mohammad zulfakhairi mokhtar

20
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 64 PENGARUH FAKTOR KEPATUHAN AGAMA TERHADAP NIAT UNTUK BERWAKAF TUNAI DALAM KALANGAN STAF MUSLIM UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) 1 Mohammad Zulfakhairi Mokthar 2 Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang Email: [email protected] Abstrak Wakaf tunai telah bermula di Pulau Pinang sejak tahun 1994 dengan menawarkan skim yang pelbagai dan sepatutnya mampu menarik penyertaan masyarakat Muslim di Pulau Pinang untuk berwakaf tunai. Walau bagaimanapun, sehingga tahun 2014, jumlah kutipan dana wakaf tunai oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) menunjukkan jumlah yang tidak konsisten setiap tahun iaitu tinggi dan rendah mengikut tahun yang berbeza. Walau bagaimanapun, bermula tahun 2007 kutipan dana wakaf tunai mengalami peningkatan yang konsisten. Keadaan ini menimbulkan persoalan mengapa bermula pada tahun 2007 jumlah kutipan dana mula menunjukkan peningkatan? adakah peningkatan tersebut disebabkan oleh keputusan persidangan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke 77 yang bersidang pada 10 hingga 12 April 2007 di Kuala Terengganu memutuskan bahawa hukum wakaf tunai adalah harus? Oleh itu, adakah faktor kepatuhan agama mempengaruhi niat untuk berwakaf tunai? Bagi menjawab persoalan tersebut, kajian ini dilakukan berdasarkan tiga objektif. Pertama mengenal pasti persepsi staf Muslim USM terhadap faktor kepatuhan agama dalam mempengaruhi niat untuk berwakaf tunai. Kedua menganalisis pengaruh faktor kepatuhan agama terhadap niat untuk berwakaf tunai dan ketiga merumuskan hubungan faktor kepatuhan agama terhadap niat untuk berwakaf tunai. Data diperoleh daripada 323 orang responden dan dianalisis secara kuantitatif menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) yang melibatkan analisis statistik deskriptif dan statistik inferensi. Kajian ini menemukan bahawa staf Muslim USM berpersepsi positif terhadap faktor kepatuhan agama dan faktor kepatuhan agama juga menunjukkan hubungan yang signifikan dengan niat untuk berwakaf tunai. Penemuan ini merumuskan bahawa faktor kepatuhan agama adalah perkara yang dipertimbangkan oleh Muslim dan mempengaruhi niat untuk melakukan sesuatu tingkah laku. Secara tidak langsung, usaha untuk meningkatkan penyertaan dalam skim dana wakaf tunai Pulau Pinang perlulah dilakukan dengan juga menekankan aspek agama dalam usaha promosi dan sebagainya. Kata kunci: Faktor Kepatuhan Agama, Niat, Wakaf Tunai, Staf Muslim USM 1 Kertas kerja dibentangkan di The 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) anjuran bersama Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia dan Institu Pengajian Siswazah Universiti Sains Malaysia pada 8 th 9 th Disember 2015 di Dewan Persidangan Universiti, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. 2 Mohammad Zulfakhairi Mokthar ialah calon ijazah Doktor Falsafah Pengurusan Pembangunan Wakaf, Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Upload: idmac2015

Post on 13-Jan-2017

232 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mohammad Zulfakhairi Mokhtar

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 64

PENGARUH FAKTOR KEPATUHAN AGAMA TERHADAP NIAT UNTUK

BERWAKAF TUNAI DALAM KALANGAN STAF MUSLIM UNIVERSITI

SAINS MALAYSIA (USM)1

Mohammad Zulfakhairi Mokthar2

Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)

Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang

Email: [email protected]

Abstrak

Wakaf tunai telah bermula di Pulau Pinang sejak tahun 1994 dengan menawarkan

skim yang pelbagai dan sepatutnya mampu menarik penyertaan masyarakat Muslim

di Pulau Pinang untuk berwakaf tunai. Walau bagaimanapun, sehingga tahun 2014,

jumlah kutipan dana wakaf tunai oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang

(MAINPP) menunjukkan jumlah yang tidak konsisten setiap tahun iaitu tinggi dan

rendah mengikut tahun yang berbeza. Walau bagaimanapun, bermula tahun 2007

kutipan dana wakaf tunai mengalami peningkatan yang konsisten. Keadaan ini

menimbulkan persoalan mengapa bermula pada tahun 2007 jumlah kutipan dana

mula menunjukkan peningkatan? adakah peningkatan tersebut disebabkan oleh

keputusan persidangan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia

kali ke 77 yang bersidang pada 10 hingga 12 April 2007 di Kuala Terengganu

memutuskan bahawa hukum wakaf tunai adalah harus? Oleh itu, adakah faktor

kepatuhan agama mempengaruhi niat untuk berwakaf tunai? Bagi menjawab

persoalan tersebut, kajian ini dilakukan berdasarkan tiga objektif. Pertama mengenal

pasti persepsi staf Muslim USM terhadap faktor kepatuhan agama dalam

mempengaruhi niat untuk berwakaf tunai. Kedua menganalisis pengaruh faktor

kepatuhan agama terhadap niat untuk berwakaf tunai dan ketiga merumuskan

hubungan faktor kepatuhan agama terhadap niat untuk berwakaf tunai. Data

diperoleh daripada 323 orang responden dan dianalisis secara kuantitatif

menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) yang melibatkan

analisis statistik deskriptif dan statistik inferensi. Kajian ini menemukan bahawa staf

Muslim USM berpersepsi positif terhadap faktor kepatuhan agama dan faktor

kepatuhan agama juga menunjukkan hubungan yang signifikan dengan niat untuk

berwakaf tunai. Penemuan ini merumuskan bahawa faktor kepatuhan agama adalah

perkara yang dipertimbangkan oleh Muslim dan mempengaruhi niat untuk

melakukan sesuatu tingkah laku. Secara tidak langsung, usaha untuk meningkatkan

penyertaan dalam skim dana wakaf tunai Pulau Pinang perlulah dilakukan dengan

juga menekankan aspek agama dalam usaha promosi dan sebagainya.

Kata kunci: Faktor Kepatuhan Agama, Niat, Wakaf Tunai, Staf Muslim USM

1 Kertas kerja dibentangkan di The 9th ISDEV International Islamic Development Management

Conference (IDMAC2015) anjuran bersama Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)

Universiti Sains Malaysia dan Institu Pengajian Siswazah Universiti Sains Malaysia pada 8th

– 9th

Disember 2015 di Dewan Persidangan Universiti, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. 2 Mohammad Zulfakhairi Mokthar ialah calon ijazah Doktor Falsafah Pengurusan Pembangunan

Wakaf, Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Page 2: Mohammad Zulfakhairi Mokhtar

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 65

PENDAHULUAN

Pada masa kini, selain daripada berwakaf dalam bentuk harta kekal seperti tanah dan

bangunan, wakaf juga telah mula dikumpulkan dalam bentuk dana iaitu suatu

kumpulan wang yang dikumpulkan untuk tujuan wakaf atas maksud kebajikan sama

ada berbentuk umum mahupun khusus mengikut hukum syarak iaitu melibatkan

pewakafan harta alih berbentuk tunai (wakaf tunai). Oleh itu, kebanyakan Majlis

Agama Islam Negeri di Malaysia telah mengaplikasikan wakaf tunai sejak tahun

1959 lagi (Siti Mashitoh Mahamood, 2007).

Aplikasi wakaf tunai di Pulau Pinang pula telah bermula sejak tahun 1994. Walaupun

bermula agak awal, perkembangan wakaf tunai di Pulau Pinang masih pada tahap

yang rendah dan tidak konsisten iaitu tinggi pada masa-masa tertentu sahaja

(Mohammad Salleh Abdullah, 2009). Jumlah kutipan dana wakaf tunai Pulau Pinang

ditunjukkan dalam Jadual 1 dan Rajah 1

Jadual 1: Jumlah Kutipan Dana Wakaf Tunai dari Tahun 2012 – 2014

Tahun Jumlah Dana Terkumpul (RM)

2002 7,350.00

2003 34,118.39

2004 5,306.12

2005 464,148.76

2006 37,608.65

2007 13,671.65

2008 51,177.23

2009 76,169.00

2010 112,586.91

2011 120,427.44

2012 104,770.29

2013 127,377.00

2014 230,173.95

Berdasarkan Jadual 1 dan Rajah 1, jumlah kutipan dana wakaf tunai dari tahun 2002

sehingga tahun 2007 menunjukkan corak kutipan yang tidak konsisten. Walau

bagaimanapun, bermula tahun 2008 sehinggalah ke tahun 2014 corak kutipan dana

wakaf tunai Pulau Pinang mula menunjukkan perkembangan yang semakin baik.

Page 3: Mohammad Zulfakhairi Mokhtar

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 66

Rajah 1: Jumlah Kutipan Dana Wakaf Tunai daripada Tahun 2002 -2014

Perkembangan yang semakin baik dalam jumlah kutipan dana wakaf tunai Pulau

Pinang menimbulkan persoalan yang menarik untuk dikaji terutama dalam aspek

penyertaan dalam wakaf tunai. Mengapa keadaan kutipan dana wakaf tunai sebelum

tahun 2008 berada dalam keadaan yang tidak konsisten sedangkan bermula tahun

2008 perkembangan tersebut menjadi bertambah baik. Sebelum tahun 2007, berlaku

perbezaan pendapat dalam kalangan Majlis Agama Islam negeri terhadap amalan

wakaf tunai. Namun pada tahun 2007, Persidangan Majlis Kebangsaan Bagi Hal

Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-77 telah memutuskan bahawa hukum wakaf

tunai adalah harus. Selepas tahun 2007, secara tidak langsung berlaku peningkatan

dalam kutipan dana wakaf tunai oleh MAINPP. Fenomena ini mencetuskan

persoalan adakah faktor kepatuhan agama mempunyai pengaruh terhadap niat untuk

berwakaf tunai? Atau adakah terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi niat

untuk berwakaf tunai tersebut sama ada faktor intrinsik (kafahaman, murah hati dan

kewangan) atau faktor ekstrinsik (penyampaian perkhidmatan dan pengesyoran)?

Jika terdapat faktor lain yang mempengaruhi niat untuk berwakaf tunai, adakah

faktor kepatuhan agama mempunyai pengaruh yang lebih kuat.

Bagi menjawab persoalan tersebut, kertas kerja ini ditulis untuk mencapai beberapa

tujuan. Pertama mengenal pasti persepsi staf Muslim USM terhadap faktor kepatuhan

agama dalam mempengaruhi niat untuk berwakaf tunai. Kedua, menganalisis

pengaruh kepatuhan agama terhadap niat untuk berwakaf tunai dan ketiga

merumuskan pengaruh kepatuhan agama terhadap niat untuk berwakaf tunai. Kertas

kerja ini menjadikan staf Muslim USM sebagai sampel kajian untuk mewakili

penduduk Pulau Pinang atas beberapa justifikasi berikut. Pertama, mempunyai

kepelbagaian demografi sama ada dalam aspek lokasi tempat tinggal dan tahap

pendidikan. Kedua, sebagai staf di sebuah institusi pengajian tinggi diharapkan

responden mempunyai pengetahuan yang minimum tentang wakaf tunai.

SOROTAN KARYA

Page 4: Mohammad Zulfakhairi Mokhtar

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 67

Kertas kerja ini telah menyorot beberapa karya dan kajian yang dibahagikan kepada

tiga tema iaitu kepatuhan agama, faktor intrinsik dan faktor ekstrinsik.

Kepatuhan Agama

Menurut Shafiq Falah Alwneh (2009:220), motivasi asas dalam Islam ialah Iman.

Antara fungsi Iman adalah untuk mencetuskan tingkah laku, mengekalkan tingkah

laku juga mentafsirkan segala tingkah laku daripada sebarang tingkah laku yang

tidak baik yang mana Iman mempunyai asas yang sangat kuat dalam menentukan

arah, mendidik dan mempengaruhi kehidupan. Mustapha Achoui (2009:67) juga

menyokong bahawa dimensi psikologi perlu diperkembangkan dengan mengambil

kira dimensi keimanan atau kepercayaan yang mampu merealisasikan fungsi niat

sebagai penentu ganjaran yang diterima seseorang jika bertingkah laku dalam

keadaan tertentu.

Aspek kepatuhan agama dalam tingkah laku telah dilakukan oleh ramai pengkaji.

Edmundson (1986) menemukan bahawa di antara 47 hingga 70 peratus sumbangan

amal di Amerika Syarikat telah disumbangkan kepada gereja atau organisasi agama.

Anggaran 70 peratus ini didapati pada tahun 1985 berdasarkan kajian yang dilakukan

oleh Yankelovich, Skelly dan White yang merumuskan bahawa rasa beragama boleh

digunakan oleh pihak pengurusan amal untuk mempengaruhi pemberian amal.

Halfpenny dan Saxon-Harold (1990) di Britain pula juga melaporkan penemuan yang

sama dari tahun 1988 sehingga 1989 melalui Charity Household Survey yang

menunjukkan bahawa responden yang mementingkan agama akan menyumbang

dalam jumlah yang besar. Begitu juga Natsuko Higa (2011) yang melihat hubungan

ekonomi, agama dan amalan menderma di Tongga menemukan bahawa individu di

Tongga menderma kerana mematuhi gereja dan untuk memenuhi keperluan komuniti

yang menjadi keutamaan dalam masyarakat.

Oleh itu, beberapa siri kajian lain telah dilakukan dengan memasukkan pengaruh

agama sebagai salah satu penentu terhadap tingkah laku menderma antaranya oleh

Hiewu, Tungshan dan Osborne (2011) yang mengkaji perbandingan faktor agama

dan kewangan dalam mempengaruhi tingkah laku menderma di Taiwan menemukan

faktor agama mempunyai pengaruh yang kuat terhadap kecenderungan menderma

berbanding faktor kewangan serta terdapat perbezaan dalam agama yang dianuti

dengan tingkah laku menderma. Opoku (2012) juga menemukan faktor agama adalah

signifikan terhadap tingkah laku menderma di samping terdapat perbezaan antara

jantina dalam pemberian amal dalam kalangan komuniti muda di Arab Saudi. Lwin,

Phau dan Lim (2013) yang mengkaji tingkah laku pemberian amal di Brunei

menemukan faktor agama yang menunjukkan hubungan yang kuat dalam meramal

tingkah laku menderma. Ibrahim Sulaiman (2013) pula menemukan perkara

sebaliknya apabila kedua-dua faktor iaitu agama dan demografi tidak menunjukkan

perbezaan dalam tingkah laku menderma dalam kalangan masyarakat di Arab Saudi.

Hasil kajian ini bertentangan dengan penemuan kajian-kajian yang dilakukan

sebelum ini. Walau bagaimanapun, Teah, Lwin dan Cheah (2014) pula mendapati

bahawa faktor kepercayaan agama menjadi moderator kepada sikap terhadap

pemberian amal dan motivasi untuk menderma terhadap tingkah laku menderma.

Page 5: Mohammad Zulfakhairi Mokhtar

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 68

Dalam konteks wakaf tunai pula, kajian yang dilakukan oleh Amirul Faiz Osman

(2015) pula menemukan elemen keagamaan yang kurang mempengaruhi niat untuk

berwakaf tunai apabila berpengaruh pada kadar 10 peratus darjah signifikan.

Faktor Intrinsik

Faktor intrinsik ialah faktor yang wujud dari dalam diri seseorang seperti sikap,

kebiasaan dan kemahuan. Faktor ini melibatkan pemerhatian terhadap sesuatu

rangsangan yang diterima oleh pancaindera dan sangat dipengaruhi oleh aspek

biologi, fisiologi serta faktor-faktor sosiobudaya seperti jantina, agama, tahap

pendidikan, pekerjaan, status sosial dan sebagainya (Blackwell, Miniard, & Engel,

2006). Dalam kajian ini sorotan faktor intrinsik dilakukan terhadap dimensi

kefahaman, murah hati dan kewangan.

(a) Kefahaman

Al-Ghazali (1980:17) menyatakan bahawa manusia tidak akan berkehendakkan

sesuatu yang tidak diketahuinya. Oleh itu, dengan adanya ilmu maka kehendak akan

muncul dipengaruhi pengetahuan seseorang tentang sesuatu. Pernyataan ini jelas

menunjukkan bahawa kefahaman atau pengetahuan menjadi faktor penting dalam

menentukan niat dalam tingkah laku.

Aspek kefahaman juga disentuh oleh Shafiq Falah Alwneh (2009:219) yang

menyatakan bahawa manusia dikurniakan akal untuk berfikir dan belajar. Daripada

akal tersebut manusia memperoleh pengetahuan tentang dirinya dan alam sekeliling.

Berdasarkan pengetahuan tersebut manusia akan berinteraksi dengan kebebasan

untuk memilih yang dilakukan terhadap pelbagai alternatif. Apabila manusia

mempunyai pengetahuan maka manusia akan mempunyai kebebasan untuk memilih

(free will).

Kefahaman berkait rapat dengan tahap pendidikan dan beberapa kajian yang

dilakukan menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara pemberian derma dengan

tahap pendidikan. Contohnya Eisenberg dan Miller (1987) menemukan individu

yang berpendidikan tinggi lebih cenderung untuk menderma. begitu juga Tiehen

(2001) yang mendapati hubungan signifikan pendidikan dan pemberian derma

apabila golongan tersebut merasa tanggungjawab untuk menyumbang kepada

masyarakat.

(b) Murah hati

Faktor pemurah (altruism) merupakan satu sifat kebaikan yang tidak bersyarat iaitu

memberikan bantuan tidak disebabkan oleh balasan yang akan diterima daripada

perbuatan baik tersebut (Fehr & Schmidt, 2006). Faktor ini telah lama digunakan

dalam kajian lazim terutama dalam mengkaji pemberian wang. Menurut Smith,

Kehoe dan Cremer (1995)3 model pemurah mempunyai pengaruh yang kuat dalam

3 Dipetik daripada Croson (2006)

Page 6: Mohammad Zulfakhairi Mokhtar

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 69

menerangkan tingkah laku perekonomian dalam pelbagai perkara termasuk

sumbangan amal dan tingkah laku sukarela.

Walau bagaimanapun model pemurah ini menerima kritikan terutamanya oleh

Andreoni (1990) yang menyatakan bahawa model pemurah mempunyai kuasa

peramal yang lemah kerana pemurah mungkin dipengaruhi oleh perkara-perkara lain

iaitu murah hati bersyarat (impure altruism). Namun, konsep pemurah ini, dirujuk

sebagai konsep tanggungjawab individu (moral norm) dalam teori perlakuan

terancang. Menurut Gorsuch and Ortberg (1983)4 norma moral mampu

mempengaruhi niat secara langsung begitu juga Burgoyne, Young dan Waker

(2005) yang menyatakan bahawa rasa tanggungjawab peribadi merupakan sebab

yang kuat dalam pemberian amal kerana pemberian amal adalah salah satu tingkah

laku yang melibatkan komponen moral.

(c) Kewangan

Terdapat beberapa pengkaji yang melihat kepada faktor kewangan dan pendapatan

sebagai faktor yang mempengaruhi niat menderma antaranya ialah Jencks (1987) dan

Kitchen dan Dalton (1990). Drollingger (1998) pula telah menyatakan bahawa faktor

pendapatan mempengaruhi seseorang untuk menderma. Selain itu, Smith dan

McSweeny (2007) dan Katharina, Grohs dan Eckler (2002) menemukan bahawa

semakin meningkat umur dan juga pendapatan maka semakin meningkat niat untuk

menderma. Kebanyakan pengkaji bersetuju bahawa faktor kewangan dan pendapatan

bukanlah faktor tunggal yang mempengaruhi niat menderma dan terdapat faktor-

faktor lain yang juga mempengaruhi niat menderma.

Faktor Ekstrinsik

Faktor ekstrinsik ialah faktor luaran daripada individu yang merangkumi rangsangan

itu sendiri sama ada sosial atau fizikal (Blackwell, Miniard, & Engel, 2006). Dalam

kertas kerja ini, dua dimensi yang mewakili konstruk ekstrinsik ialah dimensi

penyampaian perkhidmatan dan dimensi pengesyoran.

(a) Penyampaian perkhidmatan

Menurut Harvey (1990) kejayaan organisasi bukan perniagaan ini bergantung kepada

tiga dimensi iaitu pengurusan organisasi, perkhidmatan yang disediakan dan aktiviti

sokongan yang berkaitan. Pernyataan ini disokong oleh beberapa pengkaji antaranya

Srnka, Grohs, dan Eckler (2002) yang menyatakan bahawa kecenderungan individu

untuk menderma meningkat sekiranya mereka mendapat manfaat daripada

perkhidmatan yang disediakan oleh pihak institusi amal.

Ram Arifin Saad, Zainol Bidin, Kamil Md Idris dan Md Hairi Md Hussain (2010)

juga menyatakan bahawa pihak pejabat zakat perlu menyediakan pelbagai

kemudahan untuk memudahkan pembayaran zakat di samping bantuan khidmat

nasihat yang berterusan untuk mendorong pembentukan tanggapan yang positif yang

dapat meningkatkan niat untuk membayar zakat. Selain itu kajian yang dijalankan

4 Dipetik daripada Van Der Linden (2011)

Page 7: Mohammad Zulfakhairi Mokhtar

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 70

oleh Bank Negara Malaysia (2003)5 telah mengenal pasti bahawa faktor

perkhidmatan yang baik mempengaruhi pemilihan pengguna terhadap bank. Kamil

Md Idris (2002) pula melihat kepada kepentingan kualiti perkhidmatan yang

disediakan oleh Baitulmal dalam membentuk persepsi masyarakat. Pihak Baitulmal

telah disarankan agar memperbaiki persepsi masyarakat terhadap kualiti

perkhidmatannya di samping mengkaji semula strategi promosi zakat.

(b) Pengesyoran

Menurut Yasien Mohamed (2009:244) terdapat dua faktor luaran yang

mempengaruhi tingkah laku manusia. Pertama pendorong perolehan yang diterima

melalui persekitaran sosial dan budaya seseorang. Pendorong perolehan sebenarnya

wujud dalam diri manusia dan atas pengaruh-pengaruh tertentu pendorong perolehan

ini akan mempengaruhi tingkah laku. Contohnya kenapa manusia mementingkan

harta kerana persekitaran sosial dan budaya menyatakan bahawa harta sangat penting

untuk meneruskan hidup maka manusia akan bertingkah laku untuk mengumpulkan

harta. Kedua pendorong persaingan yang diperoleh manusia melalui pendidikan dan

bergantung kepada tanggapan masyarakat terhadap apa yang betul atau salah.

Faktor pengesyoran atau norma sosial dalam teori tindakan beralasan telah terbukti

mempengaruhi tingkah laku menderma antaranya yang ditemukan oleh Smith dan

McSweeney (2007), Knowles, Hyde dan White (2012), Van Der Linden (2011) dan

Muhammad Kashif, Syamsulang Sarifuddin dan Azizah Hassan (2015).

Kebanyakan kajian yang dilakukan menunjukkan hubungan yang signifikan antara

faktor agama dan dimensi-dimensi lain dengan tingkah laku amal. Walaupun sorotan

karya menunjukkan hubungan signifikan kepatuhan agama terhadap niat untuk

menderma namun aplikasi dalam tingkah laku berwakaf tunai menunjukkan hasil

yang berbeza iaitu Amirul Faiz Osman (2015) menemukan hubungan signifikan yang

lemah faktor agama terhadap niat untuk berwakaf tunai. Oleh itu, kajian ini cuba

meneroka pengaruh faktor agama terhadap niat untuk berwakaf tunai bersama

dengan kesemua dimensi yang dibincangkan sebelum ini. Hal ini bertujuan untuk

melihat pengaruh kepatuhan agama berbanding faktor lain terhadap niat untuk

berwakaf tunai dalam kalangan Staf Muslim USM. Kajian ini adalah berbeza dengan

kajian-kajian yang telah disoroti kerana melibatkan pengujian faktor kepatuhan

agama bersama faktor-faktor yang lain untuk menunjukkan kekuatan pengaruh

kepatuhan agama berbanding faktor yang lain dalam suatu model.

METODOLOGI

Kajian ini dilakukan ke atas staf Muslim USM di Kampus Induk, Pulau Pinang.

Pensampelan dilakukan secara rawak ke atas 323 orang staf Muslim daripada 46

Pusat Tanggungjawab dalam Kampus Induk USM. Saiz sampel ini berpandukan

kepada jadual saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970). Data dianalisis menggunakan

analisis statistik inferensi melalui ujian regresi berganda.

5 Dipetik daripada Juniza Mohamad Jamari (2012)

Page 8: Mohammad Zulfakhairi Mokhtar

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 71

MAKLUMAT ASAS RESPONDEN

Maklumat responden dalam kajian ini adalah seperti berikut:

Jadual 2: Profil Demografi Responden (n=323)

Profil Responden Bilangan Peratusan (%)

Jantina

Lelaki

Perempuan

Jumlah

Umur

18 – 24

25 – 29

30 – 34

35 – 39

40 – 44

45 – 59

50 – 54

55 ke atas

Jumlah

Status perkahwinan

Bujang

Berkahwin

Bercerai hidup

Bercerai mati

Jumlah

Tahap pendidikan

LCE/SRP/PMR dan ke bawah

MCE/SPM

STPM/STAM

Diploma

Ijazah sarjana muda

Ijazah sarjana /PhD

Lain-lain

Jumlah

Pendidikan agama tidak formal

121

202

323

14

53

93

49

36

27

37

14

323

71

242

10

0

323

4

108

6

76

53

76

0

323

37.5

62.5

100

4.3

16.4

28.8

15.2

11.1

8.4

11.5

4.3

100

22.0

74.9

3.2

0

100

1.2

33.4

1.9

23.5

16.4

23.5

0

100

Page 9: Mohammad Zulfakhairi Mokhtar

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 72

Ceramah dan kuliah agama

Media cetak (buku/majalah/surat khabar)

Media elektronik (TV/radio)

Internet

Perbincangan kumpulan (usrah)

Kaset/CD/VCD/DVD

Lain-lain

Jumlah

Bilangan isi rumah

1

2

3

4

5

6

7

8

9

Jumlah

Jawatan

Staf akademik

Pegawai

Staf sokongan

Jumlah

Pendapatan

RM1000 – RM2000

RM2001 – RM3000

RM3001 – RM4000

RM4001 – RM5000

RM5001 – RM6000

RM6001 – RM7000

RM7001 ke atas

Jumlah

Jumlah Keseluruhan

114

48

67

92

0

2

0

0

323

9

29

74

82

82

35

4

6

2

323

74

47

202

323

88

99

46

15

27

32

16

323

323

35.3

14.9

20.7

28.5

0

0.6

0

0

100

2.8

9.0

22.9

25.4

25.4

10.8

1.2

1.9

0.6

100

22.9

14.6

62.5

100

27.2

30.7

14.2

4.6

8.4

9.9

5.0

100

100

Sumber: Analisis bahagian demografi soal selidik responden

Jadual 2 menunjukkan bilangan responden lelaki adalah seramai 121 (37.5%) orang

manakala responden perempuan pula seramai 202 (62.5%) orang yang diperoleh

daripada beberapa PTJ dalam Kampus Induk USM. Responden dalam kajian ini juga

terdiri daripada pelbagai peringkat umur iaitu staf yang berumur dalam lingkungan

18-24 tahun seramai (n=14; 4.3%), lingkungan umur 25-29 tahun seramai (n=53;

16.4%), lingkungan umur 30-34 tahun seramai (n=93; 28.8%), lingkungan umur 35-

Page 10: Mohammad Zulfakhairi Mokhtar

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 73

39 tahun seramai (n=49; 15.2%), lingkungan umur 40-44 tahun seramai (n=36;

11.1%), lingkungan umur 45-49 tahun seramai (n=27; 8.4%), lingkungan umur 50-54

tahun seramai (n=37; 11.5%) dan lingkungan umur 55 tahun ke atas seramai (n=14;

4.3%). Kelompok umur paling ramai terlibat dalam kajian ini ialah staf yang

berumur di antara 30-35 tahun. Hal ini demikian kerana kelompok umur ini

merupakan kelompok umur yang paling ramai bertugas di USM. Bagi status

perkahwinan pula, data menunjukkan bahawa majoriti staf Muslim USM telah

berkahwin iaitu dengan (n=242; 74.9%) berbanding yang belum berkahwin (n=71%;

22.0%) dan bercerai hidup (n=10; 3.1%). Hal ini berkaitan dengan umur responden

iaitu kebanyakan responden berumur 25 tahun dan ke atas lebih banyak berbanding

staf yang berumur bawah 25 tahun.

Daripada segi kelayakan pendidikan, majoriti staf mempunyai pendidikan tahap

MCE/SPM (n=108; 33.4%). Hal ini kerana nisbah bilangan staf sokongan yang lebih

ramai berbanding staf akademik dan pegawai iaitu (n=202; 62.5%). Staf yang

memiliki diploma juga agak ramai (n=76; 23.5%). Begitu juga dengan staf yang

memiliki kelulusan sarjana atau PhD seramai (n=76; 23.5%). Diikuti oleh staf yang

memiliki ijazah sarjana muda seramai (n=53; 16.4%). Data juga menunjukkan

bahawa staf Muslim USM paling sedikit mempunyai kelayakan LCE/SRP/PMR dan

STPM/STAM iaitu masing-masing seramai (n=4; 1.2%) dan (n=6; 1.9%). Tahap

pendidikan yang dimiliki oleh staf Muslim USM ini adalah sesuai berdasarkan

jawatan yang dikaji dalam kajian ini iaitu staf akademik, pegawai dan staf sokongan.

Dalam mendapatkan pendidikan agama secara tidak formal, staf Muslim USM

kebanyakannya memilih ceramah atau kuliah agama iaitu seramai (n=114; 35.3%)

dikuti melalui internet seramai (n=92; 28.5%), media elektronik seramai (n=67;

20.7%), media cetak seramai (n=48; 14.9%) dan kaset/CD/VCD/DVD seramai (n=2;

0.6%). Keadaan ini menunjukkan bahawa staf Muslim USM mempunyai kesedaran

meningkatkan pengetahuan agama mereka.

Dari aspek bilangan tanggungan pula, bilangan tanggungan paling sedikit ialah 1

orang (n:9; 2.8%) manakala bilangan tanggungan paling ramai ialah 9 orang (n=2;

0.6%). Walau bagaimanapun, responden yang mempunyai bilangan tanggungan

seramai 4 dan 5 orang adalah paling ramai dalam kajian ini iaitu masing-masing

dengan (n=82; 25.4%). Bilangan responden berdasarkan jawatan pula menunjukkan

bahawa seramai (n=202; 62.5%) merupakan staf sokongan manakala (n=47; 14.6%)

adalah pegawai dan (n=74; 22.9%) adalah staf akademik.

Berdasarkan pendapatan, majoriti staf Muslim USM mendapat pendapatan bulanan

dalam lingkungan RM2001-RM3000 iaitu seramai (n=99; 30.7%) begitu juga dengan

pendapatan sebanyak RM1000-RM2000 seramai (n=88; 27.2%) dan pendapatan

sebanyak RM3001-4000 seramai (n=46; 14.2%). Kebanyakan staf mendapat

pendapatan paling ramai dalam ketiga-tiga kelompok pendapatan ini berkaitan

dengan bilangan staf sokongan yang lebih ramai serta kelayakan pendidikan

MCE/SPM juga lebih ramai. Manakala staf yang mendapat pendapatan RM4001-

RM5000 adalah seramai (n=15; 4.6%), pendapatan RM5001-RM6000 seramai

(n=27; 8.4%), pendapatan RM6001-7000 seramai (n=32; 9.9%) dan pendapatan lebih

daripada RM7001 seramai (n=16; 5.0%). Staf yang mendapat pendapatan bulanan

Page 11: Mohammad Zulfakhairi Mokhtar

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 74

dalam empat kumpulan pendapatan ini adalah terdiri daripada pegawai dan staf

akademik. Kepelbagaian responden daripada pelbagai faktor demografi yang

diperoleh dalam kajian ini telah mewujudkan pengaruh yang berbeza terhadap niat

untuk berwakaf tunai.

PENEMUAN KAJIAN

Analisis Persepsi Staf Muslim Usm Terhadap Faktor Kepatuhan Agama

Penilaian persepsi faktor kepatuhan agama dilakukan untuk melihat tanggapan staf

Muslim USM terhadap faktor kepatuhan agama yang mempengaruhi niat untuk

berwakaf tunai.

Jadual 3: Persepsi staf Muslim USM terhadap item-item kepatuhan agama

No. Faktor Item Min (M)

Sisihan

Piawai

(SP)

1 Kepatuhan

Agama

Ketaatan kepada suruhan Allah SWT

mempengaruhi niat saya untuk

berwakaf tunai

5.50 0.632

Aqidah saya mempengaruhi niat saya

untuk berwakaf tunai 5.40 0.624

Ibadat wajib dan sunat yang saya

lakukan pada setiap hari

mempengaruhi niat saya untuk

berwakaf tunai

5.30 0.681

Keimanan saya kepada Allah SWT

mempengaruhi niat saya untuk

berwakaf tunai

5.38 0.678

Sedekah yang saya berikan

mempengaruhi niat saya untuk

berwakaf tunai

5.34 0.710

Zakat yang saya keluarkan

mempengaruhi niat saya untuk

berwakaf tunai

5.35 0.690

Jadual 3 menunjukkan min responden daripada item-item dalam faktor kepatuhan

agama terhadap niat untuk berwakaf tunai yang terdiri daripada enam item. Secara

keseluruhan staf Muslim USM bersetuju bahawa faktor kepatuhan agama

mempengaruhi niat untuk berwakaf tunai berdasarkan item-item yang mencatatkan

skor min lebih daripada lima menunjukkan bahawa kesemua item tersebut menerima

persepsi yang positif. Ketaatan kepada suruhan Allah SWT mencatat skor min

tertinggi (M=5.50, SP=0.632) menunjukkan bahawa majoriti staf Muslim USM

Page 12: Mohammad Zulfakhairi Mokhtar

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 75

menganggap bahawa ketaatan kepada Allah SWT mempengaruhi niat untuk

berwakaf tunai.

Analisis Perbezaan Persepsi Staf Muslim Usm Terhadap Faktor Kepatuhan

Agama Berdasarkan Jantina

Analisis perbezaan persepsi staf Muslim USM terhadap faktor kepatuhan agama

berdasarkan jantina dinyatakan dalam Jadual 4. Ujian-t digunakan untuk analisis

berdasarkan jantina.

Jadual 4 Ujian-t perbezaan persepsi staf Muslim terhadap faktor-faktor

mempengaruhi niat untuk berwakaf tunai berdasarkan jantina

Jantina Min (M) Sisihan Piawai

(SP) Nilai F Sig.

Lelaki 32.7025 3.49439 1.344 .073

Perempuan 31.9950 3.37904

Jadual 4 menunjukkan skor min dan sisihan piawai bagi lelaki (M=32.7025,

SP=3.49439) dan perempuan (M=31.9950, SP=3.37904). Jadual ini juga

menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam persepsi staf

Muslim USM mengikut jantina terhadap faktor kepatuhan agama berdasarkan nilai P

= 0.073 adalah besar daripada nilai P jadual pada tingkat kepercayaan 5 peratus.

Analisis Faktor Kepatuhan Agama Yang Mempengaruhi Niat Untuk Berwakaf

Tunai Dalam Kalangan Staf Muslim Usm

Dalam bahagian ini, analisis akan dilakukan untuk mengenal pasti pengaruh

kepatuhan agama terhadap niat untuk berwakaf tunai. Bagi mengenal pasti sebarang

perubahan atau pengaruh faktor tersebut terhadap niat untuk berwakaf tunai analisis

regresi telah digunakan.

Sebelum analisis regresi dapat dijalankan, beberapa andaian yang menjadi pra-syarat

ujian ini perlu dipatuhi terlebih dahulu. Andai-andaian tersebut merangkumi saiz

sampel yang mencukupi, ketiadaan data terpencil, ketidakwujudan masalah

multikolenearan dan singulariti, dan taburan normal serta linear.

Saiz sampel yang mencukupi ditentukan berdasarkan jadual yang dilakukan oleh

Krejcie dan Morgan (1970). Populasi dalam kajian ini adalah seramai 3851 orang

maka jumlah sampel yang sesuai adalah lebih daripada 300 orang dan sampel dalam

kajian ini adalah 323 orang. Oleh itu, pra-syarat saiz sampel yang mencukupi telah

dipenuhi.

Page 13: Mohammad Zulfakhairi Mokhtar

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 76

Ketiadaan data terpencil dikenal pasti melalui plot taburan (scatterplot). Ketiadaan

data terpencil menurut Tabachnick dan Fidel (2007) merujuk kepada kes yang

mempunyai reja seragam (standardised residual) melebihi 3.3 ataupun kurang

daripada -3.3 yang dapat diperhatikan melalui plot taburan. Berdasarkan plot taburan,

(scatterplot) terdapat kes yang dikategorikan sebagai data terpencil. Namun, keadaan

data sedemikian masih dikekalkan kerana bilangannya terlalu kecil dan dibenarkan

oleh Pallant (2007:157).

Masalah multikolinearan merujuk kepada korelasi yang tinggi antara pemboleh ubah-

pemboleh ubah bebas yang boleh menyebabkan masalah singulariti. Kewujudan

kedua-dua masalah ini akan menjejaskan ketepatan menjelaskan hubungan antara

pemboleh ubah-pemboleh ubah tidak bersandar dan pemboleh ubah bersandar.

Masalah ini dapat dikesan melalui ujian collenearity diagnostics. Nilai tolerance

hendaklah berada dalam lingkungan 0.00 hingga 1.00 dan vilai VIF (varian inflation

factor) pula hendaklah kurang daripada 10. Nilai tolerance yang menghampiri 0.00

menunjukkan wujudnya masalah multikolinearan. Hasil ujian collinearity diagnostic

ditunjukkan dalam Jadual 2.

Jadual 5: Hasil ujian collinearity diagnostic

Faktor Statistik Kolineariti

Tolerance VIF

Kepatuhan Agama 0.568 1.760

Intrinsik 0.402 2.864

Ekstrinsik 0.601 1.665

Dimensi Statistik Kolineariti

Tolerance VIF

Kepatuhan Agama 0.540 1.853

Kefahaman 0.368 2.716

Murah Hati 0.568 1.708

Kewangan 0.577 1.733

Penyampaian Perkhidmatan 0.793 1.262

Pengesyoran 0.509 1.964

Berdasarkan Jadual 5, kesemua nilai tolerance bagi setiap pemboleh ubah tidak

bersandar berada dalam lingkungan 0.00 hingga 1.00 dan nilai VIF kurang daripada

10. Hal ini bermakna tidak terdapat masalah multikolinearan dan singulariti berlaku.

Bagi normaliti, lineariti dan hemodekasiti, penelitian dilakukan melalui penghasilan

graf plot normal regresi (regression normal plot) dan plot taburan reja (residual

scatter plot) seperti dalam paparan rajah 5.1.

Page 14: Mohammad Zulfakhairi Mokhtar

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 77

Rajah 2: Graf plot normal regresi

Berdasarkan Rajah 2, data graf plot normal regresi menunjukkan sebahagian besar

data yang dikumpulkan daripada responden bertaburan di atas garisan lurus dari

bahagian bawah sebelah kiri hingga ke bahagian atas sebelah kanan. Keadaan ini

menunjukkan tiada lencongan besar daripada normaliti (Coakes, 2005). Rajah 3 pula

menunjukkan graf plot taburan reja yang memperlihatkan kebanyakan skor tertumpu

di tengah dan bertentangan dengan skala titik 0. Oleh itu, kedua-dua graf pada Rajah

2 dan Rajah 3 menunjukkan bahawa skor ujian ini bertaburan normal, linear dan

mempunyai kesamaan varian (homodekasiti)

Rajah 3: Graf plot taburan reja

Page 15: Mohammad Zulfakhairi Mokhtar

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 78

Hal ini membuktikan tiada masalah multikoleneariti dalam analisis regresi berganda

dan analisis regresi berganda ini boleh dilakukan.

Jadual 6: Pengaruh faktor kepatuhan agama terhadap niat untuk berwakaf

tunai

Pembolehubah bersandar: Niat berwakaf tunai

Sumber: Data primer diolah, 2014

Jadual 6 menunjukkan faktor kepatuhan agama, yang diuji bersama faktor intrinsik

dan faktor ekstrinsik secara serentak mempunyai 48.2% variasi yang dapat dijelaskan

oleh ketiga-tiga faktor (R2=0.482) dan bakinya sebanyak 51.8% dipengaruhi faktor

lain selain faktor-faktor tersebut.

Jika dilihat secara berasingan pula, faktor intrinsik dan faktor ekstrinsik mempunyai

pengaruh yang signifikan terhadap niat untuk berwakaf tunai kerana t statistik lebih

besar daripada t jadual pada tahap kepercayaan 5 peratus. Faktor kepatuhan agama

juga signifikan mempengaruhi niat untuk berwakaf tunai tetapi pada tahap

kepercayaan 10 peratus. Hal ini menunjukkan bahawa faktor intrinsik dan faktor

ekstrinsik adalah lebih dominan dalam mempengaruhi niat untuk berwakaf tunai

berbanding faktor kepatuhan agama kerana mempunyai nilai tahap kepercayaan yang

lebih tinggi dan nilai koeffisien piawai (Beta) yang lebih besar.

Analisis Dimensi Kepatuhan Agama Yang Mempengaruhi Niat Untuk

Berwakaf Tunai Dalam Kalangan Staf Muslim Usm

Dalam bahagian ini, analisis akan dilakukan untuk mengenal pasti pengaruh dimensi

kepatuhan agama terhadap niat untuk berwakaf tunai. Bagi mengenal pasti sebarang

perubahan atau pengaruh dimensi kepatuhan agama terhadap niat untuk berwakaf

tunai analisis regresi telah dilakukan bersama dengan dimensi daripada faktor-faktor

lain.

Jadual 7: Pengaruh dimensi kepatuhan agama terhadap niat untuk berwakaf

tunai

Model

Unstandardized

Coefficients

Standardized

Coefficients t Sig. R

2 F

Kolineariti

B Std.

Error Beta Tolerance VIF

(Constant) -.246 .325 -.756 .450 0.482 98.786

Kepatuhan

agama .124 .071 .094 1.760 .079 .568 1.760

Intrinsik .553 .090 .392 6.170 .000 .402 2.864

Ekstrinsik .368 .062 .309 5.935 .000 .601 1.665

Model

Unstandardized

Coefficients

Standardized

Coefficients t Sig. R

2 F Kolineariti

Page 16: Mohammad Zulfakhairi Mokhtar

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 79

Pembolehubah bersandar: Niat berwakaf tunai

Sumber: Data primer diolah, 2014

Ujian regresi dimensi menunjukkan terdapat sebanyak 51.4% variasi (R2

= 0.514)

dapat dijelaskan oleh keenam-enam dimensi manakala 48.6% tidak dapat dijelaskan.

Jadual 7 menunjukkan dimensi kepatuhan agama berhubungan signifikan

mempengaruhi niat untuk berwakaf tunai kerana t-statistik 1.316 lebih besar daripada

t jadual pada tahap kepercayaan 10 peratus. Dapatan ini selari dengan penemuan

Amirul Faiz Osman (2015) yang juga menemukan hubungan signifikan keagamaan

dengan niat berwakaf tunai pada tahap kepercayaan 10 peratus.

Walaupun begitu, kepatuhan agama bukanlah dimensi dominan mempengaruhi niat

untuk berwakaf tunai kerana dimensi kefahaman, pengesyoran, murah hati dan

penyampaian perkhidmatan berhubungan signifikan pada tahap kepercayaan 5

peratus juga mempunyai nilai koeffisien piawai (Beta) yang lebih besar. Manakala

dimensi kewangan didapati tidak mempengaruhi niat untuk berwakaf tunai dalam

kalangan staf Muslim USM.

KESIMPULAN

Berdasarkan hasil ujian regresi berganda, faktor kepatuhan agama mempunyai

pengaruh signifikan yang lemah berbanding faktor lain terhadap niat untuk berwakaf

tunai dalam kalangan staf Muslim USM. Penemuan ini berbeza dengan analisis

persepsi yang menunjukkan penerimaan yang sangat positif staf Muslim USM

terhadap faktor kepatuhan agama. Hal ini kerana analisis persepsi terhad kepada

andaian manakala analisis regresi mengukur hubungan antara pemboleh ubah

bersandar dan pemboleh ubah tidak bersandar.

B Std.

Error Beta Tolerance VIF

(Constant) -.176 .331 -.531 .595 0.514 55.644

Kepatuhan

agama .093 .071 .070 1.316 .189 .540 1.853

Kefahaman .379 .078 .314 4.861 .000 .368 2.716

Murah Hati .149 .064 .120 2.332 .020 .586 1.708

Kewangan .060 0.65 .047 .918 .395 .577 1.733

Penyampaian

Perkhidmatan .054 0.28 .084 1.902 .058 .793 1.262

Pengesyoran .308 0.62 .271 4.936 .000 .509 1.964

Page 17: Mohammad Zulfakhairi Mokhtar

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 80

Berpandukan kepada hasil analisis, faktor kepatuhan agama perlu dipertimbangkan

sebagai salah satu faktor yang mempengaruhi niat untuk berwakaf tunai di Pulau

Pinang. Oleh itu, dalam merancang aktiviti meningkatkan kutipan dana wakaf tunai

di Pulau Pinang dimensi-dimensi kefahaman, pengesyoran, murah hati, penyampaian

perkhidmatan dan kepatuhan agama perlu diberikan perhatian. Dicadangkan juga

pada masa hadapan agar kajian ini dilakukan menerusi responden yang telah

berwakaf tunai bagai menilai faktor sebenar yang mempengaruhi niat untuk

berwakaf tunai dan bukan lagi terhad kepada persepsi.

BIBLIOGRAFI

Ahmad Azrin Adnan. (2010). Penentu Pemilihan Institusi Perbankan Islam Dalam

Kalangan Muslim di Terengganu. Tesis Ijazah Doktor Falsafah Universiti

Sains Malaysia (USM). Tidak Diterbitkan.

Al-Ghazali. (1980). Jiwa agama: Imam al-Ghazali, Jilid 8, Terjemahan Professor

TK. H. Ismail dan Yakub SH-MA. Indonesia: Penerbit Perc. Menara Kudus.

Amirul Faiz Osman, Sheila Nu Nu Htay dan Mustafa Omar Muhammad. (2012).

Determinants cash waqf giving in malaysia: Survey of selected works.

Workshop Antarabangsa Pembangunan Berteraskan Islam (WAPI-5), 10

April 2012, Medan, Indonesia. Tidak Diterbitkan.

Amirul Faiz Osman. (2015). An Analysis of Cash Waqf Participation Among Young

Intellectuals. Istanbul 9th International Academic Conference. 13 – 14 April

2014.

Anwar Allah Pithcay, Ahamed Kameel Mydin Meera & Muhammad Yusof Saleem.

(2015). Factors Influencing the Behavioral Intentions of Muslim Employees to

Contribute to Cas-Waqf Through Salary Deductions. JKAU: Islamic Econ,

28(1), 63-98. Doi:10.4197/Islec. 28-1.3

Andreoni, J. (1990). Impure Altruism and Donations to Public Goods: A Theory of

Warm-Glow Giving. Economic Journal, 100(401), 464-477.

Blackwell, R.D., Miniard, P.W., & Engel, J.F. (2006). Consumer Behavior. 10th

Edition : USA: Southern Western.

Burgoyne, C.B., Young, B., & Waker, C.M. (2005). Deciding to Give to Charity: A

Focus Group Study in the Context of the Household Economy. Journal of

Community & Applied Social Psychology, 15(5), 385-405.

Coakes, S.J. (2005). SPSS Version 12.0 for Windows Analysis without Anguish.

Australia: National Library of Australia.

Crosson, R.T.A. (2006). Theories of Commitment, Altruism and Reciprocity:

Evidence from Linear Public Goods Games.

Dalfiza Mohd Yusof. (2013). Faktor-Faktor Penerimaan Pembiayaan Perumahan

Musharakah Mutanaqisah dalam Kalangan Pengguna Muslim Terengganu

Selatan. Disertasi Sarjana Sains Kemasyarakatan (Pengurusan Pembangunan

Islam). Universiti Sains Malaysia (USM). Tidak Diterbitkan.

Drollinger. (1998). A Multidisciplinary Model of Monetary Donation to Charitable

Organisations. Dissertation Abstract International: Section B: The Science and

Engineering Volume: 59.

Edmundson, B. (1986). "Who gives to charity?” American Demographics, pp. 45-49.

Page 18: Mohammad Zulfakhairi Mokhtar

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 81

Eisenberg, N., & Miller, P. A. (1987). The Relation of Empathy to Pro social and

Related Behaviours, Psychological Bulletin 101(1): 91-119.

Fehr, E., & Schmidt, K.M. (2006). The economics of fairness, reciprocity and

altruism – experimental evidence and new theories dalam Handbook of the

Economics of Giving, Altruism and Reciprocity, diedit oleh Serge-Christophe

Kolm dan Jean Mercier Ythier. Volume 1. DOI: 10.1016/S1574-

0714(06)01008-6

Harvey, J.W. (1990). The Fundraising Product: Implications for Market Positioning

dalam Journal of Professional Services Marketing, 5:2

Halfpenny, P., & Saxon-Harrold, S. (1990). The charity household survey, 1988-89.

Tonbridge: Charities Aid Foundation

Hiewu. S., Tungshan, C., & Osborne, P.G. (2011). When Financial Information

Meets Religion: Charitable-Giving Behavior in Taiwan. Journal of Social

Behaviour and Personality, 39(8), 1009-1020.

Ho, E.L. (2012). A Study of the Relationship Between Indicators and Public

Donation Intention in Penang: A Perspective of Planned Behavior Theory with

Inclusion of Some Cognitive Factors. Tesis Sarjana Pentadbiran Perniagaan

Universiti Sains Malaysia (USM). Tidak Diterbitkan.

Ibrahim Sulaiman Alhidari. (2013). Investigating Individuals’ Monetary Donation

Behaviour in Saudi Arabia. Tesis Ijazah Doktor Falsafah Marketing & Strategy

Section Cardif Business School, Cardiff University.

Jencks, C. (1987) ‘Who gives to what?’ dalam W.W. Powell (ed) The Nonprofit

Sector: A Research Handbook, New Haven: Yale University Press.

Juniza Mohamad Jamari. (2012). Sambutan Pelajar Muslim Universiti Sains

Malaysia (USM) Terhadap Takaful Hayat. Disertasi Sarjana Sains

Kemasyarakatan (Pengurusan Pembangunan Islam) Universiti Sains Malaysia

(USM). Tidak Diterbitkan

Katharina J. Srnka, Grohs, R., &Eckler, I. (2002). Increasing Fundraising Efficiency

by Segmenting Donors.

Kamil Md. Idris. (2002). Gelagat Kepatuhan Zakat Pendatapan Gaji di Kalangan

Kakitangan Awam Persekutuan Negeri Kedah. Tesis Doktor Falsafah,

Universiti Utara Malaysia (UUM). Tidak Diterbitkan.

Krejcie, R.V., & Morgan, D.W. (1970). Determining Sample Size for Research

Activities. Educational and Psychological Measurement.

Kitchen, H. & Dalton R. (1990), “Determinants of Charitable Donation by Families

in Canada: A Regional Analysis”, Applied Economics 22(3): 285-299.

Knowles, S.R., Hyde M.K., & White, K.M. (2012). Predictors of Young People’s

Charitable Intentions to Donate Money: An Extended Theory Of Planned

Behavior Perspective. Journal of Applied Social Psychology, 42(9), (2096-

2110).

Muhammad Kashif, Syamsulang Sarifuddin dan Azizah Hassan. (2015). Charity

Donation: Intention and Behaviour dalam Marketing Intelligence & Planning,

33:1

Krejcie, R.V., & Morgan, D.W. (1970). Determining Sample Size for Research

Activities. Educational and Psychological Measurement

Ludis, S. K. (2009). Prospek Wakaf Tunai dalam Pembinaan Ekonomi Islam di

Indonesia. Kerta kerja dibentangkan di International Graduate Workshop

INGRAW09),Universiti Sains Malaysia.

Page 19: Mohammad Zulfakhairi Mokhtar

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 82

Michael Lwin, Ian Phau & Aaron Lim. (2013). Charitable Donations: eEmpirical

Evidence from Brunei. Asia Pacific Journal of Business Administration. Vol 5,

no 3, pp 215-223. DOI 10.1108/APJBA-12-2012-0081

Min Teah & Michael Lwin & Isaac Cheah. (2014). Moderating Role of Religious

Beliefs on Attitudes Towards Charities and Motivation to Donate. Asia Pacific

Journal of Marketing and Logistics. Vol 26, no 5, pp 738-760. DOI

10.1108/APJML-09-2014-0141

Muhammad Salleh Abdullah. (2009). Eksistensi Wakaf Tunai di Pulau Pinang: Satu

Analisis Mengenai Potensi dan Mobilisasi Dana untuk Pembangunan Ekonomi

Umat Islam. kertas kerja dibentangkan di International GraduateWorkshop

(INGRAW09), Universiti Sains Malaysia.

Mohd Asyraf, Yusof, Ridhwan Ab. Aziz dan Fuadah Johari. (2013), The

Relationship between Level of Income and Willingness of Muslim Community

to Contribute for Islamic Waqf Bank. Kertas Kerja dibentangkan di The 5th

Islamic Economic Sytem Conference (Iecons 2013). Berjaya Times Square

Hotel, Kuala Lumpur.

Mohd Daud Awang. (2007). Kefahaman Masyarakat Islam Terhadap Sistem

Perbankan Islam: Kajian di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Tesis

Doktor Falsafah. Universiti Malaya Tidak Diterbitkan.

Mohammad Zulfakhairi Bin Mokthar. (2015). Konsep Niat dalam Tingkah Laku

Berteraskan Islam dan Faktor-Faktor Mempengaruhi Niat untuk Berwakaf

Tunai Dalam Kalangan Staf Muslim Universiti Sains Malaysia (USM).

Disertasi Sarjana Sains Kemasyarakatan (Pengurusan Pembangunan Islam)

Universiti Sains Malaysia (USM). Tidak Diterbitkan

Mustapha Achoui. (2009). Human Nature from a Comparative Psychological

Perspective. Psychology of Personality: Islamic Perspective (4, 61-90).

Cengage Learning.

Natsuko Higa. (2011). "Economic, Religious, and Social Practice of Giving: A

Microanalysis of Donating in the Kingdom of Tonga" dalam The Economics of

Religion: Anthropological Approaches. Research in Economic Anthropology,

Volume 31, 241–263. doi:10.1108/S0190-1281(2011)0000031013

Nursalam & Afendi. (2008). Pendidikan dalam Keperawatan. Indonesia: Salemba

Medika.

Opoku, R.A. (2012). Examining the Motivational Factors Behind Charitable Giving

among Young People in a Prominent Islamic Country. International Journal of

Nonprofit and Voluntary Sector Marketing. 18, (172-186).

Pallant, J. (2007), SPSS Survival Manual. NSW: Alleb & Unwin.

Rahmatina Awaliah Kasri. (2011). Giving Behaviors in Indonesia: Motives and

Marketing Implications for Islamic Charities. Journal of Islamic Marketing,

4(3), 306 – 324.

Razali Othman. (2013). Institusi Wakaf: Sejarah dan Amalan Masa Kini. Kuala

Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ram Arifin Saad, Zainol Bidin, Kamil Md Idris dan Md Hairi Md Hussain. (2010).

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Kepatuhan Zakat Perniagaan.

Jurnal Pengurusan 30, (49-61).

Siti Mashitoh Mahamood. (2007), Pembentukan Dana Wakaf Menurut Perspektif

Syariah dan Undang-Undang serta Aplikasinya di Malaysia. Jurnal Syariah,

(15:2), (61-83).

Page 20: Mohammad Zulfakhairi Mokhtar

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 83

Shafiq Falah Alawneh. (2009). Human Motivation: An Islamic Perspective.

Psychology of Personality: Islamic Perspective (11, 211-234). Cengage

Learning.

Smith, J.R., & McSweeny, A. (2007). Charitable Giving: The Effectiveness of a

Revised Theory of Planned Behaviour Model in Predicting Donating Intentions

and Behaviour. Journal of Community & Applied Social Psychology, 17, 363-

386.

Srnka, K.J., Grohs, R., & Eckler, I. (2002). Increasing Fundraising Efficiency by

Segmenting Donors.

Tabachnick, B.G, & Fidell, L.S. (2001). Using Multivariate Statistic (ED ke-4).

Boston: Allyn and Bacon.

Tiehen, L. (2001), “Tax Policy and Charitable Contributions of Money”, National

Tax Journal 54(4): 707-823.

Van Der Linden, S. (2011). Charitable Intent: A Moral or Social Construct? A

Revised Theory of Planned Behavior Model. Curr Psychol. (30), (355-374).

Yasien Mohamed (2009). The Drives of Human Behavior in the Qur’an. Psychology

of Personality: Islamic Perspective (12, 235-256). Cengage Learning.

Zainol Bidin. (2008). Faktor-Faktor Penentu Niat Gelagat Kepatuhan

Zakat.Pendapatan Gaji. Tesis Ijazah Doktor Falsafah Universiti Utara

Malaysia. Tidak Diterbitkan