sejarah mokhtar dahari

4

Click here to load reader

Upload: fairus

Post on 10-Jun-2015

4.068 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Tokoh : Allayarham Mokhtar Dahari dan sejarah ringkas penglibatan nya

TRANSCRIPT

Page 1: sejarah mokhtar dahari

Tokoh : Allayarham

Mokhtar Dahari

Tokoh : Allayarham

Mokhtar Dahari

Siapakah Mokhtar

Dahari? Berikut

diperturunkan sedikit

maklumat yang dapat

dicari oleh pihak editor

untuk golongan muda masa kini.

BIODATA :

TARIKH LAHIR: 13 November 1953, di Setapak

ISTERI: Tengku Zarina Tengku Ibrahim

BAPA: Dahari Abeng

EMAK: Maimon Sadikin

ANAK: Mohamad Redza, Nur Azera dan Nur Arina

KELAB: Kelab Sultan Sulaiman, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS),

Talasco, Kwong Yik Bank

MULA WAKILI SELANGOR: Piala Burnley 1971

PIALA MALAYSIA: Wakili Selangor 1972

MULA WAKILI NEGARA: Pestabola Merdeka 1972

TERAKHIR WAKILI NEGARA: Pra-Piala Dunia menentang Korea Selatan di Seoul

1985

KAPS: 167

GOL PIALA MALAYSIA: 177

Page 2: sejarah mokhtar dahari

GOL ANTARABANGSA: 125

JARINGAN TERBAIK: Gol penyamaan menentang England B pada 1978

PENCAPAIAN:

Membantu Selangor memenangi Piala Malaysia 10 kali. Menang pingat gangsa

Sukan Asia 1974 di Teheran

ANUGERAH:

Olahragawan Kebangsaan 1976

FAKTA: KRONOLOGI MOKHTAR

1971: Mewakili Selangor dalam Pertandingan Piala Burnley (sekarang Piala

Razak), di Kuching, Sarawak. Perlawanan pertama menentang Kedah dan

menjaringkan gol pertamanya pada perlawanan itu.

1972: Kali pertama turun mewakili pasukan utama Selangor menentang Kelab

Hitachi dari Jepun dan perlawanan akhir pertama Piala Malaysia ialah ketika

Selangor menewaskan Perak 3-0 dengan Mokhtar menjaringkan satu gol. Mula

mewakili Malaysia di Kejohanan Belia Asia, di Bangkok.

- Kali pertama terpilih mewakili pasukan utama Malaysia ke Kejohanan Piala

Jakartaraya. Perlawanan pertama menentang Sri Lanka.

1973: Mewakili Malaysia ke pra Piala Dunia di Seoul. Kali pertama beraksi di

Pestabola Merdeka menentang Kuwait pada perlawanan akhir. Malaysia menang

3-1 dan Mokhtar jaringkan dua gol.

1974: Mencipta gol terbanyak dalam satu perlawanan antarabangsa apabila

menjaringkan lima gol ketika menentang Filipina di Sukan Asia Teheran.

1975: Mewakili negara menentang Arsenal. Malaysia menang 2-0. Mokhtar

menjaringkan kedua-dua gol itu.

1976: Mendapat kaps Malaysia ke-100 ketika menentang Jepun di Pestabola

Merdeka.

1977: Mendapat Anugerah Olahragawan Kebangsaan 1976.

1980: Kembali beraksi di Pestabola Merdeka dan membawa negara muncul naib

juara selepas tewas kepada Maghribi di final. Membawa negara meraih pingat

emas Sukan Sea pertama apabila menewaskan Thailand 2-0 pada perlawanan

Page 3: sejarah mokhtar dahari

akhir. Mokhtar menjaringkan 1 gol.

1978: Menjaringkan gol penyamaan ketika menentang England `B'. Perlawanan

berkesudahan seri 1-1.

1979: Kali pertama dipilih menjadi ketua pasukan Piala Malaysia Selangor

(menentang Tentera) apabila Soh Chin Aun enggan meneruskan tugas itu.

Mengakhiri zaman bujang selepas berkahwin dengan Tengku Zarina Tengku

Ibrahim. Mempertahankan pingat emas Sukan Sea dengan mengalahkan

Indonesia 1-0 menerusi jaringan gol tunggal. - Mengumumkan persaraan arena

bola sepak antarabangsa.

1981: Menerima kad merah pertama dan terakhir dalam kariernya ketika

menentang Singapura (Piala Malaysia). Pengadil `bersejarah' itu ialah Othman

Omar. Mewakili negara ke pra Piala Dunia di Kuwait. Malaysia dikecam kerana

gagal. Mokhtar mengumumkan persaraannya bagi kali kedua.

1982: Mengetuai Pilihan Selangor menentang Boca Juniors yang diketuai Diego

Maradona.

1985: Kembali menyarung jersi negara ke pertandingan pra Piala Dunia di Seoul

menentang Korea Selatan. Malaysia tewas 0-2 dan Mokhtar mengumumkan

persaraannya bagi kali ketiga dan terakhir.

1986: Memimpin Selangor menjadi juara Piala Malaysia dan muncul sebagai

`Pemain Terbaik Perlawanan Akhir'. Mengumumkan persaraan peringkat negeri

dan menghadiahkan jersi `keramat' nombor 10 kepada Raja Muda Selangor.

1987: Menarik balik persaraannya untuk mewakili Selangor semusim lagi.

1988: Menyertai Kwong Yik Bank dan membawa kelab itu menjadi juara Liga

Selangor. Khabar angin bertiup Mokhtar mengidap penyakit ganjil.

1989: Disahkan mengidap penyakit Mascular Dystrophy. - berlepas ke London

untuk mendapat rawatan lanjut. Pulang ke tanah air tanpa sebarang perubahan.

1990: Keadaan Mokhtar semakin buruk.

1991: Meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang pada Khamis, 11 Julai jam

8.25 pagi.