sarjana pendidikan mod kerja kursus - …web.usm.my/education/med offshore/brochure med...

2
SARJANA PENDIDIKAN MOD KERJA KURSUS Objektif Program Untuk mengembangkan pemahaman yang terperinci dalam bidang pendidikan yang lebih spesifik seperti Pengajian Kurikulum dan Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan. Untuk memberi latihan dalam penyelidikan pendidikan, baik dalam suasana universiti mahupun dalam lapangan pekerjaan pelajar. Calon akan diberi latihan dan pendedahan dalam pelbagai kaedah penyelidikan agar dapat menggunakan kaedah yang sesuai dalam keadaan tertentu. Untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar menggunakan pengalaman mereka bagi menganalisis dan membuat penyelidikan terhadap pelbagai perspektif, amalan dan aliran pemikiran dalam menangani masalah dan isu-isu pendidikan di peringkat nasional dan global. Pelajar lulusan program ini akan dapat: 1. mempunyai pengetahuan dan perspektif yang pelbagai dalam bidang pengkhususan dan amalan profesionalisme mereka; 2. mempunyai pengetahuan dan berkeupayaan mengaplikasi pelbagai perspektif teori dan model pendidikan; 3. berkeupayaan menjadi pendidik yang kritis dan kreatif serta berpandangan luas tetapi rasional tentang pendidikan; 4. menganalisis secara perbandingan masalah dan isu pendidikan di peringkat nasional dan global berkaitan bidang pengkhususan yang diikuti; dan 5. melaksanakan kajian yang berkaitan dengan bidang pengkhususan yang diikuti. Secara Luar Pesisir (Offshore) Bidang Pengkhususan Dua (2) bidang pengkhususan akan ditawarkan: Pengajian Kurikulum Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Calon boleh memilih salah satu daripada dua bidang pengkhususan. PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN Nama Ijazah yang akan dianugerahkan: I I j j a a z z a a h h S S a a r r j j a a n n a a P P e e n n d d i i d d i i k k a a n n

Upload: trinhdang

Post on 02-Feb-2018

298 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: SARJANA PENDIDIKAN MOD KERJA KURSUS - …web.usm.my/education/MEd offshore/Brochure MEd (Offshore).pdf · Syarat Kelayakan Syarat kelayakan untuk mengikuti program ini seperti yang

SARJANA PENDIDIKAN

MOD KERJA KURSUS

Objektif Program

� Untuk mengembangkan pemahaman yang terperinci

dalam bidang pendidikan yang lebih spesifik seperti

Pengajian Kurikulum dan Pengurusan dan Pentadbiran

Pendidikan.

� Untuk memberi latihan dalam penyelidikan pendidikan,

baik dalam suasana universiti mahupun dalam lapangan

pekerjaan pelajar. Calon akan diberi latihan dan

pendedahan dalam pelbagai kaedah penyelidikan agar

dapat menggunakan kaedah yang sesuai dalam keadaan

tertentu.

� Untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar

menggunakan pengalaman mereka bagi menganalisis

dan membuat penyelidikan terhadap pelbagai

perspektif, amalan dan aliran pemikiran dalam

menangani masalah dan isu-isu pendidikan di peringkat

nasional dan global.

Pelajar lulusan program ini akan dapat:

1. mempunyai pengetahuan dan perspektif yang pelbagai

dalam bidang pengkhususan dan amalan profesionalisme

mereka;

2. mempunyai pengetahuan dan berkeupayaan mengaplikasi

pelbagai perspektif teori dan model pendidikan;

3. berkeupayaan menjadi pendidik yang kritis dan kreatif serta

berpandangan luas tetapi rasional tentang pendidikan;

4. menganalisis secara perbandingan masalah dan isu

pendidikan di peringkat nasional dan global berkaitan

bidang pengkhususan yang diikuti; dan

5. melaksanakan kajian yang berkaitan dengan bidang

pengkhususan yang diikuti.

Secara Luar Pesisir

(Offshore)

Bidang Pengkhususan

Dua (2) bidang pengkhususan akan

ditawarkan:

� Pengajian Kurikulum

� Pengurusan dan Pentadbiran

Pendidikan

Calon boleh memilih salah satu daripada

dua bidang pengkhususan.

PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN

Nama Ijazah yang

akan dianugerahkan:

IIIjjjaaazzzaaahhh SSSaaarrrjjjaaannnaaa

PPPeeennndddiiidddiiikkkaaannn

Page 2: SARJANA PENDIDIKAN MOD KERJA KURSUS - …web.usm.my/education/MEd offshore/Brochure MEd (Offshore).pdf · Syarat Kelayakan Syarat kelayakan untuk mengikuti program ini seperti yang

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk mengikuti program

ini seperti yang ditetapkan oleh USM dan

Pusat Pengajian untuk Sarjana Pendidikan

Kerja Kursus. Calon mesti mempunyai/

memenuhi:

1. Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf

sekurang-kurangnya dengan Kepujian

Kelas Kedua Tinggi atau PNGK 2.75

ke atas;

2. kelayakan/pengalaman profesional

dalam pendidikan atau bidang yang

berkaitan yang diiktiraf;

3. pengalaman mengajar atau pengalaman

yang berkaitan dengan bidang

pendidikan sekurang-kurangnya

2 tahun;

4. keperluan Bahasa Malaysia yang

ditetapkan oleh Senat USM; dan

5. keperluan lain yang tertakluk kepada

syarat-syarat Universiti.

Kerjasama Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM dan Usains Holding Sdn. Bhd. (Dimiliki penuh oleh Universiti Sains Malaysia)

Jangka Masa Pengajian/Kaedah

2 Tahun (4 Semester)

Jangka masa program ini dijalankan meliputi tempoh masa

2 tahun untuk komponen kerja kursus dan projek

penyelidikan.

Kuliah dan tutorial adalah secara berkala pada hujung minggu.

Jadual perjumpaan dan perbincangan secara bersemuka untuk

penyeliaan projek penyelidikan secara bersemuka antara

pensyarah dan pelajar akan ditetapkan.

Struktur Program

Seseorang calon WAJIB mendaftar sebanyak 6 kursus

(sejumlah 24 unit) dalam Komponen Kerja Kursus dan

3 kursus (16 unit) dalam Komponen Penyelidikan.

M.Ed Kerja Kursus (40 unit)

Komponen Kerja Kursus

(24 unit)

Komponen Penyelidikan

(16 unit)

Kursus

Pengkhususan

(TERAS)

2-4 kursus

(8-16 unit)

Kursus

Kemahiran

Penyelidikan

(TERAS)

2 kursus

(8 unit)

Kursus

Pengembangan

Ilmu (ELEKTIF)

2-4 kursus

(8-16 unit)

Projek

Penyelidikan

(TERAS)

(8 unit)

JUMLAH 6 kursus

(24 unit) JUMLAH 3 kursus

(16 unit)

Bahasa Pengantar

Bahasa pengantar yang akan digunakan ialah bahasa Malaysia.

Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat kursus sedia ada

dalam bidang pengkhususan berkaitan yang menggunakan

bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, pengajaran akan

menggunakan bahasa Inggeris selaras dengan pelaksanaan

kursus ini di kampus induk.