(sebuah perbadanan di bawah lembaga getah malaysia ... file4 berita lgmpc• 2007 ladang lgm pahang...

12
1 Berita LGMPC 2007 (Sebuah Perbadanan Di Bawah Lembaga Getah Malaysia) Bilangan 2/2007 KELUARAN 9 Terima Anugerah Tan Sri Datuk (Dr) Arshad Ayub, Ahli Lembaga Pengarah LGMPC telah menerima anugerah ‘ACCA Achievement Award for Asia for 2007’ di satu majlis perhimpunan ACCA yang diadakan di London pada 22 November lalu. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Presiden ACCA, Gill Ball sempena ulangtahun ke-30 International Federation of Accountants (IFAC). Turut sama menyaksikan penyampaian tersebut ialah Presiden IFAC, Fermin del Valle. Anugerah ‘ACCA Achievement’ merupakan satu penghargaan tertinggi oleh badan profesional itu kepada individu-individu yang telah memberi sumbangan cemerlang kepada pembangunan profesion akauntansi dan kewangan. Anugerah ini juga disampaikan kepada individu-individu yang memberi sumbangan signifikan di peringkat global sejajar dengan nilai-nilai murni ACCA yang menekankan kepada akauntabiliti, integriti, diversiti, inovasi dan peluang-peluang. Tan Sri Datuk (Dr) Arshad yang dianggap sebagai ‘bapa ACCA’ merupakan perintis utama memperkenalkan pengajian perakaunan di negara ini bermula di ITM pada tahun 1966 di mana seramai 20 pelajar pertama telah diambil mengikuti pengajian tersebut. Mesyuarat Lembaga Pengarah Lembaga Pengarah LGMPC telah mengadakan mesyuaratnya yang ke-17 di Holiday Villa Hotel, Alor Setar, Kedah pada Isnin, 10 Disember lalu. Ia dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah LGMPC, Dato’ Dr Kamarul Baharain dan tiga Ahli Lembaga Pengarah iaitu, Tan Sri Datuk (Dr) Arshad Ayub, Kamaruzaman Mahmood dan Chan Lai Har. Dato’ Mohammad Izat Hasan tidak dapat hadir atas urusan rasmi lain. Turut serta di mesyuarat tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Habibah Suleiman dan Pengurus Bangunan & Operasi, Zulkurnain Saaiddin yang bertindak sebagai pencatat minit mesyuarat bagi menggantikan setiausaha perbadanan, Iskandar Zulkarnain Hussin yang bercuti. Mesyuarat yang pertama kalinya diadakan di luar Kuala Lumpur itu telah membincangkan beberapa perkara termasuklah mengenai kemajuan aktiviti-aktiviti Perbadanan, rancangan pembangunan dan hal-hal berkaitan dengan kakitangan. Ia berakhir dengan satu jamuan makan tengahari. “GONG XI FA CAI” dan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua kakitangan dan pembaca berbangsa Cina. LGM BUL June07 2/14/08 2:55 PM Page 1

Upload: doanngoc

Post on 10-Apr-2019

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: (Sebuah Perbadanan Di Bawah Lembaga Getah Malaysia ... file4 Berita LGMPC• 2007 Ladang LGM Pahang Tenggaradilanda banjir Kalau dulu di Ladang LGM Panti, tetapi kali ini giliran Ladang

1B e r i t a L G M P C • 2007

(Sebuah Perbadanan Di Bawah Lembaga Getah Malaysia)Bilangan 2/2007KELUARAN 9

Terima AnugerahTan Sri Datuk (Dr) Arshad Ayub, AhliLembaga Pengarah LGMPC telahmenerima anugerah ‘ACCAAchievement Award for Asia for 2007’ disatu majlis perhimpunan ACCA yangdiadakan di London pada 22November lalu.

Anugerah tersebut telah disampaikanoleh Presiden ACCA, Gill Ball sempenaulangtahun ke-30 InternationalFederation of Accountants (IFAC). Turutsama menyaksikan penyampaiantersebut ialah Presiden IFAC, Fermin delValle.

Anugerah ‘ACCA Achievement’merupakan satu penghargaan tertinggioleh badan profesional itu kepadaindividu-individu yang telah memberisumbangan cemerlang kepadapembangunan profesion akauntansidan kewangan.

Anugerah ini juga disampaikan kepadaindividu-individu yang memberisumbangan signifikan di peringkatglobal sejajar dengan nilai-nilai murniACCA yang menekankan kepadaakauntabiliti, integriti, diversiti, inovasidan peluang-peluang.

Tan Sri Datuk (Dr) Arshad yangdianggap sebagai ‘bapa ACCA’merupakan perintis utamamemperkenalkan pengajianperakaunan di negara ini bermula diITM pada tahun 1966 di mana seramai20 pelajar pertama telah diambilmengikuti pengajian tersebut.

Mesyuarat Lembaga PengarahLembaga Pengarah LGMPC telah mengadakanmesyuaratnya yang ke-17 di Holiday Villa Hotel, Alor Setar,Kedah pada Isnin, 10 Disember lalu. Ia dihadiri olehPengerusi Lembaga Pengarah LGMPC, Dato’ Dr KamarulBaharain dan tiga Ahli Lembaga Pengarah iaitu, Tan SriDatuk (Dr) Arshad Ayub, Kamaruzaman Mahmood danChan Lai Har. Dato’ Mohammad Izat Hasan tidak dapathadir atas urusan rasmi lain.

Turut serta di mesyuarat tersebut ialah Ketua PegawaiEksekutif, Dr Habibah Suleiman dan Pengurus Bangunan &

Operasi, Zulkurnain Saaiddin yangbertindak sebagai pencatat minitmesyuarat bagi menggantikansetiausaha perbadanan, IskandarZulkarnain Hussin yang bercuti.

Mesyuarat yang pertama kalinyadiadakan di luar Kuala Lumpur itutelah membincangkan beberapaperkara termasuklah mengenaikemajuan aktiviti-aktivitiPerbadanan, rancangan

pembangunan dan hal-hal berkaitan dengan kakitangan. Ia berakhir dengan satu jamuan makantengahari.

“GONG XI FA CAI” danSelamat Tahun Baru Cina kepadasemua kakitangan dan pembacaberbangsa Cina.

LGM BUL June07 2/14/08 2:55 PM Page 1

Page 2: (Sebuah Perbadanan Di Bawah Lembaga Getah Malaysia ... file4 Berita LGMPC• 2007 Ladang LGM Pahang Tenggaradilanda banjir Kalau dulu di Ladang LGM Panti, tetapi kali ini giliran Ladang

2 B e r i t a L G M P C • 2007

Lembaga Pengarah lawat

Ladang LGM BegiaSempena mesyuarat Lembaga Pengarah di AlorSetar, Kedah, satu lawatan telah diatur bagi Ahli-AhliLembaga Pengarah untuk melawat Ladang LGMBegia Sik pada 9 Disember 2007 bagi meninjaupembangunan serta kemajuan ladang.

Bermula dengan taklimat yang disampaikan olehPengurus Kanan Perladangan, Hj Mohd Rusli MohdYusof diikuti dengan sesi soal jawab, danperbincangan, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah yangterdiri dari Tan Sri Datuk (Dr) Arshad Ayub,Kamaruzaman Mahmood dan Chan Lai Harkemudian dibawa dengan kenderaan melawatladang yang dibahagi dua Divisyen.

Ahli-Ahli Lembaga Pengarah telah berhenti dibeberapa lokasi di mana taklimat lanjut diberikanoleh Penolong Pengurus ladang berkenaan, MohdAmin Deraman. Ahli-Ahli Lembaga Pengarah telahbanyak mengemukakan soalan dan pandanganmereka mengenai keadaan di situ.

Selain itu, rombongan tersebut dibawa melihatjambatan timbang dan ‘ramp’ yang baru dibina.Lawatan berakhir dengan satu jamuan makantengahari di ladang itu.

LGM BUL June07 2/14/08 2:55 PM Page 2

Page 3: (Sebuah Perbadanan Di Bawah Lembaga Getah Malaysia ... file4 Berita LGMPC• 2007 Ladang LGM Pahang Tenggaradilanda banjir Kalau dulu di Ladang LGM Panti, tetapi kali ini giliran Ladang

3B e r i t a L G M P C • 2007

Prestasi kewangan 2007 KUKUH

Sektor perladangan terus menjadi pemacu utamamenjana pendapatan Perbadanan bagi tahun 2007.

Peningkatan paling ketara ialah pendapatan hasilsawit disebabkan harga komoditi tersebut telah naikdengan mendadak, kata Ketua Pegawai EksekutifLGMPC, Dr Habibah Suleiman.

“Purata harga minyak sawit mentah (MSM) tahun2007 ialah sekitar RM2,800 berbanding RM2,500 padatahun sebelumnya,” katanya lagi.

“Harga MSM terus meningkat dan telah mencecahlebih RM3,000 di pertengahan Disember 2007disebabkan permintaan tinggi dari sektor industrimakanan dan biodiesel. China dan India merupakanpengimport utama MSM dari negara ini,” katanya.

Dr Habibah berkata, pendapatan dari hasil getahjuga turut meningkat disebabkan purata harga yangbaik pada tahun 2007.

Sungguhpun hasil sawit dari Ladang LGM Panti danLadang LGM Penawar telah mencatatpertambahan, hasil sawit dari Ladang LGM Begia danLadang LGM Pahang Tenggara dapat dikekalkan.Hasil getah dari Ladang LGM Pahang Tenggara jugaberjaya diperolehi sama seperti tahun sebelumnya.

Mengenai pungutan hasil sewa ruang pejabat danbangunan pula, Dr Habibah berkata, ia turutmencatatkan prestasi cemerlang di manapendapatan yang diperolehi melebihi tahunsebelumnya.

Menyentuh unjuran pendapatan tahun 2008, DrHabibah berkata, beliau percaya Perbadanan akandapat mengekalkan pendapatan yang baikmemandangkan harga komoditi terus kekal di tahapyang tinggi serta kutipan sewa yang lebih baik.

LGM BUL June07 2/14/08 2:55 PM Page 3

Page 4: (Sebuah Perbadanan Di Bawah Lembaga Getah Malaysia ... file4 Berita LGMPC• 2007 Ladang LGM Pahang Tenggaradilanda banjir Kalau dulu di Ladang LGM Panti, tetapi kali ini giliran Ladang

4 B e r i t a L G M P C • 2007

Ladang LGM Pahang Tenggara dilanda banjirKalau dulu di Ladang LGM Panti, tetapi kali ini giliranLadang LGM Pahang Tenggara pula.

Boleh dikatakan setiap tahun pada musim tengkujuh,biasanya pada bulan Disember, beberapa kawasanrendah di Ladang LGM Pahang Tenggara dinaiki air.

Tetapi, banjir kali ini adalah salah satu yang terburukpernah berlaku, sehinggakan ada kawasan yang

tenggelam lebih enam meter selama dua tiga minggu. Menurut Pengurus ladang tersebut, Rosli Kassim, banjirbesar kali ini banyak berpunca dari hujan lebatberpanjangan di sebelah hulu dan kawasan sekitarWilayah Pahang Tenggara yang kemudian mengalirdengan cepat melalui kawasan rendah dan sungai diladang berkenaan untuk menghala ke hilir.

Katanya, antara kawasan yang teruk dilanda banjir

ialah di Blok 3 dan 4 di mana hampir 70% pokok sawittelah rosak termasuk pokok-pokok tanaman semulayang menggantikan tanaman rosak pada banjir yanglalu.

Di samping itu, banyak buah sawit yang telah matangturut musnah, katanya lagi.

Banjir juga turut menenggelamkan kawasan getahterutama di Fasa 5 dan 6 di Blok 14, 20 dan 21 yangmana pokok getah di situ baru sahaja dipasangdengan RRIMFLOW.

“Semasa air sedang naik, kakitangan ladang telahberkerja keras memindahkan getah buku yangterkumpul di beberapa tempat dari dihanyutkan air,”katanya lagi.

Selain itu, terdapat sebahagian jalan ladang danbeberapa buah jambatan telah rosak dan kerja-kerjamembaikpulih sedang dijalankan.

RRIMFLOW mula digunakanRRIMFLOW, iaitu satu sistem penggalakan pengeluaran lateks telah

mula digunakan di Ladang LGM Pahang Tenggara.

Menurut Penolong Pengurus ladang tersebut, Mat Ariffin Ibrahim, buat

permulaannya, seluas 100 ekar kawasan getah telah dipasang

dengan alat berkenaan.

Hasil awal yang diperolehi adalah tinggi, katanya dan menambah,

pihaknya sedang memantau keberkesanan teknologi itu dan

bercadang untuk meluaskan lagi penggunaannya di masa depan.

LGM BUL June07 2/14/08 2:55 PM Page 4

Page 5: (Sebuah Perbadanan Di Bawah Lembaga Getah Malaysia ... file4 Berita LGMPC• 2007 Ladang LGM Pahang Tenggaradilanda banjir Kalau dulu di Ladang LGM Panti, tetapi kali ini giliran Ladang

5B e r i t a L G M P C • 2007

Pembinaan kuarters di Ladang LGM PahangTenggara yang terdiri dari rumah-rumahPengurus, Penolong Pengurus dan kakitanganlain dijangka mengalami sedikit kelewatanakibat hujan dan bencana banjir.

Pihak kontraktor memberitahu bahawa jadualterbaru penyiapannya ialah pada pertengahantahun 2008 sekiranya tidak berlaku lagi perkarayang tidak diingini.

Sementara itu, kerja-kerja membina landskaptermasuk pembinaan sebuah kolam danbeberapa kemudahan di kawasan perumahantersebut sedang giat dijalankan.

Pembinaan PAGAR baruKerja-kerja untuk memasang pagar berduri sedangdijalankan di sekeliling Ladang LGM Pahang Tenggara,Pahang.

Menurut Penolong Pengurus ladang tersebut, MatAriffin Ibrahim pemasangan pagar sejauh limakilometer itu adalah untuk menggantikan pagar lamayang didapati telah rosak di beberapa bahagian danuntuk menaikkan tarafnya.

Pagar yang baru ini adalah setinggi enam kakiberbanding pagar lama setinggi lima kaki dan ini akanmenyukarkan pencerobohan berlaku di kawasanladang.

Sementara itu, sebuah parit sedalam tiga meter danseluas dua meter telah dikorek di sepanjangsempadan kawasan tanaman pokok durian bagimelindungi tempat tersebut.

Pejabat di PERMODEN Bahagian dalaman pejabat Ladang LGM PahangTenggara telah diberi wajah baru sesuai dengankedudukannya sebagai sebuah ladang korporat.

Selain berhawa dingin, pintu masuk ke pejabat telahdilengkapi dengan alat kawalan elektronik di manakakitangan yang mempunyai kad imbasan sahaja dapatmasuk atau keluar.

Menurut Pengurus ladang tersebut, Rosli Kassim,pemasangan alat kawalan tersebut bertujuan untukmenjaga keselamatan pejabat terutama semasakakitangan berada di luar.

Walaupun begitu, orang luar yang hendak berurusandengan pejabat boleh berbuat demikian di kaunteryang disediakan.

Pembinaan Kuarters di Ladang LGMPahang Tenggara Hampir siap

LGM BUL June07 2/14/08 2:55 PM Page 5

Page 6: (Sebuah Perbadanan Di Bawah Lembaga Getah Malaysia ... file4 Berita LGMPC• 2007 Ladang LGM Pahang Tenggaradilanda banjir Kalau dulu di Ladang LGM Panti, tetapi kali ini giliran Ladang

6 B e r i t a L G M P C • 2007

Hasil Sawit Ladang LGM Panti MENINGKATHasil pengeluaran sawit dari Ladang LGMPanti meningkat tahun 2007, kata PenolongPengurus, Shahriman Abd Samad.

“Turut meningkat ialah hasil keluaran sawit dariLadang LGM Penawar,” tambah beliau.

Shahriman berkata, walaupun Ladang LGMPanti dilanda banjir pada pertengahan bulanDisember lalu, tetapi ia hanya melibatkankawasan di pintu masuk ladang dan kawasan-kawasan berhampiran dengan sungai sahaja.

“Banjir kali ini tidaklah seburuk yang berlakuakhir tahun 2006 dan di awal tahun lalu, di

mana banyak kawasan ladang telahtenggelam dan menyebabkan kerosakanteruk pada pokok dan buah sawit,” tambahbeliau.

Mengikuti Latihan AMALILima pelajar UiTM Arau,Perlis telah mengikutilatihan amali di LadangLGM Pahang Tenggarabermula 12 Novemberlalu. Mereka ialah Nor

Hasnila bt Hashim, UmmuAiman bt Md Isa, SitiKholijah bt Said, Maz’linabt Mahmud dan Norlela btMawardi.

Sementara itu, tiga pelajarUiTM Jengka, Pahang turutmengikuti latihan yangsama di ladangberkenaan bermula 19

November lalu. Merekaialah Siti Mardhiah btMohtar, Liyana bt Razalidan Nor Zaimah bt ARahman.

Seperti biasa, para pelatihtersebut telah diberitaklimat dan mengikutikelas-kelas yangdisampaikan olehkakitangan ladang dankemudian diberi tugas-tugas tertentu dengandiselia oleh kakitangan.

Menurut Pengurus ladangtersebut, Rosli Kassim,kumpulan kali ini dianggapaktif, berdisplin, dapatmengikuti program latihandengan baik dan telahmelaksanakan tugas-tugas yang diberi denganmemuaskan.

Kesemua pelajar tersebuttelah menamatkan latihanamali mereka pada 18Disember lalu.

Minat dalam perniagaan PERTANIANBagi Muhd Alif b Masbop, 22, seorangpelajar berasal dari Bandar MuadzamShah, minatnya dalam pertanian telahmendorongnya belajar di UPM,Serdang, Selangor.

Muhd Alif yang menjalani latihan amalidari 24 Disember lalu selama empatbulan berkata, beliau memilih LadangLGM Pahang Tenggara sebagaitempat latihan kerana ladang tersebutmempunyai dua tanaman penting

iaitu, getah dan sawit.

‘Dengan demikian, ia memberi sayapeluang untuk mendapat duapengalaman dalam satu jangkamasa,” kata pemuda yang berasaldari Bandar Muadzam ini.

“Kakitangan ladang ini banyakmemberi tunjukajar dalam hal-halberkaitan perladangan getah danjuga kelapa sawit,” tambah beliau.

LGM BUL June07 2/14/08 2:55 PM Page 6

Page 7: (Sebuah Perbadanan Di Bawah Lembaga Getah Malaysia ... file4 Berita LGMPC• 2007 Ladang LGM Pahang Tenggaradilanda banjir Kalau dulu di Ladang LGM Panti, tetapi kali ini giliran Ladang

7B e r i t a L G M P C • 2007

Permainan WOODBALLsemakin popularPermainan ‘woodball’ yangdiperkenalkan tahun lalu diLadang LGM PahangTenggara didapati semakinpopular di kalangankakitangan ladang tersebut.

Menurut Pengerusi kelabwoodball di situ, Ramli b AbuBakar, hampir semuakakitangan menyertai kelabtersebut dan setiap ahli dikenakan yuran sebanyakRM5.00 sebulan bagi ahli yang ada kayu pemukuldan RM10.00 bagi ahli yang tiada kayu pemukul.

“Boleh dikatakan pada setiap petang, selepas waktupejabat, ada sahaja kakitangan turun padang untukbermain permainan tersebut, sama ada secaraindividu atau berpasangan,” sambungnya.

Ramli berkata, sebagai satu cara untuk memeriahdan menggalakkan permainan berkenaan, mulaibulan November lalu, pihaknya mengadakan

Pelatih UiTMminat main WOODBALL

Permainan woodball di Ladang LGM PahangTenggara turut diminati oleh kumpulan pelajar UiTMyang menyertai kursus latihan amali di ladangberkenaan.

Tidak hairanlah, mereka kerap ke padang di sebelahpetang untuk mempelajari permainan itu danmenurut Ramli Abu Bakar, pelajar-pelajar tersebuttelah dapat bermain dengan baik selepas berlatihbeberapa hari.

Katanya, sebagai galakan kepada mereka, satupertandingan telah diadakan di antara merekapada 11 Disember lalu dan keputusannya adalahseperti berikut:-

Juara - Siti Kholijah bt SaidKedua - Liyana bt RazaliKetiga - Nor Hasnila bt Hashim

Kejohanan bulananwoodballPertandingan ‘Woodball Berpasangan Satu Bola’ telahdilangsungkan pada 21 November lalu dan keputusannyaadalah seperti berikut:Juara - Ramli b Abu Bakar dan Asmawi b UsmanKedua - Hashim b Ansori dan Nor Faidatul FaizanKetiga - Zahari b Abd Rahman dan

Muzaffar b Muhammad

Keputusan pertandingan Woodball Perseorangan bulanNovember 2007 yang diadakan pada 28 November laluadalah seperti berikut:Juara - Rashidi b Abd MajidKedua - Hashim b AnsoriKetiga - Ismalaya b Brow

Sementara pertandingan perseorangan bagi bulanDisember pula adalah seperti berikut:Juara - Hashim b AnsoriKedua - Zahari b Abd RahmanKetiga - Rosli Kassim

pertandingan bulanan dan setiap peserta dikenakanbayaran sebanyak RM5.00.

“Keputusan pertandingan bulanan tersebut akandigunakan untuk menentukan tahap ‘ranking’seseorang pemain itu,” katanya.

LGM BUL June07 2/14/08 2:55 PM Page 7

Page 8: (Sebuah Perbadanan Di Bawah Lembaga Getah Malaysia ... file4 Berita LGMPC• 2007 Ladang LGM Pahang Tenggaradilanda banjir Kalau dulu di Ladang LGM Panti, tetapi kali ini giliran Ladang

8 B e r i t a L G M P C • 2007

LatihanCegah Kebakarantepati SASARANPara penghuni di kedua-dua Bangunan Getah Asli‘gempar’ seketika dan bergegas turun ke bawahmelalui tangga, sebaik sahaja mendengar locengkecemasan di bangunan tersebut.

Tidak sampai 15 minit, seluruh Bangunan Getah Aslitelah dapat dikosongkan.

“Ini menepati masa yang disasarkan,” ulas, PengurusBangunan & Operasi, Zulkurnain Saaiddin apabiladitanya keberkesanan latihan mencegah kebakaranyang diadakan pada 18 Disember lalu.

“Walaupun ia adalah satu latihan, para penghuni dikedua-dua bangunan tersebut telah mengikutarahan untuk turun segera melalui tangga danberkumpul di sebuah bangunan berhampiran,”tambah beliau.

Zulkurnain berkata, beliau berasa bangga keranaseorang penghuni yang cacat anggota di tingkat 15telah dapat turun segera tanpa sebarang bantuan.

Menurut Zulkurnain lagi, dua buah kenderaan Bombadari Jalan Hang Tuah, Pudu dan Jalan Chow Kitbersama 50 anggota bomba serta dua anggotabomba bermotosikal telah tiba di Bangunan GetahAsli dalam masa 10 minit selepas mendapatpanggilan dari pihaknya.

Katanya, latihan itu turut menguji kecekapan pihakbomba dalam menghadapi kebakaran terutamadibangunan tinggi dan cara-cara menyelamatmangsa-mangsa yang terperangkap dalambangunan atau mereka yang tercedera.

Zulkurnain menambah, sebelum latihan berkenaandiadakan, pihaknya dengan kerjasama pihak bombatelah memberi kursus kepada para petugas yangdilantik dari kakitangan pejabat-pejabat yangmenduduki Bangunan Getah Asli.

“Petugas-petugas berkenaan didedahkan kepadalangkah-langkah dan prosedur-prosedur yang perludiambil apabila terjadi sebarang kebakaran diBangunan Getah Asli,”katanya.

Walaupun latihan cegah kebakaran tersebutdianggap berjaya, namun Zulkurnain terkilan sedikitkerana terdapat segelintir penghuni di BangunanGetah Asli yang tidak mahu mengosongkanbangunan tersebut apabila loceng kecemasandiaktifkan.

“Walaupun ia hanyalah satu latihan, tetapi ia sangatberfaedah kepada para penghuni di bangunantersebut untuk mengetahui cara-caramenyelamatkan diri apabila berlaku kebakaran,”sambung beliau.

LGM BUL June07 2/14/08 2:56 PM Page 8

Page 9: (Sebuah Perbadanan Di Bawah Lembaga Getah Malaysia ... file4 Berita LGMPC• 2007 Ladang LGM Pahang Tenggaradilanda banjir Kalau dulu di Ladang LGM Panti, tetapi kali ini giliran Ladang

9B e r i t a L G M P C • 2007

Mengikuti ceramahcegah kebakaranSeramai 80 kakitangan LGM, LGMPC dan para penyewapejabat di Bangunan Lembaga Getah Asli telah menyertaisatu ceramah mengenai cara-cara mencegah kebakarandan menghadapi kecemasan.

Menurut AJK Keselamatan Kebakaran LGMPC, Mohd AzmanIsmail, ceramah tersebut merupakan pendedahan awalyang bertujuan memberi kesedaran dan pengetahuan asasyang perlu diambil oleh seseorang itu sekiranya terjadikebakaran atau sebarang kecemasan di bangunantersebut. Ia disusuli dengan latihan praktikal serta latihanmemadam api bersama pihak bomba.

Jalani KURSUS PRAKTIKALSebarang kebakaran dan kecemasan boleh berlaku disesuatu masa yang tidak tentu. Oleh yang demikian,setiap penghuni bangunan hendaklah sentiasaberwaspada dan tahu bagaimana menghadapi situasitersebut terutamanya semasa berada di dalambangunan.

Demikian dijelaskan oleh Pengurus Bangunan &Operasi, Zulkurnain Saaiddin.

“Sungguh pun setiap bangunan mempunyai alat-alatpemadam api, tetapi tidak ramai yang tahumenggunakannya,” katanya.

“Adalah penting seseorang itu mengetahui cara-caramemadam api terutama di peringkat awal sebelumapi merebak kerana api yang besar akanmenyukarkan pencegahannya, seperti kata pepatah,kecil-kecil menjadi kawan, sudah besar menjadilawan,”sambung beliau.

Zulkurnain berkata, menyedari pentingnya kesedaranpencegahan kebakaran, baru-baru ini pihaknya telahmengaturkan satu kursus sehari kepada 30 orangpeserta yang terdiri daripada kakitangan LGM, LGMPCdan para penyewa ruang pejabat di Bangunan GetahAsli.

Kursus berkenaan berlangsung di Balai Bomba danPenyelamat Wilayah Persekutuan, Taman Desa, KualaLumpur.

Antara pekara yang diajar di kursus tersebut ialahtatacara penggunaan alat pemadam api, hos danalat pernafasan.

LGM BUL June07 2/14/08 2:56 PM Page 9

Page 10: (Sebuah Perbadanan Di Bawah Lembaga Getah Malaysia ... file4 Berita LGMPC• 2007 Ladang LGM Pahang Tenggaradilanda banjir Kalau dulu di Ladang LGM Panti, tetapi kali ini giliran Ladang

10 B e r i t a L G M P C • 2007

K Veerapan bersara

K Veerapan, seorangPemandu/Pembantu Pejabatyang berkhidmat denganPerbadanan sejak iaditubuhkan, telahmenamatkan kontrakperkhidmatannya pada 15Oktober 2007.

Beliau yang sebelum ini adalahbekas kakitangan LGMberkata, beliau gembira

berkerja dengan kakitangan yang ramah mesra dansentiasa memberikan kerjasama baik di peringkatatasan mahupun di peringkat bawahan.

Ditanya apakah rancangan beliau di masa depan,Veerapan berkata, buat masa ini beliau belum adarancangan tertentu, sebaliknya akan memberikantumpuan kepada keluarga beliau.

Sebagai meraikan perpisahannya, kakitanganPerbadanan telah mengadakan satu jamuan baru-baru ini.

Kakitangan BARUDua kakitangan baru telah dilantik baru-baru inisebagai Pemandu Jentera/Pembantu Pejabat secaratetap di Ladang LGM Begia, Kedah. Mereka ialahAhmad Fuzi b. Bakar, 32 (gambar kiri) dan Som Pon A/LAi Ting, 36.

Menurut Penolong Pengurus ladang tersebut, MohdAmin Deraman, kedua-dua pemandu berkenaanditugaskan memandu jentolak dan traktor sertamembawa lori muatan hasil buah sawit, di sampingmembuat kerja-kerja am.

Dengan adanya kedua-dua pemandu tersebutmereka akan dapat membantu ladang berkenaanmengendalikan segala tugas berkaitan kerja-kerjapengangkutan, penggredan jalan danpenyelenggaraan am, katanya lagi.

Mula BERKHIDMATThiagarajan a/lRajagopal atau lebihdikenali dengan namasingkatnya Rajan,m e m u l a k a nkerjayanya di LGMPCpada 1 November 2007sebagai Pemandu/Pembantu Pejabat,menggantikan tempatyang dikosongkan olehK Veerapan.

Rajan, yang sebelum ini juga adalah bekaskakitangan LGM berkata, beliau rasa teruja dapatberkhidmat dengan Perbadanan dan berharapbeliau akan dapat menyumbangkan khidmatbaktinya sebaik mungkin.

Menjalani LATIHAN

Dua penuntut tahun 3, dalam jurusan PengurusanHartanah dari UTM Sekudai, Johor menjalani latihan amalidi Ibu Pejabat bermula dari 31 Disember hingga 4 Mei 2008.Mereka ialah Maryam Khusaini, 21 (gambar kiri) dan SitiAmirah bt Zailani, 21.

Menurut Maryam, sebagai permulaan mereka telah diberitaklimat oleh Pengurus Bangunan dan Operasi, Zulkurnain

Saaiddin mengenai kerja-kerja yang dijalankan olehPerbadanan khususnya di Unit Hartanah.

“Kami juga diberitahu mengenai tugas-tugas yang akandilaksanakan sepanjang berada di Unit tersebut,” katanya.

“Saya harap dapat mempelajari selok belok pengurusanbangunan yang dipraktikkan oleh LGMPC dan segala ilmuyang diperolehi nanti akan menjadi pengalaman bergunauntuk pengajian lanjutan kelak,” katanya.

Bagi Siti Amirah pula, beliau rasa gembira keranaberpeluang menjalani latihan amali di LGMPC.

Katanya, walaupun Perbadanan ini tidaklah sebesarseperti badan-badan korporat lain, namun daripengamatannya, skop perjalanan kerja adalah luas danpenuh dengan cabaran.

“Saya harap pengalaman yang diperolehi nanti akandapat digunakan seandainya saya menjalani latihan atauberkerja di badan-badan korporat lain satu hari nanti,”katanya.

LGM BUL June07 2/14/08 2:56 PM Page 10

Page 11: (Sebuah Perbadanan Di Bawah Lembaga Getah Malaysia ... file4 Berita LGMPC• 2007 Ladang LGM Pahang Tenggaradilanda banjir Kalau dulu di Ladang LGM Panti, tetapi kali ini giliran Ladang

11B e r i t a L G M P C • 2007

BERITA L G M P CPenasihat

Dr Habibah Suleiman

Editor (kontrak)Hj Ahmad Azly Mohd Yusof

Jawatankuasa EditorialHj Mohd Rusli Mohd YusofIsmail AhmadZulkurnain SaaiddinIskandar Zulkarnain Hussin

Penyumbang beritaMohd Amin DeramanShahriman Abdul SamadRamli Abu BakarMohd Azman IsmailNorbaiti Abdullah

JurugambarNor Azli Mat Payron

BERITA LGMPC diterbitkan dua kali setahunmengandungi berita, pandangan dan aktivitikakitangan LGMPC, berita korporat dan beritaumum semasa.

Sidang Pengarang

LGM Properties Corporation, Tingkat 3, Bangunan Getah Asli, 148, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur. Tel: 03-2171 1177 Faks: 03-2171 1151/03-2164 4529

PertunanganTahniah diucapkan kepada Nor

Aiza bt Abdul Aziz, Pembantu Khas

kepada Pengurus Kanan

Perladangan yang mengikat tali

pertunangannya dengan Mohd

Fairuz Azizi b Abdullah, pada 8

Disember 2007 di Kajang, Selangor.

Mengenai tarikh perkahwinannya,

ia belum ditentukan lagi, namun

beliau berdoa semoga jodohnya

akan kekal sehingga akhir hayat.

Naik PELAMINBagi Caroliza bt Mohd Ridzal, Pembantu Akaun di Perbadanan, 22Disember lalu merupakan satu tarikh bahagia yang amat sukardilupainya, kerana pada hari tersebut beliau menamatkan zamanbujangnya apabila diijabkabulkan dengan suaminya, Rudy HermanMahpot di satu majlis yang diadakan di rumahnya di Pasir Panjang, PortDickson, Negeri Sembilan.

Ini diikuti dengan majlis persandingan kedua-dua mempelai tersebut dirumah Caroliza pada keesokan harinya.

Antara hadirin yang datang pada hari tersebut ialah rakan-rakan beliaudari Ibu Pejabat dan Unit Perladangan.

Selamat HARI JADIKetua Pegawai Eksekutif dan kakitangan LGMPC mengucapkan selamat hari jadi kepada :

Iasahak b Sai, Penyelia Ladang, Ldg LGM Begia, Kedah (21 Okt)Hj Zahari Abd Rahman, Penyelia Ladang, Ldg LGM Pahang Tenggara, Pahang (26 Okt)Wan Hamimah Wan Mohamed, Pembantu Tadbir, Ldg LGM Pahang Tenggara, Pahang (4 Nov)Amran Alias, Pengawal Keselamatan, Ldg LGM Pahang Tenggara, Pahang (4 Nov)Nor Faidatul Faizan Yahya, Pembantu Pejabat, Ldg LGM Pahang Tenggara, Pahang (11 Nov)Ibrahim Husin, Pemandu Ladang, Ldg LGM Pahang Tenggara, Pahang (26 Dis)Fadzillah Ahmad, Pembantu Tadbir, Ldg LGM Begia, Kedah (30 Dis)

Semoga mereka dipanjangkan umur, sihat tubuh badan, dimurahkan rezeki, diberkati dan berbahagia selalu.

LGM BUL June07 2/14/08 2:56 PM Page 11

Page 12: (Sebuah Perbadanan Di Bawah Lembaga Getah Malaysia ... file4 Berita LGMPC• 2007 Ladang LGM Pahang Tenggaradilanda banjir Kalau dulu di Ladang LGM Panti, tetapi kali ini giliran Ladang

12 B e r i t a L G M P C • 2007

Laluan melalui BGA dihadkanBerkuatkuasa baru-baru ini, laluan pintu keluarmelalui BGA dihadkan.

Tidak seperti dahulu, para pengguna kini hanyadibenarkan menggunakan pintu masuk tersebutdi antara 9.00 pagi hingga 5.30 petang sahaja.

Arahan tersebut dibuat bagi mengawalkeselamatan di BGA memandangkan pintuberkenaan kerap dijadikan laluan pintas olehorang ramai khususnya pejalan kaki yanghendak ke Jalan Ampang dari Jalan Yap KwanSeng dan sebaliknya.

Menyertai KURSUSSeramai 14 kakitangan Perbadanan,11 daripadanya dari Ladang LGMPahang Tenggara dan tiga dari IbuPejabat telah mengikuti satu kursus‘Basic Mindworks Program’ diSummerset Resort, Rompin, Pahangpada 12 hingga 14 November lalu.

Menurut Pengurus Pentadbiran danSumber Manusia, Iskandar ZulkarnainHussin, ia bertujuan untukmeningkatkan tahap motivasikakitangan ke arah pencapaianproduktiviti yang lebih tinggi.

TakziahDiucapkan takziah kepada Hj Mohd Rusli bin Mohd Yusof,Pengurus Kanan Perladangan di atas kembalinyaayahanda beliau kerahmatullah baru-baru ini.

Jamuan

AKHIR TAHUNSeperti pada tahun-tahun yang lalu, satu majlis hujungtahun telah diadakan di sini baru-baru ini.

Menurut Norbaiti Abdullah, belanja mengendalikan majlistersebut dibiayai oleh kakitangan.

Acara kemuncak di majlis tersebut pada hari itu ialahcabutan nombor bertuah di mana kakitangan yangbernasib baik telah menerima hadiah-hadiah yangdisediakan.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Ketua PegawaiEksekutif LGMPC, Dr Habibah Suleiman.

LGM BUL June07 2/14/08 2:56 PM Page 12