sasaran tarbiyyah

Upload: syihabudin-ahmad

Post on 30-May-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 Sasaran Tarbiyyah

    1/1

    Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu adaseketul daging yangapabila ia baik maka baiklah seluruh jasad danapabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.

    Ketahuilah ia adalah hati.1

    ,Hadis tersebut diatas merupakan sebuah hadis yang memperincikan sasaran

    tarbiyyah islamiyyah, hati adalah tempat jatuhnya perasaan cinta, hati jugalah

    tempat dimana akal bermastautin , Allah menegaskan hal ini dalam Ayat 46 surah

    Al-Hajj .

    Oleh itu, bagi para penerima tarbiyyah, mereka seharusnya menyediakan hati

    terlebih dahulu dengan membersihkan dari sifat cela dan keji. Seorang sahabat

    saya pernah menggambarkan keadaan hati seperti air hujan , sungai Nil danPiramid di Mesir.

    Jika air hujan yang lebat menimpa pyramid firaun yang berada di Giza, maka air

    hujan tersebut pastinya payah mengalir dan memberikan manfaat kerana kekerasan

    batu bata pyramid tersebut menghalang kelancaran perjalanan air hujan, namun

    jika air hujan yang sama menimpa sungai Nil, necaya sungai Nil akan membawa

    air tersebut ke seluruh bumi mesir dan memberi manfaat ke sekalian makhluk

    yang memerlukan di bumi anbiya` ini.

    Begitulah juga kaitannya dengan tarbiyyah, jika kita menyediakan hati dengan

    kekerasan akibat dosa dan noda pastinya kita akan berasa cukup payah menerima

    tiap buah tarbiyyah, namun jika kita menyediakan hati dengan penuh keikhlasan

    dan ketaqwaan nescaya tarbiyyah dapat mengalir ke dalam jiwa seterusnya

    bercambah menjadi pohon iman yang subur..

    1Hadis ke-6 dalam himpunan 40 hadis imam Nawawi ( hadis Sahih Muttafaqun Alaih )