sb - unimas institutional repository penduduk di projek kelapa... · syarat-syarat pengijazahan...

24
SB 299 P3 H521 1997

Upload: nguyencong

Post on 02-Mar-2019

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SB 299 P3 H521 1997

P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK Pusat Khidmat Maktumat Akademik

II III II UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

I IýIýIý IIIIII IIIIII 1000246044

PENYERTAAN PENDUDUK DI PROJEK KELAPA SAWIT SALCRA DI BRATAK, BAU

HENRY AK. JIMBEY

Latihan Ilmiah ini dikemukakan untuk memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat pengijazahan Sarjanamuda Sains Sosial Dengan Kepujian

Perancangan Dan Pengurusan Pembangunan

FAKULTI SAINS SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

1997

ii

PENGHARGAAN

Pertama sekali, ucapan syukur dan pujian kepada Tuhan Yesus Kristus kerana

menyertai saya sepanjang pengajian saya di UNIMAS, khususnya dalam usaha untuk

menyiapkan latihan ilmiah ini.

Dengan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan

terima kasih kepada penyelia saya, Dr. Gabriel Tonga kerana telah memberikan nasihat

dan tunjuk ajar sehingga latihan ilmiah ini dapat disempurnakan.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kepada pihak SALCRA

khususnya En. Dahim Nadot (Assistant General Manager), En. Martin Kusong (Estate

Manager) dan semua pekerja SALCRA di Ladang Kelapa Sawit Bratak kerana telah

memberikan kerjasama kepada saya semasa kerja lapangan dijalankan.

Kepada rakan-rakan seperjuangan, dorongan dan pertolongan anda semua akan

dikenang selalu. Semoga kita akan diberkati Tuhan dan akan mencapai kejayaan dalam

bidang yang diceburi kelak.

Latihan ilmiah ini juga tidak akan dapat disempumakan tanpa sokongan moral

dan material dari keluarga tersayang, mak, ayah, abang sekeluarga, kakak sekeluarga dan

adik. Sokongan dan doa kalian membolehkan saya sampai ke tahap ini.

Akhir sekali, ucapan penghargaan dan terima kasih ini ditujukan khas buat

Adriana Lawrence yang sentiasa menjadi sumber inspirasi dan memberi kepada saya

sepanjang penyiapan latihan ilmiah

Pu, sat Khidºtxýºt Maklumat Akaoemik g, e, Itp' WAK

UN]VERSITI MAL. AYSIP+

SENARAI KANDUNGAN

Pengakuan Pelajar

Penghargaan

Senarai Kandungan

Abstrak

Abstract

Senarai Jadual

BAB I

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Kenyataan Masalah

1.3 Objektif Kajian

1.4 Kepentingan Kajian

1.5 Batasan Kajian

BAB 2

2.0 RUJUKAN BAHAN BERTULIS

2.1 Konseptualisasi

2.2 Rancangan Pembangunan Tanah

2.3 Agensi Terbabit - SALCRA

i

11

111

Vil

viii

ix

1

1

3

5

5

6

8

S

9

10

iv

2.4 Konsep Pembangunan SALCRA

2.4.1 Objektif SALCRA

2.4.2 Fungsi Utama SALCRA

2.4.3 Latar Belakang Bau-Lundu

2.5 Penyertaan Dalam Projek

2.5.1 Pendapatan Peserta Projek

BAB 3

3.0 METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.1 Metodologi Kajian

3.2 Lokasi Kajian

3.3 Populasi Dan Persampelan

3.4 Pengutipan Data

3.4.1 Borang Soal Selidik Dan Temubual

3.4.2 Skala

3.5 Analisis Data

BAB 4

4.0 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN

4.1 Demografi Responden

4.1.1 K ampung, Jantina Dan Umur Responden

4.1.2 Tahap Pendidikan Responden

13

14

14

15

17

18

20

20

20

22

22

23

23

24

26

26

26

28

4.1.3 Status, Agama Dan Bangsa Responden

4.2 Penerimaan Responden Terhadap Projek

4.2.1 Penyertaan Dalam Projek

4.2.2 Sebab Menyertai Projek Kelapa Sawit

4.2.3 Sebab Tidak Menyertai Projek Kelapa Sawit

4.2.4 Persepsi Terhadap SALCRA

4.2.4.1 Pendapatan tidak tinggi

4.2.4.2 Simpanan tidak bertambah

4.2.4.3 Tiada kemajuan dicapai

4.2.4.4 Tidak menyesal

4.3 Persepsi Responden

4.3.1 Sumbangan Kepada Pembangunan Wilayah

4.3.1.1 Peranan SALCRA

4.3.1.2 Tanah Terbiar

4.3.1.3 Tanaman kelapa sawit

4.3.1.4 Kejayaan projek

4.3.1.5 Perubahan kampung

4.3.2 Peningkatan Pendapatan Dan Peluang Pekerjaan

4.3.2.1 Peluang pekerjaan

4.3.2.2 Peningkatan taraf hidup

4.3.2.3 Peningkatan pendapatan

4.3.3 Kemudahan Infrastruktur

29

29

29

30

32

33

33

34

34

34

35

35

35

36

36

37

37

38

38

38

39

39

V1

4.3.3.1 Kemudahan awam 40

4.3.3.2 Keyakinan terhadap kejayaan kemajuan kampung 40

4.3.3.3 Infrastruktur

4.3.3.4 Persepsi keseluruhan

4.4 Pendapatan Bulanan Responden

4.5 Pendapatan Keluarga Dan Pendapatan Total

4.6 Harapan Peserta Projek

BAB 5

5.0 KESIMPULAN

5.1 Pengenalan

5.1.1 Pekerjaan Sebelum Dan Selepas SALCRA

5.1.2 Pekerja SALCRA

5.1.3 Kadar Penerimaan Dan Penyertaan

5.2 Cadangan

5.2.1 Kenaikkan Gaji

5.2.2 Memperbaiki Kemudahan Dan Perkhidmatan

5.3 Penutup

Bibliografi

Lampiran

41

41

41

44

48

51

51

51

53

54

56

56

57

57

59

61

Vii

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi para peserta dan bukan peserta projek

terhadap projek kelapa sawit SALCRA. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk melihat

perbezaan pendapatan di antara para peserta projek dengan bukan peserta. Dengan ini,

perbazaan di antara kedua-dua golongan dapat dibezakan. Kajian ini seterusnya cuba

mengupas perbezaan pendapatan para peserta projek sebelum dan selepas merekä

menyertai projek SALCRA. Perubahan taraf hidup para peserta setelah mereka menyertai

projek kelapa sawit adalah sebahagian daripada objektif kajian. Majoriti responden

menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap pendapatan yang mereka terima. Pada

mereka, pendapatan ini terlalu kecil lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergantung

sepenuhnya kepada aktiviti ladang SALCRA. Hasil dari kajian ini menunjukkan bahawa

responden menunjukkan persepsi yang positif terhadap projek kelapa sawit SALCRA.

Bagi responden yang menyertai projek pula, majoriti mereka mengatakan bahawa

pendapatan mereka telah meningkat dan kehidupan mereka lebih terjamin. Malah apa

yang mereka pentingkan adalah hak pemilikan tanah akan diberikan kepada mereka

kelak.

Viii

ABSTRACT

The aim of this research is to find out in more detail about the participant and

non-participant taking part in the oil palm project proposed by SALCRA at Ladang

Kelapa Sawit Bratak, Bau. This research is also to survey the views of participants and

non participants on various aspects of the project. Different perceptions on the project

before and after implementation is analised. On the other hand, this research will find out

in more details the participant standard of living after joining the oil palm project.

Various suggestions has been bring forward to the attention of the SALCRA management

especially regarding the income of the workers. Majority of the respondent were not

happy about their salary. To them, their salary is far to low especially to those who

depend on this scheme. This result also show that the respondent have a positive

perception about oil palm project. For those who are participate with this project,

majority of them says that their standard of living has been up-graded and their way of

life is much more better. The most important to them is the participant will be given the

land title later.

ix

SENARAI JADUAL

Jadual 1: Kawasan, Keluasan Kawasan Dan Penyertaan Peserta 11

Jadual 2: Bilangan Keluarga Dan Populasi Mengikut Kampung Yang

Terlibat Dalam Projek Kelapa Sawit Bau Lundu 16

Jadual 3: Penyertaan Kampung Di Ladang Kelapa Sawit Bratak, Bau 21

Jadual 4: Kampung, Bilangan Dan Peratusan Mengikut Jantina Responden 27

Jadual 5: Sebab Menyertai Projek Kelapa Sawit SALCRA Dalam Peratus 32

Jadual 6: Bilangan Dan Peratusan Sebab Tidak Menyertai Projek 33

Jadual 7: Persepsi Responden Terhadap Sumbangan Projek Kepada

Pembangunan Wilayah 38

Jadual 8: Persepsi Responden Terhadap Peningkatan Pendapatan

Dan Peluang Pekerjaan 39

Jadual 9: Perbandingan Pendapatan Keluarga Dan Pendapatan Total 46

Jadual 10: Pemilikan Peralatan Rumah Sebelum Dan Selepas SALCRA 47

Jadual 11: Harapan Responden Terhadap SALCRA 49

I

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Dalam membangunkan sesebuah negara, kerajaan akan cuba memastikan

semua rakyatnya menikmati pembangunan tersebut. Kerajaan juga mahu masyarakat

di luar bandar menerima kesan pembangunan yang telah dirancang untuk mereka.

Sebenarnya kerajaan masih memberikan tumpuan kepada sektor pertanian kerana

sektor ini melibatkan ramai penduduk negara dan juga kerana sektor ini menghasilkan

pengeluaran yang paling rendah dalam ekonomi (Baldwin, 1983). Sektor pertanian

juga melibatkan ramai golongan yang tinggal di luar bandar yang mana majoriti

mereka ini adalah golongan yang miskin dan kurang berpelajaran. Selain itu, ia juga

adalah untuk mengurangkan jurang kemiskinan di kalangan penduduk di luar bandar.

Ini pernah dinyatakan oleh Todaro (1994). Beliau berpendapat bahawa pembangunan

adalah "untuk mengurangkan atau membenteras kemiskinan, ketidaksamarataan dan

pengangguran di dalam sesebuah ekonomi yang sedang maju. " Justeru itu, kemudahan

prasarana yang dirancang akan mencakupi satu kawasan yang luas dan besar serta

mendatangkan kebaikan kepada ramai orang. Ali (1979) menegaskan bahawa dalam

pembangunan kita harus memikirkan soal untuk menaikkan taraf hidup dan

pendapatan orang miskin di kampung. Ini kerana rata-rata penduduk yang miskin

menetap di kampung. Menurut Todaro (1992), lebih dari 65% penduduk di negara

2

membangun tinggal di luar bandar. Mereka bergiat sepenuhnya dalam sektor pertanian

dan mengalami kadar kemunduran serta kemiskinan yang berleluasa.

Malaysia merupakan salah sebuah daripada negara membangun. Namun kadar

pembangunan negara agak tinggi jika dibandingkan dengan negara membangun yang

lain. Sebagai sebuah negara membangun, kadar kemiskinan di nagara boleh dikatakan

semakin berkurangan. Kadar kemiskinan di luar bandar adalah lebih tinggi jika

dibandingkan dengan di bandar. Jurang di antara kedua-dua tempat ini juga adalah

besar iaitu sekali ganda. Begitu juga, jika kita bandingkan kadar kemiskinan di antara

negari-negeri yang terdapat di Malaysia. Secara relatifnya, negeri-negeri Utara

Semenanjung, negeri Pantai Timur, Sabah dan Sarawak mempunyai kadar kemiskinan

yang tinggi di negara kita (Unting, 1994).

Proses pembangunan ini memerlukan satu perancangan yang khusus dan

terperinci. Apatah lagi projek-projek pembangunan yang dirancang melibatkan

sumber alam seperti galian dan tanah rakyat. Di Sarawak misalnya, tanah dianggap

sebagai satu isu yang sensitif kerana ia melibatkan Tanah Hak Milik Adat Bumiputera

(Native Customary Rights Land). Kegiatan pertanian pindah adalah amalan tradisional

yang masih dijalankan di Sarawak. Kegiatan ini sukar dibendung kerana ia sudah

sebati dengan hidup mereka. Dalam kajian yang dijalankan di Daerah Serian oleh

Ayob (et al. 1990), mereka dapati bahawa para petani masih bergantung kepada hasil

pertanian pindah dan pertanian lain seperti lada hitam sebagai sumber pendapatan

mereka. Jadi, untuk memajukan tanah tersebut projek yang dirancang hendaklah

menepati kemahuan kerajaan dan melindungi kepentingan rakyat. Ini kerana tujuan

rancangan pembangunan yang dibuat oleh kerajaan adalah untuk meninggikan taraf

hidup para peserta projek atau golongan sasaran.

3

1.2 KENYATAAN MASALAH

Golongan luar bandar adalah golongan yang sering ketinggalan dari segi

pembangunan. Kemajuan negara lambat sampai kepada mereka menyebabkan mereka

gagal meningkatkan taraf hidup mereka dengan cepat. Selain itu, golongan yang

miskin dan kurang berpendidikan juga terdapat di sini. Salah satu sebab yang

menimbulkan kemiskinan ialah keadaan terbiar - membiarkan mereka meneruskan

aktiviti-aktiviti dan cara-cara lama dalam bidang ekonomi (Ali, 1979). Di negara kita,

lebih dari 60% penduduk negara kita yang berada di luar bandar terbabit dalam

aktiviti pertanian secara kecil-kecilan (Idriss, 1988). Bagi Sarawak pula, lebih dari

80% penduduknya tinggal di kawasan luar bandar dan mereka bergantung sepenuhnya

kepada pertanian dan hasil hutan untuk meneruskan kehidupan mereka (Elone, 1989).

Pembangunan ekonomi tidak dilihat dari segi pendapatan negara sahaja kerana ia

tidak mencerminkan kedudukkan sebenar taraf hidup penduduk terutamanya golongan

yang miskin. Pendapatan purata juga tidak mencukupi untuk dijadikan ukuran sebab

ia tidak memberikan gambaran sebenar tentang kedudukkan dan kemajuan golongan-

golongan masyarakat sesebuah negari (Ali, 1979). Jadi, penyertaan golongan ini ke

dalam projek-pojek pembangunan negara adalah altematif yang baik untuk

meningkatkan taraf hidup mereka. Dalam jangka panjang, mereka akan dapat

memperbaiki hidup mereka melalui pekerjaan yang disediakan dan juga ini akan

menjamin pendapatan mereka yang berterusan. Tambahan pula, mereka adalah

golongan sasaran kerajaan dan keutamaan diberikan kepada mereka. Ini kerana

mereka adalah aset penting dalam melaksanakan program pembangunan. Ayob dan

Yaakub ( 1989) menyatakan: " People are the nation's greatest asset and they should

4

be developed first, because in the final analysis they are the implementers of any

development project. "

Sebelum memajukan tanah NCL, SALCRA terlebih dahulu

mengadakan majlis dialog dengan penduduk tempatan. Tujuan dialog ini adalah untuk

menerangkan peranan dan tujuan SALCRA kepada penduduk tempatan. Dengan

demikian, mereka mempunyai pengetahuan tentang projek pembangunan SALCRA.

Walau bagaimanapun, penduduk tempatan tidak dipaksa untuk menyertai dan

menyerahkan tanah mereka kepada pihak SALCRA. Ia adalah bergantung kepada

kehendak atau keputusan tuan-tuan punya tanah.

Sekiranya tuan punya tanah setuju menyerahkan tanah mereka kepada

pihak SALCRA, maka tanah mereka diukur untuk mengetahui keluasan tanah. Tujuan

pengukuran ini adalah untuk pemberian dividen pada akhir tahun dan juga untuk

mendapatkan geran tanah. Sebenarnya pihak SALCRA hanya memajukan tanah

penduduk tempatan yang terbiar melalui projek kelapa sawit. Setelah itu, pihak

SALCRA akan menyerahkan tanah itu kembali kepada than punya tanah apabila

tamat tempoh iaitu kira-kira 25 tahun. Walaupun begitu, penduduk tempatan sering

mempunyai tanggapan yang salah terhadap SALCRA. Ini kerana mereka cenderung

mengatakan dan menganggap bahawa SALCRA akan merampas tanah mereka. Oleh

kerana takut mereka tidak mempunyai tanah untuk melakukan aktiviti-aktiviti

pertanian, maka mereka menolak projek SALCRA.

Pusat Khidmat Maklumat Akademik UNIVERSI7T MALAYSIA SARAWAK 5

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

1.3.1 Obj ektif Umum

Objektif umum kajian ini adalah untuk melihat kesan projek ke atas

taraf hidup penduduk di sekitar kawasan skim kelapa sawit di Bratak,

Bau.

1.3.2 Objektif Khusus

a. ) Untuk mengetahui kadar penerimaan peserta dan bukan peserta

terhadap rancangan atau projek yang dijalankan oleh SALCRA;

b. ) Untuk membuat perbandingan persepsi terhadap projek antara peserta

dan bukan peserta terhadap faedah-faedah projek, dan

c. ) Untuk mengkaji perbezaan pendapatan isi rumah di antara peserta dan

bukan peserta projek.

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN

Adalah diharapkan kajian ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak

SALCRA. Pihak SALCRA pula boleh menggunakan hasil kajian ini sebagai garis

panduan untuk menjalankan projek-projek yang seumpamanya pada masa akan

datang. Hasil kajian ini juga memberi gambaran tentang perjalanan projek-projek

kerajaan, masalah-masalah lain yang berkaitan Berta kejayaannya, terutamanya kepada

para peserta projek pembangunan.

Selain itu, kajian ini juga akan dapat memberi maklumat kepada orang ramai

terutamanya kepada golongan sasaran. Dengan adanya maklumat seperti ini, para

peserta akan mempunyai gambaran yang lebih jelas tentang projek pembangunan

seperti ini. Tambahan pula, ia juga berguna kepada mereka di kawasan lain yang bakal

6

menerima projek pembangunan seumpama ini. Para peserta di kawasan baru

mempunyai pengetahuan terhadap apa yang dilakukan oleh agensi-agensi kerajaan

terutamanya yang berkaitan pembangunan. Jadi, melalui pemahaman mereka ini maka

tidaklah terlalu sukar untuk pemaju mengimplimentasikan projek-projek yang telah

dirancang. Kajian ini juga akan membuka jalan kepada pengkaji-pengkaji lain untuk

mendalami kajian mengenai usaha pembangunan Tanah Adat Bumiputera Sarawak.

Selain itu, mereka akan mengetahui masalah-masalah yang akan mereka hadapi

semasa menjalankan penyelidikan.

1.5 BATASAN KAJIAN

Masalah utama dalam kajian ini adalah berkaitan dengan saiz sampel. Saiz

sampel adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan keseluruhan populasi. Jadi, saiz

ini tidak mewakili keseluruhan populasi yang terdapat di kawasan kajian. Selain itu,

peruntukkan masa yang terhad juga menghalang kajian dibuat secara menyeluruh. Ini

menyebabkan hanya sebahagian kecil sahaja populasi yang dapat ditemui. Kajian ini

hanya dijalankan dalam masa tiga minggu sahaja iaitu semasa cuti antara Semester

pada bulan November 1996. Kesannya, hasil kajian ini tidak menunjukkan kedudukan

sebenar pendapat atau pandangan populasi secara menyeluruh.

Kajian ini tidak menunjukkan gambaran yang sebenarnya tentang taraf hidup

para peserta dan bukan peserta projek. Ini kerana perbandingan pendapatan dan

pemilikan peralatan rumah hanya merangkumi satu golongan sahaja iaitu mereka

yang menyertai projek. Ini dilakukan dengan membuat perbandingan taraf hidup para

peserta sebelum dan selepas menyertai projek SALCRA. Oleh yang demikian,

perbandingan peserta dan bukan peserta tidak dapat dibuat. Jadi, kemungkinan besar

7

perubahan di antara peserta dan bukan peserta tidak 100% disebabkan oleh kehadiran

SALCRA. Perubahan ini mungkin ada kaitannya dengan peredaran masa.

8

BAB 2

RUJUKAN BARAN BERTULIS

2.1 KONSEPTUALISASI

Persepsi adalah satu keadaan di mana setiap kederiaan harus diorganisasikan

serta diinterpretasikan supaya membawa makna dalam kehidupan manusia seharian

(Mohamed, 1990). Maksudnya, setiap deria yang ada pada seseorang akan membantu

dalam mengenali, memahami dan menginterpretasi sesuatu perkara yang dilalui oleh

seseorang melalui derianya. Persepsi bukan hanya tertumpu pada alam luaran manusia

tetapi juga kepada proses-proses fisiologi serta perkara-perkara yang berkaitan dengan

jiwa. Crooks dan Stein (1988) pula mendefinisikan persepsi sebagai cara kita

menerima, menilai, mengkategorikan dan menghakimi tentang individu yang kita

temui. Namun, ini sangat dipengaruhi oleh interaksi kita dengan individu tersebut.

Persepsi juga adalah penginterpretasian data, mengumpul dan membuat perbandingan

dengan data-data yang telah ada dalam simpanan (Kolasa, 1991). Individu mempunyai

persepsi yang berbeza-beza terhadap objek yang sama. Kotler dan Amstrong (1994),

mengatakan bahawa persepsi adalah proses di mana individu memilih, membentuk

dan mentafsirkan makiumat untuk membentuk satu gambaran yang bermakna dan

berguna.

Penyertaan pula adalah tingkahlaku sosial individu yang dipengaruhi atau

difokuskan oleh faktor-faktor sosial, psikologi dan alam sekitar (Songan, 1992).

Dengan demikian, penyertaan penduduk tempatan akan dipengaruhi oleh kepentingan

mereka sama ada untuk menerima projek atau sebaliknya.

9

Dalam bahagian ini, huraian kajian yang telah dilakukan oleh beberapa orang

pengkaji terdahulu dibuat. Agensi-agensi yang berkaitan dengan pembangunan tanah

seperti SALCRA, KESEDAR, KEDA dan FELDA, adalah agensi yang menjadi

tumpuan dalam kajian mereka. Kajian ini termasuklah mengenai persepsi, penerimaan

dan pendapatan isi rumah golongan sasaran.

2.2 RANCANGAN PEMBANGUNAN TANAH

Rancangan pembangunan tanah telah dilaksanakan dalam Rancangan

Malaysia Pertama dan Rancangan Malaysia Kedua. Rancangan ini bertambah giat

dijalankan semasa Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan. Pada masa ini tujuan

rancangan pembangunan tanah adalah untuk mengurangkan ketidaksamarataan dalam

tingkat kehidupan di antara kawasan-kawasan dengan mengadakan keadaan

pertumbuhan yang berhubung dengan kawasan-kawasan yang kurang membangun

(Idriss, 1988). Usaha ini telah dilakukan setelah perlaksanaan DEB di mana ia

bertujuan untuk menggalakkan penyertaan Bumiputara ke dalam aktiviti-aktiviti

ekonomi. Pembangunan tanah yang telah berjaya dilaksanakan adalah di bawah

rancangan Lembanga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Di Semenanjung Malaysia, kerajaan telah memberi tumpuan kepada

pembangunan luar bandar semenjak tahun 1950an lagi. Ini dilakukan melalui

penyediaan prasarana dan kemudahan moden seperti jalan raya dan jambatan, bekalan

elektrik, air paip dan kemudahan telefon. Pencapaian ini masih lagi belum memadai

kerana masih ramai penduduk desa yang tidak dapat menikmati prasarana dan

kemudahan moden ini. Dasar Halacara Baru Dalam Pembangunan Kampung Dan

Luar Bandar adalah salah satu dasar yang bertujuan untuk memperbaiki lagi taraf

10

hidup masyarakat luar bandar. Ini dilakukan melalui peningkatan pendapatan petani

dan pekebun kecil. Setelah Rancangan Malaysia Ketiga, perhatian yang lebih telah

diberikan kepada penerokaan tanah di negeri-negeri yang kurang maju iaitu Kelantan

dan Terengganu serta beberapa bahagian di Pahang dan Johor.

2.3 AGENSI TERBABIT - SALCRA

Lembanga Penyatuan Dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) telah

ditubuhkan pada 1 Mei 1976 di bawah Ordinan SALCRA 1976. SALCRA lebih

dikenali kerana projek Teh Mayang yang meliputi kawasan seluas 200 hektar di

Kampung Mayang di Daerah Serian. Masyarakat Bidayuh tidak menyedari potensi

Lembaga ini sebagai agen yang dapat memajukan tanah mereka untuk digunakan

dalam pertanian komersial.

Penubuhan SALCRA bertujuan untuk membantu dan mempercepatkan arus

pembangunan luar bandar. Ini selaras dengan dasar kerajaan untuk membasmi

kemiskinan dan meningkatkan tahap sosio-ekonomi penduduk luar bandar. SALCRA

juga bertujuan untuk memulih dan memajukan tanah NCR di Sarawak (Ayob, et al.

1993). Melalui SALCRA, proses penyatuan dan pemulihan akan dapat dilakukan

dengan lebih efektif serta mendatangkan keuntungan kepada tuan punya tanah. Selain

itu, SALCRA juga bertanggungjawab dalam pembangunan dan pengurusan tanah

NCR (Jitab, et al. 1989). Konsep pembangunan SALCRA adalah konsep "in-situ"

yang bererti projek-projek pembangunan akan dibawa ke kawasan tersebut tanpa

memindahkan penduduk ke kawasan projek. Dalam masa yang sama segala

kemudahan sosio-ekonomi akan dibekalkan ke kawasan berkenaan. Dalam jangka

panjang, penduduk di kawasan luar bandar akan dapat menikmati kemudahan-

11

kemudahan asas ini serta dapat meninggikan taraf hidup mereka secara perlahan-

lahan. Penggunaan tanah secara komersial melalui projek-projek gergasi juga dapat

menyediakan satu tapak kepada golongan sasaran untuk meningkatkan taraf hidup

mereka. Dengan konsep ini, pengurusan secara berpusat dapat dilakukan selain dari

mengekalkan hak pemilikan tanah kepada tuan punya tanah (Jitab, et al. 1989).

Melalui konsep ini juga, diharapkan skim ini dapat menyediakan peluang pekerjaan,

mengurangkan migrasi ke bandar dan mengurangkan kadar kemiskinan di kawasan

luar bandar (Ngidang, 1994). Dengan kata lain, SALCRA adalah pengantara di antara

kerajaan dan rakyat.

Ladang kelapa sawit Lemanak yang ditubuhkan pada tahun 1976 adalah

ladang pertama SALCRA. Sehingga kini terdapat 15 buah ladang SALCRA yang

terdapat di daerah Bau-Lundu, Sri Aman, Seratok-Saribas dan Serian. Keluasan serta

jumlah peserta ini adalah sehingga 31 Oktober 1996 dapat dilihat di dalam Jadual 1.

Jadual 1: Kawasan, keluasan kawasan dan penyertaan peserta.

Kawasan Keluasan tanaman Jumlah peserta Sri Aman 10,397 3,168 Seratok - Saribas 11,243 2,829 Bau - Lundu 7,280 1,488 Serian 9,213 2,789 JUMLAH 38,133 10,274 Sumber : SALCRA 1996

Walaupun SALCRA berperanan untuk memajukan tanah NCR, tetapi

penerimaan dan penyertaan golongan sasaran terhadap projek-projek yang dijalankan

tidaklah menggalakkan. Keadaan ini pula akan menimbulkan masalah kepada pihak

pengurusan SALCRA dan masalah-masalah lain yang berkaitan. Kita sering

12

mendengar bahawa sambutan terhadap projek-projek pembangunan kerajaan

dikalangan penduduk luar bandar adalah dingin. Walaupun kebanyakkan projek

kerajaan adalah bertujuan untuk menghapuskan kemiskinan tetapi sikap "dingin" ini

masih ketara. Sikap ini sebenarnya dapat memberi pengaruh yang kuat ke atas sikap

negetif seseorang. Justeru itu, pembangunan yang dibawa kepada golongan sasaran

hendaklah dinikmati oleh semua orang. Faedah-faedah pembangunan hendaklah

dinikmati oleh semua orang secara saksama. Namun begitu, dalam perlaksanaan

projek ini, wujudnya golongan yang tidak menikmati faedah tersebut. Malah ada juga

golongan yang mengalami penderitaan akibat daripada pembagunan tersebut.

Salah satu masalah yang besar di sini adalah kekurangan tenaga buruh. Dalam

semua ladang kelapa sawit, masalah ini sentiasa wujud. Pihak seperti Land Custody

And Development Authority (LCDA) dan agensi-agensi swasta yang lain adalah di

antara agensi yang menghadapi masalah yang sama dengan SALCRA. Ini

menyebabkan agensi-agensi ini terpaksa mencari alternatif lain untuk menampung

keperluan sumber manusia ini. Pihak swasta iaitu Sarawak Oil Palm Sdn. Bhd.

misalnya, menggunakan 60% darf tenaga buruhnya dari negara jiran, Indonesia

(Elone, 1989). Masalah ini bertambah serius apabila tibanya musim menuai. Ini

kerana pada masa ini, pekerja di ladang kelapa sawit akan berhenti kerja untuk menuai

padi. Mereka akan turun bekerja semula apabila kerja-kerja di ladang mereka sendiri

telah selasai iaitu selepas padi habis dituai.

Masalah lain yang dihadapi oleh SALCRA adalah berhubung dengan than

punya tanah. Tidak semua tuan punya tanah ini mahu menerima projek pembangunan

yang dirancang untuk mereka. Ini terbukti apabila mereka mengambil sikap "tunggu

dan lihat" dan masih meragui kejayaan SALCRA pada masa akan datang. Selain itu,

13

faktor usia juga menjadi halangan kerana mereka beranggapan bahawa bekerja di

ladang kelapa sawit memerlukan ketahanan fizikal dan tenaga (Ayob, et al., 1990).

2.4 KONSEP PEMBANGUNAN SALCRA

Penubuhan SALCRA bertujuan untuk membantu dan mempercepatkan arus

pembangunan luar bandar selaras dengan dasar kerajaan untuk membasmi kemiskinan

dan meningkatkan tahap sosio-ekonomi penduduk luar bandar. Konsep asas yang

diamalkan oleh Lembaga ini adalah pembangunan tanpa menjejaskan hak milik than

punya tanah. Ini dilakukan melalui konsep "usahasama" di mana pihak SALCRA

menyediakan teknik dan pengurusan manakala than punya tanah hanya perlu

menyediakan tanah serta tenaga buruh. Tuan punya tanah digalakkan bekerja di dalam

projek kerana mereka sebenarnya sedang mengusahakan tanah mereka sendiri. Dalam

masa yang sama, mereka dapat menimba pengetahuan dan pengalaman dalam

menjalankan aktiviti pertanian secara komersial.

Salah satu aspek penting dalam konsep pembangunan yang diamalkan ialah

melibatkan penyertaan than punya tanah daripada awal projek. Pada dasamya,

SALCRA bertanggungjawab untuk mengurus sesuatu projek yang dikendalikan dari

mula sehingga peserta projek mampu mengambil alih tugas yang pemah dilakukan

oleh pihak SALCRA. Lembaga ini juga diberi kuasa untuk membangunkan semua

kategori tanah tetapi tumpuan utama SALCRA sekarang ialah Tanah Adat

Bumiputera (NCL),

Wawasan SALCRA adalah untuk menjadi sebuah organisasi yang ulung dan

berkeupayaan menyediakan pengurusan yang mahir dan efektif dalam membangunkan

serta menguruskan ladang terutamanya Tanah Adat Bumiputera. Selaras dengan

14

wawasan ini, SALCRA telah membentuk misinya sendiri iaitu untuk mencapai

keuntungan yang optima dan berkekalan dalam mencapai semua matlamat operasi. Ini

dilakukan menerusi pembangunan sumber manusia kepada tenaga kerja yang mahir

dan komited kepada budaya yang pro-aktif serta cemerlang. Untuk itu, SALCRA telah

memfokuskan aktiviti Lembaga kepada dua iaitu untuk membangunkan serta

menguruskan Tanah Adat Bumiputera. Keduanya, adalah untuk membangun serta

menguruskan ladang kepunyaan SALCRA dan aktiviti yang berkaitan.

2.4.1 Objektif SALCRA

Objektif utama SALCRA adalah :

i. Mempastikan pengeluaran jangka panjang dan penggunaan optimum Tanah Adat

Bumiputera (NCL) dengan membangun serta menguruskan tanah tersebut

sepenuhnya.

ii. Memperbaiki taraf kualiti masyarakat luar bandar melalui pendapatan yang stabil

dan berkekalan.

iii. Mewujudkan masyarakat luar bandar yang progresif, berdikari dan sejahtera.

iv. Memperbaiki kualiti hidup dengan menyediakan kemudahan asas atau

menambahkan apa yang sudah ada.

2.4.2 Fungsi Utama SALCRA

Peranan utama SALCRA adalah untuk "menyatu, memulih dan memajukan

tanah negeri Sarawak" untuk tujuan pertanian dan projek-projek yang berasaskan

pertanian atau berkaitan dengannya. Fungsi utama SALCRA adalah :

i. Memulih atau membangunkan tanah untuk pertanian