sejarah pengasas

3
SEJARAH BSMM 1. SEJARAH PENGASAS- JEAN HENRY DUNANT (1828-1910) Sejarah Palang Merah dimulakan oleh Jean Henry Dunant yang terkenal sebagai bapa Palang Merah. Beliau dilahirkan pada 8 Mei 1828, di Geneva, Switzerland. Beliau merupakan anak kepada seorang peniaga yang berjaya dan ibunya adalah seorang yang penyayang dan patuh pada agama. Beliau telah mendapat pendidikan yang baik sehinggalah beliau telah meningkat dewasa. Pada usia yang masih muda lagi, beliau telah mula patuh kepada ajaran agama dan mempunyai akhlak yang tinggi. Sejak awal usianya lagi, beliau telah terlibat dengan aktif dalam pelbagai pergerakan dengan membabitkan diri dalam aktiviti-aktiviti amal dan agama. Beliau juga bergerak aktif dalam pergerakan yang menyatukan orang-orang Kristian dan Yahudi. Beliau juga menjadi ahli sebuah organisasi yang dikenali sebagai League of Aims di Geneva. Persatuan tersebut bertujuan untuk memberi keselesaan rohani dan jasmani serta membantu penduduk-penduduk yang miskin, sakit dan juga mereka yang serba kekurangan. Beliau juga sering melawat penjara- penjara untuk berusaha membantu menukarkan sikap dan perangai para banduan. Ketika usianya mencecah 30 tahun., minat Dunant adalah lebih tertumpu kepada sekumpulan organisasi di Switzerland, France dan Belgium yang terkenal dengan nama Young Men s Christian Association (YMCA). Pada awal tahun 1853, satu pergerakan untuk menyekutukan beberapa kumpulan di Eropah menjadi sebuah organisasi, telah dimulakan. Dunant menentang rancangan tersebut dan mencadangkan sebuah gagasan sedunia termasuk YMCA di England patut diwujudkan dan tidak hanya terhad di Eropah sahaja. Hasil daripada desakan beliau, satu persidangan YMCA sedunia telah diadakan di Paris pada tahun 1855. Walaupun tumpuan beliau lebih banyak kepada aktiviti-aktiviti persatuan, namun beliau tidak hanya menghadkan aktivitinya kepada bidang tersebut sahaja. Beliau juga menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Pada tahun 1849, beliau bekerja sebagai perantis dalam sebuah bank di Geneva untuk mempelajari perniagaan bank. Hasil dari ketekunannya semasa bekerja, beliau telah diberi satu jawatan sementara sebagai pengurus besar di sebuah cawangan bank tersebut di Algeria, yang dikenali sebagai Colonies Suisses de Setif . Kemudian, beliau telah

Upload: ryannoe

Post on 16-Apr-2015

36 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Sejarah pengasas bsmm. A complete version.Mostly describe on the red crescent.

TRANSCRIPT

Page 1: sejarah pengasas

SEJARAH BSMM

1. SEJARAH PENGASAS- JEAN HENRY DUNANT (1828-1910)

Sejarah Palang Merah dimulakan oleh Jean Henry Dunant yang terkenal

sebagai bapa Palang Merah. Beliau dilahirkan pada 8 Mei 1828, di Geneva,

Switzerland. Beliau merupakan anak kepada seorang peniaga yang berjaya dan

ibunya adalah seorang yang penyayang dan patuh pada agama. Beliau telah

mendapat pendidikan yang baik sehinggalah beliau telah meningkat dewasa. Pada

usia yang masih muda lagi, beliau telah mula patuh kepada ajaran agama dan

mempunyai akhlak yang tinggi.

Sejak awal usianya lagi, beliau telah terlibat dengan aktif dalam pelbagai

pergerakan dengan membabitkan diri dalam aktiviti-aktiviti amal dan agama. Beliau

juga bergerak aktif dalam pergerakan yang menyatukan orang-orang Kristian dan

Yahudi. Beliau juga menjadi ahli sebuah organisasi yang dikenali sebagai “League of

Aims” di Geneva. Persatuan tersebut bertujuan untuk memberi keselesaan rohani

dan jasmani serta membantu penduduk-penduduk yang miskin, sakit dan juga

mereka yang serba kekurangan. Beliau juga sering melawat penjara-penjara untuk

berusaha membantu menukarkan sikap dan perangai para banduan.

Ketika usianya mencecah 30 tahun., minat Dunant adalah lebih tertumpu

kepada sekumpulan organisasi di Switzerland, France dan Belgium yang terkenal

dengan nama “Young Men’s Christian Association” (YMCA). Pada awal tahun 1853,

satu pergerakan untuk menyekutukan beberapa kumpulan di Eropah menjadi

sebuah organisasi, telah dimulakan. Dunant menentang rancangan tersebut dan

mencadangkan sebuah gagasan sedunia termasuk YMCA di England patut

diwujudkan dan tidak hanya terhad di Eropah sahaja. Hasil daripada desakan

beliau, satu persidangan YMCA sedunia telah diadakan di Paris pada tahun 1855.

Walaupun tumpuan beliau lebih banyak kepada aktiviti-aktiviti persatuan,

namun beliau tidak hanya menghadkan aktivitinya kepada bidang tersebut sahaja.

Beliau juga menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Pada tahun 1849, beliau

bekerja sebagai perantis dalam sebuah bank di Geneva untuk mempelajari

perniagaan bank. Hasil dari ketekunannya semasa bekerja, beliau telah diberi satu

jawatan sementara sebagai pengurus besar di sebuah cawangan bank tersebut di

Algeria, yang dikenali sebagai “Colonies Suisses de Setif”. Kemudian, beliau telah

berhenti bekerja dengan bank tersebut dan memulakan perniagaannya sendiri.

Page 2: sejarah pengasas

Sekitar tahun 1863 dan 1864, kerjayanya semakin meningkat ke kemuncak

kegemilangannya dan selepas itu mula menurun. Orang ramai memberi sokongan,

untuk sebuah Jawatankuasa telah ditubuhkan dan persidangan-persidangan telah

diadakan. Tetapi, dalam transformasi impiannya kepada realiti, Dunant mula

menyepikan diri dan tempatnya telah diambil alih oleh orang-orang yang lebih

praktik. Tahun 1865 dan 1866 merupakan penyertaan Dunant yang merosot dalam

pergerakan yang beliau sendiri cetuskan melalui saranannya.

Tahun 1867 merupakan tahun yang malang bagi Dunant kerana urusan

perniagaan yang diabaikannya sebelum ini, menghadapi kemerosotan. Akhirnya,

beliau terpaksa menyerahkan segala hartanya untuk melangsaikan hutang-

hutangnya. Tidak lama kemudian, beliau telah meninggalkan Geneva buat selama-

lamanya ketika beliau berusia 39 tahun.

20 tahun berikutnya, Dunant menghadapi hidup yang lebih malang kerana

beliau terpaksa bergantung hidup kepada belas kasihan sahabat-sahabatnya dan

elaun yang kecil dari keluarganya.. Namun, kadang-kala beliau akan menghadirkan

diri di kalangan orang ramai di Perancis, German, Itali dan England untuk diberi

penghormatan atas sumbangannya terhadap penubuhan Palang Merah atau

bersabit dengan projek-projek lain yang ada kaitan dengannya. Pada tahun 1887,

beliau tinggal di Hidden, Switzerland. Kemudian, pada tahun 1897, kerana gangguan

kesihatan dan keadaan usianya yang saemakin lanjut, beliau telah dimasukkan ke

hospital tempatan dan di situlah beliau tinggal selama 18 tahun.

Walau bagaimanapun, jasa beliau masih dihargai oleh orang ramai. Pada

tahun 1895, seorang wartawan muda dalam ekspidisinya di pergunungan

berdekatan Hidden, telah mendapat berita mengenai Dunant dan memohon untuk

mewawancara beliau. Bermula saat itu, dunia mengetahui bahawa Dunant masih

hidup walaupun tinggal dalam keadaan daif serta serba kekurangan. Tawaran untuk

membantu beliau semakin mencurah-curah.

Kemudian, pada tahun 1901, Jawatankuasa Nobel menganugerahkan beliau

dengan Hadiah Keamanan (Peace Prize) yang pertama, yang dikongsi bersama

dengan Frederic Passy, seorang warganegara Perancis. Pada hari Ahad, 30

Oktober 1910, Jean Henry Dunant telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di

Hidden.