sejarah pergerakan pengakap

9
SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP DUNIA Sejarah Pengasas Pengakap (Lord Baden Powell) Pergerakan Pengakap diasaskan oleh Lord Baden Powell of Gilwell atau singkatannya BP. Beliau ialah seorang askar Inggeris yang berpangkat Leftenan Jeneral pada tahun 1907. Pergerakan Pengakap bermula di Pulau Brownsea, iaitu satu perkhemahan Pengakap yang pertama di dunia. Beliau telah mengeluarkan satu rancangan latihan bagi Pengakap pada tahun 1907. Lord Baden Powell ialah Pengakap Agung Dunia yang dilahirkan pada 22 Februari 1857 di sebuah rumah yang berhampiran dengan Hyde Park, London. Nama penuhnya ialah Lord Robert Stephenson Smyth Baden Powell dan bapanya bernama Reverend H.G. Baden Powell, seorang profesor dalam bidang sains di Universiti Oxford. Ibunya, anak kepada seorang Laksamana British yang bernama W.T. Smyth. Beliau mempunyai tujuh orang adik beradik. Bapa Baden Powell meninggal dunia semasa beliau berumur tiga tahun. Semasa kecil beliau sudah berminat hidup di luar rumah. Beliau pernah berjalan dan berkhemah di beberapa tempat di England bersama dengan abangnya. Pengalaman ini dapat memberi pengajaran kepadanya supaya bekerjasama dan sentiasa taat pada perintah. Pada tahun 1870, beliau telah memasuki sekolah Charterhouse England dengan derma pelajaran. Beliau terkenal dalam bidang sukan, lakonan, lukisan dan muzik. Semasa berusia 19 tahun, beliau telah tamat pengajian di Charterhouse dan terpaksa memilih kerja ataupun ke Oxford. Beliau telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan pemilihan seorang tentera. Dengan kejayaan ini, beliau tidak perlu memasuki Sandhurst dan terus menjadi pengawai dalam pasukan Hussar ke-13 serta ditempatkan di India pada tahun 1876. Pada tahun 1878, beliau dilantik menjadi Pengawai Memerintah Pasukan ke-5 Dragoon Guards di India. Pada tahun 1887, beliau telah dihantar ke Afrika bersama-sama askarnya melawan kaum Zulu, dan beliau telah berjaya menawannya. Selepas itu beliau telah ditugaskan untuk melawan bangsa Ashanti. Bangsa Ashanti terkenal sebagai bangsa yang garang.

Upload: udakanna

Post on 14-Apr-2016

88 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

for info

TRANSCRIPT

Page 1: SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP

SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP DUNIA Sejarah Pengasas Pengakap (Lord Baden Powell) Pergerakan

Pengakap diasaskan oleh Lord Baden Powell of Gilwell atau singkatannya BP. Beliau ialah seorang askar Inggeris yang berpangkat Leftenan Jeneral pada tahun 1907. Pergerakan Pengakap bermula di Pulau Brownsea, iaitu satu perkhemahan Pengakap yang pertama di dunia. Beliau telah mengeluarkan satu rancangan latihan bagi Pengakap pada tahun 1907.

Lord Baden Powell ialah Pengakap Agung Dunia yang dilahirkan pada 22 Februari 1857 di sebuah rumah yang berhampiran dengan Hyde Park, London. Nama penuhnya ialah Lord Robert Stephenson Smyth Baden Powell dan bapanya bernama Reverend H.G. Baden Powell, seorang profesor dalam bidang sains di Universiti Oxford. Ibunya, anak kepada seorang Laksamana British yang bernama W.T. Smyth. Beliau mempunyai tujuh orang adik beradik. Bapa Baden Powell meninggal dunia semasa beliau berumur tiga tahun.

Semasa kecil beliau sudah berminat hidup di luar rumah. Beliau pernah berjalan dan berkhemah di beberapa tempat di England bersama dengan abangnya. Pengalaman ini dapat memberi pengajaran kepadanya supaya bekerjasama dan sentiasa taat pada perintah.

Pada tahun 1870, beliau telah memasuki sekolah Charterhouse England dengan derma pelajaran. Beliau terkenal dalam bidang sukan, lakonan, lukisan dan muzik. Semasa berusia 19 tahun, beliau telah tamat pengajian di Charterhouse dan terpaksa memilih kerja ataupun ke Oxford. Beliau telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan pemilihan seorang tentera. Dengan kejayaan ini, beliau tidak perlu memasuki Sandhurst dan terus menjadi pengawai dalam pasukan Hussar ke-13 serta ditempatkan di India pada tahun 1876.

Pada tahun 1878, beliau dilantik menjadi Pengawai Memerintah Pasukan ke-5 Dragoon Guards di India. Pada tahun 1887, beliau telah dihantar ke Afrika bersama-sama askarnya melawan kaum Zulu, dan beliau telah berjaya menawannya. Selepas itu beliau telah ditugaskan untuk melawan bangsa Ashanti. Bangsa Ashanti terkenal sebagai bangsa yang garang. Tetapi bangsa Ashanti sangat takutkannya, sehingga beliau diberi gelaran "serigala yang tidak pernah tidur" atau "Impeesa" kerana keberanian dan kecekapannya.

Pada tahun 1899, beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Kolonel. Huru-hara telah tercetus di antara kerajaan British dengan negeri Transvaal sehingga perhubungan kedua-dua negara menjadi sangat genting, dan Powell telah diberi tugas untuk menubuhkan dua batalion askar berkuda untuk ke Afrika Selatan. Beliau telah mempertahankan bandar Mafeking selama 217 hari daripada kepungan musuh yang mempunyai bilangan askar yang berlipat ganda. Peristiwa ini berlaku

Page 2: SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP

pada 13 Oktober 1899 hingga 18 Mei 1900, sehinggalah bantuan dari pihak British datang menembusi kepungan musuh.

Pada 1899 Semasa musuh mengepung bandar Mafeking, beliau telah menggunakan kanak-kanak sebagai utusan dan pemberitahuan menggantikan askar di medan peperangan Kapten Tusan. Kepantasan dan kecekapan kanak-kanak ini telah memberi dorongan kepada beliau untuk seterusnya menubuhkan pergerakan Pengakap.

Selepas peristiwaan ini beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Major Jeneral yang termuda. Kesan daripada bantuan kanak-kanak di bandar Mafeking, beliau telah mula merangka rancangannya pada tahun 1906 dan pada tahun 1907 beliau telah siap menulis buku "Aids to Scouting". Segala pengalaman semasa di Afrika telah dikumpulkan dalam buku tersebut.

Pada tahun 1907 juga, Baden Powell telah diundang untuk memeriksa satu pembarisan pergerakan Brigade Muda oleh pengasas pergerakan ini, Sir William Smith. Baden Powell telah berbincang dengan Sir William Smith serta pergerakan pekerja muda yang lain untuk mengadakan satu perkhemahan terkenal di Pulau Brownsea di Poole Harbour. Perkhemahan bermula pada 25 Julai hingga 9 Ogos 1907. Beliau merupakan "Scout Master" atau Pemimpin Pengakap dalam perkhemahan tersebut. G W Green. H Robson dan P W Everett merupakan penolong-penolong Baden Powell. Perkhemahan tersebut telah memberi daya penggerak kepada BP untuk menulis dan mengemaskini semula buku "Aids to Scouting" kepada "Scouting for Boys". Buku ini merupakan pandu asas pergerakan Pengakap sehingga hari ini. Buku tersebut juga diterjemahkan kepada lima jenis bahasa lain lalu disebar di merata-rata dunia.

Penubuhan banyak kumpulan baru telah memberi keyakinan kepada beliau untuk meneruskan perjuangan beliau dalam Pengakap sepanjang hayatnya. Beliau telah berhenti berkhidmat dalam askar semasa beliau berpangkat Leftenan Jeneral.

Semasa tercetusnya Perang Dunia Pertama, kumpulan-kumpulan Pengakap turut mengambil bahagian dalam mempertahankan negara England. Antaranya ialah pengawasan tepi laut oleh Pengakap Laut.

Dalam tahun 1919, Lord Baden Powell telah mengadakan satu tapak perkhemahan Pengakap yang pertama di dunia dan dikenali sebagai Gilwell Park di London. Gilwell Park juga merupakan tempat latihan ahli dan pemimpin Pengakap yang terulung di dunia.

Pada tahun 1920, Pengakap dari seluruh dunia telah berkumpul di London menghadiri jambori dunia pertama. Jambori itu diadakan di Richmond Park, sebanyak 6000 Pengakap Muda dari dua puluh jenis negara menghadiri jambori tersebut. Richmond Park adalah terletak di

Page 3: SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP

Olympia, London. Pada malam akhir jambori ini, BP telah diisytiharkan menjadi Pengakap Agung Dunia atau Chief Scout of the World.

Pergerakan Pengakap terus menular ke negara-negara lain sehingga apabila genap usia penubuhannya 21 tahun, keanggotaannya melebihi dua juta orang. Mengenangkan jaya yang diberikan, Baden Powell telah dianugerahkan darjah kemuliaan yang tertinggi di England iaitu Lord, dan diberi gelaran Lord Baden Powell of Gilwell. King George V merupakan penganugerah yang menjadikan BP seorang Baron. Lord Baden Powell of Gilwell adalah diberi semperna Gilwell Park.

Pada tahun 1937 sewaktu usianya 80 tahun, beliau telah sakit tenat dan terpaksa berhenti dari pergerakan Pengakap di merata-rata dunia. Beliau bersama isterinya Lady Baden Powell atau Miss Olave Soames pengasas pergerakan pandu puteri telah berhijrah ke Kenya, Afrika. Beliau bermastautin di sebuah kampung yang aman permai selepas berkhidmat kepada dunia Pengakap selama 33 tahun.

Pada 8 Januari 1941, beliau meninggal dunia di Paxtu, Kenya. Beliau disemadikan di Nyeri dalam lingkungan bayang-bayang gunung Kenya. Batu nisan beliau turut diukir "Robert Baden Powell, Chief Scout of World, born February 22nd 1857, died January 8th 1941." Logo Pengakap dan pandu puteri turut diukir pada batu nisan tersebut. Kuburnya telah diletakkan batu-batu berbentuk bulat dengan satu titik di tengah-tengah yang bermaksud "Gone Home".

Kata-kata terakhir BP adalah seperti berikut: Tuhan memimpin dan membantu di dalam kerja-kerjamu.

Page 4: SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP

SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP MALAYSIA Selepas dua tahun pengakap di asas oleh Lord Baden Powell di

England, seorang peneroka pengakap dari London bernama F.C. Sand telah datang ke Singapura pada tahun 1910 lalu menubuhkan dua pasukan untuk anak-anak orang Inggeris yang berada di Singapura.

Pada tahun 1919 Kapten N.M Hashim dan A.Z. Alsagof telah menubuhkan pasukan pengakap untuk budak-budak melayu yang tahu berbahasa Inggeris di Singapura. Negeri Melayu yang mula-mula menubuhkan pasukan pengakap ialah Pahang iaitu di Pekan, yang ditubuhkan oleh G.M. Laidlow tetapi apabila beliau meninggal dunia, maka pergerakan paengakap di situ turut terkubur. Hanya pada tahun 1927 barulah dihidupkan semula oleh H.P. Hertslet yang kemudiannya di asas pula oleh Wheeler dan Frisber dari Pejabat Pelajaran Pahang.

Di Pulau Pinang pergerakan pengakap telah di tubuhkan oleh seorang ahli pendidik yanh masyur iaitu H.R. Cheesman di Penang Free School pada tahun 1915. Cheesman telah berkhidmat selama 13 tahun dalam pergerakan pengakap di Malaya, sebagai Penolong Persuruhjaya Pengakap Malaya.

Di Perak Pengakap telah ditubuhkan pada tahun 1926, iaitu di Maktab Melayu Kuala Kangsa oleh I.R. Wheeler. Kemudian itu bayak lagi sekolah di Perak menubuhkan pasukan pengakap.

Page 5: SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP

Di Kedah, Pergerakan pengakap bermula pada tahun 1922. Peneroka pengakap di Kedah ialah E.C. Hicks, E.A.G. Stauart, R.P.S. Walker dan C.W. Bloomfield.

Di Johor, pengakap di tubuhkan pada awal tahun 1928, dengan kedatangan Cheesman dari Pulau Pinang. Kumpulan yang pertama ditubuhkan ialah di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) Johor Bharu.

Di Melaka dan Negeri Sembilan bermula pada tahun 1926 oleh Brunstone.

Di Selangor, pada tahun 1926 telah menubuhkan pergerakan pengakap dan orang yang bertanggungjawab menubuhkannya ialah Ameen Akhbar.

Ini di ikuti oleh pergerakan pengakap di Terengganu pada tahun 1927 oleh A.J. Gracie dan di Kelatan pada tahun 1927 oleh Y.M. Tengku Temenggong.Negeri yang terakhir di Semenanjung menubuhkan pergerakan pengakap ialah Perlis pada tahun 1931.

Negeri Sabah telah menubuhkan pergerakan pengakap di Sandakan pada tahun 1915.

Sementara di Sarawak ia ditubuhkan pada tahun 1913, tetapi terhenti pergerakan pengakap sehingga tahun 1930.

Sebelum merdeka Persatuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu meliputi semua negeri dengan tiap-tiap negeri sebagai satu daerah pengakap. Selepas Perang Dunia Kedua, Pergerakan Pengakap di Malaya dan Singapura dimasukkan menjadi cawangan Persatuan Pengakap Great Britain. Selepas diadakan penyusulan semula, tiap-tiap negeri menjadi persekutuan yang terdiri dari beberapa daerah. Tiap-tiap daerah ada dengan persekutuan pengakapnya. Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu menjadi ahli sepenuhnya dalam persidangan pengakap dunia. Dengan wujudnya Malaysia pada tahun 1965, namanya bertukar menjadi Persekutuan Pengakap Malaysia dan ahlinya menjadi besar kerana Sabah, Sarawak dan Singapura menjadi anggotanya. Apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada tahun 1965, Persekutuan Pengakap Singapura Berhenti menjadi cadangan Pesekutuan Pengakap Malaysia.

Rumah BP yang terletak di jalan Davidson (Jalan Hang Jebat), Kuala Lumpur ialah Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah di dirikan denga belanja $150 ribu dan telah dibuka dengan rasminya pada tahun 5 Januari 1957, sempena menyambut perayaan ulang tahun yang ke 50 pengakap dunia. Rumah BP adalah nadi pergerakan pengakap seluruh Negara. Di sinilah Ketua Pesuruhjaya Negara mengarahkan segala gerak kerja Persekutuan Pengakap Malaysia

Page 6: SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP

SEJARAH PENGAKAP SARAWAK

Sejarah Pengakap di Sarawak bermula pada tahun 1915 apabila Pengetua Sekolah Hockien Free (sekarang tapak Sekolah Rendah Chung Hua Kuching No.1), Mr. Cox, menubuhkan Kumpulan Pengakap yang pertama dengan melatih beberapa orang muridnya di dalam ilmu Pengakapan. Pada masa yang sama Mr. Currey dari S.P.G. Mission Kuching juga menubuhkan pasukannya di sekolah St. Thomas.

Cara pengelolaan Pergerakan pada masa itu juga berbeza dengan yang ada sekarang, tambahan pula Pergerakan merupakan pertubuhan bebas dan belum dikenali sepenuhnya. Segala latihan yang diadakan itu mengikut kepandaian dan pengalaman pemimpin itu sendiri berdasarkan buku yang dibawa dari England, tempat asal Pengakap. Walaupun pada mulanya jumlah Pengakap agak kecil, namun Pergerakan berjaya melangkah ke hadapan setahun demi setahun. Pada tahun 1940 Persatuan Pengakap Sarawak telah menjadi ahli cawagan Ibu Pejabat

Page 7: SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP

Pengakap Great Britain. Secara langsung Persatuan Pengakap di negeri ini mempunyai tempat untuk mendapatkan sumbangan and kemudahan yang perlu. Beberapa langkah bagi mendedahkan ilmu Pengakapan dilaksanakan termasuk Perkhemahan Ketua Patrol Pertama diadakan di Santubong pada tahun 1950. Pergerakan Pengakap di Sarawak berkembang dalam abad 50-an dan 60-an bila kerajaan kolonial memberi perhatian sepenuhnya terhadap Pergerakan sebagai satu daripada institusi latihan kanak-kanak.

Bagi menyediakan Pemimpin untuk melatih Pengakap. Kursus Manikayu Pertama telah diadakan di Santubong, Kuching pada 9-17 Ogos 1958. Pada awalnya cuma kanak-kanak dari sekitar bandar Kuching yang belajar di sekolah yang tertentu sahaja yang menjadi ahli Pengakap. Selepas tahun 50-an usaha mengembangkan Pergerakan telah dilancarkan dan bandar Miri memulakan Pergerakan Pengakap dalam tahun 1952, diikuti oleh bandar Sibu dua tahun kemudian. Gabenor British di Sarawak pada masa itu telah melantik Mr. R.H. Hickling sebagai Ketua Pesuruhjaya yang pertama. Sejak itu, perkembangan Pergerakan Pengakap mula dirasai dan pihak kerajaan kemudian telah melahirkan minat di dalam persekutuan ini dan berusaha meluaskannya ke seluruh negeri dengan bantuan Jabatan Pelajaran.

Kemudian Mr. G.W. Stevents yang didatangkan dari England dilantik sebagai PesuruhjayaPengelola untuk Sarawak, Sabah dan Brunei. Beliau ditempatkan di Jabatan Pelajaran Kuching. Perkhemahan Pengakap Berpatrol Sarawak yang pertama diadakan pada tahun 1962 di Sibu untuk mengumpulkan Pengakap dari seluruh negeri di samping memberi mereka kesempatan bergaul dan bertukar-tukar fikiran dalam hal Pengakapan. Dengan wujudnya Malaysia pada tahun 1963, Persatuan Pengakap Sarawak menarik diri sebagai cawagan Ibu Pejabat Pengakap Great Britain dan terus menjadi cawagan kepada Persekutuan Pengakap Malaysia. Dari dahulu hingga sekarang, Pergerakan Pengakap Sarawak telah secara langsung membimbing beribu-ribu ahlinya dalam ilmu Pengakapan dan setengahnya telah menjadi pemimpin dalam pelbagai bidang.

Sarawak telah menjadi tuan rumah Jambori Malaysia ke-4 pada tahun 1978, dan pada tahun 1984 Pengakap Sarawak mencatat sejarah apabila Sulaiman bin Haji Daud dilantk sebagai Ketua Pengakap Negara. Pergerakan Pengakap negeri Sarawak telah menyambut Ulang Tahun ke-80 pada 1995 ini dan pelbagai acara telah diadakan. Pengakap negeri Sarawak mempunyai 25,000 orang ahli Pengakap dari 600 kumpulan seluruh negeri, termasuk tiga kumpulan KLM (MPBL, MPR dan MPS) dan tujuh Kumpulan Kelana.