pengurusan ladang

21
Eksekutif Diploma Pengurusan Perladangan Tugasan Sains Tumbuhan dan Tanih Disediakan oleh : Zakariya Zaki Bin Tahir Pensyarah : Tun Bakli (Tugasan 1): Lakukan Kajian Morphology pada tiga (3) tumbuhan monokotiledon dan tiga (3) tumbuhan dikotiledon. Lakarkan dan label dengan jelas bahagian-bahagian yang dikaji. Buat kaji selidik mengenai kepentingan ekonomi tumbuhan-tumbuhan yang dipilih. MONOKOTILEDON 1. KELAPA SAWIT Umum tahu Kelapa sawit (Elaeis guinennsis) berasal dari Amerika Selatan iaitu speisis Elaesis melanococca atau Elaeis oleivera dan Afrika Barat iaitu speisis Elaeis guineensis. Industri sawit di Malaysia bermula pada 1917 apabila ladang Tenmaran di Kuala Selangor dengan benih dura Deli dari Rantau Panjang, Kuala Selangor sekitar 1911/1912. Penanaman ladang berlaku secara mendadak pada awal 1960an apabila FELDA membuka tanah rancangan secara besar-besaran. Kelapa sawit adalah salah satu komoditi pertanian utama bagi negaqra Malaysia yang perkembangannya semakin pesat. Prospek penanaman kelapa sawit ini telah menghasilkan keuntungan yang cukup banyak dan menjadi daya tarikan kepada pelabur-pelabur asing untuk melabur di bidang ini. Ia merupakan tananam utama terpenting di Malaysia selepas getah. Ia juga memiliki prospek yang cukup cerah samada dari segi pengeluaran bahan mentah mahupun hasil memprosesnya. Kelapa sawit juga adalah tanaman penghasil minyak sayuran yang bermutu tinggi dan berkualiti berbanding dengan minyak yang dihasilkan oleh tanaman lain seperti minyak kacang soya, minyak biji sesawi dan minyak bunga matahari. Ini disebabkan minyak sayuran kelapa sawit memiliki kadar kolestrol yang rendah, malah terdapat juga minyak yang diproses tanpa kolestrol. Minyak kelapa sawit merupakan produk utama yang dihasilkan daripada kelapa sawit. Potensi pengeluaran per hektar mencapai purata 6 tan setahun, bahkan lebih daripada itu. Hasil dari pemprosesan buah kelapa sawit tersebut akan menghasilkan minyak sawit mentah (CPO atau crude palm oil) yang berwarna kuning dan minyak inti sawit (PKO atau palm kernel oil) yang berwarna jernih. CPO atau PKO banyak digunakan sebagai bahan industry makanan (minyak goring dan maerjerin), industry sabun, industry baja, industry tekstil, kosmetik dan sebagai bahan bakar alternative (minyak diesel).

Upload: zakuan79

Post on 15-Jun-2015

6.167 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengurusan Ladang

Eksekutif Diploma Pengurusan Perladangan

Tugasan Sains Tumbuhan dan Tanih

Disediakan oleh : Zakariya Zaki Bin Tahir

Pensyarah : Tun Bakli

(Tugasan 1): Lakukan Kajian Morphology pada tiga (3) tumbuhan monokotiledon dan tiga (3) tumbuhan dikotiledon. Lakarkan dan label dengan jelas bahagian-bahagian yang dikaji. Buat kaji selidik mengenai kepentingan ekonomi tumbuhan-tumbuhan yang dipilih.

MONOKOTILEDON

1. KELAPA SAWITUmum tahu Kelapa sawit (Elaeis guinennsis) berasal dari Amerika Selatan iaitu speisis Elaesis melanococca atau Elaeis oleivera dan Afrika Barat iaitu speisis Elaeis guineensis. Industri sawit di Malaysia bermula pada 1917 apabila ladang Tenmaran di Kuala Selangor dengan benih dura Deli dari Rantau Panjang, Kuala Selangor sekitar 1911/1912. Penanaman ladang berlaku secara mendadak pada awal 1960an apabila FELDA membuka tanah rancangan secara besar-besaran.

Kelapa sawit adalah salah satu komoditi pertanian utama bagi negaqra Malaysia yang perkembangannya semakin pesat. Prospek penanaman kelapa sawit ini telah menghasilkan keuntungan yang cukup banyak dan menjadi daya tarikan kepada pelabur-pelabur asing untuk melabur di bidang ini. Ia merupakan tananam utama terpenting di Malaysia selepas getah. Ia juga memiliki prospek yang cukup cerah samada dari segi pengeluaran bahan mentah mahupun hasil memprosesnya.

Kelapa sawit juga adalah tanaman penghasil minyak sayuran yang bermutu tinggi dan berkualiti berbanding dengan minyak yang dihasilkan oleh tanaman lain seperti minyak kacang soya, minyak biji sesawi dan minyak bunga matahari. Ini disebabkan minyak sayuran kelapa sawit memiliki kadar kolestrol yang rendah, malah terdapat juga minyak yang diproses tanpa kolestrol.

Minyak kelapa sawit merupakan produk utama yang dihasilkan daripada kelapa sawit. Potensi pengeluaran per hektar mencapai purata 6 tan setahun, bahkan lebih daripada itu. Hasil dari pemprosesan buah kelapa sawit tersebut akan menghasilkan minyak sawit mentah (CPO atau crude palm oil) yang berwarna kuning dan minyak inti sawit (PKO atau palm kernel oil) yang berwarna jernih. CPO atau PKO banyak digunakan sebagai bahan industry makanan (minyak goring dan maerjerin), industry sabun, industry baja, industry tekstil, kosmetik dan sebagai bahan bakar alternative (minyak diesel).

Klasifikasi Buah Kelapa Sawit

Page 2: Pengurusan Ladang

Divisi : Spermatophyta

Subdivisi : Angiospermae

Kelas : Monocotyledonae

Ordo : Palmales

Famili : Palmaceae

Genus : Elaeis

Spesies : Elaeis guineensis

Elaeis odora (tidak ditanam di Indonesia)

Elaeis melanococca (Elaeis oleivera)

Varieti : Elaeis guineensis dura

Elaeis guineensis tenera

Elaeis guineensis pisifera

Morphology Buah Kelapa Sawit

a. Akar

Benih sawit yang baru tumbuh memiliki akar tunjang, tetapi akar ini

mudah mati dan perlu segera diganti dengan akar serabut. Akar serabut

memiliki sedikit cabang, membentuk anyaman rapat dan tebal. Sebahagian

daripada akar serabut tumbuh lurus ke bawah (Vertikal) dan

sebahagiannya tumbuh mendatar kea rah sisi (horizontal).

Sekiranya biji benih dijaga dan diberi pengudaraan dengan baik, akarnya

dapat menembusi 8 meter ke dalam tanah. Manakala, akar yang tumbuh

secara mendatar boleh mencapai 16 meter. Keadaan ini bergantung kepada

umur tanaman, system penjagaan dan keadaan tanah itu sendiri. Sistem

perakaran seperti ini menyebabkan tanaman tidak mudah tumbang.

Di celah-celah akar, terdapat ruang-ruang udara dan saling berhubung

dengan akar-akar di atas tanah. Di sekitar pangkal batang akan keluar akar

akar adventif yang tergantung. Jika akar tersebut telah mencecah tanah,

akar adventif akan berubah menjadi akar biasa. Akar pokok ini akan

menjadi busuk jika terendam di dalam air untuk jangkamasa yang lama.

Page 3: Pengurusan Ladang

b. Batang

Pada awal tahun penanaman, setelah benih kelapa sawit mula tumbuh

menjadi sepohon pokok, ia tidak menunjukkan tanda-tanda akan tumbuh

tinggi dan memanjang. Pokok kelapa sawit akan tumbuh menegak dan

rendah serta daun-daun yang berukuran besar.

Setelah tanaman berumur 4 tahun, batang mula tumbuh tinggi dan

memanjang. Ketebalan batang bergantung kepada kekuatan pertumbuhan

daun-daunnya. Tanaman yang tumbuh kurus memanjang menandakan

factor-faktor pertumbuhannya tidak sempurna. Keadaan ini menunjukkan

daun sukar untuk mendapatkan sinaran matahari. Malah gejala daun yang

saling bertindih (overlapping) berlaku disebabkan jarak antara tanaman

terlalu dekat dan mengakibatkan daun tidak mendapat cahaya matahari

yang secukupnya. Sekiranya pokok masih muda dan mempunyai batang

yang cepat tinggi, ia akan menghasilkan pengeluaran buah yang kurang.

Umumnya, pokok kelapa sawit boleh mencapai umur sehingga 100 tahun.

Tetapi pokok tersebut perlu ditanam semula sebelum mencapai umur

tersebut. Ini untuk menjamin pengeluaran buah serta bahan olahannya

bermutu tinggi dan berkualiti.

c. Daun

Daun kelapa sawit mula terbentuk pada peringkat awal pertumbuhannya.

Kebiasaanya, setiap bulan ia akan menghasilkan dua helai daun. Setiap

pelepah mempunyai lebih kurang 100 pasang helai daun. Setiap

pertumbuhan helai daun akan membentuk sudut 135º. Daun akan tumbuh

kearah atas dan melekat antara satu sama lain. Daun yang terbentuk

berwarna kuning. Anak daun (leaf-let) yang terdapat pada daun normal

berjumlah 80-120 lembar. Dan semakin melengkung ke arah bawah. Daun

Page 4: Pengurusan Ladang

yang tua akan saling menutupi, sehingga daun paling bawah akan

terlindung oleh daun yang berada di atasnya.

Kedudukan helaian daun pada pelepah diukur dengan rumus daun

(phylotaxis) dengan pecahan 3/8 iaitu pada setiap 3 putaran terdapat 8

helai daun. Daun yang kesembilan terletak pada garis lurus dari daun

pertama. Daun yang telah tua akan patah pada pangkal pelepahnya, tetapi

pangkal pelepah daun ini tidak akan terlucut dari batangnya. Ini

menyebabkan permukaan batang tidak licin seperti pokok kelapa. Di

bahagian pangkal pelepah daun terdapat duri yang sangant tajam. Setiap

tahun, tanaman kelapa sawit akan mengeluarkan kira-kira 20 ke 24 helai

daun.

d. Bunga

Bunga sawit terdiri dari dua jenis iaitu bunga jantan dan bunga betina,

malah terdapat juga tanaman kelapa sawit yang hanya mengeluarkan

bunga jantan sahaja. Pada umumnya, bunga jantan dan bunga betina

terdapat dalam dua tandan yang berbeza dan ada juga pada tandan yang

sama. Oleh itu pendebungaan antara bunga jantan dan bunga betina dalam

satu tandan jarang berlaku. Masa untuk pendebungaan adalah 3 kali dalam

masa 24 jam. Setelah itu, bunga betina akan berwarna hitam dan

mengering. Ini menandakan proses pendebungaan telah berhasil.

Sekiranya kelopak (spathe) bunga jantan baru terbuka, ia akan tercium bau

harum bunga betina dan debunya masih dalam keadaan segar. Dalam

keadaan ini, ia hanya dapat hidup dalam masa 24 jam (iaitu tempoh

mampu untuk mensenyawakan bunga betina). Sekiranya bunga jantan

diawet, ia akan dapat bertahan sehingga mencapai umur 10 minggu.

Pengawetan ini dilakukan dengan cara mengeringkan buah jantan di dalam

oven pada suhu yang tetap iaitu 60ºC selama 24 jam. Tujuan pengawetan

adalah untuk membantu pendebungaan (assisted pollination). Untuk

tanaman kelapa sawit muda (sehingga mencapai umur 6 tahun), bunga

betina tumbuh lebih banyak daripada bunga jantan. Ini berlaku disebabkan

Page 5: Pengurusan Ladang

kelapa sawit muda memerlukan agen pendebungaan yang dapat dilakukan

oleh manusia.

e. Buah

Buah kelapa sawit akan terhasil pada pelepahnya pada umur 3 – 4 tahun,

bilangan pelepah kelapa sawit akan meningkat sehingga 30 – 40 pelepah

dan semakin menurun sehingga 18 – 25 pelepah apabila umur semakin

meningkat. Oleh itu semakin tua umur kelapa sawit, pertumbuhan

pelepahnya semakin menurun. Begitu juga dengan hasil buahnya. Tetapi ia

tidak bererti hasil pengeluaran minyaknya akan menurun. Ini disebabkan,

semakin tua umur pokok kelapa sawit, ukuran buahnya semakin

membesar. Kadar minyak yang dihasilkan juga semakin meningkat. Oleh

kerana, saiz buahnya bervariasi, ini menyebabkan berat setandan buah

akan berbeza-beza sehingga mencapai berat 30kg.

Tanaman kelapa sawit mula berbuah ketika berumur 18 bulan selepas ia di

tanam, tetapi kadar minyaknya masih sedikit dan mempunyai peratus

lumpur (cecair) yang banyak. Oleh itu bunga yang tumbuh pada sawit

muda akan dibuang supaya tidak membentuk buah.

Buah sawit muda atau nama saintifiknya, elaeis guneensis dura, elaeis

guneensis tenera, dan elaeis guffieensis pisifera mengalami perubahan

warna iaitu berwarna ungu tua sehingga berwarna hitam. Perubahan warna

ini disebabkan oleh gabungan zat anthocyanin. Setelah buah masak pada

umur 6 bulan, warna buah menjadi jingga (oren) kemerahan. Ini kerana

buah sudah bergabung dengan zat karotin. Berbeza pula dengan buah

kelapa sawit jenis Elaeis melanococca, ketika muda warnanya hijau dan

apabila semakin tua, ia akan berubah menjadi warna jingga (oren)

kekuningan.

Buah kelapa sawit melekat pada bahagian yang dikenali sebagai tandan

buah, terdapat beribu-ribu biji buah sawit. Tandan buah akan mencapai

ukuran paling maksimum (terbesar) pada umur 4.5 – 5 bulan.

Page 6: Pengurusan Ladang

Pada umur ini, buah mulai membentuk zat-zat minyak yang tersusun

dalam sel-sel pengisi di ruang sabut buah. Minyak sawit mentah (CPO)

tersebut membentuk warna jingga kerana ia banyak mengandungi karotin.

Ketika pembentukan minyak, warna kulit buah akan berubah dari unggu

menjadi jingga kemerahan. Pengeluaran buah paling maksimum berlaku

apabila buah mencapai 25 tan/hektar/tahun. Bahagian CPO ini akan

mencapai 20% dari berat tandan dan minyak inti sawit (PKO) boleh

mencapai sehingga 30%.

Page 7: Pengurusan Ladang

2. KELAPA / NYIUR (COCONUT)

Kelapa ialah sejenis pokok palma yang termasuk dalam kumpulan monokotiledon.

Nama latinnya Cocos nucifera. Ia adalah salah satu pokok yang terpenting di kawasan-

kawasan tropika kerana banyak gunanya selain dari menjadi punca pengeluaran minyak

kelapa.

Ia banyak didapati di kawasan-kawasan pantai tropika dan tropika sederhana, dengan

hujan 60 inci, iklim lembap dan suhu antara 80º F - 90º F. Tanah yang paling sesuai

baginya ialah tanah pasir yang gembur. Tanah liat tidak berapa sesuai kerana air mudah

bertakung. Di tanah gambut, hasilnya mula-mula baik tetapi selepas 10 tahun hasilnya

kurang hingga tinggal separuh dari yang sepatutnya. Tempat asalnya tidak diketahui

tetapi oleh kerana lebih 20 jenis dari genus ini terdapat di kawasan tropika Amerika

Selatan jadi adalah dijangka Cocos nucifera mungkin dibawa oleh air dari sana.

Batang Pokoknya

Ia boleh hidup tinggi hingga 100 kaki, batangnya bulat dengan ukuran

garispusatnya dua kaki.

Page 8: Pengurusan Ladang

Akar

Ia mempunyai akar luar biasa iaitu seperti tali dan boleh menjalar hingga tujuh

kaki di bawah tanah jika aras mata air rendah. Akar-akar itu mudah patah dan

tidak lebih dari ½ inci lebar. Ia berkayu tetapi menganjal dan tidak ada akar

rambut. Pada satu-satu pokok kelapa boleh terdapat hingga 7000 urat akar.

Daun

Daun Kelapa lurus, panjang dan berlidi di tengah-tengah. Ia tumbuh pada pelepah

yang hingga 20 kaki panjang. Pada satu-satu pokok terdapat antara 25 hingga 30

pelepah. Pucuknya bersalut dengan upih daun (sheath). Umbutnya ialah bahagian

yang paling lembut dan mudah terancam oleh musuh (kumbang) dan penyakit.

Umbutnya juga boleh dibuat sayur.

Bunga

Pokok kelapa mula berbunga dan berbuah antara 4 – 6 tahun selepas ditanam dan

ia boleh terus memberi hasil hingga 60 tahun. Bunga kelapa melekat pada mayang

yang pada waktu mudanya berbalut dengan seludang. Pada satu-satunya tangkai

mayang terdapat bunga betina di pangkalnya dan bunga jantan di hujungnya. Pada

setandan mayang terdapat antara 20 – 40 bunga betina dan antara 200 – 300 bunga

jantan.

Bunga jantan kembang dulu dan debunganya keluar selama dua minggu; bunga

jantan gugur dan bunga betina mula kembang. Dengan cara ini pendebungaan

kacuk terjadi. Pendebungaan terjadi dengan bantuan serangga yang menghisap

madu pada bunga betina dan oleh angin. Satu-satu pokok yang baik boleh

mengeluarkan tidak kurang dari 100 biji kelapa setahun iaitu 60 paun kelapa

kering.

Buah Kelapa

Buah kelapa ialah sejenis drup dan salah satu buah yang terbesar. Kulit lapisan

luarnya keras dan licin. Waktu muda ia berwarna hijau apabila tua ia bertukar

menjadi perang. Pada lapis kedua terdapat sabut, kemudian tempurung yang keras

dengan isi kelapa dan air didalamnya.

Page 9: Pengurusan Ladang

Dari saat persenyawaanya hingga ke masa kelapa cukup tua dan boleh

menghasilkan minyak memakan masa satu tahun. Tiap-tiap satu bulan satu tandan

ada antara 8 hinnga 10 biji kelapa. Pekebun-pekebun kecil boleh mendapat antara

3,000 – 3,500 biji kelapa pada satu ekar setahun iaitu kira-kira antara 10 -12 pikul

kelapa kering. Kelapa kering yang baik mengandungi hanya 3% - 5% air dan 60%

- 65% minyak.

Buah kelapa mengeluarkan tunasulung dan akar daripada ‘mata’ tempurungnya.

Bagi Sembilan bulan yang pertama anak kelapa mendapat makanannya daripada

bahagian-bahagian buah itu yang banyak mengandungi nutrien. Akarnya akan

mendapat nutrien pada sabut yang mengandungi mineral terutamanya kalium.

Kegunaanya

Kelapa adalah tanaman yang penting memandangkan kegunaanya dari segi segi

perdagangan dan juga dalam kehidupan seharian. Hasilnya yang penting ialah

minyak kelapa yang boleh dibuat lilin, marjerin dan sabun selain dari digunakan

untuk memasak makanan.

Daripada nira kelapa boleh didapati ‘tuak’ atau todi dan juga gula kelapa. Isi

kelapa yang dibuat kelapa parut kering banyak gunanya dalam masakan dan

pembuatan kuih-muih dan manis-manisan.

Air kelapa muda dan isinya sangat digemari sebagai minuman menghilangkan

dahaga. Santan kelapa hampir tiap-tiap hari digunakan untuk membuat kuih,

gulai dan pengat.

Bukan sahaja buah kelapa yang banyak gunanya tetapi boleh dikatakan semua

bahagian pokokm dari batang hingga ke pucuknya sangat berguna kepada

penduduk-penduduk di kawasan-kawasan ia didapati. Batang kelapa boleh dibuat

titi, tempurungnya dan pelepahnya dijadikan kayu api, daunya dibuat atap, bakul

dan lekar, sabut dijadikan tali, berus dan isi tilam dan lidinya dibuat penyucuk

sate dan lekar sementara pucuknya dibuat sampul ketupat dan umbutnya disayur.

Page 10: Pengurusan Ladang

Negeri-negeri pengeluar kelapa ialah Filipina, Indonesia, Malaysia, Sri Lanka,

India dan Burma. Ia juga didapati tumbuh di pualu-pulau tengah Lautan Pasifik,

Amerika tengah, Pulau Karibean dan pantai-pantai Afrika.

3. PINANG

Page 11: Pengurusan Ladang

Pokok pinang termasuk dalam kumpulan monokotiledon dan keluarga PALMAE. Nama

latinya ialah Areca catehu. Pokoknya seperti pokok kelapa tetapi ia kurus dan tinggi. Ia

lekas tumbuh dari biji buahnya. Pokok pinang boleh mencapai ketinggian 100 kaki tetapi

yang biasa dilihat hanya 50 kaki tingginya.

Daun pinang ialah daun bentuk lelipan antara empat hingga enam kaki pankang.

Bunganya melekat pada mayang dan berbalut seludang seperti bunga kelapa. Kedua-dua

bunga jantan dan betina terdapat pada satu tandan. Buah pinang ialah jenis buah pepauh

kira-kira dua inci panjang. Kulitnya berwarna jingga dan bersabut. Isinya iaitu bijinya

yang keras. Pokok pinang di tanam kerana buah atau bijinya ini yang dimakan dengan

sirih oleh kebanyakan penduduk di India, Sri Lanka dan Asia Tenggara. Kegemaran

memakan sireh ini telah diamalkan orang sejak 2000 tahun dahulu.

Biji pinang boleh dimakan basah (baru dipetik) atau kering. Yang kering ada dijual di

kedai-keadi orang india. Pinang yang kering dihiris dahulu kemudian dijemur dan ia

kurang mengandungi samak (tannin), rasanya lebih sedap dan ia boleh disimpan lama.

Pinang mengandungi alkaloid bernama arekolin (arecolin).

Satu lagi jenis pinang , bijinya tidak dimakan orang tetapi pokoknya ditanam sebagai

perhiasan ialah pinang Raja. Buahnya merah keluar dari tandan juga tetapi bersaiz kecil.

DIKOTILEDON

Page 12: Pengurusan Ladang

1. GETAH

Getah merupakan salah satu komoditi eksport utama Malaysia sejak 1902 telah

berkembang dengan pesat sehingga menyumbangkan pendapatan eksport yang paling

tinggi bagi Malaysia terutama pada tahun 1970 an. Situasi ini telah menempatkan

Malaysia sebagai pengeluar getah asli yang utama dunia selepas Indonesia dan Thailand.

Pada awal abad ke -20, getah mula ditanam secara besar-besaran di Tanah Melayu.

Menjelang kemerdekaan, seluas 800,000 hektar tanah ditanam dengan pokok getah secara

perladangan, sebahagian besar di kawasan Perak, Permatang, Selangor, Lembah Kelang

dan Johor. Penanaman secara kebun kecil pula melibatkan kawasan seluas 700,000

hektar. Pada ketika itu, industri getah telah menyumbang sebanyak lebih daripada 50%

kepada eksport kasar negara.

Getah merupakan tanaman asli yang berasal dari Amerika Selatan. Pokok getah tidak

terdapat di kebanyakan negara. Pada mulanya ia dijumpai di Hutan Brazil sehingga di

kenali dengan istilah saintifik Havea Brasiliensis. Sebelum ia mula tersebar di beberapa

buah negara lain terutama di benua Asia, ianya banyak ditanam secara besar-besaran oleh

penduduk asli di Amerika Selatan dan Afrika. Seterusnya tanaman ini telah tersebar

meluas di Asia terutama di India, dan Sri Lanka. Kini pokok getah banyak ditanam di

negara-negara Asia Tenggara terutamanya di Malaysia dan Indonesia.

Klasifikasi pokok Getah:

Page 13: Pengurusan Ladang

Alam : Plantae

Divisi : Spermatophyta

Subdivisi : Angiospermae

Kelas : Dycotyledoneae

Susunan : Euphorbiales

Keluarga : Euphorbiacae

Genus : Havea

Spesies : Havea Brasiliensis

MORFOLOGI POKOK GETAH

a. Batang

Tanaman getah berupa pokok yang memiliki ketinggian mencapai 25 meter

dengan diameter batang yang cukup besar. Umumnya, batang pokok getah

tumbuh lurus dan menegak dengan bahagian percabangan di atas. Pada bahagian

batang yang lebar tersebut mengandungi getah yang amat dikenali sebagai lateks

atau susu getah.

b. Daun

Daun pokok getah terbentuk pada tangkai utama yang mempunyai ukuran panjang

3 – 20 cm dan tangkai anak daun berukuran 3 – 10 cm dengan bahagian kelenjar

di hujungnya. Setiap daun getah biasanya memiliki tiga anak daun yang berbentuk

elips memanjang dengan bahagian hujung meruncing. Daun ini berwarna hijau

dan akan berubah manjadi kuning atau merah apabila ia mula gugur. Seperti

kebanyakan pokok-pokok tropika yang lain, daun-daun ini akan mula gugur

menjelang puncak musim kemarau dengan tujuan untuk mengurangkan berlaku

pengewapan yang berlebihan.

c. Bunga

Bunga pokok getah bersifat ginodiesius (hermafrodit) di mana bahagian bunga

jantan dan bunga betina pada bunga yang sama. Ia terbentuk pada tangkai bunga

yang berbentuk malai payung yang jarang. Bahagian hujung tangkai bunga

berbentuk loceng di mana hujungnya terdapat mahkota bunga yang sempit. Bunga

Page 14: Pengurusan Ladang

betina (pistil) mempunyai ukuran yang lebih besar berbanding ukuran bunga

jantan (stamen) serta mengandungi ovul iaitu gamet betina yang berbentuk ovari.

Pistil (organ pembiakan bunga betina) terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu

stigma, stil dan ovari. Manakala stamen (organ pembiakan bunga jantan)

merupakan hasil gabungan daripada 10 benang sari. Bahagian anter bunga jantan

terbahagi kepada dua ruangan di mana salah satunya akan terletak lebih tinggi

daripada yang lain.

d. Buah

Buah getah memiliki diameter 3 – 5 cm, terbentuk daripada proses pendebungaan

bunga getah yang mempunyai pembahagian ruangan yang jelas, biasanya 3 – 6

ruang. Setiap ruangan berbentuk seperti separuh bola. Apabila sudah tua, buah

getah ini akan meletup pecah dengan sendirinya dan setiap pecahan akan tumbuh

membentuk individu baru jika jatuh ke bahagian yang tepat.

e. Akar

Akar pokok getah berupa akar tunjang yang mampu menampung atau menyokong

batang pokok yang besar dan tumbuh tegak ke atas. Pembentukan akar tunjang ini

membolehkan pokok getah sentiasa tegak dan mantap walaupun tumbuh setinggi

25 meter.

Page 15: Pengurusan Ladang

2. KOKO

KLASIFIKASI

Divisi : Magnoliophyta

Kelas : Magnoliopsida

Order : Malvales

Famili : Sterculiaceae

Genus : Sterculia

Spesies : S.rubiginosa

Koko adalah sejenis pokok dari keluarga STERULIACAE. Ia adalah jenis Theobroma

cacao. Jenis-jenis lain ialah Theobroma pentagona dan Theobroma spherocarpa. Koko

adalah tumbuhan asli yang berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan.

Kemudian, dari sana ke Afrika (Ghana, Nigeria dan neger-negeri lain) dan akhir sekali ke

timur termasuklah Malaysia.

Page 16: Pengurusan Ladang

MORFOLOGI POKOK KOKO

Pokok koko boleh tumbuh setinggi 40 kaki, tetapi di dalam ladang-ladang koko tingginya

tidak sampai demikian kerana ia sering dicantas untuk menyenangkan kerja-kerja

mengumpulkan hasil-hasil buahnya.

Pokok koko mempunyai dahan-dahan dan ranting-reanting yang banyak dan dari dahan

dan batang ini kelurlah bunga-bunganya berwarna biru biji kundang. Bila gugur bunga-

bunga ini timbullah buah-buahnya yang hijau. Buah-buah itu mjembesar bulat – lonjong

seperti buah betik. Apabila masak kulit buah koko ini berwarna kuning serta keras. Di

dalam setiap sebiji buah koko ini ada antara 25 hingga 50 biji benih. Biji benih inilah

yang dibersihkan dan dikeringkan kemudian diproses untuk dijadikan bahan makanan

atau campuran minuman atau dibubuh ke dalam kuih muih atau gula coklat dan lain-lain.

Koko adalah sumber pendapatan negara yang ketiga selepas minyak sawit dan getah.

Koko merupakan tanaman yang berkembang dengan pesat. Sejak tahun 1971,

pertambahan hasil tanaman ini meningkat sebanyak tujuh kali ganda. Dalam 1988 sahaja,

dianggarkan Malaysia telah menghasilkan 210,000 tan biji koko kering, iaitu

pertambahan sebanyak 13.5 % berbanding dengan tahun sebelumnya. (185,000 tan).

Daripada negara pengeluar koko yang ketujuh besar di dunia pada awal tahun 80 an.

Malaysia menjadi negara keempat terbesar menghasilkan biji koko kering selepas Ivory

Coast, Brazil dan Ghana dalam tahun 1986, dan kini menjadi negara ketiga terbesar di

dunia dalam tahun 1988. Penghasilan koko meningkat dengan pesat kini memerlukan

pengawasan yang rapi agar harganya dapat dikekalkan pada paras tinggi.

Page 17: Pengurusan Ladang

3. DURIAN

Nama saintifik : Durio Zibethinus Murr.

Keluarga : Bombacaceae

a. Asal usul

Durian berasal dari Asia Tenggara, terutama Malaysia dan Indonesia. Di

Thailand, duruian telah dikembangkan secara komersial dengan baik sekali.

b. Morfologi Durian

Pokok durian berukuran besar dan tingginya mampu mencapai 30 M. Buahnya

berukuran besar dan berduri. Ia dikenali dengan julukan sebagai raja segala buah

(king of fruit).

Daun dan dahan

Helaian daunnya panjang dan runcing. Permukaan daun sebelah bawah

berwarna keperakan. Pertumbuhan dahan cenderung ke atas (vertikal).

Namun ,dahan primer di bahagian bawah pokok cenderung ke sisi

(horizontal).

Akar

Mempunyai akar tunjang dan akar sisi yang kuat dan dalam. Sistem akar

ini baik untuk mencegah lereng runtuh..

Bunga

Bunganya besar dan berbentuk seperti mangkuk dengan benang sari dan

mahkota bunga berwarna kuning emas sehingga merah. Bunganya

sempurna atau hemafrodit (bahagian bunga jantan dan bunga betina pada

bunga yang sama.

Bunga keluar secara tunggal atau berkelompok pada dahan primer hingga

dahan sekunder. (ranting). Bunnganya tergantung pada tangkai yang

panjang. Pokok ini di tanam melalui kaedah generatif iaitu menggunakan

biji. Ianya akan mula berbunga pada umur 8 – 15 tahun. Jika ia dibiak

menggunakan kaedah vegetatif melalui kaedah cantuman mata tunas, ia

akan berbunga pada umur 5 – 7 tahun.

Bunga mekar pada waktu pagi. Proses pendebungaan silang berlaku

melalui bantuan kelawar dan beberapa jenis kumbang. Pendebungaan

Page 18: Pengurusan Ladang

silang oleh kelawar berlaku pada tengah malam. Kejayaan proses

pendebungaan terjadi antara 5 – 10%.

Buah

Buah matang dituai pada umur 4 – 5 bulan selepas bunga mekar. Tanaman

ini umumnya berbunga pada bulan September – November. Buah berbiji

banyak (antara 1 -40 biji). Isi buah membaluti biji yang terdapat dalam

ruang buah. Isi buah berkembang dari jaringan biji yang disebut arilus.

Bentuk buahnya bulat hingga lonjong dan berduri runcing serta tajam.

Buah mempunyai 1 -7 ruang (pangsa). Setiap ruang terdapat 1- 6 buah.

Sebiji buah durian mempunyai biji yang berisi atau kempis.

Kegunaan

Isi buah durian yang telah matang boleh dimakan segar. Baki buah durian

boleh dijadikan tempoyak atau dodol. Buah yang tua tetapi belum matang

dibuat tepung durian. Kayunya amat sesuai digunakan sebagai bahan

binaan bangunan. Pati buah duriaon boleh digunakan sebagai aroma

aiskrim. Durian sesuai di tanam di lereng bukit kerana ia membantu

mengelakkan proses hakisan.

Page 19: Pengurusan Ladang

(TUGASAN 2) : TERDAPAT BERATUS- RATUS SIRI TANAH DI MALAYSIA.

DIANTARANYA ADALAH SIRI BUNGOR, SERDANG, HARIMAU, GAJAH MATI,

SEGAMAT DAN LAIN-LAIN. PILIH LIMA (5) DARIPADA SIRI-SIRI INI DAN

LAKUKAN KAJIAN MORPHOLOGI MENDALAM KEATAS SIRI-SIRI TANIH YANG

DIPILIH. INI TERMASUK SIFAT-SIFAT FIZIKAL, KIMIA, KEKURANGAN,

KELEBIHAN, DAN TANAMAN-TANAMAN YANG SESUAI DITANAM DI TANIH

INI. NYATAKAN PENGURUSAN YANG PERLU DIBUAT BAGI MENAMBAHBAIK

KESESUAIAN MEREKA TERHADAP TANAM-TANAMAN YANG HENDAK

DIUSAHAKAN DI TANIH-TANIH INI.