemahan‰. Jurnal Dewan Bahasa. September, hlm. 30 35.

Catford, J.C. (1965). A linguistic theory of translation. London: Oxford University Press.

Bozena Henisz-Dostert, R.Ross Macdonald [and] Michael Zarechnak (1979) Machine translation. The Hague: Mouton Publishers.

Fauzi Jumigan. (2001). „Aliran dan teori Penterjemahan ModenÊ. Monograf Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu, Bil. 6 Julai 2001. Serdang : Universiti Putra Malaysia.

Finlay, Ian. (1971). Translating. Edinburgh: The University Press Limited.

Harun al-Rashid, (1991). ‰The Usuli Scholars on Language and Translation Problem‰ dlm. Pragmatik penterjemahan ; prinsip dan Amalan Menuju Ke Abad 21. Prosiding Penterjemahan Antarabangsa ke-3 pada 27 Ogos 1991.

Page 33: Topik 1 9 X Bahasa Melayu: dan Pendekatan · Dalam topik 8, kita telah membicarakan tentang perkamusan bahasa Melayu. Bidang perkamusan mempunyai hubungan yang rapat dengan penterjemahan

TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN

209

George Steiner. 1975. After Babel : Aspects of language and translation.New York, USA : Oxford University Press.

Kamus Dewan. (1986). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Newmark, Peter. (1981. Approaches to translation. Oxford: Pergamon.

Nida, E.A. & C.R. Taber, 1974. The theory and practice of translation.Leiden : E.J. Brill, Leiden.

Nida, E.A. (1964). Towards a science of translation. Leiden: E. J. Brill.

Nor Hashimah Jalaluddin. (1993). ‰Terjemahan atau Tafsiran: Satu Konflik‰ Jurnal Dewan Bahasa, Jilid 37 Bil.12 Disember 1993 hlm. 1102-1108.

Norizah Ardi. (1994). ‰Terjemahan Sepintas Lalu‰. Pelita Bahasa. Oktober.

Norizah Ardi 2000. ‰Perkembangan dan Fungsi Terjemahan Sebelum Merdeka‰. Jurnal Dewan Bahasa Jilid 44. Bil. 9 September, hlm. 975-988.

Hajah Samsiah Haji Mohd. Diah. (1995). Karya kreatif Steinbeck: Satu penilaian berdasarkan model penulisan karya kreatif. Latihan Ilmiah, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Le Feal, Karla Dejean. (1987). Putting translation theory into practice. Tel Aviv: Babel.

Puteri Roslina Abdul Wahid. (2007). Pengantar penterjemahan Bahasa Melayu. Puchong: Scholar Press Sdn. Bhd.

Ramli Saleh. (1987). ‰Sebab-sebab kesalahan bahasa di dalam penterjemahan‰. kesalahan bahasa dalam Bahasa Malaysia Abdullah Hasan, Mashudi Kader dan Hasnah Ibrahim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shahrudin Ali (2005). kertas kerja berjudul „Cabaran, insiatif dan dasar penterjemahan dan globalisasi ilmu: Perspektif ITNMB‰ dibentangkan dalam Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-10 di Sabah.

Sharifah Haji Malek. (1996). Usaha-usaha penterjemahan di Malaysia. Universiti Malaya: Latihan Ilmiah.

Susan Bassnett. (1980). Translation studies. England: Routledge.

Schulte,rainer. (1992). Theories of translation: An anthology of essays from Dryden to Derrida. Chicago, USA : University of Chicago Press.

Teoh Boon Seong & Ng Beng Lean. (1994).‰Masalah terjemahan brosur bank‰ Jurnal Dewan Bahasa, Jilid 38, Bil 2 Februari 1994 hlm. 150 -161.

Page 34: Topik 1 9 X Bahasa Melayu: dan Pendekatan · Dalam topik 8, kita telah membicarakan tentang perkamusan bahasa Melayu. Bidang perkamusan mempunyai hubungan yang rapat dengan penterjemahan

TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN 210

Tytler, Alexander Fraser. (1978). Essays on The Principles of Translation.Amsterdam: John Benjamin B.V.

Van Slype, G., Guinet, J.F. Seitz, F. & Benejam, R., (1983). Better Translation for Better Communication. London: Pergamon Press.

Woodhouselee, Alexander Fraser Tytler. (1978). Essays on the principles of translation. Amsterdam: John Benjamins.