sains adalah sebahagian dari kehidupan harian kita

4
Terangkan dengan membuat rujukan yang berkaitan tentang kepentingan dan kewajiban kemahiran saintifik dalam pembelajaran dan pengajaran sains sekolah rendah (20%). Sains menekankan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Dalam proses tersebut kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir perlu digunakan. Kemahiran saintifik merupakan kemahiran penting untuk menjalankan sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik. Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Terdapat 12 jenis kemahiran proses sains dan 5 kemahiran manipulatif. Bagi tujuan pembelajaran dan pengajaran sains di sekolah rendah kemahiran saintifik perlu ada pada murid. Kemahiran ini membolehkan murid mempersoalkan tentang sesuatu perkara dan mencari jawapan secara bersistem. Murid juga boleh mengguna dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul, menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat, membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul, mengendali spesimen dengan betul dan selamat dan melakar spesimen peralatan dan bahan sains dengan tepat. Kemahiran saintifik sering kali kita dengar dalam mata pelajaran sains. Penerapan KS adalah amat penting untuk memastikan para pelajar dapat mengkaji dan memahami alam, mencari jawapan kepada sesuatu masalah serta membuat keputusan secara bersistem selain daripada dapat menjalankan aktiviti penyiasatan dalam Sains dengan berkesan dan bermakna. Kemahiran proses sains sering kali digunakan oleh guru-guru sewaktu di dalam kelas tanpa mereka sedari. Ini kerana di dalam pengajaran sains, KPS adalah amat penting selain daripada dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari Sains ianya juga dapat membuat pelajar berfikir secara kreatif dan kritis (Rohiza Binti Husin, 2008) Bagi mata pelajaran Sains, ianya merupakan subjek yang praktikal (Miller, 1991). Ini bermaksud para guru haruslah menggunakan pendekatan pengajaran ke arah yang lebih praktikal berbanding teoritikal. Praktikal yang di maksudkan adalah aktiviti hands-on di mana para pelajar diberi kebebasan melakukan eksperimen untuk menguji sesuatu teori yang telah mereka pelajari

Upload: nur-jalil

Post on 30-Jul-2015

89 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sains Adalah Sebahagian Dari Kehidupan Harian Kita

Terangkan dengan membuat rujukan yang berkaitan tentang kepentingan dan kewajiban kemahiran saintifik dalam pembelajaran dan pengajaran sains sekolah rendah (20%).

Sains menekankan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Dalam

proses tersebut kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir perlu digunakan.

Kemahiran saintifik merupakan kemahiran penting untuk menjalankan

sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik. Kemahiran saintifik terdiri

daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Terdapat 12

jenis kemahiran proses sains dan 5 kemahiran manipulatif.

Bagi tujuan pembelajaran dan pengajaran sains di sekolah rendah

kemahiran saintifik perlu ada pada murid. Kemahiran ini membolehkan murid

mempersoalkan tentang sesuatu perkara dan mencari jawapan secara

bersistem. Murid juga boleh mengguna dan mengendalikan peralatan dan

bahan sains dengan betul, menyimpan peralatan dan bahan sains dengan

betul dan selamat, membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul,

mengendali spesimen dengan betul dan selamat dan melakar spesimen

peralatan dan bahan sains dengan tepat.

Kemahiran saintifik sering kali kita dengar dalam mata pelajaran sains.

Penerapan KS adalah amat penting untuk memastikan para pelajar dapat

mengkaji dan memahami alam, mencari jawapan kepada sesuatu masalah

serta membuat keputusan secara bersistem selain daripada dapat

menjalankan aktiviti penyiasatan dalam Sains dengan berkesan dan

bermakna.

Kemahiran proses sains sering kali digunakan oleh guru-guru sewaktu

di dalam kelas tanpa mereka sedari. Ini kerana di dalam pengajaran sains,

KPS adalah amat penting selain daripada dapat menarik minat pelajar untuk

mempelajari Sains ianya juga dapat membuat pelajar berfikir secara kreatif

dan kritis (Rohiza Binti Husin, 2008)

Bagi mata pelajaran Sains, ianya merupakan subjek yang praktikal

(Miller, 1991). Ini bermaksud para guru haruslah menggunakan pendekatan

pengajaran ke arah yang lebih praktikal berbanding teoritikal. Praktikal yang

di maksudkan adalah aktiviti hands-on di mana para pelajar diberi kebebasan

melakukan eksperimen untuk menguji sesuatu teori yang telah mereka

Page 2: Sains Adalah Sebahagian Dari Kehidupan Harian Kita

pelajari di dalam kelas. Guru-guru seharusnya menerapkan KPS yang

berkenaan ketika sesi pengajaran Sains di dalam kelas. Menurut

Ismail Jusoh, (1998) menyatakan bahawa dalam pengajaran sains hendaklah

diterapkan KPS bersama-sama dengan isi kandungan yang disampaikan.

Kelemahan pelajar dalam menguasai konsep Sains bukanlah masalah

baru. Salah satu punca kemerosotan pencapaian pelajar dalam mata

pelajaran Sains ialah kurangnya penguasaan terhadap konsep Sains. Ianya

akan menjadi lebih rumit jika pelajar tidak dapat memahami konsep Sains itu

sendiri. Ini kerana setiap pelajar mempunyai tahap pemikiran yang berbeza-

beza. Maka guru-guru di sekolah haruslah bijak memilih pendekatan yang

bersesuaian agar para pelajar dapat memahami sesuatu konsep sains itu

dengan mudah.

Dalam melangkah menjadi sebuah negara yang maju, negara kita

masih kekurangan golongan-golongan saintis yang sepatutnya dapat

membantu membangunkan negara selain daripada golongan pekerjaan lain.

Ini kerana kebanyakkan siswazah-siswazah dalam negara kita hanya

mengetahui sesuatu bidang yang dipelajari secara teorinya sahaja. Apabila

diberikan peralatan atau radas mereka tidak tahu mengaplikasikan apa yang

dipelajari sejak dari sekolah rendah hinggalah ke institusi pengajian tinggi.

Oleh itu seharusnya sejak dari sekolah rendah lagi, para pelajar didedahkan

dengan kemahiran proses sains supaya masalah-masalah seperti ini

tidak berlaku di masa hadapan agar kita dapat melahirkan lebih ramai para

saintis dari negara kita.

Pemupukan kemahiran proses sains di kalangan pelajar adalah satu

agenda penting bagi setiap guru sains. Seseorang guru sains boleh

membantu murid memahami prosedur dan piawai kerja saintis. Melakukan

aktiviti dalam makmal dengan meniru budaya kerja saintis membolehkan hasil

daripada sebarang aktiviti sains itu betul dan tepat serta boleh diterima pakai

bukan sahaja oleh pelajar berkenaan tetapi juga orang-orang lain yang

berminat. (Hazrulrizawati Bt Abd Hamid, 2007)

Kurikulum sains sekolah rendah memberi penekanan kepada

penguasaan kemahiran saintifik (kemahiran proses dan manipulatif) dan

kemahiran berfikir di samping pemahaman kepada prinsip asas sains serta

pemupukan sikap saintifik dan nilai murni supaya melahirkan rakyat Malaysia

Page 3: Sains Adalah Sebahagian Dari Kehidupan Harian Kita

yang progresif dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Di

samping itu, ia juga bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada murid

tentang kepentingan pengetahuan sains dan teknologi dalam proses

pembangunan dan perindustrian. (Tan Ming Tang & Chin Teoi Peng, 2001).

Sebagai kesimpulan keseluruhan, berdasarkan maklumat kajian-kajian

yang saya perolehi dari beberapa artikel membuktikan bahawa kemahiran

saintifik perlu ada pada murid seawal persekolahan di sekolah rendah.

Kemahiran saintifik perlu ada pada murid supaya mereka dapat mengkaji dan

memahami alam sekitar. Kemahiran ini juga akan membantu murid dalam

mencari jawapan kepada sesuatu masalah dan seterusnya membuat

keputusan secara bersistem. Selain itu, murid juga akan tertarik untuk

mempelajari mata pelajaran sains dan secara tidak langsung akan

membentuk murid yang berfikir secara kreatif dan kritis. Apabila minat sudah

wujud maka pencapaian murid dalam mata pelajaran sains akan meningkat

dan seterusnya akan mewujudkan golongan saintis yang berdaya saing

dengan saintis dari negara luar. Faedah paling utama adalah saintis-saintis ini

akan dapat membantu negara membangunkan sektor pembangunan dan

perindustrian negara.

Page 4: Sains Adalah Sebahagian Dari Kehidupan Harian Kita

Rujukan.

Dokumen Standard Kurikulum Dunia Sains Dan Teknologi Tahun 2, http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_docman&task=cat_view&gid=227&Itemid=83

Rohiza Binti Husain. April 2008. Penguasaan Kemahiran Memerhati Dan Kemahiran Meramal Dalam Mata Pelajaran Sains Di Kalangan Pelajar Tahun Lima Daerah Johor Bahru. 1 April, 2012, http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/ROHIZAAP040265D2008TTP.pdf

Hazrulrizawati Bt Abd Hamid. Mei 2007. Perbandingan Tahap Penguasaan Kemahiran Proses Sains Dan Cara Penglibatan Pelajar Dalam Kaedah Amali Tradisional Dengan Kaedah Makmal Mikro Komputer. 1 April, 2012. http://Eprints.Utm.My/6471/1/Full_Tesis_Pdf.Pdf

Tan Ming Tang & Chin Teoi Peng. 2001. Satu Tinjauan Awal Konsepsi Kemahiran Proses Sains Di Kalangan Guru Sains Pkpg 14 Minggu Di Maktab Perguruan Batu Lintang. 5 April, 2012. http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/2001/2001_9_tanmt.pdf