sejarah kadazan

3
Sabah merupakan sebuah negeri yang terkenal dengan kebudayaan yang pelbagai. Sabah yang juga dikenali sebagai negeri di Bawah Bayu atau Land belw the wind” mempunyai keluasan 73.711 kilometer persegi terletak di Utara Pulau Borneo ( Ismail Bungsu,1988). Sabah mempunyai lebih kurang 30 kumpulan etnik dengan tidak kurang 50 kumpulan bahasa dan 90 dialek, yang mana lebih 30 daripada bahasa itu dimiliki oleh kaum bumiputera seperti Murut, Bajau, Rungus lotud dan Sungai. Kaum Kadazan-Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah. Kaum ini juga dikenali sebagai "Momogun" atau "Mamasok" yang masing-masingnya bermaksud "orang 0kebudayaan dan adat resam tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus [1] ,Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya. Pada mulanya Tun Fuad Stephens, Huguan Siou (Pemimpin Agung) pertama Kadazan [2] , mencadangkan istilah Kadazan digunakan bagi menyatukan 14 suku kaum yang berkongsi kumpulan bahasa bagi memberikan mereka suara yang lebih besar. Ini dipersetujui oleh ramai, tetapi sesetengah orang Dusun mahukan atonomi lebih besar, dengan itu istilah Kadazan-Dusun dipilih sebagai tolak-ansur. Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun yang merupakan satu pertiga dari penduduk Sabah. Suku kaum Dusun yang tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau adalah petani tradisi yang menanam padi sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan sungai. Mereka kebanyakan bertempat di sekelilingi kawasan lembah pantai barat dan kawasan pendalaman.

Upload: clarence-anthonius

Post on 29-Jul-2015

43 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah kadazan

Sabah merupakan sebuah negeri yang terkenal dengan kebudayaan yang pelbagai.

Sabah yang juga dikenali sebagai negeri di Bawah Bayu atau Land belw the wind”

mempunyai keluasan 73.711 kilometer persegi terletak di Utara Pulau Borneo

( Ismail Bungsu,1988). Sabah mempunyai lebih kurang 30 kumpulan etnik dengan

tidak kurang 50 kumpulan bahasa dan 90 dialek, yang mana lebih 30 daripada

bahasa itu dimiliki oleh kaum bumiputera seperti Murut, Bajau, Rungus lotud dan

Sungai.

Kaum Kadazan-Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar

di Sabah. Kaum ini juga dikenali sebagai "Momogun" atau "Mamasok" yang masing-

masingnya bermaksud "orang 0kebudayaan dan adat resam tradisional. Terdapat

27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun

Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun

Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus[1],Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo,

dan sebagainya.

Pada mulanya Tun Fuad Stephens, Huguan Siou (Pemimpin Agung) pertama

Kadazan[2], mencadangkan istilah Kadazan digunakan bagi menyatukan 14 suku

kaum yang berkongsi kumpulan bahasa bagi memberikan mereka suara yang lebih

besar. Ini dipersetujui oleh ramai, tetapi sesetengah orang Dusun mahukan atonomi

lebih besar, dengan itu istilah Kadazan-Dusun dipilih sebagai tolak-ansur.

Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun yang merupakan satu

pertiga dari penduduk Sabah. Suku kaum Dusun yang tinggal di pantai barat seperti

Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di

lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau adalah petani tradisi yang

menanam padi sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu serta

menangkap ikan sungai. Mereka kebanyakan bertempat di sekelilingi kawasan

lembah pantai barat dan kawasan pendalaman.

Lazimnya masyarakat daripada subetnik yang disebut di atas adalah berasal

(mendiami) daripada kawasan-kawasan (daerah) tertentu umpamanya Kimaragang

di daerah Kota Marudu, Lotud di daerah Tuaran, Orang Sungai di daerah

Kinabatangan, Sugut, Paitan dan Pitas. Kebanyakan orang Kadazan-Dusun

menganuti agama Kristian. Bagi Orang Sungai yang tinggal di daerah Pitas, mereka

menganut agama Islam manakala daerah-daerah lain seperti Kinabatangan

Page 2: Sejarah kadazan

(Tongod) dan Paitan, Orang Sungai beragama Islam dan Kristian. Masyarakat Lotud

(Suang Lotud) turut mendiami kawasan Pantai Barat Selatan negeri Sabah

terutamanya Tuaran, Tamparuli, Telipok dan dan sedikit di Kota Belud (Tempasuk).

Mereka hidup secara kolektif dengan mendiami rumah panjang yang

mengumpulkan beberapa keluarga, iaitu antara 150 - 200 orang. Walau

bagaimanapun, pada masa kini, rumah panjang jarang dilihat dalam etnik ini.

Kebanyakannya telah mengalami pembangunan fizikal dan mental.

Istilah Kadazan-Dusun ini wujud dari hasil penggabungan

etnik Kadazan dan Dusun serta beberapa etnik kecil lain. Penggabungan ini adalah

akibat pertelingkahan politik. Lagipun, perbezaan antara kaum Kadazan dan Dusun

tidaklah begitu berbeza dan kasar.Beza antara bahasa Kadazan dan Dusun ialah

seperti bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia.

Rujukan

Ismaily Bungsu (1988), Beberapa Muzik Sabah. Kota Kinabalu:Jabatan Cetak Kerajaan

Datuk Liew Sak Siong, Pencetak Kerajaan Negeri Sabah.