salinan tidak terkawal - jupemulasan-ulasan semasa edaran kelulusan. 4.3 pruf cetak pruf yang...

10

Upload: others

Post on 25-Jan-2021

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 283Typewritten TextSALINAN TIDAK TERKAWAL

  • 283Typewritten TextSALINAN TIDAK TERKAWAL

  • MS ISO 9001:2008

    PK.08.KGIS Pencetakan

    Muka 1/8

    1. OBJEKTIF

    Mencetak Peta Topografi mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

    2. SKOP

    Prosedur ini digunapakai di Seksyen Percetakan, Bahagian Kartografi dan GIS untuk urusan Proses Pracetak, Proses Cetak dan Proses Pascacetak.

    3. RUJUKAN

    3.1 MK.JUPEM Manual Kualiti JUPEM.

    3.2 Dokumen Teknikal Pemetaan

    Spesifikasi Peta Topografi Bercetak (Skala 1:50,000) Bagi Versi Terhad Siri MY501T dan MY511T serta Versi Tidak Terhad Siri MY501A dan MY511A.

    3.3 MPK Manual Prosedur Kerja Seksyen Percetakan.

    4. DEFINISI

    4.1 Data Cetak Data berdigit bagi semua butiran yang terkandung dalam sesuatu lembar peta untuk penyediaan pruf cetak dan plat cetak.

    4.2 Pruf Akhir Pruf yang disediakan oleh Bahagian Pemetaan Topografi (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) dengan pindaan ke atas Pruf Kelulusan berdasarkan ulasan-ulasan semasa edaran kelulusan.

    4.3 Pruf Cetak Pruf yang disediakan oleh Seksyen Percetakan, Bahagian Kartografi Dan GIS, untuk rujukan mencetak.

    4.4 Fail Kerja Fail Kerja yang dibuka oleh Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan

    4.5 Fail Kerja Bahagian Fail Kerja Bahagian bagi setiap lembar yang dibuka oleh Seksyen Percetakan, Bahagian Kartografi dan GIS.

  • MS ISO 9001:2008

    PK.08.KGIS Pencetakan

    Muka 2/8

    5. SINGKATAN

    5.1 PUB (KGIS) Pengarah Ukur Bahagian (Kartografi dan GIS)

    5.2 PUS (PK) Pengarah Ukur Seksyen (Pengurusan Korporat)

    5.3 PS (C) Pengarah Seksyen (Percetakan)

    5.4 PP (Cetak) Penolong Pengarah (Cetak)

    5.5 PP (Pracetak) Penolong Pengarah (Pracetak)

    5.6 PP (Pengeluaran) Penolong Pengarah (Pengeluaran)

    5.7 KC (Pracetak) Penolong Juruukur Pracetak Gred JA36

    5.8 KC (Cetak) Penolong Juruukur Cetak Gred JA36

    5.9 KC (Pasca Cetak) Penolong Juruukur Pascacetak Gred JA36

    5.10 FKB Fail Kerja Bahagian

    5.11 Penyelia Penolong Juruukur Gred JA29 kepada KC (Pracetak, Cetak dan Pascacetak)

    6. TINDAKAN DAN TANGGUNGJAWAB

    Tanggungjawab Tindakan

    6.1 Penerimaan Arahan Mencetak

    PS (C)

    a. Terima surat arahan, data cetak dan pruf akhir daripada Seksyen Data Geospatial. Minit kepada PP (Pengeluaran) untuk pendaftaran dan penyediaan FKB. (Rujuk MPK bagi proses pendaftaran dan rekod).

    PP (Pengeluaran)

    PS (C)

    b. Buka FKB dan kemukakan kepada PS (C) untuk tindakan lanjut.

    c. Minit kepada PP (Pracetak) dan PP (Cetak) untuk tindakan pencetakan.

  • MS ISO 9001:2008

    PK.08.KGIS Pencetakan

    Muka 3/8

    Tanggungjawab Tindakan

    6.2 Proses Pracetak

    PP (Pracetak) a. Minit kepada KC (Pracetak) untuk menyediakan pruf cetak dan plat cetak.

    KC (Pracetak)/Penyelia b. Sediakan Pruf untuk semakan dan seterusnya sediakan plat cetak.

    c. Kenalpasti mesin cetak yang akan digunakan untuk mencetak dan kemukakan permohonan plat cetak kepada KC (Cetak) dengan menyerahkan FKB yang mengandungi Pruf Cetak yang telah diluluskan.

    d. Uruskan penyediaan plat cetak mengikut mesin cetak yang telah ditentukan. (Rujuk MPK bagi proses penyediaan plat).

    e. Serahkan plat cetak yang telah siap berserta FKB kepada KC (Cetak) untuk proses cetakan.

    6.3 Proses Mencetak

    KC (Cetak)/Penyelia

    Pengawas Mesin Cetak

    a. Serahkan plat cetak, FKB dan bahan-bahan cetak kepada Pengawas Mesin yang berkaitan. (Rujuk MPK bagi proses mencetak).

    b. Pengawas Mesin dan krew menjalankan operasi pencetakan.

    c. Serahkan FKB dan peta yang telah siap dicetak kepada KC (Pascacetak) untuk proses semakan kualiti.

    6.4 Proses Pascacetak

    KC (Pascacetak)/ Penyelia

    a. Jalankan semakan kualiti ke atas peta yang siap dicetak. (Rujuk MPK bagi proses semakan kualiti).

    b. Minit dan simpan FKB. Sediakan Borang Penghantaran dan Penerimaan Kerja Siap Cetak seperti di Lampiran A.

    c. Serahkan kepada PS (C) untuk tindakan lanjut.

    PS (C) e. Minitkan kepada PUS (PK) untuk penerimaan peta siap cetak oleh pihak Stor Peta Negara.

  • MS ISO 9001:2008

    PK.08.KGIS Pencetakan

    Muka 4/8

    Tanggungjawab Tindakan

    f. Arahkan KC (Pascacetak)/Penyelia membuat penghantaran peta siap cetak ke Stor Peta Negara.

    KC (Pascacetak)/ Penyelia

    e. Hantar peta siap cetak ke Stor Peta Negara.

  • MS ISO 9001:2008

    PK.08.KGIS Pencetakan

    Muka 5/8

    7. CARTA ALIR

    7.1 Proses Pencetakan Peta Topografi

    Mula

    Terima Surat Arahan dan Data Cetak, Daftar dan Buka FKB

    Tamat

    Jalankan Tindakan Pencetakan

    Sedia Pruf Cetak Sedia Kertas Cetak, Dakwat dan Lain-Lain Bahan

    Merepang Kertas

    Proses Mencetak

    Proses Semakan

    Penghantaran Ke Stor Peta Negara

    Lulus?

    Sedia Plat Cetak

    Pemusnahan

    (Cincang dan Bakar)

    Rosak Baik Kualiti?

    Ya

    Tidak

  • MS ISO 9001:2008

    PK.08.KGIS Pencetakan

    Muka 6/8

    8. REKOD

    Jenis rekod Tempoh

    penyimpanan Tempat simpanan

    8.1 FKB 10 tahun Cawangan Pascacetak

    9. LAMPIRAN

    9.1 Contoh Borang Penghantaran dan Penerimaan Kerja Siap Cetak

    Lampiran A.

    9.2 Contoh Akuan Pemusnahan Kerja Cetak Lampiran B.

  • MS ISO 9001:2008

    PK.08.KGIS Pencetakan

    Muka 7/8

    Lampiran A

  • MS ISO 9001:2008

    PK.08.KGIS Pencetakan

    Muka 8/8

    Lampiran B