sejarah perkembangan

6
SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU AL-QURAN & ILMU HADIS

Upload: syazwanie-mohamed

Post on 15-Nov-2015

20 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PQE 3023 E

TRANSCRIPT

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU AL-QURAN & ILMU HADIS

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU AL-QURAN

Ilmu ulum Al Quran telah bermula sejak turunnya wahyu pertama lagi.Hal ini boleh dilihat melalui penurunan, sebab-sebab penurunan, pembacaan, cara pengumpulan dan sebagainya yang mana semua perkara ini termasuk dalam perbahasan ilmu ulum Al quran.Perkembangan ilmu ulum al quran semakin diperlukan dan semakin meluas kerana islam semakin berkembang, merentasi pelbagai budaya dan bahasa dan disamping menghadapi pelbagai permasalahan baru akibat pertambahan umat islam bukan arab yang telah memeluk islam.

Padazaman nabi, nabi Muhammad telah menerima wahyu daripada Allah melalui malaikat jibril dan segera menghafaznya mengikut apa yang diwahyukan oleh Allah.Kemudian, baginda segera menyampaikannya kepada para sahabat lalu memerintahkan sahabat menulis wahyu tersebut pada tempat-tempat tertentu supaya tidak hilang.Nabi Muhammad pernah melarang sahabat menulis selain wahyu daripada Allah atau ayat daripada al quran itu sendiri.Hal ini dikhuatiri bercampur dengan al quran dan susah dibezakan di kemudian hari nanti.

Para sahabat telah memahami al quran dengan baik, namun sekiranya mereka mengalami masalah, mereka terus murujuk terus kepada rasulullah untuk menjelaskan persoalan mereka.Kekurangan kemudahan alat-alat penulisan menyebabkan ilmu ini tidak berkembang disamping kurangnya umat islam yang pandai menulis.Penurunan al quran secara beransur ansur telah mempengaruhi perkembangan ilmu ini kerana tidak mungkin dapat dibahaskan ilmu ini sedangkan al quran atau wahyu itu sendiri belum selesai diturunkanatau diterima oleh rasulullah.Setelah wahyu selesai diturunkan dan rasulullah wafat, umat islam mula menghadapi pelbagai masalah baru, maka bermulalah ulumul quran sebagai suatu perbahasan ilmu yang penting.

Padazaman sahabat,islam telah diterajui oleh khulafa ar-rasyidin, antara sebab mengapa para sahabat mengasaskan dan mengembangkan ilmu ini ialah:

1.Jajahan wilayah islam semakin meluasdengan bertambahnya orang bukan arab yang memeluk islam yang sukar memahami bahasa arab.2.Minat umat islam yang mendalam terhadap ilmuhasil daripada saranan al quran itu sendiri agar umat islam mengembangkan ilmu pengetahuan.3.Terdapat banyak rahsia al quranyang belum tersimpul dan tersembunyi.4.Kesungguhan umat islam serta wujudnya rasa tanggungjawabdengan meninggalkan warisan ilmu kepada generasi akan datang.5.Wujudnya perbezaan dan perselisihan pendapat ulamamengenai al quran dalam semua aspek.Peperangan yang berlaku menyebabkan ramai huffaz telah syahid, maka usaha mengumpul al quran telah dimulakan pada zaman khalifah Abu Bakar.Sewaktu zaman Khalifah Umar al-Khattab, islam telah berkembang dengan pesat.Masalah telah timbul apabila umat islam dibeberapa wilayah telah membaca al quran berbeza dengan cara masing-masing.Hal ini dikhuatiri para sahabat.Oleh yang demikian, semasa pemerintahan khalifah Uthman Bin Affan, para sahabat telah menyusun al quran seperti yang ada sekarang iaiti mashaf uthmani.

Sewaktu di zaman pemerintahan Saidina Ali pula, beliau telah menemui masalah apabila mendengar seorang yang bukan arab membaca ayat 3 dalam surah at-Taubah salah menyebut barisnya sehingga mengubah maknanya.Jadi, Saidina Ali telah memerintahkan Abu Aswad ad-Duali untuk membariskan al quran dan memberi titik kesemua huruf-huruf dalam al quran seperti yang ada pada zaman sekarang.

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU HADISSetiap perkara pasti ada sejarah perkembangan.Perkembangan ulum-Quran menyebabkan ilmu lain juga turut mengalami perkara yang sama khususnya ilmu hadis.Bagaimana ilmu hadis boleh berkembang pesat sehingga mempunyai disiplin ilmu yang tersendiri? Sehingga ianya menjadi lebih tersusun sepertimana yang ada di zaman kita?Mari kita selusuri sejarah perkembangan Ilmu Hadis..

1. PERINGKAT AWAL: ZAMAN RASULULLAH SAW

Di zaman ini Ilmu hadis belum lagi diperkenalkan secara khusus dan belum mempunyai disiplin yang tersendiri namun kaedah periwayatan sudah muncul secara tidak langsung diperingkat ini.Iaitu para Sahabat r.a mendengar daripada Rasulullah saw kemudian menyampaikan kepada sahabat yang lain yang tiada semasa sesuatu hadis dinukilkan daripada Rasulullah saw.

Sehingga Rasulullah saw bersabda:

"Maksudnya: Allah akan mengelokkan wajah seseorang yang mendengar sesuatu daripada kami kemudian dia menyampaikan apa yang didengari moga-moga orang yang menyampaikan lebih faham daripada yang mendengar(Riwayat Tarmizi, kitabbab No.2657)Dan pada peringkat ini Para sahabat lebih menjurus kepada periwayatan,hafalan dan penyampaian.Disebabkan para Sahabat r.a terkenal dengan kuat hafalan dan segala yang diriwayatkan oleh mereka semuanya adalah benar dan menjadikan riwayat mereka jauh daripada keraguan penipuan dan lupa.sehingga datang kaedah kepada para sahabat.

2. PERINGKAT KEDUA; ZAMAN SAHABAT R.A

Selepas kewafatan Rasulullah saw maka terzahir keperluan untuk menjaga riwayat hadis Rasulullah saw oleh itu pada peringkat ini banyak rehlah untuk mencari kethabitan tentang sesebuah hadis dan Para sahabat r.a sentiasa berada dalam keadaan berjaga kerana takut apa yang diriwayatkan kemungkinan salah ataupun terlupaPerkara ini boleh dilihat daripada perbuatan Abu Bakar as-siddiq r.a apabila beliau diminta untuk memberi hak tinggalan(mirath) kepada(nenek) mari kita lihat bagaimana telitinya Abu Bakar dalam menerima riwayat hadis

telah datang seorang nenek kepada Abu Bakar r.a dia berkata kepada Abu Bakar:sesungguhnya cucu lelaki ku telah mati,aku dikhabarkan bahawa hak aku terdapat di dalam Al-quran,maka Berkata Abu Bakar r.a:aku tidak dapati di dalam Al-quran hak kamu wahai nenek dan aku tidak pernah Rasulullah saw berbuat demikian beliau kemudian bertanya kepada orang ramai. Maka Mughirah bin syubah menyaksikan bahawa Rasulullah saw member hak 1/6 kepada nenek.Abu Bakar siapa lagi yang mendengar selain kamu? Mughirah bin Syubah berkata:Muhammad bin Maslamah kemudian Abu Bakar r.a member hak kepada nenek tersebut 1/6 kemudian terjadi hal yang sama pada zaman Umar r.a(Riwayat Tarmizi kitabbab no 2100 &2101)

Begitu juga apa yang berlaku pada kisah (Riwayat Bukhari kitabbab no 2645)Di peringkat ini juga para Sahabat mula mencari siapa yang meriwayatkan hadis terutama pada zaman fitnah iaitu selepas kematian saidina Uthman r.a sehingga Ibnu sirin(w.110) meyebutkan:

: Maksudnya:sebelum ini para sahabat r.a tidak langsung mempersoalkan tentang sanad apabila terjadi fitnah mereka berkata:namakan siapa yangkamu riwayatkan daripadanya maka lihat kepada ahli sunnah ambillah hadis daripada mereka dan lihatlah kepada ahli bidaah maka jangan ambil hadis daripada mereka