sains kebakaran

15
KIMIA KEBAKARAN PENGENALAN Kimia kebakaran ataupun sains kebakaran adalah satu mata pelajaran yang mengkaji berkenaan dengan asal usul sesuatu kebakaran, sifat-sifat api , punca-punca kebakaran, kemerebakan kebakaran serta tindakan yang harus diambil bagi mengelakkan kebakaran serta memadamkan kebakaran. Api semasa kecil menjadi kawan dan besar menjadi lawan yang ganas “. Sebelum anda melindungi harta dan nyawa anda daripada kebakaran serta ingin memadamnya, anda haruslah mengetahui tentang kebakaran itu sendiri kerana ia akan memudahkan pemadaman kebakaran yang dilakukan. Kebakaran adalah hasil tindak balas kimia yang melibatkan 3 eleman iaitu Haba, Bahan api, Oksigen. Kebakaran terjadi daripada tindak balas pengoksidaan ataupun tindak balas kimia yang pantas. Unsur-unsur yang terlibat dalam tindak balas ialah bahan api oksigen dan haba. Jika kurang satu daripada unsur di atas maka kebakaran itu tidak akan berlaku. Hasil daripada gabungan tindak balas ini maka BUSHRA BINTI AB JALIL Page 1

Upload: asrar

Post on 15-Nov-2015

817 views

Category:

Documents


136 download

DESCRIPTION

edited

TRANSCRIPT

KIMIA PEMBAKARAN

KIMIA KEBAKARANPENGENALAN

Kimia kebakaran ataupun sains kebakaran adalah satu mata pelajaran yang mengkaji berkenaan dengan asal usul sesuatu kebakaran, sifat-sifat api , punca-punca kebakaran, kemerebakan kebakaran serta tindakan yang harus diambil bagi mengelakkan kebakaran serta memadamkan kebakaran.

Api semasa kecil menjadi kawan dan besar menjadi lawan yang ganas .Sebelum anda melindungi harta dan nyawa anda daripada kebakaran serta ingin memadamnya, anda haruslah mengetahui tentang kebakaran itu sendiri kerana ia akan memudahkan pemadaman kebakaran yang dilakukan.

Kebakaran adalah hasil tindak balas kimia yang melibatkan 3 eleman iaitu Haba, Bahan api, Oksigen.

Kebakaran terjadi daripada tindak balas pengoksidaan ataupun tindak balas kimia yang pantas. Unsur-unsur yang terlibat dalam tindak balas ialah bahan api oksigen dan haba. Jika kurang satu daripada unsur di atas maka kebakaran itu tidak akan berlaku. Hasil daripada gabungan tindak balas ini maka satu teori, kebakaran telah diperkenalkan iaitu Segi tiga kebakaran.

TIGA SEGI PEMBAKARAN

Contohnya :

Kertas Terbakar

Kertas-

Bahan Pembakar

Udara-

Oksigen

Punca api-

Haba ( wap panas )

Api yang bernyala mempunyai berbagai bentuk, mengikut gas atau wap gas yang terbakar. Perbezaan bentuk dan warna api yang terbakar menandakan reaksi berupa ragam yang berlaku di dalam sesuatu kebakaran. Kadang-kala api yang sedang menyala sukar mendapat oksigen untuk melanjutkan kebakaran. Bila hal ini berlaku asap dan arang jelaga akan menggeluarkan carbon monoxide.

HAD NYALAAN

Suhu terendah dimana bahan api menggeluarkan wap yang berbentuk campuran terbakar dalam udara. Nyalaan tidak akan berlaku tanpa sumber-sumber haba.

Seperti contoh-contoh ini adalah :

Cecair-cecair mudah terbakar bila mempunyai had nyalaan yang tetap pada tekanan udara yang normal.

ACETONE

-17.8C

AVIATION GASOLINE

-40C

INDUSTRIAL KEROSENE-38C

DIESEL OIL

-75.5C

JENIS-JENIS API BERASASKAN BAHAN-BAHAN YANG TERBAKARKELAS-KELAS APIBAHAN PEMBAKARALAT ATAU MEDIA PEMADAMAN YANG SESUAI

AKayu

Kertas

Kain

Sampah Sarap dan lain-lain.Alat pemadam api jenis air.

Alat pemadam api jenis debu kering.

Menggunakan air secara semburan.

BMinyak

Cat

Varnis

Plastik

Dan lain-lainAlat pemadam api jenis buih.

Alat pemadam api jenis debu kering.

Alat pemadam api jenis gas.

Atau air secara semburan.

CGasAlat pemadam api jenis debu kering.

Alat pemadam api jenis karbon dioksida.

Alat pemadam api jenis gas.

DLogamSoda Ash

Pasir Kering

EElektrikAlat pemadam api jenis debu kering.

Alat pemadam api jenis karbon dioksida.

PUNCA-PUNCA KEBAKARAN

Punca-punca kebakaran adalah terlalu banyak untuk disenaraikan. Kebanyakan punca-punca ini adalah disebabkan oleh faktor kemanusiaan, berlaku dengan sendiri dan kemalangan atau tidak sengaja. Contoh punca-punca yang boleh disenaraikan adalah seperti berikut :

a) Khianat

b) Kerosakan elektrik

c) Merokok

d) Geseran

e) Terlalu panas

f) Kebakaran spontan

g) Kanak-kanak

h) Alatan terlalu panas

i) Semasa kimpalan atau pemotongan

j) Petir

k) Tindak balas kimia

l) kemalangan

CARA UNTUK MENGATASINYA :

a) Membersihkan kawasan

b) Penyimpanan bahan mudah terbakar

c) Kawasan merokok

d) penjagaan mesin atau alatan

e) Kawalan kakitanganFAKTOR-FAKTOR KEMEREBAKAN KEBAKARAN

Apabila kebakaran berlaku, biasanya api yang terjadi akan merebak sama ada dengan pantas atau perlahan, sehinggalah keseluruhan bahan api itu habis terbakar atau ia akan merebak ketempat yang lain. Antara faktor yang mempengaruhi kadar kemerebakan di atas ialah :

PERMUKAAN BAHAN

Jika luas permukaan bagi sesuatu bahan api itu besar maka lebih banyak jumlah oksigen dapat bersentuhan dengan bahan api itu dan ia akan terbakar dengan cepat.

KADAR PENGELUARAN ATAU PEMINDAHAN HABA

Semasa kebakaran berlaku, ada sesetengah bahan api dapat menghasilkan haba yang banyak dan haba ini akan digunakan untuk menaikkan suhu bahan api yang belum terbakar.

TIUPAN ANGIN ATAU ARAH TIUPAN ANGIN

Angin yang bertiup akan membawa lebih banyak oksigen untuk membantu kebakaran ditempat terbuka berbanding dengan kebakaran yang berlaku didalam bilik yang tertutup ( angin tidak dapat masuk ).

SUHU ATMOSFERA DAN KELEMBAPAN UDARA

Suhu atmosfera adalah nilai suhu udara yang terdapat dikawasan tersebut manakala kelembapan udara menerangkan pula kadar peratusan wap air yang terdapat dalam udara. Jika kelembapan tinggi, wap air dalam udara banyak dan kita akan berasa lembap, begitulah sebaliknya. Kebakaran yang berlaku dikawasan kelembapan rendah atau kering akan menyebabkan kemerebakan api.KEMEREBAKAN KEBAKARANKemerebakan kebakaran adalah berlaku disebabkan pemindahan haba dari tempat yang panas ketempat yang sejuk. Pemindahan haba ini melalui 3 cara yang utama iaitu secara pengaliran, olak haba dan bahangan. Manakala kemerebakan kebakaran pula boleh berlaku melalui 4 cara iaitu :

1. CONDUCTION / PENGALIRAN ( bergerak menerusi alat-alat padat )

Haba bergerak melalui bahan-bahan pengalir seperti logam, batu, simen dinding bangunan dan lantai. Bahan pengalir ini akan menjadi panas dan jika bahan api yang bersentuhan dengannya maka suhunya akan naik dan sampai kesuhu nyalaan ia akan terbakar dengan sendirinya.

Contoh: Perak, Tembaga-Pengalir haba yang baik

2. CONVECTION / OLAK HABA ( bergerak menerusi cecair atau gas )

Pemindahan haba yang berlaku dalam mudah alir seperti cecair atau gas. Apabila cecair atau gas itu dipanaskan ia akan mengembang dan menjadi ringan. Gas yang panas akan naik ke atas dan gas yang sejuk turun ke bahagian bawah secara pusingan sehinggalah keseluruhan gas atau udara itu menjadi panas.

Jika kebakaran berlaku di dalam bangunan, gas-gas yang panas ini akan naik bersama-sama asap melalui bahagian lubang tangga, lubang lif dan sebagainya.

3. RADIATION / BAHANGAN ( bergerak secara pancaran )

Pemindahan tenaga haba sebagai gelombang elektro magnetic dan bukan bermakna gas panas bergerak melalui udara. Haba ini berpindah mengikut gelombang cahaya daripada kebakaran tersebut. Kepanasan akan berkurangan apabila jarak daripada punca kebakaran berjauhan. Semasa kebakaran bangunan atau bahan api yang tidak dilindungi, bermakna cahaya boleh sampai. Bahangan boleh bergerak melalui kaca tingkap. Apabila bahan api mendapat haba secara bahangan, suhunya akan naik dan jika sampai kesuhu nyalaan, ia akan terbakar.

4. TERUS MENERUSKebakaran yang merebak ini berlaku disebabkan kombinasi pemindahan haba daripada 2 atau 3 cara diatas. Jika api itu merebak, ia akan merebak sehingga keseluruhan bahan api itu habis terbakar. Contohnya jika kertas terbakar, kertas itu akan terbakar sehingga keseluruhannya habis. Proses yang berlaku adalah secara pengaliran dan bahangan.

CARA-CARA PEMADAMAN KEBAKARANSetelah kita mengetahui asal usul kebakaran dan bagaimana ia merebak, barulah kita akan membincangkan cara-cara untuk memadam kebakaran tersebut. Cara memadam kebakaran yang salah akan menyebabkan kesan yang lain seperti kecederaan, kebakaran membesar, letupan dan pembaziran.

Teknik pemadaman adalah bertujuan untuk menyekat atau mengurangkan segi tiga kebakaran daripada saling bertindak balas.

Teknik-teknik pemadaman kebakaran adalah seperti berikut :-

a) Melaparkan ( starvation )

Pemadaman kebakaran cara ini boleh dilakukan melalui 2 cara iaitu :-

i) Dengan memindahkan bahan yang terbakar itu daripada bahan api yang belum terbakar seperti memindahkan sebuah tabung gas yang terbakar ketempat lapang.

ii) Dengan memecah atau menghancurkan bahan api yang terbakar itu kepada bahan api yang lebih kecil supaya ia mudah dipadamkan, seperti memadamkan kebakaran belukar kecil dengan menggunakan pemerap api ( fire beater ).

b)Melemaskan ( smothering )

Jika bekalan oksigen atau udara dapat dikurangkan daripada kebakaran maka ia akan padam. Proses utama ini akan menghalang kemasukan oksigen ke dasar api itu. Caranya adalah seperti berikut :-

i) Meniup kebakaran kecil atau menggunakan guni basah.

ii) Menggunakan alat pemadam api jenis buih ke atas kebakaran minyak, iaitu ia akan berada dibahagian atas dan menutup bekalan oksigen serta menyekat pengeluaran gas atau wap mudah terbakar.

iii) Menyemburkan debu kering kepada kebakaran selain itu unsur karbonat akan menyerap haba kebakaran.

iv) Penggunaan alat pemadam api jenis sebatian ke atas kebakaran logam . Selepas semburan logam menjadi keras dan menyekat oksigen.

v) Menggunakan alat pemadam api jenis gas CO dan halon.

vi) Menutup pintu dan tingkap bilik.

C)Menyejukkan ( cooling )

Bahan api akan mengeluarkan wap atau gas mudah terbakar apabila suhunya mencapai takat sambaran. Teknik menyejukkan adalah dengan cara memindahkan atau menyerap keluar haba yang dihasilkan daripada kebakaran. Suhu kebakaran itu akan turun dan proses mengeluarkan gas atau wap mudah bakar berkurangan.

Perkara paling penting adalah untuk menurunkan suhu bahan api daripada takat sambaran supaya pengeluaran gas atau wap terhenti. Contoh tindakan adalah seperti pemadaman menggunakan air dan CO. Ia akan menyerap haba daripada kebakaran.

EMBED PBrush

BUSHRA BINTI AB JALILPage 11

_1178959740.bin

_1178959938.bin

_1178960030.bin

_1178960115.bin

_1178959820.bin

_1178959602.bin