sejarah bola jaring

6
SEJARAH BOLA JARING Bola jaring merupakan hasil pengubahsuaian daripada bola keranjang yang amat popular pada awal 1900-an.Ia berasal di Amerika Syarikat dan dikenali sebagai "bola keranjang wanita". Sukan ini dicipta oleh Clara Gregory Baer. Kemudian sukan ini berkembang pesat di Asia dan Afrika. Pada tahun 1926, tertubuhlah Persatuan Bola Jaring Wanita Seluruh England (All England Women’s Netball Association). Perlawanan antarabangsa yang pertama telah diadakan di antara England dan Scotland pada tahun 1938). Perkembangan pesat untuk permainan bola jaring berlaku selepas Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1960 wakil-wakil negara komenwel telah memutuskan untuk menubuhkan sebuah persatuan khusus untuk bola jaring dunia. Dengan itu tertubuhlah The International Federation of Netball Association. Pertubuhan ini berperanan untuk menyelaraskan peraturan dan undang-undang permainan bola jaring. Bola jaring adalah permainan untuk wanita kerana ia tidak terlalu kasar. Sehingga hari ini, sukan ini dimainkan lebih daripada 150 buah negara di seluruh dunia. Sejarah bola jaring di Malaysia pula bermula apabila ia popular di kalangan sekolah mubaligh Kristian. Guru-guru Inggeris khususnya di bandar amat gemar bermain bola jaring. Persatuan Bola Jaring Malaysia ditubuhkan pada tahun 1978. Persatuan ini telah mengambil bahagian dalam beberapa kejohanan antarabangsa sepertu Kejohanan Asia dan Kejohanan Piala Dunia. Majlis Olimpik Malaysia telah mempelawa Persatuan Bola Jaring Malaysia untuk menganjurkan pertandingan bola jaring di sukan SEA 2001 di

Upload: anitha-ani

Post on 29-Jun-2015

2.572 views

Category:

Documents


22 download

TRANSCRIPT

Page 1: SEJARAH BOLA JARING

SEJARAH BOLA JARING

Bola jaring merupakan hasil pengubahsuaian daripada bola keranjang yang amat popular pada awal

1900-an.Ia berasal di Amerika Syarikat dan dikenali sebagai "bola keranjang wanita". Sukan ini dicipta oleh

Clara Gregory Baer. Kemudian sukan ini berkembang pesat di Asia dan Afrika. Pada tahun 1926, tertubuhlah

Persatuan Bola Jaring Wanita Seluruh England (All England

Women’s Netball Association). Perlawanan antarabangsa yang pertama telah diadakan di antara England dan Scotland pada tahun 1938).

Perkembangan pesat untuk permainan bola jaring berlaku selepas Perang Dunia Kedua. Pada tahun

1960 wakil-wakil negara komenwel telah memutuskan untuk menubuhkan sebuah persatuan khusus untuk bola

jaring dunia. Dengan itu tertubuhlah The International Federation of Netball Association.

Pertubuhan ini berperanan untuk menyelaraskan peraturan dan undang-undang permainan bola jaring.

Bola jaring adalah permainan untuk wanita kerana ia tidak terlalu kasar. Sehingga hari ini, sukan ini

dimainkan lebih daripada 150 buah negara di seluruh dunia.

Sejarah bola jaring di Malaysia pula bermula apabila ia popular di kalangan sekolah mubaligh

Kristian. Guru-guru Inggeris khususnya di bandar amat gemar bermain bola jaring. Persatuan Bola Jaring

Malaysia ditubuhkan pada tahun 1978. Persatuan ini telah mengambil bahagian dalam beberapa kejohanan

antarabangsa sepertu Kejohanan Asia dan Kejohanan Piala Dunia.

Majlis Olimpik Malaysia telah mempelawa Persatuan Bola Jaring Malaysia untuk menganjurkan

pertandingan bola jaring di sukan SEA 2001 di Kuala Lumpur. Persatuan Bola Jaring Malaysia juga terlibat

dalam Sukan Komenwel yang diadakan di Malaysia pada tahun 1998.

1

Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) juga telah memainkan peranan dalam mempopularkan permainan bola jaring di kalangan murid-murid sekolah. Malaysia boleh dikatakan amat berjaya dalam permainan ini. Penjaring gol bagi pasukan bola jaring Malaysia, Kadzlun Abas dinobatkan sebagai‘Be st shooter’di World Junior Netball Championship 2000 yang diadakan di Wales. Fadzlun Abas sekali lagi memenangi gelaran ini pada tahun 2001. 2. PERALATAN Ada beberapa peralatan yang diperlukan dalam sukan bola jaring. Antaranya ialah sebiji bola, gelanggang (tertutup atau terbuka) dan tiang gol.

Page 2: SEJARAH BOLA JARING

2.1 BOLA

Sukan bola jaring memerlukan bola khas untuk bola jaring. Rupayan seperti bola keranjang.

Bola tersebut mempunyai saiz 5, berdiameter 99-102 cm dan beratnya 6.35-7.26g. Bola ini

diperbuat daripada getah atau kulit.

2.2 GELANGGANG

Terdapat dua jenis gelanggang bola jaring iaitu gelanggang terbuka dan tertutup.

Gelanggang ini merupakan gelanggang berumput di kawasan terbuka atau dibuat khas dengan

menggunakan simen atau perkey untuk gelanggang tertutup.

Gelanggang bola jaring besar sedikit dari gelanggang bola keranjang, sepanjang 30.5m dan selebar

15.25m. Garis panjang dikenali sebagai Garis Sisi dan garis panjang dikenali sebagai Garis Gol

(Goal Lines). Gelanggang dibahagi kepada tiga kawasan sama besar. Bulatan Pusat

bergaris pusat 90cm terletak ditengah gelanggang. Separuh bulatan bergaris pusat (radius) 4.9m

pada setiap Garis Gol dikenali sebagai Bulatan Gol. Lebar garis gelanggang tidak lebih dari 50mm.

Gelanggang bola jaring boleh dibahagikan kepada 3 kawasan atau petak yang sama

ukuran. Dua buah kawasan merupakan kawasan gol. Kawasan lain ialahcentre atau kawasan

tengah. Kawasan tengah ini pula terletaknya bulatan tengah.

Di kedua-dua hujung gelanggang, iaitu di kawasan pertama dan ketiga, terdapat

garisansemi-circle atau separuh bulatan yang merupakan bulatan gol.

Kawasan tengah

Page 3: SEJARAH BOLA JARING

Gelanggang dan dimensi

Seperti bola keranjang, bola jaring dimainkan sama ada di gelanggang yang keras atau lembut dengan gelung atau "rings" pada kedua-dua hujung.

Gelanggang ini lebih besar berbanding dari gelanggang bola keranjang, menjadi 30.5 m panjang dan 15.25 m lebar. Garisan yang lebih panjang dikenali sebagai "garisan sisi" dan garisan lebih pendek dikenali sebagai "garisan gol" atau (base lines). Tanda-tanda gelanggang tidak lebih lebar daripada 50 mm. Gelanggang adalah terbahagi kepada tiga bahagian yang mengawal di mana setiap kedudukan individu yang dibenarkan bergerak.

Satu "bulatan tengah" berdiameter-90 cm adalah terletak di tengah gelanggang. Pada setiap hujung gelanggang terdapat "shooting circle" atau "bulatan gol" separuh bulat berjejari 4.9 m di mana semua jaringan gol mesti diambil di situ. Tiang gol adalah 3.05 m tinggi dari bahagian atas gelung sehingga ke lantai dan tidak mempunyai papan penghadang. Gelung mempunyai dimeter dalaman 380 mm dan terletak 150 mm dari tiang gol. dan diperbuat daripada besi berdiameter 15 mm. Kedua-dua ketinggian dan diameter bagi gelung adalah lebih kecil daripada gelung bola keranjang. Ia adalah berkemungkinan untuk bermain bola jaring menggunakan gelung bola keranjang tetapi jika terdapat mana-mana sentuhan antara bola dan papan hadang, bola itu adalah dianggap luar permainan. Jika satu gol dijaring dari papan penghadang ia tidak dikira. Beberapa versi peraturan membenarkan satu gol dijaringkan daripada satu lantunan papan penghadang jika pemain yang dapat menangkap bola tanpa terkena lantai.

Kedudukan

Terdapat tujuh pemain dalam setiap pasukan, yang diberi kedudukan yang ditetapkan (sesetengah variasi remaja/latihan hanya mempunyai lima pemain setiap pasukan.) Setiap pemain perlu memakai "bib" menunjukkan satu dari kedudukan di bawah, menunjukkan kedudukan pemain tersebut. Setiap pemain hanya dibenarkan di sudut tertentu di gelanggang: pemain yang terkeluar dari kedudukan mereka dianggap "offside". Kedudukan digambarkan di bawah:

Kedudukan bola jaring

Nama kedudukan

Singkatan Lawan Kawasan dibenarkan

Goal Shooter GS Goal Keeper. Attacking third, including goal circle

Goal Attack GAGoal Defence

Attacking and centre thirds, including the goal circle

Page 4: SEJARAH BOLA JARING

Wing Attack WAWing Defence

Attacking and centre thirds, but not the goal circle

Centre C CentreAttacking, centre, and defending thirds, but not the goal circles

Wing Defence WD Wing Attack Centre and defending thirds, but not the goal circle

Goal Defence GD Goal Attack Centre and defending thirds, including the goal circle

Goal Keeper GK Goal Shooter Defending third, including the goal circle

STRATEGI PERMAINAN

Beberapa strategi permainan perlu disusun bagi menentukan corak permainan dan strategi menjaring untuk mencapai kemenangan. Strategi yang digunakan adalah khusus untuk memperdaya pasukan lawan semasa bertahan, menyerang mahupun semasa membuat jaringan. Pasukan tersebut akan dapat bermain dengan lebih cemerlang jika strategi mereka tidak dapat dikesan oleh pasukan lawan, terutamanya semasa membuat hantaran tengah, hantaran ke dalam atau lambungan. Strategi ini diperlu ditekankan dengan bersungguh-sungguh supaya pemain dapat memahami serta mengaplikasikannya dalam permainan yang sebenar. Latihan intensif diperlukan untuk membiasakan pemain-pemain dengan strategi yang dirancang. Jika tidak, strategi ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

4.9.1 Strategi Untuk Hantaran Tengah

Strategi I Perhatikan rajah kedudukan pemain di bawah. Latihan strategi seperti ini bermula dari pemain tengah C. Pemain C membaling bola kepada WD untuk hantaran pertama sebaik sahaja pengadil meniupkan wisel. WD pula akan cuba menghantar bola kepada WA yang sedang berada dalam kawasan lawan. WA menghantar bola kepada GS untuk hantaran ketiga, dan akhir sekali GS membuat hantaran keempat kepada GA yang sudah pun berada dalam kawasan jaringan. Dengan demikian GA berpeluang membuat jaringan gol.

Rajah 4.12: Strategi daripada hantaran tengah

TOPIK 4 KEMAHIRAN ASAS BOLA JARING

Melalui strategi ini, tiga atau empat hantaran bola diperlukan, bermula dengan hantaran tengah dan berakhir dengan hantaran penjaring gol. Yang penting ialah setiap pemain hendaklah cuba

Page 5: SEJARAH BOLA JARING

mencari ruang yang baik agar pemain pasukan lawan tidak dapat menghalangnya. Untuk itu, pemain-pemain perlu bergerak dengan lebih pantas.

4.9.2 Strategi Hantaran ke Dalam

Strategi ini bertujuan untuk menyerang dan juga bertahan. Ini bergantung kepada pasukan mana yang sedang menguasai bola. (Dari Kawasan Gol??) Apabila bola dikeluarkan oleh pasukan lawan melepasi kawasan belakang pasukan pertama, bola akan dilontar masuk oleh pasukan pertama. Di sinilah strategi pertama hantaran ke dalam bermula. Ini bererti pasukan yang bertahan akan bertindak sebagai penyerang untuk melaksanakan strategi ini. Dengan berpandukan rajah di bawah (mana??), kita dapat lihat bagaimana strategi ini dilaksanakan. Pemain GK akan memulakan gerakan dengan menghantar masuk bola kepada pemain GD. Kedudukan awal pemain GD, kini berubah kepada kedudukan GD2 (gerakan ini hendaklah pantas). Ini bererti pemain GD sudah melarikan diri daripada kawalan atau kedudukan awalnya. Pemain WD juga akan bergerak pantas dari WD1 ke WD2 untuk menerima hantaran daripada pemain GD. Apabila gerakan bola tiba kepada WD2, pasukan ini yang pada mulanya berada pada kedudukan bertahan akan bertukar sebagai pasukan menyerang.

4.9.3 Strategi Pertahanan

Pertahanan juga memerlukan strategi supaya setiap serangan pasukan lawan dapat dipatahkan dan setiap percubaan membuat jaringan dapat digagalkan. Ia juga bertujuan merampas bola sekali gus menukar kedudukan daripada posisi bertahan kepada menyerang. Bertahan bererti mengawal pasukan lawan. Pemain yang berpengalaman akan memilih bermacam-macam cara untuk membuat pertahanan yang baik, kerana jika pertahanan lemah atau tidak teratur, pihak lawan dengan mudahnya dapat membolosi barisan pertahanan untuk membuat serangan.