mokhtaruddin lasso ejen komunis dalam pkmm·...
TRANSCRIPT
Mokhtaruddin Lasso ejen komunis dalam PKMM· , 1Atv-lW' f"\'~ Clf'>o'~"') -~ ~ -l1l"II> , r-I ,I
RAMAl yang tidak mengenali individu bernama Mokhtaruddin Lasso. Dia merupakan bekas pejuang anti-Jepun ketika tercetusnya Perang Dunia Kedua dan kemudian menjadi salah seorang pengasas Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) atau Malayan Nasionalist Party (MNP).
Matlamat utama penubuhan PKMM adalah menuntut kemerdekaan penuh bagi Ta-
nah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris. PKMM juga berusaha mengatasi masalah orang Melayu dalam bidang pelajaran, sosial dan ekonomi serta kebebasan mencetak dan bersuara.
Pada 30 November 1945, PKMM telah mengeluarkan la-
MOKHTARUDDIN pan resolusi yang di-LASSO anggap oleh pihak
kerajaan British sebagai diinspirasikan oleh rancangan 'Sembilan Perkara' Parti Komunis Malaya (PKM). '
PKMM pada mulanya tidak condong kepada komunisme. Tetapi sebaik sahaja Mokhtaruddin Lasso dilantik sebagai presidennya yang pertama pada Oktober 1946, parti ini mula dipengaruhi oleh komunis.
Mokhtaruddin dan Ahmad Boestamam adalah dua individu yang mengasaskan penubuhan PKMM. Kedua-duanya memainkan 'peranan dalam pucuk pimpinan awal parti itu:
Yang Dipertua: Mokhtaruddin Lasso Naib Yang Dipertua: Dr. Burhanuddin Helmi ' Setiausaha: Dahari Ali Bendahari: Arshad Ashaari ill lawatankuasa: Ahmad Boestamam
Sebulan selepas penubuhannya, PKMM menubuhkan beberapa cawangan di Pulau Pinang, Perlis, Selangor, Melaka dan Singapura. PKMM menyebarkan , pengaruhnya melalui akhbar-akhbar hariannya iaitu,Suara Rakyat, Pelita Malaya dan Semboyan Baharu dan terbitan bulanan iaitu majalah Berjuang dan Voice of the People.
PKMM mempunyai dua cawangan pemuda dan pemudi iaitu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang dipimpin oleh Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita Sedar (Awas) yang dipimpin oleh Shamsiah Fakeh.
, f jo
PASUKAN keselamatan British menahan seorang suspek pengganas komunis dalam gambar yang tldak bertarikh ini.
Bagaimanapun Ahmad Boestamam berjaya menjauhkan API dari KMM di bawah Mokhtaruddin Lasso dan pengaruh komunisme serta mengeluarkan manifesto yang berasingan dari PKMM.
Bagaimanapun beberapa bulan kemudian apabila Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, Dr. Burhanuddin Helmi telah mengambil alih pucuk pimpinan sebagai presidennya yang kedua.
Pada Disember 1947, PKMM bertukar lagi pucuk pimpinan dan kali ini disandang oleh Ishak Haji Muhammad sebagai presidennya yang ketiga. Dengan pertukaran pucuk-pucuk pimpinan itu PKMM tidak lagi condong kepada komunisme sebaliknya bersifat nasionalisme.
Mengimbas mengenai latar belakang pemimpin PKM ini, Mokhtaruddin dikenali sebagai Muchtar Gezar Sutan Indra Lasso @ Lang Lang Buana dilahirkan sarna ada pada tahun 1917 atau 1920 di Balai Selasa, Padang, Sumatera, Indonesia.
Dia mendapat pendidikan awal di Balai Selasa. Pad a 1933 dia menyertai Parti Republik Indonesia hasil didikan seorang bernama Dachlan.
Pad a tahun 1938, dia bekerja sebagai wartawan di sebuah syarikat penerbitan dikenali sebagai 'Persamaan' di Padang, Su-
matera. Berhijr~h ke Singapura pada tahun 1939
dan bekerJa sebagai tukang kimpal di Sungai Bidor Tin, Perak sebelum pulang ke Indonesia pad a tahun 1946 dan menghabiskan sisa hidup di Sumatera. Sewaktu di Singapura, Mokhtaruddin melapor dirinya kepada Tan Melaka, seorang komunis Indonesia yang terkenal.
Penghujung tahun 1939 ketika bekerja sebagai tukang kimpal, dia mula aktif dalam hubungan PKM dan menjadi individu penting yang mentadbir Seksyen Melayu dalam MPAJA sewaktu Perang Dunia Kedua tetcetus.
Pad a Oktober 1945 dia diarahkan oleh PKM untuk memaici<an tugas penting membentuk Parti Nasionalis Melayu (MNP) bagi menyatukan orang Melayu dalam gerakan anti-British, Dia menjadi Presiden pertama MNP,
Mokhtaruddin meninggaikan Tanah Melayu pada awal tahun 1946 kerana diburu oleh British. Dia kembali ke Indonesia dan terlibat dalam aktiviti anti-Belanda. Pad a 1 Oktober 1951, dia ditangkap oleh kerajaan Indonesia di Jakarta kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan subversif.
Mokhtaruddin dilaporkan menetap di Kampung Tambau di Tanjung Pinang di
Riau, Indonesia dan dikatakan individu yang bertanggungjawab membawa Musa Ahmad, bekas Pengerusi PKM menyertai parti itu.
Pertemuan pertama mereka berlangsung di Taman Jublee, Ipoh, Perak sekitar Ogos 1945 untuk membincangkan mengenai penyertaan PKM dalam akhbar Berita Perak yang diusahakan oleh Musa.
Mokhtaruddin yang ketika itu mengaku sebagai ketua MPAJA menyertai pentadbiran dan pengurusan Berita Perak (sebelum itu dikuasai oleh Kesatuan Melayu Muda atau KMM), yang kemudian dinamakan Suara Rakyat.
Dia membayar segala gaji, makan dan kebajikan pekerja akhbar itu. Dalam ceramah kepada pekerjanya, dia menekankan beberapa peikara antaranya semua Melayu perlu bersatu menentang penjajah, menafikan kewujudan Tuhan dan menyingkirkan golongan Melayu Kelas Tinggi termasuk sultan dengan mempe~kenalkan slogan Down with the Malay Sultans.
Mokhtaruddin kemudian mengadakan pertemuan dengan pengurusan Suara Rakyat termasuk bekas pemimpin KMM untuk menubuhkan MNP. Difahamkan PKM mempunyai kaitan dan terlibat dalam urusan dan perbelanjaan parti.