keberkesanan program ijazah sarjanamuda pendidikan bahasa

13
1 Keberkesanan Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Bahasa Melayu UPSI Abd. Hamid Mcthmood Idris Mohd Radzi Latar Belakang Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Bahasa Melayu mula ditawarkan kepada pelajar mulai Jun 1997 melalui dua Perintah, iaitu Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997. Seramai 37 tempat telah ditawarkan kepada pelajar lulusan Kursus Diploma Perguruan Khas (KDPK) yang terdiri daripada guru yang telah tamat mengikuti kursus dua semester di maktab-maktab perguruan. Kelayakan mereka diiktiraf setara dengan lulusan tahun satu di universiti tempatan. Oleh itu, mereka diterima masuk ke universiti sebagai pelajar tahun dua dan bergraduat pada 1999. Pada Mei 1998, program ini mengambil 69 pelajar lulusan KDPK melalui cara yang sama seperti yang telah dilakukan semasa pengambilan pertama dibuat. Mereka telah bergraduat pada 2000. Mulai ambiian Mei 1999 prosedur pengambilan pelajar ke program ini berubah. Komposisi pelajar yang diterima masuk lebih pelbagai dengan membuka peluang kepada lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), calon saluran kedua dan lulusan diploma daripada institusi pengajian yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan dan Senat UPSI, di samping lulusan KDPK. Mereka mula mengikuti program ini dari tahun satu. Kebanyakan mereka menamatkan program ini dalam masa tiga tahun, kecuali pelajar yang masuk dengan kelulusan KDPK. Jangka masa pengajian mereka agak singkat kerana mereka mendapat pengecualian kredit, Penyataan Masalah Dalam masa empat tahun kurikulum ini diguna pakai, beberapa perubahan telah berlaku. Pada asalnya kurikulum ini digubal bagi memenuhi keperluan pelajar Kursus Diploma Perguruan Khas (KDPK). Pada tahun 2000 kurikulum ini

Upload: buinhi

Post on 20-Jan-2017

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Keberkesanan Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Bahasa

1

Keberkesanan Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Bahasa Melayu UPSI

Abd. Hamid Mcthmood • Idris Mohd Radzi

Latar Belakang ■

Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Bahasa Melayu mula ditawarkan kepada pelajar mulai Jun 1997 melalui dua Perintah, iaitu Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997. Seramai 37 tempat telah ditawarkan kepada pelajar lulusan Kursus Diploma Perguruan Khas (KDPK) yang terdiri daripada guru yang telah tamat mengikuti kursus dua semester di maktab-maktab perguruan. Kelayakan mereka diiktiraf setara dengan lulusan tahun satu di universiti tempatan. Oleh itu, mereka diterima masuk ke universiti sebagai pelajar tahun dua dan bergraduat pada 1999. Pada Mei 1998, program ini mengambil 69 pelajar lulusan KDPK melalui cara yang sama seperti yang telah dilakukan semasa pengambilan pertama dibuat. Mereka telah bergraduat pada 2000.

Mulai ambiian Mei 1999 prosedur pengambilan pelajar ke program ini berubah. Komposisi pelajar yang diterima masuk lebih pelbagai dengan membuka peluang kepada lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), calon saluran kedua dan lulusan diploma daripada institusi pengajian yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan dan Senat UPSI, di samping lulusan KDPK. Mereka mula mengikuti program ini dari tahun satu. Kebanyakan mereka menamatkan program ini dalam masa tiga tahun, kecuali pelajar yang masuk dengan kelulusan KDPK. Jangka masa pengajian mereka agak singkat kerana mereka mendapat pengecualian kredit,

Penyataan Masalah

Dalam masa empat tahun kurikulum ini diguna pakai, beberapa perubahan telah berlaku. Pada asalnya kurikulum ini digubal bagi memenuhi keperluan pelajar Kursus Diploma Perguruan Khas (KDPK). Pada tahun 2000 kurikulum ini

Page 2: Keberkesanan Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Bahasa

2 /M enanggapi Keberkesanan dan Perubahan

mengalami perubahan berikutan dengan arahan Jabatan Pengajian Tinggi mengurangkan kredit yang perlu diambil pelajar daripada 123 kredit kepada 110 kredit sahaja. Pada ambilan 2001 sekali lagi kurikulum im dikaji bagi menyesuaikannya dengan struktur yang baru diperkenalkan, iaitu Struktur Pengajian Empat Tahun (SPET). Berasaskan struktur ini pelajar dikehendaki mengambil 127 kredit dalam masa minimum empat tahun.

Perubahan ini tentu sekali memberi kesan kepada program yang sedia ada. Oleh itu satu kajian perlu dibuat bagi mengukur keberkesanan program supaya kelemahan yang ada dapat diatasi segera.

Objektif dan Soalan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Bahasa Melayu yang ditawarkan kepada pelajar major. Untuk menilai keberkesanan program ini beberapa soalan kajian telah dibina:

1.1 Sejauh manakah kurikulum yang ditawarkan kepada pelajar major Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Bahasa Melayu sesuai bagi melahirkan guru Bahasa Melayu yang berkesan?

1.2 Sejauh manakah prasarana yang disediakan UPSI membantu melahirkan guru Bahasa Melayu yang berkesan?

1.3 Sejauh manakah peranan pensyarah dapat membantu melahirkan guru Bahasa Melayu yang berkesan?

1.4 Sejauh manakah program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Bahasa Melayu berjaya melahirkan guru Bahasa Melayu yang berkesan?

Kaedah Kajian

Kajian ini merupakan kajian tinjauan. Terdapat dua kaedah yang digunakan untuk memperoleh data, iaitu soal selidik dan temu bual. Soal selidik diedarkan kepada responden secara pos. Kandungan soal selidik tersebut ialah pertanyaan tentang latar belakang responden, pengalaman responden tentang bahasa dan pedagogi sebelum memasuki UPSI, keberkesanan kurikulum program major Bahasa Melayu, bentuk pengajaran pensyarah, dan penilaian terhadap program yang telah diikuti. Soal selidik ini dianalisis dengan menggunakan peratusan, min, ujian t dan ANOVA,

Kaedah temu bual pula dilakukan di sekolah terpilih yang menerima guru Bahasa Melayu lulusan UPSI. Responden temu bual terdiri daripada ketua panitia

Page 3: Keberkesanan Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Bahasa

Keberkesanan Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Bahasa Melayu UPSI / 3

Bahasa Melayu sekolah berkenaan. Hasil temu bual digunakan untuk memperkukuh dapatan yang diperoleh daripada soal selidik,

Soal selidik ini dihantar melalui pos kepada 254 responden. Kira-kira 30% (87) soal selidik telah dikembalikan yang terdiri daripada 12 responden lulusan 1999, 16 responden lulusan 2000 dan 58 responden lulusan 2001.

Dapatan kajian ini dipersembahkan mengikut urutan soalan kajian yang telah dikemukakan lebih awal.

Dapatan Kajian

Dapatan kajian akan dilaporkan mengikut urutan soalan kajian yang telah dinyatakan pada awal laporan ini. Setiap soalan kajian akan dihurai dengan lebih terperinci berdasarkan dapatan keseluruhan dan pemboleh ubah jantina, lokasi sekolah, kes saluran masuk, tahun dikurniakan ijazah, dan tingkatan yang diajarkan responden sekarang.

Soalan Kajian 1: Sejauh manakah Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Bahasa Melayu berjaya melahirkan guru Bahasa Melayu yang berkesan?

Bagi menjawab soalan ini, dapatan kajian akan dihuraikan berdasarkan tiga subtajuk yang telah ditanyakan kepada responden, iaitu aspek guru, aspek pengajaran dan pembelajaran, dan aspek penerimaan sekolah.

Secara keseluruhan didapati pencapaian objektif program ini berada pada tahap hampir memuaskan. Min keseluruhan item yang ditanya melalui soalan lima skala pemeringkatan menunjukkan hanya 9 daripada 17 item yang diajukan mendapat 4.00 dan ke atas. Walau bagaimanapun, lebih 2/3 responden telah memberi respons “Setuju” dan ^Sangat Setuju” pada item-item tertentu yang melebihi 80%. Selainnya memberi respons antara 56% - 79%.

Kejayaan program ini yang ketara dapat dilihat daripada dapatan kajian subtopik aspek guru. Daripada 11 item yang diajukan, 8 daripadanya memberi respons yang sangat memuaskan. Hanya 3 item yang agak kurang memuaskan, iaitu Kemahiran Guru Memotivasikan Pelajar (min 3.86), Kemahiran Guru Membuat Penilaian (min 3.87) dan Kejayaan Melahirkan Guru Bestari (3.84).

Kajian mendapati program ini kurang berkesan dalam menyediakan guru yang pakar dalam bidang pengajaran dan pembelajaran serta menepati kehendak sekolah. Kajian ini mendapati bahawa guru yang dihasilkan kurang mahir dalam menguasai isi kandungan mata pelajaran Bahasa Melayu KBSM (min 3.70) dan aspek penilaian bahan bantu mengajar (min 3.94). Namun begitu responden mengaku bahawa mereka cukup mahir dalam menguruskan kelas (min 4.02), membuat refleksi pengajaran (min 4.03), yakin menguruskan kelas (min 4.16),

Page 4: Keberkesanan Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Bahasa

4 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

yakin melaksanakan pelbagai pendekatan dan strategi pengajaran (4.32), dan peka terhadap isu-isu pengajaran bahasa (min 4.45).

Berdasarkan jawapan responden tentang penerimaan sekolah terhadap guru Bahasa Melayu keluaran UPSI, kajian mendapati hal ini masih kurang memuaskan. Min bagi kedua-dua item yang bertanyakan hal ini, iaitu “Guru Sentiasa Dirujuk Oleh Pihak Atasan Bagi Menyelesaikan Masalah Yang Berkaitan Dengan Bahasa Melayu ” dan “Guru Diberi Kepercayaan Memegang Jawatan Penting Dalam Hal Yang Berkaitan Dengan Mata Pelajaran Bahasa M elayu” berada dalam lingkungan 3.56 - 3.74.

Berdasarkan jantina, kajian mendapati hampir semua item yang diajukan tidak menampakkan perbezaan yang signifikan antara responden lelaki dengan perempuan. Hasil ujian t yang dijalankan menunjukkan 16 daripada 17 item tidak signifikan. Nilai p > 0.05.

Namun begitu, bagi item 12, iaitu “Guru Sentiasa Dirujuk Oleh Pihak Atasan Bagi Menyelesaikan Masalah Yang Berkaitan Dengan Bahasa M elayu” hasil ujian t yang dijalankan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara min responden lelaki (3.78) dengan min responden perempuan (3.44). Berdasarkan min, responden lelaki lebih mendapat kepercayaan pentadbir sekolah berbanding dengan responden perempuan.

Kajian ini mendapati program yang dijalankan di UPSI dapat diterima di sebarang lokasi sekolah. Ujian t yang dijalankan ke atas min bagi setiap item yang dijawab responden berdasarkan lokasi sekolah menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan. Nilai p > 0.05.

Berdasarkan saluran masuk, terdapat hanya 1 item yang menunjukkan tahap perbezaan signifikan < 0.05, iaitu item 16 “Program Ini Berjaya Melahirkan Guru Bestari Dalam Pengajaran Bahasa M elayu”. Min responden yang masuk ke UPSI melalui STPM lebih tinggi (3.98) berbanding dengan min yang diperoleh oleh responden yang memasuki UPSI melalui saluran kedua atau guru (3.70). Ini menunjukkan responden yang masuk ke UPSI melalui STPM lebih menguasai komputer daripada calon guru.

Dapatan kajian berasaskan tiga keluaran UPSI, iaitu 1999, 2000 dan 2001 menunjukkan hampir semua item tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Hasil ujian ANOVA yang dijalankan ke atas semua item menunjukkan 16 daripada 17 item memperoleh nilai p > 0.05. Ini menunjukkan pandangan responden terhadap item-item berkenaan adalah sama.

Bagi item 4, “Guru Mahir Membuat Penilaian Dalam Mata Pelajaran Bahasa M elayu”, dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara responden yang dihasilkan UPSI mengikut tahun. Ujian Post Hoc yang dijalankan mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara responden yang lulus pada tahun 2001 dengan responden yang lulus pada tahun 1999. Analisis min menunjukkan responden yang lulus pada tahun 1999 lebih mahir membuat penilaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (min 4.17' berbanding dengan responden yang lulus pada tahun 2001 (min 3.78).

Page 5: Keberkesanan Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Bahasa

Keberkesanan Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Bahasa Melayu UPSI / 5

Berdasarkan analisis min mengikut tingkatan yang sedang diajarkan, didapati terdapat sedikit perbezaan min antara responden yang mengajar di tingkatan yang berbeza. Daripada segi memotivasi pelajar, kajian mendapati lulusan UPSI yang mengajar di tingkatan 6 menunjukkan kemampuan yang tinggi berbanding dengan guru yang mengajar di tingkatan lain. Mereka juga selalu dirujuk oleh pihak sekolah dalam hal yang berkaitan dengan isu bahasa Melayu. Namun begitu, responden yang mengajar di tingkatan 6 mengaku kurang mahir dalam melaksanakan strategi pengajaran Bahasa Melayu berbanding dengan rakan mereka yang mengajar di kelas peralihan, menengah rendah dan menengah atas.

Ini berbeza dengan responden yang mengajar kelas peralihan. Mereka mengaku bahawa mereka telah diberi kepercayaan oleh pihak sekolah memegang jawatan penting dalam hal yang berkaitan dengan pengajaran Bahasa Melayu. Di samping itu, mereka juga mengaku bahaw'a program di UPSI ini telah berjaya menjadikan mereka mahir dalam penilaian bahan dan penggunaan komputer dalam pengajaran.

Kajian menunjukkan analisis perbandingan min antara tingkatan yang diajar oleh responden memperlihatkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan. Nilai p > 0.05 pada semua item yang ditanyakan. Ini membuktikan bahawa program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Bahasa Melayu yang dijalankan di UPSI sesuai untuk pengajaran Bahasa Melayu di semua tingkatan.

Soalan Kajian 2: Sejauh manakah kurikulum yang disediakan sesuai untuk melahirkan guru Bahasa Melayu yang berkesan?

Terdapat lima kategori kursus yang ditawarkan untuk membolehkan responden dianugerahi Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Bahasa Melayu, iaitu kursus yang ditawarkan oleh Program Bahasa Melayu,—Kursus Asas Pendidikan, Kursus Universiti, Kokurikulum, dan Praktikum. Kursus yang ditawarkan oleh Program Bahasa Melayu terbahagi kepada dua jenis, iaitu kursus linguistik dan kursus pedagogi bahasa.

Secara keseluruhan kajian mendapati lebih 80% calon memberi jawapan ‘Setuju’ dan ‘Sangat Setuju’ dengan kenyataan yang bertanyakan tahap kesesuaian kurikulum Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Bahasa Melayu. Daripada 32 kursus yang diambil oleh pelajar hanya 5 kursus yang memperoleh min di bawah 4.00. Kursus yang dimaksudkan ialah kursus Pengantar Sosiolinguistik, Pengantar Psikolinguistik, Teori-teori Penyelidikan Bahasa, Kemahiran Jawi dan Pemerian Pragmatik. Dari jumlah tersebut terdapat 4 kursus linguistik dan satu kursus pedagogi bahasa, iaitu Teori-teori Penyelidikan Bahasa.

Berdasarkan min yang diperoleh, responden memberi maklum balas yang positif terhadap kursus pedagogi bahasa yang ditawarkan. Min bagi setiap kursus melebihi 4.00, malahan bagi kursus Pedagogi Bahasa mencapai min 4.80, kecuali kursus Teori-teori Penyelidikan Bahasa.

Page 6: Keberkesanan Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Bahasa

6 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Bagi kursus yang dikategorikan sebagai Kursus Asas Pendidikan dan Kursus Universiti nilai min yang dicatatkan agak tinggi terutama bagi kursus Psikologi Pendidikan, Teknologi Pendidikan dan Pedagogi.

Daripada soalan yang dijawab, responden daripada kedua-dua jantina mengakui kursus yang ditawarkan kepada mereka adalah relevan. Daripada kajian tersebut didapati lebih 95% min yang diperolehi melebihi 4.00.

Jika dilihat daripada aspek kesesuaian dan keberkesanan kursus, didapati kursus Asas Pendidikan, Kursus Universiti, Kokurikulum dan Praktikum menunjukkan min yang tinggi. Min kursus yang ditawarkan melebihi 4.00. Walau bagaimanapun terdapat juga kursus yang memperlihatkan min yang kurang daripada 4.00, terutama kursus-kursus linguistik tulen. Kursus-kursus yang dimaksudkan ialah kursus Pengantar Psikolinguistik. Pengantar Sosiolinguistik, dan Pemerian Pragmatik. Bagi kursus Isu-isu Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Teori-teori Penyelidikan Bahasa dan Penulisan Hasil Kajian terdapat perbezaan min antara lelaki dan perempuan. Namun begitu ujian t menunjukkan hanya kursus Teori-teori Penyelidikan Bahasa dan Penulisan Hasil Kajian sahaja yang menunjukkan perbezaan jantina yang signifikan. Nilai p< .05.

Bagi kurus Bahasa Inggeris dan Praktikum, ujian t juga menunjukkan perbezaan yang signifikan antara lelaki dan perempuan. Namun begitu nilai t bagi kedua-dua item tersebut adalah tinggi, iaitu melebihi 4.50.

Nilai min tertinggi bagi keseluruhan analisis ini ialah 4.98, iaitu min bagi kursus Tamadun Islam dan Asia.

Secara keseluruhan analisis ini memperlihatkan program yang dilaksanakan di UPSI sesuai dan relevan untuk diterapkan dan diaplikasikan di sekolah luar bandar dan bandar. Kajian mendapati 30 daripada 32 item mencapai min melebihi 4.00 untuk sekolah bandar dan sekolah luar bandar.

Analisis dapatan juga mendapati terdapat 5 item yang menunjukkan perbezaan yang signifikan antara sekolah di bandar dengan sekolah luar bandar. Item-item tersebut ialah Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu; Isu-isu Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu; Kemahiran Jawi; Pengantar Sastera dan Budaya Melayu; dan Kokurikulum. P < 05.

Min tertinggi dapat dikesan pada kursus Sintaksis Bahasa Melayu dan kursus Pedagogi. Min yang diperoleh ialah 4.88. Manakala min paling rendah dicapai oleh kursus Pemerian Pragmatik, iaitu 3.47.

Secara keseluruhan kajian ini memperlihatkan terdapat perbezaan keperluan antara calon guru dengan calon yang masuk melalui STPM. Daripada 32 item yang ditawarkan untuk ijazah sarjana muda, 9 daripadanya terdapat perbezaan yang ketara, iaitu 3 kursus yang ditawarkan Program Bahasa Melayu sendiri, 2 Kursus Asas Pendidikan, dua Kursus Universiti, Kokurikulum dan Praktikum

Kajian mendapati bahawa calon kemasukan STPM mengaku bahawa kursus Sejarah Bahasa Melayu dan Penulisan Hasil Kajian sangat penting bagi mereka berbanding dengan calon guru. Min yang ditunjukkan bagi kedua-dua kursus ini

Page 7: Keberkesanan Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Bahasa

Keberkesanan Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Bahasa Melayu UPSI / 7

ialah 4.18 dan 4.27. Bagi calon guru min yang diperoleh di bawah daripada 4.00. Manakala bagi kursus Bacaan Bahasa Melayu keperluan calon guru agak tinggi. Min bagi calon guru ialah 4.79 berbanding dengan calon STPM 4.30.

Bagi Kursus Asas Pendidikan terdapat dua kursus yang menunjukkan perbezaan yang signifikan p < 0.05, iaitu kursus Sosiologi Pendidikan dan Psikologi Pendidikan. Kajian menunjukkan bahawa calon STPM sangat memerlukan kursus ini dan min yang dicatatkan oleh pelajar STPM lebih tinggi berbanding dengan calon guru. Min tertinggi yang dicatatkan ialah 4.82.

Bagi Kursus Universiti, kajian menunjukkan terdapat dua kursus yang menunjukkan perbezaan yang signifikan, iaitu Tamadun Islam dan Asia dan Bahasa Melayu Akademik. Analisis ujian t menunjukkan bahawa kedua-dua kursus ini lebih diperlukan calon STPM berbanding dengan calon guru.

Ki jian juga mendapati calon STPM sangat memerlukan kursus Kokurikulum dan Praktikum berbanding dengan calon guru. Bagi Kokurikulum perbezaan min agak besar, iaitu 3.95 untuk calon guru dan 4.32 untuk calon STPM. Bagi Praktikum min kedua-dua kumpulan saluran masuk ini agak tinggi, iaitu melebihi4.00. Namun min bagi calon STPM sangat tinggi, iaitu 4.91 berbanding dengan min calon guru 4.35

Berdasarkan tahun dikurniakan ijazah, sebahagian besar responden sepakat mengatakan bahawa kurikulum yang disediakan untuk ijazah sarjana muda di UPSI sesuai untuk mereka. Daripada 32 item yang berkaitan dengan kursus yang ditawarkan kepada mereka hanya 6 kursus yang menunjukkan perbezaan yang signifikan. Kursus yang dimaksudkan ialah dua kursus yang ditawarkan oleh program, iaitu kursus Sejarah Bahasa Melayu dan Komputer Dalam Pengajaran Bahasa Melayu; satu Kursus Asas Pendidikan, iaitu Sosiologi Pendidikan; dua Kursus Universiti, iaitu Tamadun Islam dan Asia dan Bahasa Inggeris; dan Praktikum.

Bagi kursus yang ditawarkan oleh Program Bahasa Melayu kajian menunjukkan min yang dicatat oleh lulusan 2001 lebih tinggi (4.12 dan 4.78) berbanding dengan min lulusan 1999 dan 2000. Ujian ANOVA juga membuktikan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara min lulusan 2001 dengan min lulusan 1999 dan 2000. Bagi kursus yang lain, walaupun terdapat perbezaan daripada nilai min, ujian Post Hoc Turkey menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan.

Kursus Asas Pendidikan juga menunjukkan nilai min yang ditunjukkan oleh lulusan 2001 agak tinggi (4.39) berbanding dengan nilai min lulusan 1999 (4.00) dan min lulusan 2000 (4.00). Ujian Post Hoc juga membuktikan terdapat perbezaan min yang signifikan antara min lulusan 2001 dengan nilai min lulusan 1999 dan 2000.

Bagi kursus Tamadun Islam dan Asia dan kursus Bahasa Inggeris min yang ditunjukkan oleh lulusan 2000 agak rendah berbanding dengan min lulusan 1999 dan 2001. Pola ini sangat berbeza dengan pola min yang ditunjukkan oleh

Page 8: Keberkesanan Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Bahasa

8 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Praktikum. Bagi Praktikum, pola nilai min meningkat dari tahun ke tahun. Ini menunjukkan lulusan 2000 dan 2001 yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar STPM sangat memerlukan Praktikum.

Berdasarkan tingkatan yang diajar kajian mendapati lebih 85% min berada pada nilai 4.00 dan ke atas. Ini membuktikan bahawa kursus sarjana muda yang ditawarkan kepada pelajar sangat relevan. Daripada peratusan tersebut terdapat 8 kursus major yang ditawarkan oleh program, 3 Kursus Asas Pendidikan, 2 Kursus Universiti dan Praktikum mencapai nilai min 4.50 dan ke atas. Terdapat kecenderungan yang menunjukkan bahawa para lulusan bersepakat memilih kursus-kursus pedagogi sebagai kursus yang paling relevan dengan mereka. Bagi kursus major kursus yang dikenal pasti sebagai kursus yang sangat relevan ialah Pedagogi Bahasa Melayu, Bahasa Melayu Lisan, Bacaan Bahasa Melayu, Penulisan Bahasa Melayu, Komputer Dalam Pengajaran Bahasa, Morfologi, Sintaksis, dan Kosa Kata Bahasa Melayu. Namun begitu terdapat juga kursus major yang agak kurang relevan kepada pelajar, iaitu Pragmatik. Bagi kursus ini min yang dicatatkan di bawah 4.00.

Tiga Kursus Asas Pendidikan yang mencatatkan min 4.50 dan ke atas ialah Psikologi Pendidikan, Teknologi Pendidikan dan Pedagogi. Manakala bagi kursus universiti pula ialah kursus Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu Ilmiah di samping Praktikum.

Kajian juga mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara tingkatan yang diajarkan bagi kursus Sejarah Bahasa Melayu. Kajian mendapati kursus ini sangat sesuai kepada lulusan yang mengajar di menengah rendah dan tingkatan 6. Bagi tingkatan peralihan dan menengah atas kesesuaiannya agak sederhana (min 3.70).

Soalan Kajian 3: Sejauh manakah kaedah/bentuk instruksi di UPSI berjaya melahirkan guru Bahasa Melayu yang berkualiti?

Terdapat 11 item yang ditanyakan dalam bahagian ini. Item-item tersebut menyentuh peranan pensyarah semasa memberi kuliah dan bimbingan kepada pelajar.

Secara keseluruhan, berdasarkan min yang ditunjukkan dalam analisis setiap item didapati prestasi instruksi pensyarah berada pada tahap yang sederhana. Daripada 11 item yang dikemukakan hanya 5 item yang melepasi nilai min 4.00. Item-item tersebut ialah Pensyarah Bahasa Melayu Banyak Memberi Bimbingan Dalam Meningkatkan Pengetahuan Bahasa Melayu, Pensyarah Suka Membantu Pelajar Dalam Meningkatkan Pengetahuan Bahasa Melayu Dalam Kursus Yang Diambil, Pensyarah Banyak Memberi Bimbingan Untuk M eningkatkan Kemahiran Mengajar, Penyampaian Pensyarah Secara Kuliah Memuaskan dan Sesi Tutorial Banyak Membantu Pelajar Dalam Memahami Isi Kandungan.

Page 9: Keberkesanan Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Bahasa

Keberkesanan Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Bahasa Melayu UPSI / 9

Berdasarkan kajian ini juga didapati kemahiran pensyarah masih berada pada tahap yang sangat sederhana dalam membimbing pelajar pada perkara-perkara yang berkaitan dengan amalan pedagogi bilik darjah seperti pengajaran mikro dan kaedah mengajar Bahasa Melayu. Min tertinggi yang dicatatkan ialah 4.16 dan terendah 3.51.

Berdasarkan jantina kajian mendapati nilai min yang ditunjukkan oleh responden lelaki lebih tinggi daripada nilai min responden perempuan pada 9 item daripada 11 item yang diajukan. Namun begitu, ujian t yang dijalankan membuktikan tidak terdapat sebarang perbezaan min yang signifikan antara min bagi responden lelaki dengan responden perempuan. Nilai p bagi semua item >0.05.

Secara keseluruhan didapati nilai min bagi responden yang mengajar di bandar lebih tinggi berbading dengan min responden yang mengajar di luar bandar. Daripada 11 item yang dikemukakan 10 daripadanya memihak kepada responden yang mengajar di bandar. Min tertinggi ialah 4.22, iaitu untuk item Pensyarah Suka Membantu Pelajar Dalam Meningkatkan Pengetahuan Bahasa Melayu Dalam Kursus Yang Diambil. Ujian t yang dijalankan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi kebanyakan item, kecuali item Pensyarah Memberi Bimbingan Yang Mencukupi Dalam Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Item ini menunjukkan responden yang mengajar di bandar mencatatkan min yang lebih tinggi daripada responden yang mengajar di luar bandar. Namun begitu, nilai min bagi item ini masih berada di bawah 4.00.

Pada umumnya kajian mendapati nilai min bagi responden yang masuk melalui STPM lebih tinggi berbanding dengan nilai min yang diperoleh daripada responden calon guru. Ini menunjukkan bahawa kaedah pengajaran yang diamalkan pensyarah kebanyakannya lebih sesuai kepada calon STPM. Namun begitu, ini tidaklah bermakna semua pendekatan dan kaedah yang diamalkan pensyarah tidak sesuai untuk calon guru. Berdasarkan nilai min yang melebihi 4.00 terdapat 4 item yang menunjukkan kaedah penyampaian pensyarah itu sesuai untuk kedua-dua golongan, iaitu Pensyarah Bahasa Melayu Banyak Memberi Bimbingan Dalam Meningkatkan Pengetahuan Bahasa Melayu, Pensyarah Suka Membantu Pelajar Dalam Meningkatkan Pengetahuan Bahasa. Melayu Dalam Kursus Yang Diambil, Pensyarah Banyak Memberi Bimbingan Untuk Meningkatkan Kemahiran Mengajar, dan Sesi Tutorial Banyak Membantu Pelajar Dalam Memahami Isi Kandungan.

Ujian t yang dijalankan menunjukkan terdapat hanya satu item sahaja, iaitu item Pensyarah Banyak Membimbing Dalam Pengajaran Mikro yang menun­jukkan perbezaan min kumpulan guru dan STPM yang signifikan p < 0.05. Berdasarkan nilai min didapati min pelajar yang masuk melalui STPM lebih ting­gi daripada min yang diperoleh daripada calon guru. Bagi item lain, ujian t tidak menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan.

Page 10: Keberkesanan Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Bahasa

10 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Berdasarkan tahun dikurniakan ijazah didapati pelajar yang bergraduat pada tahun 1999 mencatatkan jumlah min yang melebihi 4.00 lebih dominan daripada tahun-tahun selepasnya. Daripada 11 item yang dikemukakan 7 item mencatatkan min 4.00 dan ke atas. Kajian juga mendapati semua min yang ditunjukkan pelajar yang bergraduat pada tahun 2000 berada di bawah 4.00.

Berdasarkan tingkatan yang diajar semua responden bersetuju bahawa kualiti pengajaran pensyarah adalah baik. Min yang ditunjukkan responden yang mengajar di kelas peralihan, menengah rendah, menengah atas, dan tingkatan 6 melebihi 4.00. Bagi item Strategi Pengajaran Yang Diamalkan Pensyarah Adalah Baik ujian ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan pandangan antara responden yang mengajar di tahap yang berlainan. Ujian post hoc menunjukkan terdapat perbezaan antara responden yang mengajar di menengah rendah, menengah atas dan tingkatan 6, F (3, 3.26) = p < 0.05. Min bagi semua tahap juga agak rendah, iaitu antara 3.00 - 3.93.

Soalan Kajian 4: Sejauh manakah faktor sokongan membantu meng- hasilkan guru yang berkesan?

Faktor sokongan dapat dibahagikan kepada tiga subfaktor yang lain, iaitu faktor pensyarah; faktor infrastruktur dan faktor pentadbiran.

Secara keseluruhan kajian menunjukkan faktor pensyarah lebih banyak membantu penghasilan guru yang berkesan berbanding dengan faktor-faktor lain. Daripada 8 item yang dikemukakan, 6 daripadanya peratus ‘Setuju’ dan ‘Sangat Setuju’ melebihi 50%.

Peratusan tahap ‘Setuju’ responden melebihi 50% dalam item-item Pensyarah Berkeyakinan Tinggi Menyampaikan Pengajaran Mereka (63.2%); Pensyarah Mempunyai Pengetahuan Yang Mendalam Dalam Bidang Yang Diajarkan (55.2%); Pensyarah BM Berjaya Menyampaikan Pengetahuan Tentang BM KBSM (67.8%); Pensyarah BM Berjaya Menyampaikan KBKK Kepada Pelajar (55.2%); Pensyarah BM Mempunyai Pengetahuan Terkini Dalam Bidang Pendidikan BM (69.6%); Pensyarah Sentiasa Memberi Motivasi Untuk Menjadi Guru Yang Berkesan (62.1 %).

Min paling tinggi dikesan melalui item Pensyarah Mempunyai Pengetahuan Yang Mendalam Dalam Bidang Yang Diajarkan, iaitu 4.24 manakala min paling rendah diduduki oleh item Bahan Rujukan Di Perpustakaan Mencukupi, iaitu 2.67.

Berdasarkan jantina kajian mendapati 7 daripada 13 item yang dikemukakan mencapai min melebihi 4.00. Semua item (6) yang bertanyakan peranan pensyarah dalam menghasilkan guru yang berkualiti mencatatkan min melebihi4.00. Min tertinggi terdapat pada item Pensyarah Berkeyakinan Tinggi Menyampaikan Pengajaran Mereka, iaitu 4.41. Bagi perkhidmatan sokongan yang lain seperti perpustakaan, bilik-bilik pengajaran mikro, komputer dan penjadualan didapati minnya agak rendah, iaitu antara 2.87-3.91.

Page 11: Keberkesanan Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Bahasa

Keberkesanan Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Bahasa Melayu UPSI /1 1

Kajian berdasarkan lokasi sekolah juga menunjukkan item yang berkaitan dengan perkhidmatan sokongan yang diberi pensyarah mencatatkan min yang melebihi 4.00. Semua item memperlihatkan tidak terdapat perbezaan antara responden dari bandar dan luar bandar. Bagi perkhidmatan sokongan yang lain, min yang diperoleh agak rendah.

Dapatan kajian berdasarkan saluran masuk menunjukkan terdapat perkhidmatan yang diberi guru masih perlu diperbaiki, iaitu Pensyarah Bahasa Melayu Berjaya Menyampaikan KBKK Kepada Pelajar. Min yang dicatatkan ialah antara 3.77 3.98. Bagi item yang lain, responden yang masuk ke UPSImelalui saluran guru dan STPM bersetuju bahawa perkhidmatan pensyarah memuaskan (min > 4.00). Bagi perkhidmatan yang lain, pencapaiannya min agak lemah terutama item Bahan Rujukan Di Perpustakaan Mencukupi dan item Bilik Pengajaran Mikro Mencukupi. Min yang tercatat bagi kedua-dua item ini ialah di bawah 3.00.

Berdasarkan tahun dikurniakan ijazah, kajian ini juga menunjukkan pola yang sama seperti sebelumnya. Kajian mendapati perkhidmatan yang diberi guru masih mencatatkan min yang tinggi berbanding dengan perkhidmatan sokongan yang lain. Berdasarkan tahun keluaran juga, kajian mendapati responden lulusan tahun 1999 mencatatkan min yang tinggi pada item Penjadualan Kuliah dan Tutorial Dibuat Dengan Teliti dan item Sistem Tutorial Yang Diadakan Sangat Berkesan Untuk Meningkatkan Kemahiran Pelajar Dalam Kaedah dan Teknik Mengajar berbanding dengan lulusan selepasnya. Keputusan lain menunjukkan min perkhidmatan sokongan masih pada tahap yang rendah.

Berdasarkan tingkatan yang diajar, secara keseluruhan kajian ini mendapati min yang diperoleh adalah rendah, kecuali bagi item Pensyarah Berkeyakinan Tinggi Menyampaikan Pengajaran Mereka dan item Pensyarah Mempunyai Pengetahuan Yang Mendalam dalam Bidang Yang Diajarkan. Kedua-dua item ini mencatatkan min melebihi 4.00. Ujian ANOVA bagi item Pensyarah Memberi Keyakinan Dalam Meningkatkan Kefahaman Pelajar Tentang Isi Kandungan menunjukkan terdapat perbezaan min antara guru yang mengajar Bahasa Melayu di menengah rendah dengan kelas peralihan. Manakala bagi item Pensyarah Bekerjasama Dengan Pelajar Untuk Meningkatkan Kemahiran Pengajaran Bahasa Melayu KBSM, ujian ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan min antara kelas peralihan dengan responden yang mengajar di menengah rendah dan antara responden yang mengajar di kelas peralihan dengan menengah atas. Bagi item yang lain, tidak terdapat perbezaan yang signifikan.

R um usan Dapatan Kajian

a. Responden memberi respons yang positif terhadap Kursus Universiti, Kursus Asas Pendidikan, Kursus Major dan Praktikum yang telah diikuti oleh mereka. Ujian statistik juga membuktikan bahawa tidak terdapat perbezaan

Page 12: Keberkesanan Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Bahasa

12 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

min antara saluran kemasukan, keputusan Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM dan STPM, dan pengalaman mengajar responden dengan Kursus Universiti, Kursus Asas Pendidikan, Kursus Major dan Praktikum yang diambil oleh mereka.

b. Kekurangan yang ketara dalam kursus major ialah kursus Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu dan Pengajaran Mikro. Bagi kedua-dua kursus tersebut hanya terdapat 21.8% responden yang mengatakan kursus tersebut cukup dan sangat cukup.

c. Responden berpendapat prasarana seperti bahan rujukan dan komputer masih tidak mencukupi. Penjadualan dan sistem tutorial juga kurang berkesan kerana tindak balas positif terhadap pemboleh ubah tersebut agak rendah, iaitu antara 60.1 - 64.4%.

d. Tindak balas responden terhadap pensyarah amat memberangsangkan. Pada keseluruhannya responden mendapati pensyarah program ini yakin, berpengalaman, bekerjasama, berpengetahuan terkini, sentiasa memberi motivasi, serta berjaya menyampaikan ilmu. Kesemua pemboleh ubah yang diajukan berkaitan dengan perkara ini mendapat tindak balas positif lebih 80% responden. Namun begitu, dalam soal penyerapan KBKK, peranan pensyarah agak kurang berjaya.

e. Kajian menunjukkan kualiti pengajaran pensyarah dari segi bimbingan, bantuan, penyampaian kuliah dan tutorial agak baik. Julat pilihan positif responden terhadap pemboleh ubah yang berkaitan di antara 80.5 - 94.3%. Namun begitu, menurut responden dua kelemahan pensyarah ialah tiada bimbingan semasa pengajaran mikro (50.5%) - oleh sebab pengajaran mikro tidak ada dalam kurikulum program dan kurangnya kepelbagaian kaedah pengajaran pensyarah (58.6%).

f. Secara am, program ini berjaya melahirkan guru yang mahir dalam pengajaran Bahasa Melayu, yakin, boleh menguruskan kelas dan mampu membuat refleksi pengajaran di samping minat terhadap bahasa Melayu bertambah. Walaupun begitu, masih terdapat hampir 40% guru yang dilahirkan kurang memahami isi kandungan dan kurang mahir memilih alat bantu.

g. Kajian menunjukkan 71.3% guru Bahasa Melayu kelahiran UPSI mampu mengendalikan kelas-kelas bestari. Mereka juga bermotivasi tinggi dan 94.2% responden yang dikaji berazam untuk menambah ilmu dengan mengikuti ijazah kedua dan seterusnya.

Cadangan

h. Kurikulum Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Bahasa Melayu perlu disemak semula. Terdapat kursus yang ditawarkan kurang memberi manfaat kepada pelajar seperti kursus Pemerian Pragmatik. Ada kemungkinan kursus

Page 13: Keberkesanan Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Bahasa

Keberkesanan Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Bahasa Melayu UPSI /1 3

ini boleh digabungkan dengan kursus lain yang hampir sama kandungannya atau ditiadakan supaya dapat digantikan dengan kursus yang baharu.

i. Tumpuan akan diberi kepada pengajaran mikro dan praktikum. Kedua-dua kursus ini penting bagi melahirkan guru yang berkemahiran tinggi. Kajian menunjukkan calon guru masih menganggap praktikum itu sangat penting bagi mereka.

j. Jumlah waktu kursus pedagogi dan kursus kesusasteraan perlu ditambah. Bahagian yang ketara dalam kursus pedagogi ialah pengajaran makro. Kursus kesusasteraan menjadi penting apabila Kementerian Pendidikan memperkenalkan Komponen Sastera Dalam Bahasa Melayu (Komsas).

k. Pensyarah masih perlukan pendedahan terutama hal-hal yang berkaitan dengan perubahan-perubahan baharu yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini kerana pelanggan utama UPSI ialah sekolah. Oleh itu, pensyarah perlu berada selangkah di hadapan supaya pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan kepada pelajar sentiasa terkini dan relevan.

Rujukan

Graham, S*rl997. Effective Language Learning. Clevedon, Multilingual Matters Ltd.

Peterson, C. A., 2002. Reflections on the Challenges of Program Evaluation dalam Early Childhood Special Education Journals, Summer 2002, Vol. 22.

Proest, S., 2001. A Program Evaluation Primer dalam The Journal o f Experiential Education, Spring 2001, Vol 24.

Simpson, M. L., 2002. Program Evaluation Studies: Strategic Learning Delivery Model Suggestions dalam Journal o f Development Education, Vol. 26.

Stufflebeam, D. L. and Shinkfield, A. L., 1985. Systematic evaluation: A Self-instructional Guide to Theory and Practice. Boston: Kluwer-Nljhoff Publishing.