kuliah med 11 - personaliti

26
PERKEMBANGAN PERSONALITI berasal daripada perkataan Latin, persona ialah “topeng”, yang merujuk kepada rupa luaran yg ada pd ssg itu adalah integrasi keseluruhan tret- tret, kebolehan, motif, sikap, pendapat, kepercayaan, gaya kognitif, tindak balas emosi & sifat-sifat peribadi yg ada pd ssg itu. ialah “organisasi dinamik dlm diri individu yg terdiri dpd sistem psikologikal & fizikal yg menentukan penyesuaianya kpd persekitaranya” Prof. Madya Dr. Kamarulzaman Kamaruddin

Upload: norasiahnasir

Post on 29-Jun-2015

584 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kuliah MEd 11 - Personaliti

PERKEMBANGAN PERSONALITI

• berasal daripada perkataan Latin, persona ialah “topeng”, yang merujuk kepada rupa luaran yg ada pd ssg itu

• adalah integrasi keseluruhan tret-tret, kebolehan, motif, sikap, pendapat, kepercayaan, gaya kognitif, tindak balas emosi & sifat-sifat peribadi yg ada pd ssg itu.

• ialah “organisasi dinamik dlm diri individu yg terdiri dpd sistem psikologikal & fizikal yg menentukan penyesuaianya kpd persekitaranya”

Prof. Madya Dr. Kamarulzaman Kamaruddin

Page 2: Kuliah MEd 11 - Personaliti

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSONALITI

• Kebudayaan– Cara hidup– pengalaman awal– masyarakat

• Rakan sebaya– Pergaulan– Interaksi – Sekolah

• Baka– Bentuk tubuh– Penyakit– Kecerdasan– temperamen

• Persekitaran– Keluarga– Pemakanan– Taraf sosioekonomi

• Persekitaran– Keluarga– Pemakanan– Taraf sosioekonomi

Page 3: Kuliah MEd 11 - Personaliti

Model Kajian Personaliti-Model Klasikal

• Personaliti yang sihat ialah sanguine di mana orang yang berpersonaliti ini dapat menangani masalah dengan baik dan dapat bekerjasama dengan orang lain. Orang yang berpersonaliti choleric pula ialah orang yang suka mengarah dan biasanya mereka adalah agresif, tegas dan aktif. Melancholic pula ialah orang yang suka mengelak dan mereka menyelesaikan masalah dengan tidak berhadapan dengannya. Golongan yang phlegmatic pula selalunya mengharapkan orang lain memenuhi kehendak dan keperluan mereka

Page 4: Kuliah MEd 11 - Personaliti

Tiga jenis personalti yang boleh dikaitkan dengan bentuk badan iaitu endomorfik, mesomorfik dan

ektomorfik.

Endomorfik Mesomorfik Ektomorfik Bentuk badan Lembut &

bulat Kuat & berisi Kurus &

lemah Ciri-ciri Tret

Viscerotonia: Suka bergaul, suka kesenangan, mudah mesra, sentimental, tenang, mengejar keseronokan dan sosial

Tret Somatotonia: Bersifat tegas, agresif, aktif, bertenaga, agresif, suka kepada sesuatu yang mencabar dan bermatlamat

Tret Cerebrotonia: Suka menyendiri, sensitif, intelektual & mengelak diri daripada aktiviti sosial.

Page 5: Kuliah MEd 11 - Personaliti

Kecelaruan Personaliti• berlaku apabila tret-tret personaliti bertukar daripada stabil

menjadi tidak stabil. Kecelaruan personaliti bukanlah satu penyakit atau sindrom, tetapi hanya mempunyai kelainan yang melebihi had-had personaliti normal.

• Jenis-jenis ditentukan melalui tingkah laku– Tingkah Laku Ganjil

• Paranoid• Skizoid• skizotypal

– Tingkah laku dramatik, emosional dan Erratic• Antisosial• Borderline• Histrionik• narsissitik

– Tingkah laku bimbang dan takut• Mengelak, Dependent, Obsesif-kompulsif

Page 6: Kuliah MEd 11 - Personaliti

Kecelaruan Personaliti Paranoid• biasanya berlaku di kalangan orang yang

telah mencapai umur dewasa

• ciri-ciri kecelaruan ini ialah cemburu, curiga yang keterlaluan, terlalu sensitif & tidak percaya kepada orang lain melampau2.

• sukar untuk dikenalpasti kerana curiga, sensitif dan sebagainya ada sedikit kebenarannya

• Satu kes seorang lelaki yang berumur 75 tahun yang telah kehilangan nafsu seks selalu mencurigai isterinya yang juga tua melakukan hubungan sulit dengan lelaki lain. Ini menyebabkan dia enggan tidur, makan, berjalan dan sebagai bersama isterinya.

Page 7: Kuliah MEd 11 - Personaliti

Kecelaruan Personaliti Skizoid

• mereka yang mengalami kecelaruan seperti ini mempunyai ciri-ciri pendiam, suka hidup secara bersendirian, tidak mahu berkahwin dan tidak minat dalam aktiviti sosial

• Mereka seperti ini tidak menunjukkan sebarang reaksi apabila dipuji atau dikeji

Page 8: Kuliah MEd 11 - Personaliti

Kecelaruan Personaliti Skizotipal

• Mempunyai beberapa ketidakupayaan, spt percakapan yg janggal & kabur. Biasanya mereka mempunyai teman yg sedikit, curiga, idea ganjil spt percaya bahawa pemikirannya boleh dibaca oleh orang lain.

• Dlm situasi sosial selalunya nampak bimbang

• Mereka mengalami ilusi• Mereka tidak mempunyai keinginan

thadap orang lain dan memilih hidup bersendirian.

Page 9: Kuliah MEd 11 - Personaliti

Kecelaruan Personaliti Antisosial

• banyak berlaku di kalangan lelaki khususnya di peringkat remaja

• ciri-cirinya ialah suka menipu orang lain, lari dari rumah, tidak suka belajar, melawan guru, berkelahi, mencuri, melakukan sesuatu yang melanggar norma masyarakat dan sebagainya.

• Biasanya individu mudah menyedari perlakuannya yang deviance tetapi mengambil masa yang panjang untuk membetulkannya.

Page 10: Kuliah MEd 11 - Personaliti

Kecelaruan Borderline

• Keadaan individu yg mengalami kecelaruan jenis ini ialah mengalami gangguan perasaan secara impulsif dan sukar utk diramal, perhubungan peribadi yang tidak stabil, marah, kekurangan identiti @ konsep kendiri yg negatif dan pelbagai masalah interaksi dgn org lain.

Page 11: Kuliah MEd 11 - Personaliti

Kecelaruan Personaliti Histrionik

• Ciri penting individu yg mengalami kecelaruan jenis ini adalah mahukan orang lain memberi tumpuan, mahukan dirinya sebagai pusat tumpuan, memanipulasi org lain dgn melebih-lebihkan ekspresi emosi dan kesukaran, kelihatan menarik ttp sebenarnya tidak memperdulikan org lain, justeru itu sukar mengawal diri dan cepat marah. Perasaan marah itu kadang-kadang ditujukan kepada orang lain dan juga diri sendiri jika ia tidak dapat mengawal perasaannya

Page 12: Kuliah MEd 11 - Personaliti

Kecelaruan Narsisistik

• Ia dicirikan dengan individu yg mengalami perasaan yg tidak realistik ttg kepentingan diri, dipenuhi dgn fantasi kejayaan pada masa akan dtg, mengharapkan perhatian dan pujian drp org lain secara berterusan. Individu ini akan bertindak balas secara negatif terhadap kritikan dan mengeksploit org lain utk kepentingan diri sendiri.

Page 13: Kuliah MEd 11 - Personaliti

Kecelaruan Personaliti Afektif

• Individu yang mengalami kecelaruan seperti ini kelihatan tidak bertenaga, risau, murung, resah, mudah rasa bersalah dan diselubungi oleh kebimbangan

• Ia merupakan suatu perubahan afektif atau mental-emosi sebagai suatu tret personaliti dan bukan sebagai suatu sindrom

Page 14: Kuliah MEd 11 - Personaliti

Kecelaruan Personaliti Obsesif- kompulsif

• Individu yg mengalami kecelaruan ini biasanya dicirikan dgn sifat ingin kesempurnaan, pendominasi, kurang upaya utk meluahkan perasaan kasih sayang, terlalu menghambakan diri pada kerja (Seorang individu akan melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh hinggakan dia tidak menyedari apa yang dilakukannya) dan tidak mampu membuat keputusan apabila berhadapan dgn buat keputusan yg besar..

Page 15: Kuliah MEd 11 - Personaliti

Kecelaruan Personaliti Pengelakan• Ketidakselesaan sosial dan cuba

mengelakkan diri dpd terlibat• Mempunyai kepercayaan jika orang yg dekat

dengannya akan dpt mengetahui siapa dirinya yg sebenar dan tidak akan menerimanya.

• Perasaan orang seperti ini mudah merasa takut dan malu dan sensitif jika dikritik dan mudah tersinggung akibat penolakan orang lain.

• Mereka enggan menjalin hubungan sosial dan amat takut jika terdedah dgn banyak soalan dari orang dan khuatir diperkatakan bodoh.

• Mereka begitu takut dimalukan oleh tindakan mereka sendiri di hadapan orang lain.

Page 16: Kuliah MEd 11 - Personaliti

Kecelaruan Personaliti Astenik

• Individu yang mengalami kecelaruan seperti ini biasannya merasakan dirinya lemah, suka bergantung kepada orang lain, tidak sanggup memikul tanggungjawab dan takut membuat keputusan sendiri

Page 17: Kuliah MEd 11 - Personaliti

Helah Bela Dirimerujuk kepada cara atau mekanisme yang digunakan oleh seseorang itu untuk mengatasi konflik yang berlaku dalam dirinya. Helah bela diri ini merupakan cara yang tidak disedari untuk mengurangkan kebimbangan. Justeru, individu menggunakan helah bela diri dalam mengatasi masalah personaliti dan mengekalkan konsep kendiri yang positif. Mengikut Freud ada beberapa cara bagaimana seseorang itu boleh melakukan helah bela diri.

Page 18: Kuliah MEd 11 - Personaliti

Rasionalisasi• digunakan oleh seseorang bagi

menyembunyikan motif yang sebenar demi menjaga harga dirinya. Mekanisme ini digunakan dengan tujuan untuk menyelamatkan diri daripada mendapat malu. Seseorang itu akan mencari alasan yang tidak sebenar untuk memenuhi tujuan ini.

Contoh:Dia gagal dlm pep dan memberialasan spt guru malas/soalan susah/bilik sejuk dsb

Page 19: Kuliah MEd 11 - Personaliti

Sublimasi

digunakan oleh seseorang yang kecewa, kekurangan, sedih, pilu dan sebagainya dengan menyalurkan kepada sesuatu yang boleh diterima oleh masyarakat.

Contoh: Seorang yang kecewa»melukis»Memancing»Melibatkan aktiviti kebajikan»Menyanyi»Menjadi artis

Page 20: Kuliah MEd 11 - Personaliti

Projeksi

digunakan oleh seseorang apabila dia tidak dapat menerima hakikat yang berlaku atas dirinya dan meletakkannya kepada orang lain. Indidvidu seperti ini menyalahkan orang lain di atas kekurangannya sendiri.

Contoh:

Dia membenci seseorang itu

“Bukan saya membencinya tetapi dia membenci saya”

Page 21: Kuliah MEd 11 - Personaliti

Kompensasidigunakan oleh seseorang apabila dia cuba menggantikan kelemahan dirinya dengan melakukan sesuatu aktiviti yang boleh menonjol kebolehannya. Tujuan sebenarnya ialah untuk menyembunyi kelemahannya.

Contoh

• Ali lemah maths cuba menonjol dalam dlm BI• Gagal dipilih dalam skuad hoki beralih kepada

bolasepak

Page 22: Kuliah MEd 11 - Personaliti

Fantasi

• Helah bela diri digunakan oleh seseorang apabila dia tidak dapat mencapai sesuatu yang dikehendaki dengan berangan-angan. Fantasi berlaku di kalangan remaja. Mereka menggantikan keinginan dengan berkhayal.

Page 23: Kuliah MEd 11 - Personaliti

Identifikasi

• digunakan oleh seseorang apabila dia cuba menyifatkan diri seperti orang yang dipujanya atau sebagainya dengan tujuan untuk mendapatkan kepuasan peribadi.

• Contoh:

Peminat bola yang berlagak atau berpakaian seperti dia juga dalam pasukan tersebut.

Page 24: Kuliah MEd 11 - Personaliti

Regresi

• dilakukan apabila seseorang itu melakukan sesuatu yang menyoronokkan dengan menyorot kembali zaman atau masa lalu.

• Contohnya:

Murid ingin dilayan seperti sebelumnya walaupun masa itu sudah berlalu

Page 25: Kuliah MEd 11 - Personaliti

Penafian• dilakukan apabila seseorang itu

tidak dapat menerima hakikat yang sebenarnya dengan mengatakan itu semua tidak berlaku. Tindakan ini adalah untuk mengelakkan kebimbangan dan kerisauan.

• Contoh• Ibunya telah meninggal tetapi dia

masih berbicara dengan orang lain seolah-olah ibunya masih hidup.

Page 26: Kuliah MEd 11 - Personaliti

Pembentukan Reaksi

• dilakukan apabila seseorang itu menghadapi tekanan. Seseorang itu akan membina sikap yang berlawanan dengan keinginan yang tertekan.

• Contohnya:

Seorang pelajar Universiti yang berbuat baik dgn pensyarah walhal dia benci akan pensyarah tersebut. Ini dilakukan untuk menjaga hubungan baik dia dengan pensyarah.