sejarah fuad 2015

20
PENGENALAN Penjajahan di Tanah Melayu yang bermula secara rasminya pada tahun 1511 oleh Portugis yang ditamatkan oleh British pada tahun 1957 telah meninggalkan impak yang sangat besar dengan mewujudkan polarisasi antara kaum. Perasaan ingin bebas dibelenggui penjajahan, telah terpendam di hati orang Melayu sejak tiupan semangat kemerdekaan di Indonesia serta rasa curiga atas dasar pintu terbuka yang diamalkan oleh penjajah British ketika itu. Terutamanya, zaman penjajahan Jepun telah memainkan peranan yang amat mustahak dalam membangkitkan semangat nasionalis dalam kalangan rakyat tempatan pada ketika itu. Penjajahan Jepun di Tanah Melayu merupakan satu turutan pertempuran yang singkat tetapi sengit dan merupakan satu detik perubahan antara pemerintahan daripada orang putih kepada pemerintah Jepun . Ini merupakan konsep baru yang tidak pernah terlintas dalam pemikiran orang-orang Melayu umum iaitu pemerintahan oleh bangsa lain selain daripada mereka yang berkulit putih sebelum ini. Selain pemerintahan Jepun, cadangan penubuhan Malayan Union juga telah menyemarakkan lagi kesedaran nasionalis dalam diri setiap jiwa yang ingin mendapatkan kebebasan daripada penjajah. Malayan Union adalah kesatuan yang ingin diwujudkan oleh kerajaan British untuk mentadbir negeri- negeri di Tanah Melayu. Menurut kerajaan British, Malayan Union adalah persedian kepada orang Melayu untuk berkerajaan sendiri. Kerajaan British telah bercadang mengisytiharkan Malayan Union pada 1 April 1946. Penubuhan Malayan Union telah mendapat tentangan daripada orang

Upload: matangpaku

Post on 16-Jan-2016

26 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sejarah

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Fuad 2015

PENGENALAN

Penjajahan di Tanah Melayu yang bermula secara rasminya pada tahun 1511

oleh Portugis yang ditamatkan oleh British pada tahun 1957 telah meninggalkan impak

yang sangat besar dengan mewujudkan polarisasi antara kaum. Perasaan ingin bebas

dibelenggui penjajahan, telah terpendam di hati orang Melayu sejak tiupan semangat

kemerdekaan di Indonesia serta rasa curiga atas dasar pintu terbuka yang diamalkan

oleh penjajah British ketika itu.

Terutamanya, zaman penjajahan Jepun telah memainkan peranan yang amat

mustahak dalam membangkitkan semangat

nasionalis dalam kalangan rakyat tempatan

pada ketika itu. Penjajahan Jepun di Tanah

Melayu  merupakan satu turutan

pertempuran yang singkat tetapi sengit dan

merupakan satu detik perubahan antara

pemerintahan daripada orang putih kepada

pemerintah Jepun. Ini merupakan konsep

baru yang tidak pernah terlintas dalam

pemikiran orang-orang  Melayu umum iaitu pemerintahan oleh bangsa lain selain

daripada mereka yang berkulit putih sebelum ini.

Selain pemerintahan Jepun, cadangan penubuhan Malayan Union juga telah

menyemarakkan lagi kesedaran nasionalis dalam diri setiap jiwa yang ingin

mendapatkan kebebasan daripada penjajah. Malayan Union adalah kesatuan yang

ingin diwujudkan oleh kerajaan British untuk

mentadbir negeri-negeri di Tanah Melayu.

Menurut kerajaan British, Malayan Union adalah

persedian kepada orang Melayu untuk

berkerajaan sendiri. Kerajaan British telah

bercadang mengisytiharkan Malayan Union

pada 1 April 1946. Penubuhan Malayan Union

telah mendapat tentangan daripada orang

Page 2: Sejarah Fuad 2015

Melayu. Maka secara rasminya mulalah kebangkitan daripada rakyat tempatan untuk

menentang kuasa asing serta langkah-langkah ke arah bekerajaan sendiri untuk

mendapatkan kemerdekaan.

PENYATAAN MASALAH

Semangat perjuangan untuk memperoleh kebebasan daripada penjajahan atas

wujudnya semangat cinta dan taat setia kepada tanah air. Perjuangan ini juga

ditakrifkan satu gerakan dan tindak balas rakyat terhadap ketidak adilan pemerintahan

dari segi politik ekonomi dan social. Secara umumnya, faktor-faktor kemunculan

perjuangan menuntut kemerdekaan ialah atas dasar penjajahan barat, pengaruh

agama, kemunculan karya sastera, sistem pendidikan, kemunculan golongan

intelektual, pengaruh media massa, sistem pengangkutan dan perhubungan dan

pengaruh luar. 

Pendudukan Jepun dan juga cadangan penubuhan Malayan Union menjadi dua

sebab yang sangat penting dalam sejarah Tanah Melayu untuk membangkitkan

semangat perjuangan menuntut kemerdekaan dalam kalangan rakyat. Hal ini dikatakan

demikian kerana walaupun pada awal zaman penjajahan semangat ini ditonjolkan oleh

pejuang-pejuang nasionalis seperti Rentap, Mat Salleh, Dol Said, Tok Janggut tetapi

perjuangan tersebut hanya bersifat setempat. Gerakan perjuangan pada tahap pertama

ini hanya menekankan penuntutan mengembalikan hak serta membaiki taraf hidup

rakyat. Gerakan perjuangan menuntut kemerdekaan pada tahap kedua di Tanah

Melayu iaitu selepas zaman penjajahan Jepun dan juga selepas cadangan penubuhan

Malayan Union, bersifat lebih radikal. Para pemimpin dan juga pejuang dalam gerakan

kedua ini menuntut kemerdekaan dan ingin membentuk kerajaan sendiri yang

berdaulat.

Seterusnya , pendudukan Jepun serta cadangan penubuhan Malayan Union

sebagai satu entiti politik baru di Tanah Melayu yang tidak disegani oleh masyarakat

tempatan telah membangkitkan satu kesedaran kenegaraan dalam kalangan

masyarakat pelbagai kaum di Tanah Melayu.

Page 3: Sejarah Fuad 2015

Lantaran itu, kajian kes ini menumpukan perbincangan kepada reaksi penduduk

Tanah Melayu terhadap perjuangan dalam menuntut kemerdekaan. Di mana terdapat

pelbagai reaksi yang timbul lantaran daripada dasar kontroversi British. Rata-rata orang

Melayu menentang contohnya Malayan Union walaupun terdapat segelintir yang

menyokongnya.

KAJIAN LITERATUR

Dalam kajian mengenai Pasir Salak Abdullah Zakaria ( 1977) ada menyatakan

semangat orang Melayu bertambah dan sukar dibendung kerana penentangan

terhadap penjajah. Ini dibuktikan apabila mereka merancang dan dalam mesyuarat di

Pasir Panjang pada 28 Oktober 1875 mereka yang hadir bersetuju J.W.W Birch

dibunuh ketika melaksanakan tugasnya di Pasir Salak. Dan ini dibuktikan apabila

J.W.W Birch tiba pada 1 November 1975, dan keesokan paginya beliau dibunuh oleh

penduduk Pasir Salak. Ini menunjukkan sudah wujud penentangan dikalangan orang

Melayu terhadap penjajah.

Perjuangan orang melayu seterusnya menetang British dapat diperhatikan dalam

gerakan Dato’ Syahbandar Abdullah Tunggal (1874 ) dan Yamtuan Tunku Antah (1875)

di Negeri Sembilan. Ini dinyatakan dalam kajian T. Chelliah (1954 ) dalam kajian beliau

yang bertajuk ‘War in Negri Sembilan’ . Kajian ini jelas menunjukkan bahawa

penentangan untuk mendapat kemerdekaan sudah mula wujud dikalangan pembesar-

pembesar Melayu.

Selain itu kajian yang ditulis oleh Ho Hui Ling ( 2004 ) yang bertajuk Darurat

1940-1960 menyatakan sebab orang menetang Melayan Union dan kesannya

membawa kepada tertubuhnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ( lebih dikenali

sebagai UMNO- United Malay National Organisation ) pada 11 Mei 1946. Hasil

perjuangan UMNO ini kerajaan British menukarkan Melayan Union kepada Persekutuan

Tanah Melayu ( Federation of Malaya ) pada tahun 1948. Dalam pada itu, satu perkara

Page 4: Sejarah Fuad 2015

yang perlu diambil kira ialah zaman darurat yang bermula pada tahun 1948. Zaman ini

komunis berleluasa dan ketenteraman rakyat tergangu.

Joseph M. Fenando ( 2002 ) menyatakan kecekapan menguruskan darurat, dan

kegiatan komunis telah memberikan kepercayaan bahawa orang Tanah Melayu dapat

menguruskan sebuah negara dengan baik. UMNOmemainkan peranan utama

memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Apabila bergabung dengan MCA dan

MIC mewujudkan Parti Perikatan pada tahun 1954. Perjuangan menuntut kemerdekaan

diteruskan oleh Parti Perikatan. Akhirnya melalui rundingan Tunku Abdul Rahman Putra

al-Haj yang mengetuai rombongan rundingan berjaya membawa Persekutuan Tanah

Melayu mencapai kemerdekaan. Pengisytiharan kemerdekaan, hari bersejarah dalam

perjuangan bangsa di Persekutuan Tanah Melayu dilakukan dengan rasminya di

Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957.

Melalui sorotan-sorotan literatur menununjukkan bahawa perjuangan menuntuk

kemerdekaan telah diusahakan sejak mula dijajah lagi. Tanah Melayu akhirnya berjaya

mendapat kemerdekaan dengan cara atau kaedah rundingan dengan pihak British.

Segala penentangan oleh pembesar-pembesar dan tokoh Melayu terdahulu telah

berjaya membuka mata untuk wujudnya semangat nasionalisme sesebuah negara.

Page 5: Sejarah Fuad 2015

OBJEKTIF KAJIAN

Berasaskan pernyataan masalah di atas, objektif kajian adalah seperti berikut:

1. Mengenalpasti faktor yang mengakibatkan perjuangan Penduduk Tanah Melayu

terhadap menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.

2. Mengenalpasti bentuk ataupun cara penduduk Tanah Melayu melakukan

penentangan untuk mendapat Kemerdekaan

ANALISIS KAJIAN

Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada

penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang

dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya

berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi

kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk

mempercepatkan proses pembangunan negara. 

Menyorot kembali perjuangan kemerdekaan bangsa Melayu sejak 1511 hingga

ke Perang Dunia Kedua 1941-1945, negara ini telah mengalami 3 peringkat

perjuangan. Peringkat pertama, secara militan atau gerila, perjuangan pondok yang

dipelopori oleh golongan ulama dan kemudian golongan nasionalisma yang berjuang

melalui mata pena. Ketiga-tiga kategori perjuangan ini berjalan berasingan sehinggalah

pada cadangan untuk mengadakan Kongres Melayu pertama pada 1-4 Mac 1946

diadakan dan menyatukan ketiga-tiga kategori perjuangan ini dengan lebih tersusun

dan teratur. Terbentuknya UMNO semasa persidangan tersebut telah memantapkan

lagi perjuangan ke arah menuntut kemerdekaan negara. 

Menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan

menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan

ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan.

Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh.

Page 6: Sejarah Fuad 2015

Rakyat perlu bersedia menghadapi pelbagai cabaran untuk memperkasakan

bangsa yang merdeka. Sementelah seluruh rakyat Malaysia telah melalui pelbagai

cabaran getir, kemerdekaan perlu dihayati dan diisi dengan memelihara kekuatan

politik, ekonomi, sosial, agama, bahasa, budaya dan seni warisan bangsa. Segala

jurang pembangunan, ekonomi dan sosial di kalangan kaum perlu dirapatkan dan

diperkukuhkan agar saling menikmati erti kemerdekaan. Perpaduan yang terbina

semenjak usaha memperolehi kemerdekaan perlu diteruskan dan disemai supaya

rakyat menjadi semakin kukuh. 

Bumi bertuah ini telah melahirkan ramai pemimpin berkaliber ketika negara

bergelut dengan pelbagai masalah seperti kemiskinan, taraf pendidikan yang rendah,

perpaduan kaum bahkan ancaman komunis ketika Darurat yang diisytiharkan sejak

1948 lagi. Dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru 1970-1990 (DEB),

Rancangan Buku Hijau dan Buku Merah, rancangan mempertingkatkan penguasaan

ekonomi penduduk bumiputera dan jurang perbezaaan antara kaum dapat

diharmonikan. Dasar pendidikan bermula dari Penyata Razak dan Rahman Talib hingga

kini berjaya membebaskan diri rakyat daripada belenggu kejahilan kepada masyarakat

moden. 

Beberapa dasar negara telah diperkenalkan seperti Dasar Pandang ke Timur,

Dasar Perindustrian, Dasar Pensyarikatan dan Wawasan 2020 telah menjadikan

Malaysia negara maju. Kemerdekaan menjadikan kita bangsa yang merdeka dan

berdaulat serta bebas menyusun hala tuju sendiri. Kita bebas dari sudut ekonomi,

politik, ketenteraan, budaya dan agama. Bebas dalam erti kata mengikut acuan dan

kemahuan kita untuk membentuk jati diri bangsa Malaysia yang berdaulat.

Menyelami erti kemerdekaan dengan menyusuri lembaran sejarah bangsa akan

menyedarkan seluruh rakyat betapa perjuangan kemerdekaan tidak pernah terhenti.

Seharusnya kegemilangan ini menjadi pemangkin kepada generasi baru negara untuk

meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai. Pengorbanan generasi terdahulu perlu

menjadi inspirasi untuk kita terus berusaha gigih menjadi bangsa yang maju dan

moden.

Page 7: Sejarah Fuad 2015

LAPORAN KAJIAN

Faktor Perjuangan Menuntut Kemerdekaan Tanah Melayu.

Pertama sekali, faktor pendudukan Jepun di Tanah Melayu dikatakan telah

membangkitkan semangat perjuangan menuntut kemerdekaan. Menurut Graham

Saunders, setelah menjajah negara di Asia Tenggara dan Asia Timur, Jepun telah

menjalankan dasar berpura-pura di kebanyakan negara jajahannya. Menimbulkan

kemarahan dalam kalangan rakyat tempatan.Walaupun kemerdekaan atau peluang

berpolitik telah diberikan namun Jepun tetep melaksanakan dasarnya yang

menjalankan pemerintahan bersifat kejam. Rakyat tempatan dipaksa menerima

kebudayaan Jepun yang jelas sekali bertentangan dengan kebudayaan

tempatan.Penduduk tempatan diminta menghormati lagu kebangsaan Jepun. Lagu

kebangsaan dan bendera rakyat tempatan telah diharamkan. Paksaan ini

menyebabkan rakyat mula berasa bosan dengan kehadiran Jepun. Hal-hal tersebut

telah menyebabkan rakyat tempatan mula bangkit menentang Jepun. (Graham

Saunders(1980),JEPUN : Peluasankuasa)

Seterusnya, menurut Ghazali Shafie, cadangan penubuhan Malayan Union oleh

kerajaan British pada tahun 1946 juga merupakan salah satu faktor kebangkitan

penduduk Tanah Melayu terutamanya dalam kalangan penduduk yang berbangsa

Melayu. Pertama sekali, orang Melayu bangkit menentang Malayan Union kerana

Malayan Union telah mengancam kedaulatan raja-raja Melayu. Orang Melayu tidak rela

melihat Sultan mereka dilucutkan kuasa politik. Kehilangan kuasa sultan akan

menyebabkan status Tanah Melayu menjadi Tanah Jajahan British. Faktor kedua ialah

pemberian taraf kerakyatan. Prinsip kerakyatan berdasarkan jus soli telah menebalkan

sentiment kebencian orang Melayu kepada kaum lain. Faktor yang ketiga ialah cara

Mac Michael mendapatkan tandatangan sultan secara dipaksa. Faktor-faktor inilah

yang telah menimbulkan semangat perjuangan dan jati diri yang membara dalam

kalangan orang Melayu. (Ghazali Shafie, Malaysia : Nilai Politik dan Budaya)

Page 8: Sejarah Fuad 2015

Disamping kedua-dua faktor diatas, terdapat banyak lagi faktor yang mendorong

kebangkitan perjuangan menuntut kemerdekaan dalam kalangan rakyat Tanah Melayu.

Antaranya adalah seperti berikut :

Faktor-faktor Kebangkitan

Menuntut Kemerdekaan

Dasar Penjajahan

Barat

Pengaruh Agama

Karya Kesusasteraan

Sistem Pendidikan

Kemunculan Golongan Intelektual

Pengaruh Media Massa

Sistem Pengangkutan

dan Perhubungan

Pengaruh Luar

Page 9: Sejarah Fuad 2015

Dasar penjajahan Barat menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat kerana

pengamalan sistem birokrasi Barat. Berdasarkan sistem berkenaan rakyat tempatan

tidak diberi peluang dalam pentadbiran moden.Rakyat tempatan masih kekal dalam

ekonomi tradisional yang serba kekurangan.Contohnya, sistem tanaman paksa di

Indonesia sistem Polo di Filipina.

Selain itu, pengaruh agama turut berjaya menyemarakkan lagi semangat

perjuangan rakyat tempatan untuk menghadapi penindasan dan pengaruh kebudayaan

Barat dan agama Kristian. Pengaruh agama ini sebenarnya disebarkan melalui Gerakan

Islah di Indonesia dan Tanah Melayu serta penubuhan Persatuan Belia Buddha (1906)

di Burma.Gerakan Islah ini memperjuangkan Pan-Islamisme iaitu penyatuan dunia

Islam menentang penjajahan Barat.

Tambahan pula, karya kesusasteraan berjaya sampaikan mesej kesengsaraan

dan kekecewaan terhadap penindasan penjajah yang membangkitkan kesedaran

bangsa dan kecintaan terhadap negara.Contohnya, di Filipina novel Noli Me Tangere

karya Jose Rizal telah mencetuskan gerakan nasionalisme serta menjadi inspirasi

terhadap gerakan nasionalisme di rantau Asia Tenggara manakala di Tanah Melayu

pula novel Puteri Gunung Tahan dan Pak Sako telah membangkitkan semangat

perjuangan menuntut kemerdekaan dalam kalangan rakyat.

Sikap pilih kasih dalam menyediakan kemudahan pendidikan juga telah

membangkitkan kesedaran rakyat . Pihak penjajah hanya mengutamakan sekolah yang

menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantar. Pendidikan bagi rakyat

peringkat rendah diabaikan dan pendidikan Barat pula terhad kepada golongan elit dan

penduduk bandar. Di Indonesia anak golongan priyai diberikan pendidikan tersendiri, di

Burma pula pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh di perkenalkan manakala di

Tanah Melayu lepasan sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan.

Kemunculan golongan intelektual yang mendapat pendidikan di Barat dan Asia

Barat telah didedahkan dengan idea falsafah Barat dan Islam. Mereka menjadi

pemimpin gerakan penentangan. Peringkat awal golongan intelektual ini hanya

Page 10: Sejarah Fuad 2015

menuntut taraf hidup bangsa mereka di bela tetapi pada peringkat akhir mereka

meminta penjajah membebaskan negara mereka.

Faktor kebangkitan rakyat yang lain ialah pengaruh media massa seperti akhbar

dan majalah. Media massa sebegini menyebarkan idea-idea nasionalis dan tanam

perasaan anti penjajah kepada rakyat seperti di Vietnam, Tribute Indegene & Cloche

Felee dan di Tanah Melayu , al-Ikhwan, Saudara, Warta Malaya dan Majlis.

Seterusnya, perkembangan sistem pengangkutan jalan keretapi dan jalan raya

telah memudahkan rakyat dan para pemimpin bertemu dan berbincang tentang idea

nasionalisme. Perkhidmatan telefon dan telegraf juga memudahkan hubungan dalam

kalangan nasionalis.

Akhir sekali, pengaruh luar turut memainkan peranan yang sangat penting dalam

mencetuskan kesedaran untuk menuntut kemerdekaan dalam kalangan rakyat pada

zaman penjajahan. Contohnya, Kejayaan jepun menewaskan Russia dan China telah

membuktikan keupayaan negara kecil menewaskan negara lebih besar. Selain itu,

perjuangan Mahatma Gandhi di India.yang menggunakan strategi enggan bekerjasama

dengan penjajah secara mogok lapar juga memberikan semangat kepada rakyat

tempatan Tanah Melayu bagi menentang penjajahan serta mendapatkan kemerdekaan.

PENENTANGAN MENUNTUT KEMERDEKAAN DI TANAH MELAYU

Penentangan terhadap penjajahan mula bangkit secara menyeluruh di Tanah

Melayu selepas kehadiran tentera Jepun. Terdapat banyak rencaman reaksi penduduk

Page 11: Sejarah Fuad 2015

tempatan terhadap kehadiran tentera Jepun di Tanah Melayu. Pertama sekali,

sebahagian besar orang Melayu tidak menentang sama sekali pada awalnya, malah

ada yang mengalu-alukan kehadiran Jepun. Pada awalnya mereka terpengaruh dengan

slogan-slogan yang disebar Jepun seperti, “asia untuk orang asia” dan “lingkungan

kesemakmuran bersama asia timur raya”.

Selain itu, Kesatuan Melayu Muda (KMM) telah mengadakan hubungan sulit

dengan pihak Jepun. KMM adalah di bawah pimpinan Ibrahim Bin Yaakob merupakan

pertubuhan radikal anti British. Seterusnya, KMM telah mengerakkan inisiatif untuk

menyebarkan propaganda pro jepun. Selain itu jepun telah bertindak memberi bantuan

kewangan sebanyak $40000 kepada KMM untuk membeli akhbar Warta Malaya dan

sebagai balasan pertolongan KMM itu tadi, tentera Jepun menjanjikan kemerdekaan

Tanah Melayu. Selepas jepun berjaya menipu penduduk, KMM juga telah dibubarkan

oleh Jepun

Namun setelah menduduki Tanah Melayu ,tentera Jepun mewujudkan satu

pemerintahan baharu, dasar-dasar pemerintahan yang diperkenalkan Jepun juga rata-

rata menyusahkan rakyat. Dengan itu, barulah orang Melayu sedar bahawa slogan-

slogan yang mereka percaya dan sanjung pada awal nya itu hanyalah muslihat pihak

Jepun semata-mata.Tanah Melayu tidak diberi kemerdekaan seperti apa yang

dijanjikan. Janji-janji manis itu hanyalah sekadar janji sahaja. Malangnya, status tanah

Melayu berubah menjadi tanah jajahan. Selain itu, yang membangkitkan kebencian

masyarakat juga adalah kerana Jepun tidak mengiktiraf kedudukan Raja-Raja Melayu.

Oleh sebab itu, sokongan orang Melayu tidak bertahan lama dan semakin berkurangan

dari masa ke masa.

Menurut Hoi Hui Ling, dalam jurnalnya telah menyatakan bahawa reaksi orang

cina jelas dipengaruhi oleh Perang China-Jepun pada tahun 1937. Kebanyakan orang

Cina terlibat dengan gerakan anti-Jepun. Selain itu, mereka telah memulaukan

barangan Jepun dan menjalankan pungutan derma untuk membantu negara China

Page 12: Sejarah Fuad 2015

yang diserang Jepun. Tanpa boleh disangkal lagi, dasar Jepun yang keras terhadap

kaum cina di Tanah Melayu telah membantu perjuangan kerajaan nasionalis China

untuk menentang Jepun sejak tahun 1937 apabila Jepun mula memasuki Tanah Besar

Asia bermula di China, sebelum ke Asia Tenggara. Orang cina mendapat layanan yang

buruk seperti ditindas dan dihantar untuk bekerja sebagai pembina Jalan Kereta Api

Maut. Malah jepun semakin bertindak kejam apabila mendapati orang Cina

menubuhkan MPAJA dengan sokongan kuat Parti Komunis Malaya (PKM) yang begitu

giat menentang pemerintahan Jepun. Terdapat juga dalam kalangan pemuda cina yang

pulang ke negara China untuk melibatkan diri dalam gerakan menentang Jepun.

Justeru itu, setelah Jepun menjajah Tanah Melayu, orang cina telah menjadi mangsa

balas dendam tentera Jepun . Walaubagaimanapun, terdapat segolongan orang cina

yang menyokong Jepun demi menjaga perniagaan dan keselamatan nyawa mereka.

(Hoi Hui Ling, Jurnal Zaman Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu,1941-

1945:Penentangan Orang Cina Melalui Malayan People's Anti Japanese Army-MPAJA )

Selain itu, bagi masyarakat India di Tanah Melayu pula mereka menerima

layanan yang lebih baik daripada jika dibandingkan dengan orang Cina. Jepun juga

memerlukan sokongan orang india bagi mengusir Inggeris di India, untuk tujuan itu,

jepun menggalakkan orang india menganggotai Liga Kemerdekaan India yang

ditubuhkan di Thailand untuk menentang Inggeris. Jepun juga telah mempengaruhi

orang india yang berkhidmat dalam angkatan tentera British supaya bekerjasama

dengan pihak Jepun.

Seterusnya masyarakat telah dalam menentang penjajahan juga jelas dilihat

selepas cadangan Malayan Union ditubuhkan. Cadangan Malayan Union ini ditentang

keras oleh orang-orang Melayu manakala masyarakat Cina dan juga India tidak begitu

melibatkan diri dalam penentangan berkenaan. Orang Melayu telah melakukan

pembantahan terhadap pelaksanaan Malayan Union dan antara bantahan yang telah

dilaksanakan oleh orang Melayu adalah dengan menyuarakan bantahan melalui akhbar

seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta Negara.Melalui akhbar-akhbar ini juga,

keburukan dan kerugian yang akan dialami oleh orang Melayu jika Malayan Union

dilaksanakan didedahkan Orang Melayu juga telah melakukan demonstrasi secara

Page 13: Sejarah Fuad 2015

damai semasa Sir Harold Mac MIchael mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu di

Kota Bharu, Kelantan dan Alor Setar Kedah bagi menunjukkan penentangan mereka

terhadap penubuhan Malayan Union (Zamri Talib, 2008).

Selain itu, sultan-sultan, pembesar-pembesar dan orang-orang Melayu telah

menulis surat kepada Raja British dan bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di

Tanah Melayu memohon sokongan mereka terhadap perjuangan orang Melayu dalam

menentang penubuhan Malayan Union. Mereka juga mendesak kerajaan British dan

Pejabat Tanah Jajahan membatalkan rancangan penubuhan Malayan Union dan

merangka perlembagaan baru yang sesuai dijalankan di Tanah Melayu khususnya yang

dapat melindungi kepentingan orang Melayu. Bekas pegawai British tersebut telah

menulis dalam akhbar di Britain, terutamanya akhbar Times untuk menyatakan

sokongan mereka terhadap perjuangan orang Melayu. Antara bekas pegawai British

tersebut ialah Frank Swettenham, Authur Richard, Cecil Clementi, Rolland Braddle dan

Winstreadt.

Pada tahun 1946, Dato’ Onn Jaafar telah menyeru orang Melayu untuk

berkongres dan menubuhkan United Organization sebagai benteng menentang

Malayan Union. Pada 1 hingga 4 Mac 1946, satu kongres Melayu telah dilakukan di

Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Kongres ini telah dihadiri oleh

41 buah persatuan dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Dalam persidangan

tersebut, kongres telah bersetuju untuk menubuhkan United Malay Organization

(UMNO). Rapat umum telah dilakukan untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap

ahli-ahli parlimen British iaitu L.D. Gammans dan David Reese William.

Walaupun mendapat tentangan orang Melayu, British tetap mahu melaksanakan

Malayan Union. Pada majlis perlantikan Edward Gent sebagai Garbenor Malayan Union

yang pertama, majlis tersebut telah dipulau oleh sultan-sultan Melayu. Ini adalah kerana

tindakan orang Melayu yang berhimpun di perkarangan rumah tumpangan yang didiami

oleh sultan-sultan Melayu yang sepatutnya menghadiri upacara perlantikan tersebut

Page 14: Sejarah Fuad 2015

(Dr. Ismail Said, 2010). Dato’ Onn Jaafar ketika itu telah bertindak sebagai wakil orang

Melayu untuk berunding dengan sultan-sultan untuk memulaukan upacara perlantikan

tersebut.

Pada 28 April 1946, raja-raja Melayu telah berkumpul di Kuala Kangsar untuk

menyatakan bantahan mereka kepada ahli-ahli parlimen British (Zamri Talib, 2008).

Tindakan tegas orang Melayu menentang British menyebabkan pihak British terpaksa

memulakan rundingan dengan raja-raja Melayu dan UMNO. Kesan daripada

penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union dan rundingan antara raja-raja

dan Umno dengan pihak British, maka terbentuklah Persekutuan Tanah Melayu.

Menurut Akashah Ismail (2003), gerakan perjuangan pada tahap pertama oleh

para pejuang dengan menggunakan mata pedang walaupun menempuhi kegagalan

namun semangat juang mereka untuk mengembalikan hak dan kedaulatan tanah air

tetap disanjung di hati setiap jiwa. Penentangan gelombang kedua seawal abad ke-20

menyaksikan pertukaran wacana penentangan terhadap kuasa asing dengan

menggunakan mata pena. Arus kebangkitan nasionalisme pada peringkat awal

dipelopori oleh tokoh-tokoh lepasan pengajian tinggi di Timur Tengah sekitar abad ke-

20. Antaranya, Syeikh Tahir Jalaluddin, Syed Syeikh Al-Hadi, Syeikh Muhammad Akil,

Syeikh Awad Saidin dan Haji Abas Taha. Pelbagai akhbar dan majalah seperti Al-Imam,

Neracha, Warta Malaya, Al-Ikhwan, Saudara dan lain-lain telah diterbitkan daripada

hasil usaha mereka. (Akashah Ismail(2009).SEJARAH)

Kemunculan tokoh-tokoh agama ini diikuti pula oleh beberapa orang tokoh dari

kalangan guru, wartawan serta pejuang bahasa dan sastera seperti Zainal Abidin

Ahmad (Za’ba), Harun Muhammad Amin, Abdul Hadi bin Hassan, Burhanuddin Al-

Helmi dan Abdul Rahim Kajai. Dalam perkembangan seterusnya menyaksikan

Page 15: Sejarah Fuad 2015

beberapa buah parti politik dan persatuan yang ditubuhkan bagi melahirkan gerakan

penentangan yang lebih bersepadu.

Seterusnya, apabila kesedaran telah mula merebak para pejuang kemerdekaan

telah berusaha ke arah mendapatkan kemerdekaan di Tanah Melayu. Berhubung

dengan hal tersebut, pihak British menekankan soal perpaduan dalam kalangan rakyat

yang terdiri daripada pelbagai kaum. Dalam merealisasikan hasrat tersebut, usaha

awal telahpun dilaksanakan oleh Dato’ Onn Jaafar. Beliau telah mencadangkan supaya

rakyat Tanah Melayu membentuk sebuah pertubuhan yang boleh mewakili semua

kaum supaya mereka dapat bekerjasama dan bertolak ansur di antara satu sama lain.

Perbincangan telah diadakan dengan Tan Cheng Lock, E.E.C. Thuraisinggam, Malcom

Mac Donald dan Roland Braddell. Hasilnya, satu jawatankuasa telah dibentuk yang

dikenali sebagai Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum (Communities Liaison

Committee).

Jawatankuasa ini yang berasaskan tolak ansur antara politik Melayu dan bukan

Melayu telah dilaksanakan pada tahun 1949. Persefahaman yang dipupuk melalui

perundingan dan perbincangan yang diadakan oleh tokoh-tokoh kaum ini boleh

menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul ketika itu. (Ismail bin Said,(2011),

Sejarah Malaysia Moden 1945-1969)

Perubahan pucuk pimpinan UMNO dari Dato’ Onn kepada Tunku Abdul Rahman

dilihat sebagai permulaan arus kebangkitan nasionalisme peringkat ketiga iaitu

perjuangan menuntut kemerdekaan negara. Serentak itu, slogan ’Hidup Melayu’ diubah

kepada ’Merdeka’ sesuai dengan perubahan matlamat perjuangan UMNO. Tunku Abdul

Rahman membentuk Kabinet pertama yang dianggotai oleh 6 wakil Melayu, 3 wakil

Cina dan 2 wakil India. Tunku  Abdul Rahman selaku Ketua Menteri dan Menteri Hal-

Ehwal Dalam Negeri. Antara barisan ahli yang lain ialah Datuk Abdul Razak Hussain,

Dr. Ismail Datuk Abdul Rahman, En. H.S. Lee, En. Abd. Aziz Ishak, En. Baba Leong

Yew Koh, En. Sardon Haji Jubir, Tun V.T. Sambathan, En. Sulaiman Datuk Abd

Rahman dan En. Bba Ong Yok Lin. Secara tidak langsung penglibatan pemimpin dari

pelbagai suku kaum dapat diperlihat dalam usaha memperoleh kemerdekaan

berlandaskan kesedaran nasionalisme.

Page 16: Sejarah Fuad 2015

Selain memenuhi syarat persefahaman antara kaum, Tunku Abdul Rahman

dicabar supaya menyelesaikan isu pemberontakan komunis untuk mendapatkan

kemerdekaan. Inggeris berjanji selagi ancaman komunis tidak ditangani, kemerdekaan

mungkin lewat diberikan. Bagi menyahut cabaran tersebut, Tunku memilih cara

diplomasi dengan mengadakan Rundingan Baling pada 28-29 Disember 1956 bersama

Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Melaya (PKM). Tindakan tersebut telah

mencemaskan Inggeris yang selama ini berhadapan dengan PKM secara kekerasan.

(Ghazali Shafie.Malaysia:Nilai Politik dan Budaya).

Perjuangan menuntut kemerdekaan diperteguhkan dengan permuafakatan

melalui PERIKATAN di antara orang-orang Melayu, Cina dan India di bawah pimpinan

Tunku Abdul Rahman. Paduan tenaga setiap golongan masyarakat dalam ruang

lingkup yang tersendiri seperti guru, wartawan dan penulis, ahli-ahli politik dan juga

pihak istana semakin membakar semangat dan memperteguhkan lagi tekad untuk

segera mendapatkan kemerdekaan bagi negara ini. Berbekalkan perpaduan suara

rakyat dan desakan-desakan para pejuang maka pada awal tahun 1956, rombongan

merdeka yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra telah berangkat ke London

bagi mengadakan  rundingan dengan pihak British. Rundingan ini membawa kepada

termeterainya perjanjian kemerdekaan Tanah Melayu pada 8 Februari 1956.

Kepulangan rombongan ini disambut meriah di Melaka. Padang Banda Hilir, Melaka

menjadi saksi pada 20 Februari 1956 apabila Tunku mengisytiharkan Tanah Melayu

akan merdeka pada 31 Ogos 1957. Kemerdekaan negara amat unik kerana ia dicapai

melalui meja rundingan tanpa melibatkan penumpahan darah.( Penjajahan British dan

Perjuangan Kemerdekaan(Terokai Dunia Ensiklopedia).Berita Harian.Rabu.15 OGOS

2007)

Akhir sekali, nyatalah dengan jelas bahawa kemerdekaan yang dikecapi kini

perlu dipertahankan kerana ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk diperolehi.

Perjuangan menuntut kemerdekaan negara terpaksa melalui ranjau penuh duri dalam

tempoh yang amat panjang. Justeru, semangat dan pengorbanan para pejuang lalu

Page 17: Sejarah Fuad 2015

perlu dijadikan wadah untuk kita menghadapi cabaran mendatang demi mengekalkan

maruah dan kedaulatan negara tercinta.

RUJUKAN

Mohamad Isa Othman. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945(Tumpunan

di Negeri Kedah), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Page 18: Sejarah Fuad 2015

Ismail bin Said,(2011), Sejarah Malaysia Moden(1945-1969),Penerbitan Multimedia

Sdn.Bhd,Selangor

Ghazali Shafie.Malaysia:Nilai Politik dan Budaya.Penerbitan Pustaka Antara,

Shah Alam

Grahan Saunders(1980).JEPUN:Peluasankuasa.Longman Malaysia Sdn.Bhd.

Kuala Lumpur

Azmah Abdul Manaf(2005).Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia.Utusan Publications

& Distributors Sdn.Bhd.Kuala Lumpur

Abdullah Zakaria Ghazali.etc(2003).Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia

Timur 1800-1963(Edisi Kedua).Oxford Fajar Sdn.Bhd.Shah Alam

Akashah Ismail(2009).SEJARAH.Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd.

Selangor

Penjajahan British dan Perjuangan Kemerdekaan(Terokai Dunia

Ensiklopedia).Berita Harian.Rabu(15 OGOS 2007)-Keratan Akhbar

HoHui Ling.Jurnal Zaman Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu,1941-

1945:Penentangan Orang Cina MelaluiMalayan People's Anti Japanese

Army(Mpaja)