peraturan asrama mrsm tun muhammad fuad stephens

38
1 PERATURAN ASRAMA MRSM TUN MUHAMMAD FUAD STEPHENS Unit Pembangunan Pelajar MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens, Sandakan. IB World School 2020

Upload: others

Post on 03-Oct-2021

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERATURAN ASRAMA MRSM TUN MUHAMMAD FUAD STEPHENS

1

PERATURAN ASRAMA MRSM TUN MUHAMMAD FUAD STEPHENS

Unit Pembangunan Pelajar

MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens, Sandakan. IB World School

2020

Page 2: PERATURAN ASRAMA MRSM TUN MUHAMMAD FUAD STEPHENS

2

KANDUNGAN MUKA SURAT

BAHAGIAN I: PENGENALAN

1. Latar Belakang 3 2. Sejarah Penubuhan MRSM 3 3. Falsafah Pendidikan 3 4. Visi 3 5. Misi 4 6. Budaya MRSM 4 7. Etika Pelajar 5 8. Tanggungjawab Pelajar 6

BAHAGIAN II: PANDUAN PENGURUSAN PELAJAR DI ASRAMA

1. Tujuan 8 2. Carta Organisasi Pengurusan & Pentadbiran Asrama 8 3. Tugas Dan Peranan Ketua Guru Asrama & Guru Asrama 9 4. Jawatankuasa Pentadbiran Asrama 10 5. Garis panduan Pengaduan Kes Salah Laku Pelajar 12 6. Peraturan Pakaian 13 7. Peraturan Keluar ke Bandar 25 8. Peraturan Kelas Persediaan 26 9. Peraturan Pulang Bermalam 27 10. Peraturan Dan Tatatertib Di Asrama 28 11. Peraturan Penggunaan Kemudahan 29 12. Peraturan Keselamatan 29 13. Waktu Mengosongkan Asrama 32 14. Jadual Harian / Mingguan 32 15. Prosedur Amalan Kebersihan Asrama Pada Setiap Pagi 34 16. Jadual Bertugas Kebersihan Bilik Asrama 35 17. Contoh Carta Organisasi Asrama Untuk Satu Aras 36 18. Panduan Susun Atur Isi Loker Pelajar 36 19. Panduan Susun Atur Katil Pelajar 36 20. Panduan Penggunaan Telefon Bimbit 37

TAMAT

Page 3: PERATURAN ASRAMA MRSM TUN MUHAMMAD FUAD STEPHENS

3

BAHAGIAN I: PENGENALAN

1. LATAR BELAKANG

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat Bil. 20 tahun 1966 sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang pendidikan dan latihan. MRSM ini ditubuhkan untuk memberi kemudahan pelajaran di peringkat menengah dan pra-universiti dalam bidang sains, teknologi dan keusahawanan kepada pelajar Bumiputera yang mempunyai keupayaan mental yang tinggi.

Sistem pendidikan MRSM ini bergerak atas landasan bahawa pelajar Bumiputera yang berminat dan berkebolehan dalam bidang sains, teknologi dan keusahawanan akan mendapat pendedahan lebih awal supaya memberi keyakinan yang lebih tinggi untuk menceburkan diri dalam bidang pekerjaan yang berasaskan sains dan teknologi.

Sistem pendidikan MRSM akan membiasakan pelajar dengan pendidikan berasaskan sains dan teknologi serta unsur keusahawanan sebagai satu aspek kebudayaan Malaysia yang akan memupuk perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial.

Ini akan mewujudkan pelajar yang mempunyai daya pemikiran yang kritis, kreatif, terbuka, sihat, luas dan mendalam, di samping mempunyai semangat patriotik dan nasionalisme yang tinggi.

2. SEJARAH PENUBUHAN MRSM

Cadangan untuk menubuhkan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bermula pada tahun 1968. Persetujuan kerajaan kepada konsep Maktab Rendah Sains MARA yang dicadangkan ini telah diperoleh pada tahun 1970. Pada tahun 1971 pembinaan MRSM yang pertama telah dimulakan di Seremban, Negeri Sembilan (kini dikenali Kolej MARA Seremban) diikuti dengan pembukaan MRSM Kota Bharu (kini dikenali sebagai MRSM Pengkalan Chepa) pada tahun 1974.

Setelah maktab-maktab ini menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam setiap penglibatan, penubuhan MRSM kian berkembang di seluruh negara. Sehingga 2007 bilangan MRSM telah meningkat kepada 37 buah.

3. FALSAFAH PENDIDIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988).

FALSAFAH PENDIDIKAN MRSM

Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Negara, kami percaya bahawa pendidikan adalah suatu usaha yang berterusan, dinamik dan saintifik untuk mempertingkatkan kualiti kepada diri sendiri, masyarakat, negara dan Tuhan. Kami juga yakin bahawa maktab yang berkualiti dan cemerlang sentiasa peka dan komited kepada usaha-usaha meningkatkan kualiti, produktiviti, kecemerlangan, penyuburan dan pengembangan potensi, kepimpinan dan kreativiti. Sesungguhnya setiap pelajar adalah unik, istimewa dan berpotensi tinggi untuk terus maju dalam mencipta kecemerlangan.

4. VISI

Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia.

Page 4: PERATURAN ASRAMA MRSM TUN MUHAMMAD FUAD STEPHENS

4

5. MISI

Menyediakan pelajar Bumiputera yang berpotensi dalam bidang sains dan teknologi.

6. BUDAYA MRSM

a. BudayaCemerlang

Cara berfikir, cara bertindak / berkelakuan pada tahap yang sangat baik. Sentiasa berusaha mencapai tahap yang terbaik dalam pelbagai bidang.

b. Budaya Keusahawanan

Cekap mengesan peluang dan sumber yang ada serta bersedia berhadapan dengan risiko di samping mempunyai sikap proaktif, komited, tekal dan cekal.

c. Budaya Ilmu

Berusaha mendapatkan ilmu sepanjang hayat dengan sentiasa mempunyai keinginan untuk mengamalkan, meningkatkan ilmu di samping menemu dan membina ilmu pengetahuan.

d. Budaya Kepimpinan

Bersemangat dan mempunyai ciri-ciri untuk memimpin, berani, yakin, tegas, bertanggungjawab, bijak berbahasa dan berwibawa.

e. Budaya Penyayang

Mempunyai perasaan simpati, prihatin, hormat menghormati, bersedia membantu orang lain, sayang harta benda dan alam sekitar.

f. Budaya Kepersisan Bahasa

Mampu berbahasa dengan bijak, tepat dan jitu. Boleh menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

g. Budaya Berfikiran

Dapat berfikir secara kreatif, kritis, inovatif, proaktif dan rasional.

h. Budaya Saintifik

Mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

i. Budaya Menghargai Masa

Dapat menepati dan menggunakan masa dengan berkesan.

j. Budaya Sihat

Menjaga kesihatan dan rupa diri, bersih fizikal, mental dan spiritual dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Page 5: PERATURAN ASRAMA MRSM TUN MUHAMMAD FUAD STEPHENS

5

k. Budaya Estetik

Menghayati seni dan keindahan. Boleh menghasilkan sesuatu yang indah dan dapat diterima oleh orang lain.

l. Budaya Muafakat (Jamaie)

Mengamalkan semangat bekerjasama, bantu membantu dan semangat persaudaraan (esprit de corps).

m. Budaya Jati Diri

Mengenal asal usul dan adat resam serta menunjukkan kecintaan terhadap bangsa dan mendaulatkannya.

n. Budaya Beradab

Mempunyai (menunjukkan) adab, berbudi bahasa, bersopan santun dan maju dalam tingkat kehidupan (jasmani dan rohani).

o. Budaya Berdikari

Mempunyai dorongan dalaman untuk membina, mengarah dalam mencapai matlamat sendiri (self directed).

7. ETIKA PELAJAR

a. Kepercayaan Kepada Tuhan

Sentiasa menunjukkan tingkah laku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar yang percaya kepada Tuhan dan bersyukur atas segala kemudahan dan nikmat yang dikurniakan.

b. Bersopan Dan Bertatasusila

Sentiasa menunjukkan tingkah laku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar yang bersopan santun, berpekerti mulia, berbudi bahasa, menghormati ibu bapa, guru-guru, ketua dan rakan-rakan.

c. Kepatuhan Kepada Undang-Undang

Sentiasa menunjukkan tingkah laku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar yang berdisiplin dan menghormati Peraturan & Undang-Undang Agama, Maktab dan Negara.

d. Menghormati Masa Dan Tanggungjawab

Sentiasa menunjukkan tingkah laku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar yang menepati masa, rajin dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan sesuatu tugas dan tanggungjawab.

e. Mementingkan Kesihatan Dan Kebersihan

Sentiasa menunjukkan tingkah laku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar yang bersih, sihat, kemas, berwibawa, berketerampilan, mementingkan kebersihan dan mencintai alam sekitar.

Page 6: PERATURAN ASRAMA MRSM TUN MUHAMMAD FUAD STEPHENS

6

f. Berfikiran Positif Dan Bercita-cita Tinggi

Sentiasa menunjukkan tingkah laku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar yang yakin kepada kebolehan diri sendiri, tidak mudah putus asa, berpandangan jauh, berjiwa besar, patriotik, dinamik, berdaya saing dan bercita-cita tinggi.

8. TANGGUNGJAWAB PELAJAR

8.1 Tanggungjawab kepada diri sendiri

i. Menjaga kebersihan diri, termasuklah kebersihan fizikal, mental dan rohani. ii. Bersopan, jujur dan amanah. iii. Menghargai dan menepati masa. iv. Berjimat cermat. v. Bersifat sederhana dan tidak sombong. vi. Sabar dan bertolak ansur. vii. Menghormati hak asasi orang lain. viii. Berani dan cekal hati. ix. Bersikap dedikasi. x. Bersikap berdikari. xi. Bersifat rajin dan berusaha. xii. Berjuang mencapai kecemerlangan dalam semua bidang.

8.2 Tanggungjawab kepada keluarga

i. Menghormati orang-orang tua dan ibu bapa. ii. Memupuk hubungan yang baik sesama ahli keluarga. iii. Memenuhi hasrat dan cita-cita keluarga untuk menjadi seorang berpendidikan dan bermoral

tinggi. iv. Menjaga nama baik keluarga. v. Menghormati sahabat/kenalan keluarga.

8.3 Tanggungjawab kepada maktab

i. Mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan maktab. ii. Menghormati guru-guru dan kakitangan. iii. Belajar bersungguh-sungguh.

Menaikkan imej maktab dalam semua bidang. iv. Memupuk dan menghayati nilai-nilai moral yang tinggi. v. Bekerjasama dan bersatu padu tanpa mengira unit/MRSM. vi. Menceburi aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh unit dan maktab. vii. Mengguna dan menghargai kemudahan yang disediakan oleh maktab/ MARA dengan baik.

8.4 Tanggungjawab kepada masyarakat

i. Tolong menolong dan bekerjasama. ii. Menghormati orang-orang yang lebih tua. iii. Suka bertolak ansur. iv. Menghormati agama, pantang larang dan adat resam kaum lain. v. Bersifat toleran. vi. Rasa bersefahaman dan sabar. vii. Melibatkan diri dalam aktiviti khidmat masyarakat/kebajikan. viii. Bersifat kasihan terhadap sesama manusia dan haiwan serta alam sekitar. ix. Memelihara kerukunan hidup berjiran. x. Mempertahankan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia daripada pencemaran budaya.

Page 7: PERATURAN ASRAMA MRSM TUN MUHAMMAD FUAD STEPHENS

7

8.5 Tanggungjawab kepada negara

i. Mencintai negara dan bersedia untuk berkhidmat dan mempertahankan negara. ii. Mematuhi undang-undang. iii. Mengamalkan Prinsip Rukun Negara. iv. Menjaga kemudahan-kemudahan awam. v. Menjaga dan menaikkan imej negara. vi. Memelihara perpaduan dan kerukunan hidup rakyat Malaysia. vii. Memelihara dan mempertahan keindahan semula jadi negara.

8.6 Tanggungjawab kepada agama

i. Taat kepada perintah Allah S.W.T. ii. Mempertahankan kesucian agama. iii. Mendalami dan mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan harian. iv. Menuntut ilmu sebagai memenuhi tuntutan agama. v. Menyebarluaskan nilai-nilai murni keagamaan di kalangan masyarakat.

Page 8: PERATURAN ASRAMA MRSM TUN MUHAMMAD FUAD STEPHENS

8

Bahagian II: PANDUAN PENGURUSAN PELAJAR

1. TUJUAN Mewujudkan satu suasana yang selesa, tenteram, tidak terancam dan kasih sayang di kalangan

pelajar yang berasal daripada pelbagai latar belakang. Membina dan menyuburkan keterampilan sahsiah dan kepimpinan pelajar di asrama. Menjaga kebajikan dan keselamatan pelajar di asrama. Memastikan peraturan asrama dipatuhi. Memupuk nilai-nilai murni dikalangan pelajar.

2. PENGENALAN UNIT GURU ASRAMA MRSM TUN MOHAMMAD FUAD STEPHENS

a. MOTO DAN LOGO UNIT GURU ASRAMA PENYAYANG (GAP)

b. CARTA ORGANISASI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ASRAMA

EN ROSLAN BIN HJ MOHAMED SALLEH

(PENGETUA)

EN MUHD ANDI ARISSYAHBAN BIN ANDI

MOHD ARIFFIN

(KETUA GURU ASRAMA)

EN ABDUL HADI ISLAM BIN ABAS

(PENOLONG KETUA GURU ASRAMA (LELAKI))

GURU ASARAMA LELAKI

PN SALIZA BINTI KAHAR

(PENOLONG KETUA GURU ASRAMA (PEREMPUAN))

GURU ASRAMA PEREMPUAN

JAWATANKUASA PEGURUSAN ASRAMA (JPA)

PELAJAR

EN NOSHAM BIN AZHAR

(PEN PEGAWAI TADBIR KANAN)

PN RAYANI BINTI AHMAD

P(EMB TADBIR KANAN (ASRAMA))

EN ABU BAKAR BIN TOMPANG

PEMB TADBIR (ASRAMA)

EN .MOHD FADZLI BIN MUHAMMAD

(TIMB PENGETUA PEMBANGUNAN PELAJAR)

*NOTA: Nisbah 50 orang pelajar = 1 orang Guru Asrama termasuk Ketua Guru Asrama

Page 9: PERATURAN ASRAMA MRSM TUN MUHAMMAD FUAD STEPHENS

9

3. TUGAS DAN PERANAN KETUA GURU ASRAMA & GURU ASRAMA

3.1 Ketua Guru Asrama

i. Mewakili Pengetua dalam hal-hal pentadbiran asrama selepas waktu pejabat. ii. Menghadiri Mesyuarat Pelaksana MRSM.

iii. Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penguatkuasaan Peraturan Maktab (JPPM).

iv. Menyelia tugas Guru Asrama. v. Menyediakan jadual tugas harian dan mingguan Guru Asrama.

vi. Memeriksa laporan harian Guru Asrama bertugas dan mengambil tindakan yang sesuai.

vii. Mengadakan mesyuarat tindakan Guru Asrama sekurang-kurangnya sebulan sekali. Salinan minit mesyuarat tersebut hendaklah disampaikan kepada pihak Pengetua & Timbalan Pengetua (PPP).

viii. Bertanggungjawab terhadap semua hal kebajikan pelajar di asrama. ix. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua / Timbalan

Pengetua (PP) dari semasa ke semasa.

3.2 Guru Asrama

i. Menguruskan penempatan pelajar baru ke asrama. ii. Memastikan jadual waktu harian pelajar dipatuhi.

iii. Bertanggungjawab terhadap semua hal makanan dari segi menu, kebersihan, kualiti, kuantiti dan spesifikasi.

iv. Bertanggungjawab terhadap perlaksanaan peraturan asrama dipatuhi oleh pelajar.

v. Mengawasi keluar masuk pelajar pada masa cuti, hujung minggu dan pada masa-masa tertentu.

vi. Melaksanakan kegiatan yang sesuai untuk perkembangan emosi, rohani, jasmani dan sosial yang sihat dalam kalangan pelajar di asrama.

vii. Mengambil tindakan yang sesuai untuk mendapat rawatan bagi pelajar yang sakit.

viii. Membantu mengelola latihan kebakaran di asrama. ix. Mengawas keselamatan diri dan harta benda pelajar di asrama. x. Menyediakan laporan harian untuk tindakan Ketua Guru Asrama.

xi. Mengadakan gotong-royong membersihkan asrama.

Page 10: PERATURAN ASRAMA MRSM TUN MUHAMMAD FUAD STEPHENS

10

4. JAWATANKUASA PENTADBIRANA SRAMA

4.1 BIRO KEBAJIKAN

i. Membantu pelajar hidup selesa dan harmonis. ii. Melapor dan mengambil tindakan yang perlu terhadap pelajar yang sakit dan

bermasalah. iii. Mengurus dan menjaga bilik utiliti dan melaporkan segala kerosakan kepada

pihak pengurusan asrama. iv. Mengurus dan mengendalikan lawatan ke hospital bagi kes tertentu. v. Membantu pengurusan asrama menyalurkan kemudahan di asrama.

vi. Membantu mengurus dan melaksanakan program yang berkaitan dengan kebajikan penghuni di asrama.

vii. Memberi cadangan dan pandangan tentang kebajikan pelajar kepada pengurusan asrama.

4.2 BIRO DISIPLIN DAN KESELAMATAN

i. Memastikan penghuni asrama mematuhi jadual harian dan peraturan asrama. ii. Mencadangkan langkah-langkah yang sesuai bagi mencegah masalah

disiplin. iii. Membantu Guru Asrama ketika membuat ‘morning call’ dan ‘roll call’. iv. Membantu Guru Asrama ketika pemeriksaan asrama dijalankan. v. Bekerjasama dengan Guru Asrama ketika latihan kebakaran diadakan.

vi. Mengawasi penggunaan peralatan elektrik bagi mencegah kemalangan. vii. Membuat laporan kepada Ketua Guru Asrama mengenai masalah disiplin.

viii. Memaklumkan kepada pelajar tentang arahan maktab dari semasa ke semasa.

4.3 BIRO KEROHANIAN

i. Merancang dan melaksanakan aktiviti kerohanian dengan kelulusan pihak pengurusan asrama.

ii. Memastikan semua pelajar solat berjemaah di surau dan Solat Jumaat bagi pelajar lelaki.

iii. Memastikan aktiviti kerohanian di asrama berjalan dengan lancar. iv. Membantu Guru Asrama untuk membentuk sahsiah dan peribadi yang mulia

pelajar. v. Memastikan ikatan persaudaraan / persahabatan sesama pelajar terjalin

dengan baik. vi. Membuat laporan sahsiah pelajar kepada Guru Asrama secara berkala.

vii. Membantu dan membimbing pelajar yang kurang kefahaman dalam penghayatan agama.

viii. Bekerjasama dengan unit lain di maktab dalam melaksanakan aktiviti kerohanian.

Page 11: PERATURAN ASRAMA MRSM TUN MUHAMMAD FUAD STEPHENS

11

4.4 BIRO MAKANAN

i. Memastikan menu makanan yang ditetapkan dipatuhi. ii. Memantau kebersihan dan keceriaan dewan makan. iii. Menerima dan melaporkan aduan tentang kualiti & kuantiti makanan kepada

pihak pengurusan asrama. iv. Memastikan pelajar sakit di bilik sakit mendapat makanan yang sesuai. v. Menguruskan pelajar berpuasa dan memaklumkan kepada pengurusan

dewan makan. vi. Memastikan dewan makan dan peralatan makanan adalah bersih dan

melaporkan sekiranya tahap kebersihan tidak memuaskan kepada pihak pengurusan asrama.

4.5 BIRO KEBERSIHAN DAN KECERIAAN

i. Merancang dan melaksanakan program kebersihan dan keceriaan. ii. Memastikan semua pelajar menjaga kebersihan dan keceriaan di bilik,

tandas, bilik utiliti dan persekitaran asrama. iii. Membuat laporan kebersihan dan keceriaan kepada Guru Asrama. iv. Bekerjasama dengan pihak pekerja kebersihan asrama. v. Membuat laporan dan mengambil tindakan yang sewajarnya jika perlu.

4.6 BIRO SUKAN

i. Merancang dan melaksanakan aktiviti sukan / riadah dengan kelulusan pihak

pengurusan asrama. ii. Memastikan semua pelajar terlibat dalam aktiviti sukan. iii. Memastikan jadual aktiviti sukan dipatuhi oleh pelajar. iv. Memastikan keadaan gelanggang / padang dan peralatan selamat untuk

digunakan. v. Memastikan alatan sukan mencukupi dan membuat laporan jika perlu. vi. Menguruskan rekod keluar masuk / pinjaman alatan sukan di asrama.

4.7 BIRO TUGAS-TUGAS KHAS

i. Melaksanakan program yang memerlukan tindakan segera seperti:- ii. Gotong-royong perdana sempena program tertentu. iii. Mengadakan jamuan asrama. iv. Menganjurkan program kebudayaan dan kesenian. v. Demonstrasi pengurusan diri, pakaian, bilik, katil dan almari. vi. Hari Terbuka (lawatan ke asrama) vii. Memungut derma sempena program tertentu. viii. Lain-lain program yang berkaitan.

Page 12: PERATURAN ASRAMA MRSM TUN MUHAMMAD FUAD STEPHENS

12

c. GARIS PANDUAN PENGADUAN KES SALAH LAKU PELAJAR DI MRSM TMFS PENGADUAN

o Mangsa/Saksi dilarang sama sekali merahsiakan sesuatu kes salah laku pelajar lain dari pengetahuan pihak maktab walaupun mangsa/saksi menerima ugutan daripada tertuduh.

o Jaminan keselamatan akan diberikan oleh pihak maktab kepada mangsa/saksi yang mengadu kes salah laku pelajar lain.

AD

UA

N P

ELA

JAR

•Pelajar Mengadu kes salah laku

•Sebarang kes salah laku pelajar di MRSM TMFS adalah WAJIB diadukan ke

pengetahuan pihak maktab untuk

diambil tindakan yang sewajarnya

sebagaimana termaktub di dalam Buku

Panduan Pengurusan

Disiplin Pelajar MRSM.

TER

IMA

AD

UA

N

Saluran pengaduan boleh dilakukan melalui

saluran berikut:

1. makluman secara lisan;

2. makluman melalui khidmat pesanan ringkas (SMS); atau

3. makluman secara bertulis.

BOLEH MENGADU KEPADA:

Pengetua;

Timbalan - Timbalan Pengetua;

Ketua Guru Asrama;

Guru Asrama;

Guru Penasihat Lembaga Disiplin Pelajar;

Guru Penasihat Homeroom

SIA

SATA

N

•Jawatankuasa Penguatkuasaan

Peraturan Maktab (JPPM) membuat

siasatan

•Membawa kes ke Jemaah Disiplin Maktab (JDM)

untuk dibicarakan.

Page 13: PERATURAN ASRAMA MRSM TUN MUHAMMAD FUAD STEPHENS

13

d. PERATURAN PAKAIAN PELAJAR LELAKI

1. BAJU PELAJAR LELAKI Semua BAJU pelajar TIDAK mempamerkan unsur-unsur/imej/perkataan/melambang pertubuhan/organisasi yang tidak sesuai/ganas/lucah/gangsterisme/provokasi dan yang menyalahi peraturan dan Undang-undang Negara Malaysia.

*ilustrasi dibawah ini diambil dari internet bagi meningkatkan kefahaman pelajar.

Baju T tidak berkolar hanya dibenarkan untuk aktiviti bersukan/riadah dan ketika berada di asrama sahaja

Baju yang mepamerkan imej/perkataan yang tidah bersesuaian adalah tidak dibenarkan.

Baju panas (sweater) yang tiada dibenarkan dalam keadaan tertentu sahaja.

Pemakaian semua jenis jacket TIDAK DIBENARKAN pada waktu akademik/sebarang aktiviti rasmi maktab.

Baju kemeja berkolar potongan biasa sama ada berlengan panjang atau pendek dibenarkan.

Baju hendaklah disisipkan (Tuck in) ke dalam seluar.

Baju kemeja berlengan panjang hendaklah dibutangkan di pergelangan tangan dan TIDAK DIBENARKAN dilipat

Lain-lain jenis baju seperti baju T berkolar, baju T sukan atau seumpamanya DIBENARKAN.

Baju yang dipakai hendak disisipkan ke dalam seluar (Tuck in) menampilkan imej pelajar yang kemas dan bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan.

Baju yang berjenama TIDAK DIBENARKAN dibawa ke maktab.

Page 14: PERATURAN ASRAMA MRSM TUN MUHAMMAD FUAD STEPHENS

14

o Seluar

2. SELUAR PELAJAR PUTERA

Semua SELUAR pelajar TIDAK mempamerkan unsur-unsur/imej/perkataan/melambang pertubuhan/organisasi yang tidak sesuai/ganas/lucah/gangsterisme/provokasi dan yang menyalahi peraturan dan Undang-undang Negara Malaysia.

*ilustrasi dibawah ini diambil dari internet bagi meningkatkan kefahaman pelajar.

Kain seluar slack yang dibenarkan menggunakan fabrik jenis polyster sahaja. Selain itu seluar daripada jenis Denim, PVC, Corduroy atau Kulit TIDAK DIBENARKAN.

Pemakaian semua jenis jeans, cotton, khaki slack dan cargo pant TIDAK DIBENARKAN.

Paras kaki seluar hendaklah melepasi bawah buku lali dan ukur lilit kaki seluar hendaklah diantara 34 cm-45 cm.

Fesyen seluar slack yang terlalu ketat atau terlalu longgar, baggy, slimfit, skinny dan berkaki singkat TIDAK DIBENARKAN.

o Tali Pinggang

TALI PINGGANG PELAJAR PUTERA

Semua tali pinggang pelajar TIDAK mempamerkan unsur-unsur/imej/perkataan/melambang pertubuhan/organisasi yang tidak sesuai/ganas/lucah/gangsterisme/provokasi dan yang menyalahi peraturan dan Undang-undang Negara Malaysia. *ilustrasi dibawah ini diambil dari internet bagi meningkatkan kefahaman pelajar.

Tali pinggang hendaklah dari jenis KULIT atau PVC SAHAJA.

Lebar tali pinggang hendaklah di antara 2.5 cm – 3.0 cm dan berwarna hitam atau coklat tua.

Kepala tali pinggang hendaklah tidak terlalu besar dan tidak mempunyai lambang yang tidak sesuai, seperti lambang binatang atau tulisan yang tidak bermoral.

Tali pinggang yang berwarna-warni dan berbelang TIDAK DIBENARKAN.

Page 15: PERATURAN ASRAMA MRSM TUN MUHAMMAD FUAD STEPHENS

15

o Kasut dan Stoking

PEMAKAIAN KASUT KETIKA SESI AKADEMIK

Kasut hendaklah dari jenis kulit atau PVC berwarna hitam.

Warna stoking hendaklah berwarna hitam dan tidak berbelang-belang atau berwarna-warni.

Stoking hendaklah menutupi buku lali.

Kasut sukan dibenarkan pada waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK).

Selipar, sandal, boot, semi boot, atau lain-lain kasut yang berwarna-warni dan bercorak TIDAK DIBENARKAN ke kawasan akademik dan pentadbiran.

PEMAKAIAN KASUT KETIKA PREP/KE SURAU

PEMAKAIAN KASUT KETIKA SUKAN/RIADAH

Sandal yang menutupi bahagian depan dan belakang kaki.

Kasut sukan yang bersesuaian dengan aktiviti sukan/riadah

berstoking

PEMAKAIAN JENIS KASUT YANG TIDAK DIBENARKAN

Page 16: PERATURAN ASRAMA MRSM TUN MUHAMMAD FUAD STEPHENS

16

o Tali Leher dan Tag Nama

Tali leher rasmi maktab sahaja yang dibenarkan.

Tali leher hendaklah dipakai semasa kelas akademik, perhimpunan, majlis makan rasmi dan lain-lain majlis yang dirasakan perlu.

Pemakaian tag nama adalah WAJIB.

PANDUAN MEMAKAI TALI LEHER

o Tutup Kepala

Hanya songkok berwarna hitam sahaja DIBENARKAN pada waktu akademik.

Kopiah dan serban TIDAK DIBENARKAN kecuali untuk tujuan menunaikan solat sahaja.

Page 17: PERATURAN ASRAMA MRSM TUN MUHAMMAD FUAD STEPHENS

17

PELAJAR PUTERI o Baju dan Kain

Pelajar hanya dibenarkan memakai baju kurung untuk ke kawasan akademik dan pentadbiran.

Pelajar bukan Islam digalakkan memakai baju kurung dan dibenarkan memakai blaus berlengan panjang serta skirt labuh melebihi paras lutut.

Baju dan kain hendaklah tidak ketat dan jarang serta menampakkan susuk badan.

o Tudung

Tudung hendaklah berbentuk segi tiga depan dan belakang serta dijahit di bahagian depan.

Tudung dan anak tudung berwarna putih sahaja dibenarkan pada waktu akademik.

Tudung hendaklah tidak jarang dan tidak bercorak serta menutupi bahagian dada.

Tudung warna hitam sahaja dibenarkan di luar waktu akademik.

Pelajar muslim sahaja

o Kasut

PEMAKAIAN KASUT KETIKA SESI AKADEMIK PEMAKAIAN KASUT KETIKA SUKAN/RIADAH

Kasut berwarna hitam dan tidak bercorak dari jenis kanvas / getah/ kulit yang bersarung dan bukan dari jenis selipar atau sandal.

Warna stoking hendaklah berwarna hitam dan tidak berbelang-belang atau berwarna-warni.

Stoking hendaklah menutupi buku lali.

Ketinggian tumit kasut tidak melebihi 2.5 cm.

Kasut sukan yang bersesuaian dengan aktiviti sukan/riadah.

Berstoking.

PEMAKAIAN KASUT KETIKA PREP/ KE SURAU

Pelajar perempuan memakai kasut/sandal ketika waktu prep/ke surau

PEMAKAIAN JENIS KASUT/STOKING YANG TIDAK DIBENARKAN

Stoking berwarna-warni

Kasut berwarna-warni Kasut bertumit tinggi Kasut berfesyen

Page 18: PERATURAN ASRAMA MRSM TUN MUHAMMAD FUAD STEPHENS

18

PAKAIAN LARANGAN

o Pada bila-bila masa di dalam kawasan maktab, pelajar dilarang memakai/memiliki/menyimpan pakaian seperti berikut: Semua jenis pakaian yang ditafsirkan sebagai menjolok mata atau pakaian yang

mendedahkan aurat mengikut tafsiran Islam atau pakaian ketat yang memperlihatkan raut anggota atau tubuh badan pemakainya, atau pakaian yang ditafsirkan sebagai seksi/berfesyen keterlaluan atau bertentangan nilai-nilai budaya dan moral masyarakat.

Baju atau pakaian yang ada gambar orang atau kumpulan seperti penyanyi, pemimpin, ahli sukan dan sebagainya atau gambar-gambar lucah atau gambar-gambar yang bertentangan dengan akidah Islam atau bertentangan dengan nilai-nilai murni budaya bangsa dan Negara.

Baju atau pakaian yang bertulis dengan tulisan atau lakaran lucah, ganas atau bertentangan dengan nilai-nilai murni budaya bangsa dan negara.

Semua jenis jeans dan cotton slacks. Tali pinggang berkepala besar, rugged, berwarna-warni dengan tulisan atau lakaran

atau reka bentuk binatang, lucah, ganas dan sebagainya. Mini telekung (tudung bulat labuh) untuk pelajar perempuan. Tidak memakai baju, memakai baju menampakkan pusat, berkemban, memakai tuala

mandi sahaja dan berkaki ayam. Memakai sebarang jenis pakaian yang dianggap tidak sesuai/tidak wajar dipakai oleh

pelajar sekolah. Memakai baju T tidak berkolar. Memakai baju yang menyerupai tentera, polis, atau agensi-agensi keselamatan lain

(kecuali semasa sesi kokurikulum). Memakai pakaian yang selekeh, kotor, koyak, berbau busuk atau bertampal. Berpakaian separuh bogel iaitu tidak memakai baju, berkemban atau memakai tuala

mandi sahaja. Berkaki ayam dan tidak memakai alas kaki/kasut kecuali dalam bilik mandi/asrama

atau tempat-tempat yang dilarang memakai kasut.

Page 19: PERATURAN ASRAMA MRSM TUN MUHAMMAD FUAD STEPHENS

19

PERATURAN PAKAIAN UNTUK AKTIVITI MAKTAB

o Kod Pakaian

Page 20: PERATURAN ASRAMA MRSM TUN MUHAMMAD FUAD STEPHENS

20

Page 21: PERATURAN ASRAMA MRSM TUN MUHAMMAD FUAD STEPHENS

21

Page 22: PERATURAN ASRAMA MRSM TUN MUHAMMAD FUAD STEPHENS

22

RINGKASAN KOD PAKAIAN MENGIKUT AKTIVITI

BIL AKTIVITI KOD PAKAIAN

PUTERA PUTERI

1

Hari Akademik

Isnin

Selasa

Rabu

Khamis

Jumaat

KP01 KP02

Badan Uniform KP03 KP05

KP01 KP02

Badan Uniform KP03 KP01

2 Perhimpunan Rasmi KP01

3 Kelas Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan (Praktikal)

KP04

4 Sukan & Permainan Pakaian sukan yang memenuhi

asas KP04. Baju T tidak berkolar yang bersesuaian dibenarkan.

5 Keluar Bandar/Pulang Bermalam/Kembali ke Maktab KP03

6 Berkelah di luar KP04

7 Kerja luar mengikut guru (Fieldwork) KP03

8 Lawatan Rasmi KP03

9 Lawatan Tidak Rasmi KP04

10 Solat Jumaat KP05 KP01

11 Majlis/Jamuan Rasmi KP03 atau lain-lain pakaian

berdasarkan ketetapan pihak penganjur

12 Mengikuti pertandingan di luar KP03

13 Mengikuti pertandingan sukan di luar Pakaian sukan yang memenuhi

asas KP04.

14 Program Khidmat Masyarakat KP03 / KP04 / Pakaian yang

disediakan

DEWAN SELERA Hari Persekolahan:

o Pakaian adalah seperti ke kelas akademik.

Malam / Hujung Minggu / Cuti Am:

o Pakaian mestilah kemas dan bersih. o Pemakaian baju T tidak berkolar tidak

dibenarkan di kalangan pelajar lelaki.

KELAS TAMBAHAN/GANTIAN Hari Persekolahan:

o Pakaian adalah seperti ke kelas.

Malam / Hujung Minggu/Cuti Am: o Pakaian mestilah kemas dan bersih.

KELAB DAN PERSATUAN Pakaian seragam atau pakaian ke kelas persediaan (petang).

SURAU Hari Persekolahan:

o Pakaian adalah seperti ke kelas persediaan (malam).

Malam / Hujung Minggu/Cuti Am: Pakaian mestilah kemas dan bersih.

BADAN BERUNIFORM Pakaian seragam atau pakaian yang ditetapkan oleh Timbalan Pengetua Hal Ehwal Kokurikulum.

BADAN KEPIMPINAN PELAJAR Pakaian yang ditetapkan oleh pihak maktab.

Page 23: PERATURAN ASRAMA MRSM TUN MUHAMMAD FUAD STEPHENS

23

RUPA/PENAMPILAN DIRI PELAJAR LELAKI

o Rambut Rambut mestilah sentiasa pendek, tidak tebal dan tidak mencecah kolar baju. Pelajar digalakkan memotong rambut no 2. Rambut mestilah bersih dan disikat. Membotakkan kepala TIDAK DIBENARKAN. Mewarnakan rambut TIDAK DIBENARKAN. Stail rambut yang keterlaluan seperti ‘punk’, ‘trojan’, ‘skin head’, ‘bross’ dan lain-lain

TIDAK DIBENARKAN. Menyimpan jambul melebihi aras kening dan ekor rambut TIDAK DIBENARKAN. Menggunakan gel, pengeras rambut atau minyak rambut yang berbau tengik TIDAK

DIBENARKAN.

PANDUAN POTONGAN RAMBUT PELAJAR LELAKI

(1 : 2 : 4)

PANDANGAN HADAPAN PANDANGAN SISI PANDANGAN BELAKANG

1. Panjang rambut tidak melebihi satu inci.

2. Rambut jatuh tidak menutup 1/3 bahagian dahi.

1. Panjang rambut tidak melebihi satu inci.

2. Rambut jatuh tidak menutup 1/3 bahagian telinga.

3. Sideburn tidak melebihi garisan tengah hidung.

1. Panjang rambut tidak melebihi satu inci.

2. Rambut jatuh tidak melebihi cuping telinga atau menyentuh kolar baju.

o Misai, Janggut & Jambang

Menyimpan misai dan janggut TIDAK DIBENARKAN. Jambang atau ekor pipit yang dibenarkan adalah 2 cm sahaja.

o Cermin Mata / Kanta Lekap

TIDAK DIBENARKAN memakai cermin mata hitam / kanta lekap kecuali atas nasihat doktor.

Cermin mata hendaklah tidak berbingkai besar atau terlalu kecil dan tidak berfesyen. Cermin mata berwarna / kanta lekap berwarna hanya dibenarkan setelah mendapat

kebenaran doktor sahaja.

o Kuku

Menyimpan kuku panjang TIDAK DIBENARKAN.

Mewarnakan kuku secara moden atau tradisional TIDAK DIBENARKAN.

Kuku hendaklah sentiasa bersih sepanjang masa.

Page 24: PERATURAN ASRAMA MRSM TUN MUHAMMAD FUAD STEPHENS

24

o Pemakaian Aksesori / Barang Kemas

Memakai tangkal, azimat, aksesori dan barang kemas termasuk yang mempunyai lambang keagamaan TIDAK DIBENARKAN.

Bertindik, bertatu, dan berinai TIDAK DIBENARKAN.

PELAJAR PEREMPUAN o Rambut

Rambut hendaklah pendek, jika panjang mestilah diikat/didandan dengan riben hitam/putih atau biru.

Rambut tidak boleh menutupi bahagian muka. Rambut yang berfesyen dan berwarna TIDAK DIBENARKAN. Rambut mestilah kemas dan bersih. Pemakaian tudung adalah WAJIB bagi pelajar muslimah.

PANDUAN RAMBUT PELAJAR PEREMPUAN NON MUSLIM

PANDANGAN HADAPAN PANDANGAN SISI PANDANGAN BELAKANG

o Muka

Memakai alat solek seperti gincu, celak dan lain-lain TIDAK DIBENARKAN. Mencukur bulu kening atau mencabutnya TIDAK DIBENARKAN.

o Kuku

Menyimpan kuku panjang TIDAK DIBENARKAN. Mewarnakan kuku secara moden atau tradisional TIDAK DIBENARKAN. Kuku hendaklah sentiasa bersih sepanjang masa.

o Cermin Mata/Kanta Lekap

TIDAK DIBENARKAN memakai cermin mata/kanta lekap kecuali atas nasihat doktor. Cermin mata hendaklah tidak berbingkai besar atau terlalu kecil dan tidak berfesyen. Cermin mata berwarna/kanta lekap berwarna hanya dibenarkan setelah mendapat

kebenaran doktor sahaja.

o Pemakaian Aksesori/Barang Kemas Memakai tangkal, azimat, aksesori dan barang kemas termasuk yang mempunyai

lambang keagamaan TIDAK DIBENARKAN. Bertindik, bertatu, dan berinai TIDAK DIBENARKAN.

Sumber rujukan: Surat Pekeliling Iktisas No.2/1976 (Kementerian Pendidikan Malaysia) Surat Pekeliling Iktisas No.3/1983 (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Page 25: PERATURAN ASRAMA MRSM TUN MUHAMMAD FUAD STEPHENS

25

KELUAR KE BANDAR KELUAR KE BANDAR PADA HUJUNG MINGGU/CUTI AM

o Pelajar dibenarkan keluar ke Bandar Batu Enam (Pasaraya Giant) atau Bandar Batu Lapan (Pasaraya Servay) mengikut Jadual Outing (lelaki/perempuan) yang telah ditetapkan oleh pihak maktab.

o Masa outing ialah pada hari Ahad jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (tertakluk kepada perubahan jika melibatkan cuti am).

o Pelajar perlu mendapatkan tandatangan Guru Asrama bertugas pada Buku Outing. o Pelajar DIWAJIBKAN menggunakan pengangkutan bas yang telah disediakan kecuali pelajar

yang keluar ke bandar bersama dengan ibu bapa/waris/penjaga. o Pelajar dikehendaki memakai baju Batik Maktab (pakaian kod KP03). o Ibu bapa/waris/penjaga perlu menunjukkan kad pelawat kepada Pengawal Keselamatan dan

Guru Asrama bertugas untuk mengesahkan pengenalan diri ibu bapa/waris/penjaga pelajar.

KELUAR KE BANDAR PADA HARI-HARI PERSEKOLAHAN/PADA WAKTU-WAKTU LAIN o Pelajar dikehendaki menghantar surat permohonan kepada Pengetua/Timbalan Pengetua

(PP) semasa waktu pejabat. o Pelajar dikehendaki menghantar surat permohonan kepada Ketua Guru Asrama selepas waktu

pejabat. o Dalam kedua-dua perkara di atas pelajar hendaklah berurusan dengan Ketua Guru

Asrama/Guru Asrama bertugas untuk tujuan mendapatkan tanda tangan pada kad keluar kampus pelajar.

PERATURAN AM KELUAR KE BANDAR

o Para pelajar hendaklah mematuhi giliran keluar ke bandar sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbiran asrama.

o Kad kebenaran keluar kampus hendaklah dipenuhi dengan lengkap dan ditandatangani oleh guru asrama sebelum diserahkan di pondok pengawal.

o Para pelajar hendaklah memakai baju kod KP03 seperti yang dikehendaki dalam peraturan mengenai pakaian.

o Pelajar DILARANG menukar pakaian selain yang ditetapkan sepanjang berada diluar kawasan sekolah.

o Para pelajar dikehendaki keluar dalam kumpulan berdua atau lebih dan daripada jantina yang sama.

o Pelajar dilarang mengunjungi tempat tempat seperti di bawah: Pusat-pusat permainan hiburan yang memiliki alat permainan “billiard”, Mesin “pin-

ball”, “video games”, Snooker dan seumpamanya. Semua tempat permainan “bowling” Semua kelab malam, bar, disko, pusat karaoke dan seumpamanya. Semua tempat pelacuran atau pusat pusat kesihatan yang bertujuan seumpamanya.

o Pelajar-pelajar mestilah menunjukkan kelakuan yang baik semasa berada di luar kawasan maktab untuk menjamin keselamatan diri sendiri dan sentiasa menjaga nama maktab.

o Pelajar tidak dbenarkan membawa sebarang jenis beg.

Page 26: PERATURAN ASRAMA MRSM TUN MUHAMMAD FUAD STEPHENS

26

KELAS PERSEDIAAN (PREPARATORY CLASS(PREP)) WAKTU KELAS PERSEDIAAN (PREP)

HARI PETANG MALAM

Isnin Tiada

(Homeroom / Perhimpunan)

*8.00 mlm – 9.30 mlm

Selasa PREP(2.30 pm – 3.30 pm) atau

Aktiviti SEM

Rabu Tiada

(Kokurikulum)

Khamis

Kelas Akademik atau

PREP (2.30 pm – 3.30 pm)

Jumaat PREP (2.00 pm – 3.30 pm) Tiada

Sabtu 10.00 pg – 12.00 tgh Tiada

Ahad Tiada *7.00 mlm – 9.30 mlm **8.00 mlm – 9.30 mlm

Catatan: *Waktu mula prep malam pelajar muslim bergantung kepada waktu isyak.

PERATURAN

o Pelajar WAJIB hadir pada waktu kelas persediaan. o Kelas persediaan adalah di kelas yang telah ditetap. o Pelajar DILARANG mengganggu suasana belajar di kawasan asrama semasa kelas

persediaan berjalan. o Elakkan pembaziran tenaga elektrik ketika anda prep di tempat yang disediakan. o Gunakan lampu dan kipas mengikut bilangan yang berpatutan. Matikan suis elektrik apabila

tidak digunakan. o Pelajar DILARANG mengguna sebarang set permainan, radio, telefon bimbit, Ipad, tablet,

sebarang alatan IT, majalah atau bahan bahan bukan akademik semasa kelas persediaan berjalan.

o Pelajar dibenarkan untuk menggunakan earphone untuk mendengar muzik. o Para pelajar MESTI berada di dalam kelas yang telah ditetapkan pada waktu kelas persediaan. o Aktiviti-aktiviti seperti jamuan, mesyuarat dan sebarang jenis perjumpaan TIDAK

DIBENARKAN diadakan pada waktu kelas persediaan kecuali mendapat kebenaran daripada Timbalan Pengetua (PP) semasa waktu pejabat atau Ketua Guru Asrama di luar waktu pejabat.

o Pelajar yang sakit hendaklah berada di bilik sakit dengan kebenaran daripada Timbalan Pengetua (PP) semasa waktu pejabat atau Ketua Guru Asrama/Guru Asrama di luar waktu pejabat.

o Pelajar muslimah yang datang haid dikehendaki ke prep malam mengikut masa prep pelajar non muslim.

Page 27: PERATURAN ASRAMA MRSM TUN MUHAMMAD FUAD STEPHENS

27

PULANG BERMALAM JENIS-JENIS PULANG BERMALAM

o Terdapat 3 jenis pulang bermalam iaitu: Pulang bermalam wajib; Pulang bermalam pilihan; Pulang bermalam kecemasan; dan Pulang bermalam kebenaran khas.

PULANG BERMALAM WAJIB

o Pulang bermalam wajib merupakan pulang bermalam yang telah dijadualkan oleh pihak maktab.

o Pelajar DIWAJIBKAN untuk pulang bermalam dan ibu bapa PERLU membuat permohonan pulang kepada pihak maktab. Berikut adalah contoh pulang bermalam wajib iaitu:

Cuti pertengahan semester; Cuti semester; dan Cuti sempena perayaan. (Tertakluk kepada perayaan tertentu).

PULANG BERMALAM PILIHAN

o Semua waktu pulang bermalam ditetapkan dan dijadualkan Pulang bermalam pilihan merupakan pulang bermalam yang telah dijadualkan oleh pihak maktab.

o Pelajar TIDAK DIWAJIBKAN untuk pulang bermalam. o Pelajar TIDAK DIBENARKAN pulang ke rumah rakan tanpa kebenaran. o Ibu bapa perlu membuat permohonan pulang pihak maktab melalui penasihat homeroom

/email/pos. o Dengan adanya permohonan dan kebenaran daripada ibu bapa, maka pihak maktab akan

mempertimbangkan untuk membenarkan para pelajar pulang bermalam. o Berikut merupakan tatacara permohonan pulang bermalam pilihan:

Ibu bapa memberikan kebenaran untuk pelajar pulang bermalam pilihan dengan menghantar sms/ whatsapp/ telegram kepada penasihat homeroom.

Penasihat homeroom mencetak kebenaran ibubapa untuk dikepilkan pada borang pulang bermalam pilihan.

Penasihat homeroom menandatangani bagi pihak ibu bapa pada borang pulang bermalam pilihan.

Pelajar menghantar borang pulang bermalam pilihan ke pejabat (Pembantu Tadbir Asrama).

Pembantu Tadbir Asrama akan merekod dan menyerahkan borang pulang bermalam pilihan untuk kelulusan Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar(TPPP).

Borang pulang bermalam pilihan yang telah diluluskan akan diserahkan kepada Ketua Guru Asrama.

Pelajar perlu membawa kad outing untuk mendapatkan tandatangan Guru Asrama. Guru Asrama hanya akan menurunkan tandatangan berdasarkan borang pulang

bermalam pilihan yang telah diluluskan. PULANG BERMALAM KECEMASAN (PBK)

o Pulang bermalam kecemasan (PBK) merupakan pulang bermalam yang dipohon oleh ibu bapa atas sebab-sebab kecemasan seperti:

kematian; ahli keluarga sakit tenat; dan lain-lain urusan yang dirasakan sesuai.

o Untuk permohonan PBK, ibu bapa/penjaga perlu menghubungi Timbalan Pengetua (PP)/Ketua

Guru Asrama. PULANG BERMALAM KEBENARAN KHAS

o Pulang bermalam kebenaran khas merupakan pulang bermalam yang dipohon oleh ibu bapa/penjaga pada waktu yang tidak ditetapkan sebagai pulang bermalam pilihan atas sebab-sebab tertentu.

o Kelulusan adalah tertakluk kepada budi bicara pihak MRSM.

Page 28: PERATURAN ASRAMA MRSM TUN MUHAMMAD FUAD STEPHENS

28

PERKARA PENTING. o Ibu bapa perlu membuat permohonan awal dan elakkan membuat permohonan di saat-saat

terakhir (kecuali kes KECEMASAN sahaja). o Tempoh permohonan perlulah seminggu lebih awal daripada tarikh pulang bermalam.

Kegagalan mematuhi akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses. o Keselamatan perjalanan pelajar-pelajar yang pulang ke kampung bersendirian atas permintaan

ibu bapa/penjaga adalah atas tanggungjawab ibu bapa/penjaga sendiri. o Pelajar mesti membawa kad keluar kampus untuk ditandatangani oleh ketua guru asrama/guru

asrama pada setiap kali ingin pulang. o Kad keluar kampus yang telah siap diisi dan ditandatangani oleh Ketua Guru Asrama/guru

asrama hendaklah diserahkan kepada Pengawal keselamatan sebelum balik kampung. o Pelajar-pelajar hendaklah kembali ke maktab selewat lewatnya pada pukul 4.00 petang pada

hari terakhir cuti.

o Ibubapa/Penjaga/Wakil hendaklah datang mengambil pelajar di maktab, pelajar tidak dibenarkan balik sendiri kecuali langkah-langkah keselamatan telah disempurnakan dan

mendapat keizinan daripada ibubapa/penjaga. PERATURAN DAN TATATERTIB DI ASRAMA PENEMPATAN PELAJAR

o Para pelajar yang telah ditempatkan di tempat yang disediakan pada hari pendaftaran tidak dibenarkan berpindah ke tempat lain tanpa kebenaran Ketua Guru Asrama.

o Semasa penyerahan alatan kepada pelajar pada hari pendaftaran, setiap alatan tersebut hendaklah diperiksa dan ditandakan dalam senarai borang penyerahan alatan oleh pelajar. Sebarang kerosakan pada alatan tersebut setelah pemeriksaan semula akan dibiayai kos pembaikan/perolehan oleh pelajar.

o Segala kerosakan asrama dan alat kelengkapan lain yang disebabkan oleh pelajar akan dikenakan bayaran gantirugi. Jika tidak diketahui pelajar yang merosakkannya, semua pelajar di dalam asrama berkenaan mesti bertanggungjawab menggantikannya atau membayar gantirugi.

KEBERSIHAN BILIK

o Bilik mestilah kemas dan sentiasa bersih. o “Locker tag” mesti dilekatkan pada “Locker” / pintu masuk kiub. o Barang-barang seperti buku dan alatan lain hendaklah disusun dengan kemas. o Sampah sarap dibuang di tempat yang disediakan. o Gambar dan poster yang dibenarkan oleh pihak maktab sahaja boleh ditampal di dinding

dengan menggunakan “glue tack”. o Cadar dan sarung bantal maktab hendaklah sentiasa dipasang dengan kemas. o Selimut hendaklah dilipat dan diletakkan di hujung katil. o Pakaian yang kering hendaklah dilipat dengan kemas dan disimpan dalam almari. o Pakaian dan tuala yang basah hendaklah disidai di ampaian yang disediakan di luar asrama. o Barang-barang seperti beg, kotak kasut tidak dibenarkan diletakkan di atas almari. o Dilarang meletak buku, kain basahan dan baju di tingkap-tingkap asrama pada sebarang

waktu. o Kasut hendaklah disimpan di tempat yang disediakan. o Pakaian yang disidai di ampaian mestilah diangkat setelah kering. Pakaian yang jatuh

hendaklah diambil segera. Pakaian yang terbiar atau tidak diambil akan dibuang. o Pemeriksaan asrama akan dijalankan setiap hari pada jam 6.00 pagi.

PERATURAN AM PENGINAPAN PELAJAR

o Pada hari persekolahan, semua pelajar hendaklah berada di tapak morning roll call asrama pada jam 6.00 pagi - 6.45 pagi pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat manakala hendaklah berada di tapak morning roll call akademik pada hari Selasa dan Khamis pada waktu yang sama.

o Pelajar tidak dibenarkan pulang ke asrama pada waktu akademik termasuk waktu rehat. o Pelajar hendaklah menyusun dan mengemaskan bilik dan tempat tidur sebelum keluar ke

kawasan akademik pada setiap masa.

Page 29: PERATURAN ASRAMA MRSM TUN MUHAMMAD FUAD STEPHENS

29

o Para pelajar hendaklah bekerjasama menjaga kebersihan tempat tinggal, bilik tidur, surau, bilik air dan kawasan persekitaran asrama. Sampah sarap hendaklah dibuang ke dalam bekas sampah yang disediakan.

o Para pelajar dilarang sama sekali membawa balik ke asrama makanan atau peralatan dapur. Hanya makanan kering sahaja dibenarkan dibawa balik ke asrama.

o Para pelajar tidak dibenarkan menyimpan atau memiliki barang barang berbahaya seperti pisau, cangkul, racun, asid, mancis, pemetik api dan sebagainya di asrama.

o Barang berharga seperti emas, permata dan seumpamanya tidak dibenarkan. o Pelajar-pelajar diharamkan memiliki atau menyimpan atau mengedar rokok atau merokok.

Pelajar juga diharamkan memiliki/menyalahgunakan dadah serta menyimpan/meminum minuman keras.

o Sebarang bahan lucah diharamkan dibawa ke asrama/maktab. o Pelajar lelaki tidak dibenarkan ke kawasan asrama perempuan atau sebaliknya. o Pelajar tidak dibenarkan membuat bising yang keterlaluan di dalam asrama. o Pelajar hendaklah memastikan semua suis elektrik seperti lampu dan kipas dimatikan sebelum

meninggalkan asrama. o Para pelajar yang sakit mestilah berehat di bilik sakit dan tidak dibenarkan berada di asrama

sehingga dibenarkan oleh Pengetua/Timbalan Pengetua HEP/Ketua Guru Asrama/Guru Asrama.

o Semasa cuti semester/tamat pengajian, semua almari dan bilik asrama hendaklah dibersih dan dikosongkan.

o Jimatkanlah penggunaan air di asrama. Paip-paip air hendaklah sentiasa ditutup selepas digunakan.

o Semua pelajar mesti berada di asrama masing-masing pada pukul 10.30 malam sehingga waktu subuh.

o Para pelajar hendaklah sentiasa menghormati pekerja-pekerja di asrama. o Susunan alat kelengkapan seperti katil, tilam, almari dan alatan lain tidak boleh diubah tanpa

kebenaran Pengetua, Timbalan Pengetua HEP,Ketua Guru Asrama dan Guru Asrama di blok masing-masing.

PERATURAN KESELAMATAN PENGGUNAAN PERALATAN ELEKTRIK DI ASRAMA

o Sambungan elektrik secara haram sama sekali dilarang. o Pastikan semua suis dimatikan dan tanggalkan palam (plug) dari soket setelah digunakan. o Jangan menggunakan sebarang peralatan elektrik semasa kilat. o Seterika elektrik boleh digunakan di bilik yang dikhaskan sahaja. o Setiap peralatan elektrik yang hendak digunakan di asrama hendaklah didaftarkan terlebih

dahulu. Dapatkan borang pendaftaran elektrik dari Bilik Gerakan guru asrama. Peralatan yang tidak didaftarkan akan dirampas.

o Jangan sekali-kali menggunakan alat elektrik yang telah rosak. o Sebarang kerosakan berkaitan dengan elektrik hendaklah dilaporkan segera kepada guru

asrama. Jangan cuba membaiki sendiri. o Jangan menyentuh sebarang alat elektrik yang sedang digunakan jika tangan anda basah.

PERATURAN KESELAMATAN DIRI/HARTA BENDA SEMASA KEBAKARAN

o Apabila anda mendengar isyarat berlaku kebakaran atau terhidu bau asap, perkara pertama yang mesti dilakukan ialah menyelamatkan nyawa anda dan rakan anda.

o Segera memberi amaran kepada rakan asrama. Menjerit sekuat mungkin perkataan Api...Api...Api...

o Sila hubungi bomba. (Sandakan: 089 - 214 444 / 2174144) o Selamatkan barang-barang berharga kepunyaan anda seperti kad pengenalan, sijil-sijil

penting, buku buku dan wang jika anda berupaya membawanya dengan mudah. Jika kebakaran sudah marak, lupakan barang-barang tadi. Anda perlu selamatkan nyawa anda dahulu.

o Jika mengetahui ada rakan anda tidak berupaya untuk bergerak keluar dari asrama disebabkan pengsan, cedera dan sebagainya, bantulah beramai ramai dengan membawanya keluar.

o Keluarlah dari asrama secepat mungkin melalui pintu yang berhampiran dengan anda (seperti dalam pelan setiap asrama).

o Bergeraklah dengan pantas tetapi teratur meninggalkan asrama menuju ke padang kawad untuk berkumpul.

Page 30: PERATURAN ASRAMA MRSM TUN MUHAMMAD FUAD STEPHENS

30

KESELAMATAN WANG DI ASRAMA o Pelajar tidak dibenarkan menyimpan sendiri (wang tunai) lebih dari RM 20.00. o Wang tunai yang berlebihan mesti disimpan dalam bank atau dengan penasihat homeroom

yang berkenaan. o Semua kad ATM mesti disimpan di tempat yang selamat. Pelajar digalakkan menyimpan kad

ATM dengan penasihat homeroom. o Jika ingin mengeluarkan wang dengan kad ATM, bolehlah meminta bantuan penasihat

homeroom. o Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk melaporkan kehilangan kad ATM dengan segera

kepada penasihat homeroom atau guru asrama.

KESELAMATAN UMUM o Setiap penghuni asrama mesti melalui “Fire Drill” sekurang-kurangnya sekali setiap tahun. o Penggunaan lingkaran ubat nyamuk, pelita dan lilin tidak dibenarkan. o Setiap penghuni asrama seharusnya tahu menggunakan alat pemadam api semasa berlaku

kebakaran. o Jika berlaku kecemasan sila hubungi Ketua Guru Asrama/Guru Asrama/Pengawal

Keselamatan dengan segera. o Kemudahan “first-aid” boleh didapati daripada Guru Asrama/Bilik Rawatan/Bilik Gerakan Guru

Asrama/Ketua Guru Asrama/Pondok Pengawal.

TELEVISYEN

o Kemudahan televisyen disediakan di Dewan Selera dan Asrama. o Berikut adalah jadual penggunaannya:

HARI PETANG MALAM

Isnin

5.00 ptg – 5.30 ptg Dewan Selera

9.30 mlm – 10.30 mlm Dewan Selera

Selasa

Rabu

Khamis

Jumaat

Sabtu 12.00 tgh – 1.30 ptg

Asrama 8.30 mlm – 10.30 mlm

Asrama

Ahad 10.30 pg – 5.30 ptg

Asrama 9.30 mlm – 10.30 mlm

Dewan Selera

[Jadual ini tertakluk kepada pindaan ] BILIK UTILITI

o Penggunaan alatan elektrik seperti seterika. o Kebersihan bilik ini adalah tanggungjawab pelajar bersama. o Pastikan suis alatan tersebut ditutup (Switched off) dan ditanggalkan dari “Socket” selepas

digunakan. o Alatan tersebut hendaklah sentiasa berada di bilik utiliti dan menjadi satu kesalahan mana-

mana pelajar yang cuba meletakkan/menggunakan alatan ini di bilik penempatan pelajar. BILIK KOSONG/ TIADA PENGHUNI

o Setiap bilik yang tiada penghuni ditegah daripada menggunakannya. o Setiap peralatan di bilik ini jika berlaku kerosakan adalah tanggungjawab semua pelajar. o Para pelajar dilarang menyidai sebarang pakaian kering/basah di dalam bilik kosong. o Kebersihan bilik hendaklah dijaga bersama oleh pelajar.

TATATERTIB DI DEWAN SELERA

o Beratur semasa mengambil makanan. Dilarang memotong barisan. o Sistem tempahan (booking) tidak dibenarkan. o Sentiasa menjaga kebersihan dewan selera. Sisa-sisa makanan hendaklah dibuang di tempat

yang disediakan.

Page 31: PERATURAN ASRAMA MRSM TUN MUHAMMAD FUAD STEPHENS

31

o Kerusi hendaklah disusun semula selepas digunakan. o Pakaian di dewan selera mestilah mengikut seperti yang ditetapkan dalam peraturan pakaian. o Pelajar hendaklah memakai kasut atau sandal apabila ke Dewan Selera. Pemakaian Selipar

TIDAK dibenarkan. o Pelajar-pelajar dilarang membawa keluar makanan, barang-barang atau alatan dari dewan

selera. o Tidak dibenarkan masuk ke dapur atau kawasan dalam kaunter agihan makanan. o Pelajar mesti mematuhi waktu makan seperti dalam jadual harian/mingguan kehidupan

asrama.

BILIK SAKIT

o Pelajar yang sakit hendaklah melapor diri kepada Guru Asrama/Pembantu Tadbir Asrama dan mengambil surat kebenaran untuk ke hospital.

o Pelajar yang sakit tidak dibenarkan berada di asrama pada waktu-waktu persekolahan. o Pelajar yang hendak keluar dari bilik ini wajib memberitahu Pembantu Tadbir Asrama jika waktu

persekolahan dan kepada Guru Asrama jika selepas waktu persekolahan. o Kebersihan dan kekemasan bilik ini hendaklah sentiasa dijaga. o Jangka masa tinggal di bilik rawatan tertakluk kepada keperluan dan jenis penyakit. o Pelajar yang mendapat kebenaran bertulis daripada Pengetua dan Timbalan Pengetua untuk

berehat di bilik sakit akan dikecualikan daripada menghadiri kelas formal. o Penyakit berjangkit pelajar berkenaan dibenarkan pulang ke rumah setelah mendapat

pengesahan dan rawatan daripada doktor atau mendapat kebenaran Pengetua/Timbalan Pengetua Atau Ketua Guru Asrama.

o Waktu penggunaan bilik sakit pada hari persekolahan lelaki dan perempuan: Jam 8.00 pg hingga 3.30 ptg.

o (Selepas Jam 3.30 ptg hendaklah mendapat kelulusan Ketua Guru Asrama/guru asrama) o Pelajar tidak dibenarkan berada di bilik sakit selepas jam 10.30 malam o Jadual kenderaan (van) ke hospital:

HARI PAGI PETANG MALAM

Isnin 8.00 am Kes kecemasan, temu janji doktor dan pergigian.

Tempat menunggu:

Pejabat Pentadbiran

2.30 pm

Tempat menunggu: Pejabat Pentadbiran

7.00 pm Kes kecemasan

sahaja

Tempat menunggu: Depan Surau

Selasa

Rabu

Khamis

Jumaat

KELUAR UNTUK SOLAT JUMAAT o Pelajar hendaklah mematuhi masa pergi dan balik yang telah ditetapkan oleh pihak Maktab. o Pelajar hendaklah mematuhi peraturan Pakaian solat jumaat. o Pelajar hendaklah menjaga tertib dan adab semasa di masjid.

PERATURAN TAMBAHAN (UNTUK PELAJAR BUKAN ISLAM)

o Segala jenis aktiviti keagamaan tidak dibenarkan di kawasan maktab. o Sebarang bentuk lambang keagamaan tidak dibenarkan dipamerkan di kawasan maktab. o Segala bentuk tingkah laku dan percakapan yang boleh menyinggung sensitiviti agama,

bangsa dan kaum adalah dilarang sama sekali di Maktab. o Segala jenis makanan yang tidak halal tidak dibenarkan di bawa ke maktab. o Sebarang amalan keagamaan pada hujung minggu yang boleh menghalang pelajar daripada

menyertai aktiviti maktab adalah perlu dimaklumkan kepada Timbalan Pengetua (PP). o Pelajar bukan islam boleh menghadiri upacara keagamaan di luar Maktab, tetapi pihak maktab

tidak bertanggungjawab menyediakan kemudahan seperti pengangkutan dan sebagainya.

Page 32: PERATURAN ASRAMA MRSM TUN MUHAMMAD FUAD STEPHENS

32

WAKTU PELAJAR MENGOSONGKAN ASRAMA

Hari Pagi Petang

Isnin 6.30 pagi - 4.30 petang 5.50 petang – 9.30 malam

Selasa 6.00 pagi - 4.30 petang 5.50 petang – 9.30 malam

Rabu 6.30 pagi - 4.30 petang 5.50 petang – 9.30 malam

Khamis 6.00 pagi - 4.30 petang 5.50 petang – 9.30 malam

Jumaat 6.30 pagi - 4.30 petang 5.50 petang – 8.00 malam (Free Night)

Sabtu 10.00 pagi – 12.00 tgh 5.50 petang – 8.00 malam (Free Night)

Ahad - 5.50 petang – 9.30 malam

JADUAL HARIAN BILIK PELAJAR

o Ada identiti pelajar pada setiap bilik. o Sifar sampah, habuk & sarang labah-labah. o Tingkap bilik berkilat & tiada sebarang alatan/barangan diletakkan ditingkap o Buku-buku /Peralatan disusun kemas. o Dinding ceria & tidak dibenarkan menampal poster atau gambar yang tidak berkenaan. o Tiada tuala mandi pelajar bergantungan dalam bilik/cube pada masa sesi persekolahan

berlangsung. KIPAS DAN LAMPU

o Terdapat petunjuk pengecaman suis kipas & lampu o Kipas & lampu berfungsi dengan baik o Kipas bersih (tiada habuk & sarang labah-labah) o Lampu Bersih (tiada habuk & sarang labah-labah)

KATIL DAN TILAM

o Katil berkeadaan selamat digunakan. o Katil tersusun rapi. o Keseragaman katil. o Tilam berkeadaan baik dan tersusun. o Tilam bercadar maktab.

CADAR, BANTAL & SELIMUT

o Ada cadar maktab pada tilam. o Ada bantal dan sarung bantal maktab. o Keseragaman warna cadar. o Keseragaman warna sarung bantal. o Cadar & bantal bersih dan kemas disusun. o Selimut dilipat dengan elok di hujung katil.

ALMARI

o Ada ditampal kad identiti pelajar pada setiap almari pelajar. o Almari berkeadaan baik. o Almari boleh berkunci. o Keseragaman susunan almari.

PAKAIAN DI DALAM ALMARI

o Pakaian yang berlipat, disusun dengan kemas. o Pakaian yang digantung, tersusun rapi. o Tiada pakaian kotor/berbau busuk dalam almari. o Peralatan lain-lain tersusun rapi.

BILIK AIR [TANDAS,TEMPAT MEMBASUH,SINKI]

o Tiada sampah di lantai/mangkuk tandas/sink. o Lantai bilik air bersih & tidak berlumut.

Page 33: PERATURAN ASRAMA MRSM TUN MUHAMMAD FUAD STEPHENS

33

o Tiada saluran air tersumbat yang menyebabkan lantai bilik air bertakung. o Sinki air tiada sampah,bersih dan tidak tersumbat. o Pintu tandas berada dalam keadaan baik. o Mangkuk tandas bersih. o Dinding bilik air bersih & tidak berlumut. o Tempat membasuh pakaian bersih. o Peralatan mandi & membasuh pakaian diletakkan di suatu tempat khas & disusun kemas.

BILIK UTILITI

o Alat elektrik di susun kemas dan suis alatan dicabut plug selepas digunakan. o Bilik berkeadaan bersih & ceria. o Tiada peralatan ‘personal’ di bilik utiliti. o Dinding bersih & tiada sarang labah-labah.

TONG SANITARI (ASRAMA PUTERI SAHAJA)

o Ada tong sanitari. o Tong sanitari adalah mencukupi. o Tong sanitari tersusun kemas & berlabel jelas. o Pad pelajar tidak bersepah di luar tong sanitari.

RAK KASUT DAN KASUT

o Ada rak kasut untuk pelajar. o Rak kasut mencukupi untuk pelajar. o Rak kasut disusun kemas. o Kasut-kasut disusun kemas pada rak kasut.

JADUAL BERTUGAS PELAJAR

o Ada carta organisasi asrama ditampal (nama ketua asrama, timbalan, bendahari,s/u & lain-lain).

o Jadual bertugas membersih tandas oleh pelajar hendaklah ditampal di dinding luar bilik air. o Jadual berugas membersih bilik utiliti oleh pelajar hendaklah ditampal di dinding bilik utiliti. o Ada jadual bertugas kebersihan asrama (kipas, lampu, tingkap & lain-lain).

PERSEKITARAN BANGUNAN ASRAMA

o Tiada sampah. o Ceria. o Tong sampah berkeadaan baik. o Longkang asrama bersih.

LANGSIR

o Bersih. o Ceria. o Seragam. o Digantung dengan kemas.

AMPAIAN

o Ampaian berkeadaan elok. o Tiada pakaian terbiar terjatuh dikawasan ampaian. o Ada peraturan ampaian ditampal. o Ampaian hendaklah dikosongkan sebelum jam 7.00 ptg. o Persekitaran ampaian bersih.

Page 34: PERATURAN ASRAMA MRSM TUN MUHAMMAD FUAD STEPHENS

34

PROSEDUR AMALAN KEBERSIHAN ASRAMA PADA SETIAP PAGI ISNIN - JUMAAT

o Berikut merupakan beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh pelajar yang bertugas harian iaitu:

Mengosongkan tong sampah; Membersihkan tandas; Mengemas bilik utiliti; Membersihkan kawasan sekitar asrama; dan Menyidai semula pakaian yang jatuh dari ampaian.

o Berikut merupakan beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh semua pelajar.

Mengemas katil, tilam dan loker; Membawa keluar baldi yang diisi dengan pakaian kotor ke kawasan yang dikhaskan; Memastikan tiada pakaian/peralatan yang digantung; Menyusun kasut di rak kasut yang disediakan; Menyapu lantai serta memastikan tiada sebarang peralatan di atas lantai; dan Lain-lain tugas yang dirasakan sesuai dari masa ke semasa.

o Pemeriksaan kekemasan dan kebersihan asrama dilakukan oleh pihak JPA pada jam 6.00

pagi. Mana-mana pelajar yang gagal mematuhi piawaian kebersihan yang ditetapkan perlu dipanggil oleh pihak JPA untuk mengemas semula.

SABTU

o Gotong-royong dijalankan meliputi perkara-perkara berikut: Membersihkan kipas & lampu; Membersihkan tingkap; Mengemop lantai; Membuang sawang dan sarang labah-labah; Membersihkan longkang; Membersihkan kawasan sekitar asrama; Membersihkan tandas; Mengemas bilik utiliti; Mengosongkan tong sampah; Mengemas katil, tilam dan loker; Mengemas dan membersihkan kawasan ampaian baju; Mengemaskan rak kasut; dan Lain-lain tugas yang dirasakan sesuai dari masa ke semasa.

o Taklimat gotong-royong akan diberikan oleh pihak Guru Asrama bertugas pada jam 1.00

petang. o Pemeriksaan kekemasan dan kebersihan asrama dilakukan oleh pihak JPA dan Guru Asrama

pada jam 4.30 petang. o Semua pelajar dikehendaki berdiri di tepi katil masing-masing semasa pemeriksaan kebersihan

oleh pihak JPA. Mana-mana pelajar yang gagal mematuhi piawaian kebersihan yang ditetapkan perlu diarahkan untuk mengemas semula.

Page 35: PERATURAN ASRAMA MRSM TUN MUHAMMAD FUAD STEPHENS

35

JADUAL BERTUGAS KEBERSIHAN BILIK ASRAMA

HARI MENGELAP

TINGKAP MENYAPU

LANTAI MENGELAP

KIPAS MENYUSUN

KASUT

ISNIN Katil A & B Katil C & D Katil E & F Katil G & H

SELASA Katil C & D Katil E & F Katil G & H Katil A & B

RABU Katil E & F Katil G & H Katil A & B Katil C & D

KHAMIS Katil G & H Katil A & B Katil C & D Katil E & F

JUMAAT Katil A & B Katil C & D Katil E & F Katil G & H

SABTU Gotong-royong

Bilik Gotong-royong

Bilik Gotong-royong

Bilik Gotong-royong

Bilik

AHAD Katil C & D Katil E & F Katil G & H Katil A & B

CONTOH CARTA ORGANISASI ASRAMA UNTUK SATU ARAS

Guru Asrama Aras

| Ketua Aras

| Ketua Wing

| Setiausaha

| Bendahari

| Jawatankuasa

|

Kebersihan kerohanian Kebajikan Kerosakan MQS

&STRIM

Page 36: PERATURAN ASRAMA MRSM TUN MUHAMMAD FUAD STEPHENS

36

Page 37: PERATURAN ASRAMA MRSM TUN MUHAMMAD FUAD STEPHENS

37

PERATURAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT PEMILIKAN TELEFON BIMBIT

o Hanya satu telefon bimbit yang asas (smartphone atau telefon bimbit yang mempunyai kamera atau boleh menyimpan data tidak dibenarkan).

KAEDAH PENGGUNAAN

o Pelajar tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit sewaktu sesi akademik, kelas persediaan, program rasmi maktab dan program kerohanian kecuali dengan kebenaran pihak maktab.

o Penggunaan telefon bimbit hanya di dalam kawasan asrama sahaja. PENYALAHGUNAAN

o Penggunaan telefon perlulah selari dengan Akta Suruhanjaya Komunikasi Malaysia. o Kesalahan penggunaan telefon bimbit adalah seperti berikut :

Menghantar/menyimpan/melayari/memiliki/menjual/mengedar/membeli/bahan berunsur porno/lucah dan seumpamanya

Menganggu pelajar lain (gangguan seksual ) Membuat ancaman, ugutan, memfitnah dan menghasut Memburukkan mana-mana pelajar/kakitangan MRSM Sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan imej MARA

o Tindakan tatatertib boleh dikenakan kepada pelajar yang tidak mematuhi mana-mana

peraturan yang telah ditetapkan. o Sebarang penyalahgunaan akan diambil tindakan tertakluk kepada Buku Peraturan

Pengurusan Disiplin Maktab 2016.

RAMPASAN/SIMPANAN/PEMULANGAN o Sekiranya perkara yang berlaku sepertimana yang ditakrifkan mengikut kaedah penggunaan

dan penyalahgunaan, tindakan rampasan boleh dilakukan oleh pihak maktab. o Setiap barang rampasan perlu di rekod dan dilabelkan berdasarkan nama pelajar, no. maktab,

kelas, tarikh rampasan, homeroom dan penasihat serta nama pelapor. o Satu salinan pengesahan rampasan perlu diberikan kepada pelajar dan dikemukakan semasa

membuat tuntutan. o Barang rampasan hendaklah disimpan di pejabat pentadbiran dibawah penyeliaan Timbalan

Pengetua (PP) dan mempunyai peti keselamatan yang berkunci setiap masa. o Setiap pemulangan barang rampasan akan dikawal selia oleh Timbalan Pengetua (PP)

dengan kerjasama unit pengurusan asrama. o Pemulangan hanya akan diberikan kepada pemilik asal melalui penjaga yang sah.

KEHILANGAN/KEROSAKAN/KESELAMATAN

o Pihak maktab tidak dipertanggungjawabkan atau/dan dipersalahkan sekiranya berlaku sebarang kehilangan, kerosakan dan keselamatan barang rampasan sekiranya langkah-langkah yang perlu telah diambil.

o Ibubapa/Penjaga tidak boleh menuntut gantirugi atau/dan mendakwa pihak maktab di mahkamah di atas sebarang kehilangan dan kerosakan barang rampasan sekiranya langkah-langkah yang perlu telah diambil untuk mengelakkannya berlaku atau berlaku bencana atau kebakaran di tempat penyimpanan.

TAMAT

Page 38: PERATURAN ASRAMA MRSM TUN MUHAMMAD FUAD STEPHENS

38