ciri seorang kaunselor

15
CIRI-CIRI EFEKTIF CIRI-CIRI EFEKTIF SEORANG KAUNSELOR SEORANG KAUNSELOR Kaunselor mestilah mempunyai ciri-ciri yang profesional dalam mengendalikan kes. Dalam menjalankan kes, proses kaunseling yang berkesan telah dikenalpasti mempunyai kaitan dengan sifat-sifat kaunselor yang memiliki kemahiran-kemahiran kaunseling. Perhubungan kaunselor tidak dapat dipisahkan daripada ciri-ciri personaliti kaunselor yang merupakan gaya dan tahap kefungsian kaunselor iaitu mesra, jujur, menerima tanpa syarat dan berempati.

Upload: nfaf82

Post on 14-Jul-2016

203 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

Ciri penting seorang kaunselor

TRANSCRIPT

Page 1: Ciri Seorang Kaunselor

CIRI-CIRI EFEKTIF SEORANG CIRI-CIRI EFEKTIF SEORANG KAUNSELORKAUNSELORKaunselor mestilah mempunyai ciri-ciri

yang profesional dalam mengendalikan kes. Dalam menjalankan kes, proses kaunseling yang berkesan telah dikenalpasti mempunyai kaitan dengan sifat-sifat kaunselor yang memiliki kemahiran-kemahiran kaunseling.  

Perhubungan kaunselor tidak dapat dipisahkan daripada ciri-ciri personaliti kaunselor  yang merupakan gaya dan tahap kefungsian kaunselor iaitu mesra, jujur, menerima tanpa syarat dan berempati.

Page 2: Ciri Seorang Kaunselor

CIRI-CIRI KAUNSELOR YANG CIRI-CIRI KAUNSELOR YANG EFEKTIFEFEKTIFMempunyai kesedaran

kendiri ;Kaunselor sepatutnya berterusan membentuk kesedaran nilai dan perasaan utk terus berkembang

Mempunyai minat;kaunselor menunjukkan minat dengan perkara yg berlaku dan pengetahuan mengenai budaya lain

Pengetahuan dan kemahiran; sentiasa menambahbaik pengetahuan

Page 3: Ciri Seorang Kaunselor

Zainal Abidin dan Wan Abdul Kader Wan Ahmad (2004) menggariskan ciri-ciri kaunselor yang efektif seperti di bawah :-

Kepercayaan bahawa klien adalah individu yang unik dan berharga

Kepercayaan bahawa kliennya berkeupayaan untuk berubah

Memahami dan mengetahui bagaimana individu yang efektif   berfungsi.

Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk membantu individu yang terbatas perfungsiannya

Mempunyai kesanggupan melibatkan dirinya dalam  proses interpersonal

Mengenal diri sendiri dan kemahiran yang ada serta batasannya.

Page 4: Ciri Seorang Kaunselor

Rogers (1942) berpendapat kaunselor perlu mempunyai ciri seperti berikut :-

Bersifat sensitif kepada perhubungan manusia

Bersikap objektif Menghargai, menghormati individu

serta mempunyai keupayaandan kesediaan untuk menerima klien.

Memberi kebebasan kepada klien mencari jalan penyelesaiansendiri

Memahami diri sendiri dan juga limitasi emosi dan kekurangan

Mengetahui tingkah laku manusia

Page 5: Ciri Seorang Kaunselor

Menurut Stewart et al (1978), kecekapan profesional kaunselor  boleh dibahagikan kepada beberapa komponen. Komponen-komponen tersebut adalah seperti berikut;

Page 6: Ciri Seorang Kaunselor
Page 7: Ciri Seorang Kaunselor

Mohd Noor Saper(2006) menyarankan sifat-sifat yang perlu ada pada kaunselor:

IKHLAS yang dimaksudkan ialah niat untuk membantu klien semata-mata kerana Allah SWT, untuk memenuhi tuntutan agama dan mencari keredhaan Allah SWT semata-mata. Melalui  keikhlasan inilah yang akan menjadikan segala usaha yang dilakukan menjadi ibadah dan akan beroleh kebaikan kepada kaunselor dan klien.

Page 8: Ciri Seorang Kaunselor

BERTAKWA

Firman Allah SWT yang bermaksud:“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu

kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam”.

                                                                        (Ali Imran:102)Pengertian takwa yang diberikan oleh Dr Abdullah Nasih

Ulwan dengan merujuk ulama ‘rabbaniyun’, iaitu takut akan seksaan Allah SWT dengan memperbaik amal dan takut  akan Allah SWT, sama ada secara bersendirian ataupun secara beramai-ramai.

Perasaan takwa ini bertindak sebagai pengawas yang  memastikan bahawa niat, proses juga intervensi dan pertolongan yang dilakukan oleh kaunselor semasa sesi kaunseling menepati kehendak Allah SWT. Justeru, kaunselor  muslim tidak terjerumus melakukan perkara yang melanggar etika dan adab ketika melakukan sesi kaunseling.

Page 9: Ciri Seorang Kaunselor

 PERASAAN BERTANGGUNGJAWAB INDIVIDU

Firman Allah SWT yang bermaksud:“….dan sesungguhnya kamu akan ditanya kelak tentang apa

yang telah kamu kerjakan.”                                                                        (An-Nahl:93)

Kaunselor muslim mestilah menyedari dan memahami bahawa setiap niat, perbuatan dan amalannya dalam proses kaunseling akan dipertanggungjawabkan dalam bentuk ganjaran atau balasan daripada Allah SWT.  Hal ini akan menjadi pendorong dan penguat bagi kaunselor muslim untuk memastikan segala perkhidmatan dan pertolongan yang diberikan adalah benar dan terbaik dan mendapat keredhaan Allah semata-mata. 

 Oleh itu, seseorang kaunselor muslim mestilah mempunyai iltizam dan iktikad yang tinggi untuk menjayakan tugas-tugasnya dan sentiasa berlapang dada untuk membantu sesiapa sahaja tanapa mengira tempat, masa, latar belakang klien dan sebagainya.

Page 10: Ciri Seorang Kaunselor

BERILMU PENGETAHUAN DAN TERLATIHAgama Islam memandang tinggi kepada

orang yang berilmu pengetahuan kerana mereka dapat membezakan antara perkara yang haq (benar) dan batil(salah), perkara yang halal dan haram, perkara yang mendatangkan manfaat dan mudarat, juga perkara yang mendatangkan kebaikan di dunia dan di akhirat.

seorang kaunselor muslim sewajarnya mempunyai dan menguasai ilmu yang berkaitan dengan bidangnya, iaitu bimbingan dan kaunseling.  Sehubungan dengan itu, para kaunselor perlu sentiasa meningkatkan pengetahuan dan latihan dalam bidang kaunseling. 

Page 11: Ciri Seorang Kaunselor

BERSOPAN SANTUN DAN BERADAB

Firman Allah SWT yang bermaksud:“Oleh sebab rahmat Tuhan, engkau bersikap lemah

lembut terhadap mereka, dan kiranya engkau berbudi kasar dan berhati bengis, nescaya mereka akan lari dari sekelilingmu.”

                                                                (Ali Imran:159)

Berdasarkan maksud Al Quran di atas seandainya kita tidak bersikap baik dan bengis, manusia akan menjauhkan diri.  Oleh itu  bersopan santun dan beradap ketika melayan klien merupakan kunci utama untuk menambat hati dan meningkatkan kesediaan klien untuk menjalani sesi kaunseling.  Selain itu, akan menambahkan keyakinan dan memudahkan pembinaan hubungan dalam proses kaunseling.

Page 12: Ciri Seorang Kaunselor

Adawiyah Ismail (2008), merumuskan etika kaunselor Islam berdasarkan syarak seperti berikut:

Kaunseling ialah satu amanah. Oleh itu, kaunselor mestilah merahsiakan keaiban klien. Sebarang kenyataan berkaitannya hanya boleh dilakukan dengan mendapatkan persetujuan rasmi daripadanya.

Tidak boleh melakukan kaunseling di tempat yang boleh menimbulkan syak wasangka atau mendatangkan fitnah

Kaunselor lelaki hendaklah menghadkan sesi dengan klien lelaki, dan begitu juga dengan kaunselor perempuan.  Dalam hal darurat, klien perempuan boleh mendapat nasihat daripada kaunselor lelaki tetapi mestilah disertai dengan kaunselor perempuan atau mahram klien tersebut

Page 13: Ciri Seorang Kaunselor

Sesi kaunseling mestilah berpandukan prinsip-prinsip yang di benarkan oleh syarak.

Menyatakan dengan terus –terang kepada klien sekiranya kaunselor tidak mampu untuk membantu klien.  Kaunselor menyarankan seseorang yang lebih kanan atau pakar dalam isu yang dihadapi oleh klien.

Page 14: Ciri Seorang Kaunselor

Berusaha menghindari kerosakkan terlebih dahulu kemudian barulah mencari jalan untuk memperbaikinya.

Sekiranya kaunselor berhadapan dengan dua kemudharatan, ambil kemudharatan yang lebih ringan.

Pemilihan kemudharatan ini mempunyai hadnya dan kadarnya, iaitu sekiranya tidak dilakukan pencegahan akan berlaku kerosakan.  Pencegahan pula sekadar yang diperlukan (berdasarkan prinsip hukum fiqah sesuatu yang disabitkan kerana darurat atau hajat ditentukan oleh hukum menurut keperluan.)

Apabila bertemu dengan perkara yang halal atau haram pilihlah perkara yang halal.

Page 15: Ciri Seorang Kaunselor

Menyatakan kepada klien bahawa manusia hanya mampu berusaha, tetapi ketentuannya datang daripada Allah SWT.  Oleh itu, keputusan hendaklah disertai dengan doa semoga diberkati dan mendapat petunjuk daripada Allah SWT.

Menganjurkan kepada klien untuk solat  isthikarah sekiranya klien sukar untuk membuat keputusan.

 Menggalakkan klien supaya sentiasa bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah SWT.