sejarah bab 5 2015 dorisia

Upload: sofea-anuar

Post on 01-Mar-2016

27 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sejarah sangat penting untuk kita pelajari , jadi sebagai pelajar yang bertamadun , pelajarilah sejarah

TRANSCRIPT

Sejarah Bab 5

Sejarah Bab 5Perjanjian HudaibiyahPengenalan Perjanjian HudaibiyahPada tahun 628M, orang Islam bercadang untuk menziarahi Mekah. Kaabah yang menjadi pusat ibadat bagi orang Islam terletak di Kota Mekah.Mekah juga merupakan tempat asal bagi orang muhajirin.Tempat turunnya wahyu pertama. Hasrat murni orang Islam ini dipersetujui oleh Nabi Muhammad SAW dan pada masa yang sama, baginda juga ingin mengerjakan umrah.Walau bagaimanapun, kedatangan orang Islam Madinah ke Mekah telah disekat oleh orang arab Quraisy Mekah di Hudaibiyah.

Mereka merasakan maruah mereka tercabar dan bimbang dengan kekuatan orang Islam. Di Hudaibiyah orang Islam berusaha untuk menerangkan tujuan sebenar kedatangan mereka menerusi utusan yang dihantar, iaitu Uthman bin Affan. Pihak Quraisy tidak memperdulikan hasrat orang Islam tersebut.Setelah mendapat tahu bahawa orang Islam telah berikrar dan bersumpah setia untuk membela kematian Uthman bin Affan, mereka telah menghantar Suhail bin Amru untuk berunding. Setelah kata sepakat dicapai, termeterailah perjanjian Hudaibiyah antara pihak Islam dengan arab Quraisy di Hudaibiyah pada tahun 628M.Faktor-faktor Uthman bin Affan dipilih untuk ke makkah setelah orang islam telah disekat di HudaibiyahUthman mempunyai ramai saudara mara di makkah Uthman merupakan sahabat yang matang dan tua berbanding sahabat lain .Sifatnya yang lemah lembut dan bertolak ansur .

Peristiwa-peristiwa penting ke arah termeterainya perjanjian Hudaibiyah . Pada tahun 628M , rombongan orang Islam telah ke Mkkah kerana ingin menunaikan umrah .Mereka telah disekat di Hudaibiyah . Nabi Muhammad SAW menghantar Uthman bin Affan ke mekkah untuk menerangkan tujuan kedatangan mereka . Orang Islam yang mendengar khabar angin tentang kematian Uthman telah bersumpah setia , yang dikenali dengan Baiah Al-Ridwan . Orang Arab Quraisy berasa bimbang terhadap kata sepakat orang Islam . Lalu mereka menemui Nabi Muhammad SAW .Baginda bersedia mengadakan perjanjian dan termeterailah perjanjian Hudaibiyah antara Nabi Muhammad SAW (Islam) dengan Suhail bin Amru (Quraisy)

Kandungan Perjanjian HudaibiyahBersetuju untuk menjadikan gencatan senjata selama 10 tahun.Kabilah Arab yang lain bebas memihak samada kepada orang Islam Madinah atau orang Arab Quraisy Mekkah.Orang Islam Madinah yang memihak ke Mekkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan.Orang Quraisy Mekkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkan semula.Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya (7 Hijrah).

Kepentingan Perjanjian HudaibiyahMelalui perjanjian Hudaibiyah , orang Islam mendapat peluang untuk menunaikan haji pada tahun 629 M.Peluang ini telah memberikan kebebasan kepada orang Islam untuk memasuki kota Mekkah dan seterusny aberibadat di Kaabah pada bila-bila masa.Tempoh perdamaian dalam perjanjian ini membolehkan Baginda merangka program dakwah Islamiah ke seluruh Semenanjung Tanah Arab secara aman.Melalui perjanjian ini suku Arab boleh menganut sebarang agama yang mereka sukai tanpa halangan dari mana-mana pihak.Oleh itu , Islam dapat berkembang secara meluas.Sesetengah sejarawan mengatakan bahawa selepas 2 tahun perjanjian ini dimeterai , bilangan orang yang menganut Islam telah berganda.Kandungan perjanjian Hudaibiyah menunjukkan bahawa Islam tersebar dengan aman.Pengislam kota panglima Arab Quraisy yang berpengaruh , seperti Khalid bin Al-walid, Amru bin Al-As dan Uthman bin Talhah sejurus selepas perjanjian Hudaibiyah ditandangani menunjukkan Islam mendapat keuntungan daripada jangka panjang. Sebagai pemimpin yang penting, mereka tentu telah mengkaji secara rasional tentang kebenaran Islam.Perjanjian Hudaibiyah melambangkan ketokohan baginda sebagai pemimpin yang unggul dan dikagumi. Persetujuan orang Arab Quraisy menandatangani perjanjian ini membuktikan bahawa mereka telah mengiktiraf kerajaan IsLam di Madinah. Perdamaian yang dipertujui antara kedua-dua pihak ini hanya bertahan 2 tahun sahaja. Orang Arab Quraisy sengaja melanggar isi perjanjian yang pertama. Baginda telah bertindak tegas dalam menangani hal itu dengan menyediakan dan menghantar pasukan tentera ke Makkah. Perjanjian Hudaibyah menjadi perintis ke arah pembukaan semula Kota Makkah. Pencabulan terhadap Perjanjian HudaibiyahSelepas 2 tahun Perjanjian Hudaibiyah ditandatangani, orang Quraisy telah mencabuli Perjanjian Hudaibiyah.Mereka memberi sokongan kepada Bani Bakar yang berperang dengan Bani Khuzaah.Mengikut syarat Perjanjian Hudaibiyah, gencatan senjata haruslah dikekelakan selama 10 tahun, tetapi orang Quraisy telah mencabulinya.THANKS FOR WATCHING

PRESENTS FROM SOFEA IZYAN , NUR ILLYA SYAHIRA & NURUL NADHIRAH