sanggahan terhadap....al-quran

34
PPPN 3362 SIKAP ORIENTALIS TERHADAP AL-QURAN DAN AL-SUNNAH SEMESTER 2 2009/10 TAJUK : SANGGAHAN TERHADAP PENYELEWENGAN ORIENTALIS TERHADAP AL-QURAN DISEDIAKAN OLEH : NOOR HIDAYAH BT MAT HASSAN A111359 WAN NOR ASIKIM BT MOHD DAUD A111342 ANIS SYAZWANI BT BAKAR A112517 NUR SHAHIDA AISHAH BINTE SUPIAN A112933 (PENDIDIKAN ISLAM) 1

Upload: puteracho

Post on 30-Jun-2015

399 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

sanggahan terhadap quran

TRANSCRIPT

1

PPPN 3362 SIKAP ORIENTALIS TERHADAP AL-QURAN DAN AL-SUNNAHSEMESTER 2 2009/10

TAJUK :

SANGGAHAN TERHADAP PENYELEWENGAN ORIENTALIS TERHADAP AL-QURANDISEDIAKAN OLEH : NOOR HIDAYAH BT MAT HASSAN WAN NOR ASIKIM BT MOHD DAUD ANIS SYAZWANI BT BAKAR NUR SHAHIDA AISHAH BINTE SUPIAN (PENDIDIKAN ISLAM) DISEDIAKAN UNTUK: USTAZAH LATIFAH BT ABD MAJID A111359 A111342 A112517 A112933

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

2 PENGHARGAAN Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarganya dan sahabatsahabatnya, yang sama-sama berjuang dengannya demi menyebarkan dan menegakkan agama yang benar iaitu Islam. Terutamanya, kami amat bersyukur ke hadrat Ilahi dengan izin dan bantuanNya, kami dapat menyiapkan latihan ilmiah ini walaupun terdapat banyak kekurangan dan kelemahan. Namun saya sedaya upaya cuba membuat yang terbaik. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustazah Latifah bt Abd Majid (selaku pensyarah) dan juga Ustazah Nur Atikah (selaku tutor) di atas ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan. Tidak lupa juga terima kasih kepada semua ahli keluarga kami terutamanya ibu bapa kami yang banyak memberi sokongan, galakkan dan mendoakan kejayaan kami baik di dunia mahupun akhirat. Dan juga buat teman-teman seperjuangan yang banyak membantu dan memberi dorongan kepada kami. Kami amat hargai pertolongan dan kehadiran kalian. Semoga usaha kami yang tidak seberapa ini dapat memberi manfaat kepada semua terutamanya diri kami, dalam mempelajari ilmu Allah yang terlalu luas dan dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan kita semua. InsyaAllah. Akhir kata, kami memohon maaf di atas segala kekurangan yang terdapat dalam tugasan ini. Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah, manakala kekurangan itu daripada diri kami yang dhaif ini. Sekian, wassalam.

3

KANDUNGAN ELEMEN MUKA SURAT 1.0 Pengenalan 1

2.0

Definisi Istilah 2.1 2.2 Sanggahan Orientalis

2 2 2

2.3 2.4

Penyelewengan Al-Quran

2 2

3.0

Penyelewengan Orientalis Terhadap Al-Quran Dan Sanggahannya 3.1 Al-Quran Bukan Kalam Allah 3.1.1 3.1.2 3.2 Al-Quran Ciptaan Rahib Al-Quran Ciptaan Nabi

4 4 4 5 7

Al-Quran Dipengaruhi Oleh Situasi Geografi, Kehidupan Beragama, Budaya Masyarakat Arab Setempat

3.3

Al-Quran Adalah Salinan Daripada Kitab Agama Samawi Yang Lain

8

4 3.4 Maklumat Saintifik Dalam Al-Quran Berasal Daripada Tamadun Kuno 3.5 3.6 3.7 3.8 Kontradiksi Dalam Al-Quran Huruf-huruf cerai di permulaan surah Quran Sudah Berubah Isinya Dalam Masa 100-150 Tahun Kepelbagaian Gaya Bacaan Al-Quran adalah Ciptaan Ulama 13 13 14 18 12

4.0

Kesimpulan

20

RUJUKAN

21

1.0

PENGENALAN

Allah, tuhan yang mentadbir sekalian alam, satu-satunya zat yang mempunyai ilmu dan kekuasaan yang tidak terbatas, telah mewahyukan al-Quran sebagai sumber kekuatan untuk mereka yang hidup di atas muka bumi. Umat Islam yang benar-benar beriman akan mengakui bahawa al-Quran adalah anugerah dari Allah kepada hambanya sebagai petunjuk dan pedoman untuk menjadi insan kamil. Selain itu juga, umat Islam harus mengakui kemukjizatan al-Quran dan kebenaran firman-Nya. Di sebalik umat Islam yang percaya dengan kebenaran dan kemukjizatan alQuran, ada satu golongan yang menjalankan misi untuk menyelewengkan al-Quran. Pelbagai tuduhan dan dakwaan dilemparkan oleh mereka ini untuk mengelirukan orang Islam yang tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam. Penyelewengan terhadap alQuran ini telah berlaku sejak dari zaman pertengahan lagi. Terjemahan al-Quran pertama dalam bahasa Barat telah diusahakan pada pertengahan abad ke 12 Mesihi. Matlamat

5 tunggal golongan orientalis ini dalam mendekati al-Quran adalah untuk menyangkal secara akademik kesucian al-Quran sebagai wahyu yang sah daripada Allah. Tugasan ini dijalankan adalah untuk mengetahui apakah dakwaan orientalis terhadap al-Quran dan sanggahan-sanggahan yang telah dijawab oleh para ilmuan Islam terhadap dakwaan mereka. Pada awal perbincangan ini, kami memberikan definisi tajuk tugasan ini pada pandangan kami dan seterusnya kami menyenaraikan dakwaan-dakwaan orientalis bersama sanggahannya. Di akhir tugasan ini, kami menyimpulkan hasil dapatan maklumat yang diperolehi.

2.0

DEFINISI ISTILAH 2.1 Sanggahan

Menurut kamus dewan, sanggahan bermaksud bantahan atau tentangan terhadap sesuatu. 2.2 Orientalis

Dari segi bahasa orientalisme berasal dari kata orient yang bermaksud timur. Secara etnologis orientalisme bermakna bangsa-bangsa di timur, dan secara geografis bermakna hal-hal yang bersifat timur, yang sangat luas ruang lingkupnya. Orang yang menekuni dunia ketimuran ini disebut orientalis. Menurut Grand Larousse Encyclopedique seperti Amin Rais, orientalis adalah sarjana yang menguasai masalah-masalah ketimuran, bahasa-bahasanya, kesusasteraannya, dan sebagainya.

6 Kata isme menunjukkan pengertian tentang suatu faham. Jadi, orientalisme bermakna suatu faham atau aliran yang berkeinginan menyelidiki hal-hal yang berkaitan dengan bangsa-bangsa di timur beserta lingkungannya. 2.3 Penyelewengan

Perkataan penyelewengan berasal daripada perkataan seleweng. Menurut kamus dewan edisi keempat, seleweng bermaksud menyimpang dari arah yang betul, tidak menurut jalan yang betul, menyimpang dari tujuan yang sebenar, mengkhianati dan membelot. 2.4 Al-Quran Ahlul lughah (ahli bahasa Rab) berselisih pendapat mengenai kata asal al-Quran. Sebahagian dari mereka berpendapat, ia berasal daripada al-Qaru dan seerti dengan al-jamu yang bermaksud himpunan. Sebahagian yang lain pula berpendapat, ia berasal daripada kata Qiraat yang bermaksud bacaan. Pendapat inilah yang paling masyhur di kalangan ahli lughah dan diperkuatkan dengan riwwayat daripada Ibnu Abbas r.a ketika mentakwil fiman Allah yang bermaksud: maka ikutilah bacaannya.(surah al-qiyamah: 18). Dari segi istilah syarak: al-Quran ialah kalamullah s.w.t yang bersifat mukjiz yang diturunkan kepada nabi Muhammad saw dengan perantaraan malaikat Jibril yang termaktub dalam mushaf yang disampaikan kepada umat Islam melalui riwayat yang mutawatir, yang menjadi ibadat dengan membacanya, dimulai dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah an-Nas.( al-sabunyi: al-tibyan.hlmn 6)

7

3.0

PENYELEWENGAN

ORIENTALIS

DAN

DAN

SANGGAHAN

TERHADAP AL-QURAN 3.1 Al-Quran bukan kalam Allah 3.1.1 Al-Quran adalah ciptaan rahib

Menurut Bodley dan Gibb, Nabi telah mengenali agama Kristian semasa di Mekah secara dekat melalui apa yang mungkin baginda dengar daripada paderi dan rahib, yang mana salah seorangnya bernama Qays bin Saidah. Mereka itu yang telah berada di sempadan -sempadan Syria sepanjang padang pasir tanah Arab mungkin telah menjalankan kegiatan-kegiatan dakwah di sekitar kawasan tersebut. Sanggahan: Dari segi sejarah adalah betul bahawa Qays bin Saidah pernah menyampaikan khutbahkhutbah mereka kepada orang-orang Arab, namun ia bertentangan dengan teori bahawa ia

8 mempengaruhi Nabi saw kerana paderi tersebut telah meninggal dunia lebih satu abad sebelum kelahiran Nabi saw.(Mohammad Khalifa,1993). Menurut Rodinson, Nabi saw hanya membahasa arabkan agama Yahudi-Kristian di atas asas bahawa agama tersebut telah menarik minat kaumnya kerana dihubungkan dengan tamadun yang lebih tinggi. Sanggahan: Sekiranya Nabi sebenarnya pernah belajar daripada seorang rahib Kristian, seorang biskop, seorang Yahudi atau daripada hamba-hamba Kristian, maka perkara-perkara berikut sepatutnya telah berlaku: 1) 2) Nabi saw mungkin tidak pernah menafikannya kerana sepanjang hayat Baginda saw tidak pernah mengajar suatu kepercayaan yang berbeza baginda beliau terkenal dengan seorang yang bercakap benar. secara radikal daripada agama Kristian dan Yahudi khususnya dalam hubungan dengan perkara asas dalam akidah mereka. 3) Siapa sahaja yang pernah mengajar baginda sudah tentu pernah menulis sebuah kitab atau sekurang-kurangnya satu bab yang sama dengan ayat-ayat al-Quran. 3.1.2 Al-Quran ciptaan Nabi

Mencetuskan kepercayaan Basyariyyatu Al-Quran (Al-Quran adalah ciptaan manusia), ia bukannya Kalam Allah Azza wa Jalla. Mereka mendakwa Al-Quran adalah rekaan Nabi Muhammad s.a.w. dan bukannya wahyu yang diturunkan oleh Allah s.w.t. Orang secerdas Muhammad tidak mustahil mampu mengarang sebuah buku dengan kualiti yang sama seperti Al-Quran. Justeru, anggapan ini lebih logik berbanding dari mengatakan al-Quran diturunkan dari langit dan sulit untuk kita percaya adanya malaikat Jibril turun dari langit untuk menyampaikan wahyu kepada seorang penduduk di bumi.

9

Sanggahan: Tentang dakwaan mereka Basyariyyatul Quran, ulama' menegaskan bahawa Al-Quran sebenarnya wahyu Allah bukannya ciptaan Nabi s.a.w. Buktinya sebelum Nabi dibangkitkan menjadi Rasul, Nabi adalah seorang yang Ummi ( tidak pandai menulis dan membaca). Bagaimana mungkin Nabi dapat menciptakan sesuatu yang begitu agung, yang diakui oleh pengkaji Barat sendiri bahawa kandungan Al-Quran adalah sistem kehidupan yang sempurna dan bertamadun. Menurut Mustafa Mahmud, 2003, pada masa sekarang, kita lebih mudah untuk mempercayai adanya malaikat. Contohnya, sekarang telah ada peralatan elektronik yang boleh menentukan arah yang tepat pada tempat yang akan dihujani peluru dan manusia dapat sampai ke bulan. Oleh sebab itu, tidak mustahil Allah mengirimkan malaikat untuk menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad. Al-Quran tidak boleh dikatakan ciptaan Nabi kerana Al-Quran mempunyai bahasa yang tersendiri. Selain itu, struktur bahasa dan kandungan Al-Quran penuh dengan rahsia dan ilmu pengetahuan yang belum terungkap pada masa itu. Selain itu, Nabi seorang yang ummi (tidak pandai membaca dan menulis), tidak pernah pergi belajar ke daerah lain apalagi belajar kebudayaan dan peradaban bangsa lain. Oleh sebab itu, adalah mustahil Nabi mengarang Al-Quran itu sendiri. Firman Allah dalam surah Yunus ayat 38:

Bermaksud : (orang-orang kafir tidak mengakui hakikat Yang demikian itu) bahkan mereka mengatakan: "Dia lah (Muhammad) Yang mengada-adakan Al-Quran menurut rekaannya". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kalau demikian, datangkanlah satu surah Yang sebanding Dengan Al-Quran itu, dan panggilah siapa sahaja Yang

10 kamu dapat memanggilnya, Yang lain dari Allah (untuk membantu kamu), jika betul kamu orang-orang Yang benar!". Mintalah bantuan jin, malaikat, ilmuan atau sesiapapun untuk mengarang suatu surah yang sama seperti yang ada dalam Al-Quran. Tentangan terhadap Al-Quran berlaku sejak dari zaman Nabi sehingga sekarang tetapi masih belum ada yang dapat mengarang surah seperti yang terdapat dalam Al-Quran. Antara faktor yang menyebabkan Al-Quran tidak boleh dikatakan sebagai ciptaan Nabi ialah jika Nabi mengarang Al-Quran itu sendiri, maka tentu akan dipenuhi dengan keluhan dan rasa kesal disebabkan oleh keadaan hidup Nabi yang menderita selepas kematian isteri dan bapa saudaranya. Tapi tiada satu ayat pun yang menyebut tentang penderitaan yang dialami oleh Nabi ini. Ayat Al-Quran tidak mengaitkan keadaan peribadi Nabi tetapi diturunkan untuk menegur, menentang pendapat dan fikiran Nabi. Contohnya, Allah menegur keras tindakan Nabi yang berpaling, tidak menghargai seorang buta yang datang untuk memeluk agama Islam dan lebih memberi perhatian terhadap tokoh-tokoh Quraisy kerana berharap untuk membuatkan mereka memeluk Islam. Ayat tersebut dalam surah Abasa ayat 1-4:

Bermaksud : 1.ia memasamkan muka dan berpaling, 2. kerana ia didatangi orang buta.3. dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui (tujuannya, Wahai Muhammad) ? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran ugama Yang didapatinya daripadamu)! -4. ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadaNya.

3.2

Al-Quran telah dipengaruhi oleh situasi geografi, kehidupan beragama dan kebudayaan masyarakat Arab setempat.

11 Pendapat ini dilontarkan oleh seorang orientalis yang bernama Gibs. Oleh itu, dengan erti kata yang lain, Al-Quran ini tidak sesuai untuk situasi masyarakat yang lain dan ianya hanya untuk bangsa Arab. Ini juga bermakna dakwah Nabi tidak bersifat universal. Sanggahan: Dakwaan mereka yang mengatakan Al-Quran dipengaruhi situasi masyarakat Arab juga terpesong kerana Al-Quran secara jelas membawa perubahan besar kepada masyarakat Arab yang sebelumnya berada dalm gelap Jahiliyyah dan keruntuhan moral yang parah. Al-Quran sendiri banyak menekankan bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah yang dihantar untuk menyampaikan dakwah kepada seluruh umat manusia. Hanya melalui beberapa ayat sudah memadai untuk membuktikan hal ini. Firman Allah: (surah Saba:

Maksudnya: 28. Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang Yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang Yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu). Allah berfirman lagi:

(surah al-Araf: 158 )

Maksudnya: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya Aku adalah pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) Yang Menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; Yang menghidupkan dan mematikan. oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi Yang Ummi Yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-

12 kitabNya); dan ikutilah Dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk"..( kekeliruan dalam penafsiran al-quran)

3.3

Al-Quran adalah salinan daripada kitab agama samawi yang lain.

Antara dakwaan yang sering dipropagandakan oleh golongan orientalis adalah ada juga yang mengatakan bahwa Al-Quran adalah bersumberkan golongan Hunafa' (mereka yang mewarisi kepercayaan nabi-nabi terdahulu). Mereka menyangka bahwa Al-Quran adalah bersumberkan kitab-kitab Samawi terdahulu seperti Taurat dan Injil berdasarkan persamaan yang wujud pada hukum-hakam dan adab yang berkaitan.

Sanggahan: Dan tentang dakwaan mereka yang menyebut Al-Quran adalah bersumberkan golongan Hunafa' adalah tidak benar kerana golongan Hunafa' menerima ajaran dan syariat yang ditinggalkan oleh nabi-nabi terdahulu yang kebanyakannya telah diseleweng dan dicampur-aduk dengan pelbagai rekaan, sementara syariat Islam membawa syariat yang sesuai dan sempurna untuk seluruh umat manusia. Mengenai persamaan antara Al-Quran dengan kitab-kitab Samawi yang terdahulu, sememangnya wujud persamaan di antara kedua-dua kitab suci ini. Namun demikian persamaan tersebut bukanlah suatu kesalahan kerana semua kitab-kitab suci ini adalah kalam Allah yang diwahyukan untuk menerangkan perkara yang sama kepada manusia. Perkara-perkara pokok yang diterangkan di dalamnya meliputi kewujudan Allah swt, keesaan dan kebesaran-Nya, kepercayaan kepada hari kiamat, munafik dan kafir, kehidupan kaum-kaum terdahulu, perintah dan larangan serta nilai-nilai moral. Semua perkara ini adalah bersifat universal dan tetap tidak akan berubah mengikut peredaran

13 zaman. Maka tidak hairanlah jika terdapat topik yang dibincangkan dalam kitab-kitab suci ini mempunyai persamaan dan selari dengan Al-Quran. Persamaan kandungan yang dibawa oleh Al-Quran dan agama samawi lain telah disebutkan di dalam Al-Quran:

( Maksudnya: 196. Dan Sesungguhnya Al-Quran (tersebut juga perihalnya dan sebahagian dari pengajaran-pengajarannya) di Dalam Kitab-kitab ugama orang-orang Yang telah lalu. 197. (tidakkah mereka Yang musyrik sedarkan kebenaran itu) dan tidakkah menjadi satu keterangan kepada mereka Bahawa pendita-pendita ugama Bani lsrail mengetahui akan kebenaran Al-Quran itu? Allah juga berfirman: (surah al-Syuaraa: 196-197

Maksudnya: ( (surah al-Nisa: 131

14 131. Dan bagi Allah jualah Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi; dan Demi sesungguhnya, Kami telah perintahkan orang-orang Yang diberi Kitab dahulu daripada kamu, dan juga (perintahkan) kamu, Iaitu hendaklah bertaqwa kepada Allah; dan jika kamu kufur ingkar, maka (ketahuilah) Sesungguhnya Allah jualah Yang memiliki Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. Malah lebih daripada itu, Al-Quran sendiri turut member pengiktirafan terhadap kebenaran kitab Taurat dan Injil. Firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 48:

Maksudnya: 48. Dan Kami turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) Dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab suci Yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah Engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa Yang telah datang kepadamu dari kebenaran. bagi tiap-tiap

15 umat Yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). dan kalau Allah menghendaki nescaya ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu Dalam ugama Yang satu), tetapi ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa Yang telah disampaikan kepada kamu. oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka ia akan memberitahu kamu apa Yang kamu berselisihan padanya. Sebahagian daripada persamaan yang terdapat di dalam ajaran kitab-kitab suci ini telah disebutkan di dalam Al-Quran. Permulaan ibadah haji dengan peristiwa Nabi Ibrahim, kewajipan menunaikan solat dan mengeluarkan zakat dan akhlak murni yang dituntut daripada nabi-nabi telah menggambarkan ajaran yang sama dengan ajaran yang sebelumnya. Oleh yang demikian, dengan wujudnya persamaan diantara Al-Quran dengan kitab-kitab yang lain bukanlah sekadar persamaan biasa tetapi mempunyai hikmat atau rasionalnya yang tersendiri. Bukti yang kedua yang dapat menyanggah dakwaan orientalis adalah diketahui bahawa Nabi Muhammad bukanlah orang yang bertanggungjawab menghimpun maklumat dan membuat penyelidikan ke atas kandungan kitab Taurat mahupun Injil. Kaum baginda sendiri menjadi saksi yang membuktikan baginda adalah seorang yang tidak tahu membaca dan menulis. Bahkan kekurangan baginda ini diakui sendiri oleh orang kafir. Maka perkara ini dapat dijadikan bukti untuk menentang dakwaan mereka. Allah berfirman:

((surah al-Ankabut: 48 Maksudnya: 48. Dan Engkau (Wahai Muhammad) tidak pernah tahu membaca sesebuah Kitab pun sebelum turunnya Al-Quran ini, dan tidak pula tahu menulisnya Dengan tangan kananmu; (Kalaulah Engkau dahulu pandai membaca dan menulis) tentulah ada

16 alasan bagi orang-orang kafir Yang menentangmu akan merasa ragu-ragu (tentang kebenaranmu).

3.4

Maklumat saintifik dalam Al-Quran berasal daripada tamadun kuno.

Menurut dakwaan mereka, Nabi Muhammad telah mencedok maklumat mengenai konsep-konsep sains yang ada di dalam Al-Quran seperti astronomi, embriologi dan ilmu perubatan daripada tamadun-tamadun kuno. Contohnya, mereka menuduh Nabi Muhammad telah menemui data berkenaan bidang astronomi daripada orang Sumeria dan mengambil ilmu perubatan daripada koleksi papyrus yang dimiliki oleh orang Mesir kuno. Sanggahan: Nabi Muhammad tidak pernah melakukan penyelidikan berhubung dengan dakwaan tersebut. Lagipun baginda sendiri tidak memiliki sebarang pemgetahuan tentang bahasa Sumeria dan tulisan Hiroglif. Disamping itu juga, kesukaran dan kesulitan untuk melakukan kajian sedemikian kerana tanah Arab pada ketika itu tidakk memiliki sebarang kemudahan untuk melakukan penyelidikan.

3.5

Kontradiksi dalam Al-Quran.

Orientalis mendakwa bahawa di dalam Al-Quran terdapat beberapa fakta yang saling bertentangan antara satu sama lain. Antara contoh yang diketengahkan adalah kejadian manusia. Terdapat ayat yang menyatakan bahawa manusia diciptakan daripada tanah. Terdapat juga ayat menyatakan bahawa manusia diciptakan daripada setitis air mani. Sanggahan: Orientalis mengetengahkan dakwaan ini setelah membaca terjemahan Al-Quran yang diterjemahkan oleh golongan mereka sendiri. Padahal, golongan meeka tidak fasih

17 dengan bahasa Arab jika hendak dibandingkan dengan ulama Islam-Arab. Tamabahan lagi, golongan mereka sudah pasti membenci Islam dan ingin menyelewengkan agama ini. Pada awal kejadian manusia, iaitu Nabi Adam a.s diciptakan daripada tanah dan air mani adalah kejadian manusia seterusnya yang merupakan zuriat beliau dan sebagai penyambung generasi. Maka fakta ini tidak bertentangan antara satu sama lain. Jika di dalam Al-Quran ada mengatakan bahawa manusia dijadikan daripada tanah, ayat lain pula menyatakan diciptakan daripada emas, besi, udara dan sebagainya, maka ini boleh dikatakan bahawa ia bertentangan antara satu sama lain.

3.6

Huruf-huruf cerai di permulaan surah.

Pernyataan yang dikemukakan oleh Noldeke bahawa huruf-huruf cerai di awal surah merupakan monogram kepada nama-nama orang yang yang dikumpulkan dalam potongan al-Quran oleh Zaid selepas kewafatan nabi dalam usaha beliau untuk mengumpulkan potongan tersebut ke dalam satu jilid. Oleh itu, Noldeke mengatakan alif lam mim merujuk kepada al-Zubayr, alif lam mim ra merujuk kepada al-Mughirah, manakala Taha merujuk kepada Talhah. Beliau mendakwa pernah menjadi tanda-tanda abjad kepada kotak-kotak kepngan kertas dalam mana teks al-Quran asli disimpan. (Mohammad Khalifa,1993) Sanggahan : Teori tersebut adalah berpandangan jauh kerana beberapa sebab. Mula-mula sekali para sahabat tidak pernah berani menambah mahupun mengurangkan mana-mana huruf dalam al-Quran kerana al-Quran adalah bahan suci yang dijaga secara teliti oleh masyarakat Islam. Kedua, sejarah mencatatkan bahawa hurf-huruf cerai diturunkan bersama dengan surah-surah tertentu dan dibacakan oleh Nabi pada tempat tertentu di antara ayat-ayat lama sebelum Zaid dan ahli jawatankuasa pengumpulan menerima kotak-kotak tersebut.

18 Abdullah Yusuf Ali dalam terjemahan al-Quran beliau membincangkan setiap datu surah yang bermula dengan huruf-huruf cerai. Satu contoh ialah surah Sad. Beliau berpendapat bahawa huruf tersebut boleh membawa makna qasas (cerita-cerita), dalam perkataan tersebut, huruf konsonan utama adalah Sad. surah ini menurut beliau, sebahagian besarnya mengenai cerita-cerita Daud dan Sulaiman sebagai ilustrasi mengenai kekuatan kerohanian melawan kekuatan keduniaan. Dalam surah ini, Sale mengemukakan suatu andaian, dengan mengatakan bahawa huruf Sad merujuk kepada Sulaiman, ini adalah kenyataan salah kerana dalam bahasa Arab huruf Sad tidak terdapat dalam nama Sulaiman.

3.7

Quran Sudah Berubah Isinya Dalam Masa 100-150 Tahun

Pernyataan dari orientalis diantaranya: 1) Nabi Muhammad lahir tahun 571 M, meninggal 632 M. 2) Abu Bakar (632-634) mempercayakan Zaid bin Tsabit untuk menyusun Quran dari ingatan istri-istri dan budak Muhammad dan para sahabat. Zaid berhasil mengumpulkan 7,900 ayat dalam bentuk lembaran-lembaran. Quran ini kemudian diserahkan pada Hafsah untuk disimpan. 3) Usman (644-656) memerintahkan agar semua salinan Quran yang beredar ditarik dari peredaran dan dibakar. Zayed kembali diperintahkan untuk menyusun dan menulis ulang Quran yang disimpan oleh Hafsah (janda Muhammad; adik Umar). Hasilnya sekitar 6,241 ayat. Jadi ada sekitar 1,659 ayat yang dihilangkan. 4) Abu Al-Aswad Al Dualy meletakkan titik-titik sebagai tanda baca selama masa kekuasaan Muawiyah bin Abu Sofyan (661-680). 5) Huruf-huruf lalu ditambahkan beragam titik oleh Nasir bin Asem dan Hayy bin Ya'amor pada masa Abdul Malik bin Marwan (685-705). 6) Sistem penandabacaan yang lengkap dengan vokal (a,i,u) diciptakan oleh Al Khalil bin Ahmad Al Farahidi (wafat 786).

19

Kesimpulan: - Quran edisi sekarang (edisi kelima) pertama kali ada sekitar tahun 705-786. Berarti sejak wafatnya Muhammad, ada jarak 154 tahun (786 minus 632 = 154). Quran edisi pertama adalah lembaran-lembaran yang dipegang Hafsah. Dibuat sekitar 2 tahun setelah kematian Muhammad. Berisi 7,900 ayat. Quran edisi kedua adalah yang di "standarisasi" Usman. Dibuat sekitar 24 tahun setelah kematian Muhammad. Edisi ini belum memiliki tanda baca, titik pada huruf, maupun vokal. Berisi 6,241 ayat. Quran edisi ketiga adalah keluaran masa Muawiyah. 48 tahun setelah Muhammad. Ada tanda bacanya, tetapi belum ada titik dan vokal. Quran edisi keempat adalah keluaran masa Marwan. 73 tahun setelah Muhammad. Ditambahkan titik pada hurufnya. Ada banyak versi Quran pada masa Usman yang isinya sampai sekarang kita tidak mungkin tahu, karena sudah dihancurkan. Dalam masa 100-150 tahun, besar kemungkinan Quran sudah berubah isinya.

Sanggahan : Diriwayatkan dari Abu Abdur Rahman as-Sulami yang mengatakan, Mereka yang membacakan Alquran kepada kami, seperti Utsman bin Affan dan Abdullah bin Masud serta yang lain menceritakan bahwa bila mereka belajar dari Nabi sepuluh ayat, mereka tidak melanjutkannya sebelum mengamalkan ilmu dan amal yang ada di dalamnya. Mereka berkata, Kami mempelajari Alquran berikut ilmu dan amalnya sekaligus.

20 Rasulullah saw. tidak mengizinkan mereka menuliskan sesuatu dari dirinya, selain Al-Quran, karena beliau khuatir akan tercampur dengan yang lain. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Said al-Khudri, Rasulullah saw. bersabda, Janganlah kamu menulis dari aku. Barang siapa menulis dari aku selain Al-Quran, hendaklah dihapus. Dan ceritakan apa yang dariku, dan itu tiada halangan baginya. Dan barang siapa yang sengaja berdusta atas namaku, ia menempati tempatnya di api neraka. Sekalipun setelah itu Rasulullah saw. mengizinkan kepada sebahagian sahabat untuk menulis hadits, tetapi hal yang berhubungan dengan Al-Quran tetap didasarkan pada riwayat yang melalui petunjuk di zaman Rasulullah saw. di masa kekhalifahan Abu Bakar dan Umar ra. Sumber-sumber sepakat untuk mengatakan bahwa tiap kali suatu fragmen daripada Qur-an diwahyukan, Nabi memanggil seorang daripada para sahabat-sahabatnya yang terpelajar dan mendiktekan kepadanya, serta menunjukkan secara pasti tempat fragmen baru tersebut dalam keseluruhan Qur-an. Riwayat-riwayat menjelaskan bahwa setelah mendiktekan ayat tersebut, Nabi Muhammad minta kepada juru tulisnya untuk membaca apa yang sudah ditulisnya, yaitu untuk mengadakan pembetulan jika terjadi kesalahan. Suatu riwayat yang masyhur mengatakan bahwa tiap tahun pada bulan Ramadhan, Nabi Muhammad membaca ayat-ayat Qur-an yang sudah diterimanya di hadapan Jibril. Pada bulan Ramadhan yang terakhir sebelum Nabi Muhammad meninggal, malaikat Jibril mendengarkannya membaca (mengulangi hafalan) Qur-an dua kali. Beberapa sumber menambahkan bahwa pada pembacaan Qur-an yang terakhir di hadapan Jibril, juru tulis Nabi Muhammad yang bernama Zaid hadir. Sumber-sumber lain mengatakan bahwa di samping Zaid juga ada beberapa orang lain yang hadir. Tidak lama setelah Nabi Muhammad wafat (tahun 632 M.), penggantinya (sebagai Kepala Negara), yaitu Abu Bakar, Khalifah yang pertama, minta kepada juru tulis Nabi, Zaid bin Tsabit untuk menulis sebuah Naskah; hal ini ia laksanakan. Atas initiatif Umar (yang kemudian menjadi Khalifah kedua), Zaid memeriksa dokumentasi yang ia dapat mengumpulkannya di Madinah; kesaksian daripada penghafal Quran,

21 salinan Quran yang ditulis atas bermacam-macam bahan dan yang dimiliki oleh individuindividu, semua itu untuk menghindari kesalahan transkripsi (penyalinan tulisan) sedapat mungkin. Dengan cara ini, berhasillah tertulis suatu naskah Qur-an yang sangat dapat dipercayai. Kemudian Umar bin Khathab yang menggantikan Abu Bakar pada tahun 634 M, menyuruh menulis satu naskah (mushaf) yang ia simpan, dan ia pesankan bahwa setelah ia mati, naskah tersebut diberikan kepada anaknya perempuan, Hafsah janda Nabi Muhammad Khalifah ketiga, Uthman bin Affan yang menjabat dari tahun 644 sampai 655, membentuk suatu jawatankuasa yang terdiri daripada para ahli dan memerintahkan untuk melakukan pembukuan besar yang kemudian membawa nama Khalifah tersebut. Jawatankuasa tersebut memeriksa dokumen yang dibuat oleh Abu Bakar dan yang dibuat oleh Umar dan kemudian disimpan oleh Hafsah, jawatankuasa berkerjasama dengan orang-orang yang hafal Qur-an. Kritik tentang keaslian teks dilakukan secara ketat sekali. Persetujuan saksi-saksi diperlukan untuk menetapkan suatu ayat kecil yang mungkin mempunyai erti lebih dari satu; kita mengetahui bahwa beberapa ayat Qur-an dapat menerangkan ayat-ayat yang lain dalam soal ibadat. Hal ini adalah wajar jika kita mengingat bahwa kerasulan Muhammad adalah sepanjang dua puluh tahun. Dengan cara tersebut di atas, diperolehlah suatu teks di mana urutan Surah-surah mencerminkan urutan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad ketika membaca Quran di bulan Ramadhan di depan malaikat Jibril seperti yang telah diterangkan di atas. 3.8 Kepelbagaian Gaya Bacaan Al-Quran adalah Ciptaan Ulama

Jeffery, Puin dan Luxenberg menyimpulkan bahawa teks al-Quran yang asal iaitu tanpa baris dan titik telah menyebabkan kepelbagaian gaya bacaan sebagaimana terjadi dalam kes Bible. Goldziher pula telah menuduh ulama mencipta gaya bacaan tersebut dengan mengikut ijtihad dan fikiran mereka hingga mendapat makna yang diterima.

22

Sanggahan:

Kepelbagaian gaya bacaan bukanlah ciptaan para ulama. Hal ini kerana terdapat dalam hadith sahih dan mutawatir dinyatakan al-Quran diturunkan dengan tujuh huruf iaitu tujuh gaya bacaan. Huruf-huruf itu dipelajari secara lisan daripada Rasulullah. Perbezaan tujuh huruf itu bukan perbezaan yang bertentangan. Hal ini bermaksud perbezaan hurufhuruf tersebut tidak menafikan gaya bacaan yang lain. Perbezaan di antara huruf-huruf itu adalah bukti mukjizat al-Quran dan kekuatan bahasa Arab.

Apabila diperhatikan, beza antara tujuh huruf itu didapati tidak terkeluar daripada tiga keadaan. Perbezaan yang pertama adalah dari segi lafaz tetapi maknanya adalah sama. Contohnya pada perkataan dan yang kedua-duanya bermaksud jalan.

Selain itu, perbezaan kedua adalah perbezaan antara dua makna tetapi makna kedua-duanya dapat disatukan. Contohnya berdasarkan ayat 282 Baqarah: dalam surah al-

Maksudnya: Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan... Huruf ra berbaris atas pada kalimah dan berbaris depan. Huruf lam alif menurut bacaan pertama adalah lam nahiyah yang bererti jangan. Perkataan adalah majzum iaitu berbaris mati pada ra dan dibariskan dengan baris atas. Ia adalah mudhaf iaitu huruf berganda dan terdiri daripada dua huruf ra. Manakala menurut bacaan kedua . lam alif adalah la nafiyah bererti tidak. Perkataan adalah kata kerja berbaris dhammah iaitu baris depan pada huruf ra. Setiap bacaan ini memberikan

23 makna tertentu, namun kedua-dua makna itu dapat disatukan. Maksud daripada keduaduanya adalah tidak mendatangkan kemudaratan kepada penulis dan saksi. Dan perbezaan yang ketiga iaitu terdapat dua bacaan yang berbeza dari segi makna tetapi kedua-dua makna tersebut tidak bertentangan. Contohnya berdasarkan ayat 36 dalam surah Al-Baqarah:

Maksudnya: Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya Berdasarkan ayat di atas, terdapat dua gaya bacaan iaitu diletakkan alif selepas huruf (( )) dan tidak diletakkan alif selepas huruf . Jika dibaca dengan bacaan pertama iaitu dengan alif, ayat tersebut bermaksud syaitan menjadikan keduanya tergelincir dengan hina dan berkeadaan salah. Dan jika dibaca dengan bacaan kedua iaitu tanpa alif, ayat tersebut bermaksud syaitan menyingkirkan keduanya dan menjauhkan keduanya dari syurga. Setiap bacaan daripada kedua-dua gaya bacaan itu mempunyai makna yang khusus. Biarpun kedua-dua makna ini berlainan tetapi keduadua makna ini tidak bertentangan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa Qiraat bukanlah rekaan ulama tetapi merupakan wahyu daripada Allah yang diterima melalui pendengaran dan secara langsung dari mulut ke mulut.

4.0

KESIMPULAN

24 Al-Quran merupakan sumber rujukan utama bagi umat Islam. Disebabkan ini, antara usaha orientalis untuk memesongkan umat Islam dari ajaran yang sebenar adalah dengan menyelewengkan Al-Quran dan juga fakta-fakta yang terdapat di dalamnya. Namun begitu, banyak usaha yang telah dilakukan oleh para ulama untuk menyanggah setiap penyelewengan yang dilakukan oleh orientalis tersebut. Maka sebagai umat Islam perlu sentiasa berhati-hati dan waspada akan hal ini agar tidak terpedaya dan terpengaruh dengan penyelewengan mereka. Tambahan lagi, umat Islam perlu mengetahui dan mengkaji sumber rujukan yang dirujuk itu adalah bukan dari orientalis.

RUJUKAN

25 Dr. Mustafa Mahmud. 2002. Dialog dengan Atheis. Mitra Pustaka. Yogyakarta. Fadal Hassan Abbas.. 2010. Wacana Al-Quran: Membongkar Dakwaan Palsu Orientalis Terhadap Al-Quran. Terj. Zulkifli Mohd Yusoff & Fikri Mahmud. Selangor: PTS Islamika Sdn. Bhd. Harun Yahya. 2005. Kekeliruan dalam Penaksiran al-Quran. Perniagaan Jahabersa. Johor Bharu, Malaysia. Mohammad Khalifa. Pent. Zakaria Stapa et.1993. Al-Quran dan Orientalisme. Dewan Bahasa dan Pustaka. Selangor. Shawki Abu Khalil. 2005. Membela Agama Tauhid. Pustaka Pelajar. Yogyakarta. .Meragukan Febuari 2010) keaslian al-Quran. atas talian (1

http://talithazone.blogspot.com/2009/01/meragukan-ke-asli-al-quran.html