sejarah. burma dan thailand

Upload: atlasliu

Post on 05-Apr-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Sejarah. Burma Dan Thailand

    1/3

    Nama Ahli Kumpulan : Andrea, Siti Aisyah, Barry, Mohd. Nazrin, Mohd. Shah Jahan

    Tingkatan : 6AS3

    Tarikh : 20 April 2012

    Soalan : Huraikan sebab-sebab dan kesan kedatangan orang Cina dan orang India ke Thailand dan

    Burma.

    Pendahuluan

    Akibat imperialisme Barat, ramai orang CIna dan India telah berhijrah ke negara-negara Asia

    Tenggara. Kadar pertumbuhan ekonomi yg pesat akibat dasar laissez-faire memerlukan tenaga

    buruh yang banyak bagi mengusahakan sistem ekonomi komersil terutama dlm bidang pertanian,

    perlombongan dan perindustrian. Keengganan penduduk tempatan melibatkan diri dalam sektor

    ekonomi moden tlh memaksa org Barat untuk membawa masuk buruh asing. Orang Cina dan orang

    India berkecimpung dalam bidang ekonomi dan sosial. Penglibatan mereka telah mendatangkan

    kesan terhadap masyarakat tempatan khususnya di Thailand dan Myanmar.

    Isi Pertama

    Pada tahun 1941 sekurang-kurangnya 10 peratus daripada penduduk Thailand terdiridaripada kaum Cina dan 70 peratus daripada mereka ini pula terlibat dalam perniagaan dan

    perdagangan serta menguasai 80 peratus dalam perusahaan beras Thailand. Kemasukan imigran

    CIna ke Thailand banyak dipengaruhi oleh faktor ekonomi dan antara faktor penghijrahan mereka

    adalah terdapat permintaan terhadap tenaga buruh yang tinggi di Thailand dan pembabita n dalam

    bidang perdagangan dan sektor ini yang menyebabkan imigran Cina berada dalam kedudukan sosial

    yang lebih baik berbanding penduduk tempatan. Faktor seterusnya dipengaruhi oleh peluang

    pekerjaan di Thailand terbuka luas terutamanya dalam bidang perlombongan dan pertanian, serta

    aktiviti pertanian seperti penanaman padi dan tebu, perusahaan beras dan perlombongan bijih

    timah adalah antara aktiviti ekonomi yang didominasi oleh imigran Cina. Kawasan bandar banyak

    mejadi tumpuan imigran Cina, seperti Bangkok, Sukhotai dan Korat. Perkembangan sistempengangkutan juga mempengaruhi kawasan yang diduduki oleh imigran CIna seperti di kawasan

    utara Thailand. Dianggarkan bahawa menjelang tahun 1941, 10% daripada rakyat Thai terdiri

    daripada orang Cina yang kebanyakannya melibatkan diri dalam bidang ekonomi.

  • 8/2/2019 Sejarah. Burma Dan Thailand

    2/3

    Isi Kedua

    Antara kesan-kesan kedatangan orang Cina ialah orang Cina menguasai perdagangan di

    Thailand. Dianggarkan bahawa 70 peratus orang Cina dalam masyarakat Thailand terlibat dalam

    bidang perdagangan. Mereka dapat menguasai 80 peratus daripada perdagangan dan perusahaan

    padi di Thailand. Orang Cina menerima banyak keistimewaan di Thailand. Sehingga awal abad ke-20,

    mereka dibenarkan bergerak bebas tanpa sebarang sekatan imigresen. Mereka dikecualikan

    daripada kerahan buruh dan cukai kepala. Mereka juga dibenarkan membuka tanah dan memiliki

    kawasan perlombongan, malah mereka sebenarnya memonopoli perdagangan diraja. Seiring dengan

    kedatangan orang Barat pada pertengahan abad ke-19, orang cina memperoleh pula monopoli judi,

    arak, penjualan candu dan loteri. Kebebasan yang dimiliki oleh orang Cina bukan sahaja kesan

    daripada dasar perlindungan diraja yang diberikan oleh Mongkut dan Chulalongkorn, tetapi juga

    kerana persepsi masyarakat Thai terhadap orang Cina tidaklah seperti persepsi mereka terhadap

    orang Eropah. Hal ini berlaku kerana orang Cina mudah menyesuaikan diri dengan keadaan

    tempatan. Mereka juga merupakan penganut agama yang sama iaitu agama Buddha, meskipun

    mazhab yang berbeza. Terdapat juga dalam kalangan kerabat diraja yang berkahwin dengan orang

    Cina seperti Raja Vajiravudh yang berdarah Cina dari sebelah ibunya. Masyarakat Cina menjalankan

    kehidupan mereka secara terpisah daripada masyarakat tempatan. Mereka telah memperkenalkan

    sistem pendidikan mereka tersendiri. Sistem pendidikan adalah seperti yang diamalkan di negara

    China yang menjadikan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar. Sekolah sekolah ini didirikan hasil

    daripada derma saudagar saudagar Cina yang kaya. Pada tahun 1937-1939, terdapat 197 sekolah

    rendah Cina dan 20 sekolah menengah Cina. Bagaimanapun selepas itu perkembangan sekolah Cina

    mula merosot kerana masyarakat tempatan kurang senang dengan perkembangan pesat sistem

    pendidikan Cina.

    Isi Ketiga

    Kerajaan British di India telah menggalakkan kemasukan orang India ke Myanmar. Ketika

    penjajahan British, kemasukan secara beramai-ramai orang India di Myanmar berlaku akibat

    peraturan kemasukan mereka yang longgar. Dari segi geografinya, Myanmar telah menjadi sasaran

    golongan imigran. Orang India dibawa masuk untuk mengurangkan kesempitan hidup dan

    kesengsaraan hidup di India dan pada masa yang sama untuk memajukan ekonomi British.OrangIndia boleh bekerja mana-mana bidang, khususnya di dermaga. Dari tahun 1834 hingga tahun 1927,

    lebih 430,000 orang India berhijrah. Mereka menawarkan tenaga buruh yang akan membawa

    pembangunan Myanmar berjalan dengan lancar. Orang India merupakan buruh yang paling murah

    dan sanggup bekerja dengan upah yang rendah. Tumpuan ruang pekerjaan mereka adalah dalam

    sektor pertanian, perusahaan dan perburuhan. Orang India juga dapat memenuhi jawatan kosong

    dalam bidang perusahaan, pendidikan dan perkhidmatan awam. Mereka juga boleh bertutur dalam

    bahasa Inggeris dan biasa dengan pentadbiran Inggeris. Pihak British telah memberi subsidi

    perjalanan kepada sesiapa yang ingin bekerja di Myanmar.

  • 8/2/2019 Sejarah. Burma Dan Thailand

    3/3

    Isi Keempat

    Kesan-kesan kemasukan orang India ke Myanmar ialah jumlah penduduk Myanmar

    bertambah. Mulai tahun 1870, kemasukan orang India adalah pada kadar 15,000 setahun. Jumlah ini

    kian meningkat sehingga tahun 1927,di mana terdapat seramai 430,000 buruh India di Myanmar.

    Kemasukan orang India ke Burma ini telah melahirkan masyarakat majmuk. Orang India dapat

    memenuhi jawatan kosong dalam perkhidmatan awam. Orang India juga telah menguasai bidang

    pertanian selepas Perang Dunia Pertama. Mereka juga menceburi bidang perindustrian. Masyarakat

    tempatan mendapati agak sukar untuk bersaing dengan orang India yang sanggup menerima upah

    yang rendah. Terdapat ramai ceti di kalangan orang India, ceti atau peminjam wang bertambah kaya

    apabila dapat meluaskan estet mereka. Mereka mengenakan faedah pinjaman yang tinggi. Mereka

    dapat meluaskan estet mereka apabila penyewa tanah tidak dapat menjelaskan hutang mereka.

    Selain itu, persaingan antara orang India dengan orang Myanmar juga telah melahirkan suasana

    yang tegang. Rusuhan anti-India kerap berlaku. Contoh yang paling baik ialah pemberontakan Saya

    San pada tahun 1931. Pemberontakan ini bertujuan untuk mendapatkan semula tanah petani

    Myanmar daripada golongan ceti di India ini. Manakala bagi orang Cina pula, bilangan mereka di

    Myanmar tidak ramai. Mereka tertumpu di kawasan delta dan melibatkan diri dalam kegiatan

    perdagangan,perindustian dan perlombongan. Orang Cina lebih mudah bergaul dengan masyarakat

    tempatan. Kedatangan mereka diterima kerana mereka menganuti agama yang sama dan

    mengamalkan kehidupan yang sama.

    Penutup

    Akibat kemasukan orang India dan orang Cina, telah munculnya masyarakat majmuk.

    Kehadiran kedua-dua kaum telah memberi kesan besar terhadap ekonomi tempatan dan masyarakat

    tempatan khasnya. Penguasaan mereka dalam bidang perdagangan telah menjejaskan kedudukan

    ekonomi masyarakat tempatan. Kemasukan mereka sering menimbulkan banyak masalah yang

    menyukarkan proses perpaduan. Kebanyakan kaum pendatang mempunyai kedudukan ekonomi yg

    baik berbanding dgn penduduk peribumi.

    Rujukan :

    1) Teks STPM Sejarah Asia, Kertas 2 Edisi Ketiga ACE AHEAD

    2) Kesan Kemasukkan Buruh Asing ke Asia Tenggarahttp://sejarahasiastpm.blogspot.com/2009_03_22_archive.html

    http://sejarahasiastpm.blogspot.com/2009/03/kesan-kemasukkan-buruh-asing-ke-asia.htmlhttp://sejarahasiastpm.blogspot.com/2009/03/kesan-kemasukkan-buruh-asing-ke-asia.htmlhttp://sejarahasiastpm.blogspot.com/2009/03/kesan-kemasukkan-buruh-asing-ke-asia.htmlhttp://sejarahasiastpm.blogspot.com/2009/03/kesan-kemasukkan-buruh-asing-ke-asia.html