saya amat bersyukur kepada tuhan kerana dengan limpah dankurnianya saya telah berjaya menyiapkan...

3
GWP 1092 WONG CHIEW PING PPISMP MATE 2014 Refleksi Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah dan kurnianya saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus Pra Kalkulus bagi semester 2 ini. Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pensyarah saya Encik Zaieddi bin Shahadan kerana telah banyak membantu dan memberi banyak pengetahuan baharu dalam melaksanakan kerja kursus ini. Ketika mula-mula saya mendapat tugasan ini daripada pensyarah, saya berasa agak terkejut kerana saya tidak tahu apa-apa tentang topik yang terpaksa saya buat, ini merupakan kali pertama saya menghasilkan satu data dan menggunakan pelbagai jenis program atau software untuk menghasilkan pelbagai jenis i-think dan mind map seperti Microsoft word, Microsoft power point, e draw dan sebagainya. Oleh itu, saya juga membaca tajuk dan kriteria dengan teliti dan cuba memahami kehendak soalan, agar menepati kehendak soalan. Pada Permulaan untuk melaksanakan tugasan ini, terdapat pelbagai aspek yang perlu saya fahami dari pelbagai sumber. Melalui kerja kursus ini, kami juga dapat mengetahui dan lebih memahami bagaimana menghasilkan satu I-think yang berkualiti dan baik. Semasa melakukan tugasan ini pelbagai halangan telah berlaku seperti kekurangan kefahaman, pengetahuan, dan kesibukan untuk menyiapkan tugasan-tugasan lain. Justeru pembahagian masa amatlah penting. Selepas proses mencari, mengumpul dan menyusun maklumat yang kami dapati daripada internet, buku dan lain-lain. Melalui tugasan ini, kefahaman saya mengenai cara menggunakan Microsoft Excel, menghasilkan borang soal selidik, mengumpul data

Upload: wongcping

Post on 30-Sep-2015

258 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

hrtgfhrfg

TRANSCRIPT

GWP 1092 WONG CHIEW PINGPPISMP MATE 2014Refleksi

Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah dan kurnianya saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus Pra Kalkulus bagi semester 2 ini. Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pensyarah saya Encik Zaieddi bin Shahadan kerana telah banyak membantu dan memberi banyak pengetahuan baharu dalam melaksanakan kerja kursus ini.

Ketika mula-mula saya mendapat tugasan ini daripada pensyarah, saya berasa agak terkejut kerana saya tidak tahu apa-apa tentang topik yang terpaksa saya buat, ini merupakan kali pertama saya menghasilkan satu data dan menggunakan pelbagai jenis program atau software untuk menghasilkan pelbagai jenis i-think dan mind map seperti Microsoft word, Microsoft power point, e draw dan sebagainya. Oleh itu, saya juga membaca tajuk dan kriteria dengan teliti dan cuba memahami kehendak soalan, agar menepati kehendak soalan.

Pada Permulaan untuk melaksanakan tugasan ini, terdapat pelbagai aspek yang perlu saya fahami dari pelbagai sumber. Melalui kerja kursus ini, kami juga dapat mengetahui dan lebih memahami bagaimana menghasilkan satu I-think yang berkualiti dan baik.

Semasa melakukan tugasan ini pelbagai halangan telah berlaku seperti kekurangan kefahaman, pengetahuan, dan kesibukan untuk menyiapkan tugasan-tugasan lain. Justeru pembahagian masa amatlah penting. Selepas proses mencari, mengumpul dan menyusun maklumat yang kami dapati daripada internet, buku dan lain-lain.

Melalui tugasan ini, kefahaman saya mengenai cara menggunakan Microsoft Excel, menghasilkan borang soal selidik, mengumpul data yang didapati, penyusunan data, dan banyak lagi yang terdapat dalam kerja kursus Stastitik ini semakin mendalam, hal ini kerana saya telah mengkaji tajuk ini dengan teliti, dengan ini telah membawa saya untuk membuat rumusan dan cadangan mengenai topik ini.

Terdapat banyak kebaikan dalam melakukan tugasan ini antaranya ia dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara saya dan rakan-rakan kerana ia memerlukan kami untuk bekerjasama dan saling tolong-menolong antara satu sama lain kalau saya mempunyai atau mengalami masalah kesalahfahaman. Seterusnya adalah dapat membantu saya meningkatkan kemahiran mencari, mengumpul dan menyusun maklumat yang didapati. Selain itu, pengetahuan saya mengenai ilmu matematik (statistik) juga semakin meningkat.

Tidak ketinggalan juga saya sangat berterima kasih kepada semua pihak yang terutamanya pensyarah saya kerana banyak memberi sokongan serta dalam proses perlaksanaan tugasan ini. Saya sangat seronok dan berpuas hati setelah dapat menyiapkan tugasan ini. Di samping itu, saya dapat menambah kemahiran saya dalam melaksanakan tugasan dengan menggunakan perisian-perisian komputer dan juga Microsoft Excel.Akhirnya, saya berharap agar saya dapat meningkatkan lagi ilmu saya berkaitan dengan bidang matematik ini bersama rakan-rakan seperjuangan saya. Ribuan terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang banyak membantu dan memberikan kerjasama. Jasa baikmu akan diekang.Secara keseluruhannya, kesemua ini amatlah penting bagi seseorang yang bakal bergelar pendidik kerana perlu membuat pelbagai persediaan secara teori dan penguasaan kemahiran untuk menjalankan tugas secara profesional. Penguasaan pelbagai cabang ilmu amatlah penting bagi memantapkan kemahiran sebagai seorang guru atau pendakwah. Hal ini kerana, guru menjadi sumber rujukan dan juga khidmat nasihat kepada pelajar di bawah didikannya. Jesteru, individu yang bergelar guru mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menjadi contoh terbaik kepada anak didik mereka bak kata pepatah, bagaimana acuan begitulah kuihnya.

Sebagai kesimpulan, diharapkan agar tugasan seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan demi kepentingan pelajar itu sendiri. Oleh itu, saya amat berharap agar Tuan dapat menyemak tugasan dan berpuas hati dengan hasil yang telah kumpulan kami sediakan ini dan juga latihan yang telah saya lengkapi.

Sekian, terima kasih.