school oath stias

2
BISMILLAHIR RAHMAANIR RAHIIM Adalah dengan ini kami, serikandi Sekolah Tinggi Islam As Sofa bertarikh _______________________ dengan penuh kesedaran dan hati yang terbuka berjanji menerima segala syarat dan peraturan yang dijalankan oleh pihak pengurusan Sekolah Tinggi Islam As Sofa ini seperti butiran yang berikut : 1. Mengamalkan cara hidup Islam yang sempurna dengan melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan Allah dan RasulNya yang berlandaskan ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah. 2. Mematuhi dan menghormati segala peraturan dan undang-undang yang dijalankan dan dikuatkuasakan oleh pentadbiran Sekolah Tinggi Islam As Sofa serta menjaga kebersihan dan keselamatan sekolah. 3. Memberikan komitmen dan kesungguhan yang tinggi terhadap sistem pembelajaran yang dijalankan di sekolah ini. 4. Sentiasa mengamalkan akhlak yang mulia dan menghormati para guru, pihak pentadbiran, petugas serta semua rakan pengajian dan semua warga Sekolah Tinggi Islam As Sofa termasuk para ibu bapa. 5. Menunaikan serta menjalankankan sepenuhnya segala tugasan akademik dan terlibat dengan kegiatan pelajar yang diperkenalkan dengan sempurna. 6. Menjelaskan segala bayaran yang ditentukan dan yuran yang ditetapkan oleh pihak Sekolah Tinggi Islam As Sofa bagi menampung segala perbelanjaan pentadbiran dan aktiviti sekolah.

Upload: afiqah-abdullah

Post on 10-Apr-2016

230 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

school oath

TRANSCRIPT

Page 1: School Oath Stias

BISMILLAHIR RAHMAANIR RAHIIM

Adalah dengan ini kami, serikandi Sekolah Tinggi Islam As Sofa bertarikh _______________________ dengan penuh kesedaran dan hati yang terbuka berjanji menerima segala syarat dan peraturan yang dijalankan oleh pihak pengurusan Sekolah Tinggi Islam As Sofa ini seperti butiran yang berikut :

1. Mengamalkan cara hidup Islam yang sempurna dengan melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan Allah dan RasulNya yang berlandaskan ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah.

2. Mematuhi dan menghormati segala peraturan dan undang-undang yang dijalankan dan dikuatkuasakan oleh pentadbiran Sekolah Tinggi Islam As Sofa serta menjaga kebersihan dan keselamatan sekolah.

3. Memberikan komitmen dan kesungguhan yang tinggi terhadap sistem pembelajaran yang dijalankan di sekolah ini.

4. Sentiasa mengamalkan akhlak yang mulia dan menghormati para guru, pihak pentadbiran, petugas serta semua rakan pengajian dan semua warga Sekolah Tinggi Islam As Sofa termasuk para ibu bapa.

5. Menunaikan serta menjalankankan sepenuhnya segala tugasan akademik dan terlibat dengan kegiatan pelajar yang diperkenalkan dengan sempurna.

6. Menjelaskan segala bayaran yang ditentukan dan yuran yang ditetapkan oleh pihak Sekolah Tinggi Islam As Sofa bagi menampung segala perbelanjaan pentadbiran dan aktiviti sekolah.

7. Bersetuju sekiranya pihak sekolah menjatuhkan hukuman penggantungan pengajian atau dibuang dari sekolah dan asrama sekiranya melanggar peraturan sekolah dan asrama yang telah ditetapkan.

8. Berjanji tidak akan terlibat dengan segala aktiviti pelanggaran disiplin yang boleh dibuang dari sekolah seperti merokok, mencuri, terlibat dengan pergaduhan dan apa-apa perbuatan yang boleh menjatuhkan nama baik Sekolah Tinggi Islam As Sofa.

Page 2: School Oath Stias

9. Mematuhi dan mengikuti semua peraturan terbaru dari masa ke semasa yang dikuatkuasakan oleh pihak sekolah untuk kepentingan semua pihak.

Dan kami akan berusaha sepenuh daya untuk menjaga dan menaikkan nama baik Sekolah Tinggi Islam As Sofa ini menjadi institusi pendidikan yang unggul berteraskan Ahli Sunnah Wal Jamaah.