analisis peranan syeikh ahmad al-fathani dalam media percetakan

36
Analisis Peranan Syeikh Ahmad al-Fathani dalam Media Percetakan Saphibi Wangoh (Zafifi) 1. PENDAHULUAN Thailand yang berpenganut agama Buddha hampir semua tempat ada kuil dan patung-patung buddha bersebaran di seluruh Thailand, akan tetapi bukan seluruh Thailand itu beragama Buddha terbukti bahawa di tiga wilayah sebelah selatan Thailand pernduduknya majoriti beragama Islam beraliran sunni. Islam dapat bertahan lama walaupun umat Islam di selatan Thailand tidak ada kebebasan atas menguasai kesemua aspek kehidupan dan pemerintahan seperti ekonomi, pentadbiran dan sebagainya. Dengan berkat ruh Islam yang disusun oleh para ulama Fathani silam umat di selatan ini boleh bertahan sampai sekarang dan umat Islam selatan Thai masih dapat mempelajari ilmu-ilmu hasil dari ulama terdahulu, kerana usaha gigih ulama dalam menyusun dan mengeluarkan ilmu mereka dalam bentuk kitab-kitad dan nashkah yang di tashihkan dari kitab yang dikeluarkan oleh ulama Arab. Atas pandangan dan usaha gigihnya maka banyak manuskrip kitab-kitab tua peninggalan alim ulama zaman silam 1

Upload: syafif

Post on 07-Jun-2015

1.944 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis Peranan Syeikh Ahmad Al-Fathani Dalam Media Percetakan

Analisis Peranan Syeikh Ahmad al-Fathani dalam Media Percetakan

Saphibi Wangoh (Zafifi)

1. PENDAHULUAN

Thailand yang berpenganut agama Buddha hampir semua tempat ada kuil dan patung-

patung buddha bersebaran di seluruh Thailand, akan tetapi bukan seluruh Thailand itu

beragama Buddha terbukti bahawa di tiga wilayah sebelah selatan Thailand pernduduknya

majoriti beragama Islam beraliran sunni. Islam dapat bertahan lama walaupun umat Islam

di selatan Thailand tidak ada kebebasan atas menguasai kesemua aspek kehidupan dan

pemerintahan seperti ekonomi, pentadbiran dan sebagainya. Dengan berkat ruh Islam yang

disusun oleh para ulama Fathani silam umat di selatan ini boleh bertahan sampai sekarang

dan umat Islam selatan Thai masih dapat mempelajari ilmu-ilmu hasil dari ulama

terdahulu, kerana usaha gigih ulama dalam menyusun dan mengeluarkan ilmu mereka

dalam bentuk kitab-kitad dan nashkah yang di tashihkan dari kitab yang dikeluarkan oleh

ulama Arab. Atas pandangan dan usaha gigihnya maka banyak manuskrip kitab-kitab tua

peninggalan alim ulama zaman silam telah dapat dikumpul dan dicetak, seperti karya-

karya yang dikarang oleh Syeikh Abdul Samad Palembang dan Syeikh Muhammad

Arshad Banjar. Tetapi yang agak banyaknya ialah manuskrip pusaka Syeikh Daud al-

Fatani. (Ahmad Fathy 2002 : 54)

Selatan Thai saat ini mempunyai banyak ulama yang terkenal dan terkemuka

dalam masyarakat untuk menyelesaikan masalah keagamaan semasa, akan tetapi ulama

sekarang ini hanya mempelajari ilmu sahaja tidak ada yang memikirkan tentang akan

hilangnya ilmu dan tidak mencari cara untuk bertahan ilmu yang ada dalam bentuk

tersurat. Kelemahan ulama sekarang ini hanya dapat ilmu pengetahuan dari ulama dahulu

dan mengajar ilmu tersebut sebagai memenuhi kewajiban yang ada pada diri mereka, akan

1

Page 2: Analisis Peranan Syeikh Ahmad Al-Fathani Dalam Media Percetakan

2

tetapi tidak ada teknik untuk mengeluarkan kitab dan cara menyusun tata bahasa Melayu

yang benar. Ini disebabkan, di selatan Thai tidak menguasai bahasa Melayu yang benar,

sekarang bahasa Melayu yang digunakan hanya dalam percakapan sehari-hari sahaja kalau

untuk menyusun buah surat secara sistematik agak sulit.

Kertas kerja ini akan huraikan tentang alim ulama silam yang usaha tertahan

bahasa Melayu dan berpikir untuk umat Melayu dapat mempelajari ilmu agama dengan

bahasa sendiri, atas kerja keras beliau akhirnya semua umat Melayu dapat mempelajari

ilmu agama yang mudah difahami. Usaha beliau adalah mentashhih kitab-kitab dari

bahasa Arab dan mencetak manuskrip karangan ulama melayu. Beliau ialah Syeikh

Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani, seorang ulama Melayu yang coba

mengembangkan basaha Melayu dalam bentuk memperbanyakan cetakan tikab-tikab yang

sebelum ulama mengarang dengan tulisan tangan dan tidak diperbanyakan seperti katanya

Syeikh Usman bi Syihabuddin al-Funtiani yang di kutipkan oleh Mohd. Shaghir Abdullah

dalam kitab Fat-hu Makkah Syeikh Usman mengatakan.

“memperbauat cap kitab bersangat bagus itu jadilah banyak kitab melayu diterjemah itu

banyak suka orang me[n]terjemah akan dianya bersungguh-sungguh kerana banyak faedah di atasnya

satu kitab sepuluh ribu jadi naskhahnya sentiasa panjang pahalanya dan amalnya”

sebelum menjelaskan tentang keberkesanan Syeikh Ahmad al-Fatani dalam

mengunakan media cetak pada zaman itu, alngkah baiknya, kita mengenalkan lebih dahulu

sejarah ringkas tentang Syeikh Ahmad al-Fatani.

Page 3: Analisis Peranan Syeikh Ahmad Al-Fathani Dalam Media Percetakan

3

2. Biodata Ringkas Syeikh Amhad al-Fatani

Tokoh agung ini dinamakan dengan Ahmad bin Muhammad Zain (rh.). Lahir pada 5

Sya'ban tahun 1272H bersamaan 10 April 1856M di Kampung Sena Janjar, Kampung

Jambu, Negeri Jerim dan berhijrah meninggalkan Fatani menuju ke Mekah bersama ibu

bapa beliau ketika berumur empat tahun. Pada ketika itu beliau telah menunjukkan

keperibadian yang agak berbeza dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya apabila

mula menghafal pelbagai jenis matan seawal umur dua tahun lagi. Seterusnya beliau

menuntutpula di Baitul Maqdis selama dua tahun sehingga menjadi orang Melayu pertama

yang mendapat pendidikan khusus dalam bidang perubatan daripada Syeikh Abd al-Rahim

al-Kabuli di samping ilmu-ilmu lain terutamanya yang berkaitan dengan bidang syariat.

Kedahagaan kepada ilmu membawa beliau (rh.) ke Universiti al-Azhar di Mesir yang

beliau namakan dengan Masjid Jami’ al-Azhar. Dengan perjalanan ini beliau turut

menempa satu lagi sej arah dengan menj adi orang pertama dan Asia Tenggara yang

menuntut di Mesir sehingga terkenal di kalangan orang Melayu di Mekah ketika itu -

setelah kembali semula ke Mekah - dengan gelaran Syeikh Ahmad al-Zaki Mesir.

Mengenai guru-guru Syeikh Ahmad al-Fatam pula, al-Fadhil Ustaz Hj. Wan Mohd.

Shaghir Abdullah sekadar menyebut beberapa nama, sama ada yang berbangsa Arab mahu

pun berbangsa Melayu yang berada di tanah Hijaz, itu pun setelah beliau pulang menuntut

dari Jamic al-Azhar. Antara yang menduduki tempat teratas di kalangan orang Arab ialah

Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah yang digelar oleh Syeikh Ahmad al-Fatani

dengan matlac al-shams al-tahqiq wa manbcf cuyun al-tadqiq yang membawa maksud

tempat terbit matahari hakikat dan tempat mata air yang halus yang mengalir terus. Selain

itu beliau turut berguru dengan Syeikh Mustafa al-cAfifi, Sayyid cUmar al-Shami al-

Page 4: Analisis Peranan Syeikh Ahmad Al-Fathani Dalam Media Percetakan

4

Baqaci, Sayyid Muhammad AH bin Sayyid Zahir al-Watri dan Syeikh cAbd al-Qadir al-

Shibli al-Tarablusi rahimahumulLah. Manakala guru-guru beliau yang berketurunan

Melayu pula ialah Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fatani yang lebih dikenali dengan

Syeikh Nik Mat Kecik al-Fatani dan Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Rahman al-Fatani

yang kesemuanya berasal dari Fatani. Dalam pada itu juga Syeikh Ahmad al-Fatani turut

menuntut daripada ulama-ulama Kelantan yang bermastautin di Mekah antaranya Syeikh

Muhammad Said bin Isa al-Kalantani, Syeikh Abdul Murtalib Kuta dan Syeikh Wan Ali

Kutan al-Kalantani. (Farid Mat Zain, Jeffry Awang, Rabitah Mohd. Ghazali. 2006 : 314)

Beliau wafat pada 11 Zulhijjah 1325 H/14 Januari 1908 M di Mina dan

dimakamkan di Ma'la, Mekah. Esok 11 Zulhijjah 1425 H genap 100 tahun kewafatan

seorang ulama besar dunia Melayu yang sangat terkenal. Beliau adalah seorang pemikir

agung dunia Melayu, sekali gus pemikir Islam peringkat antarabangsa mewakili ulama

Mekah pada zamannya. (http://ulama-nusantara.blogspot.com/2006/11/100-tahun-

kewafatan-syeikh-ahmad-al.html,)

3. Pemikiran Syeikh Ahmad al-Fathani

Secara ringkas dapat diambil dan mengenal pasti pemikkan-pemikiran Syeikh Ahmad al

Fathani yang diungkapkan dalam bahasa klasik mantap yang terdapat dalam Hadiqatul

Az-har jilid 1 ini, telah diringkaskan oleh cucunya iaitu Mohd Shaghir Abdullah antara

yang penting-penting di antaranya ialah :

1. "Dan adalah pada hati hamba yang faqir sehabis-habis risau dan dukacita dengan sebab ihmal1 dan mensia-siakan bangsa kita ahli tanah Melayu dan ahli segala tanah yang di bawah angin dan segala raja-raja mereka itu yang Muslimin yang dahulu-dahulu, dan yang sekarang ini, dan segala mereka yang kaya-kaya, dan kemudahan daripada mereka itu, tiada memperdulikan mereka itu akan ufmjpama segala perkara yang tersebut itu, hingga jadi kemudian daripada kemuliaan kita, sekurang-kurang bangsa dengan dinisbahkan kepada segala bangsa yang lain. Dan hilang segala tempat kediaman kita dan kemegahan kita, maka sekalian itu dengan sebab taksir2 kita pada u[m]pama segala perkara itu..."

Page 5: Analisis Peranan Syeikh Ahmad Al-Fathani Dalam Media Percetakan

5

2. "Padahal jikalau kita tilik halus-halus nescaya adalah berbimbang dengan perkara itu daripada sebesar-besar barang yang bergantung ia dengan agama kita. Kerana dengan demikian itulah dapat kuat atas segala seteru dan kekerasan. Yang dengan dialah hasUpeUharaakankemegahan agama kita, dan yang menjadikan elok pada segala mata mereka itu, dan besar masyhur pada pendengaran mereka itu, dan haibat pada segala hati mereka itu ..."

3. "Dan adalah hamba yang haqir tercita-cita di dalam hati, sudah beberapa lama, bahawasa Allah Ta'ala lagi akan memperdengarkan hamba dan memperlihatkan hamba, di dalam masa hidup hamba ini. Bahawa adalah segala raja-raja Melayu yang besar-besar, istemewa raja-raja di dalam tanah Fathani, dan raja-raja Kelantan, dan Terengganu, dan Kedah yang amat mulia, dan maha besar sekaliannya. Dan raja Johor yang masyhur dengan besar hemahnya. Dan raja Deli yang masyhur dengan murahnya dan adilnya. Menaruh mereka itu akan cemburu pada segala hati mereka itu dan membesarkan segala hemah mereka itu, dan me[ng]hadapkan inayah mereka itu, dan menyungguh-menyungguhkan usaha mereka itu pada bahawa dijadikan segala negeri mereka itu bendahara ilmu, dan perladungan kepandaian, dan membukakan segala mata anakjenis mereka itu kepada memandang cemerlang, kebijakan dan handalan. Supaya ada kelihatan kemegahan bangsa Melayu antara segala alam.Dan tertinggi nama mereka itu antara Bani Adam.Dan bertambah-tambah kelebihan ulama mereka itu atas segala ulama. Dan bertambah nyata agama mereka itu atas segala agama..."3

4. "Maka demikianlah amat-amati ahli negeri orang dengan sya-an ilmu pada negeri mereka itu, hingga masyhur bangsa mereka itu atas sekalian bangsa dengan kepandaian, dan bijaksana, dan kepetihan, dan banyak ilmu. Maka dengan demikian itulah dapat mereka itu meringkah4 buatkan beberapa alat manfaat pada segala manusia yang boleh musafir dengan dia kepada sejauh-jauh negeri5 di dalam masa yang sedikit. Dan datang kepada mereka itu khabar-khabar daripada sejauh-jauh jajahan di dalam beberapa lahzah6. Dan me[ng]indah-indah mereka itu akan sekalian pekerjaan serta dengan lekas dan banyak". Dan bertambah-tambah demikian itu dengan berpanjangan masa".7

5. "Dan dengan sebab baik percaraan, dan muafakat antara mereka itu serta besar hemah, dan halm tipudaya, dan jauh helah, dan dalam tilik mereka itu yang jadi sekalian itu daripada banyak pelajaran mereka itu. Maka boleh mereka itu peliharakan segala negeri dan jajahan mereka itu hingga tiada tamak padanya oleh segala seteru. Dan jadi mudah bagi mereka itu mengambil akan negeri orang. Dan meliputi mereka itu dengan ehwal dunia, laut, dan darat.

6. "...hingga meringkah mereka itu pada mengecapkan segala kitab yang boleh keluar beberapa ribu naskhah di dalam masa yang sedikit. Sekira-kira jikalau

Page 6: Analisis Peranan Syeikh Ahmad Al-Fathani Dalam Media Percetakan

6

disurat dengan tangan di dalam masa itu nescaya belum lagi sudah satu naskhah."8 (Mohd, Shaghir,1992: 1-5)

Dapat dilihat yang terakhir menunjukan bahawa Syeikh Ahmad al-Fathani berpikir

tentang kemajuan teknologi zaman sekarang dengan berbanding antara zaman beliau

dengan zaman sebelumnya. Kerana pada zaman beliau sudah ada mesin cetak yang dapat

mengeluarkan munaskrip menjadi beberapa kitab, tetapi ulama sebelum beliau kitab-kitab

semua hanya dengan tulis tangan sahaja.

4. Keistimewaan

Sebagai salah seorang tokoh ulama Melayu teragung. Syeikh Wan Ahmad mempunyai

beberapa keistimewaan yang tersendiri:

1. Beliaulah ulama Melayu yang merintis penyelidikan dalam bidang kimia,

sehingga beliau dikatakan dapat membuat emas! Sayangnya kitab rahsia

penyelidikannya yang mengandungi banyak petua nadir ini telah dibakar sekitar

tahun 1903M. iaitu ekoran perebutan antara dua orang muridnya yang ingin

menyimpan manuskrip tersebut. Beliau khuatir sesiapa yang memilikinya akan

tersesat seperti Qarun - hartawan yang derhaka di zaman yang lampau.

2. Beliaulah ulama Melayu yang mula-mula belajar ilmu perubatan, dibimbing

oleh al-Syeikh al-Thabib Abdul Rahim al-Kabuli, seorang pakar perubatan yang

berasal dari benua kecil India. "Luqtah al-'Ijlan" - karya sulung Syeikh Wan

Ahmad dalam bahasa Melayu ialah mengenai ilmu perubatan dan perdukunan.

3. Syeikh Wan Ahmad juga adalah pentashih atau peneliti kitab-kitab Melayu yang

paling awal di percetakan-percetakan Mesir, Makkah dan Istanbul.

a) Hidayah al-Salikin di Mesir 1298H/1881M.

b) Sabil al-Muhtadin di Makkah dan Mesir 1300H/1883M.

c) Sabil al-Muhtadin di Istanbul, Turki 1302H/1885M.

Page 7: Analisis Peranan Syeikh Ahmad Al-Fathani Dalam Media Percetakan

7

Atas pandangan dan usaha gigihnya maka banyak manuskrip kitab-kitab

tua peninggalan alim ulama zaman silam telah dapat di-kumpul dan dicetak,

seperti karya-karya yang tersebut di atas yang masing-masingnya dikarang oleh

Syeikh Abdul Samad Palembang dan Syeikh Muhamad Arshad Banjar. Tetapi

yang agak banyaknya ialah manuskrip pusaka Syeikh Daud al-Fatani (wafat di

Taif dalam tahun 1847M).

4. Seorang peminat sejarah, mempelopori beberapa penulisan sejarah yang jarang-

jarang diterokai orang. umpamanya tentang kemasukan dan penyebaran agama

Islam di gugusan pulau-pulau Melayu dan sejarah perjuangan umat Islam Patani

menangkis pencerobohan "musuh Patani" (suasana tidak aman yang berlaku

berlarutan akibat pergolakan siasah "musuh Patani" ialah antara sebab yang

mendesak ramai rakyat Patani berhijrah keluar, semenjak 150 tahun dahulu

sampailah sekarang; dengan kota Makkah menjadi pilihan utama bagi

kebanyakan tokoh-tokoh ulamanya).

5. Seorang mu'alim yang dapat mengupas untaian syair-syair Arab lama setanding

dengan kebolehan jaguh-jaguh penulis Arab sendiri, lantas digelar "harimau

Makkah".

6. Seorang ulama siasah dan pejuang Islam yang mengambil berat terhadap nasib

bangsa Melayu. Beliau jugalah yang telah membetulkan sebutan nama tanahair

dengan menukarkan kata Petani menjadi Fathani (diubah huruf "ta" kepada

"tha").

7. Beliau termasuk antara segelintir ulama pendita Melayu yang berkemampuan

mengarang dalam bahasa Arab, setajam mata pena ulama keturunan Arab. Dua

orang ulama pengarang nusantara lain yang setanding dengannya ialah Syeikh

Nawawi al-Bantani dan Syeikh Ahmad Khatib al-Minkabawi.

Page 8: Analisis Peranan Syeikh Ahmad Al-Fathani Dalam Media Percetakan

8

8. Tokoh ilmuan ini boleh mentakrif dan mengajar sejumlah 47 (empat puluh

tujuh) jenis ilmu, baik ilmu keagamaan mahupun ilmu keduniaan. Mingguan

Pengasuh keluaran 15 Februari 1934 (halaman 14) adalah berkaitan.

9. Ulama Melayu yang mula-mula mengadakan soal jawab agama secara terbuka

dalam bentuk lisan dan tulisan. Sebahagian dari fatwanya itu ada terkumpul

dalam ''Kitab al-Fatawa" dan pernah dicetak oleh "The Kelantan Printing

Company" pada 1 Zulhijah 1333 (19 Oktober 1915). Kitab tersebut kemudian

ditajukkan semula sebagai "al-Fatawa al-Fataniyah” kali ini diselengarakan

oleh anak saudaranya, Tuan Guru Haji Nik Daud Nik Ahmad. Daripada

sejumlah 107 persoalan besar. terdapat juga warkah "daripada saya Raja

Kelantan ibn al-Marhum al-Sultan Muhamad" yang bertanyakan fasal penyakit

majzub dan Iain-lain masalah yang bersangkutan. (Ahmad Fathy 2002 : 54-55)

10. Syeikh Ahmad al-Fathani mempunyai kehebatan tersendiri. Contohnya, beliau

pernah dipilih oleh ulama Makkah untuk menjadi orang tengah dalam pertikaian

khilafiah antara Syeikh Muhamad Abduh dengan Syeikh Yusuf Nabhani di

Beirut. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Wan_Ahmad_bin_Muhammad_Zain)

Banyak keistimewaan yang dimiliki oleh Syeikh Ahmad al-Fathani, dalam kejtas

kerja ini akan menumpukan satu keistimewaannya sahaja iaitu keistimewaan nomor 3

yang berkaitan dengan media cetak dan akan sentuh sikit keismewaan yang lain sebagai

kelemkapan kertas kerja ini.

5. Sheikh Ahmad Al-Fathani dan media cetak

Untuk meluaskan penerbitan kitab-kitab Melayu/Jawi, maka Sheikh Ahmad al-Fathani

berjuang dan berusaha mendekatkan diri dengan pemilik-pemilik mathba’ah atau

percetakan di Mesir, supaya naskhah-naskhah Islam sama ada yang ditulis dalam bahasa

Page 9: Analisis Peranan Syeikh Ahmad Al-Fathani Dalam Media Percetakan

9

Arab mahupun dalam bahasa Melayu terus dibaca dan berkembang. Sebagai memenuhi

permintaan rakan-rakan yang hanya tahu berbahasa Melayu, bahasa Melayu biasanya

dirujuk dalam bahasa Arab sebagai Lisan al-Jawi. (Hasan Madmaran 2001 : 77)

Beliau bersahabat dengan seorang hartawan Mesir yang bernama Sheikh

Mushthafa al-Baby al-Halaby. Sheikh Mushthafa al-Baby al-Halaby melantik Sheikh

Ahmad al-Fathani sebagai penyemak kitab-kitab Arab yang sedang diproses di Mathba’ah

Mushthafa al-Baby al-Halaby itu. Ketika itulah Sheikh Ahmad al-Fathani mula

mengemukakan pendapat untuk mencetak karangan-karangan ulama yang berasal dari

dunia Melayu. Sheikh Mushthafa al-Baby al-Halaby menolak usul Sheikh Ahmad al-

Fathani itu kerana memikirkan masalah memasarkan bahan tersebut.

Ini kerana di Mesir dan di tempat-tempat lain di Timur Tengah, orang Melayu

didapati tidak begitu ramai. Serentak dengan itu pula, Syarif Mekah tidak membenarkan

kitab-kitab selain berbahasa Arab memasuki Mekah dan Madinah. Sheikh Ahmad al-

Fathani merasa kecewa kerana usulnya itu ditolak oleh Sheikh Mushthafa al-Baby al-

Halaby.

Dalam diam-diam Sheikh Ahmad al-Fathani mencari pihak tertentu sebagai

penaung kepada projek yang dirancangnya. Sheikh Ahmad al-Fathani bernasib baik kerana

beliau memperoleh modal daripada Al-Amjad al-Kasymiri Fida Muhammad dan anaknya

'Abdul Ghani. Maka berhasillah Sheikh Ahmad al-Fathani mencetak kitab Hidayah as-

Salikin karya Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani di percetakan Sheikh Hasan at-Tukhi,

berdekatan Masjid Jami’ Al-Azhar. Kitab itu merupakan kitab Melayu yang pertama

dicetak di Mesir.

Oleh kerana Syarif Makkah melarang kemasukan kitab-kitab yang bukan

berbahasa Arab ke Mekah dan Madinah, maka secara diam-diam Sheikh Ahmad al-

Page 10: Analisis Peranan Syeikh Ahmad Al-Fathani Dalam Media Percetakan

10

Fathani menghubungi Sultan Abdul Hamid Khan ats-Tsani, Sultan Turki Uthmaniah pada

zaman itu.

Sheikh Ahmad al-Fathani faham bahawa Syarif/Raja Mekah adalah di bawah

panji-panji kesultanan Turki Uthmaniah juga. Jadi, Sheikh Ahmad al-Fathani berhasrat

untuk mengadap Sultan Turki, tetapi sebelum itu beliau terpaksa mengembara ke pelbagai

tempat di Timur Tengah dan termasuk ke beberapa tempat di Eropah kerana mempelajari

pelbagai perkembangan ilmu teknologi terkini ketika itu, termasuklah teknologi mesin

cetak.

Oleh kerana Sultan Turki dapat menerima pandangan-pandangan Sheikh Ahmad

al-Fathani, maka beliau dilantik oleh Sultan Turki itu sebagai mengetuai percetakan

kerajaan. Selanjutnya dalam tahun 1307 H/1889 M, Sheikh Ahmad al-Fathani dilantik

pula sebagai penasihat Syarif/Raja Mekah, sekali gus diberi kerakyatan Turki Uthmaniah

pada 28 Rejab 1307 H/1889 M, demi memudahkan urusan-urusan pentadbiran dan politik.

Perlu penulis sebutkan di sini bahawa pada ketika itu kemajuan mesin cetak di

Eropah dan di Timur Tengah begitu pesat berkembang, tetapi malangnya kitab-kitab Islam

belum lagi dicetak secara besar-besaran. Jika dibandingkan teknologi mesin cetak di

Eropah dengan dunia Melayu ternyata masih jauh ketinggalan. Percetakan di Eropah dan

di Timur Tengah telah menggunakan klise timah, sedangkan di dunia Melayu masih

menggunakan litografi (huruf batu).

Begitulah yang dimaksudkan oleh Sheikh Ahmad al-Fathani dalam tulisannya,

“Hingga meringkah mereka itu pada mengecapkan segala kitab, yang boleh keluar

beberapa banyak ribu naskhah di dalam masa yang sedikit. Sekira-kira jikalau ditulis

dengan tangan di dalam masa itu nescaya belum lagi sudah satu naskhah jua ...”

Page 11: Analisis Peranan Syeikh Ahmad Al-Fathani Dalam Media Percetakan

11

Mengenai percetakan, Sheikh Ahmad al-Fathani pada mulanya bertugas di

Mathba’ah al-Miriyah Bulaq, Mesir. Kemudian ditugaskan di Mathba’ah al-Miriyah al-

Kainah, Makkah. Antara tahun 1300 H/1882 M hingga tahun 1307 H/1889 M, beliau

sentiasa berulang alik ke Mesir, Mekah dan Istanbul kerana urusan percetakan. Dengan

modal yang diterima dari kerajaan Turki Uthmaniah, maka kitab-kitab Islam mulai dicetak

secara besar-besaran termasuklah kitab Melayu/Jawi.

Kitab-kitab yang telah dicetak itu disebarkan ke seluruh dunia Islam. Sehubungan

itu, Sheikh Utsman bin Syihabuddin al-Funtiani, ulama yang sezaman dengan Sheikh

Ahmad al-Fathani menggubah nazham khusus tentang Sultan Turki itu. Katanya,

“Memperbuat cap kitab bersangat bagus itu

Jadilah banyak kitab Melayu diterjemah itu

Banyak suka orang me[n]terjemah akan dianya

Bersungguh-sungguh kerana banyak faedah di atasnya.

Satu kitab sepuluh ribu jadi naskhahnya

Sentiasa panjang pahalanya dan amalnya”

Sebelum kemunculan aktivis Sheikh Ahmad al-Fathani di Timur Tengah, beberapa

kitab Melayu/Jawi pernah diproses dengan huruf litografi (huruf batu) yang menurut

Sheikh Ahmad al-Fathani sebagai “Peterapan Sungai Pura”. Di antara tokoh yang terlibat

ialah Tengku Yusuf bin Tengku Terengganu. Kitab Furu’ al-Masail dengan huruf litografi

pernah dicetak pada tahun 1291 H/1874 M disebutkan sebagai “tercetak di dalam

Singapura kampung Tsum Gelam ...”.

Menurut Sheikh Ahmad al-Fathani, ada lagi kitab-kitab yang berupa cetakan awal

di Sungai Pura. Semua cetakan litografi dibuat dalam jumlah yang sangat terbatas, atau

jumlah yang sedikit.

Page 12: Analisis Peranan Syeikh Ahmad Al-Fathani Dalam Media Percetakan

12

Bagi memajukan percetakan di dunia Melayu, Sheikh Ahmad al-Fathani melantik

beberapa orang muridnya. Sheikh Daud bin Ismail al-Fathani pada mulanya bertugas di

Mekah sebagai pembantu Sheikh Ahmad al-Fathani dalam pentashhihan. Kemudian

dilantik memimpin Mathba’ah al-Miriyah al-Kalantaniyah di Kota Bharu, Kelantan.

Selain bahasa Melayu yang dicetak ada juga bahasa lain berkeinginan bahawa

kitab-kitab yang ditashhikan itu boleh dipelajari seluruh umat Islam dan beliau

perintahkan kepada murid-muridnya untuk memperbanyakan mengeluarkan berbagai

bahasa. Bahagian Bahasa Melayu/Jawi telah ditugaskan kepada Sheikh Daud Ismail al-

Fathani dan Sheikh Idris Hussein al-Kalantani, Bahasa Acheh diserahkan kepada Sheikh

Ismail Mutalib al-Ashi, Bahasa Jawa kepada Sheikh Abdul Hamid Kudus dan Bahasa

Bugis kepada Sheikh Muhammad Amin Bugis. Sheikh Ahmad sendiri bergerak ke seluruh

dunia seperti Bombay, Champa, Pattani, Tanah Melayu, Singapura, Riau, Mesir dan

Istanbul untuk membangunkan dunia penerbitan orang Melayu dengan biaya kerajaan

Othmaniyah. Seorang tokoh penting dalam dunia percetakan yang dikaderkan oleh Sheikh

Ahmad ialah Sheikh Tahir Jalaluddin yang dilantik sebagai wakil matba'ah di Mesir.

(Riduan Mohd. Nor, Mohd Fadli Ghani,2007 : 110)

Pada masa yang sama Raja Ali Kelana mengetuai Mathba’ah al-Miriyah ar-

Riyauwiyah, dan kemudiannya dinamakan sebagai Mathba’ah al-Miriyah al-Ahmadiyah.

Mathba’ah al-Miriyah al-Kalantaniyah atas kehendak Sultan Kelantan diserahkan kepada

Haji Muhammad Daud, iaitu anak Sheikh Daud bin Ismail al-Fathani. Sheikh Daud bin

Ismail al-Fathani adalah seorang ulama besar, maka Sultan Kelantan melantiknya sebagai

guru di istana dan khatib kerajaan Kelantan, lalu terkenallah namanya dengan sebutan Tok

Daud Khatib.

Page 13: Analisis Peranan Syeikh Ahmad Al-Fathani Dalam Media Percetakan

13

Syarikat percetakan yang di Riau mempunyai dua nama iaitu Al-Ahmadiyah dan

Riauwiyah. Nama Al-Ahmadiyah itu diberi oleh golongan intelektual Riau sebagai

mengenang jasa guru mereka Sheikh Ahmad al-Fathani dalam memperjuangkan

penerbitan kitab-kitab secara besar-besaran di Timur Tengah dan dunia Melayu. Nama

yang kedua pula ialah sempena dari nama Raja Muhammad Yusuf al-Ahmadi.

Berdasarkan maklumat yang ada pada penulis, Sheikh Ahmad al-Fathani telah

melantik Raja Haji Ali Kelana sebagai perintis jalan kepada dunia pentashhihan dan

percetakan untuk Riau-Lingga dan Singapura dalam tahun 1302 H/1884 M. Demikian juga

halnya kepada saudara sepupunya Sheikh Daud bin Ismail al-Fathani di Kota Bharu,

Kelantan.

Snouck Hurgronje mengatakan, Sheikh Ahmad al-Fathani dilantik oleh kerajaan

Turki sebagai pentashhih dalam tahun 1884 M. Tetapi berdasarkan catatan yang penulis

temui, Sheikh Ahmad al-Fathani terlibat dalam bidang tersebut lebih awal daripada itu,

sekurang-kurangnya dalam tahun 1300 H/1882 M.

Perlu dinyatakan bahawa Mathba’ah Al-Ahmadiah Singapura, tidak sama dengan

Mathba’ah Al-Ahmadiyah Riau. Mathba’ah Al-Ahmadiah Singapura adalah cawangan

dari Syarikah Al-Ahmadi & Co. di Pulau Midai, Kepulauan Riau. Ilham mendirikan

percetakan di Singapura itu datangnya melalui Raja Haji Ahmad bin Raja Haji

'Umar/Tengku Endut dari Sheikh Muhammad bin Ismail al-Fathani yang menceritakan

cita-cita Sheikh Ahmad al-Fathani dalam bidang percetakan itu.

Syarikat tersebut bermula dari Raja Haji Ahmad yang menghadap Sultan Abdur

Rahman Muazzam Syah di Pulau Penyengat. Pada 10 Syaaban 1324 H/17 September 1906

M, didirikan Syarkah Al-Ahmadi di Pulau Midai. Cawangan perniagaannya dibuka di

Singapura oleh Raja Ali bin Raja Muhammad/Tengku Nong pada 1 Syaaban 1333 H/14

Page 14: Analisis Peranan Syeikh Ahmad Al-Fathani Dalam Media Percetakan

14

Jun 1915 M. Percetakannya pula didirikan setelah Raja Haji Ahmad pulang dari Mekah.

Kerja-kerja percetakan dilakukan pada 22 Rabiulakhir 1339 H/3 Disember 1920 M.

Kewujudan percetakan di Riau atau pun di Singapura adalah hasil cadangan Sheikh

Ahmad al-Fathani. Percetakan di Riau secara langsung diusahakan oleh murid beliau, iaitu

Raja Haji Ali Kelana. Percetakan di Singapura pula diusahakan oleh Raja Haji Ahmad.

Raja Haji Ahmad tidak sempat bertemu dengan Sheikh Ahmad al-Fathani, kerana Sheikh

Ahmad al-Fathani telah meninggal dunia sewaktu beliau ke Mekah. Oleh itu, Raja Haji

Ahmad hanya menerima pemikiran Sheikh Ahmad al-Fathani dalam bidang percetakan

melalui Sheikh Muhammad bin Ismail al-Fathani (Sheikh Nik Mat Kecik al-Fathani) dan

Sheikh Daud bin Mushthafa al-Fathani.

Di Patani, Raja Haji Ahmad diberi tugas oleh Sheikh Muhammad bin Ismail al-

Fathani mendirikan Mathba’ah al-Miriyah al-Fathaniyah tetapi tidak aktif. Setelah sekian

lama, kemudian muncul murid Sheikh Ahmad al-Fathani yang bernama Abu Ahmad

Syamsuddin Abdul Mubin al-Jarimi al-Fathani (lahir 1303 H/1885 M, wafat 1367 H/1947

M).

Beliau datang ke Singapura untuk mempelajari mengenai percetakan di Mathba’ah

Al-Ahmadiah Singapura kerana beliau tahu percetakan di Patani mengalami kegagalan.

Akhirnya beliau membuka syarikat percetakan di Pahang dengan nama Mathba’ah al-

Ubudiyah al-Fathaniyah yang terletak di Beserah, Kuantan, Pahang. Tuan Guru Abu

Ahmad Syamsuddin Abdul Mubin al-Fathani itu ialah ulama besar dan guru kepada Sultan

Abdullah al-Muzaffar Syah ibni almarhum Sultan Ahmad al-Mu'azzam Syah. Beliau

banyak menulis adalah atas permintaan Sultan Pahang tersebut.

Page 15: Analisis Peranan Syeikh Ahmad Al-Fathani Dalam Media Percetakan

15

5.1 Mathba’ah Yang Menerbitkan Kitab-Kitab Melayu/Jawi

Dalam bahasa, istilah perkitaban Islam untuk percetakan lebih popular dengan sebutan

mathba’ah. Ia juga memakai istilah press dan drukery. Di Asia Tenggara/Jawi, kalangan

pengajian kitab dalam beberapa zamannya hanya mengenal istilah mathba’ah. Dalam masa

yang agak akhir, muncul pula sebutan press itu, setelah Indonesia merdeka (1945) dan

Malaya (1957), sekarang Malaysia, secara beransur-ansur kedua-dua istilah itu mulai

menghilang, lalu diganti dengan percetakan.

Dengan adanya komunikasi antara Asia Tenggara dengan Timur Tengah dalam

pengajian ilmu-ilmu Islam, lama kelamaan timbul inisiatif untuk lebih mempermudahkan

tersebarnya ilmu pengetahuan tersebut. Ia melalui jalan percetakan/penerbitan kitab-kitab

Islam yang dikarang oleh ulama-ulama Asia Tenggara/Jawi pada peringkat kedua,

peringkat ketiga dan peringkat keempat.

Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani mulai bergerak ke arah tersebut

sejak tahun 1288 H/1871 M. Pemikiran ke arah ini timbul setelah beliau mengembara ke

banyak negeri di Asia Tenggara mahu pun negeri-negeri lainnya. Sambil mengembara

beliau memperhatikan secara luas dan mendalam tentang ekonomi, sosial, psikologi,

pendidikan dan lain-lain termasuk sains dan teknologi terutama aspek percetakan.

Antara lain beliau menyebut, “Hingga bersungguh-sungguh mereka itu, mengecap

(mencetak) segala kitab yang boleh keluar beberapa ribu naskhah di dalam masa yang

sedikit sekira-kira jikalau ditulis dengan tangan di dalam masa itu nescaya belum lagi

sudah satu naskhah jua”.

Pada mulanya percetakan di Timur Tengah jauh lebih maju daripada di Asia

Tenggara. Buktinya kitab-kitab syair yang dicetak di Singapura masih memakai huruf

Page 16: Analisis Peranan Syeikh Ahmad Al-Fathani Dalam Media Percetakan

16

batu. Timur Tengah telah memakai huruf yang diperbuat dari timah tuangan. Kemajuan

dunia percetakan di Singapura disebabkan adanya hubungan dengan Timur Tengah juga.

Prof. Dr. William R. Roff dalam The Origins of Malay Nationalism (Oxford

University Press, Kuala Lumpur, 1967) antara lain menyebut, In the ninteenth century the

role of literary and publication center for the Melayo-Muslim world came increasingly to

be assumed by Singapore, with the added stimulus of the mole frequent and intensive

communication with the Middle East, and the growing use first of the lithograph and then

of the printing press.

Terjemahannya pula menurut Ahmad Boestamam dalam Nasionalisma Melayu

(Universiti Malaya, 1975), “Dalam abad kesembilan belas peranan pusat persuratan dan

penerbitan bagi dunia Melayu Islam semakin lama semakin diambil oleh Singapura, dan

ini didorong lagi oleh keadaan-keadaan lebih kerap dan lebih banyaknya hubungannya

dengan Timur Tengah serta bertambahnya penggunaan cap batu pada mulanya dan

penggunaan percetakan kemudiannya”.

Bersamaan dengan aktiviti Sheikh Ahmad al-Fathani di Timur Tengah dalam

bidang percetakan dan penerbitan itu, seorang ulama Betawi bernama Al- Habib Utsman

bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya al-Alawi yang mungkin juga berhubungan dengan

Timur Tengah telah berusaha untuk menerbitkan kitab-kitab ukuran kecil karyanya.

Kegiatannya mungkin dimulai sekitar tahun 1286 H, dan usahanya itu mungkin

masih mempergunakan huruf batu. Perusahaannya itu beroperasi di Pertamburan Betawi.

Penyebaran kitab yang dicetak oleh percetakannya itu tidak seperti yang dilakukan di

Timur Tengah yang tersebar ke seluruh pelosok dunia Islam.

Page 17: Analisis Peranan Syeikh Ahmad Al-Fathani Dalam Media Percetakan

17

Ulama-ulama Patani di Mekah dalam zaman-zaman yang bersamaan tersebut di

atas mendirikan ‘Kedai Kitab’ (Maktabah) yang dinamakan Al-Maktabatul Fathaniyah.

Lokasinya di Kampung Qasyasyiah, di sana ada sebuah lorong kecil yang disebut Zuqaqul

Fathani. Pengasasnya ialah Sheikh Ahmad al-Fathani dan Sheikh Muhammad bin Ismail

Daudy al-Fathani.

Setelah kedua-duanya meninggal dunia, lalu dikelola oleh keturunannya, dimulai

dari puteranya Sheikh Muhammad Nur bin Sheikh Muhammad bin Ismail Daudy al-

Fathani. Sesudahnya disambung pula Sheikh Hasan bin Sheikh Muhammad Nur al-

Fathani. Hampir semua kitab karangan ulama Asia Tenggara/Jawi ada dijual di kedai

kitab/maktabah itu, terutama karya-karya ulama Patani dan Kelantan mudah untuk

mendapatkannya.

Terdapat sekian banyak percetakan/ mathba’ah yang mencetak kitab Melayu/ Jawi,

baik yang berada di Timur Tengah mahu pun di Asia Tenggara. Antaranya Al-Kasymiri,

Mesir (berdekatan Masjid al-Azhar), Daruth Thiba’ah al-Mishriyah al-Kubra (Mesir), al-

Amiratul Islamiah (Mekah), al-‘Alawiyah (Bombay, India) dan banyak lagi yang tidak

dapat disenaraikan. (Mohd. Shaghir,2000 : 94-103)

Dunia percetakan yang diusahakan oleh Syeikh Ahmad al-Fathani sudah nampak

jelas berbuktinya banyak karya-karya ulama dapat dipelajari oleh masyarakat Melayu

sampai zaman sekarang terutama di pondok tradisional oleh Tok Guru masih mengajar

kitab hasil tashhih dan masih menggunakan bahasa yang mala, walaupun sekarang sudah

menjadi beberapa salinan. Akan tetapi, semua itu berasal dari usaha gigihnya Syeikh

Ahmad al-Fathani.

Page 18: Analisis Peranan Syeikh Ahmad Al-Fathani Dalam Media Percetakan

18

6. Karya-karya Syeikh Ahmad al-Fathani

Manakala Syeikh Wan Ahmad sendiri (di samping kegiatan yang sudah dinyatakan) juga

terkenal sebagai seorang karyawan yang gigih. Sebagaimana sudah diterangkan,

sumbangan penulisannya mencakupi beraneka cabang ilmu dunia dan akhirat.

Kebanyakannya sudah pun dicetak. Senarai karangannya adalah seperti berikut:

Dalam Bahasa Melayu

1. LuqJah al-'Ijalanfi ma Tamassu ilaihi Hajat al-lnsan. Selesai tulis pada 20 Ramadan 1301H/15 Julai 1884M.

2. Basyarah al-'Amilin wa Nazarah al-Ghafilin. Selesai tulis pada 14 Rabu'ulakhir 1304H/9 Januari 1887M.

3. 'Aqd al-Juman fi 'Aqaid al-Iman. Selesai tulis pada 16 Muharam 1306H/22 September 1888M.

4. Sa'adah al-Mutanabbih fi al-Maut wa ma Yata'allaq bih. Selesai tulis pada 29 Rejab 1306H/31 Mac 1889M.

5. Badr al-Tamam wa al-Nujum al-Thawaqib. Selesai tulis pada 9 Ra-bi'ulthani 1307H/29 November 1889M.

6. Hadiqah al-Azhar wa al-Rayahin. Selesai tulis pada 15 Syaaban 1307H/5 April 1890M.

7. Bahjah al-Mubtadin wa Farhah al-Mujtadin. Selesai tulis pada 13 Rabi'ulthani 1310H/21 April 1893M.

8. Tuhfah al-Ummah fi al-Solat ala Nabi al-Rahmah. Selesai tulis pada 5 Syawal 1310H/21 April 1893M.

9. Bada'i' al-Zulnir. Selesai tulis pada 3 Syaaban 131 1H/8 Februari 1894M.10. Tayyib al-Ihsanfi Tib al-lnsan. Selesai tulis pada 3 Zulhijah 1312H/ 27 Mei

1895M.11. Faridah al-Fara'idfi 'Ilmi al-'Aqaid. Selesai tulis pada 12 Rabiul-awal 1313H/2

September 1895M.12. 'Inwan al-Falah wa 'Unfuwan al-Salah. Selesai tulis pada 7 Syawal 1319H/17

Januari 1902M.13. AI-Fatawa al-Fataniah. Selesai susun pada 5 Safar 1324H/30 Mac 1906M.

Dalam Bahasa Arab

1. Jumanah al-Tauhid. (masih dalam bentuk tulisan tangan). Selesai tulis pada 1293H.

2. Tashil Nail al-Amani. Selesai tulis pada 1300H.3. Al-Ibriz al-Sarffi Fan al-Sarf. Selesai tulis pada 1307H.4. Manhaj al-Salam fi Syarh Hidayah al-'Awam. Selesai tulis pada 1307H.5. Matan al-Madkhal fi 'Ilmi Sarf. (naskhah tulisan tangan).6. Abniyah al-Asma' wa al-Af'al.7. Al-Risalah al-Fataniah fi 'Ilmi al-Nahwi8. AI-Manzumah al-Fataniah

Page 19: Analisis Peranan Syeikh Ahmad Al-Fathani Dalam Media Percetakan

19

9. ‘Ilm Isti'arah10. Tadrij al-Sibyan dan banyak lagi. (Ahmad Fathy,2002:56-57)

Sebagai contoh kitab-kitab asli Syeikh Ahmad al-Fathani yang masih dipelajari

oleh belajar pondok beberapa buah kitab dapat dilihat gambar dibawah ini.

Page 20: Analisis Peranan Syeikh Ahmad Al-Fathani Dalam Media Percetakan

20

Page 21: Analisis Peranan Syeikh Ahmad Al-Fathani Dalam Media Percetakan

21

Page 22: Analisis Peranan Syeikh Ahmad Al-Fathani Dalam Media Percetakan

22

7. Kesimpulan

Dalam perjuangan ulama dalam mempertahankan bangsa dan bahasa agar dunia Melayu

dapat mempelajari kitab-kitab hasil karangan ulama Melayu dalam bahasa sendiri supaya

mudah difahami. Dengan hasil cetakan kitab-kitab Melayu dapat disebarkan ke seluruh

dunia Melayu dan dapat berkembangkan ilmu agama kepada seluruh umat yang ingin

mendalamkan ilmu agama khususnya ilmu yang berhasil karangan ulama Melayu silam.

Syeikh Ahmad al-Fathani sebagai ulama Melayu pertama yang memikirkan

tentang perkembangan teknologi seperti mesin percetakan dan mengkhayal tentang dunia

moden akan ada berbagai alat untuk memudahkan manusia dalam berbagai aspek

kehidupan. Banyaknya hasil karya Syeikh Ahmad al-Fathani yang sampai saat ini masih

bermanfaat, dengan ini dapat dikata Syeikh Ahmad al-Fathani adalah ulama revolusi.

8. Nota Hujung

1. Ertinya: membiarkan.

2. Ertinya: tidak mempedulikan, lalai, alpa, dan lain-lain.

3. Dari angka 1 sampai 3 di atas adalah merupakan pemikiran Syeikh Ahmad al

Fathani untuk kemajuan Dunia Melayu yang menurut perbandingan yang beliau

lakukan bahawa negeri-negeri Melayu, jauh ketinggalan daripada bangsa-bangsa

yang bertamadun tinggi di dunia.

4. Asal katanya ringkah ertinya mencipta

5. Maksudnya: alat-alat transportasi canggih seperti yang kita lihat sekarang

6. Maksudnya: alat-alat komunikasi canggih seperti taligram, talipon dan lainnya.

7. Kalimat-kalimat pada angka 4 jelas bahawa Syeikh Ahmad al Fathani telah

mengkhayalkan akan kemajuan teknologi di masa-masa yang akan datang,

Page 23: Analisis Peranan Syeikh Ahmad Al-Fathani Dalam Media Percetakan

23

sedangkan alat-alat seperti komputer di zaman beliau belum ada, jika kita semak

kalimat beliau terakhir pada angka 4 menjurus ke arah dunia perkomputeran.

8. Kalimat pada angka 6 menunjukkan suatu pemikiran beliau dalam teknologi dalam

bidang permesincetakan yang erat hubungannya dengan usaha beliau di bidang

tash-hih, penyebaran kitab-kitab ke Dunia Melayu secara luas, terpadu, dan

penyebaran ilmu pengetahuan menuju kecerdikan putera-puteri Dunia Melayu.

Syeikh Ahmad al Fathom adalah orang Melayu yang pertama sebagai tokoh

pemikir perubahan dunia percetakan secara lama yang mempergunakan huruf batu

sehingga menggunakan timah tuangan dan klise timah huruf susun.

Page 24: Analisis Peranan Syeikh Ahmad Al-Fathani Dalam Media Percetakan

24

9. Rujukan

Abdullah Mohd. Shaghir, 1992, Hadiqatul Azhar War Riyahin Syeikh Ahmad al-Fathani,

Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur.

Abdullah Mohd. Shaghir, 2000, Wawasan Pemikiran Islam Ulama Asia Tenggara, jilid 2,

Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara & Khazanah Fathaniyah, Kuala

Lumpum.

Fathy al-Fathani Ahmad, 2002, Ulama Besar Dari Patani. Penerbit Universiti Kebangsaan

Malaysia, Bangi.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Wan_Ahmad_bin_Muhammad_Zain, 30/10/2008, pukul

2:51PM.

http://ulama-nusantara.blogspot.com/2006/11/100-tahun-kewafatan-syeikh-ahmad-al.html, 26-10-08, ahad. Pukul 8:42AM.

Mohd. Nor Riduan, Fadli Ghani Mohd, 2007, Ulama’ Dalam Sorotan Perjuangan

Kemerdekaan, MHI Publication, Selangor.

Madmaran Hasan, 2001, Pondok dan Madrasah di Patani, Penerbit Universiti

Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Mat Zain Farid, Awang Jaffary, Mohd. Ghazali Rabitah, Nadwah Ulama Nusantara III

Ketokohan dan Pemikiran Ulama Melayu, Fakulti Pengajian Islam, Universiti

Kebangsaan Melaysia, Bangi, Selangor.