sej stpm faktor srivijaya empayar unggul

Upload: hazryle

Post on 09-Apr-2018

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 SEJ STPM Faktor SRIVIJAYA Empayar Unggul

    1/2

    Huraikan faktor-faktor kemunculan Srivijaya sebagai sebuah empayar yangunggul di Nusantara. (25 markah)

    Pengenalan (3 markah)1. Kerajaan Srivijaya diasaskan pada tahun 434 M.2. Srivijaya dalam bahasa Sanskrit bermaksud kemenangan yang gilang -

    gemilang.3. Empayar Srivijaya muncul antara tahun 607 M hingga 1025 M berpusat di

    Palembang , Sumatera.4. Kekuasaan Srivijaya meliputi selatan Sumatera, Pantai Barat Semenanjung

    Tanah Melayu hingga ke Ligor.

    Isi-isi penting (faktor -faktor) (7 isi X 3 markah)1. Kekuatan tentera

    y Berjaya menakutkan musuh yang ingin menggugat pentadbirannya. PentadbiranSrivijaya terbahagi kepada tiga iaitu pentadbiran diraja , ketenteraan dan daerah.Pentadbiran tentera diketuai oleh seorang panglima atau Pratikava.

    y Angkatan tentera telah dijadika n satu cabang utama dalam pentadbirannya.

    y Catatan Telaga Batu, pentadbiran Srivijaya terbahagi kepada tiga, iaitu pentadbiran

    Diraja, Ketenteraan dan Daerah.2. Peranan Orang Laut .

    y Orang laut dilantik sebagai tentera oleh raja Srivijaya. Mereka mampumenyelesaikan masalah lanun dan menggalakkan kapal dagang singgah dipelabuhan Srivijaya, terutama pedagang dari China.

    y Kejayaan kerajaan Srivijaya mengatasi ancaman lanun, menarik minat China untukmengadakan hubungan dengan Srivijaya.

    y Kerajaan Srivijaya telah dijadikan kuasa tambahan kepada China untuk menjagakeamanan diperairan bagi pihak Maharaja China.

    3. Menguasai lalaun perdagangan di Selat Sunda dan Selat Melaka.

    y Srivijaya sebagai pusat thallasocracy dengan pelabuhannya berfungsi sebagaitempat persinggahan, pengumpulan dan pengedaran barang.

    y Dapat menguasai perairan di laut Nusantara Barat, mengawal lalu lintas Selat

    Melaka, Selat Sunda dan Laut China Selatan.y Dapat memungut cukai daripada kapal dagang yang melalui Selat Melaka dan

    Sunda.

    y Menguasai hasil keluaran dari kawasan pedalaman di Sumatera dan Tanah Melayu,seperti rempah ratus, cendana, gaharu dan ubat -ubatan.

    y Kegemilangan Srivijaya bergantung kepada kekuatan perdagangannya.4. Perkahwinan politik

    y Melalui perkahwinan politik antara anak raja ya ng boleh dianggap mampumenggugat kekuasaan kerajaan.

    y Samara Tungga mengahwinkan puterinya, Pramodha Wardhani dengan Rajaketurunan Dinasti Sanjaya, Rakai Pikatan bagi mengukuhkan empayarnya.

    5. Mempunyai struktur pentadbiran yang baik dan taratur

    y

    Kerajaan diketuai oleh pemerintah yang bijak.y Mengamalkan hieraki dalam pentadbiran yang melibatkan pentadbiran Diraja,

    pentadbiran tentera dan pentadbiran daerah.

    y Pentadbiran Diraja melibatkan pentadbiran pusat seperti hal ehwal kehakiman, hal -hal denda dan hukuman serta pungutan cukai.

    y Pentadbiran daerah diketuai oleh ketua wilayah atau datu, bertanggungjawabtentang tanah, kebajikan penduduk dan memastikan rakyat setia pada kerajaan.

    6. Hubungan Luar.

    y Mempunyai hubungan diplomatik dengan China mula terjalin antara tahun 992 Mhingga 1028 M .

  • 8/7/2019 SEJ STPM Faktor SRIVIJAYA Empayar Unggul

    2/2

    y Hubungan diadakan dengan menghantar ufti dan duta ke negara China.

    y Hubungan dengan China, telah menaikkan imej dan pengiktirafan serta perlindunganChina.

    y Hubungan yang baik telah memberi keyakinan kepada para pedagang untukberdagang di Srivijaya.

    7. Sebagai Pusat Pengajian Agama Buddha.

    y

    Muncul sebagai pusat penyebaran agama Buddha bertaraf antarabangsa di AsiaTenggara.

    y Ibu Kotanya Palembang memainkan peranan sebagai pusat kebudayaan dankeagamaan.

    y Pembinaan Candi, sebagai lamba ng agama Buddha, di Dataran Kedu, di Kalasandan di Prambangan pada zaman Kerajaan Sailendra.

    y Candi terkenal ialah Candi Borobudor.8. Peranan Dinasti Sailendra.

    y Sailendra bermaksud Raja di gunung.

    y Raja pertama dan kedua dinasti merupakan raja -raja yang gagah dan besarkekuasaannya.

    y Raja Sailendra yang kedua, digelar Sang Rama Dhanamjaya yang bermaksudpembunuh wira musuh kerana kejayaannya mengalahkan musuh.

    y Cerita mitos, tentang kekuatan raja juga membantu mengerunkan musuh danberjaya menundukkan kerajaan-kerajaan kecil.

    9. Peranan I-Tsing

    y I-Tsing bertanggungjawab melaporkan keistimewaan Srivijaya sebagai pusat agamaBuddha.

    y I-Tsing berjaya menarik sami Buddha untuk belajar di Srivijaya seperti Hui Ning danAtisa.

    10. Kejayaan menguasai kerajaan -kerajaan sekitar.

    y Penguasaan ke atas kerajaan -kerajaan sekitar, seperti Kerajaan Melayu -Jambi,Kedah, Bangku , Tulang Bawang, Minang, Tarimanag dan Langkasuka,bermakna Srivijaya berjaya menguasai Selat Sunda dan Selat Melaka.

    y Pengawalan Selat Sunda dan Selat Melaka, serta kerajaan -kerajaan sekitar,membolehkan Srivijaya berkembang dari segi perdagangan dan muncul sebagaikuasa laut yang kuat.

    Kesimpulan (1markah)

    y Kemunculan empayar Srivijaya bergantung kepada beberapa faktor yang salingberkaitan.

    Namun begitu akhirnya empayar Srivjaya juga mengalami kemerosotan sehingga kuasanyadiambil alih oleh Majapahit