salinan kepada - kementerian pendidikan malaysia (kpm) · pdf file1.7 kelulusan khas yang...

44

Upload: dangliem

Post on 05-Feb-2018

238 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Salinan Kepada - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) · PDF file1.7 Kelulusan khas yang perlu dipatuhi oleh semua Ketua Jabatan. ... sekolah menengah sehingga tingkatan 5; ... latihan
Page 2: Salinan Kepada - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) · PDF file1.7 Kelulusan khas yang perlu dipatuhi oleh semua Ketua Jabatan. ... sekolah menengah sehingga tingkatan 5; ... latihan

Salinan Kepada: 1. YBhg. Tan Sri Dr. KSU 2. YBhg Dato’ Seri KSU II 3. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, KPM 4. Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), KPM 5. Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), KPM 6. Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Pelajaran), KPM 7. Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Pengajian Tinggi), KPM 8. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan, KPM 9. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Sektor Operasi Pendidikan 10. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan, KPM 11. Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik 12. Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti 13. Pengarah Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) 14. Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan Pengajian Tinggi) 15. Ketua Akauntan, Bahagian Akaun, KPM 16. Setiausaha Bahagian, Audit Dalam, KPM 17. Setiausaha Bahagian, Audit Sekolah, KPM

18. Ketua Unit Integriti, KPM

Page 3: Salinan Kepada - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) · PDF file1.7 Kelulusan khas yang perlu dipatuhi oleh semua Ketua Jabatan. ... sekolah menengah sehingga tingkatan 5; ... latihan

Edaran Luaran

1. Ketua Setiausaha Perbendaharaan

2. Ketua Audit Negara

3. Akauntan Negara Malaysia

4. Semua Pengarah Jabatan Akauntan Negeri/Cawangan

Page 4: Salinan Kepada - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) · PDF file1.7 Kelulusan khas yang perlu dipatuhi oleh semua Ketua Jabatan. ... sekolah menengah sehingga tingkatan 5; ... latihan
Page 5: Salinan Kepada - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) · PDF file1.7 Kelulusan khas yang perlu dipatuhi oleh semua Ketua Jabatan. ... sekolah menengah sehingga tingkatan 5; ... latihan

2

1.7 Kelulusan khas yang perlu dipatuhi oleh semua Ketua Jabatan.

LATAR BELAKANG 2. Bagi memudahkan bahagian/jabatan menguruskan program rasmi

dan menyediakan kemudahan kepada pegawai semasa menjalankan tugas rasmi/berkursus di dalam negara, Perbendaharaan telah bersetuju untuk menurunkan kuasa kepada Pegawai Pengawal bagi meluluskan penyediaan kemudahan secara pakej melalui penggunaan Pesanan Tempatan Kerajaan (PT) tertakluk mematuhi syarat-syarat ditetapkan seperti terkandung dalam Surat Arahan Perbendaharaan bertarikh 28 Februari 2009.

3. Penyediaan kemudahan secara pakej merupakan satu bentuk kawalan pengurusan perbelanjaan secara berhemat bagi peruntukan di bawah Belanja Mengurus, Akaun Amanah, Kumpulan Wang Amanah, Kumpulan Wang Sekolah dan sumber kewangan Kerajaan yang lain di KPM. Bagi tujuan tersebut, KPM telah mengeluarkan Surat Pekeliling Kewangan (SPK) Bilangan 11 Tahun 2008 mengenai Permohonan Penyediaan Kemudahan Pakej Penginapan dan Makan bagi Tugas Rasmi dan Kursus di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 24 Oktober 2008.

TAFSIRAN 4. Tafsiran dalam Pekeliling Perbendaharaan (PP) Bil. 3 Tahun 2003

dan Bil. 3 Tahun 2005, Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) Bil. 4 Tahun 2012, SPP Bil. 4 Tahun 2013 dan Surat Pekeliling Kewangan (SPK) Bil. 2 Tahun 2011 adalah dirujuk untuk istilah-istilah berikut :-

4.1 “Ibu Pejabat” bermaksud tempat biasa seseorang pegawai

melaporkan diri untuk bertugas dan lingkungan jarak pentadbirannya ialah;

i. 25 km jika boleh dihubungi oleh jalan raya;

PP 3/2003

1

Page 6: Salinan Kepada - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) · PDF file1.7 Kelulusan khas yang perlu dipatuhi oleh semua Ketua Jabatan. ... sekolah menengah sehingga tingkatan 5; ... latihan

3

ii. 16 km jika boleh dihubungi oleh jalan tanah yang boleh dilalui oleh kenderaan bermotor; dan

iii. 8 km jika boleh dihubungi oleh jalan basikal atau sungai 4.2 “Pegawai” bermaksud seseorang pegawai di dalam

Perkhidmatan Awam Kerajaan Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Kerajaan Negeri termasuk yang dilantik secara sementara / kontrak / sandaran / sangkut;

4.3 “Pegawai Pelulus” bagi maksud SPK ini adalah merujuk

kepada pegawai yang diwakilkan kuasa secara bertulis daripada Pegawai Pengawal untuk menimbang dan meluluskan penyediaan kemudahan secara pakej;

4.4 “Murid” bermaksud semua murid di sekolah rendah dan

sekolah menengah sehingga tingkatan 5; 4.5 “Pelajar” bagi maksud SPK ini adalah merujuk kepada

pelajar Kolej Vokasional, pelajar tingkatan 6, pelajar Politeknik, pelajar Kolej Matrikulasi, pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan pelajar Kolej Komuniti;

4.6 “Tugas rasmi” bermaksud tugas yang berkaitan dengan

tugas pejabat selain daripada menghadiri kursus yang dibenarkan

4.7 “Aktiviti Murid/Pelajar” bermaksud sebarang aktiviti atau

latihan yang melibatkan murid/pelajar yang diperakukan oleh KPM dan semua agensi di bawahnya sama ada berupa kurikulum/ kokurikulum/sukan seperti perkhemahan, pertandingan, kejohanan sukan, lawatan sambil belajar, bengkel, seminar, latihan pusat dan kem-kem motivasi;

4.8 “Latihan” bermaksud proses pemindahan ilmu pengetahuan

bertujuan menambah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang bersesuaian untuk memenuhi keperluan dan tuntutan semasa dalam organisasi. Ini dicapai melalui sebarang bentuk pembelajaran seperti latihan semasa bekerja dan program mentoring/coaching atau yang seumpama dengannya yang menyumbang kepada pembangunan individu dan kecemerlangan organisasi. Ia meliputi konvensyen, kursus, bengkel/retreat, makmal (lab), seminar/taklimat, kolokium, forum, simposium, lawatan

SPK 2/2011

1

SPK 2/2011

PP

3/2003

1

SPP 4/2012

PP

3/2003

1

PP 3/2003

PP

3/2003

1

PP 3/2003

PP

3/2003

1

Pekeliling Perkhidmatan

6/2005

Page 7: Salinan Kepada - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) · PDF file1.7 Kelulusan khas yang perlu dipatuhi oleh semua Ketua Jabatan. ... sekolah menengah sehingga tingkatan 5; ... latihan

4

rasmi/korporat/sambil belajar, klinik kaunseling dan lain-lain program yang memenuhi definisi latihan;

4.9 “Majlis/acara rasmi Kerajaan” bermaksud mesyuarat/

persidangan/konvensyen yang diadakan di peringkat Antarabangsa/Kebangsaan/Kementerian/Jabatan, meraikan pelawat iaitu orang kenamaan atau rombongan rasmi dari dalam atau luar Negara yang diakui terwajib diraikan secara rasmi berkaitan dengan urusan Kerajaan, acara pelancaran atau pembukaan rasmi atau penutup sesuatu projek/pertandingan oleh Kementerian/ Jabatan;

4.10 “Pakej Latihan” bermaksud perolehan yang dibuat dalam satu Pesanan Tempatan merangkumi kombinasi daripada mana-mana item kemudahan latihan seperti penginapan, makanan, dewan, bilik latihan, peralatan dan bahan yang berkaitan dengan latihan daripada penyedia kemudahan latihan yang berkeupayaan dan berkemampuan; dan

4.11 “Pakej Majlis/acara rasmi Kerajaan” bermaksud perolehan

yang merangkumi kombinasi daripada mana-mana item bagi menganjurkan majlis/acara rasmi Kerajaan dan jamuan keraian rasmi Kerajaan seperti penginapan, makan minum, sewaan dewan/bilik mesyuarat, penyewaan peralatan dan kemudahan lain yang berkaitan.

SYARAT PENYEDIAAN KEMUDAHAN PAKEJ 5. Pertimbangan dan kelulusan permohonan kemudahan pakej

hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut:- 5.1 Kesesuaian Peserta

Pemilihan peserta hendaklah bersesuaian dengan tujuan dan matlamat program tertakluk kepada peraturan dan prosedur kewangan yang sedang berkuat kuasa.

5.2 Had Maksimum Bilangan Hari

Had maksimum bilangan hari untuk melaksanakan pakej ditetapkan seperti berikut :

SPP 4/2013

PP

3/2003

1

SPP 4/2012

PP

3/2003

1

SPP 4/2013

PP

3/2003

1

Page 8: Salinan Kepada - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) · PDF file1.7 Kelulusan khas yang perlu dipatuhi oleh semua Ketua Jabatan. ... sekolah menengah sehingga tingkatan 5; ... latihan

5

i. Tugas Rasmi :3 hari 2 malam

ii. Kursus :4 hari 3 malam (Kecuali kursus-kursus wajib)

iii. Aktiviti kurikulum/ :4 hari 3 malam (kecuali kokurikulum/sukan aktiviti peringkat kebangsaan)

5.3 Kadar Pakej Bagi Makan/Minum dan Penginapan Pegawai

dan Murid/Pelajar i. Kadar bagi pakej yang melibatkan kombinasi

makan/minum dan penginapan (pegawai) adalah seperti di Lampiran A.

ii. Penginapan kepada pegawai-pegawai yang terlibat

hendaklah diaturkan mengikut kelayakan seperti berikut :-

a. Gred 44 dan ke bawah diaturkan secara berkongsi; b. Gred 45 dan ke atas diaturkan penginapan secara

perseorangan; dan c. Bagi penceramah, fasilitator atau jurulatih boleh

disediakan penginapan secara perseorangan pada tarikh perkhidmatan diperlukan/mengikut kesesuaian dan kadar kelayakan yang berkaitan.

iii. Kadar bagi pakej yang melibatkan makan/minum dan

penginapan (murid/pelajar) ditetapkan seperti di Lampiran B.

iv. Bagi program rasmi jabatan yang dilaksanakan di dalam stesen, pegawai tidak layak disediakan penginapan. Walau bagaimanapun, kemudahan makan/minum boleh disediakan kepada pegawai di dalam stesen iaitu dari kawasan ibu pejabat yang jaraknya 25km atau kurang.

v. Sekiranya pelaksanaan pakej tidak termasuk kemudahan makan, maka perolehan makanan boleh dibuat mengikut kadar kelayakan seperti berikut :-

Pegawai a. Pekeliling Perbendaharaan (PP) Bil. 3 Tahun 2003

(Tugas Rasmi)

Page 9: Salinan Kepada - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) · PDF file1.7 Kelulusan khas yang perlu dipatuhi oleh semua Ketua Jabatan. ... sekolah menengah sehingga tingkatan 5; ... latihan

6

b. PP Bil. 3 Tahun 2005 (Kursus) Murid/Pelajar Dalam dan Luar Negara Sila rujuk kadar kelayakan yang ditetapkan seperti di Lampiran B.

5.4 Kelulusan Khas Pakej i. Kelulusan khas Perbendaharaan hendaklah diperolehi

terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan penyediaan pakej bagi kes-kes seperti berikut: a. Penentuan kadar kelayakan

makan/penginapan/tuntutan perjalanan peserta selain Penjawat Awam yang terlibat dalam mesyuarat/kursus/latihan yang dianjurkan oleh Bahagian/Jabatan/Institusi Pendidikan; dan

b. Penentuan kadar elaun penceramah yang lebih tinggi

daripada kelayakan yang telah ditetapkan dalam PP 19 Tahun 2002 bagi program yang melibatkan perkhidmatan Konsultan/ Penceramah tempatan atau luar negara.

ii. Kos kelulusan khas bagi perkara 5.4(i) hendaklah

dimasukkan sebagai sebahagian daripada kos pakej dan disertakan bersama permohonan pakej.

iii. Bagi program yang menggunakan khidmat penyedia kemudahan latihan yang menyediakan kemudahan semua urusan meliputi makan / minum / penginapan / tempat / peralatan, kelulusan khas hendaklah dipohon daripada Bahagian Kewangan, KPM.

iv. Semua kelulusan khas ini hendaklah diperakukan oleh

Bahagian Kewangan sebelum dikemukakan kepada Perbendaharaan. Senarai semak dokumen-dokumen untuk kelulusan khas seperti di Lampiran C.

Page 10: Salinan Kepada - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) · PDF file1.7 Kelulusan khas yang perlu dipatuhi oleh semua Ketua Jabatan. ... sekolah menengah sehingga tingkatan 5; ... latihan

7

5.5 Penyediaan/Pemilihan Tempat i. Pemilihan tempat bagi penganjuran program secara pakej

hendaklah dilaksanakan mengikut zon negeri masing-masing yang ditetapkan seperti di Lampiran D. Pelaksanaan pakej di luar dari zon yang ditetapkan adalah tidak dibenarkan.

ii. Penentuan zon negeri hendaklah berasaskan kepada bilangan dan tempat pegawai bertugas seperti berikut:- a. Peserta Dari Pejabat / Daerah / Negeri Yang Sama

Jika peserta datang dari pejabat / daerah / negeri yang sama, pemilihan tempat hendaklah memberi keutamaan di dalam negeri tersebut.

b. Peserta Dari Zon Yang Sama

Jika peserta dari zon yang sama, pemilihan tempat hendaklah berasaskan kepada tempat/daerah/negeri yang mempunyai bilangan pegawai/peserta yang ramai.

c. Peserta Dari Pelbagai Zon / Pelbagai Negeri Jika peserta dari pelbagai negeri, pemilihan tempat hendaklah berasaskan kepada negeri yang mempunyai bilangan pegawai atau peserta yang paling ramai.

iii. Pemilihan tempat di atas hendaklah mengikut ketetapan berikut :

a. Selaras dengan PP Bil. 2 Tahun 2014: Garis Panduan

Perbelanjaan Secara Berhemat bagi Mengurangkan Perbelanjaan Awam, pemilihan tempat hendaklah mengutamakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC);

b. Premis-premis Kerajaan yang berdekatan dengan pejabat atau dalam zon yang dibenarkan; dan

Page 11: Salinan Kepada - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) · PDF file1.7 Kelulusan khas yang perlu dipatuhi oleh semua Ketua Jabatan. ... sekolah menengah sehingga tingkatan 5; ... latihan

8

c. Sekiranya perenggan iii(a) dan (b) di atas tidak dapat dilaksanakan kerana tiada kekosongan atau tempat tidak dapat menampung peserta yang ramai atau kemudahan yang diperlukan tidak disediakan, pihak penganjur hendaklah mendapatkan perakuan bertulis rasmi daripada sekurang-kurangnya lima (5) Institut Latihan Awam (ILA). Dalam keadaan ini, pemilihan premis-premis swasta hendaklah selaras dengan pekeliling dan peraturan kewangan yang sedang berkuat kuasa.

5.6 Kesesuaian Program

Pengisian program hendaklah bersesuaian dengan tujuan pakej. Jabatan hendaklah memberi keutamaan untuk mengadakan mesyuarat atau aktiviti di pejabat atau institusi pendidikan melainkan kemudahan sedia ada tidak bersesuaian atau tidak mencukupi untuk mengadakan aktiviti yang dirancangkan.

5.7 Tatacara Perolehan Berkaitan Tugas Rasmi/Kursus/

Aktiviti Murid/Pelajar i. Semua Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab dalam

memastikan semua urusan perolehan setiap pakej hendaklah dilaksanakan mengikut peraturan perolehan Kerajaan yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

ii. Bahagian/Jabatan/Institusi Pendidikan adalah dibenarkan untuk melaksanakan perolehan secara rundingan terus kemudahan pakej tugas rasmi/kursus/aktiviti murid/pelajar mengikut had nilai dan kuasa melulus yang ditetapkan seperti berikut :

Bil Had Nilai

(Setiap Pakej) Kuasa Melulus

a. Sehingga RM 50,000

Pegawai Pengawal/Pegawai yang diwakilkan kuasa oleh Pegawai Pengawal

b. Melebihi RM50,000 sehingga RM 500,000

Jawatankuasa Sebut harga

c. Melebihi RM 500,000

Lembaga Perolehan KPM

Page 12: Salinan Kepada - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) · PDF file1.7 Kelulusan khas yang perlu dipatuhi oleh semua Ketua Jabatan. ... sekolah menengah sehingga tingkatan 5; ... latihan

9

iii. Perwakilan Kuasa Pegawai Pengawal KPM bagi

Pengurusan Perolehan Perkhidmatan Pakej (Rundingan Terus) adalah seperti di Lampiran E.

iv. Kementerian Kewangan melalui surat rujukan S/K.KEW/PK/D/9999/000000/11/447 Jld.12 SK.2 (4) bertarikh 21 Mei 2013 telah memberikan pengecualian daripada menggunakan perkhidmatan hotel bertaraf bumiputera bagi program rasmi yang bernilai melebihi RM50,000 sehingga RM500,000.

v. Jawatankuasa Penilaian Pakej

a. Setiap agensi hendaklah menubuhkan satu

Jawatankuasa Penilaian dengan keahlian terdiri daripada tiga (3) orang, iaitu seorang pengerusi dan dua (2) orang ahli, di mana sekurang-kurang seorang daripadanya hendaklah terdiri daripada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau setaraf. Pelantikan hendaklah dibuat secara bertulis oleh Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan.

b. Senarai pegawai yang diberi kuasa untuk melantik Pengerusi Jawatankuasa Penilaian dan dua (2) orang ahli adalah seperti di Lampiran E.

c. Tanggungjawab Jawatankuasa Penilaian adalah

memastikan perolehan pakej mematuhi peraturan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa. Tanggungjawab Jawatankuasa Penilaian bagi Pakej Latihan dan Majlis/Acara Rasmi Kerajaan adalah seperti di Lampiran F.

TATACARA PERMOHONAN 6. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang

KEW-Pakej seperti di Lampiran G. Borang KEW-Pakej hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan seperti di Lampiran H.

Page 13: Salinan Kepada - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) · PDF file1.7 Kelulusan khas yang perlu dipatuhi oleh semua Ketua Jabatan. ... sekolah menengah sehingga tingkatan 5; ... latihan

10

7. Permohonan hendaklah dibuat melalui Unit Kewangan Bahagian/Jabatan/Institusi Pendidikan masing-masing bagi tujuan pengesahan peruntukan kewangan sebelum mengemukakan permohonan kepada Pegawai Pelulus.

8. Ketua Jabatan hanya dibenarkan menggunakan peruntukan OS29000/OS42000/OS24000, peruntukan Akaun Amanah/Kumpulan Wang Amanah/Kumpulan Wang Sekolah dan sumber kewangan kerajaan yang lain bagi menampung kos penginapan/makan/sewaan atau kombinasi kesemua kos tersebut.

9. Setiap permohonan hendaklah ditandatangani oleh

Ketua/Timbalan Ketua Jabatan (jika pelulus ialah Bahagian Kewangan) dan sekurang-kurangnya pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (jika pelulus ialah Ketua Jabatan masing-masing).

10. Sebarang pindaan terhadap tarikh pelaksanaan program yang

telah diluluskan hendaklah mendapat kelulusan daripada Pegawai Pelulus.

11. Bahagian/Jabatan/Institusi Pendidikan perlu mengemukakan permohonan baharu untuk kelulusan pakej sekiranya terdapat pindaan atau perubahan yang melibatkan kos pakej, bilangan peserta, tajuk program dan tempat.

12. Permohonan pakej yang perlu diluluskan oleh Bahagian Kewangan hendaklah dikemukakan dengan lengkap berserta dengan dokumen sokongan selewat-lewatnya 21 hari sebelum tarikh pelaksanaan program.

13. Tarikh akhir permohonan pakej hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 15 November dan tarikh akhir pelaksanaan program hendaklah pada atau sebelum 10 Disember pada tahun semasa.

14. Carta Alir bagi penyediaan dan permohonan pakej adalah seperti di Lampiran I.

Page 14: Salinan Kepada - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) · PDF file1.7 Kelulusan khas yang perlu dipatuhi oleh semua Ketua Jabatan. ... sekolah menengah sehingga tingkatan 5; ... latihan

11

PERWAKILAN KUASA MELULUSKAN PAKEJ

15. Kuasa melulus kemudahan pakej hendaklah merujuk kepada Surat Perwakilan Kuasa yang sedang berkuat kuasa.

TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PELULUS 16. Pegawai Pelulus berhak menolak permohonan yang tidak lengkap,

permohonan yang diterima kurang dari tempoh yang ditetapkan atau tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

17. Pegawai Pelulus hendaklah mengemukakan laporan bulanan kelulusan pakej seperti format di Lampiran J kepada Bahagian Kewangan pada 15hb bulan berikutnya.

TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 18. Ketua Jabatan hendaklah memastikan peruntukan kewangan

mencukupi dan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan sepenuhnya.

19. Ketua Jabatan hendaklah menguruskan sendiri pakej dengan pihak hotel/pusat berkenaan dan penggunaan travel agent, event manager atau pihak lain adalah tidak dibenarkan. Ketua Jabatan hendaklah membayar terus bil/invois kepada pihak yang menyediakan kemudahan tersebut.

20. Ketua Jabatan hendaklah memastikan pembayaran dibuat berdasarkan kehadiran sebenar peserta. Nota Kredit (credit note) hendaklah dikemukakan kepada Unit Kewangan/Akaun Bahagian/ Jabatan/Institusi Pendidikan masing-masing sebelum proses pembayaran dibuat sekiranya berlaku pengurangan kos.

21. Bahagian/Jabatan/Institusi Pendidikan hendaklah menyatakan dalam surat panggilan mesyuarat atau kursus kemudahan-kemudahan yang disediakan. Bagi kemudahan yang telah disediakan, peserta tidak lagi layak membuat tuntutan.

Page 15: Salinan Kepada - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) · PDF file1.7 Kelulusan khas yang perlu dipatuhi oleh semua Ketua Jabatan. ... sekolah menengah sehingga tingkatan 5; ... latihan

12

22. Pengangkutan secara berkumpulan ke tempat tugas rasmi atau kursus hendaklah diaturkan bagi menjimatkan kos tuntutan perjalanan.

23. Bilangan urus setia hendaklah diminimumkan dan bersesuaian

dengan program yang dijalankan. 24. Selaras dengan pengumuman langkah penjimatan perbelanjaan

sektor awam di dalam PP Bil. 2 Tahun 2014, Ketua Jabatan hendaklah mengambil inisiatif untuk mengurangkan penyediaan makan dan minum, penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.

25. Kegagalan dan ketidakpatuhan kepada peraturan seperti ditetapkan boleh menyebabkan tindakan surcaj atau tatatertib atau kedua-duanya sekali ke atas Ketua Jabatan dan/atau pegawai-pegawai yang bertanggungjawab.

PENGECUALIAN 26. Sebarang pengecualian daripada peraturan yang telah ditetapkan

melalui SPK ini hendaklah disertakan dengan justifikasi kukuh yang disahkan oleh Ketua Jabatan untuk mendapatkan kelulusan khas Pegawai Pengawal atau Perbendaharaan Malaysia melalui Bahagian Kewangan, KPM.

TARIKH KUATKUASA 27. SPK ini berkuat kuasa mulai tarikh ia dikeluarkan.

28. SPK ini hendaklah dibaca bersekali dengan pekeliling-pekeliling

yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

Page 16: Salinan Kepada - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) · PDF file1.7 Kelulusan khas yang perlu dipatuhi oleh semua Ketua Jabatan. ... sekolah menengah sehingga tingkatan 5; ... latihan
Page 17: Salinan Kepada - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) · PDF file1.7 Kelulusan khas yang perlu dipatuhi oleh semua Ketua Jabatan. ... sekolah menengah sehingga tingkatan 5; ... latihan

14

4. Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), KPM 5. Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Pelajaran), KPM 6. Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Pengajian Tinggi), KPM

7. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran

Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan, KPM 8. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran

Sektor Operasi Pendidikan, KPM 9. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran

Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan, KPM

10. Pengarah Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT)

11. Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik 12. Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti 13. Ketua Akauntan, Bahagian Akaun, KPM 14. Setiausaha Bahagian, Audit Dalam, KPM

15. Setiausaha Bahagian, Audit Sekolah, KPM 16. Ketua Unit Integriti, KPM

Luar 1. Ketua Setiausaha Perbendaharaan

2. Ketua Audit Negara 3. Akauntan Negara Malaysia

4. Semua Pengarah Jabatan Akauntan Negeri/Cawangan

Page 18: Salinan Kepada - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) · PDF file1.7 Kelulusan khas yang perlu dipatuhi oleh semua Ketua Jabatan. ... sekolah menengah sehingga tingkatan 5; ... latihan

LAMPIRAN A

KADAR KELAYAKAN

MAKAN DAN

PENGINAPAN UNTUK

PEGAWAI

Page 19: Salinan Kepada - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) · PDF file1.7 Kelulusan khas yang perlu dipatuhi oleh semua Ketua Jabatan. ... sekolah menengah sehingga tingkatan 5; ... latihan

Lampiran A SPK Bil. 1 Tahun 2014

M H M + HSiling

Dalaman KPM (RM)

M H M + HSiling

Dalaman KPM (RM)

Utama / Khas 'A' ke atas 115 S/S 115 + S/S 165 S/S 165 + S/SJusa B, Jusa C 100 B/S 100 + B/S 130 B/S 130 + B/S

Gred 53 - 54 85 B/B 85 + B/B 115 B/B 115 + B/B

Gred 45 - 52 60 180 240 80 200 280Gred 41 - 44 45 160 205 65 170 235Gred 27 - 40 40 140 180 55 160 215

Gred 17 - 26 40 130 170 55 150 205

Gred 1 - 16 35 120 155120

(triple)50 140 190

130 (triple)

M H M + HSiling

Dalaman KPM (RM)

M H M + HSiling

Dalaman KPM (RM)

Utama / Khas 'A' ke atas 90 B/B 90 + B/B 120 B/B 120 + B/BJusa B, Jusa C 90 B/B 90 + B/B 120 B/B 120 + B/B

Gred 53 - 54 70 B/B 70 + B/B 90 B/B 90 + B/B

Gred 45 - 52 60 145 205 80 160 240Gred 41 - 44 45 130 175 65 140 205Gred 17 - 40 40 80 120 55 100 155

Gred 1 - 16 35 65 10095

(triple)50 80 130

110 (triple)

Makan sahaja ( < 25 KM ) 15 - - 15 --

S/S = STANDARD SUITE M = MAKANB/S = BILIK SUPERIOR H = HOTELB/B = BILIK BIASA M + H = MAKAN + HOTEL

KADAR KELAYAKAN KURSUS SAHAJA ( MENGIKUT PP. BIL. 3/2005 PERENGGAN 4.2.1 )

220 (single)

150 (double)

170 (double)

GRED PEGAWAI

KADAR TUNTUTAN MENJALANKAN LATIHAN MENGIKUT

KURSUS / SEMINAR / BENGKEL / LAWATAN SAMBIL BELAJAR / KEM / KEJOHANAN

PEKELILING PERBENDAHARAAN 3/2005

SEMENANJUNG SABAH / SARAWAK / LABUAN

120 (double)

145 (double)

180 (single)

190 (single)

KADAR KELAYAKAN MAKAN DAN PENGINAPAN UNTUK PEGAWAI

GRED PEGAWAI

KADAR TUNTUTAN MENJALANKAN TUGAS RASMI MENGIKUT

PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 3/2003 & SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN 8/2010

MESYUARAT / TAKLIMAT / BENGKEL KERJA / PERSIDANGAN / KONVENSYEN

SEMENANJUNG SABAH / SARAWAK / LABUAN

200 (single)

Page 20: Salinan Kepada - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) · PDF file1.7 Kelulusan khas yang perlu dipatuhi oleh semua Ketua Jabatan. ... sekolah menengah sehingga tingkatan 5; ... latihan

LAMPIRAN B

KADAR KELAYAKAN

MAKAN DAN

PENGINAPAN UNTUK

PMURID/PELAJAR

DALAM DAN LUAR

NEGARA

Page 21: Salinan Kepada - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) · PDF file1.7 Kelulusan khas yang perlu dipatuhi oleh semua Ketua Jabatan. ... sekolah menengah sehingga tingkatan 5; ... latihan

Lampiran B SPK Bil. 1 Tahun 2014

MAKAN (RM)

HOTEL (RM)

DORM (RM)

MAKAN (RM)

HOTEL (RM)

DORM (RM)

KURANG DARI 13 TAHUN

16 50 20 20 50 20

13 TAHUN DAN KE ATAS

20 70 20 25 70 20

Rujukan :1. Surat Perbendaharaan KK/BP/WAI 12/547/1 Jld.9 s.k12/2013(3)

spt

SABAH / SARAWAK / LABUAN

KADAR KELAYAKAN MAKAN DAN PENGINAPAN UNTUK MURID/PELAJARDALAM DAN LUAR NEGARA

HAD UMUR

SEMENANJUNG

Page 22: Salinan Kepada - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) · PDF file1.7 Kelulusan khas yang perlu dipatuhi oleh semua Ketua Jabatan. ... sekolah menengah sehingga tingkatan 5; ... latihan

LAMPIRAN C

SENARAI SEMAK BAGI

PERMOHONAN

KELULUSAN KHAS

MELIBATKAN SELAIN

PENJAWAT AWAM

Page 23: Salinan Kepada - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) · PDF file1.7 Kelulusan khas yang perlu dipatuhi oleh semua Ketua Jabatan. ... sekolah menengah sehingga tingkatan 5; ... latihan

Lampiran C SPK Bil. 1 Tahun 2014

ADA TIADA (√) (x)

1)

2)

i. Nama Program

ii. Tarikh Program

iii. Tempat Program

iv. Jadual Program

v. Justifikasi program

vi. Senarai peserta terlibat

3)

i. Nama Jurulatih/Konsultan/Penceramah/Fasilitator

ii. Resume individu yang terperinci / Profail syarikat (mana berkaitan)

iii. Justifikasi pelantikan Jurulatih/Konsultan/Penceramah/Fasilitator

iv. Tempoh perkhidmatan (jam/hari)

v. Sebutharga / Perincian Kos Terperinci :

a. Kadar Bayaran Elaun Jurulatih/Konsultan/Penceramah/Fasilitator

b. Kos Bahan dan Peralatan

c. Tuntutan perjalanan, makan/minum dan penginapan (jika ada)

vi.Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang perkhidmatan di bawah kod kepala/sub-kepala : 220502 - Tenaga Pengajar (disahkan)

4)

i. Nama penuh

ii. Nama organisasi

iii. Gred yang setara dengan penjawat awam

iv. Justifikasi penglibatan peserta

5) Lain-lain :

Kertas Cadangan Program (termasuk maklumat seperti berikut :)

Maklumat Jurulatih/Konsultan/Penceramah/Fasilitator

SENARAI SEMAK BAGI PERMOHONAN KELULUSAN KHAS MELIBATKAN SELAIN PENJAWAT AWAM

NAMA JABATAN :

NAMA PROGRAM :

TARIKH :

TEMPAT :

Maklumat Peserta Selain Penjawat Awam

BIL. PERKARA

Surat iringan daripada dari Ketua Jabatan

Tarikh Tarikh

Sila nyatakan sama ada program ini melibatkan kemudahan pakej penginapan dan makan/minum ?

Disediakan oleh :- Disahkan oleh :-Tandatangan Tandatangan Nama Nama Jawatan Jawatan

Ya Tidak

Page 24: Salinan Kepada - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) · PDF file1.7 Kelulusan khas yang perlu dipatuhi oleh semua Ketua Jabatan. ... sekolah menengah sehingga tingkatan 5; ... latihan

LAMPIRAN D

ZON PELAKSANAAN

PAKEJ

Page 25: Salinan Kepada - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) · PDF file1.7 Kelulusan khas yang perlu dipatuhi oleh semua Ketua Jabatan. ... sekolah menengah sehingga tingkatan 5; ... latihan

Lampiran D SPK Bil. 1 Tahun 2014

BIL NEGERI ZON UTAMA

1 PERLIS Perlis, Kedah dan Pulau Pinang

2 KEDAH Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Taiping

3 PULAU PINANG Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Taiping dan Ipoh

4 PERAKPerak, Kedah, Pulau Pinang, W.P Kuala Lumpur, Selangor dan

Cameron Highlands

5 SELANGORSelangor, W.P Kuala Lumpur, W.P Putrajaya, Negeri Sembilan, Cameron Highlands, Ipoh, Pulau Pangkor dan Genting Highlands

6 W.P KUALA LUMPUR / PUTRAJAYAW.P Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Ipoh dan

Genting Highlands

7 NEGERI SEMBILANNegeri Sembilan, Selangor, Melaka, W.P Putrajaya dan W.P Kuala

Lumpur

8 MELAKAMelaka, Johor, Negeri Sembilan, W.P Putrajaya dan W.P Kuala

Lumpur

9 JOHOR Johor, Negeri Sembilan dan Melaka

10 PAHANG Pahang, Terengganu, W.P Kuala Lumpur dan Mersing

11 TERENGGANU Terengganu, Kelantan dan Pahang

12 KELANTAN Kelantan, Terengganu dan Pahang

13 SABAH Sabah dan W.P labuan

14 SARAWAK Sarawak

15 W.P LABUAN W.P Labuan, Kota Kinabalu, Miri dan Limbang

ZON PELAKSANAAN PAKEJ

Page 26: Salinan Kepada - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) · PDF file1.7 Kelulusan khas yang perlu dipatuhi oleh semua Ketua Jabatan. ... sekolah menengah sehingga tingkatan 5; ... latihan

LAMPIRAN E

JADUAL KUASA DAN

TUGAS PERWAKILAN

KUASA PEGAWAI

PENGAWAL KPM BAGI

PENGURUSAN

PEROLEHAN

PERKHIDMATAN

PAKEJ (RUNDINGAN

TERUS) KPM

Page 27: Salinan Kepada - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) · PDF file1.7 Kelulusan khas yang perlu dipatuhi oleh semua Ketua Jabatan. ... sekolah menengah sehingga tingkatan 5; ... latihan
rozawati.idris
Typewritten Text
Lampiran E SPK Bil. 1 Tahun 2014
Page 28: Salinan Kepada - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) · PDF file1.7 Kelulusan khas yang perlu dipatuhi oleh semua Ketua Jabatan. ... sekolah menengah sehingga tingkatan 5; ... latihan
rozawati.idris
Typewritten Text
Lampiran E SPK Bil. 1 Tahun 2014
Page 29: Salinan Kepada - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) · PDF file1.7 Kelulusan khas yang perlu dipatuhi oleh semua Ketua Jabatan. ... sekolah menengah sehingga tingkatan 5; ... latihan
rozawati.idris
Typewritten Text
Lampiran E SPK Bil. 1 Tahun 2014
Page 30: Salinan Kepada - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) · PDF file1.7 Kelulusan khas yang perlu dipatuhi oleh semua Ketua Jabatan. ... sekolah menengah sehingga tingkatan 5; ... latihan
rozawati.idris
Typewritten Text
Lampiran E SPK Bil. 1 Tahun 2014
Page 31: Salinan Kepada - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) · PDF file1.7 Kelulusan khas yang perlu dipatuhi oleh semua Ketua Jabatan. ... sekolah menengah sehingga tingkatan 5; ... latihan
rozawati.idris
Typewritten Text
Lampiran E SPK Bil. 1 Tahun 2014
Page 32: Salinan Kepada - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) · PDF file1.7 Kelulusan khas yang perlu dipatuhi oleh semua Ketua Jabatan. ... sekolah menengah sehingga tingkatan 5; ... latihan
rozawati.idris
Typewritten Text
Lampiran E SPK Bil. 1 Tahun 2014
Page 33: Salinan Kepada - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) · PDF file1.7 Kelulusan khas yang perlu dipatuhi oleh semua Ketua Jabatan. ... sekolah menengah sehingga tingkatan 5; ... latihan

LAMPIRAN F

TANGGUNGJAWAB

JAWATANKUASA

PENILAIAN BAGI

PAKEJ LATIHAN DAN

MAJLIS/ACARA RASMI

KERAJAAN

Page 34: Salinan Kepada - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) · PDF file1.7 Kelulusan khas yang perlu dipatuhi oleh semua Ketua Jabatan. ... sekolah menengah sehingga tingkatan 5; ... latihan

Lampiran F SPK Bil. 1 Tahun 2014

Tanggungjawab Jawatankuasa Penilaian bagi Pakej Latihan dan Majlis /Acara

Rasmi Kerajaan

i. Tanggungjawab Jawatankuasa Penilaian bagi Pakej Latihan adalah seperti

berikut:

a. Memastikan perolehan pakej adalah mematuhi peraturan yang

berkuatkuasa dari semasa ke semasa;

b. Menilai kemampuan penyedia kemudahan latihan dengan mengambil kira

faktor-faktor seperti syarat pembayaran, kadar pembayaran, tempoh

diskaun, harga pasaran terbuka, keupayaan penyedia kemudahan latihan

dan lain-lain kriteria yang ditetapkan oleh Agensi. Perbandingan antara

satu tawaran penyedia kemudahan latihan dengan tawaran penyedia

kemudahan latihan yang lain hendaklah dibuat berasaskan kepada faktor

atau unsur yang sama (equal footing); dan

c. Memperakukan kepada pihak berkuasa melulus, penyedia kemudahan

latihan yang layak berdasarkan tawaran yang terbaik dari segi harga dan

kualiti mengikut keperluan Agensi.

ii. Tanggungjawab Jawatankuasa Penilaian bagi Majlis /Acara Rasmi Kerajaan

adalah seperti berikut:

a. Memastikan perolehan pakej adalah mematuhi peraturan yang

berkuatkuasa dari semasa ke semasa;

b. Menilai kemampuan syarikat/hotel/pusat konvensyen dengan mengambil

kira faktor-faktor seperti syarat dan kadar pembayaran, diskaun, harga

pasaran terbuka, keupayaan penyedia kemudahan dan lain-lain kriteria

yang ditetapkan oleh Agensi. Perbandingan antara satu tawaran dengan

tawaran yang lain hendaklah dibuat berasaskan kepada faktor atau unsur

yang sama (equal footing); dan

c. Memperakukan pemilihan syarikat/hotel/pusat konvensyen yang layak

kepada pihak berkuasa melulus berdasarkan tawaran yang terbaik dari

segi harga dan kualiti mengikut keperluan Agensi.

Page 35: Salinan Kepada - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) · PDF file1.7 Kelulusan khas yang perlu dipatuhi oleh semua Ketua Jabatan. ... sekolah menengah sehingga tingkatan 5; ... latihan

LAMPIRAN G

BORANG

PERMOHONAN

PENYEDIAAN

KEMUDAHAN SECARA

PAKEJ

Page 36: Salinan Kepada - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) · PDF file1.7 Kelulusan khas yang perlu dipatuhi oleh semua Ketua Jabatan. ... sekolah menengah sehingga tingkatan 5; ... latihan

1

Lampiran G SPK Bil. 1 Tahun 2014

( BORANG KEW - Pakej )

PERINGATAN : Sila baca Surat Pekeliling Kewangan Bil.1 Tahun 2014 dengan

teliti sebelum permohonan ini dilengkapkan

PERMOHONAN PENYEDIAAN KEMUDAHAN SECARA PAKEJ

BAHAGIAN 1

1. Nama Jabatan/Agensi:

2. Program:

3. Tarikh/Tempat:

4. Justifikasi permohonan:

5. Jadual Program:(Sila sertakan nama penceramah bagi setiap sesi/slot untuk

program latihan)

6. Nyatakan jumlah peserta (6.1) dan bilangan bilik (6.2) dalam petak yang

berkenaan. (Sila kembarkan salinan tawaran/sebut harga/Sijil Pendaftaran

Kontraktor yang telah disahkan).

6.1. Penyediaan makan sahaja:

RM Seorang sehari

6.2. Penyediaan makan dan penginapan:

Seorang - RM Seorang sehari

Berdua - RM Seorang sehari

6.3. Pengangkutan:

Nyatakan : Tuntutan elaun perjalanan mengikut Arahan

Perbendaharaan atau peraturan yang berkuatkuasa.

Page 37: Salinan Kepada - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) · PDF file1.7 Kelulusan khas yang perlu dipatuhi oleh semua Ketua Jabatan. ... sekolah menengah sehingga tingkatan 5; ... latihan

2

6.4 Sewaan :

OS PERUNTUKAN

DITERIMA

BAKI PADA TARIKH PERMOHONAN

TERMASUK TANGGUNGAN

OS 24000

6.5 Tuntutan perjalanan:

OS PERUNTUKAN

DITERIMA

BAKI PADA TARIKH PERMOHONAN

TERMASUK TANGGUNGAN

OS 21000

7. Sumber Kewangan :

7.1 Nama Aktiviti/Penaja :

7.2 Pusat Tanggungjawab :

OS PERUNTUKAN

DITERIMA

BAKI PADA TARIKH PERMOHONAN

TERMASUK TANGGUNGAN

KOS PAKEJ

OS 29000

OS 42000

JUMLAH KOS PAKEJ

BAHAGIAN II

(PENGESAHAN UNIT KEWANGAN)

8. Saya mengesahkan bahawa butir-butir kewangan seperti di para 7 di

atas adalah benar dan mencukupi bagi menampung kos pakej yang

dipohon.

Tarikh: Tandatangan:

Nama:

Jawatan:

Cop Jabatan:

Page 38: Salinan Kepada - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) · PDF file1.7 Kelulusan khas yang perlu dipatuhi oleh semua Ketua Jabatan. ... sekolah menengah sehingga tingkatan 5; ... latihan

3

BAHAGIAN III

(PENGESAHAN)

( Pengurusan & Profesional / Ketua Jabatan )

9. Saya mengesahkan bahawa butir-butir yang dinyatakan di atas adalah

benar dan permohonan ini memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Di

samping itu saya juga mengesahkan bahawa latihan/majlis/acara rasmi

Kerajaan ini perlu diadakan selaras dengan Sasaran Kerja Utama/Sasaran

Kerja Tahunan yang ditetapkan.

Tarikh: Tandatangan:

Nama:

Jawatan:

Cop Jabatan:

BAHAGIAN IV

10. Keputusan:

Diluluskan / Tidak diluluskan

No. Rujukan:

Program:

Tempat:

Tarikh: Hingga:

Kos Pakej: RM

Tarikh: Tandatangan:

Nama:

Jawatan:

Cop Jabatan:

Page 39: Salinan Kepada - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) · PDF file1.7 Kelulusan khas yang perlu dipatuhi oleh semua Ketua Jabatan. ... sekolah menengah sehingga tingkatan 5; ... latihan

LAMPIRAN H

SENARAI SEMAK BAGI

PERMOHONAN

PENYEDIAAN

KEMUDAHAN SECARA

PAKEJ

Page 40: Salinan Kepada - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) · PDF file1.7 Kelulusan khas yang perlu dipatuhi oleh semua Ketua Jabatan. ... sekolah menengah sehingga tingkatan 5; ... latihan

Lampiran H SPK Bil. 1 Tahun 2014

ADA TIADA (√) (x)

1

2

i. Nama / tarikh / tempat program

ii. Justifikasi permohonan yang jelas

iii. Sumber kewangan diisi selengkapnya

iv. Pengesahan Unit Kewangan

v. Pengesahan Ketua Jabatan/Timbalan atau yang setaraf dengannya

3

i. Senarai nama disusun ikut kekananan

ii. Nyatakan sekiranya melibatkan urus setia/penceramah/fasilitator

4

5

6 Salinan Minit Jawatankuasa Penilaian Pakej

7

8

9

10

Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang perkhidmatan di bawah kod kepala/sub-kepala yang berkaitan bagi perolehan perkhidmatan secara pakej

SENARAI SEMAK BAGI PERMOHONAN PENYEDIAAN KEMUDAHAN SECARA PAKEJ

NAMA JABATAN :

NAMA PROGRAM :

TARIKH :

TEMPAT :

BIL. PERKARA

Salinan sebutharga hotel yang disahkan

Salinan Minit Jawatankuasa Sebut Harga bagi nilai keseluruhan pakej melebihi RM50,000 sehingga RM500,000

Salinan Minit Lembaga Perolehan bagi nilai keseluruhan pakej melebihi RM500,000

Jadual program yang terperinci

Jadual Perbandingan Kelayakan Pegawai

Borang KEW-Pakej sebanyak 1 salinan yang lengkap iaitu:-

Surat iringan daripada pemohon

Tarikh Tarikh

Salinan surat kelulusan khas Perbendaharaan/Bkew bagi pakej yang melibatkan selain penjawat awam atau perkhidmatan konsultan

Disediakan oleh :- Disahkan oleh :-Tandatangan Tandatangan Nama Nama Jawatan Jawatan

Page 41: Salinan Kepada - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) · PDF file1.7 Kelulusan khas yang perlu dipatuhi oleh semua Ketua Jabatan. ... sekolah menengah sehingga tingkatan 5; ... latihan

LAMPIRAN I

CARTA ALIR BAGI

PENYEDIAAN DAN

PERMOHONAN PAKEJ

Page 42: Salinan Kepada - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) · PDF file1.7 Kelulusan khas yang perlu dipatuhi oleh semua Ketua Jabatan. ... sekolah menengah sehingga tingkatan 5; ... latihan

Lampiran I SPK Bil. 1 Tahun 2014

CARTA ALIR BAGI PENYEDIAAN DAN PERMOHONAN PAKEJ

PERMOHONAN PAKEJ SEBELUM PERMOHONAN PAKEJ

Mula

Tidak

Tidak

Ya

Perancangan Pakej

Perakuan Jawatankuasa Penilaian Pakej

Diperaku?

Ya

Kajian Pasaran

Tamat

Perakuan Kuasa Melulus Perolehan Pakej

Lulus?

Surat Kelulusan

dikeluarkan

Penyediaan Borang KEW-Pakej dan

kelulusan/ dokumen-dokumen lain yang

diperlukan

Dikemukakan kepada Pegawai Pelulus

Pakej

Lengkap? Tidak

Ya

Surat Tolak

dikeluarkan

Dikemukakan kepada Pegawai Penyemak

di Bahagian/Jabatan yang melulus

Tamat

Lulus?

Page 43: Salinan Kepada - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) · PDF file1.7 Kelulusan khas yang perlu dipatuhi oleh semua Ketua Jabatan. ... sekolah menengah sehingga tingkatan 5; ... latihan

LAMPIRAN J

LAPORAN BULANAN

PEROLEHAN PAKEJ

MAJLIS/ACARA RASMI

KERAJAAN DAN

LATIHAN SERTA

AKTIVITI

MURID/PELAJAR

Page 44: Salinan Kepada - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) · PDF file1.7 Kelulusan khas yang perlu dipatuhi oleh semua Ketua Jabatan. ... sekolah menengah sehingga tingkatan 5; ... latihan

Lam

pir

an J

SP

K B

il. 1

Tah

un

201

4

BA

HA

GIA

N /

JAB

AT

AN

:B

UL

AN

/ T

AH

UN

:P

EG

AW

AI P

EL

UL

US

:S

EN

AR

AI P

AK

EJ

: LU

LUS

/ T

OLA

K /

BA

TA

L¹ BIL

IK

SE

OR

AN

GB

ILIK

B

ER

KE

MB

AR

OS

210

00O

S 2

4000

OS

290

00O

S 4

2000

OS

210

00O

S 2

9000

OS

420

00

OS

240

00O

S 2

9000

OS

420

00

OS

210

00O

S 2

4000

OS

290

00O

S 4

2000

Nam

a:N

ama:

Jaw

atan

:Ja

wat

an:

No

. Tel

:

No

ta :

¹ S

ila s

edia

kan

lapo

ran

seca

ra b

eras

inga

n se

pert

i ber

ikut

:(1)

Pak

ej lu

lus

(2)

Pak

ej to

lak

(3)

Pak

ej b

atal

;

³ S

ila n

yata

kan

jum

lah

kos

pake

j pen

gina

pan/

mak

an a

tau

kedu

a-du

anya

dan

lain

-lain

per

bela

njaa

n ya

ng te

rliba

t (se

pert

i sew

aan

dew

an/

bili

k m

esyu

arat

, pen

yew

aan

pera

lata

n da

n ke

mud

ahan

-kem

udah

an la

in y

ang

berk

aita

n);

⁴ Sila nya

taka

n ju

stifi

kasi

akt

iviti

term

asuk

tuju

an a

ktiv

iti d

iada

kan,

pes

erta

-pes

erta

yan

g te

rliba

t, ju

stifi

kasi

pem

iliha

n te

mpa

t akt

iviti

dan

lain

-lain

.*

Sila

kem

ukak

an la

pora

n bu

lana

n in

i ke

Bah

agia

n K

ewan

gan

pada

set

iap

15 h

arib

ulan

bul

an b

erik

utny

a. (

Sila

lam

pirk

an s

ecar

a be

rasi

ngan

sek

irany

a ru

ang

tidak

men

cuku

pi)

LA

PO

RA

N B

UL

AN

AN

PE

RO

LE

HA

N P

AK

EJ

MA

JLIS

/AC

AR

A R

AS

MI K

ER

AJA

AN

DA

N L

AT

IHA

N S

ER

TA

AK

TIV

ITI M

UR

ID /

PE

LA

JAR

² S

ila n

yata

kan

jum

lah

kada

r ke

laya

kan

pese

rta

(pen

gina

pan/

mak

an)

berd

asar

kan

SP

K B

il.1

Tah

un 2

014;

BIL

AN

GA

NP

ES

ER

TA

(P

) /

UR

US

ET

IA (

U)

/ P

EN

CE

RA

MA

H (

PC

)

KA

DA

R /

BIL

AN

GA

N ²

PE

RU

NT

UK

AN

D

ILU

LU

SK

AN

(R

M)

BA

KI

(RM

)K

OS

PA

KE

J³ 

(RM

)

Dis

ahka

n o

leh

Peg

awai

Pel

ulu

s

BIL

NA

MA

P

RO

GR

AM

TA

RIK

H /

TE

MP

OH

JUS

TIF

IKA

SI P

RO

GR

AM⁴

Dis

edia

kan

ole

h

JUM

LA

H K

ES

EL

UR

UH

AN

=