sistem perlindungan kebakaran aktif

31
AKTIFrhm 1 SISTEM PERLINDUNGAN KEBAKARAN AKTIF Pengenalan Sistem ini sistem pasangan tetap yang dipasang untuk mengesan kebakaran, membunyikan penggera kebakaran, mengawal dan memadam kebakaran. SISTEM PEMADAMAN YANG MENGGUNAKAN AIR: (1) Sistem penyembur air otomatik (sringkler system). Ialah pemasangan bekalan air, pam, paip injap dan tempat pancuran supaya dapat mengesan sesuatu kebakaran secara otomatik dan melawannya dengan air serta membunyikan penggera kebakaran. (a) Dapat bertindak memadam kebakaran secara berperingkat: (i) Mengesan kebakaran (ii) Membunyikan penggera (iii) Mengawal kemerebakan api. (iv) Memadam kebakaran.

Upload: ungku-omarpolytechnic

Post on 17-Jan-2017

447 views

Category:

Engineering


22 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sistem perlindungan kebakaran  aktif

AKTIFrhm 1

SISTEM PERLINDUNGAN KEBAKARAN AKTIFPengenalanSistem ini sistem pasangan tetap yang dipasang untuk mengesan kebakaran, membunyikan penggera kebakaran, mengawal dan memadam kebakaran.SISTEM PEMADAMAN YANG MENGGUNAKAN AIR:(1) Sistem penyembur air otomatik (sringkler system).

Ialah pemasangan bekalan air, pam, paip injap dan tempat pancuran supaya dapat mengesan sesuatu kebakaran secara otomatik dan melawannya dengan air serta membunyikan penggera kebakaran.(a) Dapat bertindak memadam kebakaran secara berperingkat:

(i) Mengesan kebakaran(ii) Membunyikan penggera(iii) Mengawal kemerebakan api.(iv) Memadam kebakaran.

Page 2: Sistem perlindungan kebakaran  aktif

AKTIFrhm 2

(b) Membantu pihak bomba melawan kebakaran.(c) Dipasang di bangunan untuk mengawal

kebakaran.(1.2) Syarat-syarat pemasangan.

Hendaklah mematuhi kehendak-kehendak, kod-kod amali, tatatertib amalan.

(a) Pemasangan Pam & Tangki (bahagian2):(i) Paip masuk dari bekalan air (JBA) (ii) Injap masuk ke tangki (breeching inlet) (iii) Tangki sistem.(iv)Pam:

- pam Jockey - pam utama/duty pump

- pam pendua/stand-by pump

Page 3: Sistem perlindungan kebakaran  aktif

AKTIFrhm 3

vvvvvv

v v vv v v

V

VVVVV

v v v v v vvvvvvv

PAIP TEGAK UTAMAPAIP PEMBAHAGI UTAMA

RANTING PAIP

JARAK PAIP RANTING

PAIP MENEGAK

PEMASANGAN INJAB KAWALAN UTAMA

PAIP BEKALAN

JABATAN BEKALAN AIR

MM UNTUK ALAT BANTU MULA50

SPRINKLERS SYSTEM

SEMBURAN BERLAKUTAKAT SUHU KEPANASAN MENCUKUPI

Page 4: Sistem perlindungan kebakaran  aktif

AKTIFrhm 4

(1.4) Huraian dan cara sistem bertindak. Apabila kebakaran berlaku, kepala penyembur akan mengesan kebakaran (kenaikan suhu dengan mendadak) dan ini akan memecahkan bulb. Serentak dengan itu loceng akan berbunyi serta air akan keluar melalui kepala semburan tersebut serta memadamkan kebakaran.Akibat pengeluaran air yang berterusan maka berlaku kejatuhan tekanan. Pengeluaran dan tekanan dalam sistem akan dapat dikesan oleh pressure switch yang akan terus memberi isyarat kepada pengawal pergerakan pam untuk menggerakkan pam utama. Bagi memenuhi keperluan tekanan dan pengeluaran, stand-by pump akan terus bertindak berterusan secara otomatik. Butterfly valve hendaklah ditutup bagi memberhentikan pengeluaran air. Ditingkat tertentu, pam diberhentikan secara manual. Pada masa sekarang, sistem ini hendaklah dipertalikan ke Balai Bomba berdekatan.

Page 5: Sistem perlindungan kebakaran  aktif

AKTIFrhm 5

2. Sistem Pancur KeringIalah sesalur air tegak yang selalunya kering (diameter 100/150

mm) dipasang dengan pili alir keluar yang boleh dipenuhi air dengan pam-pam melalui alir masuk Bomba dan hendaklah mematuhi Piawaian British 3980 & Tata Amalan Piawaian British 402;101

(2.1) Tujuan - (a) Menyalurkan air ke tingkat yang terbakar (b) Memudahkan anggota Bomba melawan kebakaran di

bangunan tinggi.(2.2) Komponen Sistem

(a) Alir Masuk (breeching inlet) (b) Paip Menegak(c) Injap Pelantar (landing valve)(d) Injap Pelepas Udara (air release alve)

Page 6: Sistem perlindungan kebakaran  aktif

AKTIFrhm 6

(2.3) Huraian - sistem mendapat air dari pam kereta Bomba dan dialirkan masuk ke aliran masuk seterusnya air naik melalui paip menegak dan mengeluarkan air melalui injap pelantar. Bagi mengeluarkan air, injap pelepas udara hendaklah dibuka.

(2.4) Pemasangan - hendaklah disediakan pada bangunan yang melebihi 18.3 m tetapi tidak melebihi 30.5 m tinggi dari aras bumi. (2.5) Syarat-syarat pemasangan - hendaklah mematuhi kod-kod tatatertib amalan dan kehendak-kehendak.

(2.6) Perkara-perkara yang perlu diambil perhatian semasa menggunakan sistem ini:-(a) Bekalan air yang cukup untuk mengepam air ke sistem

ini. (b) Tentukan pili alir masuk (fire pumping/breeching inlet)supaya tidak tersilap dengan pili air masuk untuk sistem yang lain.

Page 7: Sistem perlindungan kebakaran  aktif

AKTIFrhm 7

(c) hendaklah membawa satu gulung hos dan nozel kerana kemungkinan hos dan nozel yang disediakan tiada.

(d) semasa membuka pili alir keluar, pastikan ia dibuka perlahan-lahan bagi mengelakkan berlaku kejutan.(3) Sistem Pancur Basah

Ialah sesalur air tegak yang sentiasa penuh dan dipasang bagi menetang kebakaran daripada saiz yang berpatutan dengan sambungan-sambungan yang sesuai untuk kegunaan pihak berkuasa Bomba mengikut kehendak-kehendak Tata Amalan Piawaian British 401.101

(3.1) Tujuan - Menyediakan saluran air yang sentiasa bertekanan dan akan digunakan semasa kebakaran dibangunan tinggi.

(3.2) Syarat-syarat pemasangan - dipasang pada bangunan yang lebih dari 30 m dari aras bumi.

Page 8: Sistem perlindungan kebakaran  aktif

AKTIFrhm 8

Hendaklah mematuhi kehendak-kehendak.(3.3) Komponen-komponen Sistem(a) Tangki dan Pam:(i) Alir masuk Bomba (4-way breeching nlets)

(ii) Pam-pam (jockey, duty & stand-by)

(iii) Tolok dan Suis tekanan (flow & pressure switch)

(iv)Peti Penggera Pam(b) Paip pembekal dan injap pelantar

(i) Paip menegak(ii) Injap pelantar (landing valve)

(iii) Injap pelepas udara (air release valve)

Page 9: Sistem perlindungan kebakaran  aktif

AKTIFrhm 9

(3.4) HuraianApabila injap pelantar dibuka, air akan keluar dan pam akan

beroperasi secara otomatik untuk memberi tekanan dan keluaran air kepada injap pelantar. Sistem ini mengandungi satu atau beberapa buah tangki yang mendapat bekalan dari JBA. Muatan tangkinya diantara 11, 375 hingga 45, 500 liter. Pengeluaran air setiap pili sistem ini adalah diantara 1100 liter hingga 1300 liter seminit. Cara menggunakan sistem ini ialah sambungkan hos ke pili alir keluar dan buka injap pili perlahan-lahan untuk mengelakkan kejutan tekanan tinggi. Kemudian halakan nozel ke tempat kebakaran.(3.5) Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian semasamenggunkan sistem ini:

(a) Sambungkan hos & nozel terlebih dahulu sebelum membuka injap pili alir keluar. (b) Tentuka ada seorang anggota mengawasi injap ini untuk mengawal penggunaannya.

Page 10: Sistem perlindungan kebakaran  aktif

AKTIFrhm 10

(c) Pastikan bekalan air luar mencukupi dan sambungan kotak alir masuk adalah betul kerana terdapat sistem pemadaman pada sesuatu bangunan.4. Sistem Gelung Hos

Ialah pemasangan paip, tangki air, pam, gelung hos disesebuah bangunan yang membolehkan pancutan air ditujukan kemana-mana bahagian bangunan bagi maksud menentang kebakaran. Ia hendaklah mematuhi Tata Amalan Piawaian British 402.101.

(4.1) Tujuan (a) Bagi memadam kebakaran kecil sebelum ketibaan pihak

Bomba. (b) Untuk menyalurkan air terus menerus ke tempat kebakaran apabila ia digunakan.

(c) mengurangkan penggunaan dan penempatan alat pemadam api.

Page 11: Sistem perlindungan kebakaran  aktif

AKTIFrhm 11

4.2) Huraian dan cara sistem ini bertindaki) Tidak boleh bertindak secara auto. ii) Dipasang di dalam atau diluar bangunan. iii)Tangki air memuatkan 2275 liter hingga maksimum 9199 liter. iv)Pam duty pump dan stand-by pump.

Cara sistem ini bertindak ialah dengan membuka injap gelung yang terdapat pada hujung sambungan hos dan paip, kemudian tarik hos ke tempat kebakaran. Apabila nozel kawalan dibuka, pancutan air keluar dan api dapat dipadamkan.

Page 12: Sistem perlindungan kebakaran  aktif

AKTIFrhm 12

SISTEM PANCUR BASAH

Tangki air 10,000 gelen

Pam Disel & elektrik

Tingkat Bawah

Tingkat 1

Tingkat 2

Tingkat 3

Tingkat 21

Tingkat 22

Injap pelantar jenis kawalan tekanan

Injap Pelepas Udara

Page 13: Sistem perlindungan kebakaran  aktif

AKTIFrhm 13

5. Sistem Pili BombaSuatu sistem pemasangan paip, tangki air, pam dan alir

masuk pili pada bangunan bagi menentang kebakaran dan hendaklah mematuhi Tatatertib Amalan Piawaian British 402.101. (5.1) Tujuan pemasangan ialah untuk:-

(a) digunakan bagi memadamkan disesebuah bangunan.(b) sebagai bekalan air untuk memadam

kebakaran.(c) digunakan oleh penghuni (yang terlatih sahaja) unutk memadam kebakaran.(d) untuk digunakan oeh pihak Bomba memadam

kebakaran.

Page 14: Sistem perlindungan kebakaran  aktif

AKTIFrhm 14

(5.2) Komponen-komponen sistem terdiri daripada:-

(a) Pili Bomba(b) Hos Kabinet(c) Pepasangan Paip(d) Pam-pam(e) Tangki air(f) Alir Masuk Pili

Page 15: Sistem perlindungan kebakaran  aktif

AKTIFrhm 15

(5.3)Huraian dan cara bertindak i) Mengalirkan air yang bertekanan ii) Ditempatkan di kilang-kilang atau kompleks kilang.iii)Mendapat bekalan air dari Jabatan Bekalan Airiv)Muatan air yang diperlukan ialah diantara 45,500 hingga 245, 700 liter v) Pili-pili Bomba ditempatkan ditempat yang sesuai dilengkapi dengan kabinet hos (hos dannozel). vi)Terdapt tiga jenis pam iaitu duty pump yg digerakkan mengunakan elektrik, standby pump digerakan oleh kuasa disel dan jockey pump. vii)Pengeluaran air diantara 1100 hingga 1300 liter seminit.

Page 16: Sistem perlindungan kebakaran  aktif

AKTIFrhm 16

Mendapat bekalan air dari Jabatan Bekalan Air, dipamkan oleh satu set pam keseuruhan kilang tersebut. Muatan air yang diperlukan ialah diantara 45,500 hingga 245, 700 liter atau lebih bergantung kepada risiko kebakaran tempat tersebut.

Pili-pili Bomba ditempatkan ditempat yang sesuai dilengkapi dengan kabinet hos (hos dan nozel). Air dipam terus ke sistem melalui alir masuk oleh jentera Bomba. Terdapt tiga jenis pam iaitu duty pump yg digerakkan mengunakan elektrik, standby pump digerakan oleh kuasa disel dan jockey pump. Pengeluaran air diantara 1100 hingga 1300 liter seminit.

Page 17: Sistem perlindungan kebakaran  aktif

AKTIFrhm 17

J

D

SISTEM PILI BOMBA DALAM TEKANAN

S

H

H

H

HH

Kilang A

Kilang B

Peti Hos & Nozel

Sistem Pam

Panel Penggerak Pam

Injap masuk empat halaJBA

Tangki Air

H

Page 18: Sistem perlindungan kebakaran  aktif

AKTIFrhm 18

6. Sistem Pemadaman Yang Menggunakan Gas(6.1) Sistem Pemadam Karbon Dioksida (CO2) Ia digunakan di

pelbagai tempat merbahaya (hazards) seperti generator, turbin gas, proses pencetakan, kilang membuat aluminium, tangki-tangki minyak, kapal kargo, kapal tangki dan sebagainya. Tindakannya yang menyelubungi dan memecahkan gas oksigen di kawasan terlibat kepada satu darjah yang minimum dapat memadamkan api serta merta. Tindakan pemadamannya memudaratkan nyawa manusia kerana penyemburan secara membajiri (total flooding discharge area).

Page 19: Sistem perlindungan kebakaran  aktif

AKTIFrhm 19

Ia tidak meninggalkan apa-apa kesan dan merosakkan peralatan, tidak berbau. Ketumpatan wapnya satu setengah kali lebih tinggi dari udara.

Ia juga boelh digunakan pada kawasan setempat seperti peralatan dapur atau secara membanjiri sesuatu kawasan tertutup seperti bilik menyimpan cecair yang mudah terbakar.

Karbon Dioksida boleh disimpan dengan dua cara iaitu:(i) Tekanan Tinggi (ii) Tekanan Rendah

Jenis penyimpanan bergantung kepada kuantiti yang hendak disimpan.Ia disimpan dalam bentuk cecair dalam sesuatu tabung, penyimpanan secara tekanan tinggi digunakan apabila jumlahnya secara bandingan adalah kecil, khasnya apabila digunakan pada sistem aplikasi tempatan.Karbon Dioksida disimpan dalam tabung bertekanan tinggi iaitu pada 850 psi.Apabila kandungan Karbon Dioksida melebih 4000 ib. (2000 lb untuk pengeluaran utama dan 2000 ib untuk simpanan) sisten penyimpanan bertekanan rendah menjadi lebih ekonomi. Karbon Dioksida dalam sistem ini dibekukan pada suhu 0 darjah Ferenheit 300 psi dalam tangki penebat.

Page 20: Sistem perlindungan kebakaran  aktif

AKTIFrhm 20

1. Fungsi-Fungsi Sistem(a) Tanda-tanda amaran -juga telah disediakan diluar dan

didalam kawsan terlibat supaya penghuni keluar dan tidak masuk ke dalam. Tanda amaran hendaklah ditulis dalam bahasa yang mudah difahami.Lampu isyarat berkelip juga dipasang dengan warna merah dan hijau. Apabila alat pengesan berfungsi, lampu hijau akan padam dan lampu merah akan menyala. Ini menunjukkan gas Karbon Dioksida telah keluar dari tabung. Penutup pintu dan sistem pengendalian udara untuk mematikan relay juga disediakan supaya kawasan tersebut diselubungi gas Karbon Dioksida. (b) Panel Penggera Karbon Dioksida - merupakan satu alat

yang penting dalam sistem ini iaitu menerima maklumat daripada alat-alat pengesanan dan menggerakkan alat penggerak injap di tabung supaya mengeluarkan gas melalui paip dan nozel.

Page 21: Sistem perlindungan kebakaran  aktif

AKTIFrhm 21

(c) Kunci Suis Manual - digunakan apabila tidak berfungsi secara otomatik atau loceng pertama berbunyi daripada alat pengesanan. Dalam sesetengah pemasangan, sistem karbon dioksida yang menggunakan hosline juga telah dipasang di kawasan penempatan kecil dan kawsan api kecil (locallized fire)2. Pergerakkan SistemApabila salah satu alat pengesan asap atau haba berfungsi, ia akan menyampaikan maklumat kepada panel penggera karbon dioksida dan loceng kecemasan akan berbunyi secara putus-putus. Pada masa yang sama juga lampu isyarat berwarna hijau akan bertukar kepada warna merah. Apabila satu lagi pengesan asap atau haba mengesan kebakaran, loceng akan berbunyi berterusan. Dalam masa 20 hingga 30 saat panel penggera karbon dioksida akan menghantar mesej 24 voltan ke injap kawalan tabung untuk membolehkan gas keluar melalui tabung, paip serta nozel dan terus membanjiri kawasan tersebut. Penutup pintu akan turun & relay penyedut udara akan berhenti serta akan menyampaikan maklumat yang gas telah keluar.

Page 22: Sistem perlindungan kebakaran  aktif

AKTIFrhm 22

3. Piawaian atau Standard Pemasangan Mengikut Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984

bahagian VIII dan Jadual Kesepuluh. (UUK 226, 235 & 236). Sistem pemasangan hendaklah mengikuti National Fire Codes of USA 12.

4. Sistem Komponen(a) Tabung -penyimpanan tabung yang bertekanan tinggi

hendaklah mengikut paiwaian rekaan Jabatan Pengangkutan USA. Ini adalah mustahak kerana ia bertekanan tinggi. Penyimpanan selinder bertekanan rendah mestisejukbekukan pada suhu 0 darjah Ferenheit. Satu injap pembebas (relief valve) mesti ditempatkan untuk membebas tekanan sekiranya sistem penyejukan tidak berfungsi. Tanda paras cecair & tolok tekanan hendaklah diadakan.

Page 23: Sistem perlindungan kebakaran  aktif

AKTIFrhm 23

(b) Paip - Paip hendaklah dari paip besi (steel pipe), boleh juga dari paip tembaga (copper and brass) dan black carbon steel pipe (schedule 40).Sistem pemaipan dan penyambungan hendaklah bercirikan kadar suhu rendah yang baik.

(c) Nozel - beraplikasi istimewa dengan corak pengeluaran yang pelbagai. Ia juga ditanda dengan nombor kod untuk mengesan diameter dalam (1/32” increment of a single orifice standard nozzle that has the some flow rate CO2 no 4 nozzle has the same flow rate as a 4/32 diameter standard orifice) a ‘t’ sign indicates a 1/64” large size.

Page 24: Sistem perlindungan kebakaran  aktif

AKTIFrhm 24

SISTEM PENGGERA KEBAKARAN

Penggera Kebakaran

Suatu pemasangan yang boleh memberi amaran kepada orang ramai mengenai berlakunya kebakaran.

Apabila berlaku kebakaran, alat pengesan kebakaran akan mengesan dan menghantar isyarat ke peti penggera kebakaran dan membunyikan loceng untuk memberitahu orang ramai supaya menyelamatkan diri. Setiap pemasangan hendaklah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

JENIS-JENIS PENGGERA KEBAKARANMempunyai dua jenis pengesan haba:1. Pengesan Haba - alat yang dipasang pada bumbung atau

siling bagi mengesan kenaikan haba secara otomatik. Terdapat dua jenis alat pengesan haba iaitu:

[a] Jenis fixed temperature. [b] Jenis rate of rise.

Page 25: Sistem perlindungan kebakaran  aktif

AKTIFrhm 25

2. Pengesan Asap - alat yang dipasangkan pada bumbung atau siling bagi mengesan asap secara otomatik. Terdapat dua jenis alat pengesan asapiaitu:

[a] Jenis ionisation. [b] Jenis optical.PETI PENGGERA KEBAKARANIaitu panel yang mengandungi maklumat tentang alat

pengesan dan pengawalan kebakaran yang dirancang untuk menunjukkan lokasi kebakaran berlaku dan membunyikan loceng kecemasan.

Cara Sistem Bertindak:Ia adalah pusat nadi bagi mengawal seluruh sistem penggera

kebakaran. Peti ini menunjukkan tempat atau zon alat pengesan dipasang bertindak. Ia ditempatkan di tingkat bawah atau di pondok kawalan dan mudah dikendalikan. Sistem ini mendapat dua bekalan kuasa (dari Tenaga Nasional dan bateri) serta dilengkapi dengan zon-zon yang ditunjukkan di pelan mimik.

Page 26: Sistem perlindungan kebakaran  aktif

AKTIFrhm 26

Isyarat diterima melalui pendawaian letrik dan peti ini menganalisis isyarat ini untuk bertindak samada:[a] dengan membunyikan penggera[b] dengan menyala lampu fault[c] menerima maklumat sistem diasingkan(isolate).Selain menerima isyarat kebakaran, peti ini juga menerima tindakan maklumat daripada sistem lain yang dipertalikan seperti Gelung Hos (hose reel) sistem CO2 dan sebagainya.Bahagian-bahagian penggera

1. Pelan Mimik 4. Petunjuk Meter Elektrik dan Voltan

2. Nombor Zon yang dipertalikan 3. Main Indicator Switch

5. Petak Bateri. 6. Pendawaian dari Bekalan Kuasa Utama.

Page 27: Sistem perlindungan kebakaran  aktif

AKTIFrhm 27

SISTEM PENGESAN HABASatu sistem pemasangan tetap yang dirancang untuk mengesan kebakaran, iaitu kenaikan suhu haba di dalam bangunan. Apabila ada kenaikan suhu yang tinggi akibat kebakaran, alat pengesan haba akan mengesannya, isyarat dihantar ke peti penggera dan loceng dibunyikan. Tempat atau zon alat ini bertindak ditunjukkan pada peti penggera.1. Syarat-syarat pemasangan

Hendaklah mengikuti kod-kod amali, tata amalan dan kehendak-kehendak berikut:[a] Kehendak JPBM. [b] BS 3116:Part 1 - Automatic fire alarm system in building. Part 1; heat sensitive (point) detectors

[c] CP 1019: 1972 - The Installation and servicing of electrical fire alarm systems. [d] UBBL 1984 -Jadual Kesepuluh.2. Dalam sistem pengesan haba terdapat beberapa komponen yang utama:

[a] Alat Pengesan Haba. [c] Loceng Kecemasan.[b] Pendawaian Letrik. [d] Peti Penggera Kebakaran

Page 28: Sistem perlindungan kebakaran  aktif

AKTIFrhm 28

LOCENG UTAMA

Zon 1 Zon 2 Zon 3 Zon 4 Zon 5 Zon 6Alat Pengesan

Pecah Kaca

Flow Switch Springkler

M I

P F

M I

P F

M I

P F

M I

P F

M I

P F

M I

P F

ALARM ALARM ALARM ALARM ALARM ALARM

FAULT FAULT FAULT FAULT FAULT FAULT

ISOLATE ISOLATE ISOLATE ISOLATE ISOLATE ISOLATE

AC ON BUZZER

DC ON RESET

PETAK UNTUK BATERI

HOSE REEL PUMP

RUN TRIP

SPRINGKLER PUMP

AHU

Page 29: Sistem perlindungan kebakaran  aktif

AKTIFrhm 29

SISTEM PENGESAN ASAPSatu sistem pemasangan tetap yang dirancang untuk mengesan

kebakaran, iaitu asap di dalam bangunan. Sistem ini bertindak apabila ia mengesan adanya asap dan isyarat dihantar ke peti penggera dan seterusnya loceng kecemasan dibunyikan.1. Syarat-syarat pemasangan.Hendaklah mematuhi kod-kod amali, tata amalan & kehendak-kehendak berikut:

[a] Kehendak JPBM.[b] BS 3116:Part 1 - Automatic fire alarm system in building.

Part 1; heat sensitive (point) detectors[c] CP 1019: 1972 - The Installation and servicing of electrical

fire alarm systems.[d] UBBL 1984 -Jadual Kesepuluh.

2. Komponen sistem[a] Alat Pengesan Asap [b] Pendawaian letrik.

[c] Loceng Kecemasan[d] Peti Penggera Kebakaran

Page 30: Sistem perlindungan kebakaran  aktif

AKTIFrhm 30

SISTEM PENGGERA KEBAKARAN MANUALSatu sistem pemasangan tetap yang dirancang untuk dipecahkan cerminalat ini bagi membunyikan loceng apabila berlakunya kebakaran. Dipasang pada dinding tempat laluan kecemasan atau tempat tumpun orang ramai serta mudah dilihat. Digerakkan secara manual. Apabila cermin alat ini dipecahkan, loceng akan berbunyi dan isyarat lokasi kebakaran dapat dikesan pada peti penggera kebakaran. 1. Syarat-syarat pemasangan

Hendaklah mematuhi kod-kod amali, tata amalan dan kehendak-kehendak berikut:

[a] Kehendak JPBM [b] BS 381 C- Colours for specific purposes [c] CP 1019:1972 -The installation and servicing of

electrical fire alarm system.[d] UBBL 1984-Jadual Kesepuluh.2. Komponen-komponen sistem

[a] Alat pecah kaca [b] Pendawaian Letrik[c] Loceng Kecemasan [d] Peti Penggera

Kebakaran

Page 31: Sistem perlindungan kebakaran  aktif

AKTIFrhm 31

SISTEM PECAH KACA

PECAH KACA

PENDAWAIAN ELEKTRIK

PETI PENGGERA KEBAKARAN